10 report tesis

Preview:

Citation preview

10FORMAT PENYELIDIKAN

(2) Format, Kaedah Sorotan, Teknikal

9.1 Laporan penyelidikan mengandungi bab-bab berikut:

Penting sebagai panduan

Standard di FP UTM

Bab 1. Pengenalan

Bab 2. Sorotan penulisan

Bab 3. Metodologi

Bab 4. Dapatan / Keputusan

Bab 5. Perbincangan dan kesimpulan.

BAB 1: Pengenalan

Dalam bahagian ini perlu diterangkan dengan jelas perkara yang ingin di kaji dan segala maklumat yang berkaitan dengannya. Maklumat yang perlu dinyatakan adalah:

i. Latarbelakang masalah

ii. Pernyataan masalahiii. Objektifiv. Soalan atau hipotesisv. Kepentinganvi. Skop vii. Definisi istilahviii.Kerangka teori

i. Latarbelakang masalah

Pandangan daripada `am kepada khusus’ tentang perkara yang ingin dikaji termasukApakah situasi masa kini dari segi prasarana dan keperluan, Apakah yang berlaku iaitu proses yang sedang berjalan dan Apakah hasilnya yang memerlukan perkara tersebut diselidiki. Sumber perlu dinyatakan sebagai bukti terdapatnya persoalan.

ii. Pernyataan masalah

Apakah masalah yang ingin dikaji

Masalah timbul kerana terdapat persoalan dari segi hasil yang dibincangkan di atas.

Nyatakan secara ringkas dalam satu ayat atau satu perenggan sahaja.

iii. Objektif kajian

Senarai matlamat atau tujuan kajian. Apakah yang ingin dikaji.

Persoalan kajian iaitu senarai pernyataan lebih khusus tentang apakah data atau maklumat yang ingin diperolehi berdasarkan objektif.

Sekiranya ingin menjalankan analisis statistik inferensi, boleh dinyatakan dalam bentuk hipotesis.

iv. Hipotesis atau Soalan Kajian

v. Kepentingan kajian

Rasional dan keperluan kajian kepada individu, institusi, masyarakat dan negara.Batasan kajian iatu senarai perkara yang tidak mungkin dapat dikaji dan diselesaikan melalui kajian ini. Termasuk perkara atau peristiwa yang boleh membataskan penyelidikan.

vi. Skop atau Had/ Kekangan Kajian

vii. Definisi istilah

Senarai istilah atau konsep yang digunakan dalam kajian dan penerangan mengenainya merujuk kepada penggunaannya dalam kajian.

Definisi mungkin berbeza daripada yang terdapat dalam kamus / ensiklopedia atau takrifan oleh orang lain.

viii. Kerangka teori / model kajian

Apakah teori yang digunakan dalam kajian?Apakah cir i-cir i atau kategori tersebut?Apakah takrif operasi atau bagaimana mengukur ciri-ciri sebagai petanda teori?

BAB 2: Sorotan penulisan.

Bahagian ini mengandungi maklumat sokongan kepada semua perkara, teori, kajian lepas atau komen mengenainya, yang diperolehi melalui kajian perpustakaan, yang bersangkutan dengan tajuk.

Sertakan sumber. Bahagian ini memberi bukti empirikal keperluan kajian.

BAB 3: Metodologi.

Menerangkan bagaimana penyelidikan mengenai masalah akan dilaksanakan.

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Rekabentuk

ii. Tempat, sampel dan populasi

iii. Instrumentasi

iv. Analisis data

v. Kalender kajian

3.1. Rekabentuk

Apakah pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan data dan jenis data yang diperolehi.

Beberapa istilah teknikal digunakan seperti diskriptif, priskriptif, dan tinjauan.

3.2. Populasi, sampel dan tempat

Tempat mendapatkan data dan dari siapakah data diperolehi.

Terangkan ciri populasi dan sampel serta

mengapa mereka dipilih.

3.3. Instrumentasi

Apakah alat yang digunakan untuk mendapatkan data serta

Ciri-ciri alat tersebut.

Terangkan juga tentang kajian rintis jika dilaksanakan.

3.4. Analisis data

Bagaimanakah data yang diperolehi di analisis, di ukur dan di nilai untuk menerangkan dapatan.

Jangkamasa iaitu tarikh-tarikh penting penyelidikan.

3.5 Kalender kajian

BAB 4: Keputusan atau Dapatan Kajian.

Bahagian ini mempertunjukkan data yang diperolehi dan keputusan analisis mengenainya tanpa sebarang implikasi.

BAB 5: Perbincangan dan kesimpulan.

Membincangkan keputusan dari Bab 4Membuat implikasi berdasarkan sorotan literatur dari bab 2. Menjawab objektif, persoalan kajian atau hipotesis dari bab 1.Membuat cadangan tindakan berdasarkan keputusan kajianMembuat cadangan kajian lanjutan mengenai bidang yang samaMembuat kesimpulan perolehan kajian.

Bahan lain…

Rujukan:

Lampiran:

Lampirkan bahan penting berkaitan kajian.

Bidang pendidikan …jenis dan kaedah pengajaranProgram khususmasalah pelajarkemudahan pengajarankokurikulumjenis pendidikanpembelajaran luar bilik darjahpendekatan barukebajikan pelajarkerjaya guruorganisasi dan pengurusan pendidikansekolah dan masyarakatpendidikan khas

Bidang …sumber pendidikan, teks, komputer, pendidikan langsung dan jarak jauhinstitusi pendidikanpengukuran dan penilaianperbandingan pendidikanbahasa dan perlakuan, moral dan nilaikurikulum dan prestasiinteraksi dan komunikasi bimbingan dan kaunselingpendidikan liberal dan vokasionalsistem dan kualitikepimpinan dan motivasi

Sumber sorotan literatur

Sumber sokongan boleh didapati dari:

Pusat sumber, perpustakaan

Penerbitan tetap dalam bentuuk buku, jurnal

Periodikal, almanak, dokumen kerajaan, penerbitan persatuan, penerbitan institusi

Indeks, bibliogafi, abstrak, ensiklopedia khusus

Kamus, rujukan, rujukan khusus, rujukan bibliogafi, rujukan otobiografi, direktori

CD ROM, internet, halaman web

Panduan dari pustakawan

Lawatan keperpustakaan…

Buat semakan awal: bibliografi, abstrak, lapran buku dll. Terlebih dahulu sebelum membaca artikel, buku, laporan sebenar.adalah perlu dengan membaca banyak buku dan jurnal. Sorotan penulisan perlu ekstensif supaya segala maklumat terkini tentang topik diketahui. Sekiranya tidak, penyelidikan mungkin absolete atau telah dilaksanakan oleh individu lain. Dengan itu kajian tidak mempunyai kepenggunan yang tinggi

Sumber rujukan literatur…

Pakar dalam bidang berkenaan

Tulis surat atau hantar poskad mohon artikel yang berkenaan dengan tajuk tertentu

Telefon, buat temujanji, jumpa sendiri bersemuka

Tuan Profesor,Saya amat berasa sukacita sekiranya dapat Profesor menghantar satu salinan artikel-artikel Profesor berkenaan tajuk ……………………………………………………Kepada saya seperti alamat berikut….. Terima kasih.

9.2 Kaedah sorotan ide

Panduan tepat, sila rujuk buku panduan dari setiap institusi atau persatuanContoh: Panduan menulis tesis UTMSorotan ide: nyatakan nama keluarga bagi penulis luar negara dan nama pertama bagi penulis IslamContoh: …guru zaman dahulu amat komited dengan tugas mereka berbanding dengan guru zaman sekarang (Awang Had, 1985)…Bukannya (Awang Had Salleh, 1985)Sekiranya bukan Islam: …. (Covey, 1989)…

Sorotan ungkapan pendek:

masukkan dalam perenggan.

Contoh: … menurut Fatimah (1987), “Apa yang diberi, dia belajar. Sesetengahnya bersikap untuk lulus sahaja, mutu kecemerlangan tidak dipentingkan’….

Sorotan ungkapan panjang

sorot dalam ruangan khas satu perenggan dengan margin kiri dan kanan diketengahkan ½ inci.Contoh: … Definisi praktikum mengikut Turney et. al. (1982) adalah seperti berikut: “… a purposeful series of supervised

profesional experiences in which student teachers apply, refine and reconstruct theoretical learnings, and through which they develop their teaching competencies.”

(hal. 1)

Sorotan beberapa penulis

catatkan semua nama seperti (Weal, 1994; Cole, 1995; Smile, 1996). Sekiranya lebih dari tiga orang, gunakan et al seperti contoh Turney et al di atas. Sorotan dari sumber kedua harus dielakkan.

Rujukan / Bibliografi

Penulisan sumber rujukan yang konsisten boleh dibuat dengan mengikuti panduan tertentu, contoh yang diterima untuk kajian penyelidikan adalah menggunakan sistem APA, Panduan ringkas seperti berikut:

Rujukan BUKU

Nama penulis. (tahun). Tajuk buku (edisi). Tempat: penerbit.

Nama organisasi. (tahun). Tajuk (edisi). Tempat: penerbit.

Nama-nama editor. (tahun). tajuk. Tempat: penerbit.

Tajuk. (tahun). Tempat:penerbit.

Nama penulis asal. (tahun). Tajuk (nama penterjemah). Tempat:penerbit (tahun terbitan asal).

Nama penulis. (tahun). Tajuk bab/topik. (nama editor). Tajuk buku. (m.s.) tempat:penerbit.

Artikel dari jurnal atau majalah

Nama penulis. (tahun). Tajuk artikel, Nama jurnal, jilid (nombor), muka surat.Nama penulis. (tahun), bulan, haribulan). Tajuk, majalah, m.s.

AkhbarTajuk berita. (tarikh). Tajuk, nama akhbar, m.s.Nama penulis. (tarikh). Tajuk, nama akhbar, m.s.

10.2 Penilaian Tesis: VivaSebelum

Fahami apa yang ditulis setiap ayat dan noktah, baca berulang kali Adakan pre-viva dengan rakan atau penyelia

Semasa Berpakaian kemas Jika perlu pembentangan tidak melebihi setengah jam Dengar soalan, jawab dengan tepat, jika perlu rujuk kepada tesis Jenis soalan

Menguji: apakah pelajar tahu apa yang dibuat? Inginkan penjelasan lanjut: pelajar tidak menerangkan dengan jelas.

Ingat! Pemeriksa telah buat baca & keputusan sebelum sesi viva. Jadi, anda perlu tunjukkan sikap berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan stabil dari segi emosi.Selepas

Ucap terima kasih kepada pemeriksa.

Contoh-Contoh

Cadangan kajian,Soal selidik