11
TUGASAN 4 AMALAN TERBAIK DI NEGERI SABAH DAN KUALA LUMPUR PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532) Disediakan oleh: Nur Fadhilah Binti Jukirim (A151743) Pensyarah: PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAH

Tugasan 4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan 4

TUGASAN 4AMALAN TERBAIK DI NEGERI SABAH

DAN KUALA LUMPURPEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

(LMCP 1532)Disediakan oleh:

Nur Fadhilah Binti Jukirim (A151743)Pensyarah: PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAH

Page 2: Tugasan 4

AMALAN TERBAIK Amalan terbaik adalah amalan yang mempunyai nilai-nilai positif

terhadap perlaksanaannya. Amalan ini juga menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling.

Manakala amalan terbaik pembangunan sesuatu Bandar ialah amalan yang melaksanakan penjagaan dari aspek ekonomi, sosial, pembangunan fizikal, alam sekitar, budaya dan etnik terhadap pembangunan Bandar di tempat mereka.

Amalan terbaik di sesebuat tempat yang membangun bukan sahaja memenuhi keperluan pada masa sekarang tetapi juga memenuhi keperluan pada masa akan datang tanpa menjejaskan keperluan pada masa depan.

Page 3: Tugasan 4

Pengenalan kepada negeri Sabah Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau

Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.

Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati tumbuh di Sabah.

http://www.sabah.edu.my/kds/Laman%20Utama.htm

Page 4: Tugasan 4

Amalan terbaik di negeri sabahAmalan terbaik pembangunan Bandar kota kinabalu Terdapat beberapa amalan terbaik yang

dilihat dari segi pembangunan negeri sabah. Antaranya ialah dari segi pembangunan Bandar, kemudahan pengankutan awam, kemudahan infrastruktur seperti sekolah, balai polis, dan banyak lagi. Fasiliti dan kemudahan infrastruktur menjadikannya menjadikannya Bandar yang maju.

Page 5: Tugasan 4

Pembangunan Bandar kota kinabalu telah berkembang semenjak pemimpin negeri sabah diberi hak untuk memimpin negerinya sendiri. Kemudahan seperti sekolah, hospital, rumah ibadat, pejabat persekutuan, dan banyak lagi menjadi bukti sebagai amalan terbaik dalam pembangunan negeri sabah.

Page 6: Tugasan 4
Page 7: Tugasan 4

Amalan terbaik pembangunan alam sekitar negeri sabah Negeri sabah juga antara negeri yang menjadi contoh dalam

pembangunan alam sekitarnya. Terdapat beberapa hutan simpan diwujudkan seperti hutan

simpan Gomantong-Geluang-Gesusu, hutan simpan Bukit Hampuan, hutan simpan bukau Api-Api, hutan simpan Ganui, hutan simpan Deramakot, hutan simpan Pulau Tabun dan Pulau Saranga, hutan simpan Khazanah, hutan simpan Batu Punggul, hutan simpan Bakau Pulau Malawali, hutan simpan Sungai Lasun dan Pulau Evans, hutan simpan dara Sepilok dan hutan simpan Kerangas

Selain itu, sabah juga terkenal dengan pusat pelancongan yang mengekalkan alam sekitar yang cantik

Page 8: Tugasan 4

Pembangunan alam sekitar yang menjadikannya sebagai pusat pelancongan menarik ramai pelancong. Berkonsep alam sekitar menjadikan kawasan di negeri sabah terpelihara dengan flora dan faunanya. Antara yang mengekalkan flora dan faunanya seperti desa cattle, hounon ridge, maliau basin, sepilok, simpang mengayau dan banyak lagi. Ini menjadi bukti salah satu amalan terbaik di negeri sabah.

Page 9: Tugasan 4

Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt persegi), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur merupakan antara yang terawal dibangunkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan. Banyak perubahan yang berlaku sehingga kini dengan pertambahan bilangan penduduk yang semakin ramai. Oleh hal yang demikian, Kuala Lumpur telah melaksanakan beberapa amalan terbaik terhadap pembangunan dari segi pelbagai aspek.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur

Page 10: Tugasan 4

Antara amalan terbaik dari segi pembangunan kuala lumpur ialah pembinaan sistem kereta api dan penggunaan sistem bas Rapid (teknologi mesra alam sekitar). Seperti Negara maju yang lain, Kuala Lumpur juga menjadikan sistem kereta api dan bas rapid sebagai salah satu medium untuk mengurangkan pencemaran udara, memandangkan ia menjadi pusat bandaraya. Ini merupakan salah satu amalan terbaik dalam Bandar Kuala Lumpur.

Page 11: Tugasan 4

Selain itu juga, sistem perancangan Bandar yang lebih teratur dilaksanakan dengan membangunkan bangunan-bangunan yang tinggi namun faktor keselamatan juga dititik-beratkan seperti sistem perparitan yang sempurna, serta pembuangan sampah yang lebih baik dengan menggunakan kaedah kitar semula disamping mengekalkan kebersihan kawasan-kawasan yang menjadi tempat pelancongan.