Upload
zuzan-michael-japang
View
2.499
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Rancangan Pengajaran Harian 3:
Langkah/Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber/ nilai
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
Set induksi(5 minit)
Guru merangsangkan minda pelajar tentang pelajaran hari ini dengan menunjukkan sayur kangkung dan tomato di depan kelas.
Meminta pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan.
Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran.Guru memberi respon kepada jawapan pelajar dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan diajar.
Guru memaklumkan kepada pelajar objektif pengajaran hari ini
Pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan oleh guru.
Pelajar secara sukarela meneka isi pelajaran yang akan dipelajari.
KBKK:Menjana idea
Nilai:KerjasamaKeyakinan
Menyampaian input
(10 minit)
Guru menerangkan dan mengklafikasikan sayur-sayuran berserta contoh yang sesuai sambil memaparkan nota melalui slaid powerpoint.
Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan yang diberikan guru.
KBBK: Membuat kategoriMenjana idea
Mata Pelajaran : Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan : Tingkatan 4 ERT
Tarikh : 15 Mac 2012 (Isnin) Masa : 8.20 pagi-9.40 pagi (80 minit)
Bil. Pelajar : 20 orang pelajar
Tema/ Tajuk : Pemilihan dan penyimpanan makanan
Sub Tajuk : Makanan segar –Sayur-sayuran
Hasil Pembelajaran Selepas pengajaran, pelajar dapat:
(1) Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat. (2) Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat.
Isi kandungan Klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan mengikut sayur-sayuran: (1) Berdaun (5) Biji (2) Bunga (6) Bebawang (3) Batang dan pucuk (7) Kacang (4) Buah ( 8) Akar
Pengetahuan Lalu Pelajar telah mempelajari tajuk “Masakan” semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelajar mempunyai pengalaman mengendalikan makanan segar semasa amali masakan semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Alat Bantu “Slaid power point” dan sayur-sayuran segar.
Penerapan Nilai Kerjasama, tolong menolong dan keyakinan.
Guru bertanya kepada pelajar contoh sayur-sayuran lain mengikut kategorinya
Pelajar memberi respon dan jawapan kepada pertanyaan guru
Nilai:Kerjasama
Menyampaikan input
(15 minit)
Guru membuat penerangan secara menyeluruh tentang konsep pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.
Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru dan dapat gambaran tentang pemilihan dan penyimpan sayur-sayuran .
Aktiviti pengukuhan
(20minit)
Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dalam 1 kumpulan dan setiap kumpulan disusun mengikut prestasi pelajar dalam matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga daripada ujian yang lepas.Kumpulan A: 1 6 11 16Kumpulan B: 2 7 12 17Kumpulan C: 3 8 13 18Kumpulan D: 4 9 14 19Kumpulan E: 5 10 15 20
Kemudian, guru meminta pelajar pertama dari setiap kumpulan berkumpul dan memahami topik. Selepas itu, pelajar-pelajar tersebut masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan menerangkan semula kepada pelajar lain mengenai topik hari ini.
Pelajar bergerak dan membentuk kumpulan sebagaimana yang diarahkan guru.
Pelajar-pelajar pertama setiap kumpulan memahami topik kemudian masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan menerangkan semula kepada pelajar lain mengenai topik hari ini.
KBKK:Menjana ideaMenganalisis
Nilai:KerjasamaTolong menolong
Aktiviti pengukuhan
danPenilaian(25 minit)
Guru meminta setiap kumpulan membuat sebuah sajak yang ringkas tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.
Setiap kumpulan menyediakan sebuah sajak ringkas tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran seperti yang disuruh guru.
KBKK:Menjana ideaMenyelesaikan masalah
Nilai:
Guru meminta setiap kumpulan mendeklamasikan sajak itu
Guru memantau sajak setiap kumpulan sekiranya ada kesilapan
Guru membimbing kumpulan yang mempunyai masalah dalam membina sajak berkenaan topik hari ini
Setiap kumpulan mendeklamasikan sajak bersama-sama
KerjasamaKeyakinan
Rumusan(5minit)
Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan sekali kepada pelajar berkaitan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar
Pelajar mendengar rumusan yang dinyatakan guru dan memahaminya
Jadual Penentu Kandungan Pelajaran
Unit Konsep/ Istilah
Fakta Kaedah/ Kemahira
n
Teori/ Prinsip
Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
RPH 3 Jenis sayuran
Cara penyimpanan sayuran
Cara pemilihan sayuran
Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan.
Sayur-sayuran sebaiknya dimakan segar tanpa dimasak untuk mengurangkan kehilangan vitamin seperti asid askorbik dan vitamin B kompleks.
Suhu menyimpan
Penerangan
Penyoalan
Aktiviti Kumpulan
- - Kategorikan sayur-sayuran
Membina sajak daripada topik
Mendeklamasikan sajak
Pengetahuan dan Kefahaman
sayur-sayuran adalah 7°c hingga 10°c dan suhu terlalu rendah boleh merosakkan tisunya
Jadual Banding Beza
Unit Pengajaran Objektif dan hasil pembelajaran
Kandungan pelajaran Kaedah mengajar Kaedah penilaian
Unit 1: Klasifikasi sayur-sayuran
Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat.
Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Iaitu:-
BerdaunBungaAkarBatang dan pucukBijiBebawangKacang
Soal jawab
Penerangan
Ujian penilaian formatif
-Apakah contoh sayuran bagi....Berdaun?Bunga?Buah?Kacang?Akar?Batang dan pucuk?Bebawang?
Unit 2:Pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran
Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat
BerdaunPemilihan:
• berwarna hijau segar
• rangup pada daun dan batangnya
• Kaedah Pelbagai Kecerdasan
- Visual
Aktiviti pengukuhan dan penilaian- Setiap kumpulan membina peta konsep mengikut kreariviti mereka daripada
• tidak layu atau berlendir bersih
Penyimpanan:• tidak perlu
dicuci sebelum disimpan
• simpan dalam beg politena berlubang
• simpan dibahagian khas untuk
• sayuran di dalam peti sejuk pada suhu 7◦C - 10◦
BungaPemilihan:
• berwarna merah atau hijau yang segar dan cerah
• tidak lembik• tidak ada kesan
kekuningan berbau segar
Penyimpanan:• simpan dalam beg
politena yang berlubang
Kaedah PBL
gambar yang diberi guru dengan rangsangan daripada banding beza
-Setiap kumpulan diminta untuk menganalissis artikel yang diberikan oleh guru berkaitan dengan topik hari tersebut dan mengolahkannya semula dalam bentuk peta konsep
Soalan tafsiran akan diberikan oleh guru kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka dalam topik ini.
• simpan dibahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
Batang dan pucukPemilihan:
• berwarna segar dan muda
• rangup dan keras• bentuknya elok• tidak berlendir
atau layu tidak bertukar warna perang
Penyimpanan:• simpan dalam beg
politena yang berlubang
• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
AkarPemilihan:
• tidak diselaputi tanah
• tidak ada tunas• saiz sederhana• berkeadaan keras
atau pejal• tidak ada tanda
lebam tidak kecut
Penyimpanan:• disimpan di rak
yang mempunyai pengudaraan yang baik, di tempat yang sejuk, gelap dan kering
• jauhkan daripada makanan yang berbau kuat
BuahPemilihan:
• bentuknya elok• tidak kecut atau
lebam tidak calar di lapisan kulit
Penyimpanan: simpan di dalam beg
politena yang berlubang di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
BijiPemilihan:
• segar dan rangup• tidak kecut muda
dan segarPenyimpanan:
• simpan kacang pea di dalam peti sejuk beku
• simpan petai di dalam beg politena atau bekas kedap udara
BebawangPemilihan:
• kulit luar berkilat• tidak lembap atau
berlendir• tidak bertunas
pejalPenyimpanan:
• simpan di dalam bakul pada suhu bilik
• simpan di tempat kering dan gelap supaya tidak bertunas
• asingkan bawang yang baru dengan yang lama
KacangPemilihan:
• segar dan rangup saiz sederhana dan muda
Penyimpanan:• simpan dalam beg
politena yang berlubang
• simpan
dibahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
HURAIAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Untuk rancangan pengajaran harian 2 ini saya menggunakan Model Hunter’s Lesson Cycle Design dimana melibatkan 20 orang pelajar untuk kelas kedua. Tajuk yang saya guna ialah daripada Bab 3 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan iaitu makanan segar – sub topik Sayur-sayuran selama 80 minit iaitu 2 sesi pembelajaran
Hasil pembelajaran:
Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar perolehi ialah pelajar dapat menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat; dan menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat.
Isi kandungan
Untuk isi kandungan pelajaran ini, saya ingin menumpukan pelajar hanya pada bahagian klasifikasi, pemilihan dan penyimpana sayuran-sayuran yang terdiri daripada berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.
Pengetahuan Sedia Ada
Hampir keseluruhan pelajar mempunyai pengalaman dalam bab sayur-sayuran dan mengendalikan makanan segar secara amnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 3.
Alat Bantu mengajar
Untuk alat bantu mengajar saya menggunakan slaid powerpoint dan juga sayur-sayuran segar iaitu tomato dan sayur kangkung
Set Induksi
Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan selama 5 minit sahaja dimana saya menggunakan pendekatan atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat, sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kreatif dan kritis, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai yang diterap juga dimana dua daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Nilai lain ialah keyakinan di mana pelajar yakin dengan tekaan mereka.
Menyampaikan Input
Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran 1) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang pelajar dapat dalam sesi ini ialah pelajar dapat menjana idea melalui menjawab soalan yang guru tanya tentang klasifikasi sayur-sayuran. Selain itu pelajar juga dapat kemahiran untuk membuat kategori tentang jenis-jenis sayur-sayuran. Seperti di set induksi, nilai di sesi ini juga sama di mana pelajar memberi kerjasama kepada guru semasa guru menyoal mereka.
Aktiviti Pengukuhan
Di dalam sesi ini, guru telah membahagikan seramai 5 orang pelajar dalam satu kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengukuhan dimana tujuannya untuk menguji pelajar samada mereka memahami atau tidak sesi pengajaran topik pada hari itu. Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dalam 1 kumpulan dan setiap kumpulan disusun mengikut prestasi pelajar dalam matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga daripada ujian yang lepas.Kumpulan A: 1 6 11 16Kumpulan B: 2 7 12 17Kumpulan C: 3 8 13 18Kumpulan D: 4 9 14 19Kumpulan E: 5 10 15 20
Kemudian, guru meminta pelajar pertama dari setiap kumpulan berkumpul dan memahami topik. Selepas itu, pelajar-pelajar tersebut masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan menerangkan semula kepada pelajar lain mengenai topik hari ini.
Di sini guru menggunakan kaedah pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan interpersonal iaitu membuat kerja dalam kumpulan dan kecerdasan linguistik di mana guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk menyediakan sebuah sajak yang berkenaan dengan tajuk pengajaran hari itu kemudian mendeklamasikan sajak tersebut. Antara kemahiran KBKK yang digunakan ialah menjana minda iaitu setiap pelajar bersama- sama dengan kumpulan masing-masing menyediakan baris-baris sajak mengikut idea dan kreativiti mereka. Antara nilai yang diperolehi daripada sesi ini ialah kerjasama iaitu semua pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain untuk membina sajak dan juga nilai keyakinan iaitu pelajar yakin tentang kebolehan mereka menyediakan sajak serta berkeyakinan mendeklamasikan sajak itu.
Kemudian, guru memantau sajak setiap kumpulan sekiranya terdapat kesilapan dalam membina sajak dimana setiap baris ayat itu perlu berkenaan dengan topik. Guru
mengadakan praktis terbimbing dengan membimbing kumpulan yang mempunyai masalah dalam membina sajak.
Rumusan
Untuk penutup bagi sesi pengajaran hari tersebut, guru telah merumus secara ringkas isi pelajaran pada hari tersebut kepada pelajar-pelajar serta menekankan kembali topik yang perlu dikuasai oleh pelajar seperti klasifikasi sayuran, pemilihan dan penyimpanan sayuran.
Lampiran 1: Nota
Makanan Segar(Sayur-sayuran)
Makanan SegarMaksud : Makanan yang belum dimasak atau diproses
Klasifikasi Sayur-sayuran
Berdaun• Sawi• Kangkung• Kobis• Bayam
Kacang•Kacang buncis•Kacang sepat•Kacang panjang•Kacang botor
Bunga•Bunga kantan•Brokoli•Jantung pisang•Bunga kobis
Buah•Labu•Terung•Lada•Timun
Akar•Akar teratai•Lobak•Sengkuang•Ubi keledek
Batang & Pucuk•Asparagus•Saderi•Taugeh•Rebung
Bebawang•Bawang merah•Bawang putih•Bawang besar
Pemilihan dan Penyimpanan
Klasifikasi Sayur-sayuran
Pemilihan Penyimpan
Berdaun • berwarna hijau segar
• rangup pada daun dan batangnya
• tidak layu atau berlendir
• bersih
• tidak perlu dicuci sebelum disimpan
• simpan dalam beg politena berlubang
• simpan dibahagian khas untuk
• sayuran di dalam peti sejuk pada
• suhu 7◦C - 10◦C
Bunga • berwarna merah atau hijau yang segar dan cerah
• tidak lembik
• tidak ada kesan kekuningan
• berbau segar
• simpan dalam beg politena yang berlubang
• simpan di bahagian khas untuk
• sayuran di dalam peti sejuk
Batang dan Pucuk • berwarna segar dan muda
• rangup dan keras
• bentuknya elok
• tidak berlendir atau layu
• tidak bertukar warna perang
• simpan dalam beg politena yang berlubang
• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
Akar • tidak diselaputi tanah
• tidak ada tunas
• saiz sederhana
• berkeadaan keras atau pejal
• tidak ada tanda lebam
• tidak kecut
• disimpan di rak yang mempunyai pengudaraan yang baik, di tempatyang sejuk, gelap dan kering
• jauhkan daripada makanan yang berbau kuat
Buah • bentuknya elok
• tidak kecut atau lebam
• tidak calar di lapisan kulit
• simpan di dalam beg politena yang berlubang di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
Biji • segar dan rangup
• tidak kecut
• muda dan segar
• simpan kacang pea di dalam peti sejuk beku
• simpan petai di dalam beg politena atau bekas kedap udara
Bebawang • kulit luar berkilat
• tidak lembap atau berlendir
• tidak bertunas
• pejal
• simpan di dalam bakul pada suhu bilik
• simpan di tempat kering dan gelap supaya tidak bertunas
• asingkan bawang yang baru dengan yang lama
Kacang • segar dan rangup• saiz sederhana dan muda
• simpan dalam beg politena yang berlubang
• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk
Lampiran 2
Bahan Bantu Mengajar
1. Slaid Powerpoint ( Rujuk Slaid Powerpoint Sayur-sayuran)
2. Bahan mentah- sayur-sayuran (Kangkung dan Tomato)
Lampiran 3
Soalan-soalan tafsiran formatif
1. Dalam set induksi
- Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran.
- Soalan: Cuba teka apakah tajuk pelajaran kita hari ini?
2. Dalam sesi menyampaikan input
- Guru bertanya kepada pelajar contoh sayur-sayuran lain mengikut kategorinya
- Soalan: Apakah contoh sayuran bagi....
- Berdaun?
- Bunga?
- Buah?
- Kacang?
- Akar?
- Batang dan pucuk?
- Bebawang?
3. Aktiviti pengukuhan
- Guru meminta setiap pelajar membina sebuah sajak berkenaan dengan topik
pengajaran
- Pelajar diminta mendeklamasikan sajak dalam kumpul