View
310
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
7/31/2019 coursework PTV
1/21
1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN TEKNIK VOKASIONAL
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu konsep yang baru dalam
sistem pendidikan. Sebelum abad ke-20, para pendidik menganggap pendidikan
teknik dan vokasional sebagai suatu bentuk latihan dan bukan pendidikan. Di
negara-negara Barat, terdapat pandangan yang menyifatkan bahawa pendidikan
umum itu sebagai lebih akademik berbanding pendidikan teknik dan vokasional.
Malahan pada abad ke-19, terdapat suatu teori pembelajaran yang dikenali
dengan Teori Disiplin Mental (Kolesnik, 1962).
Teori ini menegaskan, bahawa pelajaran akademik seperti Geografi, Sejarah dan
Matematik boleh memperkembangkan keupayaan mental seseorang, dan
berpotensi untuk menghasilkan pemimpin-peminpin negara serta memegang
jawatan-jawatan professional.Walaupun pandangan yang sempit terhadap
pendidikan teknik dan vokasional itu kini telah berubah, namun perdebatan
mengenainya berlarutan sehingga ke hari ini. Akibatnya perancang-perancang
pendidikan sering menghadapi dilema sama ada hendak mengutamakan
pendidikan umum atau pendidikan teknik dan vokasional.
Negara-negara membangun sentiasa menganggap pendidikan vokasional
sebagai satu sistem pendidikan yang boleh menyelesaikan beberapa masalah
sosio-ekonomi negara. Pendidikan vokasional harus dilihat dari sudut menyokong
pelaksanaan dasar-dasar ekonomi dan perancangan sosial untuk mencapai
matlamat sosio-ekonomi. Pendidikan vokasional dapat memenuhi kehendak-
kehendak individu dan negara peluang-peluang pekerjaan yang memerlukan
tenaga pekerja mahir.
Satu program pendidikan vokasional yang baik harus dirancang dan dirangka
untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran bagi masyarakat dan keperluan
individu dalam masyarakat itu. Keperluan masyarakat dalam hal ini dapat
dipenuhi dengan melahirkan satu kumpulan pekerja mahir manakala keperluan
individu pula boleh dipenuhi dengan mewujudkan satu saluran bagi mereka untuk
menjadi produktif, berdikari dan ahli masyarakat yang boleh menyumbangkepada masyarakat amnya dan negara.
7/31/2019 coursework PTV
2/21
2.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Sistem pendidikan teknik dan vokasional haruslah memiliki dua keperluan iaitu
keperluan masyarakat atau Negara dan juga keperluan individu dalam
masyarakat itu sendiri. Dengan itu pendidikan teknik dan vokasional harus
mempunyai dua objektif iaitu yang pertama, sesuai dengan kehendak masyarakat
atau Negara dan disediakan untuk menjamin keperluan latihan kemahiran
masyarakat itu (ensures skilled training needs of society). Kedua ialah yang
disediakan untuk memenuhi keperluan individu itu dalam masyarakat tersebut.
Menurut Ir. Khairuddin (1993), Pendidikan teknik dan vokasional bertujuan untuk
mempertingkatkan kualiti hidup manusia dalam kelompok masyarakat dengan
membantu mereka supaya menjadi produktif, berdikari, boleh menyumbang dan
dapat menjadi rakyat yang dapat memenuhi kehendak-kehendak diri (self-fulfilling
citizens). Bagi individu pula, mereka mengadakan latihan awal bagi tiap-tiap
individu supaya mereka berpeluang memilih kerjaya atau pekerjaan masing-
masing.
Selain itu, mereka juga turut mengadakan latihan untuk mengemaskinikan
kemahiran pekerja-pekerja yang ingin meneruskan kerjaya atau pekerjaan dalam
bidang masing-masing. Dan akhir sekali, dapat mewujudkan peluang latihan
semula bagi pekerja-pekerja yang ingin menukar kerja atas sebab-sebab peribadi
dan pekerjaan lapuk.
7/31/2019 coursework PTV
3/21
3.0 DEFINISI DAN KAITAN PTV DALAM KHSR
3.1 Definisi Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu konsep yang baru dalam
sistem pendidikan. Menurut penulisan Haji Yahya (2005), sebelum abad ke-20,
para pendidik menganggap pendidikan teknik dan vokasional sebagai suatu
bentuk latihan, bukan pendidikan.
Menurut Tajul Ariffin Nordin (2001), PTV bermaksud pendidikan untuk
membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan nilai
dalam individu untuk memasuki dan seterusnya memajukan diri dalam bidang
pekerjaan.
Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan
pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan
mereka untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho&Lillis,1988)
Terdapat pelbagai definisi yang diberi oleh tokoh tokoh pendidikan teknik dan
vokasional. Menurut Ramlee (1999). Pendidikan teknik dan vokasional, secara
umumnya boleh ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang
berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa
mahir.
Dalam definisi pembelajaran teknik dan vokasional oleh Azim Bachus (1988), ia
merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh sesetengah sekolah bagi
memasukkan sesetengah subjek praktikal dalam kurikulum mereka. Dengan itu,
dapat membentuk pelajaran yang mempunyai asas pengetahuan, kemahiran dan
menyediakan diri pelajar menjadi pekerja berkemahiran ataupun dapat memasuki
pekerjaan yang lain secara manual.
Menurut Donald Maley (1975), secara langsung pembelajaran teknik dan
vokasional ini bermaksud salah satu bentuk pembelajaran di mana membolehkan
pekerja memasuki pekerjaan yang berfaedah serta menguntungkan dan dengan
adanya pembelajaran ini dapat meningkatkan kemajuan dalam pekerjaan
ataupun kedudukan tertentu.
7/31/2019 coursework PTV
4/21
Mengikut definisi di dalam pentadbiran pula, pembelajaran teknik dan vokasional
adalah pembelajaran bagi menyediakan latihan membangunkan kemahiran,
mempunyai kebolehan memahami, meningkatkan sikap dan tabiat bekerja,
penghargaan dan meningkatkan seberapa banyak pengetahuan dan informasi
yang diperlukan oleh pekerja bagi memasuki dan meningkatkan kemajuan dalam
pekerjaan dengan asas yang produktif dan berguna.
Menurut Charles A.Bennett (1970), pembelajaran teknik dan vokasional adalah
pembelajaran untuk mempelajari cara untuk bekerja dalam persekitaran
sekeliling, dikalangan masyarakat, dengan masyarakat lain dan untuk
masyarakat. Dengan adanya pendidikan teknik dan vokasional, pekerja diajar
cara cara menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
3.2 Kaitan PTV Dalam KHSR
Dalam pendidikan teknik dan vokasional, mata pelajaran Kemahiran Hidup
ditawarkan sebagai mata pelajaran wajib untuk semua pelajar di peringkat
sekolah menengah. Kini mata pelajaran tersebut telah pun ditawarkan di
sekolahsekolah rendah. Menurut Yahaya ( 1983 ), dalam kurikulum baru telah
diperkenalkan satu mata pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu (
KHB), secara tidak langsung ia akan mendedahkan pelajarpelajar kepada
pendidikan teknik vokasional. (Jurnal Pendidikan. Halaman 3 ).
Pada tahun 2002, Pusat Perkembagan Kurikulum di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah membuat penambahbaikan ke atas sukatan mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Beberapa tajuk telah digugurkan dan
diganti dengan tajuk baru. Walau bagaimanapun objektif mata pelajaran ini tidak
diubah tetapi sekadar dipinda sedikit pada beberapa bahagian.
pelajar:
7/31/2019 coursework PTV
5/21
i. Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk
dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan
lapis dan bahan komposit.
ii. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan
idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan
produk.
iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan terhadap diri
sendiri dan seterusnya menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang
telah dipelajari dalam urusan kehidupan seharian mereka.
Penambahbaikan yang dilakukan ini melibatkan penyusunan semula beberapa
tajuk yang mana antara lain bertujuan untuk mengelakkan pertindihan,meneruskan kesinambungan serta mengemaskini isi kandung.
4.0 KURIKULUM DAN PENGAJARAN PTV DALAM KHSR DI MALAYSIA
4.1 Model Kurikulum Dan Pengajarannya
4.1.1 Definisi Kurikulum
Takrifan kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan
bagaimana kurikulum diterjemahkan untuk penggunaannya. Menurut abdul
rahim hamdan, kurikulum merupakan perancangan dalam pendidikan yang
melihat dua perkara utama, iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau
organisasi asas dalam pendidikan.
Mengikut pandangan ahli sosiologi, kurikulum ialah sebagai alat yang boleh
membantu kanak-kanak memainkan perasaan orang dewasa apabila sampai
masanya. Ia merupakan pegalam tertentu yang didedahkan melalui
kurikulum. Ahli-ahli sosiologi juga berpendapat, kurikulum merupakan faktor
untuk mengembangkan dan memelihara struktur kuasa dalam masyarakat
dan sekolah. Kurikulum juga sebagai alat bagi meneruskan sistem budaya
yang menyalur dan menilai ilmu penilaian. Keadaan ini menjelaskan bahawa
sebuah sekolah merupakan satu masyarakat yang terdiri dan
menggambarkan masyarakat sebenarnya yang ada di luar kawasan sekolah.
7/31/2019 coursework PTV
6/21
Maksud kurikulum dapat di perjelaskan melalui beberapa definisi yang
dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum, misalnya Saylor et al. (1981) yang
menyatakan kurikulum merupakan satu daya usaha institusi pendidikan yang
menyeluruh untuk memenuhi tujuan yang diharapkan semasa berada dalam
institusi itu.
Manakala, Inlow (1973) berpendapat, kurikulum adalah satu daya usaha
institusi pendidikan yang dirancang bagi membantu pelajar merujuk kepada
tujuan yang telah ditetapkan.
Walker, D. (1978) pula menyarankan bahawa untuk membentuk kurikulum,
bahan-bahan pengajaran serta cara penilaian yang akan digunakan oleh
pihak pengajar.
Tyler (1950) mengenal pasti empat persoalan asas yang digunakan untuk
membina kurikulum:
i. Apakah tujuan pendidikan yang dikehendaki untuk dicapai?
ii. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang berguna dipilih untuk
mencapai tujuan tersebut?
iii. Bagaimanakah pengalaman itu diolah atau disusun untuk mendapat
pengajaran yang berkesan?
iv. Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran itu dapat
dinilai?
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
menjelaskan bahawa kurikulum meliputi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar di
bawah kurikulum meliputi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar di bawah
naungan sesebuah sekolah atau institusi pendidikan.
Dalam laporan jawatankuasa kabinet mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran
1979(kementerian pendidikan, 1979) telah dinyatakan bahawa:
i. Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan
sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat
7/31/2019 coursework PTV
7/21
pendidikan. Kurikulum sekolah terbahagi kepada dua, iaitu kurikulum
akademik (pengajaran dan pembelajaran) dan ko-kurikulum.
ii. Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala
ilmu pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma. Unsur kebudayaan
dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk
diturunkan kepada ahli-ahlinya.
Razali Aroff (1991) pula, memberikan tiga takrifan kurikulum, iaitu:
i. Sesuatu yang luas dan besar meliputi segala pembelajaran yang
berlaku di mana-mana di dalam kawasan sekolah.ii. Segala pembelajaran yang telah dirancang dan ditentukan sahaja yang
berlaku dalam kawasan sekolah, di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah.
iii. Kurikulum adalah suatu yang dirancang dan tidak terhad dalam bilik
darjah sahaja.
Taba, (1962) Kurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. Semua
kurikulum mengandungi elemen berikut:
i. Pernyataan tujuan dan objektif spesifik
ii. Pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran
iii. Pola pengajaran dan pembelajaran
iv. Penilaian hasil pembelajaran.
Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang
mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein &
Hunkins, 1998)
7/31/2019 coursework PTV
8/21
4.1.2 Definisi Pengajaran.
Menurut abdul rahim pada hasil karya beliau yang bertajuk pengajian
kurikulum, pengajaran ialah suatu bentuk aktiviti untuk menyampaika ilmu.
Dalam konteks pendidikan, pengajaran berlaku apabila ada pelajar. Oleh itu,
pengajaran melibatkan proses penyampaian dan proses penerimaan dua
pihak yang terlibat dalam aktivit pendidikan.
Hirst (1974), membuat rumusan bahawa aktiviti mengajar tidak boleh
dicirikan sebagai membuktikan, menunjukkan dan memberitahu. suatu
aktiviti yang dispesifikasikan bergantung kepada tujuan aktiviti dan sifat yang
boleh dilihat hasil daripada aktiviti tersebut.
Mengikut Hirst (1974), terdapat empat perkara yang menjelaskan
pengajaran, iaitu:
i. Suatu aktiviti yang mempunyai tujuan
ii. Sifat-sifat spesifik aktiviti yang boleh dilihat.
iii. Aktiviti yang mewujudkan pembelajaran
iv. Aktiviti yang disengajakan.
4.1.3 Perkaitan Antara Kurikulum Dan Pengajarannya
RAJAH 1. Perkaitan Antara Kurikulum Dan Pengajaran
KURIKULUMPENGAJARAN
Cara
&bagaimana?
Apa?
7/31/2019 coursework PTV
9/21
7/31/2019 coursework PTV
10/21
4.2.1 Model Tyler
Dalam bukunya yang berjudul Basic Principles of Cumculum and
Intruducion, Tyler merumuskan empat pertanyaan sentral seperti yang
ditunjukkan pada rajah 2 yang meminta jawapan secara rasional bagi
perencanaan kurikulum ialah :
1. Apa tujuan yang harus dicapai oleh sekolah?
2. Apa pengalaman-pengalaman belajar yang dapat disediakan untuk
mencapai tujuan-tujuan tersebut?
3. Bagaimana mengorganisasikan pengalaman-pengalaman tersebut?
4. Bagaimana kita dapat memutuskan apakah tujuan-tujuan tersebut
tercapai?
Pertanyaan-pertanyaan tersebut menunjukkan, bahwa perencanaan
kurikulum dapat menjadi suatu proses yang dikontrol dan logis, dimana
langkah pertama adalah yang paling penting. Kerangka kerja ini besar
pengaruhnya di USA, kerana keputusan-keputusan utama mengenai isi
kurikulum dibuat oleh dewan pendidikan setempat.
Dengan kerangka kerja ini, kerajaan dapat menilai pekerjaan sekolah
dengan membandingkan antara tujuan-tujuan dengan hasil yang dicapai.
Pengembangan kurikulum model Tyler ini mungkin yang terbaik, dengan
penekanan khusus pada fasa perencanaan. Walaupun Tyler mengajukan
model pengembangan kurikulum secara komprehensif seperti dalam rajah
3, tetapi bagian pertama dari modelnya menerima sambutan yang hangat
dari para edukator.
7/31/2019 coursework PTV
11/21
Rajah 2. Perencanaan Kurikulum
Tentukan objektif:
Hasil pengajaran dan pembelajaran
Mata pelajaran berkenaan
1. Pilih Dan Tentukan Kurikulum
2. Rancang Dan Susun Bahan Kurikulum Itu
Kepada Unit-Unit Kecil, Mengikut urutan Dari
Mudah Ke Lebih Kompleks Untuk P & P
1. Pilih Set Kaedah & Teknik Pengajaran Yang
Sesuai Untuk Membawa Kesan Terbaik Kepada
Pembelajaran Pelajar.
2. Pilih Buku & Alat Bantu Mengajar & Belajar
Yang Sesuai
Menilai Hasil Pembelajaran,
Ujian & Peperiksaan
Formatif & Summatif
7/31/2019 coursework PTV
12/21
TYLERS MODEL
Rajah 3. Model Kurikulum Dan Pengajaran Tyler.
A. OBJEKTIF
(HASILPEMBELAJARAN)
E. PILIH ALAT
BANTU MENGAJAR
& BELAJAR: BUKU,
MODUL, DSB
YANG SESUAI
D. PILIH
KAEDAH &
TEKNIK
PENGAJARAN
YANG SESUAI
F. PENILAIAN B. KURRICULUM
C. BINA & SUSUN
UNIT 2 KURIKULUM
UNTUK P&P
7/31/2019 coursework PTV
13/21
4.2.2 Model MacDonald
Pengajaran iii
Rajah 4. Model MacDonald
Berdasarkan rajah 4 yang ditunjukkan oleh James B. MacDonald (1965)
mengusulkan wujudnya empat sistem yang relevan dengan kurikulum, iaitu
sistem kurikulum, pengajaran, instruksi dan pembelajaran. Tiap-tiap sistem
itu merupakan sistem yang tersendiri tetapi mempuntai persilangan antara
satu sama lain.
Pengajaran (III) ialah sistem personaliti guru yang berpotensi melalui
peranan profesional guru, iaitu mengajar. Pembelajaran (iv) ialah sitem
personaliti murid yang beroperasi melalui tindakan terhadap tugas murid,
iaitu tindakan belajar. Instruksi (ii) ialah sistem sosial yang kegiatan
pengajaran-pembelajaran berlaku sacara rasmi. Kurikulum merupakan
Kurikulum
1
Pembelajaran
Iv
ii
instruksi
iv
ivv
x
viii
ix
7/31/2019 coursework PTV
14/21
sistem sosial yang menghuraikan rancangan untuk instruksi. Kawasan
hitam di tengah-tengah rajah mewakili persilangan semua sistem ini.
Di dalam persilangan ini wujud situasi instruksi yang kegiatan pengajaran
diadakan untuk mencapai matlamat kurikulum yang akan terbukti dengan
munculnya perubahan tingkah laku belajar. Unsur lain yang menjadi hasil
persilangan sekurang-kurangnya antara mana-mana dua sistem adalah
seperti berikut: pembelajaran sampingan selari (v), ubah suaian tingkah
laku guru dalam situasi instruksi dikeluarkan dengan wujudnya maklum
balas yang diterima oleh guru (vi), pengalaman latihan guru dalam
perkhidmatan (vii), pengalaman hasil proses penyelia guru (viii) dan
perancangan bersama guru dengan murid (ix) dan x). Secarakeseluruhannya, model hanya meyakinkan bahawa kurikulum ialah sistem
tersendiri yang mengeluarkan rancangan untuk instruksi.
4.2.3 Model Johnson
Rajah 5. Elemen Johnson.
MenentukanMatlamat
MemilihKurikulum
MenilaiKurikulum MerancangKurikulum
EMPAT ELEMENJOHNSON
7/31/2019 coursework PTV
15/21
Model beliau dalam rajah 5 atau lebih dikenali sebagai Model Johnson
mengandungi empat komponen utama iaitu menentukan matlamat, memilih
kurikulum, merancang kurikulum dan menilai kurikulum.
Mauritz Johnson (1970) mengusulkan bahawa kurikulum ialah hasil
pembelajaran yang dihasratkan. Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ini
merupakan satu siri berstruktur yang berbentuk output sistem
perkembangan kurikulum. Selanjutnya kurikulum pula menjadi input sistem
instruksi. Secara keseluruhannya model ini mengukur kefahaman tentang
kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan huraian yang jelas tentang
logik dalaman kurikulum.
4.2.4 Model Gay
Menurut Gay (1990), Mengutarakan 4 model yang boleh digunakan dalam
proses penghasilan kurikulum:
1. Model Akademik
Menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila
membuat keputusan mengenai kurikulum dan Penekanan diberikan
kepada penggunaan struktur yang sedia ada sesuatu disiplin atau
bidang untuk membentuk kandungan kurikulum.
2. Model Eksperiential
Lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana
aktiviti pelajar lebih diutamakan dan Objektif pembelajaran lebih
memfokuskan kepada individu dan proses dengan tujuan akan dapat
dimanfaatkan oleh pelajar sebagai anggota masyarakat.
3. Model Pragmatik
Memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan
persekitaran setempat atau sekolah dan dimana kurikulum dirancang
supaya memenuhi setting sekolah dan bukannya setting daripada
luar sekolah.
4. Model Teknikal
7/31/2019 coursework PTV
16/21
Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang
boleh dibahagi kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan
secara teratur dan terancang. Kemudian, antara komponen yang
terdapat dalam model ini ialah melaksanakan analisis keperluan,
menyatakan objektif, memilih kandungan yang selari dengan objektif
dan menetapkan kaedah penilaian yang kukuh.
4.3 Pembangunan Kurikulum PTV (Finch Dan Crunkilton, 1999)
Rajah 6. Finch dan Crunkilton, 1999.
Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6 iaitu Model Finch and Crunkilton telah
diperkenalkan bermula tahun 1979 lagi. Namun begitu, model ini telah
ditingkatkan pembangunannya bermula tahun 1999 khususnya dalam aspek
pembangunan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional ( PTV ). Dalam
kurikulum model ini, terdapat tiga penekanan penting yang diberikan. Antaranya
ialah melalui perancangan kurikulum, membangunkan kandungan kurikulum
dan seterusnya ialah melaksanakan kurikulum dalam pendidikan teknik dan
vokasional. Dalam aspek perancangan kurikulum, Finch and Crunkilton
7/31/2019 coursework PTV
17/21
menfokuskan tentang tiga proses penting. Proses pertama ialah
memperkukuhkan proses membuat keputusan dengan membuat perancangan
strategik dalam pendidikan dan menggunakan cara yang betul untuk membuat
keputusan pendidikan. Terdapat empat strategi membuat keputusan dalam
pendidikan iaitu Management by objective (MBO), decision matrix, program
evaluation and review technique, dan decision grap.
Dalam proses membuat keputusan, Finch and Crunkilton mengenengahkan
lima langkah penting yang perlu diambil. Langkah pertama ialah mendefinisikan
masalah, seterusnya memperkukuhkan piawai untuk setiap alternatif dan
mengumpulkan maklumat berkaitan dengan maklumat yang ada. Seterusnya
langkah keempat ialah menganalisis data dan langkah terakhir yang perludibuat ialah memutuskan alternatif mana yang disokong oleh data berdasarkan
kepada semua data yang dikumpul. Setelah semua langkah dibuat, keputusan
yang tepat akan diambil untuk mencapai matlamat dalam usaha untuk
membangunkan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. (Curriculum
development in vocational and technical education, 1992).
Proses kedua dan ketiga yang dilakukan dalam perancangan kurikulum ialah
mengumpul dan mentafsir data berkaitan sekolah dan komuniti. Contohnya,
data dikumpul untuk ditafsirkan sama ada data tersebut berkaitan dengan
sekolah atau komuniti. Maklumat yang dikumpul haruslah meliputi pentaksiran
status semasa program PTV, penentuan minat pekerjaan pelajar, menjejaki
pelajar lepasan PTV, mengunjurkan enrolmen masa depan dan seterunya
mentaksir kemudahan. Dalam proses membangunkan kandungan kurikulum,
Finch and Crunkilton telah menggunakan strategi sebelum membuat keputusan
berkaitan dengan kandungan kurikulum PTV yang akan dilaksanakan. Setelah
keputusan dibuat, matlamat dan objektif kurikulum akan dibangunkan. Selepas
kandungan digubal, barulah kurikulum dilaksanakan dan dinilai. Sebarang
keputusan yang dibuat haruslah melalui keputusan polisi dan keputusan
operasi. Keputusan polisi ialah berkisar tentang perancangan strategik,
pernyataan misi, matlamat dan keputusan-keputusan bagi mencapai matlamat.
Keputusan ini dibuat oleh badan pendidikan, badan pemegang amanah dan
kumpulan rasmi mewakili masyarakat. Menurut model Finch and Crunkilton,rekabentuk kurikulum yang dibentuk dalam pendidikan teknik dan vokasional
7/31/2019 coursework PTV
18/21
(PTV) haruslah meliputi penentuan terhadap kandungan kurikulum, keputusan
kandungan kurikulum yang dibuat, matlamat dan objektif yang hendak dicapai
dan menganalisis tugas dan pendekatan DACUM.
Rekabentuk kurikulum PTV bermaksud cara bagaimana kurikulum itu
dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti malamat,
objektif, kandungan dan kaedah dapat disusun untuk menghasilkan pengajaran.
Faktor penentuan kandungan kurikululum haruslah sentiasa mengikut
peredaran semasa untuk menjadikan kurikulum yang dihasilkan adalah
keluaran terkini dan berdasarkan kepada keperluan semasa. Proses akhir yang
perlu dilihat dalam perkembangan kurikulum PTV ialah mengenalpasti dan
memilih bahan-bahan kurikulum. Bahan-bahan kurikulum bermaksud sumber-sumber yang jika digunakan sebaik-baiknya dapat membantu guru dalam
mengubah tingkah laku yang diingini dikalangan pelajar.
Kesimpulannya, model Finch and Crunkilton menfokuskan elemen
pembangunan kurikulum dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
Sejajar dengan pembangunan kurikulum yang dibuat, terdapat banyak
pembaharuan yang dicapai dalam PTV pada tahun 1979 sehinggalah ke hari
ini. Jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat banyak sumbangan bukan sahaja
dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional malahan juga dapat
meningkatkan kemajuan dalam kurikulum PTV dari semasa ke semasa. Namun
begitu, pihak kementerian khususnya perlu merencanakan kurikulum yang baru
mengikut peredaran keadaan semasa supaya pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang diterapkan di sekolah dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.
4.4 PERBANDINGAN KURIKULUM DALAM DAN LUAR NEGARA
Kurikulum adalah segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
atausesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan
(Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran,
1979)
7/31/2019 coursework PTV
19/21
Pendidikan di negara kita ini semakin berprestasi dibandingkan dengan
negara-negara lain seperti Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Taiwan, India dan
China ataupun negara-negara lain yang sudah mengalami kemajuan yang
sangat pesat pada bidang pendidikan.
4.4.1 Sistem Pendidikan Di Indonesia
Nama negara : Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)
Letak Negara : Asia Tenggara
Bahasa Resmi : Bahasa Indonesia
Negera jiran : Malaysia, Papua Nugini, Philipina dan Australi
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan, di Indonesia telah menerapkan
enam kali perubahan kurikulum, iaitu kurikulum 1968, kurikulum 1975,
kurikulum 1984, kurikulum 2004, dan yang sekarang berlaku iaitu Kurikulum
Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP), yang dikeluarkan pemerintah melalui
Permen Dinas Nomor 22 tentang standar isi, Permen Nombor 23 tentang
standar lulusan, dan Permen Nombor 24 tentang pelaksanaan permen
tersebut, tahun 2006. Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP)
merupakan revisi dan pengembangan dari kurikulum Berbasis Kompetensi,
atau kurikulum 2004. KTSP lahir karena dianggap KBK masih sarat denganbeban belajar dari pemerintah pusat, dalam hal ini Depdiknas masih
dipandang terlalu intervensi dalam pengembangan kurikulum.
Oleh kerana itu, dalam KTSP bahan belajar siswa sedikit berkurang dan
tingkat satuan pendidikan (sekolah, guru dan komuniti sekolah) diberikan
kewenangan untuk mengembangkan kurikulum sesuai dengan potensi
yang ada di lingkungannya. Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP)
merupakan bentuk implimentasi dari UU No 20 Tahun 2003 tentang sistem
7/31/2019 coursework PTV
20/21
7/31/2019 coursework PTV
21/21
5.0 KESIMPULAN
Pendekatan kepada pembangunan yang memberi keseimbangan kepada
kemajuan ekonomi dan sosial, menunjukkan perbezaan budaya dan
menghormati nilai-nilai ekologi dan batasbatas perlakuan, merupakan kunci
kepada pembangunan lestari. Perubahan dalam kehidupan peribadi, penglibatan
dalam masyarakat yang bermakna dan kegiatan ditempat kerja adalah hasil
daripada pendidikan dan latihan. Sebagai guru, pendidik dan pensyarah
pendidikan teknik dan vokasional (PTV), mereka memainkan peranan penting
dalam membentuk bangsa khususnya dalam pembangunan sumber manusia.
Untuk menampung kapasiti pembangunan, PTV banyak bergantung kepada
sumbersumber seperti profil tenaga kerja yang sesuai, peralatan yang
mencukupi, bahan dan lain- lain kemudahan fizikal. Kombinasi yang tepat dari
sumber-sumber ini dengan pelajar akan menjadikan mereka memberikan sikap
teladan yang baik pada masa hadapan. Pelajar PTV perlu dilatih untuk
menerima, mengamal dan merangkul konsep pelestarian ini. Mereka diharapkan
dapat membantu mencipta tempat kerja yang diinginkan di masa depan,
melibatkan budaya yang tepat agar tidak menguras sumber daya yang ada, cuba
untuk melatih diri dengan konsep yang diperbaharui, kitar semula, mencipta dan
berinovasi dalam rangka untuk mengubah dan mempertahankan sumber daya
yang ada untuk terus-menerus digunakan oleh generasi akan datang.
Selain itu, kurikulum dan sistem penghantaran PTV perlu realistik untuk
memenuhi cabaran. Ketika dunia telah mengalami era perindustrian dan
maklumat, PTV sekarang sudah bersedia dan berkedudukan lebih baik untuk
melakukan inovasi dengan menggunakan akumulasi pengetahuan dan
pengalaman.
Recommended