2
Terbitan : MAKDIS, SK TAMAN DESA JAYA Bil : 2 / 1435 H AKTIVKAN CCTVALLAH Zaman yang serba canggih ini, kita boleh merakam apa sahaja yang kita kehendaki. Di mana sahaja kita dapat lihat sama ada di permis perniagaan, di sekolah, di taman-taman rekreasi dipasang kamera litar tertutup atau dikenali dengan CCTV. Ianya bertujuan untuk merakam dan memantau sebarang pergerakan dan mengelakkan berlakunya sesuatu jenayah. Kita kaitkan dengan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang. Berpuasa di siang hari bulan Ramadan seumpamamengaktifkan ‘CCTV’ Allah bagi manusia yang beriman. Manusia yang beriman kepada kewujudan Allah akan sentiasa memelihara puasanya walaupun tidak dilihat oleh orang lain. Ketika berseorangan di rumah, kita boleh sahaja menjamah makanan atau minuman yang dibeli secara halal dengan wang kita. Namun dengan semangat ingin menjaga puasa serta merasakan diri DIPANTAU oleh Allah menghalang kita daripada merosakkan ibadah puasa. Bukan sekadar makan dan minum perlu dijaga, malah segala perbuatan seperti penglihatan, tingkah laku dan tutur kata perlu kita jaga agar ianya tidak menjejaskan makna berpuasa itu sendiri. Allah memberi jaminan bahawa Muslim yang Mukmin sebenar adalah yang benar-benar menghayati falsafah puasa yang akan menjadikan dirinya insane yang bertakwa. Takwa adalah tahap kemampuan Muslim yang Mukmin melaksanakan arahan Allah serta meninggalkan larangannya walaupun ketika seorang diri tanpa pantauan sesiapa. Latihan puasa dan ibadah selama sebulan mampu melahirkan manusia bertakwa yang menghayati martabat insan iaitu sentiasa berasa diperhatikan dan dipantau oleh Allah. “Puasa sehari dalam Bulan Ramadan lebih baik daripada 1000 hari. Satu ucapan tasbih di dalamnya lebih baik daripada 1000 tasbih, dan satu rakaat di dalamnya lebih baik daripada seribu rakaat” -Ibrahim al-Nakhaie- Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang melakukan ibadah pada malam lailatulqodar dengan keimanan dan keikhlasan, nescaya diampunkan semua dosanya yang terdahulu. Sesiapa yang berpuasa pada CARA ALLAH MEMAKBULKAN DOA Allah menerima permohonan hamba-Nya dalam tiga cara : Diperkenankan doa ketika di dunia dengan diberikan apa sahaja hajatnya. Doanya diperkenankan tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak. Doanya telah diperkenankan tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana. Allah juga memakbulkan doa dengan cara mengurniakan kelapangan dada, kegembiraan, ketenangan dan redha atas kurnia-nya. Bersangka Baiklah Setiap Ketentuan Allah Hadis Mengenai Puasa dari Sahih Bukhari & Muslim Akhlak sewaktu berpuasa Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa." Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan Ramadan Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Risalah Ramadan Bil.(2) 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Risalah Ramadan Bil.(2) 2014

Terbitan : MAKDIS, SK TAMAN DESA JAYA Bil : 2 / 1435 H

AKTIVKAN ‘CCTV’ ALLAHZaman yang serba canggih ini, kita boleh merakam apa sahaja

yang kita kehendaki. Di mana sahaja kita dapat lihat sama ada di permis perniagaan, di sekolah, di taman-taman rekreasi dipasang kamera litar tertutup atau dikenali dengan CCTV. Ianya bertujuan untuk merakam dan memantau sebarang pergerakan dan mengelakkan berlakunya sesuatu jenayah. Kita kaitkan dengan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang.

Berpuasa di siang hari bulan Ramadan seumpamamengaktifkan ‘CCTV’ Allah bagi manusia yang beriman. Manusia yang beriman kepada kewujudan Allah akan sentiasa memelihara puasanya walaupun tidak dilihat oleh orang lain. Ketika berseorangan di rumah, kita boleh sahaja menjamah makanan atau minuman yang dibeli secara halal dengan wang kita. Namun dengan semangat ingin menjaga puasa serta merasakan diri DIPANTAU oleh Allah menghalang kita daripada merosakkan ibadah puasa. Bukan sekadar makan dan minum perlu dijaga, malah segala perbuatan seperti penglihatan, tingkah laku dan tutur kata perlu kita jaga agar ianya tidak menjejaskan makna berpuasa itu sendiri.

Allah memberi jaminan bahawa Muslim yang Mukmin sebenar adalah yang benar-benar menghayati falsafah puasa yang akan menjadikan dirinya insane yang bertakwa. Takwa adalah tahap kemampuan Muslim yang Mukmin melaksanakan arahan Allah serta meninggalkan larangannya walaupun ketika seorang diri tanpa pantauan sesiapa.

Latihan puasa dan ibadah selama sebulan mampu melahirkan manusia bertakwa yang menghayati martabat insan iaitu sentiasa berasa diperhatikan dan dipantau oleh Allah.

“Puasa sehari dalam Bulan

Ramadan lebih baik daripada

1000 hari. Satu ucapan

tasbih di dalamnya lebih baik

daripada 1000 tasbih, dan

satu rakaat di dalamnya lebih

baik daripada seribu rakaat”

-Ibrahim al-Nakhaie-

Daripada Abu Hurairah,

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesiapa yang melakukan

ibadah pada malam

lailatulqodar dengan

keimanan dan keikhlasan,

nescaya diampunkan semua

dosanya yang terdahulu.

Sesiapa yang berpuasa pada

CARA ALLAH MEMAKBULKAN DOA

Allah menerima permohonan hamba-Nya dalam tiga cara :

Diperkenankan doa ketika di dunia dengan diberikan apa sahaja hajatnya.

Doanya diperkenankan tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.

Doanya telah diperkenankan tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Allah juga memakbulkan doa dengan cara mengurniakan kelapangan dada, kegembiraan, ketenangan dan redha atas kurnia-nya.

Bersangka Baiklah Setiap Ketentuan Allah

Hadis Mengenai Puasa dari Sahih Bukhari & Muslim

Akhlak sewaktu berpuasaDiriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila

seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang,

hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan RamadanDiriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah

SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa

yang dilakukannya sebelum itu."

Page 2: Risalah Ramadan Bil.(2) 2014

RAHSIA BERSAHUR

Bersahur adalah salah satu amalan penting di bulan Ramadan. Banyak hadis

Nabi yang sahih menekankan berkenaan kepentingan bersahur pada bulan puasa.Antaranya adalah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ahmad, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Ternyata, Nabi mengaitkan bersahur dengan keberkatan, iaitu rahmat, kebaikan dan restu Ilahi.

Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai, Nabi bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah makan sahur”. Begitulah status kepentingan bersahur sehingga ia menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.

Semasa bersahur, kita diperintahkan agar melewatkannya kerana Nabi bersabda: “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa”. Melewatkan sahur bermaksud bersahur semasa menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini, Zaid Bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama Nabi kemudian kami bangun bagi melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid Bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya ( yakni antara makan sahur dan solat subuh)?”. Zaid berkata, “Sekadar membaca 50 ayat al–Quran”. Hadis ini pula diriwayatkan oleh Bukhari.

Fakta Saintifik berkaitan makan sahur

Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam

adalah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, sarapan adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil ma- kanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh pakar Pusat Perubatan Harvard pula mendapati, mereka yang tidak bersarapan berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama oleh Pusat Perubatan Harvard juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan, menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan.

Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 melakukan kajian yang mengatakan, “mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini menyebabkan penyakit anemia (iaitu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan haemoglobin dalam darah)”.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak mendapat kemudaratan daripada puasa mereka. Benarlah, sabda Nabi yang bermaksud, “Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat”.

Adab Berpuasa

Beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.