15
Folio bab 3 Ancaman parti komunis Malaya dan darurat Oleh :DANIAL IKHWAN B KHAIRUDIN

comunis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: comunis

Folio bab 3

Ancaman parti komunis Malaya dan darurat

Oleh :DANIAL IKHWAN B KHAIRUDIN

13013

3.1 Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas Komunis

Page 2: comunis

3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komuis

3.3 Kesan Darurat

IDEOLOGI komunis mula tiba di Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun1920-an

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.

.1 Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis

Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pada pertengahan ke-19

Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology

Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis.

Feudal - Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan Imperialis - Negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke

atas negara lain Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah

dan perindustrian. Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

3.1.1 Cara Penyusupan Komunis

Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang

Page 3: comunis

Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan

Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930

Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana

WHY?(a) bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu(b) fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis)(c) komunis menggunakan kekerasan dan kezaliman untuk mencapai sesuatu matlamat

3.1.2 Penubuhan Parti Komunis

Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada tahun 1930. Tujuan PKM adalah untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya. Kegiatan PKM (a) telah melatih ramai kader (anggota baru sesebuah parti politik yang dilatih

untuk menjadi penyokong yang taat setia) dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja

(b) mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang

(c) menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai

PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British Buktinya;

• Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong• British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok

Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan

Komunis gagal bertapak di Sarawak.

PKM semasa pendudukan Jepun

PKM telah menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun Anggota PKM telah dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas

101 di Singapura Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun PKM telah membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136.

Page 4: comunis

PKM selepas Perang Dunia Kedua

Apabila perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British meminta MPAJA dibubarkan dan menyerahkan semula senjata mereka

PKM bersetuju membubarkan MPAJA Sebaliknya PKM telah menyembunyi sebahagian daripada senjata tersebut Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA

yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam

pergerakan politik

3.1.3 Keganasan Komunis

Pada tahun 1948, beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta, India.

Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat

Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)

PKM memulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah

Mereka menjalankan Aktiviti keganasan seperti:

(a) menyerang balai polis(b) membakar kilang, bas(c) merosakkan landasan kereta api(d) membunuh orang yang bersubahat dengan pihak BritishPart II

BERASA TERTEKAN? HENTI 10 MINITS DAN TERUSKAN!

3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis (kesemuanya hanya 7 langkah)

3.2.1) Pengisytharan Darurat• Tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah telah dibunuh oleh komunis di

Page 5: comunis

Sungai Siput,Perak pada Jun 1948• Peristiwa ini menggemparkan pihak British.• Sehingga pada Julai 1948, Pesuruhjaya Tinggi British mengistiyharkan darurat di seluruh Tanah Melayu• Darurat bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.• British menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 di Tanah Melayu: a)Membolehkan kerajaan menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan komunis.b)Membenarkan pasukan keselamatan memindahkan penduduk ke penempatan baru, memagar kawasan kampung yang disyaki membantu pengganas serta menggeledah rumah kediaman.3.2.2) Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri• Pada 23 Julai 1948, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis MalayaBritish juga turut mengharamkan parti–parti yang memperjuangkan kemerdekaan secara berhaluan kiri seperti:a)Angkatan Wanita Sedar (AWAS) b)Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu(PETA)c)Pemuda Radikal Melayu(PERAM)d)Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM)e)Hizbul Muslimin 3.2.3) Memperbesar Pasukan Keselamatan•Pasukan Polis disusun semula dan diperbesar hingga keanggotaan pasukan polis bertambah seramai 70 000 orang•Kerajaan telah bertindandak memperbesar pasukan tentera polis •Bagi menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu, pihak British telah membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel, terutamanya Australia, New Zealand, Afrika Timur, dan Fiji.•Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan tentera udara British

3.2.4 Rancangan Briggs

1.Rancangan Briggs: oleh SIR HENRY GURNEY2.Leftenan Jeneral: SIT HERALD ROWDON BRIGGS dilantik menjadi Pengarah Operasi3.SIAPAKAH YANG TERLIBAT?? - Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan --> penempatan baharu (Kampung Baru)4.TUJUAN Rancangan Briggs- menyekat $$ , maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis Tindakan ini BERJAYA melumpuhkan gerakan MIN YUEN 5. Kampung Baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC) a) Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan untuk memastikan mendapat makanan cukupb) pergerakan keluar masuk penduduk dikawal 24 hrs6. Rancangan Briggs melancarkan program " Gerakan Kelaparan" TUJUAN: supaya komunis x dapat makanan , senjata, maklumat dan ubat Briggs menyokong Malayan Chinese Association (MCA) . MCA mengutip derma melalui jualan loteri kebajikan.Kutipan ini diderma kepada penduduk setinggan Cina di kampung baru. 7) Sekatan jalan raya memaksa pengganas komunis keluar dari tempat penempatan untuk mendapat bekalan.Oleh itu, memudahkan pasukan keselamatan menangkap mereka.

Page 6: comunis

8) Sistem pendaftaran kebangsaan : mengawal pergerakan penduduk. Syarat: <12 thn (mesti) dan diberi IC untuk membezakannya dengan pengganas komunis9) Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM bercadang: a) mengurangkan kekejamanb) berundur ke Thailand

3.2.5 Perang Saraf

-rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen "memenangi hati & fikiran rakyat"-Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British & Pengarah Gerakan di TM ( mengganti Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bk Fraser )- Sir Gerald Templer telah menyedari penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya menghapuskan komunis.

Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Sarafi. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”

• Dilaksanakan dengan jayanya • Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis• Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis• Risalah diedarkan ke seluruh TM • Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis

• Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih• Kawasan hitam - kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung• Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi • Kawasan putih - kawasan bebas daripada ancaman komunis Contoh:- Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan • Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina

Page 7: comunis

• Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf • Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM• Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis• Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis• Contoh; -- Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000 - Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua - Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000 • Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar• Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis • Contoh;- - Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis. - Orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara - Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga - Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM • Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan

• Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan • Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

3.2.6 Pengampunan Beramai-ramai

3.2.7 Pertemuan Baling

Page 8: comunis

3.3 Kesan Darurat

3.3.1 Politik

i. Undang-undang Darurat 1948• Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis• Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiriwalaupun bukan berfahaman komunisii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan• Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952• Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepadakomunisiii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan• Darurat menjadi faktor penting British memberikan tarafberkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu• British berjanji sebelum Pertemuan Baling diadakan• Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alasan untukmeneruskan perjuangan merekaiv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)• Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diridalam politik berhaluan kanan• Kesan;• Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaanmembanteras komunis• Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatanterhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cinaadalah pengganas komunis

3.3.2 Ekonomi

i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram• Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapatmenjalankan kegiatan harian secara amanii. Kemusnahan Kemudahan Asas• Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong,kemudahan awamiii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang• Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negaraiv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat• Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000sehari semasa darurat

Page 9: comunis

• Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak$721.9 juta bagi tujuan;• Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkanpertahanan• Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilanganpolis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatanrakyatv. Pembangunan Luar Bandar Terabai• Kurang memberi perhatian untuk meningkatkan tarf hidup rakyatdan lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru• Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian

3.3.3 Sosial

i. Kecederaan & Kematian• Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis &orang awam terkorbanii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita• Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun• Penduduk sukar bergerak,sukar mendapat bekalan makanan• Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan• Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian• Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian keranalarangan perintah berkurung• Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi &keledek kerana catuan bekalan makananiii. Masalah Hubungan Kaum• Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC)atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum• Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayuiv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan• Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaranTanah Melayu sendiri• Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda• Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapatmemupuk persefahaman antara kaum

Page 10: comunis

Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso(Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Page 11: comunis

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik.Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan

Page 12: comunis

mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Page 13: comunis