7
AMALI 1 TAJUK : Larutan Piawai TUJUAN : Untuk menyediakan dua jenis larutan piawai yang berlainan kepekatan. BAHAN : natrium hidroksida, NaOH, kuprum (II) sulfat, CuSO 4, air suling ALAT RADAS : 100cm 3 kelalang volumetrik, bikar, rod kaca, botol pembasuh, corong turas, penimbang elektronik, penitis, botol penimbang dan penutup botol penimbang PROSEDUR : A. Menyediakan 100cm 3 larutan piawai natrium hidroksida, NaOH dengan kemolaran 1.0 mol dm -3 . 1) 4.0 g natrium hidroksida, NaOH ditimbang dengan tepat dalam sebuah botol penimbang yang kering dengan menggunakan penimbang elektronik. 2) Natrium hidroksida tersebut dituang ke dalam bikar dan dilarutkan menggunakan air suling dan dikacau dengan rod kaca.

SCE1014 Amali 1 - Larutan Piawai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SCE1014 Amali 1 - Larutan Piawai

AMALI 1

TAJUK : Larutan Piawai

TUJUAN : Untuk menyediakan dua jenis larutan piawai yang berlainan

kepekatan.

BAHAN : natrium hidroksida, NaOH, kuprum (II) sulfat, CuSO4, air suling

ALAT RADAS : 100cm3 kelalang volumetrik, bikar, rod kaca, botol pembasuh,

corong turas, penimbang elektronik, penitis, botol penimbang dan

penutup botol penimbang

PROSEDUR : A. Menyediakan 100cm 3 larutan piawai natrium hidroksida, NaOH dengan kemolaran 1.0 mol dm -3 .

1) 4.0 g natrium hidroksida, NaOH ditimbang dengan tepat dalam

sebuah botol penimbang yang kering dengan menggunakan

penimbang elektronik.

2) Natrium hidroksida tersebut dituang ke dalam bikar dan dilarutkan

menggunakan air suling dan dikacau dengan rod kaca.

3) Botol penimbang itu dibilas dengan sedikit air suling. Kemudian,

semua air basuhan itu dituang ke dalam bikar dan proses ini

diulang beberapa kali.

Page 2: SCE1014 Amali 1 - Larutan Piawai

4) Setelah larut, larutan natrium hidroksida itu dituang ke dalam

100cm3 kelalang volumetrik yang telah dibilas dengan air suling

dengan menggunakan corong turas bagi mengelakkan

pertumpahan cecair.

5) Setelah itu, bikar tersebut dibilas beberapa kali dengan air suling

dan semua air basuhannya dituang ke dalam kelalang volumetrik

dengan menggunakan corong turas. Corong turas juga dibilas

beberapa kali dan semua air basuhan dituang masuk ke dalam

kelalang volumetrik.

6) Kemudian, corong turas ditanggalkan.

7) Kelalang volumetrik digoncang perlahan-lahan sehingga semua

natrium hidroksida larut.

8) Air suling ditambah dengan berhati-hati menggunakan penitis

sehingga meniskus larutan berada pada tanda senggatan 100cm3.

9) Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat.

10) Kelalang volumetrik itu ditelangkupkan beberapa kali supaya

larutan bercampur dengan sekata.

11) Maka, 100cm3 larutan piawai natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 telah

disediakan.

B. Menyediakan 100cm 3 larutan piawai kuprum (II) sulfat, CuSO 4

dengan kemolaran 1.0 mol dm -3 .

1) 24.9 g kuprum (II) sulfat, CuSO4 ditimbang dengan tepat dalam

sebuah botol penimbang yang kering dengan menggunakan

penimbang elektronik.

Page 3: SCE1014 Amali 1 - Larutan Piawai

2) Kuprum (II) sulfat tersebut dituang ke dalam bikar sedikit demi

sedikit untuk dilarutkan menggunakan air suling dan larutan dikacau

dengan rod kaca.

3) Botol penimbang itu dibilas dengan sedikit air suling. Kemudian,

semua air basuhan itu dituang ke dalam bikar dan proses ini diulang

beberapa kali.

4) Setelah larut, larutan kuprum (II) sulfat itu dituang ke dalam 100cm3

kelalang volumetrik yang telah dibilas dengan air suling dengan

menggunakan corong turas bagi mengelakkan pertumpahan cecair.

5) Setelah itu, bikar tersebut dibilas beberapa kali dengan air suling

dan semua air basuhannya dituang ke dalam kelalang volumetrik

dengan menggunakan corong turas. Corong turas juga dibilas

beberapa kali dan semua air basuhan dituang masuk ke dalam

kelalang volumetrik.

6) Corong turas kemudiannya ditanggalkan.

7) Kelalang volumetrik digoncang perlahan-lahan sehingga semua

kuprum (II) sulfat larut.

8) Air suling ditambah dengan berhati-hati menggunakan penitis

sehingga meniskus larutan berada pada tanda senggatan 100cm3.

9) Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat.

10) Kelalang volumetrik itu ditelangkupkan beberapa kali supaya

larutan bercampur dengan sekata.

11) Maka, 100cm3 larutan kuprum (II) sulfat 1.0 mol dm-3 telah

disediakan.

PEMERHATIAN :

Larutan jernih, 100 cm3 natrium hidroksida, NaOH dengan kemolaran 1.0 mol

dm-3 dan larutan berwarna biru, 100 cm3 kuprum (II) sulfat, CuSO4 dengan

kemolaran 1.0 mol dm-3 telah dihasilkan.

Page 4: SCE1014 Amali 1 - Larutan Piawai

PERBINCANGAN :

1) Secara teorinya, larutan piawai ialah larutan yang mempunyai kepekatan

yang tepat dalam sesuatu bahan. Larutan piawai disediakan menggunakan

bahan piawai seperti piawai primer.

2) Piawai primer adalah piawai yang tepat yang tidak ditentuukur seperti piawai

yang lain. Piawai primer adalah sangat tulen, stabil dan mempunyai jisim

molekul yang tinggi.

3) Larutan piawai digunakan untuk mengenalpasti kepekatan bahan yang lain.

4) Setiap kelalang volumetrik mempunyai senggatan isipadu yang tepat,

contohnya kelalang volumetrik 100cm3, 250cm3 dan 500cm3 jadi apabila

isipadu diukur menggunakan kelalang volumetrik, isipadu pasti akan selalu

tepat.

5) Jisim pepejal untuk dilarutkan akan dikira sebelum memulakan eksperimen

dengan menggunakan formula ini:

Bilangan mol = Kemolaran larutan x Isipadu larutan

1000

Bilangan mol = Jisim

Jisim molekul relatif

6) Sebagai langkah berjaga-jaga, semasa menimbang bahan pepejal tersebut,

terdapat gangguan angin yang memberikan kesan untuk mendapat bacaan

yang betul pada penimbang elektronik. Jadi, kipas dan tingkap telah ditutup

bagi mengurangkan gangguan angin.

7) Semua radas dipastikan dibasuh dan dibilas dengan menggunakan air suling

terlebih dahulu sebelum eksperimen dimulakan agar tidak mempengaruhi

hasil dapatan larutan kimia tersebut kerana jika air paip yang digunakan pasti

akan mempengaruhi kemolaran sesuatu larutan kimia itu kerana ion hidrogen

dan ion hidroksida yang terkandung dalam air paip itu.

8) Semasa memenuhi kelalang volumetrik, air suling dituang dengan cepat pada

mulanya dan apabila aras larutan menghampiri tanda senggatan kelalang itu,

air suling ditambah setitik demi setitik dengan menggunakan penitis sehingga

meniskus larutan sampai tepat di tanda senggatan kelalang itu. Penitis

Page 5: SCE1014 Amali 1 - Larutan Piawai

digunakan agar dapat berhati-hati untuk memastikan larutan tepat pada

senggatan isipadu kelalang volumetrik untuk mendapatkan larutan piawai

yang tepat.

9) Mata hendaklah dipastikan selari dengan meniskus larutan semasa

memenuhkan kelalang volumetrik bagi mengelakkan ralat rawak yang boleh

menyebabkan larutan piawai yang terhasil tidak tepat.

10)Untuk menyekatakan larutan dengan baik, saya telah menelangkup kelalang

volumetrik beberapa kali dan bukannya menggoncang kelalang volumetrik.

11)Untuk memastikan larutan tidak tertumpah, kelalang volumetrik telah ditutup

dengan rapat dan kemas.

12) Oleh kerana saya telah mempraktikkan semua langkah berjaga-jaga, saya

telah berjaya mendapatkan dua jenis larutan piawai yang tepat.

KESIMPULAN :

100cm3 larutan piawai natrium hidroksida, NaOH 0.1 mol dm-3 telah berjaya

dihasilkan dengan melarutkan 4.0 g pepejal natrium hidroksida dalam air suling

sehingga mencapai isipadu 100cm3.

100cm3 larutan piawai kuprum (II) sulfat, CuSO4 0.1 mol dm-3 telah berjaya dihasilkan

dengan melarutkan 24.9 g pepejal kuprum (II) sulfat dalam air suling sehingga

mencapai isipadu 100cm3.