53

Click here to load reader

TEORI REALITI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI REALITI

TEORIREALITI

WILLIAM GLASSER (1925-2013)

Page 2: TEORI REALITI

SITI FAIRUZ BINTI LATIP D20111047169NORLIANA SHAFIQAH BINTI ISMAIL D20141066490NURUL NABILA BINTI MOHD NOOR D20141066494SITI NAZIRAH BINTI MOHD LAMBRI D20141066486

Page 3: TEORI REALITI

GAMBARAN KESELURUHAN TEORIPENGASAS TEORI

PANDANGAN TENTANG SIFAT SEMULA JADI

MANUSIA

ANDAIAN ASAS & PRINSIP

TERAPIMATLAMAT TERAPI

PERANAN KAUNSELOR

PROSES TERAPI

TEKNIK-TEKNIK

APLIKASI TEORI DALAM SETTING SILAM BUDAYA

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

TEORI

Page 4: TEORI REALITI

LATAR BELAKANG PENGASAS TEORI

Diasaskan oleh Willam Glasser Merupakan seorang doktor psikologi klinikal (1965) Dilahirkan di Cleveland, Ohio, California (11 Mei1925) anak bongsu daripada 3 adik-beradik.Pandangan peribadi tokoh:

“Zaman kanak-kanak adalah zaman yang mengembirakan.”

Page 5: TEORI REALITI

Zaman Kanak-kanak

Ketika zaman sekolah, beliau sangat berminat bermain muzik & bidang sukan

Zaman Universiti

Pada usia 19 tahun- Glasser mendapat Ijazah Pertama dalam bidang

Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology.

Pada usia 23 tahun- Glasser mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Clinical

Psychology dari Case Western Reserve University.- Tesis untuk mendapat ijazah Kedoktoran ditolak.

Pada usia 28 tahun- Glasser mendapat Ijazah Perubatan daripada universiti

yang sama.

Page 6: TEORI REALITI

Alam Pekerjaan

Tahun 1956- Menjadi ketua psikiatri di Ventura School for Girl- Merupakan institusi yang merawat gadis rosak

akhlak/moral- Dikendalikan oleh kerajaan California.

Tahun 1961- Mula menghasilkan bukunya yang pertama

“Mental Health or Mental Illnes”- merupakan asas kepada teknik & konsep terapi

realistik

Page 7: TEORI REALITI

Antara Buku Wilian GlasserMental Health or Mental Illnes Reality Therapy : A realistic Approach to The Young Offender (1964) School without Failure (1969) The Identity Society (1972) Positive addiction (1976) Control Theory in The Classroom (1986) The Quality School: Managing Students without Coercion (1990) The Quality School Teacher (1993)

Page 8: TEORI REALITI

Realiti terapi bermula apabila Glasser tidak berpuas hati dengan kaedah psikiatri psikoanalisis.

Beliau tidak bersetuju bahawa masalah manuasia disebabkan oleh orang lain & dianggap sebagai mangsa keadaan.

Glasser memfokuskan kepada masa kini & mendorong manusia mengakui tanggungjawab diri terhadap apa yang mereka lakukan.

PENGASAS TEORI

Page 9: TEORI REALITI

PANDANGAN TENTANG SIFAT SEMULA JADI MANUSIA

Manusia ini dimotivasikan oleh dorongan masa kini Bukannya kejadian-kejadian masa lampau, lekatan ataupun rangsangan luaran.

Manusia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri kerana kita yang mencipta dunia dalaman kita. ( IDEA UTAMA TERAPI REALITI )

Otak berfungsi sebagai satu sistem kawalan terhadap tingkah laku untuk memenuhi keperluan asas serta keinginan manusia merupakan sumber utama setiap perlakuan manusia.

Manusia beroperasi pada tahap kesedaraan bukan di tahap tidak sedar.

Dua tahap tenaga perkembangan dan kesihatan :1. Fisiologikal 2. Psikologi

Page 10: TEORI REALITI

Manusia memerlukan kebebasan untuk menentukan pilihan matlamat hidupnya.

Malahan, manusia juga berupaya untuk memilih tindakkanya sendiri.

Dengan cara tersebut manusia akan menyedari sama ada pilihan tersebut sesuai atau kurang sesuai.

Namun, manusia ini berkecenderungan untuk membuat pilihan yang tidak tepat dan boleh memudaratkan diri.

Oleh itu, melalui kauseling manusia dapat belajar cara yang lebih realistik untuk mencapai kebahagaian.

Page 11: TEORI REALITI

PERKEMBANGAN PERSONALITI DAN IDENTITI

Terapi realiti percaya manusia sentiasa membentuk identiti dan Willian Glasser memperkenalkan dua jenis personaliti am manusia.

Identiti kegagalan ( arah hidup yang tidak berkesan ) • Sekiranya sering gagal maka manusia akan membenuk identiti

kegagalan yang bercirikan tingkah laku luar kawalan atau tidak efektif.

Identiti kejayaan ( arah kehidupan lebih berkesan )• Mempunyai perkembangan personaliti sihat dan memiliki kesungguhan dan kemahiran yang diperlukan. • Mencapai kepuasan kediri dalam lima aspek keperluan iaitu keperluan rasa dimiliki, kuasa, keseronokan, kebebasan dan survival dengan cara positif.

Page 12: TEORI REALITI

Identiti Kegagalan Tahap 1 : Mengalah Perkara ini berlaku apabila manusia ini gagal memenuhi keperluannya secara berkesan

contoh : apabila seseorang itu gagal mencari pekerjaan, jadi individu tersebut mungkin akan memilih untuk mengalah sahaja.

Tahap 2 : Memilih Simptom Negatif Tindakan mengalah merupakan peringkat permulaan kepada tingkah laku kurang berkesan atau simptom negatif.

contoh : apabila seseorang itu tidak mendapat pekerjaan, mungkin dia akan memilih untuk menjauhkan diri daripada kawan-kawan, duduk dirumah tanpa buat apa-apa, melibatkan diri dengan perkara yang kurang sihat.

Pemilihan simptom negatif dimanifestasikan melalui empat cara : Tingkah laku : memilih tingkah laku yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Pemikiran : mengalami gangguan pemikiran ( tidak dapat berfikir secara rasional )

Perasaan : perasaan marah, hilang kawalan diri, depresi dan lain-lain. Fisiologi : kehilangan minat untuk menguruskan diri dengan efektif ( kesihatan diri

dari segi fizikal )

Page 13: TEORI REALITI

Tahap 3 : ketagihan negatif

Mengalami kemerosaotan melebihi simptom negatif dan menganggap tingkah laku tidak berkesan sebagai sesuatu yang memenuhi keperluan.

Tingkah laku negatif ini memberi tanggapan bahawa ianya membekalkan kepuasan serta-merta.

Kesan negatif ini boleh membentuk ketagihan alkohol dan dadah, perjudian, makanan dan kerja.

Page 14: TEORI REALITI

IDENTITI KEJAYAAN Tahap 1 : Keinginan untuk berubah

“ saya akan lakukannya”, saya akan berubah”kata-kata ini melambangkan tahap komitmen klien dan kesediaan untuk memenuhi kehendaknya dengan cara yang bersesuaian.

Tahap 2 : Simptom positif klien akan memenuhi keperluannya dengan cara positif (Lawan kepada simptom negatif )

Tindakan : tingkah laku asertif dan altruistik, tahu apa yang diinginkan dan masa hadapan mereka menyumbang kepada orang lain.

Pemikiran : pemikiran yang rasional dapat merancang dan berfikir secara realistik serta tahu keupayaan diri untuk mengawal keadaan.

Perasaan : perasaan sabar, tolak ansur, menerima hakikat, bersemangat dan perasaan lain yang menghasilkan tingkah laku positif.

Fisiologi : gaya hidup yang efektif untuk memenuhi keperluan fizikal contoh : diet yang baik, pengurusan diri.

Page 15: TEORI REALITI

Tahap 3 : ketagihan positif o Ketagihan positif akan meningkatkan kesihatan mental dan memberi kepuasan.o Meningkatkan harga kendiri dan semangat pencapaian klien.o Dua contoh aktiviti yang membantu pencapaian peringkat ketagihan positif

1. Meditasi 2. Senaman

o Melibatkan aktiviti yang memberi ketenangan dan menyeronokan seperti membaca, riadah dan lain-lain lagi.

o Jika aktiviti ini dilakukan secara berterusan akan mengekalkan ketagihan positif seseorang dan membentuk identiti kejayaan yang lebih kekal.

Page 16: TEORI REALITI

ANDAIAN ASAS DAN PRINSIP TEORI

Prinsip atau konsep

Keperluan manusia dan tingkah laku bermakna

Teori pemilihan

Kesepaduan tingkah laku

Orientasi fenomenolo

gi

Page 17: TEORI REALITI

KEPERLUAN MANUSIA DAN TINGKAH LAKU BERMAKNA

Tingkah laku manusia datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri Hak tersebut untuk memenuhi satu atau lebih daripada satu keperluan asas

seseorang. Keperluan psikologi manusia :

Keperluan untuk rasa dipunyai Kuasa Kebebasan Keseronokan Keperluan meneruskan hidup ( survival needs)

Bertindak sebagai sumber motivasi yang mendorong manusia bertingkah laku dalam cara tersendiri. Tindakan manusia mempunyai makna tersendiri dalam usaha mencapai matlamat.

Page 18: TEORI REALITI

ORIENTASI FENOMENOLOGI Manusia membuat persepsi kehidupan berdasarkan

keperluan sendiri Bukan secara realistik dan objektif.

Manusia bukan mangsa keadaan tetapi individu yang mampu menentukan arah kehidupan yang diingininya.

Manusia tidak dapat berubah menjadi lebih baik sekirangnya manusia beranggapan mereka adalah mangsa keadaan.

Page 19: TEORI REALITI

Kesepaduan tingkah laku Tingkah laku membawa makna tersendiri dan ianya berasal dari diri individu sendiri maka manusia dapat mengawalnya.

Menekankan kefahaman tentang kesepaduan tingkah laku yang merangkumi empat aspek perbuatan, pemikiran, perasaan dan fisiologi.

Fisiologi manusia akan berubah sekirangya manuisa berjaya mengubah perbuatan dan pemikirannya.

Hal ini kerana terapi realiti berpendapat manusia mempunyai kawalan terus terhadap aspek pemikiran dan perbuatan.

Page 20: TEORI REALITI

TEORI PEMILIHAN Manusia ini mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap diri seindiri.

Manusia mengawal persekitarannya dengan memilih apa yang perlu dilakukan.

Masa lepas adalah di luar kawalan namun manusia masih mampu mengawal dan merancang tindakan di masa sekarang.

Teori pemilihan ini dugunakan dalam terapi realiti supaya kaunselor dapat membantu klien mengenal pasti tindakan yang berkesan dan tidak berkesan untuk diri mereka sendiri.

Page 21: TEORI REALITI

MATLAMAT TERAPI – Membantu klien memenuhi kehendak manusia dan menjadi lebih kuat dari

segi emosi serta bertindak dengan lebih rasional.

– Tumpuan terapi ialah mengajar manusia menjadi lebih baik dan menggunakan cara yang berkesan untuk berhadapan dengan realiti.

– Terapi realiti bertujuan untuk mengkaji setiap kehendak yang berkait dengan empat aspek ( dimiliki, kuasa, keseronokan dan kebebasan) dan membantu klien mencapainya dengan cara berkualiti.

– Matlamat lain ialah membantu klien mencapai autonomi dan kematangan agar dapat melepaskan sokongan persekitaran dan menggantikan dengan sokongan dalaman.

– Fokus kepada apa yang klien sedar dan bantu meningkatkan tahap kesedaran.

Page 22: TEORI REALITI

PERANAN KAUNSELOR ά Berperanan sebagai guru yang aktif semasa sesi untuk membantu

klien membentuk pelan perubahan, memberi pilihan atau cadangan serta membimbing mencapai keperluannya.

ά Memberi fokus kepada kekuatan, sikap dan potensi klien.ά Tahap peranan kaunselor realiti boleh berubah-ubah mengikt situasi

yang dibawa oleh klien.ά Dalam situasi tertentu adakala kaunselor perlu mendengar dengan

penuh tumpuan, adakalanya kaunselor perlu bersikap mencabar, memberi maklum balas tentang tingkah laku tertentu yang spesitif.

ά Namun, dalam semua situasi kaunseor perlu mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif untuk menggalakkan perubahan.

Page 23: TEORI REALITI

LAPAN PERANAN UTAMA KAUNSELOR DI DALAM SESI

1. Mewujudkan hubungan terapeutik2. Fokus kepada tingkah laku semasa klien3. Mempelawa klien menilai perlakuannya4. Membantu klien membentuk pelan tindakan5. Dapatkan komitmen klien6. Enggan menerima alasan klien7. Tidak menggunakan penderaan, hukuman atau penalti8. Tidak berputus asa atau menyerah kalah terhadap klien

Page 24: TEORI REALITI

PROSES TERAPIKONSEP WDEP DIPERKENALKAN OLEH ROBERT E. WUBBOLDING PADA TAHUN 1991 YANG MELIPUTI PROSEDUR-PROSEDUR UTAMA DALAM TERAPI REALITI.

• Meneroka kehendak,

keperluan dan persepsi

• Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan

• Menjalankan penilaian kendiri

• Perancang dan melaksanakan pelan tindakan

W(Wants)

D(Doing & Direction)

E(Evalution)

P(Plan & Action)

Page 25: TEORI REALITI

W (Wants) – Meneroka kehendak, keperluan & persepsi ahli• Klien diminta untuk mengenal pasti kehendak yang mereka inginkan dalam kehidupan mereka.

• Kaunselor berperanan untuk mempelbagaikan struktur soalan agar kaunselor dapat meneroka kehendak klien dengan berkesan.

• Corey ( 2000) , jenis soalan yang ditanya, cara soalan ditanya dan bila soalan ditanya merupakan kemahiran menyoal dalam realiti terapi.

Contoh soalan : “ apa yang anda inginkan?”

Page 26: TEORI REALITI

D (doing and direction )- melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan

Kaunselor menyuarakan sejauh mana tingkah laku klien masa kini menyumbang kepada pencapaian matlamat yang diinginkan.

Klien diminta untuk menilai sama ada dia sedang menjalankan langkah-langkah yang membantunya mencapai apa yang diharapkan.

Menurut pendekatan ini, masa kini adalah lebih penting dalam menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat masa hadapan.

Klien bertanggungjawab ke atas tingkah laku, perasaan dan pemikiraannya.

Page 27: TEORI REALITI

Klien harus memberi tumpuan kepada tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk menyumbang kepada pencapaian matlamat.

Contoh soalan : -- Apa yang anda lakukan sekarang ?-- Apa yang anda akan lakukan esok bagi memastikan matlamat

anda tercapai?-- Apa yang menghalang anda daripada meneruskan tindakan tersebut?-- Apa rancangan anda seterusnya?

Page 28: TEORI REALITI

E ( Evaluation )- menjalankan penilaian kendiri

• Klien diminta untuk melakukan penilaian kendiri sama ada dari aspek tingkah laku, pemikiran atau emosi.

• Untuk memastikan klien tidak melakukan sebarang kesilapan kaunselor perlu mengkonfrontasi sebarang tingkah laku tidak produktif klien dan meminta klien menilainya sendiri.

• Contoh soalan : 1) Adakah saya sudah lakukan yang terbaik?2) Adakah tindakan saya berkesan?3) Adakah saya sudah membuat keputusan terbaik?4) Adakah tingkah laku saya bersesuaian untuk mencapai matlamat ini?

* Kaunselor boleh mengulangi soalan-soalan tersebut dengan cara yang berbeza untuk menggalakan klien berfikir secara rasional.

Page 29: TEORI REALITI

P (plan & action)- merancang dan melaksanakan pelan tindakan.

Merupakan peringkat paling penting untuk meggerakkan perubahan dalam diri klien.

Peringkat ini melibatkan proses pengajaran oleh kaunselor kepada klien untuk membantunya membuat pelan tindakan yang bersesuaian.

Menurut Wubbolding ( 1988 & 1991 ), pelan tindakan yang efektif memiliki ciri-ciri SAMIC :

1. Mudah difahami ( Simple)2. Mudah dicapai ( Attainable)3. Boleh diukur keberkesanannya ( Measurable)4. Boleh dilaksanakan segera ( Immediate) 5. Dikawal sepenuhnya oleh klien ( Controlled by client)

Page 30: TEORI REALITI

• Bedasarkan ciri pelan tindakan SAMIC ianya mestilah realistik dan mampu dicapai oleh klien.

• Pelan tindakan mesti menggerak tindakan segera klien. • Klien perlu merasakan dirinya mampu mengawal sendiri segala

tindakannya supaya dia lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Page 31: TEORI REALITI

Teknik-teknik realiti

Merumus & memfokus

Benarkan kesenyapan

Wujudkan suasana suspense &

menyeronokan

Ulangi soalan dengan cara

berbeza

Kenal pasti metforaKongsikan diri (pendedehan

Kendiri)Gunakan HumorLakukan sesuatu

diluar jangkaanMerancang & membentuk

kontrakElakkan menilaiGunakan kemahiran

melayanMembina suasana

yang sesuai

Page 32: TEORI REALITI

MEMBINA SUASANA YANG SESUAI

Perhubungan kaunseling realiti perlu berlandaskan kepercayaan klien terhadap kaunselor dan proses kaunseling.

Antara perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan1. Kaunselor dilarang bertengkar dengan klien.2. Kaunselor dilarang mengarang, mengkritik, menjatuhkan

air muka dan mencari kesilapan klien.

3. Kaunselor mestilah tidak menerima sebarang alasan dari klien yang cuba mengelak diri dari tanggungjawab. Suasana positif membina hubungan baik kaunselor dan klien

serta memudahkan kerjasama.

Page 33: TEORI REALITI

MENGUNAKAN KEMAHIRAN MELAYAN Menurut Ivey (1980) – Kemahiran melayan sebagai sesuatu yang

amat penting dalam terapi realiti.

Bahasa badan mencerminkan keikhlasan kaunselor untuk membantu klien.

Contoh : Pandangan mata, mimik muka, posture badan & nada suara.

Konsep AB-CDEFG digunakn untuk mengambarkan intervensi-intervensi seperti WDEP.

Page 34: TEORI REALITI

ELAKKAN MENILAI Kaunselor tidak berhak membuat penilaian keatas klien. Kaunselor tidak boleh melabelkan tindakan klien sebagai

“betul” atau “salah”

Contoh: Kaunselor tidak boleh menghukum klien kerana tingkahlaku moralnya yang bertentangan dengan norma budaya. Kaunselor hanya boleh menawarkan bantuan yang diperlukan dan membantunya menghadapi masalah yang dihadapinya sekarang.

Page 35: TEORI REALITI

MERANCANG & MEMBENTUK KONTRAK Kaunselor perlu merancang dan menetapkan batas sesi

seperti:1. Jumlah sesi.2. Kos yang terlibat (jika Ada) tanggungjawab kaunselor

dan klien3. Matlamat jangka pendek & panjang4. Perancangan yang spesfik untuk mencapai matlamat

Pembentukan kontrak bertulis yang spesifik akan membantu menetapkan matlamat klien dan menjadi garis panduan realistik.

Page 36: TEORI REALITI

LAKUKAN SESUATU DI LUAR JANGKAANSesuatu yang berbeza boleh meningkatkan kualiti

perhubungan kaunseling.Menurut Wubbolding (1984 & 1988) –

Mengemukakan beberapa cara untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza seperti:

1. Merangka semula persepsi klien.2. Mendefinisikan semula sesuatu peristiwa.3. Melabelkan semula emosi klien.

Page 37: TEORI REALITI

GUNAKAN HUMOR Lawak jenaka boleh meningkatkn kualiti kaunseling terapi

realiti. Humor boleh menghasilkan faktor pemulihan yang

diperlukan untuk meningkatkan kesihatan mental klien Kaunselor perlu bersikap spontan dan tidak terlalu

berstuktur semasa sesi dijalankan.Contoh: Kaunselor boleh mengajak klien melihat

kejadian yang menimpanya dari sudut yang kelakar.

Page 38: TEORI REALITI

KONGSIKAN DIRI ANDA (PENDEDAHAN KENDIRI) Teknik ini dapat mengalakkan penyertaan klien dalam sesi ialah

melakukan pendedahan kendiri kaunselor kepada klien. Pendedahan kendiri dilakukan secara terpilih dan pada waktu

yang sesuai supaya tidak menganggu hubungan terapeutik. Jangan terlalu banyak perkongsian kendiri.

Contoh: “Semasa saya remaja dulu, saya gemar melakukan tindakan menguris perasaan orang lain tanpa memikirkan perasaannya. Tetapi pengalaman

hidup banyak merubah persepsi dan cara saya terhadap orang lain. Saya yakin anda juga mampu menilai tindakan anda dengan lebih baik selepas ini.”

Page 39: TEORI REALITI

KENAL PASTI METAFORA Berbentuk perumpamaan, simpulan bahasa, bahasa

atau kata-kata kiasan yang menyamakan diri klien atau masalahnya dengan sesuatu.

Contoh Metafora yang digunakan oleh klien:“Suami saya anggap saya macam tunggul dalam rumah kami” “Dia tinggalkan saya, maklumalah, lepas dapat

gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.”

“Bahtera kami dah nak karam.”

Page 40: TEORI REALITI

Peranan kaunselor mengenal pasti metafora yang dinyatakakan dan mengunakannya untuk terokai masalah klien.

Contoh: “Jadi anda tidak suka dianggap tunggul yang tidak

mampu berbuat apa-apa?”

“Boleh puan ceritakan sedikit tentang ‘gading’ tersebut?”

“Adakah puan rasa masih mampu selamatkan bahtera ini?”

Page 41: TEORI REALITI

ULANGI SOALAN DENGAN CARA BERBEZA Menanyakan soalan-soalan yang sama kepada klien berulang

kali dengan cara yang berbeza. Menimbulkan tema tertentu dalam usaha penerokaan.

Contoh: “ apabila anda membuat perkara tersebut, adakah anda

rasa okay?”

“adakah anda rasa anda telah lakukan sesuatu yang tepat?” Soalam yang berulang akan mengurangkan penolakkan klien

dan menguatkan perasaan tanggungjawab dalam diri klien.

Page 42: TEORI REALITI

WUJUDKAN SUASANA SUSPENSE DAN MEYERONOKKAN Elemen suspense menimbulkan keseronokkan bagi klien

merupakan salah satu elemen yang penting. Kaunselor perlu berlatih untuk menimbulkan semangat klien

untuk meneruskan sesi dan melihat kejayaan yang boleh dicapainya melalui sesi tersebut.

Kaunselor:“anda sendiri tentu tertanya-tanya respons daripada dia

bila anda berbuat demikian walaupun anda tahu dia akan sukakannya. Tidakkah anda hendak mencubanya secepat mungkin? Sudah tentu ini menyeronokkan.”

Page 43: TEORI REALITI

BENARKAN KESENYAPAN Membenarkan klien untuk bermuahasabah dan menilai diri sendiri,

kehendakknya dan memikul tanggungjawabnya dalam sesi tersebut.

Kaunselor perlu berasa selesa membenarkan klien mengambil masa untuk berfikir secara mendalam tanpa bertanya soalan bertalu-talu kepada klien.

Contoh:“Tidak mengapa, puan ambillah sedikit masa untuk

bertenang. Saya akan berada di sini untuk mendengar apabila puan bersedia.”

Page 44: TEORI REALITI

MERUMUS DAN MEMFOKUS Kaunselor perlu membuat rumusan tentang apa yang berlaku

sepanjang prosedur WDEP agar klien tahu bahawa dirinya difahami.

Jika perlu fokuskan perhatian terhadap klien dan perkara yang boleh dikawalnya bukannya perkara yang berada diluar kawalan klien.

Page 45: TEORI REALITI

Konsep AB-CDEFG AB-C ( Always be courteous )

= anda perlu sentiasa melayan klien dengan rasa hormat dan penuh harga diri.

AB-D ( Always be determined ) = anda perlu sentiasa mempercayai bahawa perubahan

boleh dilakukan, jangan putus asa dengan klien dan yakin bahawa klien akan dapat memperbaiki hidupnya.

Page 46: TEORI REALITI

AB-E ( Always be enthusiastic ) = anda perlu sentiasa melihat dari sudut yang positif dan menggalakkan klien melihat semua kemungkinan dan mengambil langkah penyelesaian masalah yang

berkesan. Anda juga mesti menunjukkan tahap semangat yang tinggi.

AB-F ( Always be firm ) = anda perlu sentiasa bersifat tegas dengan klien dan tidak membenarkan klien memudaratkan diri sendiri.

Namun anda tidak boleh mengabaikan suasana empati. Ketegasan dalam sesi bukanlah alasan untuk meletak nilai diri sendiri ke atas klien.

Page 47: TEORI REALITI

AB-G ( Always be geniune )= anda perlu sentiasa bersikap tulen dan tidak

berpura-pura dengan klien. Anda juga perlu selesa dengan peranan anda sebagai kaunselor dan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang selaras dan jujur.

Page 48: TEORI REALITI

Aplikasi teori dalam seting silang budaya

Satu sistem yang komprehensif untuk membantu sesiapa sahaja yang terlibat dalam profesion membantu seperti ahli psikoterapi, kaunselor, guru dan banyak lagi.

Kaedah dalam kaunseling terapi realiti boleh dimodifikasikan dengan mudah untuk disesuaikan dengan klien dari sebarang latar belakang budaya.

Terapi realiti lebih singkat dan fokus serta tidak memerlukan masa yang lama untuk dikendalikan.

Boleh digunakan untuk membantu golongan kurang upaya berasakan sense of control atau membina lokus kawalan ke atas keupayaan dirinya berbanding hanya melihat ketidakupayaan diri sahaja.

Page 49: TEORI REALITI

Membantu klien kurang upaya meningkatkan kawalan terhadap diri untuk memilih tingkah laku yang bersesuaian dan produktif.

Penggunaan teori dalam kalangan klien minoriti juga terletak pada batasan moral dan undang-undang yang hidupnya dikawal oleh banyak aspek luaran.

Terutamanya golongan yang mengamalkan ada resam dan amalan agama yang ketat.

Page 50: TEORI REALITI

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI

Kelebihan teori

Paling banyak mendapat sambutan

dalam dunia psikologi terutamanya aspek

motivasi.

Membantu klien lebih menyedari tindakannya sekarang dan komponen

tingkah lakunya yang boleh di kawal dengan sendiri

Medapat kuasa kawalan ke atas

diri sendiri. Banyak menumbang

kepada proses kaunseling kelompokSesuai digunakan

untuk kaunseling keluarga kerana berasaskan teori

kawalan

Page 51: TEORI REALITI

MENURUT WUBBODING TERAPI REALITI BOLEH MEMBANTU AHLI KELUARGA DARI PELBAGAI ASPEK :

Mem

enuh

i keh

enda

k

diri

send

iri ta

npa

men

ggan

gu

penc

apai

an k

ehen

dak

ahli

kelu

arga

lain

Merubah persepsi ahli

keluarga agar tidak

menjadi terlalu meletakkan

syarat dalam perhubungan

kekeluargaan.

Mengajar ahli keluarga menggunakan “ masa berkualiti”

dengan lebih baik dengan melakukan aktiviti yang

menyeronokkan dan mengamalkan interaksi positif

antara satu sama lain.

Mengubah dan memperbaiki

tingkah laku masing-masing

terutamanya cara tingkah

laku semasa berhubungan

antara satu sama lain.

Page 52: TEORI REALITI

KEKURANGAN TEORI

• PENGGUNAAN TEKNIK “ TIADA ALASAN” MUNGKIN MENGUNDANG RASA KURANG SENANG DALAM KALANGAN KLIEN YANG AGAK DEFENSIF.

• UNTUK MENGGUNAKAN TEKNIK “ TIADA ALASAN” INI, KAUNSELOR PERLU MELAKUKANNYA DENGAN PENUH KEMAHIRAN DAN BERHATI-HATI.

• ANTARA LIMITASI BAGI TERAPI REALITI INI IALAH PENUMPUANNYA KEPADA MASA KINI DAN TIDAK MENGHIRAUKAN MASA LAMPAU KLIEN.

Page 53: TEORI REALITI

KESIMPULANNYA

Terapi realiti mementingkan keupayaan klien untuk membuat pilihan tepat

dalam hidupnya bagi memenuhi keperluan psikologi (rasa disayangi, kuasa, kebebasan,keseronokan dan keperluan meneruskan kehidupan ) .

Membentuk identiti manusia sama ada identiti kejayaan atau kegagalan.