9
SAINS TINGKATAN 2 “SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN” NAMA AHLI KUMPULAN:- Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir Anis Sahira binti Abd Aziz Nadirah Naffisya binti Ramzi Hisshanthini A/P Aruat Silvam MASUK

Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

SAINS TINGKATAN 2

“SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN”

NAMA AHLI KUMPULAN:-

Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir Anis Sahira binti Abd Aziz Nadirah Naffisya binti Ramzi Hisshanthini A/P Aruat Silvam

MASUK

Page 2: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Forum Sains

B6D3E1:   Menjalankan satu forum dari bahan penulisan berkaitan

 KEPENTINGAN INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN.

 MENJELASKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAWALAN BIOLOGI DALAM PERTANIAN.

 MENGHURAIKAN KEPENTINGAN FOTOSINTESIS DALAM MENGEKALKAN EKOSISTEM SEIMBANG.

Pengerusi :

Bismillahhirahmannirrahim, Alhamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursalin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhuwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga kelas sekalian,Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnia daripada-Nya, dapat kita bertemu lagi dalam kelas 2 Al-Yakin untuk membentangkan forum bersama saya Anis Sahira Abd. Aziz pada pagi yang berbahagia ini. 

Hadirin yang dirahmati sekalian, tajuk forum kita pada kali ini ialah “Saling Bersandaran antara Organisma Hidup dengan Persekitaran”. Seperti yang diketahui oleh kita, semua hidupan di alam ini tidak dapat bermandiri secara bersendirian. Haiwan dan tumbuhan menjalinkan hubungan yang rapat dengan persekitarannya untuk mewujudkan sistem alam yang stabil.

Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga ahli panel yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya, ahli panel pertama ialah Dr.Nur Irlyani Nawarah Mohd Samsir, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains

Page 3: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Malaysia. Di sebelah kiri pula, ahli panel kedua iaitu Datin Nadirah Naffisya, Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia. Dan di hujung sana pula, Cik Hisshanthini A/P Aruat Silvam , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, ada berapakah jenis interaksi antara organisma hidup dan persekitaran?

Panel pertama

Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati sekalian. Interaksi antara organisma hidup terdiri daripada tiga jenis yang utama, iaitu persaingan, mangsa-pemangsa, dan simbiosis. Simbiosis pula dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu mutualisme, komensalisme, dan parasitisme.

Pengerusi

Terima kasih kepada panel pertama kita di atas jawapan yang diberikan. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, interaksi antara organisma hidup dan persekitaran. Bolehkah saya meminta ahli panel kedua untuk menghuraikan lagi tentang bagaimana interaksi mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis serta golongan-golongannya berlaku?

Panel kedua

Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah… baiklah, interaksi mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis serta golongan-golongannya berlaku apabila,

Mangsa-pemangsa: Melibatkan satu organisma yang memakan organisma lain.

Persaingan:

Page 4: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

-Berlaku apabila organisma bersaing untuk mendapatkan keperluan yang sama dan terhad.-Mungkin berlaku dalam kalangan organisma yang sama spesies atau berlainan spesies.

Simbiosis: Berlaku apabila dua atau lebih organisma yang berlainan spesies hidup bersama-sama dan berinteraksi dengan erat antara satu sama lain.

Mutualisme, komensalisme, dan parasitisme pula ialah…

Mutualisme: Interaksi yang menguntungkan kedua-dua organisma. Komensalisme: Interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja

tanpa memudaratkan atau menguntungkan organisma yang satu lagi. Parasitisme: Interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja

dan memudaratkan atau merugikan organisma yang satu lagi.

Pengerusi

Terima kasih kepada panel kedua atas penerangan yang amat jelas itu. Sekarang, bolehkah panel ketiga kita menghuraikan tentang kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran?

Panel ketiga

Terima kasih cik pengerusi. Okey, kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran ialah

Mengekalkan keseimbangan dalam alam sekitar (bilangan dan jenis benda hidup dalam alam sekitar sentiasa dikekalkan).

Mengekalkan keseimbangan kitar oksigen dan karbon (kandungan oksigen dan karbon dalam atmosfera sentiasa dikekalkan).

Pengerusi

Baiklah, beralih kita ke soalan yang kedua, iaitu mengenai kawalan biologi. Izinkan saya untuk bertanyakan soalan kepada panel pertama. Doktor, apakah yang dimaksudkan dengan kawalan biologi?

Page 5: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Panel pertama

Terima kasih, kawalan biologi merupakan kaedah untuk mengawal populasi perosak menggunakan organisma hidup yang merupakan musuh semula jadi perosak. Misalnya, burung jelapang digunakan untuk mengawal populasi tikus di ladang kelapa sawit. Selain itu, penyengat jenis Trichogramma suka bertelur di dalam telur rama-rama yang akan menetaskan beluncas.

Pengerusi

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Baiklah, sekarang mari kita ketahui apakah kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian… Datin Nadirah, bolehkah anda memberitahu apakah kebaikan kawalan biologi ini?

Panel kedua

Emm, baiklah. Antara kebaikan kawalan biologi adalah seperti:

Tidak mencemarkan alam sekitar

Tidak membunuh organisma yang lain selain perosak.

Kos yang rendah.

Selamat digunakan

Kesannya adalah lebih lama

Pengerusi

Terima kasih doktor, sebentar tadi kita telah mengetahui kebaikan kawalan biologi. Walaupun kawalan biologi ini mempunyai banyak kebaikan, ia juga mempunyai keburukan. Bolehkah Cik Hisshanthini memberikan beberapa keburukan kawalan biologi?

Page 6: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Panel ketiga

Boleh Cik Pengerusi.. Antara keburukannya ialah:

Kesannya adalah lambat Sesetengah pemangsa mungkin membahayakan manusia. Contoh:

Ular menggigit pekebun.

Pengerusi

Terima kasih Cik Hisshan. Selesai sudah soalan kita yang kedua, kini mari kita bersama-sama beralih ke soalan yang ketiga, soalan yang terakhirrr sekali. Fotosintesis. Apa itu fotosintesis? Mari kita tanya panel pertama kita. Apakah yang dimaksudkan dengan fotosintesis, doktor?

Panel pertama

Fotosintesis! Frasa “foto” bermaksud cahaya, manakala “sintesis” bermaksud menggabungkan. Dalam makna yang panjangnya, fotosintesis membawa maksud proses membuat makanan(dalam bentuk glukosa) oleh tumbuhan hijau dengan menggunakan cahaya Matahari. Daun mempunyai klorofil untuk memerangkap cahaya Matahari. Fotosintesis juga memerlukan karbon dioksida dan air. Hasil proses fotosintesis ialah glukosa dan oksigen. Glukosa yang berlebihan disimpan dalam bentuk kanji di pelbagai bahagian tumbuhan.

Pengerusi

Oh begitu.. okey, seterusnya soalan untuk ahli panel kedua. Bagaimanakah fotosintesis boleh mengekalkan ekosistem yang seimbang? Dipersilakan Datin…

Panel kedua

Terima kasih. Fotosintesis boleh mengekalkan ekosistem yang seimbang kerana:

Page 7: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Fotosintesis adalah satu-satunya proses yang dapat menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia.

Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah pengeluar. Ia adalah sumber utama tenaga bagi  pengguna dalam siratan makanan.

Fotosintesis menukarkan gas karbon dioksida kepada gas oksigen. Oleh itu ia membantu respirasi benda hidup dan mengurangkan kesan rumah hijau.

Pengerusi

Terima kasih Datin di atas sebab-sebab yang diberikan. Banyak juga ye sebabnya. Baiklah, soalan untuk ahli panel ketiga pula berbentuk kepentingan. Pada pendapat Cik Hisshan, apakah kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang?

Panel ketiga

Pada pendapat saya, antara kepentingan fotosintesis ialah:

1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma.2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar

oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.

Pengerusi

Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini di atas maklumat-maklumat yang diberikan. Sejujur nya, perbincangan kita pada hari ini memberikan seribu satu pengajaran yang amat berguna. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. (tepuk tangan)

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun daripada saya yang berbunyi:

Tuai lah padi antara nampak;

Esok jangan layu-layuan,

Page 8: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran

Intai lah kami antara nampak;

Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.Wallahu’alam..Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera.

SEKIAN TERIMA KASIH

Skrip oleh:

Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir

Penyuntingan oleh:

Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir