Upload
zaini-abdul-wahab
View
490
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
The materials when I just started to head the Demand Side Management Unit in Malaysia to increase awareness on energy management at the public sector
Citation preview
PENGENALAN KEPADA APLIKASI
PENJIMATAN TENAGA
Oleh:
ZAINI ABDUL WAHAB
Ketua Unit Demand Side Management
Jabatan Kawalselia Ekonomi dan Pembangunan Industri
SURUHANJAYA TENAGA
Tarikh: 26 Ogos 2008
Tempat : Institut Pembangunan Kompetensi JPS, Ipoh
ENERGY EFFICIENCY INFORMATION
SHARING SERIES
SKOP KANDUNGAN
ELEMEN PENTING KECEKAPAN/PENJIMATAN TENAGA
DEFINISI KECEKAPAN TENAGA
MAKSUD PENJIMATAN TENAGA
PENGURUSAN TENAGA : KOMPONEN DAN APLIKASI
AUDIT TENAGA
PENGURUS TENAGA
CONTOH TINDAKAN UNTUK KECEKAPAN TENAGA
ELEMEN PENTING KECEKAPAN/
PENJIMATAN TENAGA
Hendaklah dilaksanakan dan dicapai di tapak (on site).
Praktikal dan aktiviti yang berterusan.
Menjadikan Pengurusan Tenaga sebagai asas.
DEFINISI KECEKAPAN TENAGA
Cara penggunaan tenaga
dengan jumlah yang sama
atau kurang dan menghasilkan
keputusan/output yang lebih baik
Penggunaan tenaga yang
kurang untuk menyempurnakan
kerja yang serupa atau
menikmati keselesaan
yang sama
PROSES
( ALAT/CARA PENGGUNAAN) INPUT OUTPUT
APAKAH MAKSUD PENJIMATAN TENAGA?
Kehilangan tenaga yang minimum melalui pencegahan
dan guna semula(recovery).
Kecekapan penggunaan tenaga yang maksima
MAKSUD PENGURUSAN TENAGA
Merupakan perlaksanaan menyeluruh
dalam mencari fakta,perancangan,
peningkatan dan penilaian untuk
mendapatkan keuntungan dengan
pengurangan kos.
PENGURUSAN TENAGA
Pengurusan tenaga merupakan salah satu elemen dalam pengurusan kos.
Pengurusan merupakan salah satu aktiviti terpenting untuk mengurangkan kos.
Pengurusan tenaga akan mendapat kesan yang sama secara sinergi dengan perlaksanaan serentak dengan pengurusan kualiti, pengurusan fasiliti dan lain-lain lagi.
PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA
PEMERHATIAN
DAN PENGURUSAN
PENGGUNAAN
TENAGA (kerosakan/kecacatan,
sebab & tindakan
pembetulan)
MEMPERKENALKAN
TEKNOLOGI BARU (pelaburan untuk
kemudahan & proses)
PENAMBAHBAIKAN (kawalan, baikpulih &
perubahan kecil)
Mencari fakta Tindakan Pembetulan
Diagnostik tenaga Tindakan kos tinggi Tindakan kos rendah
SA
SA
RA
N (U
NT
UN
G)
FAKTOR UTAMA •Kehendak organisasi
•Pengurusan tertinggi dan pengurus tenaga
PENGUKURAN PENGGUNAAN BAHAN API
DAN ELEKTRIK DALAM PENGURUSAN TENAGA
Mengukur dan merekod untuk mendapatkan nilai sebenar penggunaan tenaga (bahan api dan elektrik).
Kenalpasti jenis dan tujuan data-data yang perlu direkodkan.
Kenalpasti meter dan lokasi pengukuran.
Rekod penggunaan dan tunjukkan dalam bentuk visual (graf, carta) berdasarkan angka-angka yang diperoleh untuk memudahkan mengenalpasti masalah dan tindakan pembetulan yang perlu.
Kira unit penggunaan tenaga (kepadatan tenaga) dan tunjukkan secara visual
Kaedah menggunakan data untuk tujuan:-
Memantau prestasi kecekapan operasi sistem dan peralatan
Laporan kepada pihak pengurusan
Untuk cadangan untuk mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan projek kecekapan tenaga
LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PENJIMATAN
TENAGA
LANGKAH 1
Memperkembangkan
Pengurusan
Menambahbaik
operasi
Memperkembangkan skop pengurusan
tenaga berbanding kaedah sedia ada dan
juga untuk menambahbaik operasi
Memerlukan sekurang-kurangnya satu
peralatan pengukuran
LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PENJIMATAN
TENAGA
LANGKAH 2
Menambahbaik dan
pemasangan
peralatan tambahan
Untuk menambahbaik atau reftrofit
sebahagian kemudahan dengan pelaburan
yang kecil untuk mencapai kecekapan
tenaga yang lebih tinggi serta mengguna
semula tenaga yang terbuang
LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PENJIMATAN
TENAGA
LANGKAH 3
Pertukaran proses
Memperkenalkan
peralatan cekap
tenaga
Bertujuan untuk menambah baik atau
mengemaskinikan proses dan peralatan yang
beroperasi.
Melibatkan pembangunan teknikal dan
pelaburan berskala besar tetapi menghasilkan
kesan yang juga amat utama/penting
AMALAN PENGURUSAN TENAGA DI PEPASANGAN
Kenalpasti perkara yang perlu
penambahbaikan
Tetapkan sasaran
Rancang prosedur
(pemerhatian, pengukuran,
pengambilan data)
Laksanakan tindakan-tindakan
penambahbaikan
Jalankan penilaian selepas
penambahbaikan
Capai sasaran
Tetapkan sasaran yang
lebih tinggi
PLAN
CHECK ACTION
DO
KITARAN PDCA
KITARAN PDCA
Amalan praktikal untuk meningkatkan kecekapan
penggunaan tenaga.
Kaedah asas dalam pengurusan tenaga.
Mengulangi kitaran PDCA adalah amat berkesan dan
penting untuk mencapai sasaran perlaksanaan inisiatif
penjimatan tenaga.
CARTA ALIR PENGURUSAN TENAGA DAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN
Pengisytiharan
Polisi
Pengurusan kepadatan
tenaga
Tubuhkan organisasi
dalaman
Memahami penggunaan
tenaga semasa
Tetapkan
sasaran
Tetapkan standard
pengurusan
Kenalpasti masalah
Tetapkan nilai sasaran
Rancang tindakan
Laksanakan rancangan
tindakan
Sahkan hasil/kesan
Penilaian
Seragamkan keputusan
aktiviti
Tetapkan sasaran lebih
tinggi
Kit
ara
n p
enam
bahbaik
an
Kitaran Pengurusan
Harian
1. APA?
PENGURUSAN TENAGA DAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN
Peralatan/kelengkapan pengukuran
Kaedah analisa (carta,jadual,graf)
Audit tenaga
2. BAGAIMANA?
PENGURUSAN TENAGA DAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN
Pemain peranan utama:-
Pemimpin (pengurus/pemilik)
Penasihat(pengurus tenaga/jurutera)
Pemain (setiap orang dalam organisasi)
Pengurangan penggunaan tenaga dan kos tenaga boleh diuruskan mengikut keseluruhan bangunan, proses/sistem dan setiap mesin/peralatan.
Pengurusan dalam unit yang kecil (fasiliti/mesin) adalah lebih sesuai untuk meningkatkan kepadatan tenaga beranding unit yang lebih besar seperti keseluruhan bangunan
3. OLEH SIAPA?
KEPADATAN TENAGA/PENGGUNAAN UNIT TENAGA
(ENERGY INTENSITY)
Dalam pengurusan tenaga, kepadatan tenaga adalah diterimapakai dengan meluas
Definisi:-
Kepadatan tenaga boleh diaplikasikan untuk seluruh bangunan, ruang/sistem peralatan tertentu, setiap mesin/peralatan
Kepadatan Tenaga = Amaun Penggunaan Tenaga
Amaun Pengeluaran
Kepadatan Tenaga = Amaun Penggunaan Tenaga (kWh)
Luas permukaan lantai(m2)
AUDIT TENAGA
Cara yang sangat berkesan untuk pengurusan tenaga dan penambahbaikan
Perkara-perkara yang disiasat merangkumi:-
1. Pengurusan Tenaga
2. Kehilangan tenaga/kecekapan fasiliti
Merupakan satu proses mencari fakta untuk mengenalpasti pekara-perkara yang akan ditambahbaik
Perkara-perkara umum pengurusan:-
1. Sistem penyaman udara dan penyejukan
2. Pam, kipas, motor, lampu dll.
Cadangan daripada diagnostik tenaga:-
1. Tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan
2. Anggaran penjimatan tenaga dan kaedah pengiraannya.
AUDIT TENAGA
Cadangan-cadangan merangkumi:-
Aktiviti pengurusan tenaga
Sistem pengurusan tenaga
Penimpin dan sasaran penjimatan tenaga
Pemerhatian
Pengukuran
Rekod
Penyelenggaraan
Penambahbaikan aktiviti kecekapan tenaga
Perkara yang perlu penambahbaikan
Sasaran
Kesan
Masa perlaksanaan
Siapa yang akan melaksanakan
Bagaimana ia akan dilaksanakan
AUDIT TENAGA
1. DEFINISI AUDIT TENAGA
Kajian yang sistematik terhadap peralatan dan kelengkapan yang menggunakan
tenaga yang tinggi. Ia melibatkan penyediaan data keseimbangan tenagag (energy
balance) yang bertujuan untuk mengenalpasti aliran tenaga, kecekapan
penggunaan tenaga bagi setiap langkah atau aktiviti dan seterusnya menentukan di
mana tenaga dibazirkan.
Melibatkan penilaian tahap kecekapan tenaga sesuatu premis dan audit yang baik
mampu membuat pengesahan, pemantauan dan analisis pengunaan tenaga
merangkumi penyediaan laporan teknikal yang mengandungi cadangan-cadangan
peningkatan kecekapan penggunaan tenaga yang disertakan dengan analisis kos dan
faedah kewangan serta pelan tindakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
Audit tenaga yang dilaksanakan dengan baik akan mengenalpasti di mana tenaga
dibazirkan di mana ia akan diikuti dengan cadangan atau penyelesaian untuk
menjimatkan penggunaan tenaga untuk semua sektor.
AUDIT TENAGA
2. SIAPA YANG LAYAK MENJALANKAN AUDIT TENAGA
Boleh dijalankan oleh:-
Pengurus tenaga di dipepasangan atau mana-mana kakitangan yang telah diberikan
latihan dan pendedahan yang khusus tentang tatacara audit, penggunaan peralatan
pengukuran, penyediaan laporan dll.
Syarikat pekhidmatan tenaga, pakar luar atau perunding perkhidmatan tenaga
Faktor-faktor utama yang menentukan laporan audit tenaga yang reliable dan
unbiased:-:
Juruaudit tenaga mesti mempunyai pengalaman yang baik dalam teknik-teknik
kecekapan tenaga serta memahami proses-proses yang ada dalam
bangunan/pepasangan berkenaan.
Juruaudit tenaga tidak mempunyai kepentingan dalam hasil audit yang
dijalankan.(Syarikat pembekal/pengeluar peralatan menjalankan audit sebagai
sebahagian daripada cara untuk menjual produk mereka)
AUDIT TENAGA
3. LANGKAH-LANGKAH UMUM AUDIT TENAGA
i. Menetapkan skop audit
ii. Memahami proses termasuk keperluan untuk mengekalkan kualiti
pengeluaran/perkhidmatan yang diberikan
iii. Mengenalpasti setiap jenis input dan output tenaga di dalam proses
iv. Mengumpul data sedia ada berkenaan input dan output proses
v. Mengumpulkan data tambahan yang diperlukan (pengukuran)
vi. Menyediakan data keseimbangan tenaga (mass and energy balance)
vii. Menganalisa setiap data yang diperolehi
viii. Menentukan peluang-peluang penambahbaikan untuk penjimatan
tenaga.
ix. Menyenaraikan peluang-peluang penambahbaikan untuk penjimatan
tenaga mengikut keutamaan.
MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN TENAGA
LANGKAH 1: MENDAPATKAN FAKTA
1. Memahami penggunaan tenaga semasa
Mengenalpasti jenis-jenis tenaga yang digunakan.
Mengenalpasti jenis tenaga utama yang digunakan dalam
proses,fasiliti, mesin.
2. Menetapkan sasaran penjimatan tenaga
Memilih objek proses/fasiliti/mesin yang menggunakan amaun
tenaga yang paling banyak.
Memilih objek proses/fasiliti/mesin yang paling kuat
hubungannya dengan kos tenaga.
MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN TENAGA
LANGKAH 2: PENGURUSAN KEPADATAN TENAGA
1. Mengadakan Dan Menetapkan Standard Pengurusan
Menamakan fasiliti, jenis tenaga yang akan dipantau(dengan pengukuran), masa pengukuran(harian/bulanan), alat-alat pengukuran, cara penggunaan tenaga. direkodkan(jadual,carta,graf) , orang yang bertanggungjawab dll.
Standard operasi (nilai standard –sediakan panduan), standard kepadatan tenaga.
2. Pengurusan Kepadatan Tenaga : Pengurusan harian
Memungut data (mengira kepadatan tenaga)
Menunjukkan data dalam bentuk graf
Memeriksa keadaan :-
Baik – teruskan langkah penambahbaikan
“Out of order” – periksa operasi dan bandingkan dengan standard operasi
- periksa sebarang kerosakan pada mesin/proses
- kawal operasi/penyelenggaraan
MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN TENAGA
LANGKAH 3: MENGADAKAN DAN MENETAPKAN NILAI SASARAN UNTUK
PENAMBAHBAIKAN DAN MERANCANG TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
1. Nilai Sasaran
Untuk penambahbaikan, biasanya nilai sasaran adalah berdasarkan nilai sebenar (termasuk nilai penanda aras) atau nilai teori melalui pengiraan atau nilai rekabentuk fasiliti dll.
2. Tindakan Penambahbaikan
Biasanya bermula dengan langkah-langkah kos rendah/tanpa kos (penambahbaikan operasi dan aktiviti penyelenggaraan) hingga tindakan kos tinggi dan seterusnya.
MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN TENAGA
LANGKAH 4: MELAKSANAKAN TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH
DIRANCANG
LANGKAH 5: MENGESAHKAN KESAN/HASIL DAN MENJALANKAN PENILAIAN
Pengurusan berdasarkan sasaran/penanda aras untuk menambahbaik kaedah yang digunakan
LANGKAH 6 : PENYERAGAMAN/MENJADIKAN KEPUTUSAN AKTIVITI SEBAGAI
SATU STANDARD
Sasaran yang dicapai menjadi rujukan/sasaran aktiviti-aktiviti lain
Menjadikan keputusan untuk menetapkan standard dalam data-data teknikal/perundangan
MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN TENAGA
LANGKAH 3: MENGADAKAN DAN MENETAPKAN NILAI SASARAN UNTUK
PENAMBAHBAIKAN DAN MERANCANG TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
1. Nilai Sasaran
Untuk penambahbaikan, biasanya nilai sasaran adalah berdasarkan nilai sebenar (termasuk nilai penanda aras) atau nilai teori melalui pengiraan atau nilai rekabentuk fasiliti dll.
2. Tindakan Penambahbaikan
Biasanya bermula dengan langkah-langkah kos rendah/tanpa kos (penambahbaikan operasi dan activiti penyelenggaraan) hingga tinakan kos tinggi dan seterusnya.
PENGURUS TENAGA
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:- Untuk mengaudit dan menganalisa jumlah penggunaan tenaga elektrik
atau jumlah bersih penjanaan tenaga di pepasangan, termasuk penggunaan akhir yang ketara.
Menasihati pemegang lesen pepasangan persendirian atau pengguna dalam membangunkan dan melaksanakan langkah bagi memastikan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap di pepasangan.
Memantau keberkesanan pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga yang dilaksanakan
Menyelia penyimpanan rekod mengenai pengurusan tenaga elektrik dengan cekap di pepasangan dan mengesahkan ketepatannya.
Mempastikan pematuhan terhadap undang-undang berkaitan tenaga
CONTOH PERANAN PENGURUS TENAGA No Category Energy officer’s tasks Examples of documents to be
drafted
1 Energy-saving fundamental policies
Gives assistance when drafting the energy-saving fundamental policy. Calculates necessary investments/costs based on the fundamental policy.
・Energy-saving fundamental policy and budget document
2 Energy-saving promotion framework
Develops an energy-saving promotion organization plan, and decides on the energy-saving promotion organization framework after coordination with the employer and department heads. Periodically convenes meetings of the energy-saving promotion committee, and acts as the committee’s secretariat.
・Energy-saving promotion organization chart
3 Management standards Develops the mandatory management standards as stipulated in the legally established criteria, prepares other management standards necessary for his/her company, and also designates the department responsible for the management criteria. When preparing the management criteria, the energy management officer should act as the coordinator and provide related departments with necessary information on the basic philosophy, the format, the responsible department and the deadline.
・Management standards drafting standards ・Management standards, etc.
4 Identifying actual energy consumption
Investigates actual energy consumption, and makes out the basic units management chart.
・Basic units management chart, etc.
5 Energy-saving plan and target setting
Designates the energy-saving tasks for the entire company and for each department once a year, and quantitatively sets out applicable targets.
・Energy-saving plan
6 Education and prize-giving for employees
Educates employees on an entire company basis as well as on an each department basis. Works with the employer to establish a prize-giving scheme that honors a department or worker that contributes to energy conservation.
・Education plan table
7 Periodic internal reporting on energy-saving efforts
Reports energy-saving efforts to the employer and each department on a monthly and yearly basis by using the energy basic units management chart.
8 Improvements in energy-saving efforts
Develops an improvement plan (e.g., company-level energy-saving efforts and facility enhancement) after hearing opinions from related departments. Drafts a workplace-level improvement plan after hearing opinions from related departments.
・Energy-saving improvement plan
9 Procedures/reporting scheme in accordance with Energy Conservation Law
・Drafts the periodic report. ・Prepares a preliminary draft of the medium-to-long term plan.
・Periodical report (Note 2) ・Medium-to-long term plan (Note 1)
10 Self-development by energy management officers
Remains informed of state-of-the-art technologies and other firm’s best practices.
CONTOH TINDAKAN UNTUK
KECEKAPAN TENAGA
PASIF : REKABENTUK BANGUNAN CEKAP TENAGA
Bangunan mempunyai kesan alam sekitar yang penting dalam kitaran jangka
hayatnya dan sumber-sumber seperti tanah, hutan, air dan tenaga Semakin
berkurangan untuk membina bangunan.
Kita perlu memenuhi permintaan keperluan manusia tanpa perlu memusnahkan
sumber- sumber untuk generasi akan datang dengan rekabentuk dan proses
pembinaan yang mengurangkan atau mengelakkan kesan-kesan negatif bangunan
terhadap alam sekitar dan penghuninya.
Rekabentuk cekap tenaga untuk bangunan ialah teknik untuk mencapai
keselesaan thermal dan visual dalam bangunan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan thermal :
Suhu, Kelembapan relatif (Relative Humidity), Pergerakan udara
(Dipengaruhi oleh metabolisma, pakaian dan kepadatan penghuni)
REKABENTUK DAN PEMBINAAN
BANGUNAN CEKAP TENAGA
REKABENTUK DAN PEMBINAAN
BANGUNAN CEKAP TENAGA
Keselesaan pandangan dalam bangunan
REKABENTUK DAN PEMBINAAN
BANGUNAN CEKAP TENAGA Kegunaan dan fungsi ruang dalam satu tempoh masa menentukan nilai-nilai
persekitaran yang diingini oleh penghuni(suhu bilik, kelembapan, keperluan
udara segar, tahap kecerahan). Fungsi dan kegunaanjuga menentukan
kuantiti haba dalam bangunan yang dihasilkan.
35
REKABENTUK DAN PEMBINAAN
BANGUNAN CEKAP TENAGA
ZERO ENERGY OFFICE (ZEO), PUSAT TENAGA MALAYSIA
CONTOH TINDAKAN UNTUK
KECEKAPAN TENAGA
PASIF: PEMBELIAN DAN PENGGUNAAN SUMBER TENAGA
Pemilihan sumber tenaga yang paling sesuai
Pemilihan tarif yang sesuai
Mengoptimumkan penggunaan berdasarkan tarif yang
sesuai
Memantau kesesuaian tarif mengikut perkembangan
semasa
CONTOH TINDAKAN UNTUK
KECEKAPAN TENAGA
PASIF: PEMILIHAN PERALATAN BERDASARKAN PRESTASI
TENAGA
Membuat keputusan berdasarkan prestasi kecekapan
tenaga melalui label dan standard yang diiktiraf.
Analisa kos dari segi pelaburan dan pulangan yang
dijangkakan
CONTOH TINDAKAN UNTUK KECEKAPAN TENAGA
PEMILIHAN MOTOR CEKAP TENAGA (HIGH EFFICIENCY MOTOR, HEMs) SECARA UMUM
Motor elektrik menggunakan lebih kurang 2/3 daripada penggunaan elektrik di sektor industri dan lebih kurang ½ disektor komersil.
Pengeluar motor elektrik mengeluarkan motor yang mempunyai kecekapan lebih kurang 2-8% lebih cekap berbanding motor elektrik standard.
Perbandingan tahap kecekapan di antara motor standard dan motor cekap tenaga
CONTOH TINDAKAN UNTUK KECEKAPAN TENAGA
PENGGUNAAN VARIABLE SPEED DRIVES(VSD)
VSD adalah berkesan untuk:-
Mengurangkan penggunaan tenaga untuk beban yang berubah-ubah seperti kipas dan pam yang mempunyai kadar aliran yang berubah-ubah.
Soft staring untuk motor elektrik.
Kawalan kelajuan berdasarkan permintaan beban
Bagaimana mengenalpasti aplikasi di mana penggunaan VSD adalah berkesan
PROSES INPUT OUTPUT
Perubahan dalam proses/beban
HUBUNGI KAMI
Alamat :Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 13, Menara TH Perdana
Maju Junction, 1001
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03 2612 5400/5536/5532 Faks: 03 26941776
Laman web: www.st.gov.my
E-mel: [email protected]
SOAL - JAWAB
?