17
KARANGAN ULASAN KARANGAN CONTOH Lihat gambar kejadian banjir di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Slide karangan ulasan (vle frog)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slide karangan ulasan (vle frog)

KARANGAN ULASANKARANGAN CONTOH

Lihat gambar kejadian banjir di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang

terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga

100 patah perkataan.

Page 2: Slide karangan ulasan (vle frog)
Page 3: Slide karangan ulasan (vle frog)

RANGKA ULASAN:

• Pendahuluan • Banjir menjadi lumrah alam di dalam dan luar negara• Langkah-langkah untuk membendung kejadian ini• Isi 1• Mengawal selia penebangan hutan• Isi tersirat• Agensi kerajaan wajar menyelia dan menguatkuasakan peraturan terhadap pihak

yang bersalah• Isi 2• Mengawal pembuangan sampah• Isi tersirat• Program pendidikan berkaitan hal ini untuk mendidik masyarakat.• Isi 3• Mengawal aktiviti pembangunan di tebing sungai• Isi tersirat• Elakkan aktiviti yang boleh menghakis tebing sungai• Penutup • Masalah ini perlu ditangani secara bersama

Page 4: Slide karangan ulasan (vle frog)

ULASAN LENGKAP:

Banjir sudah menjadi lumrah alam sama ada di negara kita atau di luar negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi membendung kejadian ini. Antaranya ialah mengawal selia penebangan hutan. Agensi kerajaan seperti Jabatan Hutan wajar menyelia aktiviti ini untuk mengelakkan berlakunya penebangan hutan secara berleluasa. Selain itu, pembuangan sampah sarap perlulah dilakukan secara terkawal. Pelbagai program pendidikan perlu diadakan untuk mendidik masyarakat berkaitan hal ini. Akhir sekali, aktiviti pembangunan di tebing sungai hendaklah dirancang dan dikawal. Sebarang aktiviti yang dapat menghakis tebing sungai perlu dielakkan. Tegasnya, semua pihak perlu bekerjasama agar kejadian banjir dapat dibendung dengan segera.

(98 patah perkataan)

Page 5: Slide karangan ulasan (vle frog)

LATIHAN PENGUKUHAN

Page 6: Slide karangan ulasan (vle frog)

Pendahuluan 1. Berita tentang kemalangan jalan raya

2. Punca yang telah dikenalpasti

Tersurat Tersirat

Isi 1 Kecuian pemandu

Isi 2 Keadaan jalan raya

Isi 3 Kerosakan kenderaan

Isi 4 Kelemahan penguatkuasaan

Penutup Perlu ditangani segera

Page 7: Slide karangan ulasan (vle frog)
Page 8: Slide karangan ulasan (vle frog)

Antara kesan vandalisme ialah kerosakan telefon awam. Hal ini akan menyusahkan orang ramai kerana mereka tidak dapat menggunakan telefon awam ketika kecemasan. Sebagai contoh, kebanyakan telefon awam di kawasan kediaman, sekolah atau pusat beli-belah telah dirosakkan oleh golongan yang tidak bermoral. Sesungguhnya, ibu bapa seyogianya memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana pendidikan agam dan moral dapat menghalang anak-anak daripada terlibat dalam gejala vandalisme. Sebagai tamsilan, pendidikan agama dan moral banyak mendidik anak-anak supaya menghargai harta benda sama ada di rumah ataupun di tempat awam. (94 patah perkataan)

Page 9: Slide karangan ulasan (vle frog)
Page 10: Slide karangan ulasan (vle frog)

ULASAN 1

     Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota keluarga seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapat memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri menjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya bersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar luahan anak-anak dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak.                                                                         (85 patah perkataan)

Page 11: Slide karangan ulasan (vle frog)

ULASAN 2 Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah penduduk seharusnya mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan membolehkan mereka berkenal-kenalan sesama penduduk. Sebagai contoh, semua penduduk bekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan mencuci longkang. Sementelahan, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kita mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai tamsilan, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau ditimpa kemalangan (80 patah perkataan)

Page 12: Slide karangan ulasan (vle frog)
Page 13: Slide karangan ulasan (vle frog)

Muzik amat digemari oleh manusia tanpa mengira usia. Antara kepentingan muzik kepada kita ialah muzik dapat menjadi sumber pendapatan kepada mereka yang mampu berkarya dalam dunia seni ini kerana setiap karya yang dihasilkan akan dibayar oleh mereka yang mengkomersialkannya. Selain itu, muzik juga dapat merangsang semangat patriotisme melalui lagu-lagu yang berlirikkan semangat cinta akan tanah air yang diperdengarkan kepada para pendengar.Akhir sekali, muzik juga dapat menghilangkan tekanan yang dialami di tempat kerja kerana melalui irama muzik yang tertentu dapat menenteramkan jiwa seseorang yang sedang bercelaru.

85 patah perkataan

Page 14: Slide karangan ulasan (vle frog)

Lihat gambar kejadian banjir di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Page 15: Slide karangan ulasan (vle frog)

Setiap pelajar ingin berjaya dalam pelajaran. Namun demikian, usaha-usaha yang proaktif perlu dilakukan untuk menjadi pelajar cemerlang. Usaha paling efektif adalah dengan mengulang kaji pelajaran. Langkah ini perlu dilakukan sepanjang masa untuk mengelakkan kita lupa akan pengajaran yang telah disampaikan oleh guru. Seterusnya, pelajar cemerlang perlulah membuat jadual belajar. Kita juga boleh belajar secara berkumpulan. Kumpulan yang dibentuk dapat berbincang serta bertukar-tukar pandangan. Ada berbagai-bagai langkah yang boleh kita ambil untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Semuanya terletak atas kemahuan sendiri bak peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

(90 patah perkataan)

Page 16: Slide karangan ulasan (vle frog)

Lihat gambar kejadian banjir di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Page 17: Slide karangan ulasan (vle frog)

Dalam dunia yang serba maju ini, kita boleh mendapatkan ilmu dari pembacaan, atau melayari internet. Terdapat 6 bahan yang dijual di Buku Popular iaitu Akedamik 40%, Novel Remaja 24%, Isu Semasa 13%, Majalah Hiburan 11%, Sains Fiksyen 9% dan Novel Seram 3%. Bahan bacaan Akedemik mendapat jualan yang tertinggi. Tujuan utamanya adalah untuk menjadikan bahan rujukan dan mendapat latihan yang lebih daripada pembelian bahan akedemik berbanding buku-buku yang lain. Bahan bacaan yang paling mendapat jualan tertinggi ialah bahan bacaan Akdemik iaitu sebanyak 40%. Manakala bahan bacaan yang kurang mendapat sambutan ialah Novel Seram. Pembacaan berterusan untuk menimba ilmu perlu ada dalam kalangan remaja.

(100 patah perkataan)