Anatomi dan pengurusan jantung.pptx

Preview:

Citation preview

Anatomi dan pengurusan jantung

Perikardium Jantung

Perikardium ialah selaput yang membungkus jantung. Perikardium mengandungi sedikit cecair perikardial yang melincinkan pergerakan jantung dengan karung perikardial.

Boleh dikatakan sebagai membran berlapis ganda, nipis namun kuat mengelilingi jantung. Membran ini terletak di belakang tulang dada dan tulang rawan dari ketiga melalui ketujuh rusuk di sisi kiri rongga dada.

Lapisan dalam, juga disebut epicardium, adalah lapisan tipis terdiri dari sel mesothelial, sel-sel khusus yang melapisi rongga dada dan perut.

Lapisan luar, yang disebut perikardium parietal, terdiri dari jaringan kolagen berserat dan fibril elastis. Ruang antara dua lapisan diisi dengan cairan yang mengalir ke dalam limfatik dan saluran toraks

Perikardium dibahagikan kepada dua lapisan iaitu ;

1. Fibrous pericardium  2. Serous pericardium

Fibrous pericardium adalah lapisan terluar. Ia dibina daripada tisu penghubung. Berfungsi untuk

melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling.

Serous pericardium pula boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan, iaitu;1. Parietal serous pericardium (luar).2. Visceral serous pericardium (dalam) atau

dikenali sebagai epikardium.

Kedua-dua lapisan serous pericardium ini membentuk ruang yang dipanggil ruang perikardial

dan merembeskan cecair perikardial.

FUNGSI PERIKARDIUM Ia menstabilkan dan sebagai alat penahan jantung. Sebagai satu ligamen yang memegang jantung di tempat yang tepat di dalam rongga dada dan menjaga organ dari bergerak.

Perikardium juga melindungi jantung dari sebarang kerosakan atau serangan jangkitan daripada organ atau struktur jantung terdekat .

Mengurangkan pergerakan jantung yang berlebihan.

Mengelakkan jantung dari pada berkembang secara lebihan semasa ketumpatan darah bertambah.

Ia menghadapi masalah jika ada serangan virus, kanser dan serangan jantung.

Cecair perikardium akan hadapi masalah jika penggunaannya berlebihan.

Anatomi Jantung

Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.

Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan.  Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil Septum. 

Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang.

Jantung terletak di sebelah kiri dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.

Lapisan jantung pula terdiri daripada tiga lapisan iaitu:

P = Pericardium (luar) M = Myocardium (tengah) E = Endocardium (dalam)

 Jantung terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di

bawah.

Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan

dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan

Septum ialah dinding otot yang tebal dan berfungsi untuk : 1. membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari

atrium dan ventrikel kiri. 2. Ia memisahkan darah beroksigen dan

terdeoksigen dari bercampur. 

ARTERI

Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari

jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh

tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan

jantung.

Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.

Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri

pulmonari.

ARTERI

Vena ialah salur darah yang membawa darah kembali ke jantung dari

bahagian – bahagian lain badan.

Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar.

Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah

dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan.  Saluran yang besar

memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap – injap yang menentukan darah mengalir

hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung.  Injap – injap ini akan

tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.

Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.

Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

1.Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.

2.Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.

3.Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

4.Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan

resapan bahan-bahan di antara darah dan tisu-tisu berlaku

dengan cepat.

Pengurusan Jantung

PENGURUSAN JANTUNG

Pengurusan jantung boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu;

1. Pemakanan2. Senaman3. Gaya hidup4. Pengawalan berat badan

Pemakanan

• Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan akan membahayakan kesihatan jantung.

• Makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi termasuklah telur, makanan bergoreng, dan makanan segera hendaklah diminimakan.

• Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, kailan dan sebagainya.

• Dalam Islam – umat disuruh bersederhana dalam mengambil makanan

Cadangan / tipsnya daripada Penolong Pegawai Penyediaan MakananUnit Sajian, Hospital Kuala Penyu Sabah

10 Jenis makanan yang baik untuk jantung

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

1.Makanan BeroatMulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.SalmonIkan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.AvocadoMenambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

3.AvocadoMenambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitunMinyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.KekacangKacang-kacang seperti walnut dan almond.

6.BerriesBlueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peasTambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.BayamBayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang SoyaKacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

http://hspkpyu.moh.gov.my/infosihat.item.80/10-makanan-yang-baik-untuk-jantung.html

Senaman

• Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Contohnya; joging, berjalan dan berbasikal

• Sebarang bentuk senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

• Membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan.

• Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah.

Gaya Hidup• Gaya hidup yang sihat - Amalan yang

meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.

• Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit bagi setiap sesi.

• Hindari pengambilan dadah dan alkohol.• Dapatkan rehat yang mencukupi.• Hal ini demikian kerana kesihatan ditentukan

berdasarkan gaya hidup seseorang.• Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam

menentukan gaya hidup.• Ubahlah gaya hidup anda untuk mendapatkan

kesan kesihatan yang baik.

• Elakkan dari merokok.- Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok.

- Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok.

Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi

jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya

anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk

mereka menyayangi anda?

Pengawalan Berat Badan• Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit

seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

• Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai dengan bentuk badan seseorang individu (BMI)

• Mereka yang memiliki berat badan berlebihan dan tidak bergiat aktif akan menyebabkan – kalori yang tinggi dalam makanan tidak digunaan.

• Kemudian lebihan makanan itu akan ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pada bahagian-bahagian tertentu seperti – paha dan perut.

Rujukan

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/video/P/Video%20Penyakit%20Jantung/Penyakit%20Jantung_BM.php

http://ahmadgelegarpersada.blogspot.com/p/anatomi.html

http://blogging.co.id/anatomi-jantung-manusia

http://www.abcmedika.com/2013/10/anatomi-fisiologi-jantung_8.html

http://eprints.utm.my/11425/1/Corak_Kadar_Denyutan_Jantung_Semasa_Latihan_Dan_Pertandingan.pdf

http://cikgunurulsblog.blogspot.com/2010/02/f3-c2-jantung-manusia-dan-peredaran.html