View
85
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
LMCR3363
PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT
TAJUK:
TAHAP PENERIMAAN PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA TERHADAP BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN SEPERTI YANG
TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN: KAJIAN KE ATAS PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA UKM
PENSYARAH:
DR. NAZRI BIN MUSLIM
NAMA KUMPULAN:
BM
Ahli Kumpulan No. Matrik
Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim A149306
Mohamad Fitri Bin Ghazali A150766
Zulfahmi Firdaus bin Mohd Fikri A150953
Muhamad Amerul Nazren bin Mustafa A151146
2
ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN
1.1 Objektif Kajian…………………………………………………………...4
1.2 Penyataan Masalah…………………………………………..................4
1.3 Metodologi Kajian...................................................................................4
1.4 Lokasi Kajian
2 KAJIAN TEORI
2.1 Bahasa Melayu
2.1.1 Pengenalan…………………………………………………….6
2.1.2 Susur galur bahasa Melayu…………………...........……….7
2.1.2.1 Bahasa Melayu purba.....................................................7
2.1.2.2 Bahasa Melayu Kuno......................................................8
2.1.2.3 Bahasa Melayu Klasik…..……….………………..................8
2.1.2.4 Bahasa Melayu moden……………………………………....9
2.2 Latar Belakang Perlembagaan Malaysia
2.2.1 Sejarah Perlembagaan Malaysia………………………......11
2.2.2 Peruntukan Bahasa Melayu Dalam Perlembaan........…...14
2.3 Sebab-Sebab Dan Implikasi Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Kebangsaan.
2.3.1 Implikasi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan.......16
2.4 Peranan Bahasa Kebangsaan Dalam Intitusi Pendidikan
2.4.1 Peranan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar
di Intitusi Pendidikan dalam Konteks Perpaduan
dan Komunikasi……………………………………………………18
2.4.2 Menjadikan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa
Komunikasi Antara Rakyat……………………………………….20
2.4.3 Sistem Pendidikan di Universiti Sebagai Medium
Perpaduan Antara Kaum dan Peneraju Masa
3
Depan Negara……………………………………………………...21
2.4.4 Fungsi Pendidikan Pada Masyarakat……………………..23
3 ANALISIS DATA
3.1 (A) Latar Belakang Peribadi………………………………………….25
3.2 (B) Soal-selidik…………………………………………………………29
4 KESIMPULAN…………………………………………………………….41
5 RUJUKAN………………………………………………………………….42
6 LAMPIRAN………………………………………………………………..44
4
1.0 PENGENALAN
1.1 Objektif Kajian
1.1.1 Untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar bukan bumiputera
dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
1.1.2 Untuk mengenal pasti tahap penerimaan pelajar bukan bumiputera dalam penerimaan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
1.1.3 Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar bukan
bumiputera terhadap bahasa Melayu.
1.2 Penyataan Masalah
1.2.1 Adakah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan memberi
bebanan dan masalah kepada pelajar bukan bumiputera sama ada dalam aspek
komunikasi mahupun penulisan?
1.2.2 Benarkah tahap penerimaan pelajar bukan bumiputera terhadap bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan sangat rendah akibat faktor kesuskaran
mempelajari bahasa Melayu dalam aspek penulisan dan juga komunikasi?
1.2.3 Sejauh manakah tahap pengetahuan, kefahaman serta kemahiran pelajar bukan
Bumiputera terhadap penggunaan bahasa Melayu merangkap bahasa
Kebangsaan dari pelbagai aspek dan sudut.
1.3 Metadologi Kajian
1.3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini mengunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kajian lapangan
yang bertujuan untuk mendapatkan data secara terus dari responden.
1.3.2 Sampel kajian
Kajian ini terdiri daripada 30 orang responden pelajar bukan bumiputera yang
terdiri daripada pelajar-pelajar dari Kolej Kediaman Keris Mas tahun 1 hingga
3 Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.3.3 Alat Kajian
Kajian ini menggunakan alat kajian yang terdiri daripada set borang soal
selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A (data demografi
responden) manakala bahagian B terdiri daripada soalan soal selidik.
6
2.0 KAJIAN TEORI
2.1 BAHASA MELAYU
2.1.1 PENGENALAN
Menurut Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas, bahasa boleh didifinisikan
sebagai system lambang bunyi yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam
sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Selain itu, menurut
Ferdinand De Saussure, bahasa merupakan system isyarat yang mempunyai bahagian
terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya
bersifat psikologi. Sistem isyarat yang dihasilkan mempunyai fungsi utama bagi
menyatakan sesuatu yang distrukturkan dalam system makna bahasa. Makna bunyi
yang diunjurkan tidak terpisah tetapi bergabung dengan rantaian ucapan menurut
tatabahasa. Maka hukum tatabahasa harus difahami oleh pengguna bahasa yang lain
bagi mewujudkan saling bertindak antara mereka apabila berbahasa. Seterusnya,
sarjana Jerman iaitu Wilhem Von Humboldt mendifinisikan bahasa sebagai sintesis
daripada bunyi yang dibentuk oleh lautform berbentuk luaran dan fikiran yang
dibentuk idenform berbentuk dalaman.
Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada bahasa Austronesia yang dikenali
sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu dikatakan berkembang melalui
kelahiran kerajaan Melayu di Jambi (Marzuki; Ghani; Azman; 2009, 192).
Perkembangan bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada 4 iaitu bahasa Melayu
purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan akhir sekali bahasa Melayu
moden. Bahasa Melayu moden yang digunakan pada masa kini merupakan
perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik (Goay; Choo; Zainuddin 2009, 7).
Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah pun dijadikan bahasa kebangsaan
negara sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan. Bahasa Melayu bukan
sahaja berperanan di dalam perkomunikasian harian tetapi turut digunakan dalam
konteks pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, bahasa Melayu sangat meluas
penggunaanya dan sememangnya berhak untuk berada di dalam Perlembagaan
Persekutuan sebagaimana majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada kaum Melayu.
7
2.1.2 Susur galur bahasa Melayu
Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun1 Austronesia yang
tergolong dalam filum2 Austris (Goay; Choo; Zainuddin 2009, 5). Pengkaji percaya
bahawa tulisan bahasa Melayu Kuno diadaptasi oleh tulisan dari India iaitu Palava
yang pernah digunakan untuk teks bahasa Sanskrit untuk merakam teks mereka. Teks
bahasa Melayu kuno telah dijumpai buat julung kalinya adalah di Sumatera barat
menerusi batu bersurat Bangka Hulu pada tahun (686M) dan kemudian di Jawa pada
(832M) serta utara Filipina (900M) (Collins 2005, 9). Pengkaji berpendapat bahawa
kawasan yang menjadi tempat bermulanya penyebaran bahasa Melayu ialah di
Sumatera, Jawa, Formosa, Malanesia, New Guinea dan Filipina. Bukti pertama dapat
dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Bahasa- bahasa di
nusantara mempunyai beberapa kekerabatan setelah dikaji oleh penyelidik yang
memperlihatkan bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia. Pengkaji lain pula
mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Austronesia mempunyai
persamaan dari segi perkataan, system imbuhan dan susunan tatabahasa (Goay; Choo;
Zainuddin 2009, 10 - 11). Jadi, hal ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu itu
datangnya daripada bahasa Austronesia yang berpengkalan di Sumatera, Jawa,
Formosa, Melanesia, New Guinea dan Filipina.
Dalam pada itu, Bahasa Melayu juga boleh dibahagikan kepada empat
peringkat mengikut zaman-zaman tertentu iaitu bahasa Melayu purba, bahasa Melayu
kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
2.1.2.1 Bahasa Melayu purba
Bahasa Melayu purba adalah bahasa Kuno tetapi tidak mempunyai tulisan.
Perbezaan antara bahasa Melayu purba dan Kuno adalah bahasa Kuno mempunyai
tulisan. Kedua bahasa ini hanya mempunyai perbezaan dari segi penggunaanya
manakala dari aspek bentuk kata dan lainya adalah sama. Kewujudan aksara yang
telah dipengaruhi oleh budaya hindu telah menjadikanya sebagai bahasa Melayu kuno.
1 Rumpun adalah kelompok bahasa yang berumur antara 2500-5000 tahun.2 Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu berumur 5000 tahun ke atas.
8
Bahasa Melayu purba adalah permulaan zaman bahasa Melayu (Goay; Choo;
Zainuddin 2009, 16).
2.1.2.2 Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu kuno telah berkembang kerana lahirnya kerajaan Jambi dan
Sriwijaya sekitar abad ke 7 hingga abad ke 13 (Sharifah; Nornajmah ; Rosdah 2007,
14). Bahasa Melayu kuno terbentuk akibat penggunaan tulisan dalam bahasa Melayu
purba dan seterusnya terus berkembang dan digunakan. Kemasukan budaya hindu
juga merupakan faktor wujudnya bahasa Melayu kuno ini apabila memperkenalkan
tulisan dalam bahasa Melayu kuno iaitu tulisan Palava, Nagiri dan Kawi. Hal ini
secara tidak langsung telah menyebabkan bahasa Melayu kuno terbentuk (Goay;
Choo; Zainuddin 2009, 16). Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit memandangkan penggunaan bahasa itu meluas di kepulauan Melayu pada
ketika itu. Hal ini juga memperlihatkan banyak peminjaman kosa kata daripada bahasa
Sanskrit (Sharifah; Nornajmah ; Rosdah 2007, 14). Bukti penggunaan bahasa Melayu
kuno dapat dilihat dengan penemuan batu bersurat Kedudukan Bukit (683 M), Talang
Tuwo (684 M), Kota Kapur, (686 M) dan Karang Brahi (692 M) (Goay; Choo;
Zainuddin 2009, 17).
2.1.2.3 Bahasa Melayu Klasik
Abad ke 11 dan ke 12 merupakan abad transisi yang meperlihatkan peralihan
pengaruh budaya iaitu daripada budaya Hindu kepada pengaruh Islam. Oleh itu,
bahasa turut mengalami proses peralihan iatu daripada kuno kepada klasik. Di abad
transisi ini para pengkaji telah membahagikan kepada dua tahap iaitu praklasik dan
klasik (Sharifah; Nornajmah ; Rosdah 2007, 24). Zaman praklasik dikatakan bermula
pada abad ke 11 dan berlanjutan hingga abad ke 14. Pada zaman tersebut, pengaruh
Islam dan pengaruh Arab amat ketara terhadap bahasa Melayu yang memperlihatkan
bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit dan Arab (Goay; Choo;
Zainuddin 2009, 30).
Pada zaman bahasa Melayu klasik pula, sekali lagi berlaku evolusi yang
memperlihatkan bahasa Melayu mempunyai aksara sendiri iaitu aksara jawi dengan
meminjam dan menyesuaikan aksara Arab di dalamnya. Bahasa Melayu klasik telah
digunakan pada abad ke 14 hingga 19 dan bahasa Melayu klasik telah melalui zaman
9
kegemilanganya iaitu pada era kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Aceh dan Johor
Riau. Pada ketika ini bahasa Melayu klasik telah digunakan sebagai Lingua Franca3,
bahasa pentadbiran/rasmi dan bahasa ilmu pengetahuan dalam menyampaikan ajaran
islam (Sharifah; Nornajmah ; Rosdah 2007, 24-25).
2.1.2.4 Bahasa Melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden telah bermula sejak abad ke 19 yang
telah ditandai melalui hasil karangan Abdullah Munsyi. Ramai pengkaji berpendapat
bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa Melayu
klasik kepada bahasa Melayu moden. Menurut mereka lagi, sebenarnya bahasa
Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke 20 (Goay; Choo; Zainuddin
2009, 43). Bahasa Melayu moden juga boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu
bahasa Melayu moden pramerdeka dan pasca merdeka.
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, bahasa Melayu berada di
kedudukan tertinggi yang berfungsi sebagai bahasa pengantar di intitusi pendidikan
dan bahasa pentadbiran. Pada peringkat awal kedatangan British, bahasa Melayu
masih digunakan dan pegawai-pegawai British turut perlu lulus dalam peperiksaan
bahasa Melayu sebelum disahkan jawatan. Sebahagian pegawai British yang berminat
mengenai bahasa Melayu seperti R. O. Winstedt dan R. J. Wilkinson telah
menghasilkan beberapa buku tentang bahasa Melayu. Antaranya ialah Malay
Grammar dan Simple Malay (Sharifah; Nornajmah ; Rosdah 2007, 33).
Namun, selepas perang dunia kedua, kedudukan bahasa Melayu mula
terpinggir. Kekalahan Britsh kepada Jepun telah menyedarkan British bahawa bahasa
Melayu tidak boleh berkembang. Hal ini kerana tidak mahu orang Melayu bersatu dan
menentang mereka. Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris pada ketika itu telah
diperluaskan. British telah menukar bahasa pengantar di institusi pendidikan dengan
menggunakan bahasa Inggeris di setiap sekolah seluruh Tanah Melayu. Pada awal
abad ke 20, guru-guru, saterawan, ahli politik, wartawan, budayawan mula sedar akan
3 Merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.
10
kedudukan bahasa Melayu yang pada etika itu mula terancam. Oleh itu, mereka telah
berusaha untuk mengembangkan bahasa Melayu secara persendirian atau pun
berkumpulan melalui penulisan. Maka, wujudnya persatuan seperti PASPAM dan
ASAS 50 yang berperanan memperjuang dan memperkembang bahasa Melayu
(Sharifah; Nornajmah ; Rosdah 2007, 34).
2.2 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan merupakan suatu perkara yang sangat komplek.Perlembagaan
telah wujud sejak berkurun lama dan memain peranan dalam menjamin kestabilan dan
kemajuan sesebuah negara. Sebelum mendalami perlembagaan dengan lebih
mendalam lebih baik kita telusuri lebih terperinci. Perkataan perlembagaan atau
constitution dalam bahasa inggeris adalah berasal dari bahasa perancis iaitu constituer.
Constituer bermaksud membentuk dan dalam kontek ini membentuk adalah dalam
segi pembentukan sesebuah negara atau menyusun sesebuah pentadbiran negara.
Dalam bahasa latin perlembagaan adalah gabungan daripada istilah cume dan
statuere.Cume bermaksud bersama dengan dan statuere bermakna membuat sesuatu
agar berdiri (Nazri Muslim, 2014). Perlembagaan juga ialah keseluruhan sistem
pemerintahan yang membentuk,mengatur dan memerintah sesebuah pemerintahan
dalam negara (Wheare,1980). Fungsi perlembagaan adalah untuk menjadi kerangka
dalam memandu sesebuah pemerintahan sesebuah negara.Selain itu, perlembagaan
berperanan dalam menjamin keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran
sesebuah negara. Menurut Dicey (1959), perlembagaan memerlukan satu prinsip yang
utama iaitu ketertinggian perlembagaan. Ketertinggian perlembagaan adalah suatu
perkara yang sangat penting kerana ianya perlu dalam memastikan kedaulatan dan
keberkesanan perlembagaan itu sendiri.
2.2.1 Sejarah Perlembagaan Malaysia
Sebelum kita telusuri sejarah perlembagaan di dalam konteks negara
Malaysia,baiklah kita singkap sedikit sejarah perlembagaan dalam konteks
antarabangsa.Sejarah tentang perlembagaan telah lama berlaku dalam lipatan sejarah
11
manusia. Perlembagaan telah wujud sejak berkurun lama dan yang paling ketara
adalah pada zaman yunani.Pada zaman kemuncak yunani antara 624-404 sebelum
masihi,dikatakan terdapat lebih daripada 11 perlembagaan di negara kota
Athens.Seterusnya perlembagaan yunani ini berkembang lebih pesat pada zaman Rom
(Nazri Muslim,2014). Pada zaman ini perlembagaannya lebih komplek dan membawa
kepada pembentukan perlembagaan yang lebih komplek.
Seterusnya,sejarah perlembagaan ini juga boleh dilihat dalam sejarah
tamadun islam. Perlembgaan Madinah atah Sahifah Madinah merupakan
perlembagaan pertama yang bertulis di dunia. Perlembagaan ini telah menyatukan
kaum muslimin dan kaum yahudi di Madinah di dalam satu pemerintahan yang
sama.Perlembagaan ini juga mengandungi 44 fasal yang menceritakan tentang
pelbagai aspek pemerintahan ,social dan undang-undang.Selain itu,perlembagaan ini
juga boleh dilihat dalam perintahan England iaitu Magna Carta pada tahun 1215
dimana ia merupakan perjanjian pertama raja England dengan rakyatnya.Revolusi
Perancis yang berlansung menyebabkan tertubuhnya perlembagaan moden yang
pertama. Perkara ini telah diikuti oleh Amerika Syarikat apabila tertubuhnya Bill Of
Rights.Hasil daripada tertubuhnya perlembagaan moden di perancis dan amerika
syarikat,negara-negara asia mula mengadaptasi konsep ini.
Menceritakan konsep sejarah perlembagaan di Malaysia,negara kita
sebenarnya telah lama mempunyai perlembagaan tetapi perlembagaan ini tidak begitu
komplek dan tidak menrangkup setiap aspek pemerintahan. Sebagai contoh ,Undang-
Undang Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Ini merupakan bukti
terawal adanya perlembagaan dalam pemerintahan di Tanah Melayu ketika itu. Selain
itu bukti lain jelas terlihat dalam pemerintahan negeri lain di tanah Melayu seperti
Undang-Undang Kedah pada tahun 1666 masihi, Undang-Undang Pahang dan akhir
sekali Undang-undang Perak pada 1577 masihi (Nazri Muslim,2014).
Sejarah moden perlembagaan Malaysia mula berkembang akibat berlakunya
peristiwa Malayan Union pada tahun 1946. Setelah tentera Jepun menyerah kalah
pada tahun 1945 , Parti Komunis Malaya(PKM) telah mengisi kekosongan politik di
Tanah Melayu selama 14 hari. Kemudian, tentera British telah menamatkan keganasan
tersebut dan mewujudkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada September 1945.
Selepas itu, kerajaan Malayan Union telah diperkenalkan pada 1 April 1946. Malayan
12
Union telah mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana tujuan,
cara penubuhan dan ciri-cirinya.Perkara ini telah menyebabkan kemarahan orang
melayu dan detik ini bermulanya perjuangan orang melayu kepada perlembagaan yang
lebih adil.
Seterusnya, orang melayu telah menubuhkan umno dalam proses membasmi
Malayan Union dan mengembalikan hak orang melayu. Melihatkan kesungguhan
orang Melayu dalam menentang habis-habisan Kerajaan British, akhirnya pada Julai
1946, British mula bertolak ansur melalui penubuhan satu jawatankuasa kerja yang
terdiri dari wakil-wakil UMNO, wakil raja-raja negeri Melayu dan wakil kerajaan
British. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk menggubal satu
perlembagaan yang baharu dan ianya telah dipersetujui melalui Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini telah dimeterai di King House pada
21 Januari 1948.
Melalui perjanjian ini syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan dan hak
istimewa orang Melayu dipelihara. Akibatnya wujud ketidakpuashatian di antara
kaum yang menyebabkan satu perjumpaan bagi membincangkan masalah tersebut
telah diadakan di rumah Dato’ Onn dengan dihadiri Tan Cheng Lock, Thivai Singam
(mewakili MIC), Malcolm McDonald, Ronald Braddel dan pemimpin-pemimpin lain.
Perjumpaan ini bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada Januari 1948. Kebanyakan cadangan
mereka dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan
Seterusnya daripada Perlembagaan Tanah Melayu 1948,perlembagaan
seterusnya telah digubal bagi mengantikan perlembagaan ini.Perlembagaan Tanah
Melayu 1957 telah digubal ekoran daripada kemerdekaan tanah melayu pada tahun
tersebut. satu suruhanjaya telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menggubal satu
perlembagaan bagi Tanah Melayu. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar-pakar
perlembagaan dari negara-negara Komanwel. Syor-syor dalam suruhanjaya ini
menyentuh lima perkara iaitu kedudukan Sultan, parlimen, bahasa, agama dan hak
orang Melayu. KerajaanPersekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh
seorang Sultan. Disamping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan
diteruskan dengan adanya kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-Raja Melayu pula
13
akan terus kekal sebagaiketua bagi negeri masing-masing manakala Melaka dan Pulau
Pinang akan terus bergabung di dalam Persekutuan dan diketuai oleh seorang Yang Di
Pertua (Gabenor).Sistem pentadbiran kerajaan adalah bercorak demokrasi dan Ahli
Parlimen akan dipilih melalui pilihanraya umum untuk mewakili rakyat serta
mengawal pentadbiran kerajaan (Abdul Manaf Ahmad,2011).
Akhir Sekali,Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal kerana pembentukan
Malaysia daripada hasil penggabungan Sabah,Sarawak dan Singapura. pada 17
Januari 1962 satu suruhanjaya dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan
bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut. Suruhanjaya itu
dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British,
Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali
Shafie manakala Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha (Abdul Manaf Ahmad,
2011). Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan kepada
15 Bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan
mengenai perkara seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan
perundangan, badan pemerintah, badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa
antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri, kedudukan istimewa
orang Melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya
(Aziz Bari,2001).
2.2.2 Peruntukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Sebagaimana yang dipersetujui semasa perlembagaan dirangka iaitu melalui
kontrak sosial yang memperlihatkan orang bukan Melayu diberikan kelonggaran
untuk menjadi warganegara Malaya melalui hak kewarganegaraan secara jus soli dan
orang Melayu pula diperuntukan dalam perlembagaan mengenai agama Islam sebagai
agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan
istimewa orang-orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu (Nazri 2014, 13).
14
Dalam konteks ini, jelas menunjukan bahawa bahasa Melayu telah terkandung
di dalam perlembagaan persekutuan dan merupakan salah satu hak keistimewaan
orang Melayu. Hal ini telah disebut dalam perkara 152 perlembagaan persekutuan
tentang kesempurnaan dan kemutlakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara (Ishak 2003, 178). Peruntukan di bawah perkara
152 tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus ditentukan oleh Majlis Raja-
Raja. Hal telah dinyatakan dalam perkara 159(5) (Abdullah 2007, 1). Bukan itu
sahaja, terdapat juga Akta bahasa Kebangsaan, 1963/67 (disemak 1971) dan
pemberitahuan undang-undang No. 410 tahun 1967. Namun, bahasa-bahasa lain boleh
digunakan dan tidak dihalang untuk menggunakanya. Di dalam peruntukan perkara
152 ada menyebut bahasa Kebangsaan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukan
melalui undang-undang oleh parlimen dengan syarat bahawa :
…Tiada seorang pun yang boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain ; dan
tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak mana-mana Kerajaan negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajaran bahasa mana-mana
kaum lain di dalam Persekutuan…
(Rizal 1972, 109)
Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan dalam perkara 152 ini adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai
kaum ke arah usaha menjadikan Tanah Melayu sebagai satu negara yang bersatu-padu
melalui satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Tambahan pula, bahasa Melayu juga telah
menjadi bahasa pengantar sejak dahulu lagi. Selain itu, peruntukan perkara 152 di
dalam perlembagaan Persekutuan sememangnya amat relevan kerana pada
permulaanya hampir keseluruhan rakyat Tanah melayu menggunakan bahasa Melayu
sebagai urusan rasmi seperti surat menyurat dan minit mesyuarat. (Rizal 1972, 109).
Maka, secara rumusanya perkara 152 seperti yang termaktub dalam
perlembagaan mempunyai tujuan yang tersendiri. Hal ini boleh dinilai apabila
sesebuah negara menggunakan satu bahasa untuk berkomunikasi walaupun
mempunyai bahasa ibunda masing-masing. Secara tidak langsung akan wujudnya satu
perpaduan nasional selain mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi.
15
2.3 SEBAB-SEBAB DAN IMPLIKASI BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA KEBANGSAAN.
Seperti yang diketahui umum, Malaysia yang tercinta merupakan negara yang
berbilang kaum mahupun etnik. Malaysia penuh dengan diversiti budaya, agama dan
bahasa. Oleh yang demikian, perancangan haruslah rakyat yang bersatu-padu dan
lebih bersifat patriotik haruslah dirancang dengan bijaksana. Justeru, timbul satu
perancangan sosial yang mana dapat menyatupadukan antara satu sama lain di antara
semua jenis kaum dan etnik di Malaysia ini.
Sudah diketahui semua bahawa semua bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan di Malaysia. Selain daripada bahasa rasmi, bahasa Melayu juga
merupakan bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan , bahasa perhubungan , bahasa
ilmu dan berbagai lagi. Selain daripada itu, bahasa Melayu ini juga merupakan bahasa
utama dalam pengantar sistem pendidikan sebagai satu alat untuk menuju kepada
perpaduan dalam masyarakat. Taraf bahasa Melayu ini bukan sahaja disahkan oleh
sumber-sumber yang datang dari sejarah Melayu namun dengan sumber-sumber yang
datang dari Portugis, Belanda sekalipun.
Oleh yang demikian, mengapakah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa
kebangsaan? Sejarah lampau telah menceritakan bagaimana bahasa Meayu menjadi
lingua franca sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Selain daripada itu, bahasa
Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa di dalam undang-undang tubuh negeri
tetapi dengan tulisan jawi. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu telah lama jadi
sebagai bahasa yang rasmi sejak zaman dulu lagi.
Dalam Kitab Sejarah Melayu telah menyatakan bagaimana pada zaman dahulu
pendagang-pendagang yang datang dari luar telah bersusah payah untuk mempelajari
bahasa Melayu. Selain daripada belajar sahaja, mereka ini juga ingin menguasai
bahasa Melayu tersebut. Hal ini disebabkan kerana dapat memudahkan bagi pihak
mereka dalam urusan yang melibatkan dengan pembesar-pembesar Melayu ketika itu.
Oleh itu, bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai bahasa kebangsaan oleh
pemimpin pelbagai kaum pada ketika itu. Hal ini telah dirakamkan apabila bahasa
Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Artikel 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan. Dalam artikel tersebut telah jelas menunjukkan bahawa
16
status bahasa Melayu ini sebagai bahasa kebangsaan. Walaubagaimanapun, bahasa
lain adalah tidak dilarang untuk dipraktikkan.
Sebab lain yang menjuruskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa peribumi yang meluas
penggunaanya. Di dalam karya Abdullah Hassan,1996, dia menyatakan bahawa
Tunku Abdul Rahman pernah berkata bahawa kita berhak untuk menghendaki bahasa
kita sendiri. Tunku juga menyatakan bahawa kita akan bersatu dan mempunyai watak
kita yang tersendiri sekiranya kita mempunyai bahasa kebangsaan yang sendiri.
Seperti yang kita tahu, pelbagai kaum di Malaysia ini hampir keseluruhannya mampu
untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan ini. Hal ini lah yang dikatakan sebagai
penggunaan yang meluas di dalam negara ini.
2.3.1 Implikasi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Terdapat pelbagai kesan ataupun implikasi daripada bahasa Melayu ini sebagai
bahasa kebangsaan ini. Antaranya ialah perluasan penggunaan bahasa Melayu ini
secara bertulis. Kita dapat melihat secara luas di Malaysia ini, penggunaan bahasa
Melayu di papan-papan tanda di tempat awam semakin meluas. Sebagai contohnya,
pelancong asing yang memasuki ke negara ini akan melihat papan-papan tanda yang
dipenuhi dengan tulisan bahasa Melayu kebiasannya. Sekiranya pelancong tersebut
memasuki bandar, dia akan melihat tanda jalan yang seperti “ Jalan Tunku Abdul
Rahman” dan sebagainya.
Kesan atau implikasi yang dapat dilihat ialah seluruh penjawat awam adalah
diwajibkan untuk menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dalam urusan
rasmi dan juga pentadbiran kerajaan. Hal ini juga termasuklah dengan ketika hal surat-
menyurat, bermesyuarat dan pelbagai lagi. Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan juga telah menyebabkan pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan
yang mana akan membuatkan penjawat awam ini akan mematuhi prosedur tersebut.
2.4 PERANAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM INTITUSI PENDIDIKAN
Hubungan antara sistem pendidikan dan masyarakat merupakan proses
dua hala yang saling timbal balik dan saling memerlukan di antara satu sama lain.
17
Sistem pendidikan banyak dipengaruhi oleh perkembangan, bentuk budaya, dan
masyarakat yang mendukung zaman penubuhan dan pelaksanaan kurikulum. Oleh itu,
perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat kuat mempengaruhi
perubahan sistem pendidikan. Sistem pendidikan zamam British adalah berbeza sama
sekali dengan sistem pendidikan zaman sekarang. Perubahan masyarakat dan sistem
pendidikan selalunya berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan perkembangan
semasa terutama dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Ketiga – tiga faktor ini menjadi
agen perubah masyarakat. Perubahan dalam politik, ekonomi, dan sosial menyebabkan
gaya dan rupa bentuk masyrakat turut berubah. Jelaslah di sini, pendidikan
mempunyai fungsi dan pengaruh sosial yang besar dan ketara pada anggota
masyarakat (Ishak Ramly 2005, 1).
Setiap negara mempunyai dasar bahasanya tersendiri dan tidak terkecuali
di Malaysia. Sejak daripada zaman British lagi pelbagai dasar telah digubal untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang utama yang harus dipelajari di intitusi pendidikan. Semua ini telah termaktub di
dalam Fasal (1) perkara 152 akan kedaulatan bahasa melayu yang menggariskan
tentang peruntukan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan
dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan
menggunakan dana awam. Oleh itu, dapat diketahui akan pentingnya dan peranan
bahasa Melayu dalam intitusi pendidikan di negara Malaysia. Tujuan pengenalan
pelbaga dasar dalam sistem pendidikan dan bahasa kebangsaan sebagai satu elemen
yang harus disatukan ialah kerana kerajaan berhasrat hendak mewujudkan sistem
pendidikan yang berteraskan satu aliran bahasa dan tidak menggalakkan pendidikan
yang berunsurkan kaum dan etnik seperti yang dilakukan oleh British semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu.
Dasar ini juga bagi memudahkan penyatuan kaum di negara Malaysia
yang berbilang kaum. Oleh itu, sistem pendidikan yang berteraskan bahasa
kebangsaan menjadi satu medium untuk memupuk perpaduan kaum di negara
Malaysia ini. Dasar pendidikan yang berteraskan bahasa kebangsaan ini bukan sahaja
untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di intitusi pendidikan
malah bertujuan untuk memudahkan sisitem komunikasi diantara semua kaum
18
berteraskan satu bahasa dan memartabatkan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat
Malaysia yang berberbilang kaum. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di
Malaysia bukannya perkara mudah kerana ideology setiap kaum yang masing –
masing ada pendapat dan hasrat untuk memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai
bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu, wujud perasaan prasangka kaum lain terhadap
bahasa Melayu. Hal ini kerana, dasar – dasar yang diperkenalkan pada awalnya
kurang pendedahan dan tidak difahami oleh kaum lain. Oleh itu, kerajaan bertungkus
lumus merangka pelbagai insentif dan dasar untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
di dalam intitusi pendidikan.
2.4.1 Peranan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar di Intitusi
Pendidikan dalam Konteks Perpaduan dan Komunikasi
Menurut Akta Pendidikan 1961 menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar di sekolah – sekolah. Perkara ini
dinyatakan dalam perkara Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan iaitu dan bahawasanya
peruntukan tersebut adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar dilaksanankan
secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif
bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa utama.
Menurut Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) telah
menyatakan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan negara. Penyata Razak juga telah cuba untuk menubuhkan satu
sistem tentang suatu peraturan pelajaran kebangsaan dan bertujuan untuk menyatukan
rakyat – rakyat (pelajar) daripada pelbagai kaum dengan menggunakan satu prinsip
peraturan pelajaran yang berdasarkan Bahasa Kebangsaan dengan menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Penyata Razak juga berharap
objektif ini dapat dilaksanakan secara beransur – ansur kerana bukan mudah untuk
membawa suatu pendekatan baru dalam sistem negara yang berbilang kaum ini.
Selepas Penyata Razak dikatakan kurang memberi impak dalam usaha untuk
memartabatkan Bahasa Kebangsaan satu kaedah telah digubal dan Penyata Razak
telah dibuat pembaikan dan telah diterbitkan Penyata Rahman Talib yang menegaskan
kembali idea untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam
19
kurikulum semua sekolah. Penyata Rahman Talib telah mengariskan bahawa Bahasa
Kebangsaan hendaklah mula diajar seawall darjah satu kepada semua sekolah rendah
Cina, Tamil, Inggeris samaada sekolah bantuan, bantuan separuh, atau sekolah
persendirian. Pelajaran rendah dalam Bahasa Kebangsaan akan dimajukan dengan
mengadakan pelajaran menerusi Bahasa Kebangsaan di sekolah yang dahulunya
sekolah rendah kerajaan dengan syarat penyedian guru – guru haruslah bersesuaian
dan semua sekolah rendah bantuan haruslah diubah menjadi sebuah sekolah
kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan. Dalam Akta Pendidikan 1961 telah
menjadi landasan kepada sistem pendidikan kebangsaan yang mempromosikan
pembangunan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Dalam Akta Pendidikan 1961,
bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dikukuhkan sebagai bahasa pengantar di
sekolah sebagai alat mencapai perpaduan. Namun, dalam masa yang sama
penggunaan bahasa Tamil dan cina dibenarkan di sekolah jenis kebangsaan (Nazri
Muslim 2014, 73).
Seterusnya, dasar Akta Pendidikan 1966 diperkenalkan untuk menggantikan
Akta Pendidikan 1961. Tujuan kerajaan merangka Akta Pendidikan 1996 untuk
menggantikan Akta Pendidikan 1991 ialah bertujuan untuk menjadikan Bahasa
Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama di semua intitusi pendidikan yang
terletak di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana – mana intitusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh kerajaan. Usaha ini dilakukan adalah untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar bagi menggantikan bahasa Inggeris yang menjadi
bahasa pengantar di intitusi pendidikan di Malaysia sebelum ini. Tambahan pula,
kerajaan juga berhasrat untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang intelek dan berindentiti rakyat Malaysia yang
sejati dengan menerapkan suatu dasar iaitu tidak berjaya bangsa Malaysia itu jikalau
ia tidak mampu untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik. Semua penyata dan
laporan dan akta yang berkaitan dengan pendidikan, integrasi kaum yang terdapat di
Malaysia dilaksanakan bagi tujuan perpaduan negara.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga telah merapatkan jurang
mengenai bidang pekerjaan mengikut kaum samaada di dalam sektor awam ataupun
swasta. Di sampig itu ianya juga dapat mengurangkan kemiskinan bagi kaum
20
bumiputera. Manakala dalam aspek kedua, iaitu matlamat untuk melahirkan rakyat
yang bersepadu dan berdisiplin melalui sistem persekolahan dan kurikulumnya yang
sama kandungannya serta bercorak kebangsaan dengan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa utama bolehlah dikatakan ianya telah berjaya meningkatkan dan meluaskan
penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia oleh semua kaum serta merapatkan
jurang perhubungan melalui penggunaan satu Bahasa Kebangsaan. Di samping itu,
peluang – peluang untuk pelajar – pelajar antara kaum berinteraksi telah banyak
disediakan melalui program – program dan kegiatan kurikulum. Dari segi pencapaian
perpaduan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja, walaupun sisem pelajaran
adalah salah satu daripadanya (Othman Md. Said 1987, 45).
Pendidikan adalah alat yang amat penting dan berpengaruh dalam mencapai
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Mekanisme
utama untuk mencapainya ialah melalui satu sistem pendidikan kebangsaan dan
pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah
rendah hingga ke IPT. Perpaduan negara menjadi satu perkara yang utama dalam
hierarki keperluan negara bagi mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan. Oleh
sebab itu, perpaduan negara menjadi salah satu matlamat utama pendidikan negara
dari awal kemerdekaan sehinggalah sekarang ini ( Nazri Muslim 2014, 76).
2.4.2 Menjadikan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Komunikasi Antara
Rakyat
Komunikasi adalah satu elemen penting bagi menunjukkan jati diri rakyat
Malaysia. Oleh itu penyelarasan satu bahasa utama sebagai medium komunikasi
antara rakyat Malaysia adalah amat penting dilaksanakan. Disebabkan itu, penentuan
bahasa Kebangsaan menjadi bahasa komunikasi merupakan satu penyelesaian yang
efisien untuk menjadikan bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pertuturan semua kaum
di Malaysia. Bahasa merupakan alat perhubungan terpenting bagi sesebuah negara.
Mempunyai satu bahasa yan khusus iaitu bahasa Kebangsaan merupakan satu prinsip
keperluan bagi penubuhan sebuah negara yang berbilang kaum. Melalui bahasa kita
dapat menyatakan sesuatu dan memahami orang lain dalam erti kata lain ialah
komunikasi. Komunikasi juga boleh berlaku melalui secara lisan, tulisan, atau bacaan.
21
Namun begitu, hubungan secara lisan lebih meluas dan berkesan.
Malaysia sebagai suatu negara yang mempunyai pelbagai lapisan kaum, etnik, agama
dan budaya yang menggunakan bahasa yang berbeza. Namun, penggunaan bahasa
Melayu berperanan sebagai bahasa perhubungan utama telah dapat mengatasi masalah
komunikasi. Komunikasi penting kerana ia berperanan sebagai wadah perpaduan
rakyat Malaysia. Hasrat kerajaan yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan antara kaum dipupuk melalui penggunaan bahasa Melayu dalam
intitusi pendidikan. Perpaduan adalah tonggak penting dalam masyarakat yang
berbilang bangsa ini.
Kepentingan perpaduan negara akan kucar kacir dan musnahlah sebuah
negara berdaulat. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan merupakan
majoriti penduduk di Malaysia dan kaum India dan Cina merupakan golongan rakyat
minoriti di Malaysia. Oleh sebab itulah bahasa Melayu dipilih berdasarkan kaum
majoriti penduduk. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu yang bertindak
sebagai bahasa perpaduan menjadi agen perpaduan antara kaum. Penggantian Penyata
Razak kepada Ordinan Pelajaran 1957 itu telah menyebabkan bahasa dan pendidikan
dapat digabungkan menjadi satu wadah untuk mengeratkan persefahaman perpaduan
antara kaum. Oleh sebab itu, dengan langkah mewujudkan satu bangsa yang bersatu
padu dengan menolak elemen perbezaan dengan berpaksikan dengan satu bahasa
kebangsaan amatlah diperlukan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk
membina satu negara bangsa yang berjaya.
2.4.3 Sistem Pendidikan di Universiti Sebagai Medium Perpaduan Antara Kaum
dan Peneraju Masa Depan Negara
Pada tahun 1990 hingga tahun 2000 menyaksikan penubuhan lebih banyak
universiti awam yang berjumlah 20 buah dan lebih 350 buah IPTS di seluruh negara.
Ini menunjukkan bahawa pendidikan tinggi terus mendapat perhatian kerajaan kerana
proses pembangunan amat bergantung kepada kehadira tenaga terlatih dan keupayaan
IPT mengeluarkan siswazah dalam bidang yang diperlukan. Maka untuk mempercepat
proses perubahan, pemodenan, pembangunan dan sekaligus pembangunan nasional,
lebih banyak universiti harus didirikan. Konflik perkauman pada 13 Mei 1969 telah
22
meningkatkan kesedaran dan usaha untuk memajukan pendidikan tinggi secara adil
dan menyeluruh selaras dengan matlamat mengurangkan jurang sosial dan ekonomi
antara penduduk Malaysia. Ini disebabkan dasar pecah dan perinttah oleh penjajah,
menyebabkan penyertaan rakyat dalam pendidikan tinggi berlaku secara tidak
seimbang dan jurang struktur masyarakat antara rakyat dalam proses kemajuan dan
pembangunan menjadi lebih luas (Nazri Muslim 2014, 79).
Walaupun selepas kemerdekaan, banyak universiti awam ditubuhkan,
namun tiada satu pun akta khusus yang menyentuh tentang dasar untuk perpaduan.
Universiti – universiti berkenaan tidak mempunyai kokurikulum dan kurikulum yang
seragam antara satu sama lain. Dari segi kurikulum, pelajar terpisah mengikut jurusan
dan fakulti masing – masin. Kursus yang seragam diikuti oleh semua pelajar terhad
kepada kursus – kursus universiti seperti yang ditawarkan di Jabatan Tamadun Islam
dan Asia atau Pusat Pengajian Umum.
Namun kandungan khusus berkenaan tidak mempunyai matlamat khusus
untuk untuk interaksi antara etnik. Setiap universiti mempunyai sistem dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran masing – masing. Maka terpulang kepada pihak
university menjalankan dasar untuk perpaduan, yang ada pada kebiasaannya juga
menjadi tanggungjawab bahagian hal ehwal pelajar setiap universiti. Oleh itu, boleh
ditafsirkan perpaduan di institusi – institusi pengajian tinggi awam adalah atas
harapan lanjutan atau trajektori kesan dasar perpaduan di peringkat sekolah (Nazri
Muslim 2014, 81).
IPT di Malaysia ditubuhkan dengan matlamat dan berperanan sebagai alat
untuk mencapai perpaduan dengan menyatupadukan tiga etnik terbesar di samping
etnik yang lain. Pergaulan mereka ketika berada di IPT dapat memupuk perpaduan di
kalangan mereka, di samping menekankan nilai perkongsian bijak dari segi hak
masing – masing. Perkongsian ini diikat dengan kesedaran terdapatnya kontrak sosial
yang perlu dipatuhi oleh semua etnik sewaktu menuntut kemerdekaan terdahulu.
Disebabkan hal ini, maka Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak, dan Membuat
Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006)
telah mengambil ketetapan agar pendidikan tinggi negara:
23
1. Supaya usaha memupuk perpaduan negara dilanjut dan ditingkatkan lagi di
peringkat pendidikan tinggi.
2. Supaya satu kursus yang memfokuskan pengajian antara budaya dan ntra
budaya diwujudkan dan diambil oleh semua penuntut. Pengajaran pembelajaran
kursus tersebut hendaklah dilaksanakan secara perbincangan dan berpartisipasi.
3. Supaya penuntut di IPT diwajibkan mengambil dan melaksanakan kerja
komuniti dan aktiviti tersebut diberikan kredit ( Nazri Muslim 2014, 83-84).
2.4.4 Fungsi Pendidikan Pada Masyarakat
Sistem kemasyarakatan dan kebudayaan masyarakat harus dikekalkan,
dipertahankan dan diubahsuai untuk dipadankan dengan perkembangan semasa
masyarakat. Ini boleh dilakukan melalui proses transmisi dan asimilisasi budaya serta
ilmu pada masyarakat. Contohnya, aktiviti membuat layang – layang, mengecap kain
batik, mengurus perniagaan dan lain – lain adalah aktiviti harian masyarakat. Tradisi
dan budaya ini dijelmakan dalam masyarakat sejak lama dahulu dan sehingga kini
ianya terus berkembang dan diubahsuai supaya sesuai dengan kehendak masyarakat.
Ia menjadi kepunyaan bangsa kerana ia adalah tradisi budaya sesuatu kaum. Kanak –
kanak diajar nilai – nilai sosial dan norma – norma sosial yang menjadi tonggak
peradaban sesuatu bangsa. Budaya dan nilai tradisi bangsa tidak kelihatan bertahan
lama apabila anggota masyarakat tidak mengamalkannya dan mempertahankannya
(Ishak Ramly 2005, 3).
Pemasyarakatan juga memberi tumpuan pada pengekalan perpaduan dan
kerjasama antara anggota masyarakat. Ini boleh diamalkan dengan menanam konsep
kesepakatan dan keharmonian. Hubungan dan ikatan perpaduan dalam keluarga ,
bangsa dan kaum ataupun sesama negara sering ditekankan di sekolah belajar tanpa
mengira kaum, kekayaan dan keturunan. Kanak – kanak ini mengikut agama, kegiatan
kokurikulum dan sistem persekolahan yang sama dan setiap orang berpeluang mencari
dan mendapatkan ilmu secara bebas dan terbuka. Kestabilan sistem dan pelaksanaan
kokurikulum pendidikan menjadikan masyarakatnya lebih entiti dan sepadu.
Pemasyarakatan juga berfungi mengawal sosial. Dengan mendedahkan
segala perlakuan baik dan buruk serta jahat dan baik, pelajar dapat mengenali
24
perbualan tercela dan terpuji. Dengan ini pergerakan dan sikap anggota masyarakat
dapat dikawal . Kanak – kanak sekolah didedahkan dengan mata pelajaran sivik,
ketatanegaraan dan disiplin, kegiatan kokurikulum dan lain – lain. Ia bertujuan
membiasakan pelajar supaya dapat memahami dan menghayatinya. Apabila kanak –
kanak ini keluar daripada alam persekolahan dan masuk ke dalam sistem masyarakat
yang lebih terbuka, mereka boleh menyesuaikan diri dengan norma – norma hidup
yang ditetapkan oleh masyarakat (Ishak Ramly 2005, 4).
25
3.0 ANALISIS DATA
3.1 (A) LATAR BELAKANG PERIBADI
18 tahun dan ke bawah
19 - 25 26 - 30 30 tahun ke atas
0%
93%
7%0%
UmurUmur
Graf di atas menunjukkan umur responden yang terlibat di dalam kajian ini. Jumlah
responden tertinggi adalah dari kalangan umur 19 – 30 tahun yang mencatatkan
sebanyak 93% atau pun 28 orang. Bagi responden yang kurang ditemui adalah dari
lingkungan 26 – 30 tahun iaitu hanya terdiri daripada 2 orang atau pun 7 %. Manakala
bagi 18 tahun ke bawah dan juga 30 tahun kea ta tidak ditemui langsung.
Hal ini adalah disebabkan majoriti pelajar-pelajar UKM sedang mendapatkan Ijazah
Sarjana Muda. Kita sedia maklum bahawa umur yang kebiasaanya mengambil Ijazah
Sarjana Muda adalah dalam lingkungan 19 – 30tahun. Oleh itu, hal ini telah
menyebabkan responden banyak terdiri daripada umur 19 – 30 tahun.
26
47%
53%
JantinaLelaki Perempuan
Carta di atas menunjukkan perbezaan antara jumlah responden lelaki dan perempuan.
Responden lelaki hanya mencatatkan 47 % atau 14 orang manakala perempuan pula
menunjukkan jumlah yang lebih tinggi daripada lelaki iaitu 53% atau 16 orang.
Hal ini berlaku kerana responden lebih wanita gemar untuk turun kafeteria Kolej Keris
Mas untuk membeli makanan, manakala pelajar lelaki tidak begitu ramai kerana lebih
gemar untuk mengirim makanan bungkus dengan rakan-rakan yang akan turun ke
kafeteria. Jad, hal ini telah menyebabkan perempuan lebih ramai berbanding lelaki
untuk melengkapkan borang soal selidik ini.
27
40%
57%
3%
BangsaCina India Lain-lain
Carta menunjukkan jumlah responden yang terdiri daripada masyarakat bukan
bumiputera iaitu Cina, India dan lain-lain. Jumlah bangsa yang paling tinggi
dicatatkan di dalam kajian ini adalah terdiri daripada kaum India yang mencatatkan
jumlah sebanyak 57 % atau 17 orang manakala responden cina pula terdiri daripada
12 orang atau 40%. Lain-lain bangsa pula hanya mencatatkan 3% yang terdiri
daripada seorang sahaja.
Hal ini berlaku kerana ketika pengkaji mengedarkan borang responden terdapat ramai
kaum India di kafeteria untuk mengulang kaji, makan dah meluangkan masa bersama
rakan-rakan. Oleh itu, pengkaji tidak melepaskan peluang ini dan serta-merta
mengedarkan borang soal selidik tersebut.
28
30%
30%
27%
13%
FakultiFSSK FST FEP Lain-lain
Dari segi fakulti pula, fakulti yang mencatatkan jumlah tertinggi adalah Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan serta Fakulti Sains & Teknologi di mana masing-masing
mencatatkan 30% atau bersamaan 9 orang. Bagi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pula,
mencatatkan seramai 8 orang yang juga merupakan jumlah kedua tertinggi berbanding
FSSK dan FST. Lain-lain fakulti pula mencatatkan seramai 4 orang responden atau
13%.
Majoriti penghuni Kolej Keris Mas terdiri daripada pelajar-pelajar dari FSSK dan FST
kerana jarak fakulti mereka berhampiran dengan kolej. Selain itu, pihak pengurusan
juga sememangnya menempatkan banyak pelajar-pelajar dari dua fakulti ini di Kolej
Keris Mas.
29
3.2 (B) SOAL-SELIDIK
40%
17%
43%
Saya tidak memahami sesetengah kosa kata bahasa Melayu
Tak setuju Tak pasti Setuju
Rajah menunjukkan sebanyak 40% atau 12 orang tidak setuju terhadap soalan yang
diajukan. Manakala 16.67% atau 5 orang tidak pasti sama ada mereka memahami atau
pun tidak memahami sesetengah kosa kata bahasa Melayu. Selebihnya iaitu 43% atau
13 setuju bahawa mereka tidak memeahami sesetengah kosa kata bahasa Melayu.
Hal ini mungkin berlaku kerana mereka kurang menggunakan bahasa melayu
dan hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah sahaja. Kebiasaanya, kaum
bukan bumiputera seperti Cina dan India akan mengguankan bahasa ibunda untuk
berkomunikasi bersama rakan-rakan dan keluarga. Jika tidak menggunakan bahasa
ibunda, mereka kebiasaanya menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pengetahuan
mereka dalam mengenal kosa kata melayu amat cetek.
Bagi 40% yang tidak setuju pula, kemungkinan besar mereka telah terbiasa
dengan bahasa Melayu. Sebahagian daripada mereka gemar untuk bergaul dengan
kaum bumiputera seperti orang Melayu. Hal ini secara tidak langsung telah memberi
pendedahan kepada mereka mengenai kosa kata bahasa melayu dalam konteks yang
lebih meluas.
30
43%
20%
37%
Saya sukar menulis dan membaca di dalam bahasa Melayu
Tak setuju Tak pasti Setuju
Secara keseluruhan, 43% atau 13 orang tidak bersetuju mengenai kesukuaran mereka
dalam menulis dan membaca di dalam bahasa Melayu. Seterusnya, rajah mencatatkan
seramai 11 orang atau 37% yang bersetuju dengan soalan ini dan selebihnya iaitu 20%
atau 6 orang tidak pasti.
Berdasarkan penilaian umum, 43% yang tidak bersetuju mungkin disebabkan mereka
telah terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu selain bahasa Melayu menjadi
syarat wajib lulus ketika SPM. Di samping itu, Universiti Kebangsaan Malaysia juga
merupakan universiti yang ingin memertabatkan bahasa Melayu. Jadi, tidak hairanlah
pelajar-pelajar bukan bumiputera ini tidak sukar untuk membaca dan menulis dalam
bahasa Melayu.
31
43%
23%
37%
Saya sukar menguasai bahasa Melayu secara holistik
Tak setuju Tak pasti Setuju
Sebanyak 43 % atau bersamaan 13 orang tidak bersetuju mengenai pernyataan yang
dikemukakan. Manakala 23% tidak pasti dan 37 % iaitu bersamaan 11 orang setuju
mengenai pernyataan yang diberikan.
Responden yang tidak setuju mungkin mampu menguasai sepenuhnya bahasa
Melayu. Hal ini disebabkan kecenderungan mereka untuk berjinak-jinak dengan
bahasa Melayu seperti membaca surat khabar bahasa Melayu dan artikel-artikel
bahasa Melayu disamping kerap bergaul dengan orang Melayu.
Bagi responden yang memilih untuk setuju dengan pernyataan ini
berkemungkinan besar hal ini berlaku atas faktor tidak minat. Sesetengah kaum bukan
bumiputera lebih gemar untuk bergaul sesama mereka sahaja. Hal ini telah
menyebabkan mereka sukar untuk menguasai bahasa lain. Selain itu, mereka juga
lebih gemar membaca bahan bacaan di dalam bahasa selain bahasa Melayu. Faktor ini
telah menyebabkan mereka tidak mampu menguasai bahasa Melayu secara holistik.
32
13%
30%
57%
Bahasa Melayu kurang digunakan sebagai bahasa komunikasi bersama rakan-rakan
dan juga ibu bapaTak setuju Tak pasti Setuju
Berpandukan graf di atas, Sebanyak 57% atau 17 orang bersetuju bahawa mereka
kurang menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan ibu bapa atau
rakan-rakan yang sama bangsa. Selain itu, terdapat 13% atau 4 orang tidak bersetuju
dengan peryataan ini. Manakala selebihnya iaitu 30% atau 9 orang tidak pasti.
Hal ini berkemungkinan besar berlaku kerana mereka lebih selesa atau mudah
untuk menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa perkomunukasian sesame mereka.
Selain itu, kemungkinan besar juga mereka dibiasakan untuk bertutur dalam bahasa
Inggeris sejak kecil. Bagi mereka yang tidak bersetuju mungkin disebabkan kebiasaan
mereka dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunukasi harian mereka.
33
27%
16.67%
27%
Saya mahu bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan
Tak setuju Tak pasti Setuju
Berdasarkan keputusan yang dicatatkan, sebanyak 27% tidak bersetuju bersamaan 8
orang dan begitu juga bagi yang tidak bersetuju turut mencatatkan angka sama, iaitu
27% atau 8 orang. Manakala selebihnya tidak pasti.
Berdasarkan pendapat pengkaji, berkemungkinan besar responden yang menginginkan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah kerana mereka mahir dalam bahasa
Melayu di samping mampu mengusainya. Bagi yang tidak bersetuju, berkemungkinan
besar mereka lemah dalam bahasa Melayu di samping merasakan bahawa bahasa
Melayu sesuatu bahasa yang sukar. Oleh itu, mereka memilih untuk tidak bersetuju
bagi pernyataan ini.
34
17%
53%
30%
Saya mahu bahasa lain selain bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan
Tak setuju Tak pasti Setuju
Merujuk rajah di atas, dapat dilihat bahawa jumlah tertinggi yang dapat dicatatkan
adalah 53% iaitu bersamaan 16 orang yang terdiri daripada responden yang tidak
pasti. Manakala jumlah terendah adalah tidak pasti dan berada diangka pertengahan
yang terdiri daripada responden yang tidak setuju iaitu sebanyak 17% atau 5 orang.
Selebihnya iaitu sebanyak 30% atau 9 orang bersetuju dengan pernyataan ini.
Sebanyak 30% yang bersetuju mungkin disebabkan kecenderungan mereka
dalam penggunaan bahasa Inggeris. Sedia maklum bahawa kaum bukan bumiputera
ini sememangnya hebat dalam penggunaan bahasa Inggeris. Atas faktor ini
memungkinkan mereka lebih cenderung kea rah bahasa Inggeris lantas tidak mahu
bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan.
Bagi yang tidak bersetuju, hal ini adalah disebabkan mereka telah dibiasakan
dengan bahasa Melayu sejak kecil di mana jika kita melihat sistem pendidikan negara
yang mewajibkan bahasa Melayu di setiap sekolah walaupun sekolah tersebut
merupakan sekolah vernacular. Selain itu, kemungkinan besar mereka lemah bahasa
lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka lebih memilih
bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa Kebangsaan.
35
20%
53%
27%
Saya bangga untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu
Tak setuju Tak pasti Setuju
Graf di atas menunjukkan sebanyak 53% atau 16 orang responden yang tidak pasti
mengenai soalan ini. 20% atau 6 orang pula tak bersetuju bahawa mereka bangga
bertutur menggunakan bahasa Melayu. Manakala selebihnya iaitu 27% atau 8 orang
masing-masing bersetuju dengan pernyataan ini yan membawa maksud mereka
bangga menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur.
Bagi 20% yang tidak bersetuju adalah disebabkan mereka tidak menyukai
bahasa Melayu dan tidak mempunyai semangat patriotik. Lantas, mereka langsung
tidak mempunyai perasaan bangga dalam bertutur menggunakan bahasa Melayu
sebagai simbol perpaduan di negara Malaysia dan identiti Malaysia.
Manakala bagi 8 orang yang bersetuju, boleh dinilai dan jelas menunjukkan
tahap patriotik mereka terhadap negara. Mereka berbangga kerana mampu bertutur
dalam bahasa lain walaupun bukanya terdiri daripada bahasa ibunda mereka sendiri.
Di samping itu, mereka juga mungkin berbangga disebabkan mereka mempunyai
semangat sayangkan negara memandangkan bahasa Melayu juga merupakan salah
satu identiti Malaysia. Apabila individu bangga menggunakan bahasa Kebangsaan,
jelas memberi indicator bahawa mereka sayangkan negara dan suka menjadi rakyat
Malaysia.
36
33%
50%
17%
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai taraf yang sangat rendah untuk
dijadikan bahasa KebangsaanTak setuju Tak pasti Setuju
Sebanyak 50% responden atau 15 orang tidak pasti dengan pernyataan ini. Manakala
33% atau 10 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini dan selebihnya
iaitu 17% atau 5 orang bersetuju dengan pernyataan ini.
Bagi yang setuju, kemungkinan tahap pengetahuan mereka di dalam bahasa
Melayu amat rendah. Pengkaji yakin dan percaya, jika seseorang mendalami bahasa
Melayu maka mereka boleh melihat ketertinggian bahasa tersebut.
Seterusnya, 33% responden yang tidak bersetuju adalah kerana mereka
sememangnya mendalami dan mengetahui akan kelebihan bahasa Melayu. Mereka
berkemungkinan didedahkan mengenai kelebihan bahasa Melayu melalui pendidikan
ataupun melalui rakan-rakan melayu yang lain.
37
27% 27%
47%
Pertuturan saya dalam bahasa Melayu sangat lancar
Tak setuju Tak pasti Setuju
Graf menunjukkan jumlah persetujuan berdasarkan soalan yang diajukan dalam soal
selidik iaitu mengenai tahap kelancaran pertuturan responden. Sebanyak 47%
responden setuju dengan pernyataan ini atau 14 orang. Manakala setuju dan tidak
setuju masing-masing mencatatkan 27% bersamaan 8 orang.
Responden yang setuju adalah disebabkan kekerapan mereka dalam bertutur
dalam bahasa Melayu. Selain itu, faktor lain adalah mengenai latar belakang
responden itu sendiri yang memperlihatkan responden bergaul dengan ramai rakan
melayu disamping mereka tidak masuk ke sekolah vernakular.
Bagi yang tidak setuju, hal ini disebabkan pertuturan mereka yang tidak lancar
kerana kurang bergaul, kurang membaca bahan bacaan bahasa Melayu dan kurang
bertutur dalam bahasa Melayu.
38
30%
53%
17%
Saya menguasai segala aspek fonologi dan tatabahasa di dalam bahasa Melayu
Tak setuju Tak pasti Setuju
Bagi persoalan seterusnya, sebanyak 30% responden tidak setuju bersamaan 9 orang.
Manakala 53% atau 16 orang tidak pasti dan selebihnya iaitu 17% atau 5 orang
responden bersetuju dengan pernyataan ini.
56% responden yang tidak bersetuju mengenai pernyataan ini adalah kerana
mereka tidak mampu menguasai aspek tatahabahsa yang betul. Jika kita melihat
pertuturan atau bahasa komunikasi bahasa Melayu secara harian, sememangnya aspek
tatabahasa tidak diambil kesah. Jadi, hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada
responden akibat tidak dibiasakan berkomnukasi secara formal.
Bagi 17% yang bersetuju adalah disebabkan pengetahuan mereka yang tinggi dalam
aspek tatabahasa. Jika kita melihat aspek pembelajaran di sekolah, tatabahasa diajar
sejak dibangku sekolah rendah hinggalah di akhir kelas menegah. Jadi, tidak hairanlah
masih ada kaum bukan bumiputera yang mahir dalam aspek tatabahasa dan fonologi.
39
20%
40% 40%
Saya faham mengenai peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti
yang termaktub di dalam perlembagaanTak setuju Tak pasti Setuju
Rajah di atas adalah berkenaan dengan tahap persetujuan pelajar mengenai
pemahaman mereka terhadap peruntukan bahasa Melayu seperti yang termaktub di
dalam perlembagaan persekutuan. Dalam konteks ini, boleh dilihat sebanyak 40% atau
12 orang bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala 40% lagi yang bersamaan 12
orang tidak pasti dan selebihnya tidak bersetuju iaitu 20% bersamaan 6 orang.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar bukan
bumiputera mengenai bahasa Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan
adalah tinggi. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan pendedahan yang dibuat
mengenai perlembagaan seperti di dalam pembelajaran di sekolah atau pun melalui
artikel dan sebagainya. Selain itu juga, kecenderungan pelajar itu untuk memahami
mengenai peruntukan bahasa Melayu di dalam perlembagaan juga mungkin
disebabkan pengetahuan am pelajar tersebut luas.
Walau bagaimanapun masih terdapat 20% atau 6 orang bersetuju dengan
pernyataan ini. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak tahu dan tidak langsung
ingin tahu mengenai peruntukan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan
persekutuan.
40
27%30%
43%
Saya mampu menulis dan membaca dengan baik dan sempurna
Tak setuju Tak pasti Setuju
Dapatan kajian menunjukkan 43% bersetuju atau 13 orang dan 27% atau 8 orang tidak
bersetuju. Manakala selebihnya iaitu 30% atau 9 orang tidak pasti.
Hal ini kerana kita sedia maklum bahawa kita diajar bahasa Melayu sejak
darjah satu lagi. Maka ianya amat mustahil bagi kaum bumiputera untuk tidak mahir
untu menulis dan membaca di dalam bahasa Melayu dalam konteks pelajar UKM.
Bagi 13 orang responden yang tidak berstuju berkemungkinan besar mereka
jarang menggunakan bahasa Melayu dalam merujuk buku-buku ilmiah dan tidak
mahir dengan bahasa Melayu. Jadi, hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat
membaca dan menulis dengan sempurna.
41
4.0 KESIMPULAN
Secara rumusanya, segala persoalan yang belum dirungkai telah diketahui melalui
hasil soal selidik yang telah dicatatkan serta dikumpul. Maka secara tidak langsung
telah mencapai objektif di dalam kajian ini. Jadi, jika kita lihat mengenai tahap
kemahuan pelajar bukan bumiputera terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan adalah ditahap tidak diinginkan. Hal ini kerana pelajar yang tidak mahu
dan pelajar yang mahu bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah seimbang.
Maka dengan ini, pihak kerajaan haruslah memupuk kaum-kaum bukan bumiputera
agar lebih bersifat patriotik dan mempunyai kesedaran mengenai martabat bahasa
Melayu yang diiktiraf di negara ini. Melalui bahasa juga, perpaduan boleh terjalin
antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera.
Sesungguhnya bahasa itu penting dalam melengkapkan ciri sesebuah negara
dan juga simbol perpaduan. Jika sesebuah negara itu tidak ada bahasa Kebangsaan
maka boleh dinilai bahawa rakyatnya juga berada dalam keadaan tiada perpaduan
lebih-lebih lagi bagi negara yang berbilang kaum. Kesedaran bahawa bahasa Melayu
itu penting bagi negara Malaysia juga haruslah diterapkan dalam jiwa masyarakat
bukan bumiputera. Hal ini kerana bahasa memainkan peranan penting dalam
melambangkan identiti sesebuah negara, simbol perpaduan dan memudahkan proses
komunikasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Oleh itu, bermula hari ini sama-sama kita terapkan perasaan sayangkan bahasa
Melayu agar bahasa ini terus diiktiraf dan menjadi bahasa perkomunikasian utama di
Malaysia termasuk dalam sistem pendidikan, pekerjaan dan pertuturan harian.
42
RUJUKAN
Abdullah Hassan 1996, Isu-isu pembelajaran dan pngajaran bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan 2009, Mengapa Kami bantah !. Kuala Lumpur: Persatuan
Penterjemah Malaysia.
Abdul Manaf Ahmad 2011, Sejarah Perlembagaan Malaysia. Shah Alam: Grup
Karangkraf Sdn Bhd.
Choo Say Tee, Goay Teck Chong & Zainudin Ahmad 2009. Longman Teks Pra-U
STPM: Bahasa Malaysia Kertas 1. Petaling Jaya: Pearson.
Collins, T. J. 2005, Bahasa Melayu, Bahasa Dunia – Sejarah Singkat. Terj. Jakarta:
Yayasan Obor Indonesia.
Dicey, A.V.1959. The Law of the Constitution.10 Edition. London: Macmillan.
Hasuria Che Omar & Rokiah Awang 2009, Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala
Lumpur: Persatuan Penterjemahan Malaysia.
Ishak Ramly, 2005. Inilah Kurikulum Malaysia. Bentong: PTS Publications &
Distributors.
Nazri Muslim 2014, Islam dan Melayu dalam Perlembagaan:Tiang Seri Hubungan
Etnik di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Normajmah Najmuddin, Rosdah Omar & Sharifah Nor Syed Abdul Rahman 2007,
Bahasa Melayu Kertas 1&2 Teks dan Rujukan Lengkap. Shah Alam: Arah
Pendidikan Sdn Bhd.
Othman Md. Said 1987. Dasar-Dasar Kerajaan. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan
Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 2009, perkara 152.
Rizal Yaakop 2014, Kontrak Sosial Pelembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati
Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan
Buku Malaysia Berhad.
44
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
Perlembagaan Dan Masyarakat (LMCR3363).
SEMESTER I SESI 2014/2015
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan
1) JANTINA Lelaki Perempuan
2) UMUR 18 tahun ke bawah 19 - 25tahun26 - 30tahun 30 tahun dan keatas
3) BANGSAMelayu CinaIndia Lain-Lain
…………………………………………..4) AGAMA
Islam Buddha Hindu Lain-Lain
5) FAKULTIFakulti Sains Sosial Fakulti Ekonomi & Pengurusan& Kemanusiaan Fakulti Sains & Teknologi Lain-Lain
Makluman Kepada Responden :
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi metadologi kajian kami bagi kursus Perlembagaan Dan Masyarakat (LMCR3363). Ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar bukan bumiputera terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.
45
………………………………………….
BAHAGIAN B : Soalan kajian
1 : TIDAK SETUJU, 2 : TIDAK PASTI, 3 : SETUJUArahan : Tandakan (√) pada ruangan jawapan yang dipilih
BIL. PERKARA 1 2 3
1 Saya tidak memahami sesetengah kosa kata bahasa Melayu.
2 Saya sukar menulis dan membaca di dalam bahasa Melayu.
3 Saya sukar menguasai bahasa Melayu secara holistik.
4Bahasa Melayu kurang digunakan sebagai bahasa komunikasi bersama rakan-rakan dan juga ibu bapa.
5 Saya mahu bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan.
6Saya.mahu bahasa lain selain bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan.
7 Saya bangga untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu.
8Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai taraf yang sangat rendah untuk dijadikan bahasa Kebangsaan.
9 Pertuturan saya dalam bahasa Melayu sangat lancar.
10Saya menguasai segala aspek fonologi dan tatabahasa di dalam bahasa Melayu.
11Saya faham mengenai peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
12 Saya mampu menulis dan membaca dengan baik dan sempurna.
SOAL SELIDIK TAMAT
*TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA *