20
PENGENALAN Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual. Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri- ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang berbeza. 1

Rekabentuk visual

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rekabentuk visual

PENGENALAN

Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan

(perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk

menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan

pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan

cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan

teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah,

suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih

merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model,

diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual.

Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-

ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang

tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik

amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan

persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada

persekitaran yang berbeza.

1

Page 2: Rekabentuk visual

REKABENTUK VISUAL

PENGENALAN

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat

dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam

pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.

Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan.

Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan

pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu

83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa

visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajar

tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar).

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberi

pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya,

manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua

terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa

kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9

haiwan dengan habitatnya.

Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya

mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan.

Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk

2

Page 3: Rekabentuk visual

mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-

dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian

menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih

berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.

JENIS-JENIS VISUAL

Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan

tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid,

kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan

adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model.

Visual atau media tayangan seperti transperensi dan projektor overhead

adalah alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang

efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar

dan melakukannya. Ini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan OHP dan

transperensi yang rapi dan sistematik oleh pihak guru. Menurut Kemp (1980),

penggunaan transperensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang

mengandungi konsep, langkah–langkah pengajaran dan fakta–fakta rumusan

kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich (1996)

sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan

topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi

bertindih overlays.

3

Page 4: Rekabentuk visual

Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa digunakan bagi

tujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid boleh dihasilkan sendiri oleh

guru. Kemudahan ini telah berjaya membawa pengukuhan dalam bentuk realiti

di layar perak. Gambar–gambar seperti planet, lautan, bahagian dalam jentera

dan objek–objek lain yang sukar untuk diperlihatkan, dapat ditayangkan dalam

bilik darjah. Terdapat beberapa jenis projektor slaid seperti jenis manual,

separuh automatik dan automatik sepenuhnya.

Video dan televisyen adalah satu–satunya bahan teknologi moden yang

telah berjaya mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran. Ramai

penyelidik telah menjalankan kajian mengenai penggunaan televisyen untuk

pengajaran dan pembelajaran. Menurut schramun (1962), murid – murid dapat

belajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Menurut Wittich dan

Schuller (1973), televisyen banyak pendidikan telah banyak mengatasi masalah

pengalaman pembelajaran murid.

Bercakap mengenai video, ia bermaksud menggunakan pita video dan

perakam video ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perakam video pula

merupakan alat menjanakan pita video. Kelebihan menggunakan perakam video

untuk pengajaran ialah gambar dan bunyi atau suara boleh disiarkan serentak.

Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untuk

menunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta didapati amat

penting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep atau idea. Penerangan

4

Page 5: Rekabentuk visual

sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurang

daya tarikan.

Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkan

pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan

bentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran,

carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihan

jenis – jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran.

Carta – carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta

aliran, carta jadual dan carta pengalaman.

Poster digunakan untuk menyampaikan maklumat, penerangan dan

pengetahuan. Penerangan menggunakan poster adalah mudah dan cepat. Poster

yang tertampal di bangunan dan tepi jalan raya nampak cantik dan menarik

kerana ia dibuat mengikut elemen – elemen grafik yang baik dan sistematik.

Poster juga digunakan oleh syarikat pengeluaran barangan untuk tujuan

mempromosi produk dan digunakan oleh kementerian pendidikan untuk tujuan

menyampaikan penerangan, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar – pelajar.

Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara yang betul

dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan

yang dapat dimainkan oleh papan tulis sebelum memulakan sebarang

pengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan cekap selalunya

mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar – benar efektif.

5

Page 6: Rekabentuk visual

Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupabentuk dan

menjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjalan. Terdapat tiga jenis

model, antaranya ialah model berskala, model potongan dan model olok – olok.

Kebaikan menggunakan model adalah kerana ia mempunyai bentuk tiga

dimensi yang boleh dilihat, ia boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut

kesesuaian penglihatan, ia boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atau

tertutup malah ia boleh menunjukkan ciri – ciri yang penting. Disamping itu

juga, model boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibuka

dan dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan pembelajaran

didalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel.

Imej pegun dan imej bergerak adalah sebahagian daripada visual.

Contoh-contoh ilustrasi adalah seperti gambar, carta, graf dan gambarajah.

Penggunaan imej pegun dan imej bergerak adalah lebih mudah difahami selain

dapat memberikan arahan yang membolehkan seseorang berfikir dengan lebih

berkesan.

Imej pegun (static visual) adalah seperti gambar atau ilustrasi yang

menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Imej pegun digunakan

apabila maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk dijelaskan dengan hanya

menggunakan perkataan. Contohnya seperti carta, peta minda dan graf. Graf,

carta dan visual lain boleh menerangkan banyak perkara dalam masa yang

singkat.

6

Page 7: Rekabentuk visual

Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu dengan

hanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci daripada guru. Ini

adalah kerana, graf mengandungi hanya maklumat penting yang perlu diketahui

oleh pelajar. Graf amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran berkaitan statistik

dan matematik. Ini kerana, graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yang

banyak. Hanya isi-is penting sahaja yang ditulis di dalam graf.

Contoh penggunaan graf

Selain daripada graf, penggunaan peta minda juga dapat menghasilkan

pembelajaran yang berkesan. Dalam mengaplikasikan penggunaan peta minda,

beberapa syarat perlu di ambil berat. Letakkan tajuk yang penting (main point)

di tengah-tengah dan huraikan isi-isi dengan lebih terperinci dengan membuat

beberapa cabang yang menghubungkan isi-isi dengan tajuk. Contohnya seperti

gambarajah di bawah.

7

Page 8: Rekabentuk visual

Contoh penggunaan peta minda

Melalui peta minda, pelajar dapat mengetahui dan mahir dengan isi-isi

penting berkaitan dengan tajuk. Ini dapat membantu pelajar dalam mengingat.

Maklumat yang terlalu banyak mungkin akan mengelirukan pelajar. Dengan

menggunakan peta minda, isi-isi dapat dihuraikan dengan lebih tersusun dan

pemikiran pelajar tidak hanya terkongkong dengan ayat-ayat tertentu. Pelajar

diberi kebebasan untuk menghuraikan sesuatu isi tanpa lari dari topik yang

sebenar.

Penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan

salah satu kaedah yang berkesan. Carta mengandungi gambar berserta label.

Carta sesuai digunakan untuk pelajar di peringkat rendah kerana pelajar

mendapat visual atau gambaran tentang sesuatu perkara berserta huraian dalam

masa yang sama. Penggunaan carta dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Selain itu, penggunaan carta amat sesuai untuk mata pelajaran yang

8

Page 9: Rekabentuk visual

mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian terperinci

contohnya biologi dan kajian tempatan.

Contoh penggunaan carta

Dalam penggunaan imej pegun, penggunaan warna, saiz objek dan

bentuk perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana, penggunaan warna yang

bersesuaian dapat mempengaruhi serta menarik minat pelajar. Contoh-contoh

lain imej pegun ialah seperti berikut.

9

Menarik perhatian pendengar

Membantu dalam mengingat

Page 10: Rekabentuk visual

Imej bergerak (dynamic visual) adalah inovasi daripada imej pegun. Imej

bergerak, selain mempunyai ciri yang sama dengan imej pegun, imej bergerak

dapat memaparkan gerakan sesuatu imej contohnya animasi. Imej bergerak

sukar untuk dihasilkan kerana ia memerlukan pengetahuan tambahan dan

kreativiti pencipta. Walaubagaimanapun, imej bergerak mampu menarik lebih

perhatian berbanding imej pegun.

Penggunaan imej bergerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran

memerlukan syarat-syarat tertentu. Ini adalah kerana, penggunaan imej bergerak

yang tidak sesuai dengan situasi akan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya dalam persembahan power point, rekabentuk slaid

hendaklah diambil kira. Animasi tidak sesuai digunakan untuk slaid yang

mengandungi huraian yang banyak kerana pelajar akan lebih tertarik untuk

melihat kepada animasi berbanding huraian yang ditulis. Jadi ini secara tidak

langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Imej bergerak adalah sesuai digunakan untuk pelajaran yang memerlukan

pergerakan supaya topik yang hendak diajar mudah difahami contohnya

mengenai kelajuan. Dengan cara ini pelajar dapat melihat proses gerakan yang

berlaku. Maklumat akan lebih mudah untuk disampaikan kepada pelajar. Selain

itu, imej bergerak sesuai digunakan untuk menerangkan sesuatu proses berlaku

contohnya proses penapisan air. Imej bergerak adalah lebih sesuai digunakan

kerana proses yang berlaku adalah sukar untuk diterangkan dengan hanya

10

Page 11: Rekabentuk visual

menggunakan perkataan. Sebaliknya, adalah lebih sesuai jika menggunakan

animasi kerana pelajar lebih mudah memahamai perjalanan sesuatu proses.

Seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas ‘grafik’ untuk

membuat persediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) asas. Pemahaman asas

‘grafik’ membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif.

Menurut Kemp (1980), seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuan

dan latarbelakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM; memadailah

jika mempunyai pengetahuan asas grafik.

Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikan

informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakan

bagi mendapatkan kesesuaian idea yang tepat serta menjimatkan masa. Sebagai

contoh, ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik. Ia digunakan sebagai satu

daya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan

tepat.

Wittich dan schuller (1973) menerangkan bahawa grafik adalah terdiri

daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu

menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar–

gambar. Kanak–kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang ditunjukkan.

Mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan dunia sekeliling. Dengan ada

bantuan grafik moden, pendidikan yang mereka terima dapat membantu

memenuhi naluri ingin tahu.

11

Page 12: Rekabentuk visual

Dengan kata lain, grafik adalah bahan – bahan pengajaran. Idea dan

penerangannya dipermudahkan menerusi penggunaan beberapa lukisan,

perkataan, lambang dan foto. Perkataan dan angka juga digunakan pada

kebanyakan grafik bagi menjelaskan penyampaian penerangan seperti yang

terdapat pada graf, jadual, rajah dan carta. Grafik banyak sekali melibatkan

bentuk – bentuk visual yang mengandungi penerangan singkat dan padat.

FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalah

sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.

Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek

konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan

konsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topik

dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah.

Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod

pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiap

pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah

memahami sesuatu dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya,

terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau gambar.

Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media

pengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar

12

Page 13: Rekabentuk visual

dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar

dan berkesan.

Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan

simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta,

gambar 3D dan sebagainya diperlukan. Contoh-contoh simbol yang

mengaplikasikan penggunaan visual adalah seperti

Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yang

susah untuk diterangkan dengan penulisan. Contohnya seperti gambar di

bawah. Larger pictures give the reader a sense of being there. For example, the

picture shows more detail, capturing the reader's attention.

13

Simbol menunjukkan ilustrasi kejutan elektrik. Dengan hanya

melihat kepada simbol, pelajar dapat meramalkan maksud

yang ingin disampaikan.

Surat memberi simbol email atau laman web. Selain

dari itu, ikon sampul surat juga memberi maksud

yang sama:

Page 14: Rekabentuk visual

APLIKASI VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

MERANCANG KERJA–KERJA SENI UNTUK VISUAL

Dalam perkara ini, ukuran hasil kerja haruslah dipastikan sama ada besar

atau kecil kerana ia akan melibatkan aspek–aspek seperti perseimbangan,

susunan dan kemudahan idea yang boleh diperolehi. Prinsip–prinsip seni reka

seperti mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan harus diberi

perhatian utama.

‘Mudah’ di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan

sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaik–baiknya tumpuan kepada satu atau dua

isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dikalangan

pelajar. Sebaik–baiknya berpegang kepada prinsip ‘mudah dilihat dan mudah

dibaca’. Segala bahan lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas,

ringkas dan mengandungi bahan utama sahaja.

14

Page 15: Rekabentuk visual

‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBM

mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung kait diantara

satu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan elemen garis, bentuk,

warna atau ruang.

‘Penumpuan’ bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam

satu–satu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemen

penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan–garisan kasar ;

warna–warna paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari

kiri ke kanan kerana pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan.

‘Perseimbangan’ bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk ‘formal’

dan yang ‘bukan formal’. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentuk

yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama

berat di antara susunan kiri dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza dengan

perseimbangan tidak formal. Perseimbangan ini memerlukan lebih daya

gubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian adalah lebih menarik.

‘Ruang’ yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat

mempengaruhi satu–satu hasil reka bentuk BBM. Sebelum memuatkan sesuatu,

ruang itu, haruslah dirancang terlebih awal isi yang ingin diketarakan supaya

tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu padat dan sesak.

‘Garisan’ adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia

boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya. Garisan

15

Page 16: Rekabentuk visual

juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandangan

seseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan.

‘Warna’ juga merupakan elemen yang amat penting dalam satu – satu

visual dan ia digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna dapat

memainkan peranan penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam visual

BBM. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu untuk

menggunakannya. Ini melibatkan pengetahuan ketagori – ketagori warna, sama

ada sejuk atau panas.

WARNA BIRU DAN HIJAU TERGOLONG DALAM KETAGORI SEJUK

WARNA MERAH DAN KUNING TERGOLONG DALAM KETAGORI

PANAS

Pemilihan warna dapat menghasilkan daya tarikan kepada pelajar.

Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan ‘poster’,

warna bagi tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warna–warna

objek atau huruf yang digunakan. Jika warna latarbelakang adalah ketagori

warna cerah seperti kuning, merah muda, biru laut dan hijau muda amatlah

sesuai digunakan warna–warna yang lebih kontras seperti hitam, merah tua,

biru tua, hijau tua dan sebagainya untuk objek atau huruf.

16

Page 17: Rekabentuk visual

‘Huruf’ dan angka sering digunakan dalam satu–satu hasil visual BBM. Ia

berfungsi untuk menyampaikan penerangan dan informasi penting. Oleh itu,

penggunaan sebarang huruf dan angka haruslah diberi perhatian dari segi

‘kejelasannya’. Ini akan melibatkan kaedah–kaedah menggunakan huruf, saiz

huruf dan jenis huruf. Dalam elemen huruf, seseorang itu harus menghadkan

penerangan, idea atau isi pelajaran yang ingin dimuatkan dalam satu–satu

visual.

Dalam pemilihan huruf bagi sesuatu visual BBM, seseorang itu harus

menentukan jenis huruf; seeloknya huruf ‘bold’ yang tidak mengelirukan.

Terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang itu menghasilkan

penghurufan yang baik bagi sesuatu visual BBM seperti menggunakan stensil

huruf, penekan huruf, pita huruf, sistem penghurufan, komputer dan

sebagainya.

17

COOPER BLACK FONT 12STENCIL FONT 14

GEORGIA FONT 16

Visual: salah satu bahan bantu mengajar.

Noryusri Shaari, Fatina Anha Haikal, Nor Alia Azri

Page 18: Rekabentuk visual

Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan

dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu

perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih

menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.

Baik Kurang baik

18

SAYA S A Y A

Page 19: Rekabentuk visual

Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan

dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu

perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih

menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.

Baik Kurang baik

18

SAYA S A Y A

Page 20: Rekabentuk visual

Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan

dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu

perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih

menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.

Baik Kurang baik

18

SAYA S A Y A