22
SEJARAH PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Sejarah bsmm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah bsmm

SEJARAH PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Page 2: Sejarah bsmm

OBJEKTIF• 1. MENGENALI PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH• 2. MENGETAHUI ASAL USUL PENUBUHAN PALANG MERAH

DAN BULAN SABIT MERAH• 3. MENGETAHUI SUMBANGAN-SUMBANGAN PALANG MERAH

DAN BULAN SABIT MERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA• 4. BERBANGGA DENGAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT

MERAH.• 5. BERBANGGA MENJADI AHLI PALANG MERAH DAN BULAN

SABIT MERAH.

Page 3: Sejarah bsmm

PENDAHULUAN

• PERGERAKAN ANTARABANGSA PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ADALAH SEBUAH GERAKAN KEMANUSIAN UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA DAN KESIHATAN MANUSIA. WALAU PUN IA SATU ORGANISASI ANTARABANGSA, PERTUBUHAN INI ADALAH ORGANISASI PERSENDIRIAN. TIADA KERAJAAN YANG MENGAWAL PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH.PALANG MERAH MEMPUNYAI TUGAS ISTIMEWA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA. IA MERUPAKAN SATU-SATUNYA PERTUBUHAN PERSENDIRIAN YANG TUGASANNYA DITETAPKAN OLEH UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Page 4: Sejarah bsmm

APA YANG PERLU KETAHUI?• TIGA PERKARA PENTING MENGENAI GERAKAN INI ADALAH:• 1.JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (ICRC –

INTERNATIONAL COMMITTEE OF THE RED CROSS) DITUBUHKAN PADA TAHUN 1863 DI GENEVA, SWITZERLAND. TUGAS JAWATANKUASA DI BAWAH UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA INI ADALAH UNTUK MELINDUNGI NYAWA DAN KEHORMATAN MANGSA PERANG.

• 2.PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC – INTERNATIONAL FEDERATION OF RED CROSS AND RED CRESCENT SOCIETIES) DIASASKAN PADA TAHUN 1919. IA BERFUNGSI UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH DALAM MENJALANKAN MISI KEMANUSIAAN DAN KES-KES DARURAT YANG BESAR.

• 3.SEKRETARIAT BAGI PERSATUAN INI JUGA TERLETAK DI GENEVA, SWITZERLAND.SETIAP NEGARA MEMPUNYAI PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH.

Page 5: Sejarah bsmm

SIAPAKAH PENGASAS?• PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH IALAH SEORANG AHLI PERNIAGAAN

BERNAMA HENRY DUNANT (1828-1910) YANG SEDIH MELIHAT MANGSA PERANG ANTARA PERANCIS DAN ITALI DENGAN TENTERA AUSTRIA DI SOLFERINO ,ITALI UTARA PADA 24 JUN 1959. LEBIH 40,000 TENTERA DAN ORANG AWAL CEDERA DAN TERKORBAN. HENRY DUNANT DALAM PERJALANAN KE ALGERIA, AFRIKA, TELAH MEMBANTU MANGSA YANG MERINTIH DAN NYAWA-NYAWA IKAN KE SEBUAH GEREJA BERDEKATAN. SEBUAH BUKU KENANGAN DAN PENGALAMANNYA ‘A MEMORY OF SOLFERINO’ TELAH DICETAK DAN DIHADIAHKAN KEPADA SEMUA KETUA NEGARA DI EROPAH. OLEH SEBAB BAHASA DAN PENCERITAANNYA YANG BAIK, BUKU ITU TELAH MENYEDARKAN KETUA-KETUA KERAJAAN DI EROPAH.BUKU ITU MENCADANGKAN:

• :PERTAMA: MEMBENTUK ORGANISASI KEMANUSIAAN ANTARABANGSA BAGI MEMBANTU TENTERA DAN ORANG AWAM YANG CEDERA DAN MENDERITA SEMASA PEPERANGAN.

• KEDUA : MENGADAKAN PERJANJIAN ANTARABANGSA AGAR TENTERA YANG CEDERA DARI MANA-MANA PASUKAN HENDAKLAH DIBANTU .HASILNYA PADA 1864 JAWATANKUASA PALANG MERAH ANTARABANGSA (ICRC) DIBENTUK TANPA KEHADIRAN BELIAU SENDIRI.

Page 6: Sejarah bsmm

• SIAPAKAH JEAN HENRY DUNANT?• Lahir pada 8 Mei 1828 terkenal dgn gelaran bapa palang merah

ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama . Aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan .) Di usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland , France ,& Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union dan di England di kenali sbg Young Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja . hasil desakan Dunant , satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

Page 7: Sejarah bsmm

• 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva , utk pelajari perniagaan bank .

• - Disebabkan ketekunannya itu dia telah di beri tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif .- beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri .- beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan .

Page 8: Sejarah bsmm

• Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus. didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya-upaya.

• pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan . beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringankan .

• “Kenangan di Solfarino “buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya . menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa . konsep , trinity antarabangsa diantara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai .

Page 9: Sejarah bsmm

• 1863 & 1864 kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diridan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakinmerosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri

• 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa meggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang - ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39 tahun).

Page 10: Sejarah bsmm

• 20 tahun kemudian, - Dunant menghadapi hidup yang paling malang , beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya .Kadangkala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali & England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan.

• Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua - akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.

Page 11: Sejarah bsmm

• 1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu beliau - pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat.

• Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

Page 12: Sejarah bsmm

SEJARAH BSMM• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan

sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.SEJARAH PermulaanBulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.

• Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

Page 13: Sejarah bsmm

• Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan)

• Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan PalangMerah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta1975 oleh Parlimen Malaysia

Page 14: Sejarah bsmm

AKTA PERTUBUHAN• Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta

Parlimen adalah seperti berikut: Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauhdi London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society(Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162). Sumber : http://www.redcrescent.org.my/sejarah.html

Page 15: Sejarah bsmm

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH.

Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat,Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia,Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.

Page 16: Sejarah bsmm

LAGU BULAN SABIT MERAH• LAGU-LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA• LAGU PBSM • Bulan Sabit Merah di Malaysia,• Giat berjasa untuk negara ,• Tidak kira kaum dan agama, • Waktu aman atau bahaya, • Bulan Sabit Merah gerakan sedunia,• Membantu semua yang menderita• Badan sukarela berkhidmat,• Dengan tabah dan bersemangat ,• Di mana jua adanya sengsara,• Di situ ada kita ,• Di darat dan laut kita bersedia,• Walau diancam bahaya

Page 17: Sejarah bsmm

• HULURKAN TANGAN• Di malam sepi• Risaunya hati • Saudara tak bererti lagi • Tenangkan fikiran Hulurkan tanganmu • Kan tercapai dunia damai Milikmu milikku• Kerana kedamaian • Hasil jiwa murni • Rela tabah hati• Sedia memaafkan• Kau kan tahu Kita bersaudara• Renungkanlah Biar kau dan aku • Terangi dunia Mara ke hadapan• Hulurkan tanganmu Untuk dunia damai

Page 18: Sejarah bsmm

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN PBSM

• 1. KEMANUSIAAN• -.berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk

persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian antara manusia. • 2. KESAKSAMAAN• - memberi bantuan tanpa membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atauperbezaan

politik• 3. BERKECUALI • -tidak menyebelahi mana-mana pihak.• 4. KEBEBASAN • - diberi kuasa untuk bertindak secara bebas. • 5. PERKHIDMATAN SUKARELAWAN • - satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.• 6. BERSATU • - hanya terdapat satu PBSM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.• 7. KESEJAGATAN• - PBSM adalah sebuah pergerakan antarabangsa

Page 19: Sejarah bsmm

• PETI PERTOLONGAN CEMAS• Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi

ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi.Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi,kapalterbang dan sebagainya. Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah: 1. Dresing steril - beberapa saiz. 2. Plaster - beberapa saiz. 3. Bendej tiga segi ( kain anduh ) 4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung ) 5. Larutan Flavin ( Iodin) 6. Larutan atau krim antiseptik 7. Gunting kecil.

Page 20: Sejarah bsmm

• APA ITU PERTOLONGAN CEMAS?

• Pertolongan Cemas ( PC ) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba.Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi.

Page 21: Sejarah bsmm

• TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS • 1. Menyelamatkannyawa sebelum rawatan perubatan tiba. • 2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk.• 3. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh. • 4. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya

kepada mangsa dan orang lain

Page 22: Sejarah bsmm

SEKIAN TERIMA KASIH