View
252
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Central Forest Spine : Pelan Induk Rangkaian Ekologi
PENGENALAN
Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti fragmentasi hutan
sebagai ancaman kepada pemeliharaan hutan dan perlindungan
biodiversiti. Tidak dinafikan pembukaan hutan diperlukan bagi
memenuhi keperluan pembangunan sosio-ekonomi negara, tetapi
dengan perancangan dan pengurusan yang lebih baik secara langsung
akan dapat meminimakan kadar kehilangan hutan dan mengelakkan
fragmentasi hutan yang tinggal.
Dasar RFN19 telah menyatakan keperluan mewujudkan kawasan CFS
bagi membentuk tulang belakang jaringan Kawasan Sensitif Alam
Sekitar (KSAS). Kawasan CFS diwujudkan bertujuan mengekalkan
kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti
menerusi penyambungan 4 kompleks hutan utama di Semenanjung
Malaysia iaitu:
(i) Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan;
(ii) Taman Negara-Banjaran Timur;
(iii) Tanah Lembap Pahang Tenggara,Tasik Chini dan Tasik Bera; dan
(iv) Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.
PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI CFS
Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS merupakan pelan jangka panjang
dalam memelihara, memulihara dan meningkatkan perhubungan di
antara kelompok-kelompok hutan kecil dan kompleks-kompleks hutan
utama di Semenanjung Malaysia. Pelan Induk ini merupakan dokumen
rujukan bagi agensi pelaksana sebagai rangka dalam mengurus kawasan
CFS meliputi:
(i) Pengenalpastian dua jenis rangkaian ekologi terdiri daripada 17
Rangkaian Utama (PL) dan 20 Rangkaian Sekunder (SL) bagi
kesinambungan (connectivity) hutan (Rajah 1);
(ii) Strategi pelaksanaan kawasan fragmentasi hutan, garis-garis
panduan yang perlu digunapakai dan langkah-langkah susulan
yang perlu diambil untuk mewujudkan rangkaian ekologi yang
telah dicadangkan; dan
(iii) Mekanisme pelaksanaan bagi mengurus kesinambungan rangkaian
ekologi merangkumi struktur rangka institusi dan anggaran kos
pelaksanaan.
Rajah 1 : Rangkaian Utama (PL) dan Rangkaian Sekunder (SL) CFS
#
#
#
#
#
#
#
#
##
#
#
#
##
#
#
#
##
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
##
#
#
#
# #
#
#
#
#
##
#
#
##
#
##
#
#
#
#
#
#
#
#
#
##
#
##
#
#
#
#
#
##
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
##
##
#
#
##
#
#
##
#
#
#
#
#
#
#
#
##
#
#
#
#
Muar
Kuah
Raub
Ipoh
Juru
Paka
Chaah
Labis
Jitra
Gurun
Kulim
Nilai Bahau
Pekan
LumutTapah
Bidor
Klang
Senai
Kadok
Kertih
Kluang
Tumpat
Jengka
Kampar
Kangar
Kajang
Bedong
TampinSegamat
Tangkak
Mersing
Kuantan
Bentong
Taiping
Banting
Kg. Koh
Sekudai
Val Dor
Seremban
Jerantut
TemerlohMentakab
Sitiawan
Serendah
Semenyih
Peringat
Beranang
Yong Peng
Pasir Mas
Ulu Tiram
Tg. SepatSg. Pelek
Batu Pahat
Alor SetarWakaf Baru
Kota Bharu
Kuala Krai
Gua Musang
Alor Gajah
Georgetown
Batu Gajah
Ayer Tawar
Parit Raja
Ayer Keroh
Sungai Ara
Pekan Nenas
Kota Tinggi
Kuala Kedah
Tanah Merah
Kuala Pilah
Kuala Lipis
Butterworth
Bagan Serai
Teluk Intan
Johor Bahru
Bandar Cukai
Masjid Tanah
Port Dickson
Kepala Batas
Nibong TebalParit Buntar
Pantai Remis
Kuala Perlis
Sabak Bernam
Sungai Besar
Kuala Lumpur
Pasir Gudang
Bukit Tinggi
Bandar Jertih
Bandar Marang
Bandar Dungun
Sungai Petani
Bandar Melaka
Kuala Kangsar
Tanjong Malim
Petaling Jaya
Pontian Kecil
Tanjong Bunga
Bukit Mertajam
Tanjong Karang
Kuala Selangor
Simpang Renggam
Kuala Kubu Baru
Lawan Kuda Baru
Kuala Terengganu
Sungai Siput (Utara)
PAHANG
PERAK
JOHOR
KELANTAN
KEDAH
TERENGGANU
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
MELAKA
PERLIS
PULAU PINANG
WILAYAH PERSEKUTUAN
1. KOMPLEKS HUTAN KEDAH SINGGORA 2. KOMPLEKS HUTAN BINTANG HIJAU 3. KOMPLEKS HUTAN BANJARAN UTAMA 4. KOMPLEKS HUTAN TAMAN NEGARA 5. KOMPLEKS HUTAN BENOM 6. KOMPLEKS HUTAN CINI-BERA 7. HUTAN TANAH LEMBAB TENGGARA PAHANG 8. KOMPLEKS HUTAN ROMPIN – SEDILI
Rangkaian Utama (PL) Rangkaian Sekunder (SL) Kawasan hutan
Pusat Petempatan
Thailand
Indonesia
Singapura
SL7
SL8
PL 4
PL5
SL13
PL2
SL9
PL9
SL3
PL3 SL12
SL 11
PL6 PL1
SL 2
SL6 66
SL1
PL7
SL10
SL 5
SL1
SL 2
PL 6
PL5
P 2
PL1
PL3
SL4
SL5
1
2
3 4
5
6
7
8
CFS 1
CFS 2
PL 1
SL4
PL4
S 3
PL10
PL8
Selat Melaka
Laut China Selatan
SL6
SL7 PETUNJUK
Tanpa Skala
Rangkaian ekologi ini melibatkan lebih kurang 10 peratus daripada
keseluruhan kawasan CFS. Daripada keluasan rangkaian ekologi
tersebut, dianggarkan 25 peratus daripadanya merupakan kawasan yang
telah dibangunkan (tepubina), kawasan pertanian dan badan air.
Manakala selebihnya adalah kawasan yang masih diliputi hutan sama
ada berstatus HSK, Taman Negara/Negeri ataupun Kawasan Hutan
Kerajaan Negeri.
Pelan ini merupakan dokumen rujukan bagi agensi pelaksana sebagai
rangka kerja dalam mengurus kawasan yang terlibat dengan kawasan
Rangkaian Utama dan Rangkaian Sekunder. Strategi-strategi
pelaksanaan yang disediakan adalah secara umum dan sebagai
panduan. Ia perlu disesuaikan, ditambahbaik dan dilaksanakan
mengikut kesesuaian dari segi lokasi, isu yang dihadapi dalam kawasan
rangkaian tersebut dan keupayaan agensi pelaksana. Strategi
pelaksanaan ini akan lebih jelas dan berdaya laksana apabila pelan
tindakan terperinci disediakan. Pelan tindakan terperinci ini perlu
disediakan di peringkat negeri bagi melaksanakan strategi dan
cadangan pelan induk dalam memastikan sistem biodiversiti negara
terpelihara dan berkekalan demi kesejahteraan generasi akan datang.
Rundingan berterusan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri perlu diadakan bagi melaksanakan cadangan dan syor-syor yang
diputuskan.
Garis Panduan disediakan sebagai panduan kepada agensi-agensi
pelaksana yang terlibat dalam mewujudkan kawasan Rangkaian Utama
(PL) dan Rangkaian Sekunder (SL) ke arah pengekalan sumber
biodiversiti negara. Garis panduan-garis panduan yang sediakan adalah
berasaskan garis panduan agensi terlibat iaitu Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
PERHILITAN, Jabatan Perhutanan dan Kementerian Pelancongan yang
telah disesuaikan dan ditambahbaik berdasarkan amalan terbaik dari
luar dan dalam negara untuk digunapakai oleh agensi pelaksana dalam
mengurus kawasan rangkaian ekologi ini. Garis panduan tersebut adalah
seperti berikut:
i. Garis Panduan Pembangunan Petempatan dan Kampung; ii. Garis Panduan Amalan Pengurusan Pertanian Mampan; iii. Garis Panduan Ekopelancongan; iv. Garis Panduan Rizab Sungai v. Garis Panduan Perancangan Untuk Lintasan/ Laluan Binatang Bagi
Perancangan Jalan; vi. Garis Panduan Konflik Manusia dan Haiwan; vii. Garis Panduan Penanaman Semula Hutan; dan viii. Garis Panduan Elak Berburu;
Kerajaan negeri perlu memainkan peranan utama dalam melaksanakan
Pelan Induk Rangkaian Ekologi ini. Rundingan dengan Kerajaan Negeri
telah diadakan melalui Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) bagi
negeri-negeri terlibat dan pada dasarnya telah bersetuju bahawa Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)/JPBD Negeri/Jabatan
Perhutanan/Jabatan Perhilitan bertindak sebagai peneraju utama ke
arah pelaksanaan semua rangkaian ekologi di peringkat negeri masing-
masing. Langkah ini merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi
menjamin komitmen berterusan. Rundingan secara berterusan juga
diadakan dengan agensi pusat, negeri dan teknikal. Komitmen dari
semua peringkat persekutuan, negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO),
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC), pihak swasta dan komuniti amatlah penting di dalam
memastikan sistem biodiversiti negara terpelihara dan berkekalan.
KEPENTINGAN PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI CFS
Kepentingan dan keperluan mewujudkan kesinambungan di antara dan
dalam kompleks-kompleks hutan utama adalah penting dan jika
cadangan-cadangan pelan induk ini dilaksanakan, ia akan memberi
outcome dan impak berikut:
(i) Alam Sekitar dan Biodiversiti Terpelihara dan Lestari: yang mana
kawasan CFS merupakan harta biodiversiti yang masih hidup yang
merupakan warisan alam semulajadi yang unik. Kehilangan
biodiversiti akan mengancam bekalan makanan manusia, peluang-
peluang ekonomi pelancongan dan kepentingan fungsi ekologi di
mana hutan memberi sumbangan kepada perubahan iklim;
(ii) Kawasan Tadahan Air Dikawal dan Diurus Dengan Lestari: yang
mana hutan merupakan kawasan tadahan air yang jika tidak
dilindungi akan menyebabkan ancaman kepada sumber bekalan
air dan juga mengakibatkan bencana alam seperti banjir dan
tanah runtuh;
(iii) Pelancongan Berasaskan Alam Semulajadi dan Potensi Rekreasi
Dapat Menarik Pelancong dan Menjana Ekonomi: dengan
pemeliharaan kawasan sumber alam semulajadi seperti kawasan
tanah tinggi, kawasan ini boleh menjadi daya tarikan pelancong
domestik dan antarabangsa untuk aktiviti pelancongan eko,
pelancongan berasaskan pendidikan dan penyelidikan;
(iv) Pengurusan Hutan Bersepadu di antara Negeri: bagi memelihara
keseimbangan ekosistem dan alam sekitar. Secara langsung dapat
membantu usaha-usaha negara bagi mengekalkan kawasan
berhutan bagi tujuan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan
secara berkekalan, pemeliharaan sumber air, pemeliharaan
kepelbagaian biologi dan sumber genetik serta pemeliharaan
hidupan liar; konservasi kepelbagaian biologi negara dan sumber
genetik.
KESIMPULAN
Pewujudan CFS di Semenanjung Malaysia melengkapi usaha negara
untuk menguruskan dan memelihara sumber biodiversiti secara
berkekalan. Kejayaan pelaksanaan CFS secara tidak langsung akan
membantu usaha Kerajaan menjamin bekalan sumber air mencukupi
dan berterusan serta menangani isu pemanasan global di mana aktiviti
restorasi dan pemulihan semula hutan (rehabilitation) bagi tujuan
penyambungan kawasan-kawasan hutan yang terpencil akan membantu
menghijaukan lagi Malaysia. Pelaksanaan CFS memerlukan peningkatan
keupayaan, kepakaran teknikal dan sumber kewangan yang tinggi bagi
menjamin kejayaan program serta aktiviti yang dirancangkan melalui
bantuan kerajaan persekutuan, negeri-negeri dan penyumbang lain.
Recommended