Upload
slhow582
View
2.058
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
KIMIA TINGKATAN 1
Bab 3 : JIRIM
Masuk
3.1 APA ITU JIRIM??Saintis mendefinisikan jirim sebagai sesuatu yang mempunyai jisim ( disebabkan tarikan graviti ) dan menempati ruang ( mempunyai isipadu yang boleh diukur).
Contoh : air, papan, emas, gas, gelas, merkuri…….
NEXTPREV.
3.2 KEADAAN JIRIM
Pepejal terdiri daripada zarah yang disusun berdekatan satu sama lain dan berada dalam corak yang tetap. Zarah tidak bebas untuk bergerak dan hanya boleh bergetar sekitar kedudukan tetap mereka. Sebuah pepejal mempunyai isipadu dan bentuk yang tetap.
NEXTPREV.
Cecair terdiri daripada zarah yang disusun dengan agak rapat bersama-sama tetapi tidak berada dalam corak tetap. Zarah boleh bergerak bebas (mengalir) dan bergetar. Cecair mempunyai isipadu yang tetap, tetapi perubahan bentuk bergantung kepada bentuk bekasnya.
NEXTPREV.
Gas terdiri daripada zarah yang terletak jauh antara satu sama lain dan tidak berada dalam corak yang tetap. Zarah tersebut bebas bergerak ke semua arah. Gas tidak mempunyai isipadu dan bentuk yang tetap.
NEXTPREV.
3.3 KONSEP KETUMPATAN Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per
unit isipadu.
Formula Ketumpatan (g/cm3 ) = Jisim (g) /
isipadu ( cm3 )
Ketumpatan bergantung kepada 2 faktor:
• Jisim : Jisim yang lebih besar menghasilkan
ketumpatan yang lebih besar.
• Isipadu : Isipadu yang lebih besar menghasilkan
ketumpatan yang lebih kecil.
NEXTPREV.
UJI MINDA
NEXTPREV.
SOALAN 1
Jirim ialah sesuatu yang
A. Mempunyai jisim sahaja.
B. Menempati ruang.
C. Mempunyai jisim dan isipadu.D. Mempunyai isipadu sahaja.
NEXTPREV.
SOALAN 2Rajah berikut menunjukkan susunan zarah-zarah dalam X, Y dan Z masing-masing.
Antara berikut, yang manakah mewakili X, Y dan Z?
A. Tembaga, Nitrogen, Merkuri
B. Tembaga, Merkuri, Nitrogen
C. Nitrogen, Tembaga, Merkuri
D. Merkuri, Nitrogen, Tembaga
NEXTPREV.
SOALAN 3Gas lebih senang dimampatkan berbanding dengan cecair disebabkan
A. Gas mempunyai zarah-zarah yang lebih kecil.
B. Zarah gas berjauhan antara satu sama lain.
C. Zarah gas mempunyai isipadu yang lebih besar.
D. Zarah gas lebih berat.
NEXTPREV.
SOALAN 4
Molekul air dalam stim dan molekul
air dalam ais adalah berbeza dari
segi
A. Saiz molekul
B. Jisim molekul
C. Isipadu molekul
D. Jarak antara molekul
NEXTPREV.
SOALAN 5
Sesuatu objek mempunyai berat
25g, dan isipadu 50cm^3. Apakah
nilai ketumpatan objek tersebut?
A. 0.2 g / cm^3
B. 0.5 g / cm^3
C. 1.5 g / cm^3
D. 1.7 g / cm^3
NEXTPREV.
BETUL JAWAPAN ANDA!! TAHNIAH!!Jawapan soalan 1 adalah c) mempunyai jisim dan menempati kedudukan.
Saintis memberi definisi jirim sebagai sesuatu yang mempunyai jisim ( disebabkan tarikan graviti ) dan menempati kedudukan ( mempunyai isipadu yang boleh diukur)
NEXTPREV.
YA BETUL! ANDA MEMANG BIJAK!
X : Susunan zarah dalam pepejal
Y : Susunan zarah dalam cecair
Z : Susunan zarah dalam gas
Tembaga – Pepejal
Merkuri – Cecair
Nitrogen – Gas
NEXTPREV.
TEPAT JAWAPAN KAMU!! KAMU DAH SEMAKIN MAHIR!
Jarak zarah gas adalah lebih jauh daripada cecair menyebabkan ia lebih senang dimampat.
NEXTPREV.
TAHNIAH! JAWAPAN ANDA TEPAT!!!
Molekul air dalam stim dan ais mempunyai saiz, jisim, dan isipadu yang sama tetapi jarak yang berlainan disebabkan satu berada dalam bentuk gas dan satu lagi dalam bentuk pepejal.
NEXTPREV.
YA TEPAT SEKALI!! TAHNIAH DIUCAPKAN
Ketumpatan = jisim / isipadu
= 25g / 50cm^3
=0.5 g / cm^3
NEXTPREV.
Jawapan kurang tepat!Sila cuba lagi ^^
PREV.
KURANG BERNASIB BAIK,SILA CUBA SEKALI LAGI!! ^^
PREV.
KURANG TEPAT,SILA FIKIR SEMULA… ANDA PASTI DAPAT!
PREV.
ANDA PASTI ITU JAWAPANNYA?CUBA FIKIR SEKALI LAGI..
PREV.
CUBA SEKALI LAGI, SEMOGA BERJAYA!!
PREV.
SEKIAN TERIMA KASIH!