14
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E 1.0 PENDAHULUAN Pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan tiga elemen penting yang saling berkait bagi melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini adalah untuk mengukur tahap penguasaan murid dan untuk membantu guru melakukan penambah baikan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Tugasan projek PSV3113E ini menumpukan kepada instrumen penilaian yang boleh digunakan untuk menilai prestasi dan tahap penguasaan murid untuk subjek Pendidikan Seni Visual. Saya telah memilih instrument pemerhatian dan ujian untuk tugasan projek ini. Saya memilih pemerhatian sebagai salah satu instrumen penilaian kerana melalui pemerhatian, saya akan dapat melakukan penilaian secara holistic dengan melihat tahap penguasaan teknik seni yang dikuasai pelajar. Saya juga memilih instrumen ujian untuk menilai murid – murid kerana hasil dari ujian ini akan menunjukkan tahap penguasaan teori oleh mereka. 1

Assignment PSV

  • Upload
    inakame

  • View
    88

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment PSV sem 6

Citation preview

Page 1: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

1.0 PENDAHULUAN

Pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan tiga elemen penting yang saling

berkait bagi melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual. Ini adalah untuk mengukur tahap penguasaan murid dan untuk membantu guru

melakukan penambah baikan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan projek PSV3113E ini menumpukan kepada instrumen penilaian yang boleh

digunakan untuk menilai prestasi dan tahap penguasaan murid untuk subjek Pendidikan

Seni Visual.

Saya telah memilih instrument pemerhatian dan ujian untuk tugasan projek ini. Saya

memilih pemerhatian sebagai salah satu instrumen penilaian kerana melalui

pemerhatian, saya akan dapat melakukan penilaian secara holistic dengan melihat tahap

penguasaan teknik seni yang dikuasai pelajar. Saya juga memilih instrumen ujian untuk

menilai murid – murid kerana hasil dari ujian ini akan menunjukkan tahap penguasaan

teori oleh mereka.

1

Page 2: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

2.0 PERANCANGAN PROSEDUR PENILAIAN

Sebelum proses penilaian dijalankan, saya terlebih dahulu memilih topik, teknik dan

tahap murid yang ingin dinilai. Untuk instrumen pemerhatian, saya telah memilih seperti

yang berikut:

Tahap & Tahun : Tahap 2, Tahun 4

Topik : Alam Semulajadi (Pemandangan di Sekeliling)

Teknik : Menggambar

Alat & Bahan : Kertas lukisan & pensil

Saya memilih pensil kerana ia merupakan asas kepada teknik menggambar. Melalui

teknik menggambar menggunakan pensil, saya akan dapat menilai tahap penguasaan

garisan, jalinan dan teknik cahaya dan baying oleh pelajar.

Untuk instrumen ujian, saya telah melayari internet untuk mencari kertas ujian yang

sesuai dengan tahun 4 dan mempunyai soalan yang menguji tahap kefahaman teori seni

mereka.

Saya telah berjumpa dengan ketua panitia Pendidikan Seni sekolah untuk meminta

kebenaran untuk mengambil waktu seni guru yang berkenaan untuk menjalankan proses

penilaian.

2

Page 3: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

3.0 PELAKSANAAN PROSES PENILAIAN

Proses penilaian dijalankan ke atas murid tahap 2, tahun 4 Cemerlang.

Instrumen penilaian: Pemerhatian

Kertas lukisan telah disediakan dan murid diberi penerangan sebelum proses penilaian

dijalankan.

1. Murid hendaklah melukis menggunakan pensil sahaja. Pensil warna, krayon, cat air

adalah tidak dibenarkan.

2. Murid mesti melukis mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu Alam Semulajadi

(Pemandangan Sekeliling)

3. Murid diberi masa selama satu jam untuk menyiapkan karya mereka.

4. Tahap & Tahun : Tahap 2, Tahun 4 Elit

Topik : Alam Semulajadi (Pemandangan di Sekeliling)

Teknik : Menggambar

Alat & Bahan : Kertas lukisan & pensil

3

Page 4: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

4

Page 5: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

5

Page 6: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

Instrumen penilaian: Ujian

Murid diberikan masa 30 minit untuk menjawab 20 soalan pada kertas ujian yang telah

disediakan.

Tahap & Tahun : Tahap 2, Tahun 4 Cemerlang

Soalan : Pendidikan Seni Tahun 4 (kertas soalan dilampirkan)

6

Page 7: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

7

Page 8: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

4.0 PENGUMPULAN DATA – DATA PROSES PENILAIAN

1. Pemerhatian (dilampirkan)

2. Ujian (dilampirkan)

Rubrik Pemarkahan (Pemerhatian)

Gred Analisa

A+ – B+ 1. Penguasaan teknik yang sangat baik.

2. Sangat menepati tema/topik.

3. Pengolahan idea yang sangat baik

4. Sangat kemas, bersih dan teliti

B – C+ 1. Penguasaan teknik yang baik

2. Menepati tema/topik

3. Pengolahan idea yang baik

4. Kemas, bersih dan teliti

C – D- 1. Penguasaan teknik yang agak lemah

2. Kurang menepati tema/topik

3. Pengolahan idea yang lemah

4. Kurang kemas, bersih dan teliti

E 1. Penguasaan teknik yang sangat lemah

2. Tidak menepati tema/topik

3. Pengolahan idea yang sangat lemah

4. Tidak kemas, bersih dan teliti

Rubrik Pemarkahan (Ujian)

Gred/Markah Analisa

80% - 100% Sangat menguasai

60% - 79% Menguasai

40% - 59% Kurang menguasai

0% - 39% Lemah

8

Page 9: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

5.0 DATA – DATA PENILAIAN

1. Data – data pemerhatian (dilampirkan)

A+ - B+ B - C+ C - D- E0

5

10

15

20

25

30

Sangat BaikBaikLemahSangat Lemah

9

Page 10: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

2. Data – data ujian (dilampirkan)

0% - 39% 40% - 59% 60 % - 79% 80% - 100%0

5

10

15

20

25

30

LemahKurang MenguasaiMenguasaiSangat menguasai

10

Page 11: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

6.0 PENULISAN REFLEKTIF

Bagi instrumen pemerhatian, data yang diperoleh menunjukkan lebih dari 50% murid

menguasai teknik menggambar menggunakan pensil dengan sangat baik dan baik. 10 orang

daripada 32 orang murid sangat menguasai teknik menggambar, 15 orang murid menguasai

dan 7 orang murid kurang menguasai. Sepanjang pemerhatian dijalankan, murid

menunjukkan kefahaman dalam teknik menggambar dengan baik. Murid dapat melukis

dengan menepati tema/topik. Elemen alam semulajadi dapat dilihat seperti pokok, haiwan,

manusia dan objek di sekeliling murid. Pengolahan idea juga dapat dilihat sepanjang

pemerhatian dijalankan. Susunan objek di atas kertas lukisan adalah baik dan murid dapat

menggambarkan suasana yang ingin disampaikan melalui lukisan mereka. Pemisahan

ruang antara darat dan udara dapat dilihat dari hasil karya murid. Seperti manusia di darat

dan burung di udara. Wujud elemen cahaya dan bayang dimana bahagian yang tidak

mendapat cahaya mempunyai bayang serta dilukis dan diwarnakan dengan pensil dengan

lebih gelap. Murid juga mengamalkan tatatertib kerja yang sopan, bersih dan kemas

sepanjang proses pemerhatian dijalankan.

Walaubagaimanapun, guru masih boleh memperbaiki tahap pencapaian murid. Masih

terdapat murid yang tidak menguasai konsep dan teknik menggambar menggunakan pensil

dengan baik. Penekanan perlu diberikan kepada teknik cahaya dan bayang. Ini adalah

kerana masih banyak murid yang tidak dapat menentukan punca cahaya dan kedudukan

bayang dengan betul. Antara penambahbaikan lain ialah penekanan terhadap pembahagian

ruang lukisan. Masih terdapat murid yang tidak dapat membezakan ruang darat dan udara.

Mereka melukis objek di kedudukan yang salah seperti manusia di udara atau di laut.

Data instrumen ujian pula menunjukkan lebih dari 50% murid sangat menguasai dan

menguasai teori pendidikan seni visual. Seorang murid mendapat markah 35%, 10 orang

murid mendapat markah dari 40% hingga 59%, 15 orang murid mendapat markah 60% -

80% dan 6 orang murid mendapat markah 80% - 100%. Sepanjang proses ujian dijalankan,

murid kerap kali bertanya tentang istilah – istilah seni yang mereka tidak tahu. Antaranya

ialah stabail, mobail, arca dan resis. Istilah – istilah berikut merupakan asas dalam subjek

pendidikan seni dan hasil dari ujian ini menunjukkan murid – murid kurang didedahkan

dengan teori pendidikan seni. Murid tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan yang

menanyakan tentang asas warna, corak dan bentuk. Ini menunjukkan bahawa murid lebih

didedahkan dengan teknik dan latihan praktikal.

Antara penambahbaikan yang boleh dijalankan ialah dengan mendedahkan murid

dengan teori dan sejarah pendidikan seni. Ini adalah kerana ianya sama penting dengan

11

Page 12: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

penguasaan murid dalam bidang praktikal seni. Ujian perlu dijalankan di akhir setiap topik

untuk memastikan murid dapat menguasai teori pendidikan seni dengan baik.

7.0 PENUTUP

12

Page 13: Assignment PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3113E

Dari tugasan projek ini, saya telah dapat belajar tentang jenis – jenis instrumen yang ada

untuk mengukur tahap pencapaian murid dalam pendidikan seni visual di sekolah. Saya

perlu melakukan kajian ke atas setiap pilihan instrument yang ada sebelum memilih

instrument yang sesuai untuk dijalankan ke atas murid – murid. Saya juga dapat melihat

tahap penguasaan murid dalam subjek pendidikan seni visual melalui penilaian yang

dijalankan. Pengalaman dari tugasan projek ini akan saya aplikasikan pada praktikum fasa 3

akan datang apabila saya perlu mengajar subjek PSV di sekolah.

13