16
PANDUAN MENJAWAB SOALAN RINGKASAN KARANGAN 1. Soalan ringkasan karangan merupakan soalan Bahagian A (i) Kertas 2 Bahasa Melayu PMR. 2. Cadangan masa untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit. 3. Peruntukan markah untuk soalan ini ialah 20 markah. Markah isi ialah 10 markah Markah bahasa ialah 10 markah 4. Soalan ini menguji calon tentang pemahaman calon terhadap petikaan yang diberi. Calon dikehendaki mengemukakan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan mengikut arahan/kehendak soalan. Calon harus teliti dan peka dengan arahan soalan sama ada soalan meminta isi tentang punca/sebab/faktor, langkah/cara/usaha, kesan/akibat dan sebagainya. 5. Panjang ringkasan hendaklah tidak lebih 80 perkataan. Calon harus berhati-hati kerana pemeriksa akan mengira jumlah perkataan sehingga 80 perkataan sahaja. 6. Calon perlu menulis isi-isi penting yang berkaitan arahan soalan sahaja. Pandahuluan dan penutup tidak diperlukan dalam ringkasan. 7. Lazimnya terdapat 8 hingga 10 isi penting dalam petikan soalan. Isi-isi penting yang dikenalpasti hendaklah ditulis mengikut urutan. Tulis sekurang-kurangnya 5 isi penting dalam ringkasan namun sebaik-baiknya tulislah seberapa banyak isi penting sehingga ringkasan mencapai jumlah 80 patah perkataan. Isi yang berulang tidak akan diberi markah. 8. Calon digalakkan menulis ringkasan karangan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Calon digalakkan menggunakan penanda wacana seperti selain itu, namun, hal yang demikian, sehubungan dengan itu, seterusnya dan lain-lain sebagai menunjukkan wujudnya kesinambungan idea antara isi penting tersebut. Ayat-ayat yang digunakan mestilah ringkas, tepat dan padat serta bebas daripada sebarang kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa yang berulang dan ketara akan menyebabkan calon kehilangan markah bahasa.

Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PANDUAN MENULIS RINGKASAN YANG BAIK

Citation preview

Page 1: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN RINGKASAN KARANGAN

1. Soalan ringkasan karangan merupakan soalan Bahagian A (i) Kertas 2 Bahasa Melayu PMR.

2. Cadangan masa untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

3. Peruntukan markah untuk soalan ini ialah 20 markah. Markah isi ialah 10 markah Markah bahasa ialah 10 markah

4. Soalan ini menguji calon tentang pemahaman calon terhadap petikaan yang diberi. Calon dikehendaki mengemukakan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan mengikut arahan/kehendak soalan. Calon harus teliti dan peka dengan arahan soalan sama ada soalan meminta isi tentang punca/sebab/faktor, langkah/cara/usaha, kesan/akibat dan sebagainya. 5. Panjang ringkasan hendaklah tidak lebih 80 perkataan. Calon harus berhati-hati kerana

pemeriksa akan mengira jumlah perkataan sehingga 80 perkataan sahaja.

6. Calon perlu menulis isi-isi penting yang berkaitan arahan soalan sahaja. Pandahuluan dan penutup tidak diperlukan dalam ringkasan.

7. Lazimnya terdapat 8 hingga 10 isi penting dalam petikan soalan. Isi-isi penting yang dikenalpasti hendaklah ditulis mengikut urutan. Tulis sekurang-kurangnya 5 isi penting dalam ringkasan namun sebaik-baiknya tulislah seberapa banyak isi penting sehingga ringkasan mencapai jumlah 80 patah perkataan. Isi yang berulang tidak akan diberi markah.

8. Calon digalakkan menulis ringkasan karangan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Calon digalakkan menggunakan penanda wacana seperti selain itu, namun, hal yang demikian, sehubungan dengan itu, seterusnya dan lain-lain sebagai menunjukkan wujudnya kesinambungan idea antara isi penting tersebut. Ayat-ayat yang digunakan mestilah ringkas, tepat dan padat serta bebas daripada sebarang kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa yang berulang dan ketara akan menyebabkan calon kehilangan markah bahasa.

9. Calon dikehendaki menulis ringkasan karangan dalam satu perenggan sahaja. Calon juga tidak dibenarkan menulis ringkasan dalam bentuk nota @ point form kerana hal ini akan menyebabkan calon kehilangan markah bahasa.

10. Calon juga dinasihatkan agar tidak menulis ringkasan dalam jumlah yang kurang daripada 80 patah perkataan kerana dikhuatiri isi-isi pentingnya tidak mencakupi kehendak soalan serta boleh menjejaskan markah isi.

11. Calon dinasihatkan agar menulis ringkasan dengan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.Jangan lupa tulis jumlah perkataan di akhir ringkasan.

Page 2: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN

1. Soalan ini merupakan soalan Bahagian A (ii) Kertas 2 Bahasa Melayu PMR.

2. Cadangan masa menjawab soalan ini ialah 10 minit.

3. Terdapat tiga soalan dikemukakan iaitu Soalan 1 – soalan maksud rangkai kata (2markah).Soalan 2 – soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah) dan Soalan 3 – soalan KBKK (4 markah). Kesemua jumlah markah untuk soalan ini ialah 10 markah.

4. Calon hendaklah menjawab soalan ini menggunakan ayat yang lengkap (gramatis). Jawapan yang ditulis dalam bentuk poin @ nombor akan menjejaskan markah. Sebaiknya mulakan ayat jawapan dengan mengambil sebahagian ayat dalam ayat soalan.

Soalan 1 – Maksud rangkai kata

1. Calon perlu mengesan kedudukan rangkai kata dalam petikan yang diberi.2. Calon hendaklah memastikan bahawa makna yang diberi mestilah menggunakan perkataan

lain tetapi mempunyai maksud yang sama dengan rangkai kata yang ditanya mengikut konteks ayat.

3. Calon tidak digalakkan menulis semula rangkai kata dalam soalan sebagai salah satu jawapan.

Soalan 2 – Pemahaman berdasarkan petikan

1. Calon boleh mengesan kedudukan jawapan berdasarkan kehendak soalan dengan meneliti jawapan perenggan demi perenggan. Jawapan yang diberi hendaklah jawapan yang ada dalam petikan sahaja.

2. Caalon dinasihatkan agar menggunakan ayat arahan soalan sebagai awalan ayat kepada jawapan kemudian menyambungkannya dengan ayat sendiri berpandukan kehendak soalan.

3. Pastikan jawapan yang ditulis mencukupi @ mencakupi peruntukan markah yang diberi.

Soalan 3 – Pemahaman KBKK

1. Soalan ini memerlukan calon memberikan pendapat yang berupa cadangan atau saranan, cara atau langkah, sebab atau punca, faedah atau kesan dan sebagainya setelah memahami petikan yang dibaca. Sebaik-baiknya berikan 2 isi jawapan .

2. Calon juga diminta menggunakan ayat arahan soalan sebagai awalan ayat kepada ayat jawapan kemudian menyambungkannya dengan ayat sendiri berpandukan kehendak soalan yang memerlukan calon memberikan pendapat berdasarkan petikan.

3. Jawapan yang terbaik apabila calon mampu mengolah dan memberi pendapat yang bernas berkaitan petikan yang dibaca.

Page 3: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Soalan karangan ini merupakan soalan Bahagian B Kertas 2 Bahasa Melayu PMR.

2. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 20 minit. Panjang karangan mesti tidak melebihi 120 perkataan.

3. Soalan ini menguji pemahaman calon terhadap bahan rangsangan yang dikemukakan berdasarkan arahan soalan.

4. Calon harus ingat bahawa bahan rangsangan yang diberi hanya sebagai panduan dan membantu calon untuk mencetuskan idea sahaja. Bagaimanapun, trend soalan terkini lebih cenderung memberikan isi-isi berkaitan tema/tajuk dalam soalan yang dikemukakan. Dalam hal ini calon hanya perlu menghuraikan/menerangkan isi-isi tersebut.

5. Calon digalakkan menulis perkara yang berkaitan dengan bahan rangsangan/isi-isi yang dikemukakan dalam bahan rangsangan berdasarkan tema/tajuk yang diberi. Calon bebas menulis karangan asalkan berkaitan dengan tema/tajuk.

6. Calon dicadangkan menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan mengikut format berikut;

a. Pendahuluan

Dalam bahagian ini calon hanya perlu memberi keterangan umum berkaitan tajuk/tema bahan rangsangan yang diberi. Calon disarankan menulis bahagian pendahuluan karangan ini dalam 1 atau 2 ayat sahaja.

b. Isi-isi karangan

Dalam bahagian ini calon dikehendaki menghuraikan isi-isi berdasarkan aspek yang berbentuk pendapat sama ada faktor-faktor atau langkah-langkah atau kesan-kesan ataupun apa-apa sahaja aspek yang dikemukakan dalam arahan soalan asalkan berkaitan dengan tema/tajuk. Dicadangkan calon menghuraikan 3 isi dalam karangan ini.Calon disarankan menghuraikan setiap isi dalam lingkungan 3 -4 ayat sahaja.

c. Penutup

Bahagian ini meminta calon membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang tema/tajuk yang diberi. Calon sebaiknya memulakan ayat kesimpulan dengan frasa’Kesimpulannya……….Calon disarankan menulis ayat penutup/kesimpulan dalam 1 ayat sahaja.

Page 4: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

LATIHAN CONTOH (BAHAGIAN A (i) –RINGKASAN KARANGAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Alam remaja adalah merupakan zaman keemasan dan menyeronokkan. Remaja menginginkan kehidupan yang penuh ceria dan menyukakan hati. Perubahan-perubahan dari segi jasmani dan tubuh badan akan berlaku dengan cepat dan jelas. Sifat kelelakian dan kewanitaan akan menonjol. Kebanyakan remaja berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Perkembangan jiwa, emosi dan perasaan akan menjadi subur, keinginan hawa nafsu dan naluri kemanusiaan amat tinggi dan berpengaruh. Malangnya, terdapat remaja yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat. Hal ini bertambah rumit apabila sesetengah ibu bapa bersikap terlalu mengutamakan kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak.

Sebenarnya, ibu bapa boleh mengesan remaja yang bermasalah dengan mengenal pasti perubahan sikap mereka. Antaranya, golongan ini akan menunjukkan perubahan emosi daripada periang kepada pendiam ataupun cepat marah. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka secara berhemah. Hal ini bertujuan untuk mendampingi dan memahami masalah yang dihadapi oleh anak remaja mereka. Secara tidak langsung, anak-anak berpeluang untuk bercerita tentang masalah mereka. Selain itu, ibu bapa tidak digalakkan mengongkong kebebasan anak-anak. Tindakan ini akan menyebabkan anak-anak remaja akan memberontak kerana berasa diri mereka tidak dihargai. Perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja seperti kurang makan, tidak dapat tidur, tidak bertenaga, kurang fokus terhadap pembelajaran mahupun pekerjaan dan sikap suka menyendiri adalah menunjukkan bahawa remaja itu bermasalah. Apabila ibu bapa menyedari bahawa anak mereka bermasalah, wajarlah mereka menunjukkan kaedah mengawal emosi kepada anak-anak remaja mereka.

Kaunselor di sekolah khususnya, boleh memberi bimbingan kepada remaja yang bermasalah. Guru di sekolah juga boleh memberi bimbingan untuk membantu remaja meredakan tekanan perasaan yang dihadapi mereka. Selain itu, remaja dengan rakan sebaya diibaratkan seperti isi dengan kuku. Oleh itu, mereka haruslah pandai memilih rakan sebaya yang sesuai. Pengaruh rakan sebaya sangat kuat kerana mereka boleh mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam gejala merokok, menghisap dadah dan melepak. Mereka seharusnya boleh membantu rakan mereka yang bermasalah. Ahli keluarga digalakkan membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar psikiatri sama ada di hospital kerajaan atau swasta. Kini, terdapat banyak psikiatri terlatih yang mampu membantu remaja untuk mengatasi masalah remaja. Melalui bimbingan psikiatri, ibu bapa berpeluang mempelajari cara menangani remaja.

Selain ibu bapa dan masyarakat, remaja itu sendiri seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka. Beberapa teknik disarankan kepada remaja untuk mengawal tekanan yang dihadapi oleh mereka seperti teknik relaksasi dan teknik pernafasan. Dalam pada itu, masyarakat berperanan penting dalam memastikan remaja menjadi insan berguna. Masyarakat boleh membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. Akhirnya, pihak kerajaan berharap agar remaja seharusnya menjadi modal insan yang cemerlang dengan memanfaatkan usia remaja mereka dengan sebaik mungkin demi masa depan yang lebih bermakna.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Remaja, Kawallah Emosimu’, Dr.

Page 5: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

Wan Salwina Wan Ismail, Dewan Siswa, Januari 2008) LATIHAN CONTOH (BAHAGIAN A (ii) – PEMAHAMAN

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1.Berikan maksud rangkai kata perubahan sikap. (2 markah)

Maksud rangkai kata perubahan sikap ialah……………………………………………………………………………………..

2.Berdasarkan petikan, berikan dua punca yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif. (4 markah)

Dua punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif ialah…………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

3.Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada mereka? (4 markah)

Pada pendapat saya, remaja boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat

dengan……………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Page 6: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum di sekolah. Namun demikian, keghairahan mengejar kecemerlangan dalam bidang kurikulum menyebabkan sebilangan ibu bapa kurang mengambil berat tentang pentingnya bidang kokurikulum kepada anak-anak mereka. Sebenarnya, aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyusun jadual aktiviti kokurikulum secara terancang untuk memberikan peluang kepada semua murid menyertainya.

Murid-murid sewajarnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana pencapaian dalam aktiviti ini menjadi salah satu syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui kegiatan kokurikulum, seperti penyertaan dalam perkhemahan, pertandingan kawad, sukan dan sebagainya, masa lapang murid dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang sihat. Di samping itu, pihak sekolah perlu menyediakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan murid menyertai kegiatan kokurikulum. Pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti ini dapat melatih mereka mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatn seperti bekerjasama, tolong-menolong dan bertolak ansur. Aktiviti kokurikulum turut membantu murid dalam mengurangkan tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dengan menyertai aktiviti unit beruniform, murid akan memperoleh faedah yang banyak. Antaranya, aktiviti ini dapat menyemai bakat kepemimpinan dalam kalangan murid. Begitu juga halnya apabila mereka bersukan; potensi murid dalam bidang ini dapat dicungkil. Menyedari hakikat inilah, maka pihak sekolah telah menganjurkan Hari Kokurikulum untuk menggalakkan penglibatan semua murid. Sementara itu, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, aktiviti luar bilik darjah ini dilihat penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum. Hal ini kerana setiap program kokurikulum yang dilaksanakan sentiasa mengambil kira aspek perpaduan. Dengan ini, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh dalam sistem pendidikan pada hari ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada, Majalah Pendidik, bilangan 18/2005)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata dipandang remeh. (2 markah)

2. Berdasarkan petikan, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum? (4 markah)

3. Pada pendapat anda, kenapakah masih terdapat sebilangan ibu bapa yang kurang menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. (4 markah)

Page 7: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

LATIHAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang ciri-ciri remaja kreatif dalam membangunkan negara. Panjangnya ringkasan anda tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Remaja yang kreatif dan inovatif mampu untuk memelihara kemerdekaan Negara dan memacu kegemilangan negara pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian,remaja pada hari ini perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh. Pencapaian akademik yang cemerlang masih belum cukup untuk membentuk remaja yang berkualiti. Penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan mampu menjana kreativiti dan inovasi serta menjadi lebih matang mengatur setiap langkah kehidupan. Sebagai remaja, kita perlu sensitif t erhadap isu semasa yang berlaku sama ada di dalam negara atau di luar negara. Istilah ‘bagai katak di bawah tempurung’ harus dijauhi. Semasa di alam persekolahan dan pengajian tinggi, remaja perlu menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan.

Remaja mempunyai hak untuk bersuara dan melontar pendapat selagi tidak menggugat ketenteraman negara. Remaja juga boleh bersama-sama menyalurkan bantuan umpamanya, menyertai misi bantuan kemanusiaan dan perubatan ke negara yang mengalami krisis kemanusiaan atau bencana alam. Hal inilah yang dikatakan remaja Malaysia mampu memacu kesejahteraan dunia. Pelangi hari ini tidak mampu berjanji untuk muncul pada hari esok. Harus diingat, remaja mengemudikan amanat yang berat bagi memastikan agama, bangsa dan negara tidak ternoda. Berhadapan dunia yang kian mencabar, remaja sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi. Corak masa depan negara terletak pada tangan remaja pada hari ini. Remaja pada hari ini merupakan cerminan masa hadapan negara. Menyedari pelbagai cabaran yang mendatang, remaja seharusnya lebih peka dan tidak mudah mengalah.

Dalam konteks keusahawanan, remaja dapat berdiri di atas kakinya sendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain. Pelbagai geran dan kemudahan telah diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan remaja dan belia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sama ada dalam bentuk bantuan modal, nasihat atau teknikal. Sementelahan pula, perkembangan dunia teknologi maklumat menerusi percambahan jaringan sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter mampu menjadi wahan untuk remaja mengembangkan perniagaan mereka secara maya. Kemahiran insaniah dapat mempersiapkan remaja dengan kemahiran yang boleh digunakan pada masa hadapan terutamanya kerana sejarah mampu mendewasakan kita. Oleh itu, remaja wajar bertaut kepada akar budaya dan bertunjang kepada pegangan agama yang kukuh. Tuntasnya, remaja kreatif dan inovatif memacu kegemilangan negara pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Kreatif dan Inovatif Memacu Kegemilangan Negara’, Dewan Siswa, Ogos 2010)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata mengemudikan amanat. (2 markah)2. Apakah bentuk bantuan yang boleh membantu remaja terlibat secara aktif dalam bidang

keusahawanan? (4 markah)3. Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah boleh berperanan untuk melahirkan

murid yang kreatif dan inovatif? (4 markah

Page 8: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan sektor pelancongan terhadap negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebih 80 perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

‘Malaysia Truly Asia’ menjadi slogan kempen penggalakan industry pelancongan di negara ini.Selaras dengan itu juga, pelbagai destinasi pelancongan yang indah lagi menarik diperkenalkan untuk memukau pelancong asing. Kesannya, negara banyak memperoleh faedah melalui industri pelancongan.

Melalui sektor pelancongan, nama Malaysia harum di pelosok dunia dan menjadi buah mulut warga asing. Tanggapan bahawa Malaysia ialah negara yang terpencil dapat dihapuskan buat selama-lamanya. Dari segi ekonomi, negara kita banyak mendapat keuntungan. Hal ini kerana aktiviti pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus menstabilkan ekonomi negara. Sementara itu, sektor pelancongan turut menjanakan pendapatan negara. Negara kita sememangnya kaya dengan khazanah alam semula jadi yang menjadi aset untuk menarik pelancong.

Baik atas urusan rasmi mahupun hanya untuk berseronok, pelancong yang berkunjung ke Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah buat keluarga mereka. Tanpa disedari, aliran kemasukan wang dari luar negara dapat ditingkatkan. Pada masa yang sama juga,hal ini dapat membantu perkembangan industri kraf tangan seperti batik, anyaman dan tembaga. Kedatangan pelancong asing ke negara kita juga dapat memajukan sektor penginapan, pengangkutan dan infrasruktur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu merebut peluang untuk memenuhi permintaan tersebut yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun dalam keghairahan kita memajukan sektor pelancongan ini, kita harus berwaspada terhadap impak buruk yang mungkin berlaku. Kelonggaran syarat-syarat untuk memasuki negara bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing mungkin tanpa kita sedari akan memudahkan sindiket-sindiket haram mengembangkan sayap mereka di negara ini. Peningkatan kadar jenayah ini seterusnya akan menjejaskan pembangunan negara.

Konklusinya, usaha-usaha untuk meningkatkan perkembangan sektor pelancongan di Malaysia perlulah dipergiat. Dengan kemajuan sektor ini, kerajaan dapat membangunkan pelbagai bidang untuk kemaslahatan umum. Lantaran itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kebaikan Pelancongan di Malaysia’,Dewan Siswa, Ogos 2008)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata memperoleh faedah dalam petikan. (2 markah2. Mengapakah kita perlu berwaspada terhadap kemasukan pelancong asing ke negara kita?

(4 markah)3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan industri pelancongan di

negara kita? (4 markah)

Page 9: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat akan agama.

Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pentingnya Sukan dalam Meningkatkan Kecemerlangan Remaja dan pelajar’ Fokus, Januari 2004)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan. (2 markah) 2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu dalam

mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid. (4 markah)3. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? (4 markah)

Page 10: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menyemai semangat kesukarelawanan .Panjangnya ringkasan anda tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Hari ini kefahaman tentang kesukarelawanan dapat dilihat daripada tiga ciri asas. Pertama, khidmat yang diberikan tanpa mengharapkan ganjaran. Kedua, khidmat yang dibuat menurut kerelaan si pelaku. Ketiga, khidmat itu memanfaatkan masyarakat berkenaan secara langsung. Jelaslah, aktiviti kesukarelawanan menjanjikan pengalaman bermakna kepada pelakunya.

Dalam masyarakat Melayu, kesukarelawanan lumrahnya dikaitkan dengan amalan bergotong-royong. Semangat sukarela seharusnya dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil. Aktiviti ini harus dimulakan di rumah dengan menggalakkan ahli keluarga menjaga persekitaran rumah agar sentiasa bersih. Kerja sukarela berbeza daripada kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelawanan merupakan suatu gabungan iaitu kedua-dua pihak mendapat faedah. Oleh itu, murid-murid sekolah rendah perlu digalakkan melibatkan diri dalam mana-mana persatuan yang diminati agar mereka cenderung ke arah aktiviti kesukarelawanan apabila meningkat dewasa.

Di Malaysia, kesukarelawanan dikaitkan dengan badan sukarela atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Oleh hal yang demikian, penyertaan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dapat memupuk minat mereka untuk menyertai aktiviti sukarela yang dianjurkan oleh badan-badan sukarela yang aktif pada peringkat nasional.

Semangat kesukarelawanan telah mampu membawa kita ke arah kemerdekaan dan kemakmuran Negara. Oleh itu, semangat kesukarelawanan harus diteruskan dalam kalangan pelajar universiti dan kolej. Hal ini demikian kerana kerja sukarela dapat menjadi landasan pelajar menunjukkan kemampuan mereka membantu masyarakat sekali gus meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Badan sukarela seperti Yayasan Salam dan Mercy Malaysia makin bergiat aktif pada peringkat global. Badan-badan sukarela ini menggunakan laman sesawang untuk menarik minat belia menyertai kerja kesukarelawanan. Oleh itu, para belia harus memilih badan-badan sukarela yang diminati dan bersesuaian dengan bidang tugas mereka.

Semangat kesukarelawanan ini dapat disemai apabila ada pihak swasta yang berminat menyuntikkan dana kepada persatuan-persatuan sukarela yang bergiat aktif menerusi pembiayaan program khidmat sukarela. Ijmalnya, semangat kesukarelawanan perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat kerana keprihatinan sosial ini dapat membantu kelangsungan hidup masyarakat yang memerlukannya. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menjanakan Semangat kesukarelawanan,Dewan Siswa, September,2007)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata peringkat global. (2 markah)2. Jelaskan perbezaan antara kerja sukarela dengan kerja amal. (4 markah)

Page 11: Panduan menjawab soalan ringkasan karangan

3. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti kesukarelawanan perlu diberikan perhatian oleh masyarakat? (4 markah)

LATIHAN 6

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, elakkan makan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan jangan makan sebelum masuk tidur. Oleh itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang.

Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesity merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanamkan sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi.

Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet yang seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan segar amat penting untuk memestikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

(Dipetik dan diubah suai daripada’Makanan Seimbang dan Berkhasiat’, Fokus, Januari 2006)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud mengundang padah dalam petikan. (2 markah)2. Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang? (4

markah)3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam

kalangan tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang? (4 markah)