11
Cabaran Pluraliti di Malaysia Terdapat pelbagai cabaran pluraliti budaya yang timbul dalam Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum yang mempunyai agama, budaya dan bahasa yang berlainan. Pluraliti budaya ini menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara secara keseluruhnya tetapi setiap kaum dibenarkan untuk mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri pada masa yang sama. Konsep ini boleh diwakili oleh formula “ A + B + C = A + B + C” (A, B dan C merujuk kepada budaya) . Mengikut sejarah negara kita, pendekatan konsep pluraliti budaya ini telah digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras yang berlaku di Malaysia apabila wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan lain-lain lagi dalam Kontrak sosial ini. pada pendapat kami, cabaran plurality budaya di Malaysia boleh terbahagi kepada tiga bidang, iaitu dari segi bahasa, agama dan kebudayaa. Di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menggunakan bahasa yang berbagai-bagai jenisnya ini, banyak kesalahfahaman antara kaum akan berlaku sekiranya kita tidak mahir dalam berkomunikasi sama orang berkaum lain. Oleh itu, jelaslah menunjukkan kepelbagaian bahasa mampu menyebabkan masalah komunikasi antara kaum untuk berlaku. Satunya faktor menyebabkan berlakunya masalah komunikasi antara kaum ialah

Cabaran Pluraliti Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

Cabaran Pluraliti di Malaysia

Terdapat pelbagai cabaran pluraliti budaya yang timbul dalam Malaysia

yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum yang mempunyai agama, budaya dan

bahasa yang berlainan. Pluraliti budaya ini menerapkan pencapaian

keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara secara keseluruhnya

tetapi setiap kaum dibenarkan untuk mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya

tersendiri pada masa yang sama. Konsep ini boleh diwakili oleh formula “A + B +

C = A + B + C” (A, B dan C merujuk kepada budaya) . Mengikut sejarah negara

kita, pendekatan konsep pluraliti budaya ini telah digunakan sebagai satu

penyelesaian masalah hubungan ras yang berlaku di Malaysia apabila wujudnya

perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu seperti

kaum Cina, India dan lain-lain lagi dalam Kontrak sosial ini. pada pendapat kami,

cabaran plurality budaya di Malaysia boleh terbahagi kepada tiga bidang, iaitu

dari segi bahasa, agama dan kebudayaa.

Di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menggunakan

bahasa yang berbagai-bagai jenisnya ini, banyak kesalahfahaman antara kaum

akan berlaku sekiranya kita tidak mahir dalam berkomunikasi sama orang

berkaum lain. Oleh itu, jelaslah menunjukkan kepelbagaian bahasa mampu

menyebabkan masalah komunikasi antara kaum untuk berlaku. Satunya faktor

menyebabkan berlakunya masalah komunikasi antara kaum ialah terdapat orang

yang suka bergaul dengan rakan yang sama kaum sahaja dan kurang pergaulan

dengan orang yang berkaum lain. Hal ini akan menjurangkan pergaulan antara

kaum yang berbeza-beza. Contohnya, peristiwa pergaduhan yang berlaku di

antara Cina dengan bumiputera di kuching atas sebab bumiputera yang terlibat

itu salah anggap bahawa orang Cina tersebut bercakap kasar terhadap mereka.

Oleh sebab itu, bidang bahasa ini sememangnya menjadi satu cabaran kepada

masyarakat plurality di Malaysia ini.

Bahasa Melayu yang sebagai bahasa rasmi negara kita ini seharusnya

dikuasai oleh semua orang rakyat Malaysia supaya kita dapat berkomunikasi

antara satu sama lain tanpa halangan masalah bahasa. Pada masa yang sama,

Page 2: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

kami berpendapat bahawa semua rakyat sepatutnya menguasai lebih daripada

dua jenis bahasa di Malaysia seperti bahasa Cina dan Bahasa lain supaya kita

dapat berkomunikasi dengan lebih mudahnya sedangkan rakyat Malaysia

mempunyai potensi menguasai pelbagai jenis bahasa terutamanya Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dengan ini, kesalahfahaman yang timbul

disebabkan masalah komunikasi ini pasti dapat dielakkan dan seterusnya

mengurangkan perselisihan faham antara kaum untuk berlaku.

Selain itu, faktor agama juga ialah satunya cabaran pluraliti budaya yang

terdapat di Malaysia. Biasanya, kebanyakan masalah berkaitan dengan agama

antara kaum berlaku disebabkan kekurangan kefahaman rakyat Malaysia

terhadap agama yang dianuti kaum lain. Sekiranya hal seperti ini berterusan, isu-

isu sensitif akan tersentuh dan menyebabkan berlakunya kesalahfahaman antara

kaum yang akan membawa kepada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.

Sebagai contohnya, peristiwa membakar gereja dan lain-lain lagi.

Satu contohnya ialah peristiwa pembakaran gereja St Lois dan St Teresa.

Hal ini kemungkinan besar disebabkan kekurangan kefahaman antara kaum

yang menyebabkan segelintir orang yang sanggup menyinggung perasaan orang

lain dengan membakar gereja yang dianggap sebagai tempat suci dan tempat

bersembahyang bagi penganut agama Kritstian. Namun begitu, juga ada

pendapat di mana ia melibatkan isu-isu politik bahawa parti politik tertentu

sengaja menimbulkan isu membakar gereja ini demi tujuan meningkatkan

sokongan kaum tertentu terhadap mereka. “Tindakan samseng sedemikian juga

telah menjatuhkan imej Islam yang suci dan cintakan keamanan.” Ahli Parlimen

Taiping, YB Nga Kor Ming berkata. Beliau menyatakan tingkah laku membakar

gereja Katholik dan Kristian adalah akibat dari politik perkauman yang diapi-

apikan oleh parti perkauman dan laporan media arus perdana yang bermotif

politik. Beliau menyeru rakyat Malaysia khususnya masyarakat muslim

bersatupadu menolak politik perkauman yang bahaya sebelum terlewat.

Page 3: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

Nga Kor Ming hari ini merujuk kepada peristiwa pembakaran gereja St

Lois dan St Teresa di Taiping pagi ini. Kejadian ini menjadikan jumlah gereja

yang dibakar meningkat ke enam(6)buah setakat ini akibat keputusan

Mahkamah Tinggi yang berkaitan kalimah ALLAH. Selain itu, YB Nga juga

menyatakan bahawa isu pembakaran gereja ini telah menjejaskan imej negara

dan membawa kesan negatif kepada pembangunan ekonomi negara.

Dalam Malaysia, adat resam juga merupakan suatu simbolik bagi

menunjukkan identiti seseorang individu. Oleh itu, isu berkaitan dengan adat

resam ini boleh menjadi sensitif sekiranya berlaku kekurangan kefahaman

seseorang individu terhadap adat resam antara kaum dan etnik yang berlainan

yang menyebabkan pertelingkahan antara kaum yang berlainan. Hal ini akan

Page 4: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

membawa kesan buruk kepada perpaduan rakyat Malaysia pada akhirnya. Kami

percaya bahawa semua kaum semestinya akan melindungi adat resam dan

budaya sendiri daripada terhina atau terkritik oleh pihak lain yang tidak

bertanggungjawab. Terdapat beberapa contoh isu masalah adat resam kaum

dalam Malaysia. Antaranya ialah pemberian angpau putih oleh Perkasa semasa

rumah terbuka Tahun Baru Cina pada tahun 2012.

. Peristiwa ini berlaku pada 29 Januari 2012 ketika majlis rumah terbuka

Tahun Baru Cina di Petaling Jaya. Dalam majlis rumah terbuka tersebut,

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memberikan paket

berwarna putih, iaitu angpau putih kepada orang-orang tua. Namun demikian, hal

ini seharusnya dielakkan supaya tidak menimbulkan kemarahan kaum Cina

kerana mengikut tradisi kaum Cina, wang yang diberikan dalam paket putih

dikatakan sebagai ‘pak kam’ atau emas putih yang dijadikan sebagai sumbangan

derma sewaktu majlis pengebumian. Isu menggunakan paket putih sebagai

angpau pada masa perayaan Tahun Baru Cina jelas menunjukkan bahawa

Perkasa ini tidak memahami budaya dan adat resam kaum Cina yang juga

menimbulkan perasaan kaum Cina yang tidak puas hati terhadap pembuatan

mereka.

Page 5: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

Bagi peristiwa seperti ini, banyak ahli politik tidak kira dari pihak kerajaan

atau pihak pembangkang telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap

Perkasa tersebut. Menurut Ketua Biro Profesional Muda, MCA, Datuk Chua Tee

Yong, tiada alasan bagi Perkasa terhadap perkara yang berlaku. “Perkasa

sepatutnya menyedari perkara itu. Mereka sepatutnya mempelajari amalan kaum

lain sebelum menganjurkan majlis seperti itu, agar mereka tidak mengecewakan

sesiapa,” kata Chua. Kenyataan tersebut juga disokong oleh ahli politik lain

seperti Datuk Chai Kim Sen dan Datuk Dr. Wee Ka Siong. Manakala Ketua

Menteri Pulau Pinang dari pihak pembangkang, Lim Guan Eng pula berkata,

angpau putih Ibrahim Ali telah hina orang Cina. Walau bagaimanapun, Perkasa

telah memberi penjelasan bahawa mereka tidak tahu paket putih merupakan

pantang larang dalam kalangan kaum Cina. Namun begitu, tidak kira betapa

banyak usaha Perkasa diberikan untuk membuat penjelasan atas peristiwa

pemberian angpau putih yang menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai

pihak ini, Perkasa memang sudah melakukan kesilapan yang tidak dapat

dimaafkan kerana tidak memahami adat resam kaum lain sehingga

menyebabkan berlakunya kesalahan mengedarkan paket putih semasa

perayaan Tahun Baru Cina pada akhirnya.

Walau bagaimanapun, semua pihak juga boleh pilih untuk bertoleransi

dengan Perkasa ini apabila pemimpin mereka meminta maaf atas kekurangan

kefahaman mereka terhadap adat resam dan budaya Cina bahawa “angpau

putih” itu sepatutnya tidak boleh diberikan kepada orang pada musim perayaan

Tahun Baru Cina kerana ia sememangnya pantang larang bagi orang Cina.

Pembuatan harap maaf daripada Perkasa ini kepada orang Cina boleh dikatakan

Perkasa berharap dapat menjamin dan mengekalkan persefahaman dan

perpaduan antara kaum agar bebas daripada isu-isu adat resam yang timbul

atas kekurangan mereka. Sebaliknya, kalau perpaduan kaum gagal tercapai,

hubungan etnik diumpamakan rumah koyak, sekali sahaja isu kecil timbul,

hubungan etnik dalam Malaysia yang dibina selama ini pun akan roboh.

Page 6: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

Faktor kebudayaan juga boleh dijadikan satunya cabaran pluraliti budaya

di Malaysia. Kepelbagaian budaya di Malaysia walaupun amat bermakna dan

tidak dapat bandingkan nilainya, tetapi ia juga akan menyebabkan berlakunya

konflik dalam kalangan kaum yang berlainan budaya sekiranya ia tidak

dititikberatkan oleh pelbagai pihak. Budaya pemakanan kaum yang berlainan

juga adalah satunya jenis faktor kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Dalam

Malaysia, kaum yang berlainan mempunyai budaya permakanan yang berbeza-

beza. Misalnya, kaum Melayu tidak memakan daging khinzir atas sebab agama

manakala kaum India pula tidak memakan daging lembu kerana lembu adalah

haiwan suci bagi mereka.

Di samping itu, cara pemakanan pelbagai kaum yang istimewa dan

berlainan adalah antara kepelbagaian budaya di Malaysia. Cara makan makanan

kaum Melayu adalah dengan menggunakan tangan tangan manakala bagi orang

Cina pula makan makanan dengan menggunakan Chopstick. Dalam hal cara

makan ini, kita seharusnya menghormati adat orang lain dan tidak boleh

mengetawakan atau membuat sebarang gurauan atas cara makan kaum lain.

sebagai contohnya, apabila seseorang individu itu menjemput tetamu yang

berkaum lain untuk menghadiri majlis jamuannya, dia perlulah bertimbang rasa

dalam hal menyediakan makanan dan segala yang lain dengan sempurnanya.

Sebagai contohnya, apabila tetamu berkaum Melayu dijemput untuk menghadiri

majlis jamuan tersebut, pinggan yang digunakan perlulah suci dan bersih yang

tidak pernah digunakan untuk menghidap daging khinzir. Hal ini adalah untuk

menghormati budaya orang lain dan mengekalkan kesefahaman antara kaum.

Secara ringkasnya, setiap kaum mempunyai cara makan yang istimewa dan

bermakna bagi diri setiap kaum sendiri dan budaya kaum ini seharusnya

dikekalkan di samping menambahkan kesefahaman antara kaum.

Di samping itu, perayaan juga adalah satunya cabaran pluraliti budaya di

Malaysia. Sekiranya tidak berhati-hati dalam mengendalikan isu-isu yang muncul

antara kaum, pertelingkahan atau pergaduhan mungkin akan berlaku apabila

satu kaum itu tidak memahami budaya kaum lain dan kekurangan sikap

Page 7: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

kesederhanaan akan membuat aduan terhadap kaum lain sedangkan kaum yang

satu lagi itu menjalankan aktiviti budaya mereka. Dengan itu, sudah pasti akan

menyebabkan berlakunya sikap prejudis antara kaum. Sebagai contohnya, orang

Cina yang mempunyai budaya bermain mercun yang merupakan tradisi kaum

Cina yang sudah lama sejarahnya yang dilakukan semasa perayaan Tahun Baru

Cina selama ini. Kadang kala hal bermain mercun semasa perayaan tahun Baru

Cina akan menjadi terlampau dengan bunyi mercun terbakar yang terlalu besar

sehingga menganggu kehidupan orang lain yang boleh menimbulkan prasangka

buruk kaum lain terhadap kaum Cina. Dengan itu, kemungkinan besar orang lain

akan menganggap kaum Cina ini tidak tahu menghormati orang lain dan

bersikap buruk. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan masalah hubungan antara

kaum.

Satu contoh bagi isu berkaitan dengan perayaan ini ialah isu “Balik China”

yang berlaku disebabkan murid-murid Cina memakan makanan di kantin sekolah

pada musim bulan kaum Melayu-Islam berpuasa dan ia telah menimbulkan

perasaan tidak puas hati pada guru dan murid yang berbangsa Melayu dan juga

beragama Islam. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kepada

kekecewaan masyarakat terhadap pengetua sekolah tersebut yang tidak

menghormati orang lain dengan mengeluarkan penyataan yang tidak

bertanggungjawab. Berhubungan dengan itu, banyak akhbar seperti akhbar Sin

Chew, akhbar Nanyang Siang Pao dan sebagainya juga menunjukkan

kemarahan dan kekecewaan terhadap isu “Balik China” tersebut yang diluahkan

melalui mulut seseorang pengetua sekolah yang sepatutnya adil dan dihormati

orang lain.

Page 8: Cabaran Pluraliti Di Malaysia

Bibliografi :

1. Lee Yee Mun dan Sira Habibu. (31 Januari 2012) Perkasa Guna Angpau

Putih : Bukan Alasan – Pemimpin Muda MCA. Dipetik daripada :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/31/mstar_berita/

20120131105841&sec=mstar_berita

2. Rakyat Marhaen. (30 Januari 2012) Guan Eng : Angpau Putih Ibrahim Ali

Hina Orang Cina. Dipetik daripada

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/guan-eng-angpau-putih-ibrahim-

ali-hina.html

3. Utusan Online (25 Ogos 2010) Isu-isu Akhbar Cina. Dipetik daripada :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm