8
LAMPIRAN 2- BAHAN BANTU MENGAJAR BBM 1- Imej Rangsangan Set Induksi ( Bahan Maujud- tomato dan sayur kangkung) BBM 2- Bahan untuk Input Pengajaran ( Slaid Powerpoint) M akanan Segar SAYUR-SAYURAN M akanan Segar M aksud : M akanan yang belum dimasakatau diproses

Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar lampiran 2- bbm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar  lampiran 2- bbm

LAMPIRAN 2- BAHAN BANTU MENGAJAR

BBM 1- Imej Rangsangan Set Induksi ( Bahan Maujud- tomato dan sayur kangkung)

BBM 2- Bahan untuk Input Pengajaran ( Slaid Powerpoint)

Makanan Segar

SAYUR-SAYURAN

Makanan Segar

Maksud :

Makanan yang belum dimasak ataudiproses

Klasifikasi Sayur-sayuran

Berdaun• Sawi• Kangkung• Kobis• Bayam

Kacang•Kacang buncis•Kacang sepat•Kacang panjang•Kacang botor

Bunga•Bunga kantan•Brokoli•Jantung pisang•Bunga kobis

Buah•Labu•Terung•Lada•Timun

Akar•Akar teratai•Lobak•Sengkuang•Ubi keledek

Batang & Pucuk•Asparagus•Saderi•Taugeh•Rebung

Bebawang•Bawang merah•Bawang putih•Bawang besar

Pemilihan dan Penyimpan Sayur-sayuran

•tidak perlu dicucisebelum disimpan•simpan dalam beg politena berlubang•simpan dibahagiankhas untuk•sayuran di dalampeti sejuk pada•suhu 7◦C - 10◦C

•berwarna hijau segar•rangup pada daun danbatangnya•tidak layu atau berlendir•bersih

Berdaun

PenyimpanPemilihanKlasifikasiSayur-sayuran

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar  lampiran 2- bbm

•simpan dalam beg politena yang berlubang•simpan di bahagiankhas untuk sayuran didalam peti sejuk

•berwarna segar danmuda•rangup dan keras•bentuknya elok•tidak berlendir ataulayu•tidak bertukar warnaperang

Batang danPucuk

•simpan dalam beg politena yang berlubang•simpan di bahagiankhas untuk•sayuran di dalam petisejuk

•berwarna merah atauhijau yang segar dancerah•tidak lembik•tidak ada kesankekuningan•berbau segar

Bunga

•simpan di dalam beg politena yang berlubang di bahagiankhas untuk sayuran didalam peti sejuk

•bentuknya elok•tidak kecut ataulebam•tidak calar di lapisankulit

Buah

•disimpan di rak yang mempunyaipengudaraan yang baik, di tempatyangsejuk, gelap dankering• jauhkan daripadamakanan yang berbaukuat

•tidak diselaputi tanah•tidak ada tunas•saiz sederhana•berkeadaan kerasatau pejal•tidak ada tandalebam•tidak kecut

Ubi

•simpan di dalambakul pada suhu bilik•simpan di tempatkering dan gelapsupaya tidak bertunas•asingkan bawangyang baru denganyang lama

•kulit luar berkilat•tidak lembap atauberlendir•tidak bertunas•pejal

Bebawang

• simpan kacangpea di dalam petisejuk beku

• simpan petai didalam beg politena ataubekas kedapudara

•segar dan rangup•tidak kecut•muda dan segar

Biji•simpan dalam beg politena yang berlubang•simpan di bahagiankhas untuk sayuran didalam peti sejuk

•segar dan rangup•saiz sederhana dan muda

Kacang

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar  lampiran 2- bbm

BBM 3- Bahan untuk PBL ( Artikel daripada surat khabar)

Inovasi penjagaan produk segar

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Gambar HAYAT SUEET

Gaya hidup moden menyebabkan semuanya harus mudah, ringkas dan cepat termasuklah tugasan memasak. Ada yang gemar memasak tetapi masalahnya tugasan renyah seperti menyediakan bahan mentah yang mengambil masa.

Malah, masalah berkenaan juga dihadapi oleh industri kecil dan sederhana (IKS) yang terlibat dalam penyediaan makanan.

Biasanya IKS penyediaan makanan menghadapi masalah tenaga buruh bukan saja untuk menyediakan bahan mentah yang banyak malah bahan mentah yang disimpan tidak tahan lama.

Dr. Zaulia Othman menunjukkan sayur-sayuran yang diproses secara minimum.

Bermula dengan kajian bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa bahan mentah dalam kapal bagi jangka masa lama, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengujinya bagi diaplikasi di pasaran tempatan.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Hortikultur, MARDI, Dr. Zaulia Othman yang menjalankan kajian berkenaan berkata, inovasi tersebut amat sesuai bagi mendapatkan bahan mentah berkualiti tinggi.

"Hampir semua sayuran sama ada berdaun, berbuah, berbunga, berubi atau rizom sesuai bagi menghasilkan hirisan segar sayur-sayuran," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Dr. Zaulia menambah, hirisan segar sayur-sayuran merangkumi sayur-sayuran sedia dimakan segar sebagai ulam, untuk hiasan, sedia dimasak atau diproses.

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar  lampiran 2- bbm

Kualiti dan kesegaran produk ini dikekalkan seperti keadaan asalnya jika disimpan dalam suhu dan pembungkusan yang sesuai agar hirisan segar sayuran tidak cepat rosak berbanding kaedah penyimpanan normal.

"Perubahan yang berlaku semasa operasi penyediaan menyebabkan sayur yang diproses secara minimum tidak dapat disimpan lama dan boleh menyebabkan kerugian kepada para penjual dan juga pengguna," katanya.

Bagaimanapun, melalui kaedah penyediaan dan penyimpanan yang sesuai telah dikaji di MARDI mendapati kesegaran produk dan keselamatan hirisan segar sayur terjamin.

Terdapat hirisan segar sayur-sayuran yang mempunyai jangka hayat simpanan yang panjang seperti bawang besar sehingga enam minggu dan disimpan pada suhu 2 darjah Celcius.

Sementara hirisan segar cili, sawi, kubis dan kacang panjang boleh disimpan selama tiga minggu, manakala timun hanya boleh bertahan selama dua minggu pada suhu 2 darjah Celcius.

Dr. Zaulia berkata, hayat simpanan bertambah pendek jika disimpan pada suhu lebih tinggi daripada 2 darjah Celcius manakala hirisan segar sayur-sayuran hanya bertahan dua hari pada suhu 25 Celcius.

Hirisan segar sayur-sayuran dilakukan melalui beberapa proses bermula dengan pemilihan bahan mentah berkualiti tinggi terus dari ladang.

Sayuran yang dipilih akan menjalani proses pra kondisi dengan menyimpannya pada suhu lima hingga 10 darjah Celcius selama semalaman bagi membuang haba ladang dan menyediakan sayuran dalam keadaan sejuk semasa diproses.

Selepas itu sayuran akan dibersihkan dengan air paip sebelum direndam sekejap dengan agen sanitasi, dipotong secara manual atau menggunakan mesin.

Kemudian sayuran akan direndam dalam kalsium klorida dalam suhu dua darjah Celcius bagi mengekalkan tekstur dan mengelakkannya menjadi warna perang.

Dr. Zaulia berkata, sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai bentuk hirisan mengikut kegunaan dan kaedah penyediaan, bentuk dan saiz potongan berbeza mengikut jenis sayur dan kelaziman sayur tersebut dimasak atau dimakan.

(Sumber: Utusan Malaysia Online- Agrobiz –Arkib 8 November 2010)

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar  lampiran 2- bbm

BBM 4- Bahan untuk Pendekatan Koperatif- Kecerdasan Pelbagai- Visual (Gambar sayur-sayuran)

Gambar 1

Gambar 2

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar  lampiran 2- bbm

BBM 5- GO Banding Beza kosong

Nama sayuran

Persamaan

Perbezaan