9
JUDUL Program Matematik Cemerlang Modal Insan Gemilang Nama Penulis Shazlinawati Binti Abd. Rahman, Yap Mee Ying, Chan Shook Ping, Lee Wan Xing NAMA SEKOLAH SJK(C ) Ave Maria Convent Jalan Chung Type Phin, 30250 Ipoh. ABSTRAK Kajian aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap perlaksanaan pengintegrasian persekitaran maya dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik di sekolah ini. Secara keseluruhannya, proses pembelajaran dan pengajaran secara maya yang telah dilaksanakan di sekolah ini telah berjaya meningkatkan kualiti pembelajaran murid kerana melalui perisian komputer dalam darjah yang telah dilaksanakan ini ia dapat merealisasikan potensi murid sepenuhnya. Melalui aktiviti yang dijalankan, pembelajaran dan pengajaran secara maya dengan penggunaan software seperti Self Assessment Learning-ZOOM A, E-Library, dan Smart Board serta LCD Projector yang telah digunapakai di sekolah ini sejak beberapa tahun yang lalu sangat berupaya membantu mencapai kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik ke tahap paling baik serta berupaya membangunkan kemahiran murid ke tahap yang

Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

JUDUL

Program Matematik Cemerlang Modal Insan Gemilang

Nama Penulis

Shazlinawati Binti Abd. Rahman, Yap Mee Ying, Chan Shook Ping, Lee Wan Xing

NAMA SEKOLAH

SJK(C ) Ave Maria Convent

Jalan Chung Type Phin,

30250 Ipoh.

ABSTRAK

Kajian aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap perlaksanaan

pengintegrasian persekitaran maya dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik

di sekolah ini. Secara keseluruhannya, proses pembelajaran dan pengajaran secara

maya yang telah dilaksanakan di sekolah ini telah berjaya meningkatkan kualiti

pembelajaran murid kerana melalui perisian komputer dalam darjah yang telah

dilaksanakan ini ia dapat merealisasikan potensi murid sepenuhnya.

Melalui aktiviti yang dijalankan, pembelajaran dan pengajaran secara maya dengan

penggunaan software seperti Self Assessment Learning-ZOOM A, E-Library, dan

Smart Board serta LCD Projector yang telah digunapakai di sekolah ini sejak

beberapa tahun yang lalu sangat berupaya membantu mencapai kualiti pengajaran

dan pembelajaran subjek Matematik ke tahap paling baik serta berupaya

membangunkan kemahiran murid ke tahap yang lebih tinggi merangkumi aspek

pemikiran kritikal, analisis dan saintifik dalam kalangan murid.

Selain sebagai alat bantu mengajar, pengintegrasian pembelajaran dan pengajaran

maya di sekolah ini juga mampu menjadikan proses pendidikan sebagai satu

pengalaman yang menyeronokkan di samping membantu para murid memahami

sesuatu konsep Matematik dengan cepat dan mudah.

Matlamat utama penyediaan dan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan

pengajaran di sekolah ini adalah untuk melibatkan murid dalam proses pembelajaran

yang lebih bermakna dan bukannya untuk menggunakan teknologi semata-mata.

Page 2: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

Pemantauan dan bimbingan daripada guru amatlah penting bagi menjamin proses

perlaksanaan dan pengintegrasian pembelajaran dan pengajaran maya ini berkesan,

efektif dan berbaloi dilaksanakan di sekolah ini.

ISU/CABARAN/REFLEKSI/PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG LALU

Walaupun penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran sudah lama

diperkenalkan, masih terdapat segelintir guru yang memandang kaedah ini secara

sambil lewa. Inilah situasi yang belaku di kebanyakan sekolah yang mempunyai

kelengkapan perisian pengkomputeran yang disediakan oleh pentadbir sekolah. Hal

ini berlaku disebabkan guru lebih selesa mengunakan kaedah pembelajaran secara

tradisional dan berasakan penggunaan ICT sesuatu yang tidak perlu.

Namun bagi guru-guru di sekolah ini, situasi ini berbeza kerana guru-guru di sekolah

ini berpendapat penggunaan ICT terutamanya dalam mata pelajaran Matematik

amat digalakkkan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti seperti latih tubi,

tutorial,ulangkaji, pemulihan, pengayaan, simulasi, pengiraan, permainan dan alat

bantu mengajar.

Sebagai contoh, penggunaan papan Smart Board yang terdapat di seluruh kelas

Tahun 6 berupaya meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru dalam

penyampaian subjek Matematik sehinggakan guru menjadi lebih efisyen dan

berkeyakinan dalam penyampaiannya. Selain itu, masa mengajar dan membina

soalan dapat dikurangkan sebaliknya kualiti pemahaman murid dapat ditingkatkan.

Sebagai satu medium yang bersifat efektif dan berinovasi, amalan terbaik dalam

usaha mengaplikasikan pembelajaran maya ini amat memerlukan ketekunan dan

komitmen yang tinggi dikalangan pelaksana hakiki iaitu guru demi mencapai objektif

yang diharapkan. Ini adalah selaras dengan anjakan ke-7 Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti

pembelajaran di Malaysia.

KAEDAH/APLIKASI/PERISIAN/PLATFORM YANG DIGUNAKAN

Antara kaedah, aplikasi,perisian dan platform yang digunakan di sekolah ini

termasuklah software dan perisian dalam bilik darjah yang berteraskan ICT dengan

Page 3: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

berbantukan LCD projector, perisian Self Assessment Learniang-ZOOM A, Program

Frog-VLE, E-Library dan Papan “Smart Board”.

OBJEKTIF

1. Meningkakan keupayaan murid mempelajari subjek Matematik secara lebih

cekap dan dapat menguasai subjek ini sehingga ke tahap yang cemerlang.

2. Mengoptimumkan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam subjek Matematik secara lebih komited berasaskan ICT.

3. Mencapai peningkatan yang tertinggi dalam peratus pencapaian subjek

Matematik di peringkat daerah dan negeri.

SASARAN

Secara keseluruhannya, proses pembelajaran dan pengajaran maya yang

dilaksanakan di sekolah ini adalah disasarkan kepada semua murid merangkumi

murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Dengan ini diharapkan semua murid akan mendapat

manfaat daripada perlaksanaan persekitaran pembelajaran maya yang dijalankan di

sekolah.

TINDAKAN

Antara tindakan yang telah diambil untuk melaksanakan konsep pengintegrasian

maya di sekolah ini khususnya dalam subjek Matematik adalah seperti penggunaan

perisian dalam darjah, Frog-VLE, progarm Self Assessment Learning-ZOOM A,

Smart Board dan LCD Projector.

Secara keseluruhannya, kaedah, perisian dan aplikasi yang digunakan pada masa

ini adalah berteraskan soalan atas talian dan menggunakan software yang

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penggunaan Smart Board pula

adalah satu program ‘smart learning’ yang disediakan khusus untuk murid-murid

Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.

Bagi aplikasi Frog-VLE pula, guru-guru berperanan sebagai mentor dan penyedia

soalan-soalan latih-tubi tambahan untuk memberi galakan kepada murid-murid

meneruskan pembelajaran di luar waktu persekolahan. Kaedah ini adalah satu

Page 4: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

latihan tambahan untuk murid-murid meningkatkan kemahiran mereka dalam

menjawab soalan.

Selain daripada perisian yang digunakan, sekolah ini juga menyediakan kelas dan

latihan khas yang khusus untuk subjek Matematik ini. Kelas dan latihan khas yang

dikenali sebagai ‘Mathematics Olympiad’ ini dilaksanakan di sekolah di mana murid-

murid dilatih untuk menjawab contoh-contoh soalan tahun lepas oleh jurulatih khas.

Dengan mengaplikasikan proses pembelajaran dan pengajaran berteraskan ICT,

langkah ini dapat membantu dan memandu murid-murid ke arah cara belajar

bersistematik. Ini juga dapat mendedahkan murid kepada platform pembelajaran dan

pengajaran yang pelbagai dan bervariasi.

KOS

Untuk menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran secara maya di sekolah ini,

kos untuk penyediaan peralatan ICT adalah amat tinggi. Untuk itu, selain

pembiayaannya ditanggung oleh pihak sekolah, tajaan daripada beberapa pihak

tertentu seperti pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurus

Sekolah amat dihargai.

Selain daripada kos untuk penyediaan peralatan ICT, murid-murid juga perlu

menanggung bersama sebahagian yuran untuk mengikuti kelas dan latihan khas

“Mathematics Olympiad”. Latihan khas ini khusus untuk murid yang bakal akan

menyertai sebarang pertandingan Matematik di pelbagai peringkat pertandingan.

Impak

1. Analisis Keputusan Matematik UPSR Tahun 2011 - 2013 Tahun Bil A B C Jumlah % D E Jumlah %

2011 355 307 30 16 353 99.4 1 1 2 0.6

2012 368 315 44 8 367 99.7 1 0 1 0.3

2013 336 276 43 15 334 99.4 1 1 2 0.6

Page 5: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

2. World Mathematics Invitational (WMI) Tahun Peringkat Tempat Tahun Pencapaian

2014 Antarabangsa Taiwan 5 2 Kepujian

3. Asia International Mathematical Olympiad Open Contest (AIMO) Tahun Peringkat Tempat Tahun Pencapaian

2012 Antarabangsa Hong Kong 6 1 Perak

2 Gangsa

2 Kepujian

2013 Antarabangsa Taiwan 6 2 Gangsa

1 Kepujian

4. International Mathematics Contest (IMC) Tahun Peringkat Tempat Tahun Pencapaian

2013 Antarabangsa Singapore 4, 5, 6 2 Gangsa

3 Kepujian

2014 Antarabangsa Singapore 3,4,5,6 1 Gangsa

11 Kepujian

5. Pertandingan Matematik Persatuan Kar YingTahun Peringkat Tempat Tahun Pencapaian

2012 Kebangsaan Ipoh 6 1 Sagu hati

2013 Kebangsaan Ipoh 6 1 Gangsa

3 Sagu hati

2014 Kebangsaan Ipoh 6 1 Tempat keempat

3 Sagu hati

Page 6: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

6. Singapore – Asia Pacific Mathematical Olympiad For Primary SchoolTahun Peringkat Tempat Tahun Pencapaian

2012 Negeri SM Pooi Lam 6 Tempat Ketiga

(Kumpulan)

2 Kepujian

1 Sagu hati

2013 Negeri SM Pooi Lam 6 Johan

(Kumpulan)

2 Kepujian

1 Sagu hati

2014 Negeri SM Pooi Lam 6 Johan

(Kumpulan)

1 Kedua

1 Sagu hati

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Untuk memastikan semua murid memperoleh manfaat daripada proses

pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT ini, pihak sekolah akan menyediakan

papan ‘Smart Board’ di semua kelas menjelang tahun 2016.

2. Program Self Learning ‘Zoom A’ akan melibatkan murid-murid Tahun 5 juga

sebagai langkah pendedahan dan persediaan ke era pembelajaran yang lebih

kompetitif.

3. Soalan-soalan penilaian subjek Matematik wajib disediakan dengan lebih

berunsurkan ‘High Order Thinking Skill’ (HOTS) atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT). Disyorkan sekurang-kurangnya 30% soalan KBAT setiap kali penilaian

dijalankan.

4. Liputan pencapaian internet akan diperluaskan ke blok bangunan bilik darjah

Tahun 6 supaya pembelajaran dan pengajaran ICT sepenuh.

Individu

Individu

Individu

Page 7: Rencana amalan terbaik pengintegrasian persekitaran pembelajaran maya 2014

Melalaui cadangan-cadangan ini, peningkatkan kualiti pemahaman dan IQ murid ke

tahap yang lebih tinggi mampu mencapai kecemerlangan dalam subjek Matematik

di sekolah ini.