View
306
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
Cabaran Pluraliti di Malaysia
Terdapat pelbagai cabaran pluraliti budaya yang timbul dalam Malaysia
yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum yang mempunyai agama, budaya dan
bahasa yang berlainan. Pluraliti budaya ini menerapkan pencapaian
keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara secara keseluruhnya
tetapi setiap kaum dibenarkan untuk mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya
tersendiri pada masa yang sama. Konsep ini boleh diwakili oleh formula “A + B +
C = A + B + C” (A, B dan C merujuk kepada budaya) . Mengikut sejarah negara
kita, pendekatan konsep pluraliti budaya ini telah digunakan sebagai satu
penyelesaian masalah hubungan ras yang berlaku di Malaysia apabila wujudnya
perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu seperti
kaum Cina, India dan lain-lain lagi dalam Kontrak sosial ini. pada pendapat kami,
cabaran plurality budaya di Malaysia boleh terbahagi kepada tiga bidang, iaitu
dari segi bahasa, agama dan kebudayaa.
Di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menggunakan
bahasa yang berbagai-bagai jenisnya ini, banyak kesalahfahaman antara kaum
akan berlaku sekiranya kita tidak mahir dalam berkomunikasi sama orang
berkaum lain. Oleh itu, jelaslah menunjukkan kepelbagaian bahasa mampu
menyebabkan masalah komunikasi antara kaum untuk berlaku. Satunya faktor
menyebabkan berlakunya masalah komunikasi antara kaum ialah terdapat orang
yang suka bergaul dengan rakan yang sama kaum sahaja dan kurang pergaulan
dengan orang yang berkaum lain. Hal ini akan menjurangkan pergaulan antara
kaum yang berbeza-beza. Contohnya, peristiwa pergaduhan yang berlaku di
antara Cina dengan bumiputera di kuching atas sebab bumiputera yang terlibat
itu salah anggap bahawa orang Cina tersebut bercakap kasar terhadap mereka.
Oleh sebab itu, bidang bahasa ini sememangnya menjadi satu cabaran kepada
masyarakat plurality di Malaysia ini.
Bahasa Melayu yang sebagai bahasa rasmi negara kita ini seharusnya
dikuasai oleh semua orang rakyat Malaysia supaya kita dapat berkomunikasi
antara satu sama lain tanpa halangan masalah bahasa. Pada masa yang sama,
kami berpendapat bahawa semua rakyat sepatutnya menguasai lebih daripada
dua jenis bahasa di Malaysia seperti bahasa Cina dan Bahasa lain supaya kita
dapat berkomunikasi dengan lebih mudahnya sedangkan rakyat Malaysia
mempunyai potensi menguasai pelbagai jenis bahasa terutamanya Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dengan ini, kesalahfahaman yang timbul
disebabkan masalah komunikasi ini pasti dapat dielakkan dan seterusnya
mengurangkan perselisihan faham antara kaum untuk berlaku.
Selain itu, faktor agama juga ialah satunya cabaran pluraliti budaya yang
terdapat di Malaysia. Biasanya, kebanyakan masalah berkaitan dengan agama
antara kaum berlaku disebabkan kekurangan kefahaman rakyat Malaysia
terhadap agama yang dianuti kaum lain. Sekiranya hal seperti ini berterusan, isu-
isu sensitif akan tersentuh dan menyebabkan berlakunya kesalahfahaman antara
kaum yang akan membawa kepada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
Sebagai contohnya, peristiwa membakar gereja dan lain-lain lagi.
Satu contohnya ialah peristiwa pembakaran gereja St Lois dan St Teresa.
Hal ini kemungkinan besar disebabkan kekurangan kefahaman antara kaum
yang menyebabkan segelintir orang yang sanggup menyinggung perasaan orang
lain dengan membakar gereja yang dianggap sebagai tempat suci dan tempat
bersembahyang bagi penganut agama Kritstian. Namun begitu, juga ada
pendapat di mana ia melibatkan isu-isu politik bahawa parti politik tertentu
sengaja menimbulkan isu membakar gereja ini demi tujuan meningkatkan
sokongan kaum tertentu terhadap mereka. “Tindakan samseng sedemikian juga
telah menjatuhkan imej Islam yang suci dan cintakan keamanan.” Ahli Parlimen
Taiping, YB Nga Kor Ming berkata. Beliau menyatakan tingkah laku membakar
gereja Katholik dan Kristian adalah akibat dari politik perkauman yang diapi-
apikan oleh parti perkauman dan laporan media arus perdana yang bermotif
politik. Beliau menyeru rakyat Malaysia khususnya masyarakat muslim
bersatupadu menolak politik perkauman yang bahaya sebelum terlewat.
Nga Kor Ming hari ini merujuk kepada peristiwa pembakaran gereja St
Lois dan St Teresa di Taiping pagi ini. Kejadian ini menjadikan jumlah gereja
yang dibakar meningkat ke enam(6)buah setakat ini akibat keputusan
Mahkamah Tinggi yang berkaitan kalimah ALLAH. Selain itu, YB Nga juga
menyatakan bahawa isu pembakaran gereja ini telah menjejaskan imej negara
dan membawa kesan negatif kepada pembangunan ekonomi negara.
Dalam Malaysia, adat resam juga merupakan suatu simbolik bagi
menunjukkan identiti seseorang individu. Oleh itu, isu berkaitan dengan adat
resam ini boleh menjadi sensitif sekiranya berlaku kekurangan kefahaman
seseorang individu terhadap adat resam antara kaum dan etnik yang berlainan
yang menyebabkan pertelingkahan antara kaum yang berlainan. Hal ini akan
membawa kesan buruk kepada perpaduan rakyat Malaysia pada akhirnya. Kami
percaya bahawa semua kaum semestinya akan melindungi adat resam dan
budaya sendiri daripada terhina atau terkritik oleh pihak lain yang tidak
bertanggungjawab. Terdapat beberapa contoh isu masalah adat resam kaum
dalam Malaysia. Antaranya ialah pemberian angpau putih oleh Perkasa semasa
rumah terbuka Tahun Baru Cina pada tahun 2012.
. Peristiwa ini berlaku pada 29 Januari 2012 ketika majlis rumah terbuka
Tahun Baru Cina di Petaling Jaya. Dalam majlis rumah terbuka tersebut,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memberikan paket
berwarna putih, iaitu angpau putih kepada orang-orang tua. Namun demikian, hal
ini seharusnya dielakkan supaya tidak menimbulkan kemarahan kaum Cina
kerana mengikut tradisi kaum Cina, wang yang diberikan dalam paket putih
dikatakan sebagai ‘pak kam’ atau emas putih yang dijadikan sebagai sumbangan
derma sewaktu majlis pengebumian. Isu menggunakan paket putih sebagai
angpau pada masa perayaan Tahun Baru Cina jelas menunjukkan bahawa
Perkasa ini tidak memahami budaya dan adat resam kaum Cina yang juga
menimbulkan perasaan kaum Cina yang tidak puas hati terhadap pembuatan
mereka.
Bagi peristiwa seperti ini, banyak ahli politik tidak kira dari pihak kerajaan
atau pihak pembangkang telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap
Perkasa tersebut. Menurut Ketua Biro Profesional Muda, MCA, Datuk Chua Tee
Yong, tiada alasan bagi Perkasa terhadap perkara yang berlaku. “Perkasa
sepatutnya menyedari perkara itu. Mereka sepatutnya mempelajari amalan kaum
lain sebelum menganjurkan majlis seperti itu, agar mereka tidak mengecewakan
sesiapa,” kata Chua. Kenyataan tersebut juga disokong oleh ahli politik lain
seperti Datuk Chai Kim Sen dan Datuk Dr. Wee Ka Siong. Manakala Ketua
Menteri Pulau Pinang dari pihak pembangkang, Lim Guan Eng pula berkata,
angpau putih Ibrahim Ali telah hina orang Cina. Walau bagaimanapun, Perkasa
telah memberi penjelasan bahawa mereka tidak tahu paket putih merupakan
pantang larang dalam kalangan kaum Cina. Namun begitu, tidak kira betapa
banyak usaha Perkasa diberikan untuk membuat penjelasan atas peristiwa
pemberian angpau putih yang menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai
pihak ini, Perkasa memang sudah melakukan kesilapan yang tidak dapat
dimaafkan kerana tidak memahami adat resam kaum lain sehingga
menyebabkan berlakunya kesalahan mengedarkan paket putih semasa
perayaan Tahun Baru Cina pada akhirnya.
Walau bagaimanapun, semua pihak juga boleh pilih untuk bertoleransi
dengan Perkasa ini apabila pemimpin mereka meminta maaf atas kekurangan
kefahaman mereka terhadap adat resam dan budaya Cina bahawa “angpau
putih” itu sepatutnya tidak boleh diberikan kepada orang pada musim perayaan
Tahun Baru Cina kerana ia sememangnya pantang larang bagi orang Cina.
Pembuatan harap maaf daripada Perkasa ini kepada orang Cina boleh dikatakan
Perkasa berharap dapat menjamin dan mengekalkan persefahaman dan
perpaduan antara kaum agar bebas daripada isu-isu adat resam yang timbul
atas kekurangan mereka. Sebaliknya, kalau perpaduan kaum gagal tercapai,
hubungan etnik diumpamakan rumah koyak, sekali sahaja isu kecil timbul,
hubungan etnik dalam Malaysia yang dibina selama ini pun akan roboh.
Faktor kebudayaan juga boleh dijadikan satunya cabaran pluraliti budaya
di Malaysia. Kepelbagaian budaya di Malaysia walaupun amat bermakna dan
tidak dapat bandingkan nilainya, tetapi ia juga akan menyebabkan berlakunya
konflik dalam kalangan kaum yang berlainan budaya sekiranya ia tidak
dititikberatkan oleh pelbagai pihak. Budaya pemakanan kaum yang berlainan
juga adalah satunya jenis faktor kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Dalam
Malaysia, kaum yang berlainan mempunyai budaya permakanan yang berbeza-
beza. Misalnya, kaum Melayu tidak memakan daging khinzir atas sebab agama
manakala kaum India pula tidak memakan daging lembu kerana lembu adalah
haiwan suci bagi mereka.
Di samping itu, cara pemakanan pelbagai kaum yang istimewa dan
berlainan adalah antara kepelbagaian budaya di Malaysia. Cara makan makanan
kaum Melayu adalah dengan menggunakan tangan tangan manakala bagi orang
Cina pula makan makanan dengan menggunakan Chopstick. Dalam hal cara
makan ini, kita seharusnya menghormati adat orang lain dan tidak boleh
mengetawakan atau membuat sebarang gurauan atas cara makan kaum lain.
sebagai contohnya, apabila seseorang individu itu menjemput tetamu yang
berkaum lain untuk menghadiri majlis jamuannya, dia perlulah bertimbang rasa
dalam hal menyediakan makanan dan segala yang lain dengan sempurnanya.
Sebagai contohnya, apabila tetamu berkaum Melayu dijemput untuk menghadiri
majlis jamuan tersebut, pinggan yang digunakan perlulah suci dan bersih yang
tidak pernah digunakan untuk menghidap daging khinzir. Hal ini adalah untuk
menghormati budaya orang lain dan mengekalkan kesefahaman antara kaum.
Secara ringkasnya, setiap kaum mempunyai cara makan yang istimewa dan
bermakna bagi diri setiap kaum sendiri dan budaya kaum ini seharusnya
dikekalkan di samping menambahkan kesefahaman antara kaum.
Di samping itu, perayaan juga adalah satunya cabaran pluraliti budaya di
Malaysia. Sekiranya tidak berhati-hati dalam mengendalikan isu-isu yang muncul
antara kaum, pertelingkahan atau pergaduhan mungkin akan berlaku apabila
satu kaum itu tidak memahami budaya kaum lain dan kekurangan sikap
kesederhanaan akan membuat aduan terhadap kaum lain sedangkan kaum yang
satu lagi itu menjalankan aktiviti budaya mereka. Dengan itu, sudah pasti akan
menyebabkan berlakunya sikap prejudis antara kaum. Sebagai contohnya, orang
Cina yang mempunyai budaya bermain mercun yang merupakan tradisi kaum
Cina yang sudah lama sejarahnya yang dilakukan semasa perayaan Tahun Baru
Cina selama ini. Kadang kala hal bermain mercun semasa perayaan tahun Baru
Cina akan menjadi terlampau dengan bunyi mercun terbakar yang terlalu besar
sehingga menganggu kehidupan orang lain yang boleh menimbulkan prasangka
buruk kaum lain terhadap kaum Cina. Dengan itu, kemungkinan besar orang lain
akan menganggap kaum Cina ini tidak tahu menghormati orang lain dan
bersikap buruk. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan masalah hubungan antara
kaum.
Satu contoh bagi isu berkaitan dengan perayaan ini ialah isu “Balik China”
yang berlaku disebabkan murid-murid Cina memakan makanan di kantin sekolah
pada musim bulan kaum Melayu-Islam berpuasa dan ia telah menimbulkan
perasaan tidak puas hati pada guru dan murid yang berbangsa Melayu dan juga
beragama Islam. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kepada
kekecewaan masyarakat terhadap pengetua sekolah tersebut yang tidak
menghormati orang lain dengan mengeluarkan penyataan yang tidak
bertanggungjawab. Berhubungan dengan itu, banyak akhbar seperti akhbar Sin
Chew, akhbar Nanyang Siang Pao dan sebagainya juga menunjukkan
kemarahan dan kekecewaan terhadap isu “Balik China” tersebut yang diluahkan
melalui mulut seseorang pengetua sekolah yang sepatutnya adil dan dihormati
orang lain.
Bibliografi :
1. Lee Yee Mun dan Sira Habibu. (31 Januari 2012) Perkasa Guna Angpau
Putih : Bukan Alasan – Pemimpin Muda MCA. Dipetik daripada :
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/31/mstar_berita/
20120131105841&sec=mstar_berita
2. Rakyat Marhaen. (30 Januari 2012) Guan Eng : Angpau Putih Ibrahim Ali
Hina Orang Cina. Dipetik daripada
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/guan-eng-angpau-putih-ibrahim-
ali-hina.html
3. Utusan Online (25 Ogos 2010) Isu-isu Akhbar Cina. Dipetik daripada :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Recommended