Upload
xnpsp3
View
5.795
Download
21
Embed Size (px)
Citation preview
Penjodoh Bilangan
pucuk, sisir, potong, ekorbatang, keping, helai
Apa itu Penjodoh Bilangan? kata yang digunakan bersama-sama
dengan kata bilangan untuk membilang kata nama (nama benda seperti orang, binatang, makanan, tanaman, bangunan, tempat dan sebagainya).
Contoh: Jumlah + Penjodoh Bilangan + benda Lima + ekor + harimau
pucuk digunakan untuk surat dan senjata api
Abang menulis sepucuk surat kepada kawannya di Australia.
Polis terjumpa sepucuk pistol di dalam almari buruk itu.
sisir digunakan untuk tangkai pisang; dikenali
juga dengan sikat (kerana bentuknya seperti sikat)
=
Ibu membeli dua sisir pisang dari kedai Encik Chua.
potong digunakan untuk kepingan benda yang
telah dipotong-potong kecil daripada bentuk asalnya yang lebih besar
Adik memakan sekeping buah semangka.
ekor digunakan untuk menunjukkan binatang
Dua ekor kuda sedang meragut rumput di padang.
batang digunakan untuk benda-benda yang
panjang atau tinggi
Ali menggunakan sebatang penyapu untuk menyapu lantai.
Sampan itu berada di tepi sebatang sungai.
keping digunakan untuk benda-benda yang leper
dan tipis atau dipotong hampir tipis
Bidin menggunakan tiga keping kertas untuk menulis karangannya.
Ayah sedang membakar dua keping roti.
helai digunakan untuk benda yang tipis, lembut
dan halus.
Empat helai kain telah dijemur oleh Fatimah di tepi pantai.