View
247
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
TALKING POINTS
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN PADA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI AZAM BERHAD KALI KE-38
2
16 JUN 2019 (AHAD)
9.00 PAGI
HOTEL TAIPING PERDANA
TAIPING, PERAK
__________________________________
Bismillahirrahmaanirrahim
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Terima Kasih Pengacara Majlis
{SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA
MAJLIS}
4
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
5
Ilahi kerana dengan limpah rahmat
dan kurnia-NYA, dapat kita
bersama-sama pada pagi yang
mulia ini dalam Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke-38 Koperasi Azam
Berhad (KAB).
6
2. Sebelum meneruskan ucapan,
saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih
kepada warga KAB kerana
menjemput saya merasmikan
Mesyuarat Agung ini berserta
kehadiran Tuan/Puan dalam Majlis
yang berbahagia ini.
7
Hadirin yang dihormati sekalian,
3. Penglibatan Koperasi Azam
Berhad dalam bidang perusahaan
kayu arang merupakan contoh
inisiatif dan alternatif perniagaan
terbaik yang boleh diceburi
koperasi. Bidang ini jarang diceburi
8
oleh koperasi di negara ini
umumnya dan Perak khasnya.
Kebanyakan pengusaha bidang ini
adalah dari kalangan pemilik
tunggal atau syarikat persendirian.
4. Kelebihan ini jika dilihat dari
sudut positif dan jangka panjang,
9
memungkinkan koperasi menjana
keuntungan lumayan seterusnya
mampu memberi pulangan dividen
yang tinggi kepada anggotanya.
5. Bagi meningkatkan
pendapatan untuk jangka masa
panjang, koperasi mungkin boleh
10
menjalinkan kerjasama strategik
dengan koperasi lain yang
menceburi bidang sama bagi
mengusahakan perniagaan ini
pada skala yang lebih besar.
6. Saya juga dimaklumkan selain
perusahaan kayu arang, Koperasi
11
Azam Berhad juga menceburi
bidang pertanian (kelapa sawit)
dan sewa kedai. Kepelbagaian
perniagaan ini mampu
merangsang ekonomi koperasi
tanpa bergantung pada satu
bidang tertentu.
12
7. Kelangsungan koperasi
mampu dipastikan apabila koperasi
mempunyai Pelan Korporat Lima
Tahun yang mana pelan
perniagaan disediakan oleh pihak
pengurusan dan dipantau
pelaksanaannya oleh Anggota
Lembaga Pengarah.
13
Hadirin yang dihormati sekalian
8. Gerakan koperasi di Malaysia
merupakan sektor besar yang harus
dibanggakan. Berdasarkan statistik
SKM sehingga 30 Jun 2018, terdapat
lebih 14,000 koperasi dengan
keanggotaan melebihi 6 juta orang;
14
syer/yuran melebihi RM 14 bilion;
aset lebih RM140 bilion dan
perolehan menyumbang lebih
RM22 bilion. Menjelang 2020,
kerajaan mensasarkan sektor
koperasi menyumbang RM50 bilion
kepada KDNK negara dan 50
peratus rakyat dewasa negara ini
15
menjadi anggota koperasi tanpa
mengira kedudukan mereka.
9. Dengan bilangan koperasi serta
keanggotaan seramai ini, koperasi
dilihat mampu menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi
koperasi yang memberangsangkan
16
di samping menyediakan
perkhidmatan terbaik untuk
anggota mereka.
10. ANGKASA sebagai badan
puncak gerakan koperasi yang
diiktiraf kerajaan bagi menaungi
semua koperasi di Malaysia,
17
berperanan menyatukan dan
mewakili gerakan koperasi Malaysia
di peringkat nasional dan
antarabangsa.
11. ANGKASA sentiasa komited
untuk membantu koperasi
menjalankan aktiviti dan
18
perkhidmatan yang dapat memberi
pulangan sosio ekonomi yang
bermanfaat untuk anggota
khasnya dan koperasi amnya.
12. Selaras dengan Deklarasi
Putrajaya yang dipersetujui antara
ANGKASA, SKM dan MKM,
19
ANGKASA akan membantu
koperasi untuk merangsang dan
membangunkan perniagaan
koperasi agar koperasi mampu dan
bersedia untuk melibatkan diri
dalam perniagaan yang berimpak
tinggi.
20
13. Akhir kata, sekali lagi terima
kasih kepada warga Koperasi Azam
Berhad yang hadir pada hari ini.
Saya mengucapkan selamat
bermesyuarat untuk semua.
Semoga Mesyuarat Agung kali ke-
38 ini membantu anggota
membuat perancangan yang
21
dapat menggerakkan KAB ke arah
yang lebih produktif dan berdaya
saing.
14. Di kesempatan ini juga saya
ingin mengucapkan ‘Selamat Hari
Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin’
pada semua yang hadir.
22
Dengan lafaz
Bismillahirrahmaanirrahim, saya
dengan ini merasmikan Mesyuarat
Agung kali ke-38 Koperasi Azam
Berhad.
Sekian, terima kasih.
Recommended