29
GURU CEMERLANG Pendahuluan Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Guru Cemerlang adalah seorang guru biasa yang menjalankan tanggungjawab melaksanakan P & P sebagaimana yang telah diamanahkan kepadanya. Tiada apa yang membezakan Guru Cemerlang dengan guru-guru lain di sekolah kerana bebanan tugas dan waktu mengajar adalah sama di mana mereka tidak terkecuali dari menjalankan tugas-tugas lain seperti kokurikulum yang meliputi persatuan dan kelab serta unit- unit beruniform. Namun kewujudan Guru Cemerlang di sekolah- sekolah dapat menggambarkan satu situasi bahawa organisasi sekolah ke arah hala tuju bermatlamatkan peningkatan kerana interpretasi Guru Cemerlang itu sendiri adalah seorang guru yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran yang tinggi terutama dalam bidang dan mata pelajarannya, menjadi role model kepada murid dan rakan guru lain, sentiasa bermotivasi dan mempunyai usaha berterusan untuk memajukan sekolah secara khusus dan bidang pendidikan secara amnya. Sehubungan dengan itu sebagai Guru Cemerlang harus melihat satu potensi yang besar untuk memastikan mata pelajaran ini mendapat tempat di hati semua murid agar mereka memandangnya sebagai penting seiring dengan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang boleh diaplikasikan

Guru Cemerlang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guru Cemerlang

GURU CEMERLANG

Pendahuluan

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran

yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan

pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Guru

Cemerlang adalah seorang guru biasa yang menjalankan tanggungjawab

melaksanakan P & P sebagaimana yang telah diamanahkan kepadanya.  Tiada apa

yang membezakan Guru Cemerlang dengan guru-guru lain di sekolah kerana bebanan

tugas dan waktu mengajar adalah sama di mana mereka tidak terkecuali dari

menjalankan tugas-tugas lain seperti kokurikulum yang meliputi persatuan dan kelab

serta unit-unit beruniform. Namun kewujudan Guru Cemerlang di sekolah-sekolah dapat

menggambarkan satu situasi bahawa organisasi sekolah ke arah hala tuju

bermatlamatkan peningkatan kerana interpretasi Guru Cemerlang itu sendiri adalah

seorang guru yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran yang tinggi terutama dalam

bidang  dan mata pelajarannya, menjadi role model kepada murid dan rakan guru lain,

sentiasa bermotivasi dan mempunyai usaha berterusan untuk memajukan sekolah

secara khusus dan bidang pendidikan secara amnya. Sehubungan dengan itu sebagai

Guru Cemerlang harus  melihat satu potensi yang besar untuk memastikan mata

pelajaran ini mendapat tempat di hati semua murid agar mereka memandangnya

sebagai penting seiring dengan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata

pelajaran yang boleh diaplikasikan sepanjang hayat, bukan sahaja untuk skor ‘A’ dalam

peperiksaan sebaliknya membantu melengkapkan kehidupan masa mendatang. Untuk

memastikan kecemerlangan yang berterusan, seorang Guru Cemerlang sentiasa

mengamalkan falsafah berikut:

“Saya hanya mempunyai satu hari sahaja dalam hidup iaitu hari ini,

kerana semalam telah lepas (tidak boleh diambil kembali), dan hari esok

belum tentu kita temui. Oleh itu pastikan buat yang terbaik untuk hari ini.”

Page 2: Guru Cemerlang

Biografi Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan

Maklumat Diri

Nama : Tn. Hj. Kamaludin bin Talib

Umur : 45 tahun

Tarikh lahir : 24 Julai 1962

Asal : Kuala Lipis, Pahang

Nama isteri : Pn. Siniyati bt Yahya

Bil. Anak : 3 orang ( 1 perempuan 2 lelaki)

Latar Belakang Pendidikan:

1. S.K. Lubuk Kulit, Kuala Lipis

2. S.M.K. Padang Tnegku, Kuala Lipis

3. S. M. K Clifford, Kuala Lipis

4. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (PPAK Am)

Perkhidmatan:

1. S.K LKTP Sg. Koyan, Raub, Pahang

2. S.K Sega, Raub

3. S.K. Batu Talam, Raub

4. S.K Mahmud, Raub (sehingga sekarang)

Pengalaman manis :Mendapat anugerah Guru Paling Popular (2009) dan

ramai pelajar murid darjah 6 mendapat A dalam

matapelajaran Bahasa Melayu (38 orang)

Pengalaman pahit : Tiada kerana semuanya indah belaka.

Page 3: Guru Cemerlang

Dialog:

Guru pelatih : Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Melayu. Bolehkah kami menemubual

cikgu?

Guru Tokoh : Waalaikumsalam. Boleh.

Guru pelatih : Bolehkah cikgu berkongsi bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi

guru cemerlang?

Guru Tokoh : Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah

menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku. Selain itu,kita juga harus menjaga

hubungan

dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak. Tambahan lagi,

guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua

aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang

lain. Dari segi perkhidmatan pula, para guru hendaklah mempuyai

pengalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun mengajar. Bukan itu

sahaja, komunikasi dengan orang luar juga sangat penting untuk

menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil

pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan panduan dalam

hidup. Kesan daripada itu, saya telah mendapat Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1993 dan 2006. Kepakaran

saya adalah dalam bidang Bahasa Melayu. Di samping mengajar,

saya juga banyak menghadiri kursus dan bengkel bagi

memantapkan lagi profesionalisme seorang guru. Tambahan pula,

saya sering dijemput untuk menjadi penceramah bagi teknik-teknik

menjawab soalan bagi darjah 6 yang akan menduduki UJian

Penilaian Sekolah Rendah. Untuk menjadi seorang guru yang

cemerlang, segala aktiviti yang dianjurkan untuk Guru Cemerlang

haruslah saya ikuti.

Guru pelatih : Wah, agak susah juga ya untuk menjadi seperti cikgu. Tahniah

Sekali lagi. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, bolehkan

Page 4: Guru Cemerlang

cikgu kongsikan kepada kami bagaimanakah caranya untuk

mengawal kelas?

Guru Tokoh : Senang sahaja. Semuanya bergantung kepada tanggapan pertama

atau pun first impression. Pada kali pertama kita masuk ke kelas,

kita hendaklah menunjukkan ketegasan supaya murid-murid takut

dan tidak mudah untuk pijak kepala kita. Kita juga haruslah bijak

dalam mengawal kelas dan perlakuan anak murid terhadap kita

sejak mula lagi.

Guru pelatih : Oh begitu rupanya. Cikgu, bolehkah cikgu berkongsi serba sedikit

bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian murid di dalam

kelas?

Guru Tokoh : Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat

dan perhatian murid di dalam kelas.Contohnya, kita membuat ABM

menggunakan radio,slaid,laptop dan sebagainya. Ini bagi

menghilangkan rasa bosan murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, kita juga boleh mengadakan amali di luar

kelas. Misalnya, bagi sukatan mata pelajaran lakonan, kita

bolehlah membawa murid ke pentas untuk melakonkan watak

watak dalam sebuah cerita. Seterusnya, murid-murid bolehlah

diagihkan mengikut kumpulan bagi sesetengah acara iaitu

perlawanan, pertandingan dan sebagainya. Cara ini adalah

bersesuaian bagi murid tahun 1,2,3 dan 4.

Guru pelatih : Saya harap apa yang dikatakan oleh cikgu dapat saya gunakan

ketika saya berjaya menjadi seorang guru. Bagaimana pula

caranya untuk memberikan arahan yang jelas kepada murid?

Guru Tokoh : Arahan yang diberikan haruslah mudah dan tidak panjang. Ia juga

mengandungi isi yang padat.

Guru pelatih : Saya amat bersetuju dengan kenyataan cikgu. Baiklah, bagaimana

pula cara kita untuk menangani gangguan luar jangkaan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran?

Page 5: Guru Cemerlang

Guru Tokoh : Kita haruslah mengetahui perbezaan individu pelajar kita. Setiap

murid-murid mempunyai ragam masing-masing. Bagi murid yang

kurang cerdik, mereka selalunya akan mengganggu murid-murid

yang cerdik kerana mereka tidak dapat menyiapkan kerja yang

diberikan oleh guru.Justeru, kita haruslah membina kumpulan

cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas. Hal ini adalah kerana,

kumpulan yang cerdas cepat menangkap apa yang diperkatakan

oleh guru jadi guru haruslah menyediakan bahan yang banyak

kepada murid yang cerdas. Manakala murid yang kurang cerdas

sukar untuk menangkap apa yang diajarkan dengan hanya sekali

pengajaran. Guru haruslah mengajar murid tersebut secara

berulang-ulang . Tambahan lagi, kita bolehlah menyediakan satu

sudut bacaan di mana pelajar boleh menghilangkan rasa bosan

mereka.

Guru pelatih : Sungguh panjang lebar penerangan cikgu. Baiklah, soalan yang

terakhir untuk sesi temuramah kita pada hari ini, bagaimanakah

proses untuk kita menamatkan proses pengajaran dan

pembelajaran?

Guru tokoh : Kita bolehlah mengulang kembali secara umum apa yang dipelajari

pada hari tersebut. Caranya adalah dengan mengaitkan dengan

situasi luar. Selain itu, kita juga bolehlah bertanya kembali kepada

murid-murid tentang apa yang mereka peroleh daripada proses

pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Kita juga boleh

meningkatkan kembali semangat mereka dengan menyanyi

beramai-ramai.

Guru pelatih : Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Diharap apa yang kiata bincangkan sebentar tadi dapat member

panduan untuk kami menjadi seorang guru yang berjaya. Sekian,

terima kasih.

Guru tokoh : Sama-sama.

Page 6: Guru Cemerlang

Peranan Utama Guru Cemerlang Dalam Meningkatkan Mutu Pengajaran Dan

Pembelajaran Dan Kaitannya Dengan Etika Guru Dan Akauntabiliti Dalam Konteks

Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia.

Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru

mulai tahun 1994, setelah Jemaah Menteri meluluskan memorandum bertajuk ”Sistem

Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan : Cadangan Ke Arah Meningkatkan

Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” pada tahun

1993 (Utusan Malaysia, 30 November 2006). Pada tahun tersebut, pihak Jemaah Nazir

telah mengeluarkan surat siaran bagi pemilihan Guru Cemerlang kumpulan yang

pertama untuk dipertimbangkan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat yang lebih

tinggi secara khas untuk penyandang (KUP). Ianya bertujuan memberi peluang kepada

guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah di dalam mata pelajaran yang

diajar atau bidang pengkhususan tertentu untuk menikmati peluang kenaikan pangkat

tanpa perlu ditukarkan di jawatan pentadbiran. Melalui cara ini, guru-guru yang

bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam bidang tertentu dapat terus

dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran (KPM, 2009).

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran yang

tinggi dalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga

sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

yang cemerlang secara berterusan (Utusan Malaysia, 30 November 2013). Guru

Cemerlang menurut Mohd Zakaria (2012) pula, ialah guru yang dapat melaksanakan

tugasnya dengan berkesan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Di mana ia mampu melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih baik daripada guru biasa yang mengajar mata pelajaran

yang sama. Selain itu, Guru Cemerlang juga mesti bertindak sebagai pakar rujuk dan

role model kepada guru-guru dan murid-murid serta dapat memberi impak yang positif

kepada peningkatan prestasi akademik.

Page 7: Guru Cemerlang

Kesimpulannya, Guru Cemerlang ialah guru pakar dalam mata pelajaran yang

diajar dan sentiasa berusaha menambah baik amalan mengajar secara berterusan bagi

memenuhi keperluan muridnya sehingga berjaya memacu kecemerlangan mereka.

Guru Cemerlang akan sentiasa mempamerkan keperibadian yang baik serta mulia,

menjadi model berkesan, bijaksana, memperlihatkan tingkah laku cemerlang dan

bermotivasi.

Guru Cemerlang adalah untuk guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam

mata pelajaran yang diajar. Pada peringkat awal kelahiran konsep ini, ia mempunyai

tiga matlamat utama iaitu untuk memberi peluang kepada guru-guru yang berdedikasi,

bermotivasi, berkemahiran, berpengalaman, dan memiliki kepakaran dalam mata

pelajaran tertentu untuk merasai kenaikan pangkat. Selain itu, walaupun telah dinaikkan

pangkat guru-guru ini akan kekal mengajar tanpa perlu bertukar ke jawatan pentadbiran

dan kepakaran serta kebolehan mereka dapat terus dimanfaatkan. Di samping itu juga

ia memberi peluang kepada guru-guru yang berpotensi untuk memegang jawatan yang

lebih tinggi melalui laluan laju (fast track) (Utusan Malaysia, 30 November 2006). Selain

tiga matlamat utama di atas, pelaksanaan konsep ini sebenarnya memberi pengiktirafan

kepada guru-guru yang cemerlang dalam bidang masing-masing, meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran, menjadikan Guru Cemerlang role model, meningkatkan

motivasi dan meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui perkongsian ilmu,

pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang (KPM, 2010).

Guru Cemerlang memainkan peranan yang amat penting dalam membangun

dan menyumbangkan khidmat kepakaran terhadap kecemerlangan muridnya di

samping menjadi role model serta pembimbing kepada rakan-rakan sejawat. Guru

Cemerlang dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan

mencapai kadar dan tahap yang cemerlang seperti yang diperincikan dalam Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Peranan dan tanggungjawab itu adalah seperti

berikut (Utusan Malaysia, 30 November 2006).

i) Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran

kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang

tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 8: Guru Cemerlang

ii) Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan

dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

iii) Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat, dan membimbing guru dalam

mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

iv) Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan,

meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang

pengkhususan dan membentang hasilnya.

v) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah,

Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Sebagai Guru Cemerlang, kualiti berasaskan ciri-ciri seperti peribadi,

pengetahuan, kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan kepada

kemajuan pendidikan negara mesti dimiliki (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh, 2007).

Guru Cemerlang mestilah mempunyai ciri-ciri berikut.

i) Guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang

teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin

terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

ii) Guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang

pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran,

bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu

mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan

program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi.

iii) Guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes)

ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

iv) Guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan

menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

v) Guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan

inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Page 9: Guru Cemerlang

vi) Guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang

pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu

pendidikan negara.

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal insan cemerlang

yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi

keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan

tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat

kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf

maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang

selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah

berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah

rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et

al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan

tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan

yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap

aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya

sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang

cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat

merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan

cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang

cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara

keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung

kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.  

    Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat

membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai

telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru.  Guru yang

profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut

Page 10: Guru Cemerlang

mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri

murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru

tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru

berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan.

Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat

penyayang akan memberi impak yang baik.

Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara,

maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk

melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik

dan bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang

boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok

Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan

mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang

dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan

Profesionalisme Keguruan.

            Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan

meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting

untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik

membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu

bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya

sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti

yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak

langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi

profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang

memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji.

Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas

tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat

Page 11: Guru Cemerlang

serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah

terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah

Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang

kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya,

berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu

mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku

dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar dapat

menjalankan tugas dengan berkesan.

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan

kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat

yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang

cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan

dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu

membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan

warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru

berkongsi  kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat

mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi,

untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan

bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti

persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program

Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian

kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi

dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi

kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam

kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya

bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012).

Page 12: Guru Cemerlang

Rumusan

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat

penting kerana ia memberi kesan positif  atau implikasi baik yang banyak kepada

banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia

pendidikan.  Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan

dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara.

Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan

hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan

sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah

dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada

pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika

keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang

baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-

duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan. 

Page 13: Guru Cemerlang

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus

yang diamanahkan bersama dengan rakan-rakan kumpulan mengikut masa yang telah

ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya dan rakan tugasan saya

banyak melakukan perbincangan khusus berkenaan dengan isu yang telah telah

diutarakan iaitu ‘Peranan kepimpinan sekolah ke arah melahirkan warga sekolah yang

cemerlang dan berprestasi tinggi. Hal ini tidak menjadi masalah yang besar kepada

kami kerana kami merupakan guru yang berada di sekolah dan sentiasa mendepani isu

berkenaan. Pelbagai pendapat dan buah fikiran yang diutarakan diantara kami dalam

kumpulan semasa perbincangan dilakukan.

Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk

lebih memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari

semakin mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai ilmu

dan kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan ini

sangat membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru yang

baik.

Sistem pendidikan sentiasa berlaku perubahan dari masa ke semasa dalam

memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara

maju yang memerlukan warganegaranya berkemahiran tinggi selaras dengan agenda

Transformasi Pendidikan Negara. Oleh itu setiap perubahan yang berlaku adalah

merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh warga pendidik terutamanya guru. Oleh

yang demikian tahap profesionalisme keguruan harus turut berlaku perubahan

termasuk juga dari segi etika dan akuntabiliti guru.

Melalui tugasan ini juga, saya berpendapat guru itu perlu mempelajari dan

mengamalkan pengetahuan yang mendalam dan membantu guru mengajar dengan

penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat

mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk

merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua

yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah.

Page 14: Guru Cemerlang

Bagaimanapun, guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk

mempelajari perkara yang beliau kurang mahir. Interaksi dua hala antara guru dengan

pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran

dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu manarik perhatian

pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. Cara yang mudah

adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut

perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan

alat bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar.

Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah

pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta

pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur

jenaka. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka

minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan

merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Oleh

itu, guru yang seperti ini diidamkan oleh para guru kerana dapat menarik perhatian

pelajar.Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan

masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun

bersama rukun tetangga sangat penting.

Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarkat

itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga.

Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu

pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu,

cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-

ciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar. Penampilan dan

perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul. Keterampilan perlu

bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru Pendidikan Jasmani

perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan

yang ditunjulkan dapat mambakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi

seperti guru tersebut. Dengan kata lain manjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap

Page 15: Guru Cemerlang

berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan

masalah perlu ada pada guru yang cemerlang.

Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk

menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat

menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar

sangat baik. Ilmu yang cukup di dada dan tidak ketinggalan ditelan arus zaman sangat

perlu dalam menempuh kehidupan yang persekitarannya sentiasa berubah dan tidak

pernah statik. Untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan, guru berusaha mendalami

bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan

yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus

perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus

bagi meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset

yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak

boleh dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam

garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan

mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.Pertuturan antara guru dan

pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan

pelajar. Guru-guru akan memberi tunjuk ajar jika pelajar tersebut menunjukkan minat

terhadap ilmu yang disampaikannya.

Guru akan memberi nasihat dan tip-tip untuk berjaya terutamanya kepada yang

selalu mendampingi guru tersebut. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu wujud antara

pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru

yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya

soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk. Kadang-kadang pelajar yang

guru dia minat, dia suka, sampai mana-manapun dia kejar cikgu tu kat bilik guru, keluar

waktu sekolah dia akan tanya, dia akan tanya “Macam mana cikgu buat ni?”.

Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu

menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan.

Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran

adalah rendah. Oleh itu, pengunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami

Page 16: Guru Cemerlang

digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar

memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru

ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru

cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi

pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka

disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan

duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka. 

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang

gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan

pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma,

mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling

penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang

profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan

keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam,

kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah

setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam

kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua

tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang

berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan

orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari

sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek

diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Rumusannya, pendidikan

berkualiti tinggi menjamin kejayaan pembentukan  modal  insan  yang  memiliki

personaliti unggul. Bagi menjamin kejayaan ini,  guru  mestilah  mempunyai  cirri

kecemerlangan profesionalisma, kecemerlangan  peribadi,  kecemerlangan 

pengetahuan  dan  kemahiran, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan

kecemerlangan potensi. Oleh itu amatlah penting bagi guru mengenal pasti ciri-ciri

kecemerlangan dalam dirinya dan seterusnya berusaha sedaya-upaya untuk

mengekalkannya.

Page 17: Guru Cemerlang

Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan

dalam dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagi

menjana lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Pada pendapat saya

guru mesti berusaha  mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dirinya bagi meningkatkan

kualiti pendidikan ke arah melahirkan modal insan seperti hasrat Teras Kedua PIPP. Di

antara usaha-usaha yang perlu saya lakukan untuk mengekalkan ciri-ciri

kecemerlangan diri saya bagi meningkatkan kualiti pendidikan ialah dengan

melaksanakan 8M iaitu menghayati visi negara dan misi KPM, memantapkan

penguasaan ilmu, membudayakan kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan

berkesan,  menyumbang tenaga dan kepakaran, meningkatkan keterampilan diri,

menjaga tingkah laku, dan muhasabah diri.

NAMA : SAIYAH BINTI ACHIL

K.P : 670518106380

KELAS : PPG BM 7D KOHOT 2

Page 18: Guru Cemerlang

RUJUKAN

Mok Soon Sang(2010), Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran,Selangor,Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd

http://www.moe.gov.my/

Kamaruddin, K. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Tanjung

Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mustafa, S. I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.

Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

http://www.scribd.com/doc/163397547/Isu-Tekanan-Emosi-Guru-Akibat-Bebanan-Kerja

Syed Ismail bin Syed Mustafa, Ahmad Subki bin Miskon. Guru dan Cabaran Semasa.

2012. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Page 19: Guru Cemerlang

LAMPIRAN