10
Bismillahirahmannirrahim Lazat sungguh rasa tomato Di makan bersama buah kuini Kalau tidak kerana pidato Tak akan saya berada di sini Datang bahtera dari Medan Singgah sebentar di laluan Kerai Salam Satu Malaysia saya hulurkan Kepada warga dewan pembuka tirai Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia, Yang mulia tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di paksi kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam, para guru dan seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ‘Memartabatkan Bahasa Melayu’ Hadirin yang dihormati sekalian, Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan ‘memartabatkan’ bermaksud menjadikan sesuatu itu mempunyai kedudukan yang tinggi pada mata masyarakat. Memartabatkan Bahasa Melayu

Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

Bismillahirahmannirrahim

Lazat sungguh rasa tomato

Di makan bersama buah kuini

Kalau tidak kerana pidato

Tak akan saya berada di sini

Datang bahtera dari Medan

Singgah sebentar di laluan Kerai

Salam Satu Malaysia saya hulurkan

Kepada warga dewan pembuka tirai

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia,

Yang mulia tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di paksi

kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam, para guru dan seterusnya

hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ‘Memartabatkan

Bahasa Melayu’

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan ‘memartabatkan’ bermaksud menjadikan

sesuatu itu mempunyai kedudukan yang tinggi pada mata masyarakat. Memartabatkan

Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa

kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa

Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan

1996. Tuntasnya tajuk pidato saya pada hari ini bakal menyingkap betapa pentingnya

memartabatkan Bahasa Melayu sebagai asas dalam merealisasikan menjadikan Bahasa

Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi di mata dunia.

Page 2: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

Hadiri yang budiman,

Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan

digunakan dengan meluas, bahasa Melayu perlu diutamakan dan dipertahankan.

Tambahan pula, bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk

perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk

menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan

sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut

arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.

Antara usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang

pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut

perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan

tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa

perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu

bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga

sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan

kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak

kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Page 3: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak

berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk

memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk

kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya,

pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam

atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan

bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa

Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana media massa

memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Perkara ini sudah pasti akan

membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat

di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan, sudah

tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah

disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan

bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,

pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah

menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa

Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak

swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan

bahasa Melayu ini. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan

penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda.

Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di

negara kita.

Page 4: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan

bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak

perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa

mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa

Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa

rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa

Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan

menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata

dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Page 5: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

PIDATO SPONTAN

1. Membaca jambatan ilmu. Terangkan akibat daripada kurang membaca.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah ‘Membaca jambatan Ilmu’.

Apakah akibatnya jika kita kurang membaca. Jika kita kurang membaca kita adalah

manusia yang sangat rugi kerana akan:

1. Menyebabkan kelembapan daya fikir dan gagal memahami realiti semasa.

2. Mudah meniru dan menciplak disebabkan ketiadaan ilmu, sahsiah dan rohani

yang mantap.

3. Kekurangan daya yakin akan diri sendiri.

2. Nyatakan keburukan terlalu banyak menonton televisyen.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah keburukan terlalu banyak

menonton televisyen. Di antara keburukan terlalu banyak menonton televisyen adalah

1. Pengaruh budaya luar yang negatif terhadap perkembangan otak.

2. Akan mengganggu aktiviti harian disebabkan masa yang banyak dihabiskan di

hadapan tinggi.

3. Akan melunturkan semangat kejiranan kerana sibuk dengan rancangan

ditelevisyen dan tiada masa untuk bergaul.

3. Nyatakan kebaikan melayari internet.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah kebaikan internet. Di antara

kebaikannya adalah :

1. Mendapat pelbagai informasi dengan mudah, cepat dan terkini.

2. Membolehkan pengguna di mana saja jauh atau dekat berhubung dengan

mudah.

Page 6: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

4. Bincangkan keburukan atau kebaikan iklan yang dipaparkan di media

elektronik atau media cetak.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah kebaikan iklan yang dipaparkan di

media massa :

1. Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan

untuk membuat pembeliannya.

2. Iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu

produk itu.

5. Rumahku syurgaku. Berikan cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah cara memupuk keluarga bahagia.

1. Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut menyediakan masa lapang

untuk beriadah bersama keluarga seperti berkelah dan melancong. Ini dapat

mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dan mencergaskan fikiran.

2. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan

saying dan cintakan anak-anak dengan mendalam supaya mereka tidak

merasa terabai.

6. Nyatakan pandangan anda akibat daripada sikap suka membuang sampah

merata-rata.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah akibat sikap suka membuang

sampah merata-rata. Di antara akibatnya adalah :

1. Menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling.

2. Menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara.

3. Menjejaskan imej negara.

Page 7: Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu

7. Badan sihat minda cerdas. Jelaskan akibat mengabaikan kebersihan.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah akibat mengabaikan kebersihan.

Di antaranya adalah :

1. Mudah dijangkiti dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

2. Disisihkan oleh kawan-kawan dan masyarakat sekitar.

3. Menjatuhkan imej diri sendiri.

8. Pada pandangan anda, apakah sumbangan yang boleh anda berikan untuk

mengharumkan nama sekolah dan seterusnya negara.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah sumbangan yang boleh diberikan

untuk mengharumkan nama sekolah dan negara. Di antara sumbangan yang boleh

diberikan adalah

1. Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya Berjaya dalam bidang pelajaran

dan dapat menjadi insan berguna dan menyumbang sesuatu kepada sekolah

dan negara.

2. Menyertai aktiviti kokurikulum seperti pertandingan sukan dan ko akademik

dan bersungguh-sungguh menyertai sehingga Berjaya.