I-File Presentation JPN2

Preview:

DESCRIPTION

ifile

Citation preview

PowerPoint Presentation

i-fileKe Arah Penyeragaman Sistem Fail Murid Pendidikan Khas Negeri PerakinformationintergrationimprovisationinovationintimationLatar BelakangPelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi adalah bagi memastikan setiap murid mendapat yang terbaik melalui sistem persekolahan yang disediakan kepada mereka.

Proses pengajaran dan pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan apabila terdapat peralatan-peralatan serta bahan-bahan sokongan terancang yang dapat disediakan.

Peruntukan Bantuan Per Kapita (PCG) yang tinggi telah diluluskan kepada setiap murid pendidikan khas yang menerima pendidikan formal di sekolah kerajaan.

Kelulusan peruntukan PCG adalah bertujuan untuk membeli peralatan-peralatan serta bahan-bahan sokongan yang dibenarkan sebagaimana di dalam Maksud Pembeliaan PCG yang diluluskan.

Latar BelakangSistem dokumentasi yang efektif, sistematik dan piawai amat diperlukan di dalam merekod dan menyimpan maklumat-maklumat murid pendidikan khas seperti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid, pencapaian akademik dan bukan akademik murid serta dokumen-dokumen rasmi kewangan dan kesihatan murid yang sering dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak secara berterusan.

Dapatan semasa, melalui pemantauan dan lawatan yang dibuat oleh pelbagai profesional, banyak maklumat dan dokumen yang dikehendaki amat susah dicapai dan diperolehi. Faktor ini berlaku kerana terdapat kelemahan sistem dokumentasi sedia ada yang wujud tanpa satu bentuk penyeragaman dan keselarasan.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan imej sesebuah organisasi dan selari dengan Dasar Perkhidmatan Awam ke Arah Kecemerlangan, sistem dokumentasi sedia ada di Program Pendidikan Khas Integrasi amat memerlukan satu bentuk penambahbaikan dan peningkatan . Hasrat ini dapat direalisasikan melalui transformasi dan inovasi sistem dokumentasi yang dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja menjadi lebih sistematik dan kondusif . Ianya dikenali sebagai i-file.

Penyusunan fail yang sistematik tetapi bentuk fail yang tidak seragam memberikan gambaran pengurusan fail yang kurang/tidak profesionalPerhiasan fail yang bersifat kurang matangBentuk fail yang lazim dan kandungan yang tidak sistematik Tiada penyeragaman

Paras label yang sama

Label yang seragamSistem kod warna menentukan jenis failRekabentuk fizikal fail yang kemas dan mantappenyeragamanInformationMaklumat dan dokumen murid disimpan secara sistematik dan kondusif .IntegrationKesinambungan maklumat dari Pra Sekolah, Rendah dan Menengah.Perluasan penggunaan fail ke PDK kesinambungan maklumat antara PPKI dan PDKInovationSistem dokumentasi PPKI yang piawai di Perak Perak sentiasa di Puncak Kecemerlangan dan PPKI Perak sebagai Penada Aras di Malaysia Fail bergerak bersama murid tiada keciciran maklumatMaklumat selaras / seragam di semua PPKIKe arah peningkatan Kualiti selaras ISO / Star Rating / 5SImprovisationPenambahbaikan sistem dokumentasi sedia adaIntimationDapat mengenali murid dengan lebih dekat melalui rujukan maklumat dan dokumen

i-file merupakan transformasi dan inovasi sistem dokumentasi yang sistematik, kondusif dan holistik. Penggunaan i-file mampu mempertingkatkan imej dan standard Program Pendidikan Khas Integrasi negeri Perak.Pengetua / Guru BesarAkauntabiliti KewanganMelaksanakan maksud perbelanjaan PCG untuk murid-murid dan P&PPengurusan berkesanJabatan Pelajaran PerakIntegriti rujukanPenataraan berfokusPeningkatan standard kualiti perkhidmatanGuruMerekodkan dokumentasi dan maklumatMerancang perkembangan/pencapaian muridMenilai pencapaian murid semasa / selepasCapaian maklumat yang pantasMempertingkatkan kecekapan proses kerja harian.PPMKesinambungan perancangan Guru-PPMMendekati murid melalui amalan rujukan dokumentasiPengemaskinian rekodJustifikasi perjawatanMuridBukti perkembangan/pencapaianKesinambungan perkembangan/pencapaian dari Pra Sekolah Rendah - MenengahRujukan dokumentasiAkreditasi mengikuti PPKIPeluang kerjaya (dokument sokongan / rujukan)

Kos i-fileSet i-fileFail AsasCetakan Isi i-fileKulit i-fileJumlahProfil MuridRM 9.009 keping x 0.25 = RM 2.25RM 2.75RM 14.00KurikulumRM 8.508 keping x 0.25 = RM 2.00RM 2.75RM 13.25KoKurikulumRM 8.505 keping x 0.25 = RM 1.25RM 2.75RM 12.50Catatan HarianRM 9.00-RM 2.75RM 11.75SumbanganRM 1.00JUMLAH BESARRM 52.50

?RM52.50? Berpatutan?

Rekabentuk kulit yang profesionalLogo - lambang identiti JPN Perak

Separator yang jelas dengan grafik yang menarik

Sistem 4 cangkuk yang kuat dan kemasRekacipta sistem kunci yang terbaru dan mudah dioperasiRuangan bukaan yang lapang memudahkan mana-mana helaian maklumat dapat dikeluarkan dan disimpan dengan mudahPembelian i-filei-file cuma perlu dibeli untuk seorang murid sekali* sahaja untuk tempoh persekolahannya selama 13 tahun maksima.Catatan : * Kecuali kerosakan/kehilangan i-file yang bukan berpunca dari tindakan secara sengaja.Kerjasama pihak sekolah amat diperlukan untuk menggunakan peruntukan Kewangan berdasarkan Per Kapita murid yang telah disalurkan kepada sekolah untuk setiap murid. Ini selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid.

Cadangan :

Pembelian boleh di buat menggunakan peruntukan Bantuan Per Kapita di bawah PCG LPBT atau Matapelajaran. Ini adalah selaras dengan Maksud Pembelian yang telah diluluskan melalui peruntukan Per Kapita. Kos 1 set i-file cuma melibatkan sebahagian kecil sahaja penggunaan peruntukan tersebut.

Kos i-file daripada PCG satu muridPPKI RENDAHKATEGORIKadar PCG MuridKos 1 set i-file% kegunaan PCGPENGLIHATANRM 612.00RM 52.50 8.57 %PENDENGARANRM 437.00RM 52.5012.01 %PEMBELAJARANRM 412.00RM 52.5012.74 %ppki menengahPENGLIHATANRM 1020.00RM 52.505.14 %PENDENGARANRM 595.00RM 52.508.82 %PEMBELAJARANRM 580.00RM 52.509.05 %

Sekian, terima kasih.

Recommended