15
SYAIR SITI SIANAH CIKGU SAHARUDDIN BIN ABDULLAH GURU BAHASA MELAYU 4 SAINS 1

Syair siti sianah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Syair siti sianah

SYAIR SITI SIANAH

CIKGU SAHARUDDIN BIN ABDULLAHGURU BAHASA MELAYU

4 SAINS 1

Page 2: Syair siti sianah

Setengah perempuan terlalu janggalnya,Roma dimuka pula dicukurnya,

Seperti taji berandam dikeningnya,Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Maksud rangkap = sesetengah perempuan berperangai janggal kerana mencukur bulu roma dimuka dan kening sehingga tajam.Selepas itu, dia berhias dengan lengkap.

Page 3: Syair siti sianah

Mengagak mengilai terlalu suka,Melihatkan laki-laki ditampakkan muka,

Supaya laki-laki boleh menyangka,Ianya elok tiada berhingga.

Maksud rangkap = terdapat perempuan yang ketawa mengilai-ngilai.Apabila ada lelaki, ia akan menunjuk nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat oleh kecantikannya.

Page 4: Syair siti sianah

Setengah perempuan sangat pesolek,Berhias,berdandan berpakai molek,

Didalam cermin muka ditelek,Kanan dan kiri dibelek.

Maksud rangkap = sesetengah perempuan suka bersolek dengan asyik berdandan dan berhias. Dia juga asik membelek-belek dan dirinya dihadapan cermin.

Page 5: Syair siti sianah

Meskipun tiada berapa eloknya,Ada yang setengah kembang hidungnya,

Serta pula kepik batangnya,Seperti buaya besar mulutnya.

Maksud rangkap = terdapat perempuan yang tidaklah begitu cantik dan jelita. Ada sesetengahnya, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya rupanya.

Page 6: Syair siti sianah

Setengah perempuan perangainya cela,Habis dipenuhi rambut kepala,

Rambut yang sikit disiputnya pula,Memakai ccemara berjela-jela.

Maksud rangkap = sesetengah perempuan berperangai buruk. Dia membuat siput pada rambut yang sedikit sambil memakai cemara yang berjela-jela panjangnya.

Page 7: Syair siti sianah

Terkadang muka dibubuh pupuri,Kaki dan tangan, lengan dan jari,

Jadilah rupanya putih berseri,Pekerjaan tipu sangat digemari.

Maksud rangkap = terdapat perempuan yang berlangir dengan menyapu bedak dikaki, tangan , lengan, dan jari sehingga putih. Perbuatan itu semata-mata untuk mengaburi mata orang daripada melihat parut yang ada.

Page 8: Syair siti sianah

Setengah perempuan yang makan angkat,Memakai gelang bertingkat-tingkat,Memandang laki-laki matanya lekat,

Dengan jantan suka berdekat.

Maksud rangkap = sesetengah perempuan suka dipuji. Dengan itu, dia memakai gelang sampai ke pangkal lengan. Apabila ada lelaki, dia memandang dan suka berpelesiran.

Page 9: Syair siti sianah

Kaki dan tangan dinaikkan pula,Pura-pura dikatakan ubat segala,Hakikatnya diketahui Allah Taala,

Supaya laki-laki berhati gila.

Maksud rangkap = ada perempuan yang suka mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Niatnya itu Allah Taala yang tahu, iaitu untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya.

Page 10: Syair siti sianah

Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat salah,

Mudah-mudahan dilepaskanlah,Jangan menjadi betina sempolah.

Maksud rangkap = kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada segala perbuatan yang salah. Mudah-mudahan kita akan diselamatkan dan dijauhkan daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

Page 11: Syair siti sianah

Setengahnya suka bermain judi,Inilah perangai banyak terjadi,Habislah tergadai intan serudi,

Kerana perangai sudah membadi.

Maksud rangkap = ramai pula yang suka berjudi sehingga tergadai baranga kemas kerana perangai buruk tersebut sudah sebati dengan diri.

Page 12: Syair siti sianah

Laki-laki perempuan bertindih lutut,Banyaklah kelakuan yang tidak patut,Sembahyang ibadat sudahlah bantut,

Kerana syaitan duduk dibontot.

Maksud rangkap = pergaulan bebas antara laki dengan perempuan akan banyak menyebabkan perkara yang salah dilakukan. Mereka juga lalai untuk menunaikan sembahyang. Semua itu kerana syaitan sudah hampir dengan diri dan menghasut mereka.

Page 13: Syair siti sianah

Syair Siti Sianah bertemakan nasihat. Persoalannya ialah ;

a) Cara-cara golongan perempuan mencantikkan rupa parasnya.

b) Pergaulan laki dan wanita yang melampaui batas.

TEMA DAN PERSOALAN

Page 14: Syair siti sianah

Kejujuran ; kejujuran perempuan adalah penting dalam memperlihatkan kecantikan diri.

Menjaga maruah diri ; perempuan mesti menjaga batasan hubungan dengan lelaki supaya maruah dan kehormatan diri terpelihara.

NILAI

Page 15: Syair siti sianah

Pergaulan bebas antara laki dan perempuan hendaklah ditegah kerana pergaulan bebas itu mengundang pelbagai kemungkaran.

Setiap perempuan mesti menjaga adab dan akhlak yang sopan supaya tidak dieksploitasi oleh laki yang tidak bertanggungjawab.

Setiap perempuan hendaklah menjaga kecantikan diri tetapi janganlah pula melampau-lampau sehingga menimbulkan fitnah.

PENGAJARAN