UNSUR - UNSUR TEATER

Embed Size (px)

DESCRIPTION

NOTA : Pendidikan dalam teater hal ini berkenaan dengan kemahiran asas lakonan yang merangkumi unsur - unsur teater. Selamat berjaya dalam pelajaran.

Text of UNSUR - UNSUR TEATER

  • 1. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH LAKONAN KemAhirAN AsAs LAKON UNsUr-UNsUr TeATer Disediakan oleh: PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH

2. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH TEATER DALAM PENDIDIKAN DEFINISI DRAMA DAN TEATER DRAMA: - Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu (to act), dan untuk menyelesaikan sesuatu (to accomplish). - Berasal dari bahas Yunani draomai atau dran yang bermaksud berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. - Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. - Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel dan juga diistilahkan sebagai Sandiwara oleh PKG Mangkunegara VII TEATER: - Berasal dari bahasa Yunani tua theateron yang bermaksud tempat menonton. - Secara khusus atau etimologis teater berkait rapat dengan pementasan atau gedung pertunjukan atau auditorium. - Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di depan khalayak secara langsung pada masa dan tempat yang terhad. - Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian sifat manusia juga cuba diketengahkan. - Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat dengan drama dari segi pemaparan isu dan kehidupan manusia sejagat. - Perbezaannya yang jelas dari segi masa dan tempat. 3. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui proses edit berbanding teater yang bersifat secara langsung setiap kali pementasan. - Oleh itu penyampaian teater boleh berubah-ubah dan memerlukan kemahiran asas lakon yang tinggi. - Kecanggihan media menjadikan drama lebih menonjol perkembangannya berbanding teater yang masih dikaitkan dengan ciri konvensyenal. - Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada seseorang pelaku teater. - Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak semestinya boleh menjadi pelaku teater. 4. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH KEMAHIRAN ASAS LAKON Meliputi 3 perkara utama iaitu Fizikal Vokal Mental dan emosi FIZIKAL - Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama ada dengan dialog atau tidak. - Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati(sesuai dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon). - Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas. Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut: a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi. - Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan terkurang atau berlebih-lebihan. 5. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah sebati dalam kehidupan. - Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan naskhah. - Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip), telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman dan bauan), kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu). - Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada 2 : Gerak teaterikal - Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja. Gerak non teaterikal - Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar. Gerak Halus. - Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang berkait rapat dengan ekspresi. Gerak Kasar - Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh kita. Gerak kasar terbahagi kepada 4 iaitu : 6. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk dan sebagainya. b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya membaca surat khabar, menulis, mengambil air, menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan props. c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu ke tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari, bergulung-gulung, melompat dan sebagainya. d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai orang tua, anak kecil, orang mabuk dan sebagainya. LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan gerak yang bebas, indah dan artistik. - Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini kita hanya boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian kepala. - Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula daripada bawah hingga kepala. - Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas. - Latihan cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak pasangannya secara berganti. - Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih berfokus kepada mata atau berpandangan. - Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak, diputar dan kemudian dijatuhkan. 7. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut ketua kelompok atau kumpulan. - Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak. Mata dipejam dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua kelompok. Tangan jangan sampai terlepas. - Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman: Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai observasi. - Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman. - Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti benar-benar berlaku. VOKAL - Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam kemahiran fizikal khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi. - Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian. - Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon. - Vokal yang baik mempunyai cirri-ciri berikut ; a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh. b) Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi) c) Mesej dialog sampai kepada penonton. d) Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal - Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang berterusan dan berkesan. - Antara latihan vocal yang boleh dilakukan ialah : a) Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut wah., mengumam mmmmmm, mendesis sss, vocal aaa,iii, uuu, eee, ooo.Lakukan berulang kali. 8. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH b) Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal c) Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang hysteria. d) Bersuara, berteriak, berbiacara sambil berjalan, melompat, membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan berbagai variasi lain. - Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak sedang terkikis. - Walau bagaimanapun latihan vocal jangan keterlaluan sehingga merosakkan peti suara. - Latihan lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan luaseperti dalam hutan, di kawasan pantai, sungai dan bukit. - Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat tertutup. Artikulasi - Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog. - Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi (tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya). - Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi. - Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau, kecil, besar dan sebagainya. Getikulasi - Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan pada kata atau kalimat pada sebuah dialog. - Seperti juga artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan dialog, cuma fungsinya sahaja yang berbeza. 9. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH ISMAIL MOHD NOH - Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya, Tuan kelewatan. Pergi! Intonasi - Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak mendatar dan membosankan. - Terdapat 3 jenis intonasi iaitu : Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi makna yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan yang dihitamkan dalam frasa di bawah: a. Saya tidak bersalah ! b. Saya tidak bersalah ! c. Saya tidak bersalah ! Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan bukannya seperti biasa. Tekanan Tempo adalah memperlambat atau mempercepatkan pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara. Cross Talk - Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih artikulasi dan intonasi vocal. Warna Suara - Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza. - Warna suara juga berbeza mengikut usia. - Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang. - Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan. 10. PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH IS