28 APRIL 2018 12 SYAABAN 1439H BIL. 89/2018 SESI Ikonvoinfo terkini 28 april 2018 12 syaaban 1439h...

Preview:

Citation preview

I N F O T E R K I N I

KONVO28 APRIL 2018 12 SYAABAN 1439H BIL. 89/2018 SESI I

5ETP UTM TERUSKAN TRADISI PENGANJURAN FESKO-60

KONVOKESYEN KE-60

PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK SESI 2017/2018

RAPTAI PERDANA SEMPURNAKAN PERSIAPAN AKHIR MAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI KE-60

FESKO KE-60 UTM PENUH KOMPREHENSIF DAN MERIAH

PENUH KOMPREHENSIFDAN MERIAH

FESKO KE-60 UTM

Johor Bahru, 25 April – Festival Konvokesyen Kali ke-60 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dirasmikan dengan penuh meriah oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg. Prof. Dr. Durrishah bte Idrus di Dataran UTM. Turut hadir dalam majlis ialah Prof. Dr. Shahrin Mohamed, Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Ahmad, Pengerusi Majlis Ketua, Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Dekan-dekan Fakulti, Pengetua-pengetua Kolej, Sekretariat Majlis Perwakilan Mahasiswa, tenaga penggerak festival, mahasiswa dan mahasiswi, para ibu bapa, para graduan, dan seluruh warga tempatan sekitar Johor.

Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa UTM yang menjadi penggerak kepada penganjuran festival terbesar di UTM kali ke-60 ini. Di bawah kendalian 5 Excellence Tracks Programme (5ETP), penganjuran festival konvokesyen secara komprehensif pada tahun ini menjadi platform terbaik kepada para pelajar UTM untuk mendalami aspek akademik dan bukan akademik serta pembentukan jati diri. Antara lima universiti penyelidikan di Malaysia, UTM menjadi pilihan kebanyakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran, sama ada dari dalam ataupun luar negara. “Ambillah peluang penganjuran festival seperti ini untuk mengutip pengalaman seumur hidup untuk pembentukan sahsiah diri dan kejayaan di masa hadapan”, ujar beliau lagi.

Kemuncak majlis perasmian adalah apabila YBhg. Prof. Dr. Durrishah bte Idrus bersama barisan tetamu yang hadir naik ke pentas untuk merasmikan gimik perasmian yang berupa replika berbentuk sfera memaparkan perkataan “Festival Konvokesyen 60” berserta kepulan asap dan kilauan kertas berterbangan di udara yang menandakan detik perasmian, diikuti dengan tayangan montaj FESKO-60.

Seterusnya, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar UTM, iaitu Kumpulan Tarian Citra Daksina dan persembahan nyanyian oleh pelajar antarabangsa UTM. Majlis turut dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), Kelab dan Persatuan yang membantu menjayakan FESKO-60.

Johor Bahru, 25 April – Tradisi penganjuran Festival Konvokesyen (FESKO) bagi meraikan graduan yang menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke-60 diteruskan lagi di bawah program “5 Excellence Tracks Program” (5ETP). Dengan sasaran seramai 100,000 orang pengunjung, penganjuran festival kali ke-3 di bawah program ini berlangsung selama lapan hari bermula 25 April sehingga 2 Mei 2018 di Dataran UTM, Johor Bahru. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang festival ini.

“Festival Konvokesyen merupakan festival yang sering dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana ia merupakan festival yang terbesar dianjurkan oleh UTM”, menurut Muhammad Nur Imran Abdul Rashid, Pengarah FESKO-60.

Bertemakan “Intelectual, Inspiring, Interactive”, penganjuran festival ini diharap dapat menghasilkan mahasiswa berminda kelas pertama dari sudut intelektual serta menjadi contoh dan inspirasi kepada semua pelajar dengan misi UTM, iaitu menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi demi pengayaan khazanah negara.

5 E T P U T M TERUSKAN TRADISI

PENGANJURAN FESKO-60

Menurut Muhammad Nur Imran lagi, antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti slot UTM Global Talent, Virtual Run, Pertandingan Mewarna, Autoshow Honda Gathering, Pertandingan Silat dan Memancing dan sebagainya. FESKO-60 turut membawakan pelbagai aktiviti lasak hasil kerjasama dengan pelbagai pihak. Antaranya, UTM Extreme (4x4) Remote Control International Challenge yang merupakan hasil kerjasama dengan pihak Johor Crawler Team, pertandingan memanah dengan kerjasama Kelab Memanah Warisan Saffra, dan Inspire Talk, iaitu kolaborasi bersama dengan MyCorps, Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Pelajar Pengurusan (Strategi), UTM.

Festival ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan artis dan selebriti popular tanah air, seperti Sufian Suhaimi, Hujan, Sixth Sense, Bunkface, Floor 88, Papinka, dan Cherpen Band. Selain itu, program berbentuk wacana ilmu dan

keagamaan turut diselitkan, seperti Majlis Tahlil dan Makan Sedulang, persembahan qasidah, serta persembahan nasyid oleh pelajar UTM. Program kesihatan, seperti derma darah dan pemeriksaan kesihatan turut mengambil tempat di samping program pembangunan kerjaya yang melibatkan agensi kerajaan dan industri. FESKO-60 kali ini berjaya mendapat penajaan daripada Toyota SuperEvergreen Sdn. Bhd., UTM.Co Official Merchandise dan Daniel Haikal Collection, Grab, dan Drive M7.

Sementara itu, aktiviti jualan murah yang terdiri daripada pelbagai jenis produk basah dan kering serta perkhidmatan yang sekian lama menjadi acara wajib di festival turut diteruskan dengan lebih 160 buah gerai jualan sedia untuk dikunjungi oleh para graduan dan ibu bapa serta masyarakat setempat.

“Jom, sama-sama kita memeriahkan FESKO-60!”

JOHOR BAHRU, 27 April – Bertemakan warisan Melayu klasik, persiapan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-60 bagi meraikan 2,551 orang graduannya memasuki fasa akhir hari ini dengan penganjuran raptai perdana bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Disaksikan oleh Pendaftar UTM, YBhg. Dato’ Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman, serta dihadiri oleh para graduan dan ibu bapa, taklimat raptai Majlis Konvokesyen ke-60 UTM menyentuh tentang tatacara perjalanan majlis konvokesyen, di samping aspek penyelarasan pengurusan konvokesyen, pengambilan gambar, serta panduan pergerakan para graduan ketika berada di atas pentas.

Penyelaras Majlis Konvokesyen UTM kali ke-60, Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali menekankan beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh bakal graduan. Antaranya ialah proses pendaftaran graduan, tatacara perarakan masuk ke dewan, etika pemakaian graduan, panduan dan ucap hormat semasa penerimaan watikah, serta etika pengambilan gambar graduan yang betul. Beliau juga mengingatkan agar para graduan memilih jubah dengan spesifikasi yang betul bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Para graduan untuk sesi pertama juga diminta mengelakkan pakaian berwarna biru diraja atau “royal blue” kerana warna berkenaan ialah warna diraja. Seterusnya, beliau juga meminta kerjasama hadirin agar dapat memberikan tepukan yang gemuruh setiap sesi penganugerahan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para graduan yang diraikan. Bagi graduan dan tetamu yang memerlukan bantuan khas, mereka dinasihatkan agar memaklumkan kepada para petugas untuk diambil tindakan dengan kadar segera.

Encik Aiman Sufi, wakil Jawatankuasa Pengambilan Gambar Graduan melalui Kelab Foto Kreatif UTM (jurugambar rasmi bagi Majlis Konvokesyen UTM kali ke-60) pula menjelaskan secara lebih terperinci tentang prosedur dan tatacara pengambilan gambar graduan. Beliau turut mengingatkan agar para graduan dapat menampilkan senyuman yang paling menawan ketika penerimaan watikah. Manakala Encik Azri bin Hohad selaku wakil Jawatankuasa Raptai dan Pentas turut memberi panduan kepada para graduan mengenai tatacara sebelum, semasa, dan selepas penerimaan watikah, iaitu penggayaan tangan, ‘lafaz hormat’, dan ‘tunduk hormat’.

Buat julung-julung kalinya majlis konvokesyen kali ini bakal dimeriahkan dengan sesi tepukan khas buat ibu bapa yang hadir sebagai tanda kasih serta penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka. Beberapa tempat menarik juga telah disediakan untuk para graduan dan keluarga merakamkan kenangan manis, antaranya ialah tugu hashtag #IamUTM, Frame of the Graduates, serta Taman Mini Flora yang kesemuanya terletak berdekatan dengan bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Di akhir sesi taklimat, graduan dan tetamu yang hadir diingatkan agar mematuhi mematuhi tatacara serta protokol yang telah ditetapkan demi memastikan kelancaran majlis Konvokesyen UTM Kali ke-60.

RAPTAI PERDANASEMPURNAKAN PERSIAPAN AKHIR

MAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI KE-60

TAHNIAH!

Staf yang Bergraduasi SempenaMajlis Konvokesyen UTM Kali ke-60

Nor Suriani bint Isani, Dzulhelmi bin Mohd Razali, Nurulhuda binti Abu Talib, Abd Basid bin Abd Rahman, Zurina binti Rosmani, Sahidar bt Ab Sahir,

Mohd Sharudin bin Mat Deli @ Abdul Manan, Raziman bin Zakaria, Nursyazwani binti Aznan, Wan Aznida bt Wan Mohd Anuar,

Mohd Zainuddin bin Musoh, Hariyani binti Khalid, Tan Feng Xian, Mohd Hazri bin Ishak, Mohd Sizal bin Sidek,

Aryani Arnida binti Ismail, Fatahiyah bte Kasim, Nor Kamsiah binti Manan,Hazleena binti Sulaiman Sandran, Nur Adibah binti Baharudin,

Siti Norhana binti Miswan, Jaya bin Abdul Hussain, Mohamad Nazri bin Samin

APA KATA MEREKA

“Tahniah UTM dan para graduan sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-60. UTM Cemerlang, Gemilang

dan Terbilang! #IamUTM.”

Nor Afifah binti Basri (30 tahun)

Ph.D. Fizik “UTM is very deep to my heart. When I came here, I had a lot of difficulties being a foreigner. But

today, this is some of the best moment of my life. I will take

all the memories back home as an experience of a life time in

Bangladesh.”

“Ini bukan pengakhiran sebuah kejayaan, saya perlu lebih

bersemangat untuk terus berjaya sekali lagi pada masa akan

datang. #ILOVEUTM!”

Most. Gul Raihan (29 tahun)

Sarjana Falsafah

Ibnu Seena bin Yusop (23 tahun)

Diploma Pengurusan Teknologi

“Konvokesyen UTMkali ke-60… THE BEST!!”

“Majlis Konvokesyen UTM yang sangat berprestij. Tahniah

diucapkan kepada semua graduan dan sentiasa mara ke hadapan

untuk masa hadapan yang gemilang.”

Ridhauddin bin Isni (22 tahun)

Diploma TeknologiElektronik Industri

Muhamad Hazimbin Zainudin (22 tahun)

Diploma Pengurusan Teknologi

“Saya berharap Konvokesyen UTM Kali ke-60 ini berjalan dengan jayanya dan lancar.

Terima kasih kepada ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan di atas kejayaan saya pada hari

ini.”

“Saya sangat teruja dan akan jadikan Majlis Konvokesyen ini

suatu memori yang terindah dalam hati saya. #Ciaciacia”

“Majlis Raptai kali ini disambut dengan penuh meriah dan berjalan

dengan amat lancar. Tahniah diucapkan kepada pihak UTM.

#IamUTM”

“UTM is a learning hub offering variety of programmes that

generate a lot of professional person. The lecturers also really

helpful in guiding the students to make their dreams come true.”

Muhammad Lokman Hafiz bin Rahimn

(22 tahun)Diploma TeknologiElektronik Industri

Siti Nadiran binti Mohammadiah

(22 tahun)Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan)

Che Mohammad Zainuddin bin Che Mat

(24 tahun)Sarjana Muda Teknologi

Elektronik Industri

Archana a/p Arumugam (30 tahun)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan

Strategik)

Siti Maisarah binti Aziz Doktor Falsafah,

Bidang Penyelidikan: FizikFakulti Sain

PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK SESI 2017/2018

ANUGERAH CANSELOR

Imran UllahDoktor Falsafah, Bidang Penyelidikan: Matematik Fakulti Sains

ANUGERAH PRO-CANSELOR

Abdollah BahadorDoktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Rizwan Aslam ButtDoktor Falsafah,

Bidang Penyelidikan: Kejuruteraan ElektrikFakulti Kejuruteraan Elektrik

Syarifah Nazirah binti Wan IkhsanSarjana Falsafah,

Bidang Penyelidikan: Kejuruteraan KimiaFakulti Kejuruteraan Kimia

dan Kejuruteraan Tenaga

Nurul Aiyshah binti MazlanSarjana Falsafah,

Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun

Shilan Sameen Hameed Al-JafSarjana Sains KomputerFakulti Komputeran

Thivaanraj a/l Y. MohanSarjana Teknologi MaklumatFakulti Komputeran

Lam Chee HauSarjana SenibinaFakulti Alam Bina Mohamad Fazli bin Masri Sarjana Sains (Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga

HADIAH ALUMNI

Ghasan Fahim HuseienDoktor Falsafah

Bidang Penyelidikan: Kejuruteraan AwamFakulti Kejuruteraan Awam

Anis Farihan binti Mat RaffeiDoktor Falsafah (Sains Komputer)Fakulti Komputeran

Rosmawati binti ZainalSarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

PENERIMAANUGERAH AKADEMIK

SESI 2017/2018

PENAUNG:Dato’ Haji Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman

SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Roselaile Samah,

Salina Shamsuri, Nur Diyana Mohd. Ruzmi, Mohd Hafifi Jamal, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin

GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob FOTO: Nor Azman Sukri, Mohd Hairy Zolkefle

LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia

AKTIVITI FESKO 28 APRIL 2018 (SABTU)

DERMA DARAH

PERTANDINGAN BOLA JARING

PERTANDINGAN PARKOUR

PERTANDINGAN SILATCULTURAL SHOW

PERSEMBAHAN ARTISHUJAN BAND

8.00 pg. – 5.00 ptg.

8.00 pg. – 1.00 ptg.

10.00 pg. – 5.00 ptg.

8.00 pg. – 5.00 ptg.

8.00 pg. – 12.30 tghari.

5.00 ptg. - 8.00 mlm.

9.00 mlm. - 11.00 mlm.

PERTANDINGAN PETANQUE

AKTIVITI FESKO 28 APRIL 2018 (SABTU)

DERMA DARAH

PERTANDINGAN BOLA JARING

PERTANDINGAN PARKOUR

PERTANDINGAN SILATCULTURAL SHOW

PERSEMBAHAN ARTISHUJAN BAND

8.00 pg. – 5.00 ptg.

8.00 pg. – 1.00 ptg.

10.00 pg. – 5.00 ptg.

8.00 pg. – 5.00 ptg.

8.00 pg. – 12.30 tghari.

5.00 ptg. - 8.00 mlm.

9.00 mlm. - 11.00 mlm.

PERTANDINGAN PETANQUE

AKTIVITI FESKO28 APRIL 2018 SABTU)

Recommended