View
219
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/30/2019 Guru Sebagaipenyelidik
http://slidepdf.com/reader/full/guru-sebagaipenyelidik 1/2
Yazi Ayob & Azhan Ayub: Peranan guru sebagai penyelidik 2013
Guru Sebagai Penyelidik
Tugas sebagai guru sememangnya berat kerana terdapat pelbagai perkara yang
perlu dipertanggungjawabkan selain dari mengajar. Antara langkah yang dapatdilakukan oleh guru dalam meningkatkan tahap keberkesanan dalam melahirkan
modal insan yang seimbang dengan manjalankan penyelidikan. Penyelidikan amat
penting untuk dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah
yang dihadapi. Setiap masalah yang timbul perlu diselesaikan kerana masalah itu
sendiri membawa maksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian. Sebagai contoh
disekolah, guru Pendidikan Jasmani berkemungkinan menghadapi masalah dimana
murid-murid tidak berminat dengan matapelajaran tersebut. Sebagai seorang guruyang mempunyai kredibiliti serta kualiti yang tinggi, penyelidikan mengenai isu ini
boleh dijalankan. Hal ini mungkin timbul disebabkan oleh beberapa faktor seperti
aktiviti yang dirancang. Seringkali dilihat dalam permainan bola sepak misalnya,
sebilangan minoroti murid yang kurang aktif dan kurang menguasai kemahiran bola
sepak akan berasa bosan dan tidak menunjukkan minat yang memberansangkan
ketika bermain di padang. Oleh yang demikian, guru perlu menyelidik secara
mendalam mengenai punca dan tindakan yang boleh diambil bagi menangani
masalah ini dengan cara yang lebih berkesan seperti cara pengajaran secara
berkumpulan agar guru boleh memberi perhatian yang lebih terhadap individu atau
kumpulan mengikut tahap pencapaian mereka.
Setiap penyelidikan yang dijalankan bertujuan untuk mencari, mengukur dan
juga menghasilkan satu langkah penyelesaian bagi setiap masalah atau isu yang
dibincangkan. Hasil penyelidikan juga seharusnya dikongsi bersama rakan pengajar
yang lain agar masalah yang timbul dapat sama-sama diselesaikan dengan baik justeru dapat meningkatkan profesyen perguruan. Sebagai contoh, guru Pendidikan
Jasmani dapat berkongsi hasil dapatan kajian yang dijalankan seperti kaedah atau
teknik pengajaran yang lebih berkesan dengan membuat perbentangan antara guru
Pendidikan Jasmani di peringkat yang tertentu. Jika dilihat, sememangnya tenaga
pengajar seperti pensyarah, guru dan juga bakal guru perlu mengikuti dan tahu
bagaimana untuk menjalankan penyelidikan yang bersistematik dimana boleh
didedahkan melalui bengkel, kursus atau latihan khas mengenai pengendalian
penyelidikan ini.
7/30/2019 Guru Sebagaipenyelidik
http://slidepdf.com/reader/full/guru-sebagaipenyelidik 2/2
Yazi Ayob & Azhan Ayub: Peranan guru sebagai penyelidik 2013
Pada masa kini, profesyen perguruan telah dipandang serius oleh masyarakat
dan mereka mula peka dan sensitif mengenai isu pendidikan di Malaysia.
Sememangnya terdapat pelbagai kekangan dan masalah dalam pendidikan
disekolah, namun begitu sebagai pendidik, perlu bijak dalam menguruskan segala
hal berkaitan masalah yang dihadapi seperti pandangan masyarakat terhadap
profesyen perguruan ini. Kajian tindakan juga boleh dijalankan bagi menepis segala
andaian buruk dari masyarakat sekeliling. Warga pendidik seharusnya berani
menjalankan penyelidikan dan kajian bagi membukti atau mencari sesuatu dapatan
dimana dapat meningkatkan profesyen perguruan Negara. Dapat disimpulkan
bahawa setiap sesuatu program atau tindakan yang dilihat dapat meningkatkan
mutu pengajaran, perlu dijalankan kajian dan dilaksanakan ketika proses pengajaran
agar sistem pendidikan dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Sebagai contoh
penambahbaikan program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
Situasi pada masa kini dalam meningkatkan profesyen sudah diambil berat
dan ia dapat dilihat apabila guru-guru banyak dihantar ke seminar, bengkel dan
kursus bagi memantapkan dan meningkatkan kualiti mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini dilakukan bagi melihat guru-guru pada masa kini
melakukan sesuatu yang hebat disekolah hasil dari apa yang didapati dari program
yang dijalani oleh guru dan dilaksana serta diaplikasikan di sekolah. Sesuatu
dapatan dari kajian yang dapat meningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran
boleh dikongsi dan dilaksanakan disekolah sebagai contoh keberkesanan sesuatu
program yang dapat meningkatkan akademik pelajar.
Recommended