View
207
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
cakera
Citation preview
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Sejarah Lempar Cakera
Melempar cakera merupakan acara tertua dalam kategori acara balingan.
Pada dasarnya ia merupakan satu kaedah orang zaman batu (purba) memburu
untuk mendapatkan makanan dan sebagai pertahanan (keselamatan).
Perubahan zaman menjadikan aktiviti ini dipertandingkan. Sukan melempar
cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik di Zaman Greek Purba. Sejarah
cakera bermula pada tahun 1896 di mana cakera kayu digunakan di Athens.
Beratnya kurang sedikit daripada 2 kilogram. Dalam tahun 1908 Sukan Olimpik
London barulah berat cakera ditentukan kepada 2 kilogram.
Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu
dan dibalut dengan lingkaran logam (besi atau tembaga) yang licin dan sekata.
Cakera berbentuk bulat tetapi leper. Pada bahagian tengah dilekatkan piring
bulat daripada besi dan dipasang pada kedua-dua belah sisi cakera. Ukuran dan
berat cakera adalah mengikut kategori acara yang dipertandingkan.
Latar belakang dan peraturan
Kesatuan Olahraga Amator Malaysia (KOAM) / Malaysia Amateur
Athletics Union (MAAU)
Peraturan 182 : Lempar Cakera
1. Lemparan mesti dimulakan dalam bulatan dengan keadaan tidak
bergerak.
- 1 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
2. Kawasan berkurung diperlukan untuk keselamatan penonton/ peserta/
pegawai.
3. Kegagalan :
- Meninggalkan bulatan sebelum cakera mendarat.
- Meninggalkan bulatan dari sebelah separuh bulatan hadapan.
- Menyentuh bumi luar bulatan dengan sebarang bahagian
badan.
- Cakera mendarat di luar sektor semasa mendarat.
4. Bulatan :
- Lebar garisan : 50mm
- Diameter bulatan : 2.5 m
- Sudut sektor : 40 darjah
- 2 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
5. Berat cakera :
- Antarabangsa : 2.00kg (lelaki)
: 1.00kg (wanita)
- 3 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
MSSD/MSSJ/MSSM : 1.50kg (lelaki 20)
: 1.00kg (L16/L14/P20/P16/P14)
- Keseluruhan cakera mesti licin dan sekata
Pengenalan
Dalam sesuatu acara aplikasi kemahiran adalah perlu untuk
membolehkan atlit study (mengkaji) semula pengalaman dan kemahiran yang
dilakukan bagi memperbaiki kelemahan dan pencapaian yang lebih baik. Aplikasi
kemahiran merangkumi perlakuan dan tingkahlaku seseorang. Ianya merupakan
satu cara saintifik untuk menggerakkan badan atau segmennya di mana tenaga
minimum diperlukan untuk mencapai kesan yang optima.
Apabila memperkatakan kemahiran, ia juga adalah aktiviti yang dilakukan.
Kemahiran merujuk kepada perlakuan, pekerjaan dan tanggungjawab yang
tertentu dalam bidangnya. Untuk menentukan tahap kemahiran, ia bergantung
kepada sejauh mana tahap status pelaku (atlit) itu sendiri. Adalah perlu atlit
memperolehi pengetahuan dalam sesuatu kemahiran, maka barulah ia boleh
mengaplikasikan kemahiran yang diperolehinya dengan lebih baik, bersistematik
dan sempurna.
- 4 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Klasifikasi dan Jenis Kemahiran
Bergantung kepada rangsangan dipersekitaran, seperti keperluan
melakukan sesuatu kemahiran dan pergerakan. Acara lempar cakera tergolong
dalam kemahiran motor tertutup iaitu bagi keadaan alam persekitaran yang stabil
dan boleh diramalkan. Contoh, lempar cakera. Klasifikasi ini satu ciri kritikal
kemahiran, iaitu mentafsirkan keperluan individu (atlit) terlibat bagi mematuhi
perubahan serta merta di persekitaran tersebut. Ini berkaitan dengan proses
persepsi, pengenalan corak dan membuat keputusan supaya aksi itu boleh
dikaitkan dengan persekitaran.
Dalam kemahiran tertutup ini, semasa atlit melakukan sesuatu aktiviti
pergerakan bergantung kepada pengawalan proprioceptive (kesesuaian
perlakuan kendiri) sahaja dan tidak dipaksa membuat perubahan temporal atau
ruangan di dalam corak pergerakan. Dalam perlakuan kemahiran tertutup, atlit
perlulah berusaha memajukan satu corak pergerakan yang cekap dan tetap
dengan tujuan akan menjadi satu kelaziman secara praktik, dan pergerakan itu
mestilah ‘flow’, lancar, tanpa ada ‘gap’ dan berkesan.
Bukan semua jenis kemahiran boleh dikategorikan dengan mudah
sebagai kemahiran terbuka atau tertutu[. Knapp (1963) telah mencadangkan
bahawa kemahiran diletakkan pada rangka berterusan daripada kategori terbuka
atau tertutup. Ini bermakna beberapa kemahiran mungkin bermula di dalam satu
kategori dan akan berubah kepada kategori yang lain.
- 5 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Kategori Kemahiran Motor
Analisis pergerakan dalam lempar cakera merujuk kepada perlakuan dan
pergerakan otot dan badan yang diperlukan untuyk melaksanakan sesuatu
pergerakan/ lakuan yang dikehendaki dengan berkesan. Secara spesifik
kemahiran pergerakan motor dalam acara lempar cakera boleh dikategorikan
kepada dua iaitu :
1. Fine motor skills
Merupakan koordinasi neuromuscular yang melibatkan kerja atau
aktiviti yang berdasarkan ketepatan sasaran. Dalam lempar cakera
keteliti dan konsentrasi perlakuan dan ketepatan sasaran dan jarak.
Kemahiran ini memerlukan koordinasi dalam perlakuan.
2. Gross motor skills
Kemahiran yang melibatkan otot-otot besar dan sebahagian besar
anggota badan. Semua kemahiran sukan adalah tergolong dalam
kategori ini. Namun begitu, setiap aktiviti dan pergerakan yang
dilakukan melibatkan kedua kategori ini, yang membezakannya adalah
peratus kegunaannya bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
- 6 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Cara Memegang Cakera
Perkara utama yang harus diberi penekanan dalam acara ini adalah teknik
pegangan iaitu mengenakan pegangan cakera dengan cara yang betul. Setiap
atlit perlu ingat bahawa mereka mestilah boleh bergerak dan dapat menghayun
cakera dengan baik supaya cakera tidak terlepas atau terjatuh daripada
pegangan. Atlit perlu memilih gaya pegangan yang selesa dan sesuai dengan
saiz tapak tangan.
Cara 1
Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi
bahagian logam di tengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas jari yang
dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk
kawalan. Jari-jari direnggangkan pada jarak yang hampir sama untuk
membolehkan kawalan pegangan dan keseimbangan.
- 7 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Cara 2
Cara ini hampir sama dengan Cara 1, Cuma bezanya hanya jari telunjuk
dirapatkan dengan jari hantu, manakala jari manis dirapatkan dengan anak jari
(jari kelingking)
Cara 3
Cara ini untuk peserta yang kecil saiz tapak tangannya dan ruas jarinya
pendek. Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera dengan menutupi
dua pertiga ( ⅔ ) daripada bagaian logam. Ini adalah untuk membolehkan jari-jari
memegang simpai logam cakera. Jarak antara jari-jari adlah serupa dengan Cara
1 dan Cara 2
Panduan Melempar Cakera
Lemparan cakera yang baik untuk mendapatkan jarak maksimum
melibatkan gabungan beberapa aspek kemahiran. Aspek-aspek itu termasuklah
prinsip biomekanik, kelajuan perlepasan dan sudut optimum pelepasan.
Kelancaran perlepasan cakera juga bergantung kepada perkaitan di antara
halaju pusingan badan dan kekuatan lengan peserta. Cara membuat lemparan
yang sama boleh dilakukan oleh kedua-dua atlit lelaki dan perempuan, tetapi
teknik lemparan yang berlainan boleh dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna
mempengaruhi jarak lemparan.
- 8 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Teknik Lemparan
Terdapat dua teknik atau gaya melempar yang popular iaitu :
1. Teknik berdiri tetap (gaya 90°)
2. Teknik berdiri berpusing
Teknik berdiri tetap atau gaya 90° sesuai bagi atlit yang baru
menceburkan diri dalam acara ini atau bagi atlit yang baru mempelajari. Ia tidak
memerlukan banyak pergerakan badan yang sukar.
- 9 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Teknik berdiri pusing lebih sukar dan kompleks kerana ia memerlukan
banyak latihan untuk mendapatkan kemahiran. Kebanyakan atlit diperingkat
antarabangsa menggunakan teknik ini kerana gerakannya dapat menghasilkan
jarak lemparan yang lebih baik berbanding dengan teknik berdiri tetap.
Persediaan untuk permulaan
- 10 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Persediaannya adalah untuk permulaan menguji kedudukan kaki,
hayunan persediaan dan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera.
Posisi semasa berdiri mestilah kemas dan selesa untuk mendapatkan imbangan
badan semasa membuat lemparan untuk gaya berpusing. Rasakan pergerakkan
terlebih dahulu (feel) membayangkan bagaimana lemparan yang hendak dibuat.
Fasa melempar cakera terbahagi kepada fasa :
1. Menghayun
2. Memusing
3. Melempar dan
4. Pemulihan (ikut lajak)
- 11 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
- 12 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Pelempar cakera yang menggunakan tangan kanan membuat 1 ½
pusingan ke kiri. Kaki kiri berada di hadapan apabila cakera dilempar.
Fasa-Fasa Dalam Melempar Cakera
1. Menghayun (Lihat Gambar 1)
- 13 -
Gambar 1 Gambar 2
Gambar 1Gambar 2
Gambar 3Gambar 4
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
- Hayunkan cakera sejauh yang mampu ke arah kanan belakang
dan pada masa yang sama pusingkan badan. Gambar (1)
- Posisi kangkang dengan bukaan kedua-dua kaki seluas lebar
bahu dan balik ke arah lemparan ; bengkokkan sedikit kedua-
dua lutut (2)
2. Memusing (Lihat Gambar 2)
- Tolak ke hadapan dengan kaki kiri apabila muka menghadap
arah Lemparan (1)
- Tangan lemparan mestilah lebih tinggi daripada ketinggian
pinggul
dan di belakang badan (2). Berat badan disokong oleh kaki
kanan (3)
- Letakkan kaki kiri dengan pantas dan aktif pada penghujung
depan
bulatan (4)
- Pusingkan bebola kaki kiri (1), halakan lutut pada arah
lemparan
- Biarkan tangan lemparan terus berada di belakang badan (2)
- Hayun kaki kanan melepasi bulatan (3)
Posisi Kuasa
- Pada posisi melempar , berat badan di sokong oleh kaki kanan
(1)
- Biarkan tangan lemparan terus berada di belakang badan (2)
- 14 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
3. Melempar (Lihat Gambar 3)
- Pusing pinggul kanan menghala ke depan dan lunjurkan kaki
kanan (1)
- Lemparan pada paras ketinggian bahu dengan kaki hadapan
dilunjurkan (2)
- Jangan jatuhkan tangan lemparan sehingga kedua-dua kaki
sampai
Ke tanah dan pinggul telah berpusing .
Cengkaman (Lihat Gambar 4)
- Pegang cakera dengan sendi jari hujung (1)
- Cakera berada pada tapak tangan yang akan digunakan untuk
melempar (2)
- Ibu jari berada di atas cakera (3)
4. Pemulihan (ikut lajak)
- Pemulihan adalah perlu bagi kelancaran lemparan (flow)
- Tangan terus menghayun mengikut lajak bagi kawalan
lemparan.
- 15 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
- Fasa ikut lajak adalah perlu untuk mengelakkan kecederaan,
jika cakera dilempar tangan (lengan) terus kaku (dikeraskan)
kemungkinan akan mengakibatkan kecederaan.
Prinsip-Prinsip Asas Biomekanik
Prinsip biomekanik dalam acara lempar cakera merupakan cara dan
kaedah harus digunakan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang maksimum
daripada pengetahuan teknikal, pengetahuan atlit itu sendiri, pendekatan yang
digunakan dan pergerakan yang seterusnya diaplikasikan ke atas struktur dan
fungsi sistem tubuh manusia.bagi penghasilan daya pergerakan yang optimum.
Daya yang diaplikasikan m,enyebabkan perubahan pada “linear
momentum” yang melibatkan dan menghasilkan halaju pergerakan. Halaju
adalah hasil daripada jarak didarab dengan masa. Apabila memperkatakan
prinsip asas biomekanik ia melibatkan daya/ kuasa (force), jisim (mass),
pemecutan (acceleration), halaju dan masa.
Faktor yang mempengaruhi jarak balingan ialah :
1. sudut lontaran dan kelajuan - jarak yang dilalui cakera bergantung
kepada sudut dan kelajuan perlepasan. Lemparan perlu ada daya dan
sudut yang betul
2. ketinggian atlit - lebih panjang jejari rotasi maka lebih besar halaju linear.
Berdasarkan prinsip biomekanik, maka dengan itu lemparan atlit yang
bertubuh tinggi adalah lebih laju kerana mempunyai lengan yang lebih
panjang bagi mendapatkan daya hayunan yang lebih
- 16 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
3. bentuk fizikal badan dari genetic dan baka yang sesuai
4. faktor angin (bantuan luar)
Daya tambahan diperolehi dengan hayunan lengan semasa melempar
dengan fleksi pada pergelangan tangan menambah halaju linear. Halaju linear
dapat dikekalkan sekiranya pergerakan bersudut dapat dibentuk sebelum
lemparan. Kelajuan cakera yang dilepaskan adalah hasil daruipada
pengumpulan daya-daya pergerakan ‘swing’ badan, hayunan bahu pada lengan
dan pergelangan tangan.
Badan mencapai pergerakan linear yang maksima dan mengarah ke
perlepasan projektil. Semasa perlepasan berat badan dipindahkan dari kaki kiri
ke kaki kanan (bagi pelempar menggunakan tangan kanan) ketika badan
berpusing (satu setangah pusingan), dari kaki belakang ke kaki depan. Daripada
rotasi ini datangnya (menghasilkan) daya
Prinsip biomekanik melempar cakera
- 17 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Acara padang yang banyak melibatkan prinsip-prinsip biomekanik.
Antara prinsip-prinsip yang mempengaruhi pencapaian lemparan dalam acara
melempar cakera ialah pecutan, sudut lontaran, ketinggian dan aerodenamik.
Pecutan.
Menurut Hukum Newton Ke – 2, kadar perubahan momentum sesuatu
objek adalah berkadar terus kepada jumlah daya paduan yang bertindak ke
atasnya dan dalam arah yang sama dengannya.
Teknik melempar cakera yang berkesan adalah dengan menggunakan
daya seluruh badan dan memperolehi jarak lemparan yang mantap. Daya-daya
badan mesti digunakan dengan cakera pada arah yang sesuai, iaitu sejauh yang
boleh ke arah penghabisan lemparan. Daya-daya badan mestilah digunakan
pada urutan dan jangkaan masa yang tepat.
Untuk mempercepatkan lemparan cakera, setiap gerakkan badan (badan,
peha, kaki dan tangan) mesti bergerak ke arah yang sama dengan pantas.
Semakin pantas gerakkan badan akan menghasilkan daya yang semakin kuat.
Daya bermula dengan gerakan badan yang berfungsi sepenuhnya, koordinasi
supaya menyumbang pecutan yang maksimum kepada cakera. Pecutan
maksimum ini berkekalan untuk menyokong pergerakan yang selanjutnya.
Tangguhan atau kelambatan tindakan daya-daya badan akan memperlambatkan
kelajuan walaupun cakera belum lepas dari tangan.
Menurut Hukum Newton ke-3 (Hukum Tindakbalas). Bagi setiap
tindakbalas terdapat tindakbalas yang sama dan bertentangan. Kelajuan
- 18 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
lemparan cakera yang maksimum diperolehi daripada tangan yang menyumbang
daya mencukupi kepada pergerakan pelempar dan bagi suatu jangkamasa
selagi cakera itu berada pada pelempar sebelum dilepaskan.
Aerodinamik
Mengikut kajian, saiz dan bentuk cakera mempengaruhi jarak lemparan.
Semasa cakera melayang melalui udara, cakera yang berbentuk aerodinamik
menolak kebanyakan udara ke tepi dan sebahagian udara ke hadapan.
Tindakan ini mengurangkan daya kinetik dan kalajuan. Rintangan ini
mengurangkan daya kinetik dan kelajuan. Rintangan udara adalah bergantung
kepada bentuk dan saiz objek yang melaluinya. Semakin kecil dan tajam
hadapan objek, semakin kurang rintangan yang dihadapi kerana bahagian
rintangannya adalah sempit.
Aliran udara ini dapat membantu bagi menambahkan jarak mendatar
sesuatu objek. Aliran udara melalui bentuk ‘airfoil’ dipercepatkan melalui
bahagian atas yang melengkung daripada bahagian bawahnya. Ini
mengakibatkan perbezaan tekanan di antara kedua-dua permukaan (prinsip
Bernouli). Akibatnya satu daya akan bergerak dari bawah objek yang
bertekanan tinggi ke bahagian atas yang bertekanan rendah. Bentuk cakera
yang leper seperti piring yang melengkung dibantu oleh daya angkut udara
(aerodinamik) untuk menambahkan jarak pendaratan.
Daya mengangkut aerodinamik ketika melempar juga dihasilkan bagi
objek yang diprojekkan dengan putaran. Daya ini dihasilkan daripada perbezaan
- 19 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
tekanan di antara bahagian yang berkaitan sesuatu objek. Putaran yang
dihasilkan semasa lemparan cakera juga mempengaruhi jarak dan kestabilan
cakera. Untuk mendapatkan kestabilan cakera selepas perlepasan dan semasa
cakera melayang di udara, teknik dan kemahiran melempar mesti dikuasai
terlebih dahulu . ini dapat diaplikasikan melalui latihan intensif.
Sudut Lemparan
Sudut mendarat bagi sesuatu objek dipengaruhi oleh sudut lontaran.
Sudut lontaran ke udara dan mendarat sesuatu objek adalah sama jika diukur
secara mendartar. Jarak dari titik permulaan ke titik puncak tertinggi adalah
sama dengan jarak dari titik puncak tertinggi ke titik mendatar, jika diukur secara
mendatar. Daya tindakan gravity akan mempengaruhi jarak mendarat sesuatu
objek yang dilontar ke udara. Laluan yang akan diambil oleh sesuatu objek akan
berbentuk ‘parabola’. Oleh yang demikian, lebih besar sudut lontaran, lebih
curamlah parabola itu. Sudut lontaran yang ideal ialah 45 darjah jika diukur
mendatar.
Gambarajah menunjukkan pergerakan parabola
- 20 -
Kemahiran Ikhtisas OlahragaAnalisis Pergerakan Melempar Cakera
Pelepasan cakera ke udara untuk jarak mendatar melibatkan lemparan
cakera pada suatu ketinggian. Sudut lepasan bagi lemparan cakera yang paling
ideal ialah 45 darjah.
Ketinggian
Ketinggian lepasan dan mendarat relatif mempengaruhi masa objek itu
berada di udara. Satu objek yang dilepaskan pada titik yang lebih tinggi
daripada titik mendarat akan mempunyai masa yang lebih lama. Lebih lama
objek itu berada di udara, mempunyai komponan halaju mendatar, lebih jauh
objek itu akan bergerak secara mendatar.
Pelepasan cakera ke udara untuk jarak mendatar melibatkan lemparan
cakera itu pada suatu ketinggian. Ketinggian bergantung kepada ketinggian
pelempar dan tempat di mana dia melepaskan cakera itu secara relatif kepada
bumi. Semakin tinggi seseorang atlit pelempar cakera, maka lebih lama lembing
itu berada di udara dan jarak yang lebih jauh cakera itu akan bergerak.
- 21 -
Recommended