View
597
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Makan makanan yang berkhasiat dan pilihlah makanan yang bersih dan selamat.Pemakanan seimbang adalah rahsia kehidupan yang sihat.
Pengurusan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis Mellitus
Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan
Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau) Gula-gula, kuih manis, kek, coklat. Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis. Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.
Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan
Item Makanan
Bijirin dan hasil bijirin Nasi Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis Pasta/ makaroni/ spageti Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa Capati / Roti Canai / Tosai Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek
Kekacang Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal
Susu dan hasil susu Susu segar Susu penuh krim Susu rendah lemak Susu tanpa lemak Susu sejat Low Fat Yogurt Keju
Buah-buahan Epal / limau / lai/ pir Pisang Mangga / belimbing Langsat / longan/ anggur Rambutan/ laici Betik / nenas / tembikai Nangka / Cempedak
Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas
Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.
Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.
Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit.
Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan.
Pengurusan Pemakanan Untuk Hipoglisemia
Jika anda dan orang yang anda sayangi mempunyai tanda-tanda hipoglisemia
Makan atau minum dengan segera salah satu makanan / minuman berikut o Gula-gula o 1/2 cawan jus buah-buahan o 1/2 cawan minuman ringan seperti cordial / sirap o 1 sudu besar gula atau madu
Kemudian segera ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor anda.
Sentiasa membawa gula- gula atau kismis sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan hipoglisemia.
Pemanis Tiruan
Sekiranya anda ingin memberikan rasa manis pada makanan atau minuman, gunakan pemanis tiruan.
Kebanyakkan pemanis tiruan mengandungi Aspartame dan ini tidak sesuai bagi individu yang menghidapi penyakit phenylketonuria.
Minuman yang mengandungi pemanis tiruan seperti Diet Coke, gula-gula dengan pemanis tiruan, diabetic chocolate dan diabetic jem boleh dambil selagi tidak meningkatkan aras glukos darah anda.
Panduan Untuk Pesakit Diabetis
Jangan tinggalkan atau melangkau waktu makan. Pastikan anda mengambil makanan mengikut waktu.
Pelbagaikan jenis makanan anda. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk
mendapatkan serat, vitamin dan mineral. Pilih makanan tinggi serat seperti roti mil penuh, biskut mil penuh dan oat. Jangan mengambil buah semasa perut kosong. Jus buah tidak mengandungi serat. Sekiranya ingin mengambil jus buah, jangan tapis minuman
anda dan jangan menambah gula dalam minuman anda. Kurangkan jumlah lemak dan lemak tepu dalam diet anda. Sekiranya anda mengambil suntikan insulin, ambil hidangan anda dalam masa 30 minit selepas
suntikan. Snek (minum pagi, minum petang dan minum malam) disarankan terutamanya individu yang
mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan hipoglisemia. Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau Pakar Pemakanan.
PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT
Pengenalan
Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut
Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.
KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN(150-825mgpurin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN(50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
Makanan perlu dielak Makanan diambil
secara sederhanaMakanan yang
diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin
- Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan - - Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran - Asparagus, kekacang, cendawan, bayam,
Kebanyakan sayuran
kobis bunga :
*Hadkan ½ cawan sehari
Makanan Berprotein
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan makeral
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas)
*Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak
- - Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup Ekstrak daging Sup daging Sup sayurLain-lain Yis, minuman
beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)
Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastad.
Berlebihan Berat Badan Dan Kegemukan/Obesiti
Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?
YA !!!
Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai
masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin. Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan
seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
[Atas]
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :
Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina.Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan.Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan.
Lihat jadual BMI-untuk-umur seperti di bawah
Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Berat badan (kilogram)_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Faktor risiko termasuk :
Sejarah keluarga anda. Masalah perubatan. Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan. Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda). Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini. Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan. Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain. Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya. Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur - Sila rujuk jadual BMI berat badan
atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi. Penyakit Kencing Manis/Diabetes. Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri. Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur. Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul. Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat : o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah
lemak. o Makan secara sederhana. o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan
lebih kerap. o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.
Apakah rawatan yang boleh diperolehi ?
Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
1. Pemakanano Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu
keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat). = 30% kalori daripada lemak.
o Untuk mengurangkan berat badan :
Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan. Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan
anda. Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee). Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar. Kurangkan minuman bergas dan minuman manis. Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
2. Aktiviti fizikal o Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan
bersenam semasa menonton TV. o Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa
yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur. o Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan
kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
Ubah tabiat anda.
o Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
o Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal. o Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu. o Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang
dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. o Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
Ubat-ubatan
o Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
o Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
Pembedahan
o Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
o Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
Berapa lama seseorang perlu dirawat?
Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.
Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan?
Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :
Ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan. Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.
Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.
Umur (Tahun)Lebih Berat Badan BMI Gemuk BMI
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 9.00 19.10 19.07 22.77 22.81 9.50 19.46 19.45 23.39 23.46 10.00 19.84 19.86 24.00 24.11 10.50 20.20 20.29 24.57 24.77 11.00 20.55 20.74 25.10 25.42 11.50 20.89 21.20 25.58 26.05 12.00 21.22 21.68 26.02 26.67 12.50 21.56 22.14 26.43 27.24 13.00 21.91 22.58 26.84 27.76 13.50 22.27 22.98 27.25 28.20 14.00 22.62 23.34 27.63 28.57 14.50 22.96 23.66 27.98 28.87 15.00 23.29 23.94 28.30 29.11 15.50 23.60 24.17 28.60 29.29 16.00 23.90 24.37 28.88 29.43 16.50 24.19 24.54 29.14 29.56 17.00 24.46 24.70 29.41 29.69 17.50 24.73 24.85 29.70 29.84 18.00 25.00 25.00 30.00 30.00
Contoh Menu Sihat
1600 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Karipap - 1 Biji
Bingka Ubi - 1 Keping
Kopi / Teh - 1 Cawan
1 sudu teh gula
Emping jagung & buahan yang dikeringkan - ½ cawan
Susu rendah lemak - ½ cawan
Roti bijirin penuh - 1 keping
Marjerin lembut - 1 sudu teh
Jem Limau - 1 sudu teh
Kopi / Teh satu cawan dengan susu rendah lemak
Dan 1 sudu teh gula
Minum Pagi Biskut tawar - 3 keping
Teh / Kopi dengan susu rendah lemak - 1 cawan
Putu Piring - 1 keping
Koko dengan susu rendah lemak - 1 cawan
Dan 1 sudu teh gula
Makan Tengah Hari Nasi putih - 1 cawan
Masak lemak sayur cekur manis - ½ cawan
Ikan kembung panggang (sederhana) - 1 ekor
Sambal belacan - 2 sudu makan
Ulam pegaga - ½ cawan
Pisang Restali - 1 biji
Air kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 cawan
Sayur Kailan Rebus - 1 cawan
Kerabu Taugeh - ¼ cawan
Kari ayam dan tomato - 1 cawan
Nenas - 1 hiris
Air kosong - 1 gelas
Minum Petang Pisang goreng - 3 keping
Teh / Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula 1 cawan
Kuih keria - 1 biji
Teh / Kopi dengan susu rendah lemak
dan 1 sudu teh gula 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 1 cawan
Ikan bawal goreng (kecil) - 1 ekor
Sup sayur bayam - 1 cawan
Kerabu pegaga - 1 cawan
Air kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 cawan
Sup bayam dan taufoo - 1 mangkuk
Sambal terung panggang (sederhana) - 1 biji
Asam pedas ikan Mackeral (Ikan Tongkol) - 1 ketul
Air kosong - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie forCarbohydrate = 55 Fat = 30 Protein = 15
Reference : HLS Campaign Healthy Eating manual.
1700 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Tepong Talam - 1 Keping Tepong Talam - 1 Keping Kopi / Teh dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Bijirin (Oats) - ½ cawan Susu rendah lemak - ½ cawan Roti putih - 1 keping Marjerin lembut - 1 sudu teh Jem Limau - 1 sudu teh Kopi / Teh satu cawan dengan susu rendah lemak Dan 1 sudu teh gula
Minum Pagi Biskut Halia - 3 keping Teh / Kopi dengan susu rendah lemak - 1 cawan
Putu Mayam - 2 kepingSusu rendah lemak dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Makan Tangahari
Nasi putih - 1 cawan Sup sayur bayam ½ cawanIkan kembong (sederhana) masam manis - 1 ekorSambal belacan - 2 sudu makan Ulam Raja / Timun ½ cawan Epal hijau - 1 biji Air kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 cawan Sayur campur goreng - 1 cawan Kari ayam dengan tomato - 1 ketul Kuah kari ayam - 2 sudu makan Nenas - 1 keping Air kosong - 1 gelas
Minum Petang Kuih Lapis - 2 kepingTeh / Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh 1 cawan
Kuih cucur badak - 1 kepingTeh / Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 1 cawan Nasi putih - 1 cawan
Ayam goreng (kecil) - 1 ketul Dalca - 1 cawanKerabu pucuk paku - 1 cawa Air kosong - 1 gelas
Sup Tom Yam Sayur - 1 mangkuk Ikan cencaru sumbat - 1 ekor Air kosong - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
Reference : HLS Campaign Healthy Eating manual.
1800 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Nasi goreng - 1 cawanSayur dengan ikan bilis tanpa kepala Teh / Kopi dengan 2 sudu teh susu pekat manis - 1 cawan
Sandwich telur - 2 keping Marjerin lembut - 1 sudu teh Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Minum Pagi Kuih Vadai - 1 keping Milo dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Karipap - 1 biji Teh dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Makan Tengahari
Asam laksa - 1 cawan(Timun, salad, bawang - 1 cawan Nenas - 1 potong Air kosong 1 gelas
Nasi putih - 1 cawan Asam Pedas Ikan (sederhana) - 1 ekor Epal - 1 hiris Air kosong - 1 gelas
Minum Petang Keropok ikan (8.9 X 3.7 X 0.1 cm) - 10 keping Sos cili - 2 sudu makanTeh dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula 1 cawan
Popiah goreng - 2 bijiTeh dengan susu rendah lemak - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 1 ½ cawan Daging dengan sos soya dan tomato - 2 ketul (besar kotak mancis) Sayur sawi goreng - 1 cawan Belimbing - 1 biji (kecil) Air kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 ½cawanAyam tandoori (peha) - 1 ketulAcar rampai - 1 cawanBetik - 1 hirisAir sirap - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
Tips : If you use sweet condensed milk, do not add sugar to your coffee or tea.[Atas]
1900 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Mihun goreng - 1 cawanSayuran dan bebola ikanTeh / Kopi dengan 2 sudu teh susu pekat manis 1 cawan
Sandwich ikan tuna - 2 kepingMarjerin lembut - 1 sudu tehKopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula 1 cawan
Minum Pagi Kuih Ketayap - 1 kepingMilo dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Samosa - 1 kepingTeh dengan 1 sudu teh gula
Makan Tengahari
Laksam - 1 ½ cawanTimun, salad, bawang - 1 cawanTembikai susu - 1 hirisAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 ½ cawanKari ikan (sederhana)Buah ciku (sederhana) - 1 bijiAir kosong - 1 gelas
Minum Petang Kek span - 2 kepingTeh dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula 1 cawan
Popiah basah - 2 kepingTeh dengan susu rendah lemak - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 1 ½ cawanSambal daging (sebesar kotak mancis) dan tomatov2 ketulKobis goring - 1 cawanMangga (kecil) - 1 bijiAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 ½ cawanAyam Kuzi (Peha) - 1 ketulJelatah - 1 cawanOren Sunkist - 1 hirisAir Sirap - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
Tips : If you use sweet condensed milk, do not add sugar to your coffee or tea. [Atas]
2000 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Tosai - 1 KepingKuah Dhal - 4 sudu makanSambal - 1 sudu makanTeh Tarik - 1 cawan
Nasi lemak - 1 cawanTelur masak - 1 ½ hirisSambal ikan bilis tanpa kepala - 2 ½ sudu makanTimun - ¼ hirisKangkong 1 cawanKopi dengan susu rendah
Minum Pagi Apam dengan kelapa - 2 bijiOvaltine dengan 1 ½ sudu teh gula 1 cawan
Karipap daging - 1 bijiSusu rendah lemak dengan 1 ½ sudu teh gula 1 gelas
Makan Tengah Hari
Nasi putih - 2 cawanKari sayur (dhall, lobak merah dan terung) - 1 cawanAcar pudina dengan tairu - ½ cawanMangga - ½ bijiAir kosong - 1 gelas
Bihun goreng dengan udang, ayam, sawi dan taugeh - 2 cawanBelimbing (sederhana) - 1 bijiAir kosong - 1 gelas
Minum Petang Payasam - ½ cawanSusu segar - ½ gelas
Kuih Lapis - 2 kepingEpal - 1 bijiTeh / Kopi dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Makan Malam Capati masala berinti - 1 kepingSalad india dengan tairu - 1 cawanAir kosong 1 gelas
Nasi putih - 1 ½ cawanIkan selar masak lemak - 2 ekorKangkong masak cili - ½ cawanSayur campur - ¼ cawanTauhu - ½ kepingTembikai - 1 hirisAir kosong - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate =55 Fat =30
Protein =15
Reference : *Recepi Sihat by KKM & NSM [Atas]
2100 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Capati - 1 keping
Kuah dhal - 4 sudu makan
Sambal - 1 sudu makan
Teh 'o' dengan 1 susu teh gula 1 cawan
Nasi Lemuni - 1 cawan
Sambal udang - 2 ½ sudu makan
Timun - ¼ hiris
Kangkong - 1 cawan
Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula 1 cawan
Minum Pagi Apam bakar1 biji
Milo dengan 1 ½ sudu teh gula 1 cawan
Donut 1 biji
Susu rendah lemak dengan 1 ½ sudu teh gula - 1 gelas
Makan Tengah Hari
Nasi putih - 2 cawan
Pajeri Terung - 1 cawan
Acar limau nipis - ½ cawan
Jambu batu - ½ biji
Air kosong 1 gelas
Mi goreng dengan udang, ayam, sawi dan taugeh - 2 cawan
Nangka (sederhana) - 1 ulas
Air kosong - 1 gelas
Minum Petang Yogurt 1 cawan
Susu segar - ½ gelas
Kuih Koci - 1 biji
Epal Merah - 1 biji
Teh / Kopi dengan 1 sudu teh gula 1 - cawan
Makan Malam Martabak daging (sederhana) - 1 keping
Hirisan bawang - 1 cawan
Air kosong - 1 gelas
Nasi putih - 1 ½ cawan
Ikan senangin masak tumis - 2 ketul
Sayur campur - 1 cawan
Tauhu - ½ keping
Tembikai - 1 hiris
Air kosong - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2200 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Kuih lepat pisang - 1 bijiPau kacang - 1 bijiTeh / kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Mi goreng dengan sawi dan taugeh - 1 ½ cawanTeh dengan susu penuh krim dan 1 sudu teh gula - 1 gelas
Minum Pagi Roti Jala - 2 kepingKuah Kari - 2 sudu makanTeh / Kopi 'O' dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Kuih Apam - 1 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi kerabu - 1 ½ cawanIkan goreng (kecil) - 1 ekorSalak lada - 1 bijiHirisan kacang panjang, taugeh dan pegaga - 1 cawanTembikai - 1 hirisanAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawan'Lamb Chop' - 1 kepingSayur campur - 1 cawanMangga - 1 hirisAir kosong - 1 gelas
Minum Petang
Keropok lekor kukus - 2 batangSos cili 1 sudu makanTeh dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Popiah basah - 2 bijiKopi dengan susu dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam
Nasi putih 1 ½ cawanTom Yam ayam dengan lobak merah, kubis bunga, kacang peas dan jagung) 1 cawanTaugeh goreng dengan ikan 1 cawanIkan bilisAir kosong 1 gelas
Bubur nasi dengan ikan dan ditabur dengan bawang merah goreng, hirisan bawang dan daun saleri 1 ½ mangkukJus oren segar 1 gelas
Supper Biskut tawar 3 kepingSusu rendah lemak 1 gelas
Karipap kecil 2 bijiSusu penuh krim 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2300 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Kuih lepat pisang - 1 bijiPau kacang - 1 bijiTeh / kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Mi goreng dengan sawi dan taugeh - 1 ½ cawanTeh dengan susu penuh krim dan 1 sudu teh gula - 1 gelas
Minum Pagi Roti Jala - 2 kepingKuah Kari - 2 sudu makanTeh / Kopi 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
>Kuih Apam - 1 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi kerabu - 1 ½ cawanIkan goreng (kecil) - 1 ekorSalak lada - 1 bijiHirisan kacang panjang, taugeh dan pegaga - 1 cawanTembikai - 1 hirisanAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawan'Lamb Chop' - 1 kepingSayur campur - 1 cawanMangga - 1 hirisAir kosong - 1 gelas
Minum Petang
Keropok lekor kukus - 2 batangSos cili - 1 sudu makanTeh dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Nasi air dengan ikan dan ditabur dengan bawang merah goreng, hirisan bawang dan daun saderi - 1 ½ mangkukus oren segar - 1 gelas
Makan Malam
Nasi putih - 1 ½ cawanTom Yam ayam dengan lobak merah, kubis bunga, kacang peas dan jagung) - cawanTaugeh goreng dengan ikan - 1 cawanIkan bilisAir kosong - 1 gelas
Nasi air dengan ikan dan ditabur dengan bawang merah goreng, hirisan bawang dan daun saleri - 1 ½ mangkukJus oren segar - 1 gela
Supper Biskut tawar - 3 kepingSusu rendah lemak - 1 gelas
Karipap kecil - 2 bijiSusu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2400 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Kuew Teow Sup - 1 mangkukTeh / kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Roti putih - 2 kepingTelur rebus - 1 bijiMarjerin lembut - ½ sudu tehTembikai - 1 hirisSusu penuh krim - 1 gelas
Minum Pagi Kuih Talam - 1 kepingTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Kuih cucur udang - 3 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi putih - 2 cawanUmai (ikan yang dipotong dicampur dengan asam limau) - ½ cawanSup sayur - 1 mangkukEpal - 8 hirisJus limau nipis tanpa gula - 1 gelas-
Mi sup dengan ayam, kentang dan taugeh - 1 mangkukJambu batu - ½ bijiAir kosong - 1 gelas
Minum Petang Rojak buah - 1 cawanTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Kuih Lapis - 2 kepingTeh dengan susu penuh krim dan ½ sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 2 cawanSambal tumis ikan tenggiri - 1 kepingSayur pakis midin tumis belacan - ½ cawanUlam kacang panjang - ½ cawanAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanIkan panggang dengan sos air asam - 1 ekorSalad dan timun - 1 cawanSup sayur (lobak merah, kubis bunga dan tomato) - 1 mangkukAir kosong - 1 gelas Nasi putih - 2 cawanIkan panggang dengan sos air asam - 1 ekorSalad dan timun - 1 cawan>Sup sayur (lobak merah, kubis bunga dan tomato) - 1 mangkukAir kosong - 1 gelas
Supper Bubur barli - 1 cawanSusu rendah lemak dengan 1 sudu teh gula - 1 gelas
Kuih gulung dengan 1 sudu teh marjerin lembut - 1 kepingSusu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2500 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Putu piring - 3 kepingTelur separuh masak - 2 bijiTeh susu - 1 cawan
Roti putih - 2 kepingTelur rebus - 1 bijiMarjerin lembut - ½ sudu tehBetik - 1 hirisSusu penuh krim - 1 gelas
Minu Pagi Sandwich sardin - 1 kepingPisang berangan - 1 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Kuih cucur badak - 3 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi Beriani - 1 pingganDaging goreng dengan sos tiram - 1 piringKangkong goreng - 1 piringTembikai - 1 potongAir kosong - 1 gelas
Kuew Teow Sup dengan ayam, kentang dan pucuk kawang - 1 mangkukJambu batu - ½ bijiAir kosong - 1 gelas
Minum Petang Pengat pisang - 1 mangkukTeh - 'o' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Kuih Talam - 2 kepingTeh dengan susu penuh krim dan ½ sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam Asam Laksa - 1 mangkukTelur rebus - 2 bijiSalad - 1 piringEpal hijau - 1 bijiAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanIkan masak stim - 1 ekorAir asam cili - 3 sudu makanSalad dan timun - 1 cawanSup sayur (lobak merah, brokoli dan pucuk jagung) - 1 mangkukAir kosong - 1 gelas
Supper Roti Krim Krackers - 3 kepingSusu rendah lemak- 1 gelas
Roti putih dengan 1 sudu teh marjerin lembut - 1 kepingSusu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2600 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Nasi Dagang (kukus dengan santan) - 1 cawanIkan Tongkol - 1 ketulSalad timunKopi / Teh dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Roti bijirin penuh - 2 kepingTelur rebus - 1 bijiMarjerin lembut -2 sudu tehJem - 2 sudu tehJus oren - 1 gelas
Minum Pagi Kuih Cara pedas - 3 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Vadai - 1 bijiSusu rendah lemak dengan 1 sudu teh gula - 1 gelas
Makan Tengah Hari
Bihun sup dengan ayam, sawi, taugeh dan bebola ikan - 2 cawanPengat labu - ½ mangkukNenas - 1 keping Jus oren segar - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanDaging masak kicap (sebesar kotak mancis) - 2 ketulPucuk paku goreng - ½ cawanLabu rebus - ½ cawanJambu batu (sederhana) - ½ bijiAir kosong - 1 gelas
Minum Petang
Bingka jagung - 2 kepingTeh dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Bubur kacang hijau atau ubi keledek atau pisang dengan gula - 1 mangkukTeh / Kopi dengan susu rendah lemak dan 1sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 2 cawanIkan mackerel (sederhana) panggang - 1 ekorAir asam - 1/3 cawanUlam kacang botol dan ulam raja - 1 cawanSambal belacan - 2 sudu makan Jus mangga segar - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanIkan cencaru (sederhana) panggang - 1 ekorSup sawi - ½ mangkukKacang bendi goreng - ½ mangkukBuah ciku - 2 bijiAir kosong - 1 gelas
Supper Cucur udang - 3 bijiTeh 'O' dengan satu sudu gula - 1 cawan
Biskut kosong - 3 kepingTeh dengan susu rendah lemak dan 2 sudu teh gula - 1 cawan
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2700 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Nasi goreng cina - 1 pingganKopi 'O' dengan 1 sudu gula - 1 cawan
Masalodeh - 3 ketul usu penuh krim - 1 gelas
Minum Pagi Kastard Jagung - 1 potongAir kosong- 1 gelas
Kuih Kasui - 2 kepingKopi 'o' dengan 1 sudu gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi beriyani ayam - 1 pingganAyam goreng - 1 ketulSayur campur - 1 piringBetik - 1 potongAir kosong - 1 gelas
Nasi Tomato - 2 cawanAyam 1 ketul Masak Merah (bahagian dada) - 1 mangkukBegedil kentang (sederhana) - 2 ketulSalad, tomato dan timun - 1 mangkukJus oren dengan 1 sudu teh gula - 1 gelas
Minum Petang Kek kukus - 2 potongTeh 'o' dengan satu sudu teh gula - 1 cawan
Cucur udang (kecil) - 3 bijiSos cili - 1 sudu makanTeh dengan satu sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 1 pingganKari kambing 2 ketul (sebesar kotak mancis) - 1 mangkukSup sayur kobis - 1 mangkukOren sunkist - 1 bijiAir kosong - 1 gelas
Char Kuew Teow dengan udang, sawi, taufu, dan taugeh - 2 cawanNenas - 1 potongAir kosong - 1 gelas
Supper Loh Hon Kor dengan kelapa laut - 1 mangkukSusu rendah lemak - 1 gelas
Biskut kosong - 4 kepingSusu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2800 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Roti bijirin penuh - 2 kepingKacang panggang - ½ cawanMarjerin lembut - 1 sudu tehTeh / Kopi dengan susu rendah lemak dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Idli - 3 kepingKari dhal - ½ cawanSusu penuh krim - 1 gelas
Minum Pagi Roti bun berinti kacang - 1 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Seri Muka - 2 keping Kopi 'O' dengan 1 sudu gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Pizza Sayur - 2 potong (11X10.5X2.5 cm)Salad, timun, tomato dan daun salad - 1 cawanJus oren segar - 1 gelas
Nasi Ayam - 2 cawanAyam 3 ketul (bahagian dada)Sup ayam kosong - 1 mangkukBegedil kentang (sederhana) - 2 ketulSalad, tomato dan timun - 1 mangkukJus limau dengan 1 sudu teh gula - 1 gelasTembikai susu - 1 potong
Minum Petang Pulut panggang - 2 bijiTeh 'O' dengan satu sudu teh gula - 1 cawan
Cucur badak (kecil) - 3 bijiTeh dengan satu sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 2 cawanSotong masak cili (sederhana) - 3 ketulSayur campur dan udang - ½ cawanAir kosong - 1 gelas
Mi goreng dengan udang, sawi, taufu dan taugehNenas - 1 potongAir kosong - 1 gelas
Supper Kacang goreng - 1/3 cawanSusu rendah lemak - 1 gelas
Jagung rebus (kecil) - 1 batangSusu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
2900 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Nasi lemak dengan sambal dan ikang bilis goreng (1 sudu teh) - 1 pingganTimun - 1 piringTeh 'o' - 1 cawan
Mi goreng dengan sayur dan ayam (sebesar kotak mancis - 1 ketul) - 1 pingganKopi dengan susu rendah lemak - 1 gelas
Minum Pagi Roti - 2 kepingJem - 2 sudu tehPisang Emas - 1 bijiAir suam - 1 gelas
Roti Pastri (Danish) - 2 kepingTeh 'O' dengan 1 sudu gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi ayam - 1 pingganAyam (paha) - 1 ketulSup ayam - 1 mangkukSalad, timun, tomato - 1 piringTembikai - 1 potongAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanAyam (dada) sebesar kotak mancis - 3 ketulSup bebola ikanSayur campur goreng - 1 cawanBegedil kentang (sederhana) - 2 ketulSalad, tomato, timun - 1 mangkukJus tembikai - 1 gelasNenas - 1 potong
Minum Petang
Bubur kacang - 1 mangkukTeh 'O'- 1 cawan
2 keping (dalam bahan mentah, tidak dinyatakan bendanya)Milo dengan susu rendah lemak- 1 cawan
Makan Malam
Nasi putih - 2 cawanSotong masak cili (sederhana) - 3 ketulSayur campur dan udang - ½ cawanAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanDaging masak kicap (sebesar kotak mancis) dengan kacang peas - 3 ketulSup cendawan dengan lobak merah, bunga kubis dan sawi - 2 cawanEpal - 1 bijiAir kosong - 1 gelas
Supper Kuih cara - 4 bijiSusu rendah lemak - 1 gelas
Roti ban kosong - 1 bijiSusu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
[Atas]
3000 Kalori
MASA MENU 1 MENU 2
Sarapan Pagi Soto ayam - 1 mangkukNasi himpit - 1 cawanTeh / Kopi / Susu rendah lemak dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Mi goreng dengan sawi, taugeh dan udang - 2 cawanSusu penuh krim - 1 gelasPisang Emas - 1 biji
Minum Pagi Putu Buluh - 2 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Sandwich sardin - 1 kepingTeh 'O' dengan 1 sudu gula - 1 cawan
Makan Tengah Hari
Nasi beriani - 1 cawanAyam masak merah (paha) - ketulAcar timun - 1 cawanTembikai susu - 1 potongAir sirap kordial - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanSup ayam (1 paha) dengan kentang, lobak merah dan kacang peas - 1 mangkukSawi goreng dengan udang - 1 cawanBetik - 1 potongAir kosong - 1 gelas
Minum Petang
Tauhu sumbat - 1 bijiTeh 'O' dengan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Karipap - 2 bijiTeh dengan susu penuh krim dan 1 sudu teh gula - 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 2 cawan Tempe masak lemak dengan kacang panjang dan tauhu- 1 mangkukIkan kering berlada - ½ cawanAir kosong - 1 gelas
Nasi putih - 2 cawanIkan bawal masak masam manis - ½ ekor Sayur campur - 1 mangkukEpal Hijau - 1 biji Air kosong - 1 gelas
Supper Salad Buahan campuran - 1 cawan Susu rendah lemak - 1 gelas
Biskut krim krackers - 3 keping Susu penuh krim - 1 gelas
Average calorie in percentage : % calorie for Carbohydrate = 55 Fat = 30
Protein = 15
Rujukan : Recepi Sihat oleh KKM & NSM
Recommended