View
23
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
NURUL FARHANA BINTI JUMAAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : NURUL FARHANA BINTI JUMAAT Date of birth : 6th DECEMBER 1986 Title : ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG_ ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH Academic Session : 2009/2010 I declare that this thesis is classified as : I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the
purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by:
SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR
861206-56-6160 DR. DAYANG HJH TIAWA
(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR Date: 14 APRIL 2010 Date: 14 APRIL 2010
OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
NOTES :*If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Teknologi Pendidikan”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyelia: DR.DAYANG HJH TIAWA BT AWANG HJ. HAMID
Tarikh : ……………………………….
ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
NURUL FARHANA BINTI JUMAAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Signature : ……………………………….
Name : NURUL FARHANA BINTI JUMAAT
Date : ……………………..
iii
Khas buat Ayahanda dan Bonda Tercinta
En Jumaat Bin Misman &
Pn. Norridah Hj Abd Rahman
Keluarga Tersayang
Amirul Afham
Muhd Zharif Zuhair
Ili Nadirah
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya maka dapat saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan).
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan
khas buat penyelia saya, Dr. Dayang Hajah Tiawa yang telah banyak memberi tunjuk
ajar, panduan serta tidak betah memberikan nasihat yang berguna kepada saya hingga
saya berjaya menyempurnakan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan khusus kepada ayahanda, En. Jumaat Bin Misman serta
bonda, Pn. Norridah Hj Abd Rahman serta adik beradik yang tidak jemu mendoakan
kejayaan saya, serta memberi sokongan dan galakan sepanjang saya menyiapkan
projek ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sanggup
meluangkan masa serta tenaga bagi membantu saya menjayakan projek ini.
Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua-
pengetua di 8 buah Sekolah Kebangsaan Orang Asli sekitar negeri Johor yang
memberikan kerjasama serta layanan yang sewajarnya sepanjang lawatan saya ke
sekolah mereka.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan
projek penyelidikan ini..
v
ABSTRACT
Knowledge and skills in integrating ICT in early education is essential in
developing and improving education among Orang Asli children. The study investigates
the relationship between student’s attitudinal constructs and knowledge with ICT use
level and the effectiveness of ICT usage as their learning tools. A questionnaire was
completed by 80 Year Six students from eight Orang Asli primary schools around Johor.
Besides, researcher also implements non-participant observation and conducted an
interview with two ICT teachers. Data collected were analysed by SPSS software to see
the scores and percentage and also using the Spearman Rho correlation. It was discussed
that ICT use level of Orang Asli students is significantly related with each of attitudinal
constructs and knowledge. The findings also revealed that the percentage of the
effectiveness of ICT usage as their learning tools is relatively high.
vi
ABSTRAK
Pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT di tahap
awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan
di kalangan murid-murid Orang Asli agar tidak mundur berbanding bangsa lain di
negara ini. Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan
dan tahap penggunaan ICT di kalangan anak-anak Orang Asli selain keberkesanan
penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka. Kajian yang dilaksanakan adalah
berbentuk kajian tinjauan iaitu pengedaran borang soal-selidik, temuramah dan
pemerhatian (non-participant observation). 80 orang responden Tahun Enam dari 8
buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain
dua orang guru ICT yang ditemuramah pengkaji. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS untuk mencari skor, peratusan serta mencari korelasi koefisien dengan
menggunakan kaedah Spearman’s Rho. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan ICT dengan sikap dan pengetahuan
mereka. Peratusan juga tinggi bagi keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRACT v
ABSTRAK vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Penutup 8
viii
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 9
2.2 Latarbelakang Orang Asli 9
2.3 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Orang Asli 13
2.3.1 Matlamat Dasar Pendidikan Orang Asli 14
Ke Arah 2010
2.3.2 Strategi Pembangunan Pendidikan Orang Asli 14
Berasaskan Tahap Pembangunan & Aksesibiliti
2.4 ICT dan Pendidikan 15
2.5 Penggunaan ICT di Sekolah 17
2.6 ICT dan Keberkesanan dalam Pembelajaran 18
2.7 Meningkatkan Kualiti Pendidikan menerusi ICT 20
2.8 ICT dalam Pendidikan di Malaysia
2.8.1 Polisi Nasional 21
2.8.2 Tahap Penggunaan dan Akses ICT 21
dalam Pendidikan di Malaysia
2.8.3 Cabaran dalam Penggunaan ICT 22
dalam pendidikan
2.9 ICT dan Komuniti Orang Asli 23
2.10 Kerangka Konseptual 24
2.11 Penutup 25
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Lokasi Kajian 27
3.4 Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Borang Soal Selidik 29
3.5.2 Soalan Temuramah 31
ix
3.5.3 Nota Lapangan (field-notes) 31
3.6 Kajian Rintis 31
3.7 Dapatan Kajian Rintis 32
3.7.1 Ujian Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 32
3.8 Prosedur Pengumpulan Data 33
3.9 Prosedur Analisis Data 34
3.10 Penutup 36
4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis data Bahagian A 37
4.3 Analisis data Bahagian B 38
4.3.1 Hubungan antara sikap pelajar 39
dan tahap penggunaan ICT
4.3.2 Hubungan antara pengetahuan pelajar 41
dan tahap penggunaan ICT
4.4 Analisis data Bahagian C 42
4.5 Pemerhatian 43
4.6 Temuramah 47
4.7 Penutup 48
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan Kajian 49
5.3 Perbincangan
5.3.1 Hubungan antara sikap responden dengan tahap 51
kepenggunaan ICT dalam pembelajaran
5.3.2 Hubungan antara pengetahuan responden dengan 51
tahap kepenggunaan ICT dalam pembelajaran
x
5.3.3 Keberkesanan penggunaan ICT dalam 52
pembelajaran murid-murid Orang Asli
5.3.4 Pemerhatian ke atas kemudahan 52
infrastruktur ICT di sekolah
5.4 Cadangan 53
5.5 Kesimpulan 54
REFERENCES 55
LAMPIRAN A-D
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Projek
Perkembangan yang pesat dalam bidang komunikasi berlaku dengan pantas.
Dengan kemunculan teknologi, telah berlaku revolusi besar dalam bidang komunikasi
sejagat. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara manusia bekerja.
ICT juga dikatakan dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi pelajar
seperti penggunaan teknologi sebagai medium untuk bantuan pembelajaran selain dari
pembelajaran formal di dalam kelas. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran mengguna
serta mengintegrasikan ICT di tahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam
membentuk dan menaik taraf pendidikan di kalangan pelajar orang asli agar tidak mundur
berbanding bangsa lain di negara ini.
Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan dan
tahap penggunaan ICT di kalangan anak-anak Orang Asli selain keberkesanan penggunaan
ICT dalam pembelajaran mereka.
2
1.1 Latar Belakang Kajian
Masyarakat Orang Asli umumnya tergolong dalam kategori masyarakat yang
miskin dan jauh ketinggalan berbanding bangsa lain di negara ini. Tidak kiralah dari
aspek pembangunan sosial, ekonomi dan juga dari aspek pendidikan. Walhal Malaysia
sedang berusaha gigih mengejar impiannya menjadi sebuah negara maju dan berdaya
saing di mata dunia menerusi harapan yang terkandung di dalam Wawasan 2020.
Bagi merealisasikan dan memastikan matlamat tersebut tercapai, aspek
pendidikan kini diambil kira sebagai fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang
ketinggalan dalam arus perdana yang serba pantas ini. Namun demikian, masih terdapat
masyarakat Orang Asli yang masih lagi tercicir dalam mengejar pendidikan (Basir,
2008). Kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati faktor keciciran di kalangan
masyarakat Orang Asli ini adalah berpunca daripada faktor kemiskinan, tiadanya bantuan
pendidikan, perbezaan antara budaya dan pedagogi, ketidakhadiran murid ke kelas, dan
ibu bapa yang tidak ambil peduli dengan sistem yang disarankan oleh kerajaan akan
betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka.
Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat Orang Asli dapat membuat
perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran
sepanjang hayat seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli.
Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan
kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk
lama. Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya ingin memajukan diri seiring
dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar pendidikan negara juga sentiasa
menyokong golongan ini untuk maju ke depan.
Menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008) berkenaan marapatkan jurang
pendidikan telah menyarankan beberapa program serta projek infrastruktur ICT di luar
3
bandar. Ini adalah bertujuan supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di
kalangan kanak-kanak berumur lima tahun khususnya murid-murid luar bandar dan juga
anak-anak Orang Asli. Sementara itu, kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia
Ke-9 (2006-2010) turut menyatakan bahawa prasarana ICT yang mencukupi akan
diagihkan kepada semua institusi pendidikan di negara ini termasuklah pelaksanaan
kurikulum ICT dalam pembelajaran, pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran, menaik taraf pengetahuan dan kemahiran ICT, pengaplikasian ICT dalam
sistem pengurusan sekolah serta memperbaiki kemudahan dan kelengkapan ICT dari
semasa ke semasa.
Ianya turut dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2001-
2010) dimana pembangunan ICT dalam pendidikan akan dilaksanakan dengan tujuan
utamanya adalah untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur ICT selain
daripada meluaskan akses dan ekuiti kelengkapan ICT, mewujudkan kurikulum
berasaskan ICT (ICT-based), meningkatkan sistem penilaian menggunakan ICT,
menggalakkan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, guru-guru dan staf-staf lain,
mengaplikasi ICT dalam sistem pengurusan, memperbaiki kemudahan dan kelengkapan
ICT, mempertingkat usaha dalam kajian dan pembangunan ICT, serta usahasama antara
institusi pendidikan dan komuniti sosial haruslah diterapkan bagi menggalakkan
penggunaan ICT dalam pendidikan.
Menurut Yuen, Law, & Wong (2003), sejak beberapa dekad lalu, peningkatan
positif dalam penggunaan dan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat dan aktiviti
seharian mereka. Maka, tidak mustahil jika terdapatnya peningkatan pada minat,
tumpuan serta pelaburan yang besar dilaburkan untuk pengintegrasian ICT dalam
pendidikan di seluruh dunia. Beberapa ‘masterplans’ untuk mengintegrasikan ICT dalam
pendidikan telah dilaksanakan di beberapa buah negara (Pelgrum dan Anderson, 1999).
Antara objektif yang ingin dicapai dalam perancangan ini termasuklah membentuk
4
kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah, memahami konsep ‘self-learning’,
menganalisis maklumat yang dicari dan berfikir secara kritis.
Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam konteks pendidikan di Malaysia
adalah faktor utama yang menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi
kini (Salbiah, n.d). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ICT membantu dari aspek
pembelajaran dan pengajaran serta sistem pengurusan di sekolah. Oleh yang demikian,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan
iaitu: kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk
mengurangkan jurang digital antara sekolah, ICT dalam pendidikan sebagai medium
bantuan pengajaran dan pembelajaran, menjadikan ICT sebahagian daripada
matapelajaran di sekolah serta menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan
produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah.
Pembukaan Sekolah Kebangsaan Orang Asli telah memberi peluang kepada anak-
anak Orang Asli menerima pendidikan formal seperti rakyat lain. Selain daripada itu, ia
menunjukkan kesungguhan penduduk tempatan untuk menyediakan kemudahan tempat
belajar bagi semua lapisan masyarakat. Mengikut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terdapat 93 buah sekolah di mana 100%
adalah murid Orang Asli. Pecahan sekolah Murid Orang Asli 100% mengikut negeri
adalah seperti berikut iaitu Perak (28 buah), Pahang (26 buah), Kelantan (12 buah),
Selangor (11buah), Johor (10 buah), Negeri Sembilan (4 buah) dan Terengganu (2 buah).
Kementerian Pelajaran juga berusaha untuk merapatkan jurang pendidikan di
antara muridmurid sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luar
bandar seperti mana yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP). Kementerian Pelajaran berusaha membangunkan projek ICT di sekolah-sekolah
Orang Asli dengan pengwujudan rangkaian Schoolnet, Pusat Akses (cybercafe) dan
kemudahan siaran TV Pendidikan melalui ASTRO. Pihak kementerian berusaha
5
membudayakan penggunaan ICT di kalangan murid khususnya yang tinggal di kawasan
luar bandar dan pedalaman.
Sehubungan itu, menyedari akan betapa pentingnya ICT dalam pembangunan
pendidikan negara, maka kajian ini akan menjelaskan kedudukan anak-anak Orang Asli
tentang tahap kepenggunaan mereka menyesuaikan diri dengan kemudahan ICT yang
telah diperuntukkan di sekolah-sekolah.
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut survey yang telah dijalankan oleh pihak UNESCO Asia Pasifik yang
bersidang di Bangkok antara lain menyatakan bahawa, faktor utama yang merencat
perkembangan ICT di Malaysia ialah infrastruktur dan akses telekomunikasi adalah
terhad di kawasan luar bandar dan pedalaman.Jika dilihat dari sudut penggunaan
teknologi di sekolah, JHEOA telah menempatkan beberapa kemudahan seperti
kemudahan komputer di sekolah dan laptop untuk guru-guru bagi persediaan untuk
mengajar. Namun persoalannya, adakah anak-anak Orang Asli mengaplikasikan
sepenuhnya kemudahan komputer yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka
di sekolah? Menyedari akan hakikat ini, kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan
dan penguasaan anak-anak Orang Asli mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah
disediakan sebagai medium bantuan dalam pembelajaran mereka.
1.3 Objektif Kajian
Secara amnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:
a) Mengenalpasti hubungan antara sikap murid dengan tahap penguasaan
menggunakan ICT dalam pembelajaran;
6
b) Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan murid dengan tahap penguasaan
menggunakan ICT dalam pembelajaran;
c) Mengenalpasti keberkesanan penggunakan ICT dalam pembelajaran murid-
murid di Sekolah Rendah Orang Asli.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang timbul dalam kajian ini termasuklah:
1. Adakah terdapat hubungan antara sikap murid dengan tahap penggunaan ICT
dalam pembelajaran?
2. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan murid dengan tahap
penggunaan ICT dalam pembelajaran?
3. Adakah penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka berkesan?
1.5 Hipotesis Kajian
Berikut merupakan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini
1. Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap murid dengan
tahap penguasaan menggunakan ICT dalam pembelajaran.
Hipotesis Alternatif: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap murid dengan
tahap penguasaan menggunakan ICT dalam pembelajaran.
2. Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan murid
dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.
Hipotesis Alternatif: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan murid
dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.
7
1.6 Kepentingan Kajian
Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat
mengenalpasti tahap penguasaan murid-murid Orang Asli menggunakan ICT dalam
pembelajaran mereka. Seterusnya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-
murid Orang Asli menyesuaikan diri menggunakan kemudahan ICT yang telah
disediakan. Hasil daripada kajian ini juga penting kepada pihak-pihak terbabit untuk
meninjau masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian bagaimanakah caranya
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak Orang Asli menggunakan
kemudahan ICT di sekolah.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dibataskan kepada:
i) Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 di Sekolah Rendah
Kebangsaan Orang Asli di negeri Johor. Pelajarnya terdiri daripada masyarakat Orang
Asli sepenuhnya.
ii) Instrumen yang digunakan kajian ini adalah berbentuk soal selidik
iii) Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah mencari hubungan antara
pengetahuan dan sikap murid terhadap penggunaan ICT serta keberkesanan penggunaan
ICT dalam pembelajaran mereka.
8
1.8 Penutup
Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen
penting dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latarbelakang kajian,
objektif dan kepentingan kajian. Ini menunjukkan pengkaji jelas akan kajian yang akan
dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan
dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang
telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat
samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.
2.2 Latarbelakang Orang Asli ”Orang Asli (Malay: Original People) is the accepted term for 17 to 25 indigenous
ethnic minorities of Peninsular Malaysia”
Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah
Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di
timur dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami
semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Fauzi, 2006).
Mereka dikatakan berasal dari China dan Tibet, dan berhijrah ke Semenanjung Tanah
Melayu melalui tanah besar Asia Tenggara.
10
Menurut Hasan Mat Nor (1998) dalam Khairul Hisyam (2008), warga peribumi
ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan
dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang
dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat.
Seterusnya, bacaan diperluaskan lagi dan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa
perkata dan frasa-frasa lain yang digunakan bagi merujuk kepada masyarakat peribumi
iaitu Bumiputera dan Orang Asli.
Dalam Kamus Dewan, masyarakat peribumi ditakrifkan sebagai ‘penduduk asli’
dan juga bumiputera. Kamus Longman Edisi Kedua mentakrifkan peribumi sebagai
aboriginal, iaitu para penduduk asal yang menduduki sesebuah negara sejak awal lagi.
Di sini dapat difahami bahawa Peribumi adalah istilah umum yang digunakan bagi
merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni awal atau
terawal di Malaysia. Namun muncul pula dua istilah yang lebih spesifik bagi
membezakan status kumpulan penduduk asal iaitu bumiputera dan Orang Asli.
Kumpulan bumiputera ialah Orang Melayu di Semenanung; Orang Melayu, Iban,
Bidayuh, Kadazan, Murut, Melanau, Kelabit dan penduduk natif lain di Sarawak dan
Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan penduduk natif lain di Sabah.
Perbezaan maksud tentang istilah bumiputera dan Orang Asli dapat dilihat
dengan merujuk kepada definisi dalam Perlembagaan Negara dan juga Akta Orang Asli
1954 (Malaysia, 1974). Menurut (fasal) perlembagaan, istilah bumiputera membawa
maksud yang lebih luas dan merangkumi seluruh Malaysia. Akta 134, iaitu akta khusus
bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu. Akta ini
menetapkan empat syarat utama apabila mendefinisikan Orang Asli, iaitu;
1. Mana-mana orang yang bapanya adalah daripada rumpun Orang Asli yang bercakap
dalam bahasa Orang Asli, yang lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat,
serta kepercayaan. Ini termasuk keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang daripada
11 apa-apa kaum yang di ambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang
Asli dan ialah seseorang daripada sesuatu masyarakat Orang Asli.
2. Anak daripada apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan
seseorang lelaki daripada kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap
dalam bahasa Orang Asli, dengan adat dan kepercayaan Orang asli masih lagi
menjadikan seseorang itu daripada sesuatu masyarakat Orang Asli.
3. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang asli
kerana ia telah masuk sesuatu agama atau atas apa-apa sebab lain, tetapi masih mengikut
cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan
sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin
mengamalkan agama itu.
4. Apa-apa persoalan samada seseorang itu adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli
hendaklah diputuskan oleh Menteri.
Daripada definisi di atas, masyarakat Orang Asli adalah berbeza daripada
kelompok penduduk yang di istilahkan sebagai masyarakat Bumiputera. Peruntukan
dalam akta jelas menunjukkan bahawa istilah Orang Asli hanya diguna bagi
menjelaskan status penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu, manakala lain-lain
kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Melayu di Semenanjung diistilahkan
sebagai bumiputera.
Kini, Orang Asli ialah kelompok minoriti masyarakat peribumi di Semenanjung
Malaysia (Nicholas, 2000; Sunaidin, 1997). Mereka dianggap minoriti kerana dengan
penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya membentuk 0.5%
daripada jumlah keseluruhan penduduk negara (JHEOA, 2003). Masyarakat Orang Asli
di Malaysia terdiri daripada tiga kumpulan suku bangsa, iaitu Negrito, Senoi, dan
Melayu-Proto (JHEOA, 2003; Ibrahim Ngah & Khairul Hisyam, 2007).
12
Taburan penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu,
zon utara yang majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku
kaum Senoi, dan zon selatan oleh suku kaum Melayu-Proto (JHEOA, 2003).
Mengikut statistik daripada kajian yang telah dijalankan oleh Nicholas (2006),
terdapat peningkatan jumlah anak-anak Orang Asli yang mendaftar untuk ke sekolah.
Pada tahun 1994, sebanyak 13,200 anak-anak Orang Asli mendaftar ke sekolah rendah
dan pada tahun 2003, jumlah itu telah meningkat kepada 23,807, iaitu peningkatan
sebanyak 45 peratus. Disini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli kini
sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Setidak-tidaknya,
mereka berusaha mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan mereka
terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam bidang pendidikan. Kehidupan yang
menumpu kepada sara diri boleh diubah dengan adanya pendidikan yang formal.
Dengan adanya sistem pendidikan teratur, mereka mampu untuk berdaya saing
setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini.
Jadual 1 menunjukkan latarbelakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan
suku kaum mengikut kumpulan.
Jadual 2.2: Latarbelakang Orang Asli di Malaysia (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli Negeri Johor, 2010)
Kumpulan Keterangan Suku Kaum
Melayu-Proto Tinggal di sekitar Orang Melayu di Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Adat resam dan kebudayaan mereka boleh
dikatakan ada persamaan dengan orang Melayu
Kebanyakkan perkampungan mereka kini
terletak di kawasan bandar dan pedalaman.
Temuan, Semelai,
Jakun, Orang Kanaq,
Orang Kuala dan
Orang Seletar.
Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng
Titiwangsa iaitu di pedalaman negeri Perak,
Che Wong, Mahmeri,
Jahut, Semoq Beri,
13
Kelantan dan Pahang.
Mereka menyara keluarga dengan bercucuk
tanam, berburu dan mencari tumbuh-
tumbuhan hutan.Semenjak kerajaan memberi
penumpuan untuk memberi kesejahteraan
kepada rakyat kini Orang Senoi sudah ada
kampung halaman mereka untuk mengubah
cara hidup mereka agar setanding dengan
masyarakat umum.
Semai, dan Temiar.
Negrito Sesetengah orang negrito masih suka hidup
berpindah randah mencari tempat yang sesuai
untuk mencari bahan-baha makanan.
Tinggal di kawasan sekitar daerah Gerik, Hulu
Perak, kawasan pedalaman Kelantan, pedalaman
Utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan
Selatan Kelantan.
Kensiu, Kintak, Lanoh,
Jahai, Mendriq dan
Bateq.
2.3 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Orang Asli.
Tujuan pembentangan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan perancangan
awal pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli bagi tempoh 2001 sehingga
2010 dan untuk mendapatkan pandangan ahli majlis mengenai perancangan awal Pelan
Tindakan. Pada 31 Julai 2001 yang lalu, Majlis Penasihat Pembangunan Masyarakat
Orang Asli (MPKPMOA) telah bermesyuarat dan bersetuju akan cadangan dasar dan
strategi bagi pembangunan pendidikan Orang Asli dan meminta Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan
pelan tindakan ini. Pada 7 Ogos 2001, pelan ini dibentangkan di mesyuarat Pasukan
Petugas Peringkat Menteri yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri.
Mesyuarat telah bersetuju untuk meningkatkan pembangunan pendidikan masyarakat
14 Orang Asli sebagai alat peningkatan sosial terulung dalam pembasmian kemiskinan
supaya masyarakat Orang Asli standing masyarakat lain di Malaysia.
2.3.1 Matlamat Dasar Pendidikan Orang Asli Ke Arah 2010
Berikut merupakan matlamat dasar pendidikan Orang Asli kea rah 2010:
1. Celik huruf bagi masyarakat Orang Asli berada di tahap 70% pada tahun 2000.
2. Sekurang-kurangnya 50% daripada kanak-kanak Orang Asli berada dalam TASKA
dan TABIKA anggaran 15% pada masa sekarang. Justeru itu, bilangan TASKA dan
TABIKA perlu diperbanyakkan.
3. 100% kanak-kanak Orang Asli yang berada dalam tahap umur bersekolah rendah
berada dalam sistem persekolahan rendah.
4. Kadar keciciran dalam peringkat sekolah di tahap minima 5% berbanding pada
tahun 2000 sebanyak 10.3%.
5. Kadar keciciran peralihan peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah menurun
ke 10% berbanding dengan tahun 2000 iaitu sebanyak 81%.
6. Sekurang-kurangnya 50 orang anak-anak Orang Asli Berjaya keluar dari IPT setiap
tahun.
2.3.2 Strategi Pembangunan Pendidikan Orang Asli Berasaskan Tahap
Pembangunan & Aksesibiliti
Strategi dan program dilaksanakan berasaskan tahap pembangunan dan aksesibiliti 3
kumpulan yang berbeza iaitu:
Kumpulan A: Orang Asli di pedalaman;
Kumpulan B: Orang Asli di pinggiran kampong;
15
Kumpulan C: Orang Asli yang tinggal di bandar
2.4 ICT dan Pendidikan
Menurut Blurton (1998), Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT
(Information and Communication Technologies) didefinisikan sebagai satu set
teknologi dari sumber yang digunakan untuk komunikasi, serta untuk menghasil,
menghapus, menyimpan dan mengurus segala bentuk informasi ataupun maklumat.
Teknologi ini merangkumi komputer, Internet, radio dan televisyen serta telephony.
Bagi negara membangun seperti di Malaysia, ICT memainkan peranan yang
penting khususnya dalam pembangunan pendidikan.
ICT’s greatly facilitate the acquisition and absorption of knowledge, offering
developing countries unprecedented opportunities to enhance educational systems,
improve policy formulation and execution, and widen the range of opportunities for
business and the poor. One of the greatest hardships endured by the poor, and by
many others, who live in the poorest countries, is their sense of isolation. The new
communication technologies promise to reduce that sense of isolation, and to open
access to knowledge in ways unimaginable not long ago (Blurton,1998).
Menurutnya, ICT berupaya menggalak perkongsian maklumat lantas menjadi
pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara dan membuka peluang dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Tiada lagi istilah terasing dari negara maju
sebagaimana yang dihadapi oleh negara-negara miskin dengan adanya perkembangan
teknologi komunikasi sejagat.
16
ICT kini adalah alat perkongsian maklumat yang berpotensi untuk
mempertingkat kualiti pendidikan samada digunakan secara formal ataupun tidak
formal. Ianya melangkaui batas umur, etnik, gender samada lelaki atau perempuan,
orang kurang upaya, muda atau tua (Tinio,2002) . Semua golongan boleh
menggunakannya tanpa ada sempadan masa dan bangsa.
Pembelajaran menggunakan teknologi (komputer dan Internet) itu sendiri
berfokus kepada ”bagaimana teknologi dapat membantu dalam menyampaikan
maklumat dalam sesebuah kurikulum pembelajaran?”. Ini termasuklah:
1. Pembentangan (presentation), demonstrasi, dan manipulasi data.
2. Menggunakan aplikasi multimedia dalam kurikulum pembelajaran sperti kuiz,
permainan, latih tubi, tutorial, makmal virtual dan sebagainya.
3. Mendapatkan maklumat dari sumber-sumber lain seperti CD-ROM, ensiklopedia,
peta interaktif, jurnal elektronik dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kemahiran atau pengetahuan menggunakan teknologi
adalah faktor utama bagi memastikan teknologi dapat di manfaatkan sepenuhnya.
Proses ini menuntut pelajar supaya belajar menggunakannya sebelum
mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka.
Menurut Vekiri (2010), terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi
penggunaan ICT di kalangan pelajar. Antaranya ialah kepentingan, faedah, minat dan
keseronokan, serta pengetahuan dalam penggunaan ICT. Faktor-faktor ini jugalah yang
akan menyumbang kepada keputusan untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan
ICT dalam pembelajaran.
17 2.5 Penggunaan ICT di Sekolah Beberapa kajian terdahulu menunjukkan penggunaan ICT pelajar perempuan
adalah kurang berbanding pelajar lelaki bukan sahaja semasa di rumah tetapi juga di
sekolah, dan apabila mereka menggunakannya, mereka menggunakannya untuk tujuan
yang berbeza (Janssen Reinen & Plomp, 1997 dalam Volman et al., 2005). Kajian lain
yang dijalankan oleh Volman (2005) yang mengkaji penggunaan komputer di sekolah
rendah di kalangan etnik minoriti di Amerika menunjukkan, golongan ini jarang
menggunakan komputer untuk mencari maklumat bagi persediaan pembelajaran di
dalam kelas. Mereka juga jarang menggunakan Internet semasa di sekolah. Penggunaan
komputer pula lebih kepada untuk memantapkan kemahiran literasi menggunakan
komputer.
Dalam satu kajian tentang pengetahuan mengenai ICT yang telah dijalankan
oleh Volman & Van Eck (2001) memperlihatkan bahawa, pelajar perempuan cenderung
mempunyai nilai dan sikap yang negatif tentang penggunaan dan kemahiran dalam ICT
berbanding pelajar lelaki. Menurut ’value-expectancy theory’ yang diperkenalkan oleh
Eccles (1994), beliau percaya bahawa para guru dan ibu bapa dapat memberi pengaruh
yang positif kepada golongan muda untuk menggunakan komputer dan internet. Para
ibu bapa dan guru-guru telah memberi peluang dan galakan kepada golongan muda
dengan mendedahkan kepentingan dan faedah menggunakan ICT kepada mereka.
Dalam kajian yang melihat perbandingan penggunaan komputer di sekolah
antara pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa lebih ramai pelajar lelaki
yang mengahabiskan masa mereka menggunakan komputer dan Internet berbanding
pelajar perempuan. Ini kerana pelajar lelaki lebih berminat menggunakan komputer.
Antara aktiviti yang digemari mereka adalah bermain permainan komputer. Dalam erti
kata lain pelajar lelaki mempunyai tahap penggunaan komputer dan Internet yang tinggi
berbanding pelajar perempuan (Volman & Van Eck, 2001).
18 Bagi kawasan di pedalaman Afrika, budaya penggunaan teknologi didominasi
oleh golongan pelajar lelaki. Mereka mempunyai sikap yang positif terhadap
penggunaan ICT berbanding pelajar perempuan di awal tahap pendidikan. Turut
dinyatakan, pelajar perempuan akan berhadapan dengan masalah dalam penggunaan
ICT terutamanya pembelajaran membabitkan subjek sains (Dlodlo, 2009). Dengan itu,
pelbagai langkah telah diambil bagi menangani isu ini. Antaranya memberi peluang dan
berkongsi pengalaman tentang penggunaan ICT kepada mereka, menambah
pengetahuan mereka tentang ICT dan memberi kemudahan akses ICT di kawasan
pedalaman.
2.6 ICT dan Keberkesanan dalam Pembelajaran
Keberkesanan penggunaan ICT di sekolah adalah bergantung kepada kemudahan
infrastruktur yang disediakan. Pihak sekolah juga perlu menyediakan servis baik pulih,
sokongan teknikal supaya dapat diakses oleh semua.
Beberapa tahun kebelakangan ini, para pengkaji dan penggubal polisi telah
berusaha dan menjalankan pemerhatian dalam mencari peranan ICT dalam peningkatan
pencapaian pelajar dalam pembelajaran (Cox et al., 2003). Difahamkan, pengkaji
haruslah mempunyai bukti-bukti kukuh dalam mendapatkan keputusan yang boleh
menilai peranan ICT dan tahap pancapaian mereka dalam pembelajaran.
Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Laurillard (1994), beliau
menyatakan bahawa terdapat hubungan yang jelas berkaitan penilaian tentang impak
penggunaan teknologi dalam pendidikan dan pencapaian pelajar. Dari hasil kajian
mengenai ICT dan pencapaian pelajar, beliau membuat kesimpulan bahawa konteks
penggunaan ICT itu sendiri yang akan menentukan impak ICT dalam pembelajaran.
Konteks yang tersusun dan seimbang antara penggunaan ICT dan penerapan pedagogi
pembelajaran inilah yang akan memberikan impak yang positif terhadap pencapaian
pelajar (Joy II and Garcia, 2000).
19 Di Australia dan New Zealand, guru berperanan penuh dalam memberi bantuan
dan pengukuhan penggunaan ICT semasa di sekolah. Oleh itu, adalah amat sukar untuk
mencari perkaitan antara tahap penggunaan ICT dan tahap pencapaian pelajar di dalam
kelas. Namun secara keseluruhannya, masih terdapat lagi beberapa kajian yang ingin
mengkaji keberkesanan ICT dalam pembelajaran. Dalam pada itu, terdapat bukti kukuh
yang menyatakan bahawa kemudahan ICT yang disediakan di bilik-bilik darjah mampu
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih efektif lantas membentuk
sikap mereka agar lebih bebas dan berdikari semasa proses pembelajaran sedang
berlangsung (Tiu, Reimann & Freebody, 2008)
Kebanyakan kajian yang dijalankan sebelum ini adalah untuk mengkaji
hubungan penggunaan ICT dalam subjek tertentu pembelajaran atau pendidikan ICT itu
sendiri (Selinger, 2001). Subjek-sebjek yang diberi perhatian termasuklah pendidikan
ICT, English, Sains dan Matematik berbanding subjek-subjek lain. Kajian mendapati
terdapatnys hubungan yang signifikan antara penggunaan ICT dan pencapaian subjek-
subjek tersebut di dalam kelas. Selinger(2001) juga bersetuju bahawa tahap penggunaan
ICT yang tinggi juga turut menyumbang kepada pencapaian positif pelajar dalam
matapelajaran sains.
Bagi pendidikan ICT, kajian mendapati fokus diberikan kepada penggunaan
perisian Microsoft Word terutamanya bagi tahap awal pendidikan . Adakalanya
pengetahuan ini akan diintegrasikan semasa pembelajaran subjek bahasa Inggeris.
(Mumtaz, 2002). Hasil kajian mendapati kebanyakan sekolah rendah di United
Kingdom telah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran di dalam kelas
secara efektif.
Dalam satu kajian di Korea yang mengkaji hubungan antara tahap penggunaan
ICT dan dorongan untuk belajar memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang
positif antara tahap penggunaan ICT dan dorongan belajar. Mereka yang menghabiskan
masa yang lama menggunakan komputer mempunyai dorongan untuk belajar yang
20 tinggi berbanding pelajar lain (Im, 2006). Sementara itu, hasil kajian juga mendapati,
pelajar yang berpendapat bahawa komputer dapat menarik minat belajar dan
meningkatkan pencapaian akademik akan mendapat skor yang tinggi semasa penilaian
pembelajaran mereka. Kajian yang sama turut mendapati bahawa terdapat hubungan
yang positif antara penggunaan ICT dan sikap pelajar. Pelajar yang menggunakan
komputer lebih daripada 30 minit akan mendapat skor yang tinggi bagi penilaian
mengenai sikap mereka terhadap pembelajaran.
2.7 Meningkatkan Kualiti Pendidikan menerusi ICT
ICT membantu para guru dalam mengubah cara mereka mempersembahkan
bahan pengajaran kepada kaedah pengajaran yang lebih efektif. ICT juga membantu
proses pembelajaran dalam kelas menerusi bantuan alat pengajaran yang interaktif.
Cara ini sekaligus dapat menambahkan minat para pelajar, dalam pada masa yang sama
meningkatkan kemahiran asas mereka menggunakan kemudahan ICT di sekolah.
Penggunaan pelbagai sumber multimedia seperti televisyen, video dan perisian
komputer menawarkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisien kepada para
pelajar di semua peringkat.
2.8 ICT dalam Pendidikan di Malaysia
Secara umumnya, kerajaan Malaysia telah mengenalpasti beberapa inisiatif
yang boleh dilaksanakan untuk mengintegrasikan ICT bagi menaik taraf pendidikan
dalam negara sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Nasional:
“membentuk individu yang berpotensi secara menyeluruh termasuk membentuk nilai
murni, serta melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, akhlak, emosi dan
fizikal”
21 2.8.1 Polisi Nasional
Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan tiga polisi utama dalam
pendidikan nasional iaitu: kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai
langkah untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah, ICT dalam pendidikan
sebagai medium bantuan pengajaran dan pembelajaran, menjadikan ICT sebagai
sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta menggunakan kemudahan ICT
untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah.
2.8.2 Tahap Penggunaan dan Akses ICT dalam Pendidikan di Malaysia
Mengikut statistik, Malaysia menduduki tangga ke-17 daripada 25 buah negara
yang paling ramai pengguna Internet. Dicatatkan dalam tempoh dua tahun, pengguna
Internet di Malaysia meningkat sebanyak 3.7 juta kepada 5.7 juta pengguna iaitu
peningkatan sebanyak 50 peratus. Peratusan bagi jumlah pengguna Internet berbanding
jumlah populasi di Malaysia (23, 396, 700 orang) adalah sebanyak 24 peratus. Angka
ini adalah lebih tinggi berbaning negara-negara ASEAN yang lain seperti Indonesia (2
peratus) di tangga ke-21 dan Thailand (5.7 peratus) di tangga ke-25. Satu faktor yang
menyumbang kepada peningkatan ini adalah kerana dengan adanya talian tetap telefon
bagi setiap isi rumah di Malaysia dengan peratusan sebanyak 66 peratus (UNESCO
Asia, 2003).
Pada tahun 2001, Malaysia merupakan negara ke-dua selepas Singapura bagi
kategori kos pemasangan Internet terendah, dimana servis ini disediakan secara percuma
di negara jiran itu. Menurut Kesatuan Telekomuniksi Antarabangsa (ITU) purata kos
untuk 30 jam akses Internet di Malaysia adalah kurang daripada US$ 20. Ini
termasuklah kos bagi pemasangan talian telefon, sewa bulanan dan kos bagi langganan
servis Internet daripada pembekal. Kos langganan adalah sekitar US$ 5 lebih rendah
22 berbanding negara Thailand dan Filipina iaitu sebanyak US$ 19 dan US$ 25 bagi
Indonesia.
Pada tahun 2003, sebanyak 31 peratus atau 7,217 sekolah rendah di Malaysia
dan 54 peratus atau 1,641 sekolah menengah empunyai kelengkapan komputer: 10
peratus sekolah rendah dan 34 peratus sekolah menengah mempunyai kemudahan akses
Internet. Tetapi agihan kelengkapan yang disediakan kerajaan tidak setara di semua
negeri. Hanya di Lembah Klang dan Kuala lumpur sahaja, semua sekolah dilengkapi
dengan kemudahan ini, malah dalam lebih 1000 buah sekolah di luar kawasan ini tidak
langsung mempunyai talian telefon (Belawati, 2003).
Langkah untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di
semua peringkat sekolah di Malaysia dilihat sebagai satu keperluan. Oleh yang
demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 30 peratus daripada bajet
tahunan mereka (RM 42 bilion) untuk diagihkan kepada 230 buah sekolah di
pedalaman dengan kemudahan Internet dimana 120 buah sekolah akan diberi
kemudahan talian ISDN, 100 buah sekolah dengan talian PSTN dan 10 buah sekolah
dengan sambungan VSAT. Hasilnya, awal tahun 2003 menunjukkan hampir kesemua
institusi pendidikan di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu makmal
komputer. Secara khususnya, sebanyak 75 hingga 90 peratus sekolah dan kesemua
universiti di Malaysia mempunyai kemudahan mengakses Internet (UNESCO Asia,
2003). Dengan kemudahan sebegini, dijangkakan penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Tambahan pula, Kemeterian Pelajaran Malaysia
turut memuatkan subjek berkaitan kepenggunaan komputer di dalam kurikulumnya.
2.8.3 Cabaran dalam Penggunaan ICT dalam Pendidikan
Faktor utama yang mengekang kepenggunaan ICT dalam pendidikan di Malaysia
adalah kos pemasangan Internet yang mahal. Ini termasuklah kos perkakasan serta
23 kurangnya pengalaman dan pengetahuan kita dalam bidang ini. Selain daripada itu, faktor
yang menjadi penghalang dalam penggunaan ICT di dalam kelas datangnya daripada para
pendidik itu sendiri, dimana guru-guru kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer
seterusnya mengintegrasikan ICT dalam sesi pengajaran mereka.
2.9 ICT dan Komuniti Orang Asli
Menurut Hakansson dan Deer (2006), antara isu yang dibincangkan semasa
Persidangan Informasi Sejagat (World Summit Information Society) adalah berkenaan
menjaga hak-hak kaum peribumi dengan gerbang informasi dan hak mereka untuk
mengakses kemudahan ICT dan jaringannya. Dari aspek pendidikan, mereka
mencadangkan pendidikan jarak jauh (distance education) kepada mereka dimana
pembelajaran boleh dilaksanakan di rumah. Ini memandangkan mereka tinggal jauh di
pedalaman. Akan tetapi, interaksi dengan komuniti luar juga diperlukan bagi
memastikan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.
Sejak tahun 2005, kerajaan Australia telah menubuhkan Skim Bantuan
Pembelajaran kepada komuniti Orang Asli di negara mereka dan skim ini dinamakan
Indigenous Tutorial Assistance Scheme (ITAS). Skim ini bertujuan membantu pelajar
dari komuniti Orang Asli untuk meningkatkan tahap pencapaian pendidikan mereka.
Dana sebanyak $105.8 juta diperuntukkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan
tuisyen di dalam kelas setelah kajian awal menunjukkan peningkatan dalam kemahiran
dan literasi khususnya di kalangan murid-murid sekolah rendah.
Polisi pendidikan yang dibangunkan oleh kerajaan Australia juga
memperkenalkan pelbagai program agar penggunaan teknologi dimanfaatkan
sepenuhnya dan memenuhi keperluan pendidikan penduduk asal negara itu (Naidu &
Jasen, 2006). Beberapa isu mengenai ICT turut dibincangkan terutamanya yang
melibatkan penduduk asal (indigenous Australians), warga tua, golongan wanita,
24 golongan kurang upaya, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman serta yang
mereka yang terlibat dalam pengukuhan faktor sosio-ekonomi. Beberapa polisi
pendidikan untuk penduduk asal Australia telah mempromosikan pelbagai cara bagi
memperkenalkan kewujudan, kepentingan dan penggunaan teknologi bagi memastikan
ianya memenuhi keperluan asas pendidikan bagi penduduk asal negara ini. Antaranya
kerajaan telah menyarankan agar diwujudkan satu rangkaian komunikasi untuk semua
sekolah termasuk di kawasan pedalaman dan mensasarkan para guru agar mempunyai
pengetahuan sekurang-kurangnya literasi asas dalam penggunaan komputer.
Namun demikian, masih kurang kajian khusus yang meninjau penggunaan ICT
di kalangan murid-murid Orang Asli di Malaysia. Kesannya, masyarakat tidak mendapat
gambaran yang jelas akan kedudukan dan persepsi pelajar Orang Asli berhubung
penggunaan ICT terutamanya ketika di sekolah. Ini juga adalah penting untuk anak-anak
Orang asli diberi perhatian sewajarnya akan kepentingan penggunaan teknologi dalam
dunia serba moden ini.
2.10 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia
ditunjukkan di dalam bentuk gamba rajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat
faktor-faktor yang memberi gambaran mengenai tahap penguasaan dan keberkesanan
penggunaan ICT dalam kalangan murid-murid di Sekolah Rendah Orang Asli. Terdapat
dua faktor yang ingin dilihat dan dijadikan sebagai objektif kajian. Rekabentuk tersebut
ditunjukkan seperti mana gamba rajah di bawah:
25
Sikap murid-murid • Minat • Seronok • Sedar akan kepentingan
Tahap penggunaan ICT murid-murid Sekolah Rendah Orang Asli
Pengetahuan murid-murid • Kemahiran asas • Permainan komputer • Mengakses Internet
Keberkesanan ICT dalam pembelajaran
Rajah 2.10: Kerangka konseptual
2.11 Penutup
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap
penggunaan ICT di kalangan pelajar. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya menilai
dua faktor utama iaitu sikap pelajar dan pengetahuan mereka dalam penggunaan ICT
semasa di sekolah. Selain daripada itu, keberkesanan ICT dalam pembelajaran juga
akan dinilai. Ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan
ICT dalam pembelajaran murid-murid Orang asli di negeri Johor khususnya.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara
melaksanakan penyelidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk
memudahkan pemahaman kepada pembaca. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam
bab ini termasuklah rekabentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.
Penyelidikan dalam pendidikan adalah merujuk cara yang teratur untuk
mendapatkan sesuatu pengetahuan baru. Oleh itu kaedah yang berkesan akan
menghasilkan keputusan yang memuaskan. Menurut Mohd. Majid Konting (1994),
kaedah penyelidikan dalam pendidikan adalah merujuk bagaimana kita mendapatkan
maklumat bagi mencapai satu matlamat penyelidikan pendidikan. Dalam perkara ini,
pengkaji menggunakan cara yang paling berkesan dengan kos yang minima. Terdapat
pelbagai jenis kajian penyelidikan yang digunakan. Menurut Sulaiman Ngah Razali
(1997), terdapat beberapa alat kajian untuk mengumpul data, antaranya adalah borang
soal-selidik, pemerhatian, temuduga dan juga ujian psikologi.
26
3.2 Rekabentuk Kajian
Pengkaji akan menjalankan dua bentuk kajian. Pertamanya adalah kajian
berbentuk kuantitatif.Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji dapat mengumpulkan
maklumat dengan jitu serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang
dilakukan. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih rekabentuk tinjauan (survey)
dengan menggunakan kaedah soal selidik. Babbie (1973) menyatakan, kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik sebagai alat kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus.
Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat daripada
responden yang terlibat sahaja.
Kaedah penyelidikan berbentuk tinjauan ini juga merupakan kaedah penyelidikan
bukan eksperimental yang paling popular dan digunakan dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang sains-sosial. Kaedah ini digunakan untuk meninjau tentang
keberkesanan dan penggunaan yang menyeluruh tentang isu dan masalah dalam pelbagai
perspektif contohnya ia akan menghuraikan sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan,
tingkah laku dan sebagainya. Antara kelebihan kaedah penyelidikan ini adalah pengkaji
dapat memungut data dengan cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat yang
terus dari responden dan berkeupayaan untuk mengeneralisasikan keputusan kajian
Keduanya, pengkaji juga menjalankan kajian berbentuk kualitatif iaitu secara
pemerhatian (observation). Kekuatan kajian secara pemerhatian ini adalah untuk
mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji mengenai persekitaran dan situasi sebenar yang
dialami oleh responden (Gay, Mills dan Airasian, 2009). Dalam konteks kajian ini,
pengkaji memilih pengamatan tanpa kehadiran peserta atau dikenali (non-participant
observation). Peserta disini bermaksud responden. Dalam hal ini, pengkaji mengamati
persekitaran sekolah Orang Asli seperti meninjau keadaan makmal komputer dan
meninjau infrastruktur ICT yang disediakan di sekolah selain menjalankan sedikit
temuramah (interview) bersama dua orang guru ICT di beberapa sekolah yang terlibat.
27
3.3 Lokasi Kajian
Kajian akan dilakukan di lapan buah sekolah kebangsaan Orang Asli dimana
100% muridnya adalah terdiri daripada kalangan Orang Asli. Kajian akan dijalankan di
empat buah daerah di negeri Johor iaitu, daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan
Segamat. Jadual di bawah menunjukkan sekolah-sekolah dan daerah yang terlibat. Data
yang menunjukkan bilangan murid di sekolah-sekolah yang terlibat ini telah diperolehi
dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor. Berikut merupakan senarai sekolah
yang terlibat:
Jadual 3.3: Sekolah dan Daerah yang terlibat
Bil. Nama Sekolah Daerah
1 SK. Sayong Pinang Kota Tinggi
2 SK Sungai Layau Kota Tinggi
3 SK Kg Kudong, Bekok Segamat
4 SK Segamat Kecil Segamat
5 SK Seri Sedohok Kluang
6 SK Pengkalan Tereh Kluang
7 SK Labong, Endau Mersing
8 SK Tanah Abang Mersing
Sumber: Perangkaan Pelajar Orang Asli Negeri Johor, Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli Tahun 2010
28
3.4 Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang murid-murid tahun 6 di lapan buah
sekolah kebangsaan Orang Asli di empat buah daerah di negeri Johor iaitu Kluang,
Mersing, Kota Tinggi dan Segamat. Pemilihan pelajar tahun 6 ini bertujuan untuk melihat
kepenggunaan ICT di awal tahap pendidikan dan melihat sejauh mana kemahiran mereka
menggunakan ICT dalam pembelajaran. Berikut merupakan sampel kajian dan bilangan
responden yang dikaji.
Jadual 3.4: Senarai Sekolah, Daerah dan Bilangan Murid yang terlibat
Sumber: Perangkaan Pelajar Orang Asli Negeri Johor, Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli Tahun 2010.
Bilangan Murid Bil. Nama Sekolah Daerah
L P
1 SK. Sayong Pinang Kota Tinggi 7 4
2 SK Sungai Layau Kota Tinggi 6 6
3 SK Segamat Kecil Segamat 5 8
4 SK Kg Kudong, Bekok Segamat 7 5
5 SK Seri Sedohok Kluang 2 3
6 SK Pengkalan Tereh Kluang 2 6
7 SK Labong, Endau Mersing 2 6
8 SK Tanah Abang Mersing 8 3
39 41
Jumlah Keseluruhan 80
Temuramah pula dijalankan ke atas 2 orang guru ICT di Sekolah Kebangsaan Seri
Sedohok, Kluang dan Sekolah Kebangsaan Labong, Endau, Mersing. Mereka merupakan
guru ICT dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditugaskan untuk berkhidmat di dua
buah sekolah Orang Asli ini.
29
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal
selidik yang mengandungi 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Sekaran (1992)
berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik
dalam pengumpulan maklumat. Instrumen kedua merupakan satu set soalan temu ramah
yang terdiri daripada 5 item soalan yang akan diajukan kepada guru-guru ICT di dua
buah sekolah yang terlibat. Instrumen ketiga adalah nota kajian lapangan (field notes)
yang dicatat sewaktu lawatan pengkaji ke sekolah.
3.5.1 Borang Soal-Selidik
Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal
selidik yang mengandungi 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Sekaran (1992)
berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik
dalam pengumpulan maklumat.
Soal-selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
Bahagian A
Bahagian A mempunyai satu soalan yang meninjau aspek demografi responden iaitu
jantina responden.
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 11 item atau soalan yang diukur dengan skala Likert. Lima
pilihan jawapan disediakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan
sangat setuju. Responden dikehendaki memilih satu daripada lima pilihan jawapan
tersebut. Soalan yang di reka adalah bertujuan untuk mencari perhubungan antara sikap
30
dengan tahap kepenggunaan ICT responden dan hubungan antara pengetahuan dengan
tahap kepenggunaan ICT responden.
Jadual 3.5 : Skala Likert
Skala Aras
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Jadual di atas menunjukkan skala Likert yang dipangkatkan dari skala 1 hingga 5.
Jadual 3.5.1: Pembahagian item mengikut subskala tertentu.
Subskala Item
Sikap 1-6
Pengetahuan 7-11
Jumlah 11
Jadual di atas menunjukkan subskala yang menilai sikap dan pengetahuan responden
terhadap penggunaan ICT.
Bahagian C
Bahagian ini mengandungi 8 soalan dan semua soalan merupakan jenis soalan tertutup.
Soalan-soalan adalah berkaitan dengan keberkesanan ICT dalam pembelajaran dan
responden hanya diberi dua pilihan jawapan iaitu 1 (Ya) dan 2 (Tidak).
Sila rujuk LAMPIRAN A untuk melihat contoh borang soal selidik.
31
3.5.2 Soalan Temuramah
Soalan temuramah bersama dua orang guru ICT di dua buah sekolah Orang Asli
yang terlibat antara lain meninjau keadaan infrastruktur ICT dan keadaan makmal
komputer di sekolah-sekolah mereka.
Sila rujuk LAMPIRAN B untuk melihat soalan temu ramah yang dijalankan.
3.5.3 Nota Lapangan (field notes)
Dalam kajian kualitatif, nota lapangan ialah maklumat yang didengar, dilihat,
pengalaman yang dilalui dan apa yang difikirkan serta menjadi imbasan ke atas data yang
ada. Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji mencatat hasil pemerhatian secara bertulis dan
pengambilam foto di kawasan kajian.
3.6 Kajian Rintis
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis
dijalankan. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambaran
secara menyeluruh tentang mutu soal selidik, menguji keberkesanan instrumen dan
menguji kesesuaian rekabentuk kajian. Kesahan pula merujuk kepada keupayaan
instrumen penyelidikan mengukur permasalahan kajian dengan cepat. Menurut Mohd
Najib (1999), kesahan merujuk kepada sejauh mana pengukuran berguna dalam
tujuannya. Ia merujuk kepada satu-satu kegunaan. Keputusan penilaian berbeza daripada
segi kesahan untuk setiap tafsiran atau interpretasi yang dibuat. Kajian yang dilaksanakan
32
mengikut kaedah tertentu dan memenuhi kriteria yang boleh memberi lebih makna
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Aspek yang harus ditekankan dalam pelaksanaan kajian rintis ini adalah teknik
persampelan yang betul. Setiap pengkaji haruslah mengenalpasti pemilihan sampel yang
betul dibuat iaitu responden yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel sebenar.
Sampel untuk kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid-murid tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Ulu Semenyih, Selangor.
3.7 Dapatan Kajian Rintis
Seramai 10 orang murid-murid orang Asli yang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Ulu Semenyih, Selangor telah dipilih untuk menjawab soalan soal selidik
ini. Sekolah ini dipilih berdasarkan kriteria yang sama dengan kelompok sampel sebenar.
Data bagi kajian rintis ini kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS (Statistical
Package For Social Science) versi 16.0 untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaannya
(Alpha) terhadap item yang dibuat.
3.7.1 Ujian Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
Kebolehpercayaan merupakan darjah ketepatan dan kepersisan bagi ukuran yang
dibuat oleh sesuatu instrumen kajian (Ranjit Kumar, 1999). Sesuatu instrumen kajian
dikatakan boleh dipercayai jika pengukuran berulang kali yang dibuat di bawah situasi
yang tetap masih memberi keputusan yang sama. Lihat jadual 4 di bawah untuk melihat
kekuatan niai alpha.
33
Jadual 3.7.1: Klasifikasi kekuatan Koleransi
Nilai Alpha Kekuatan
0.000-0.200 Sangat lemah
0.200-0.400 Lemah
0.400-0.700 Sederhana
0.700-0.900 Tinggi
0.900-1.000 Sangat Tinggi
Jadual 3.7.2: Statistik reliabiliti Alpha Cronbach
Cronbach’s Alpha
Cronbach’s Alpha based
on Standardized
Items N of Items .897 .092 20
Nilai Alpha yang diklasifikasi diantara 0.700 sehingga 0.900 adalah tahap
kekuatan yang tinggi. Nilai yang diperolehi untuk kajian rintis adalah 0.897. Oleh itu,
nilai kebolehpercayaan ini menunjukkan soalan soal selidik dianggap bagus dan boleh
digunakan untuk kajian ini.
3.8 Prosedur Pengumpulan Data
Terdapat beberapa prosedur yang harus dilaui oleh pengkaji dalam
menyempurnakan kajian ini. Pertamanya, pengkaji mendapatkan borang pengesahan
status pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, UTM. Seterusnya surat rasmi kebenaran
membuat kajian di sekolah-sekolah yang terlibat dan surat pengesahan status dibuat dan
dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setelah permohonan diluluskan, barulah pengkaji menjalankan pengumpulan data di
34
sekolah-sekolah Orang Asli yang terlibat. Sila rujuk LAMPIRAN C untuk melihat surat
pengesahan status dan LAMPIRAN D untuk melihat surat kebenaran menjalankan
kajian.
Pengumpulan data akan dijalankan ke atas lapan (8) buah Sekolah Orang Asli di
empat (4) buah daerah di negeri Johor. Daerah-daerah yang terlibat adalah Kota Tinggi,
Kluang, Mersing dan Segamat. Responden pula terdiri daripada murid-murid tahun enam
(6) yang belajar di sekolah terbabit. Pengumpulan data telah bermula pada 18 Januari
2010 dan berakhir pada 28 Januari 2010. Soal-selidik akan diagihkan semasa lawatan
pengkaji ke sekolah-sekolah yang terlibat dan dikumpulkan semula sejurus selepas
selepas sesi menjawab soal-selidik selesai.
3.9 Prosedur Analisis Data
Maklumat yang diperolehi dari soal-selidik dianalisis secara statistik perihalan
(Descriptive Statistic) dan statistik takbiran (Inferential Statistic) dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Menurut Yoon Fah & Chwee
Hoon (2008) statistik perihalan dan statistik takbiran merupakan cabang dari ilmu
statistik gunaan (Applied Statistic). Statistik perihalan merangkumi kaedah-kaedah untuk
mengorganisasi, memapar dan menghuraikan data dengan menggunakan jadual, graf dan
ukuran ringkasan. Johnson dan Christensen (2000) pula mendefinasikan statistik
perihalan sebagai statisik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan
menerangkan data. Statistik perihalan akan membuat ukuran seperti mengira min, skor,
peratusan, varians dan julat.
Statistik takbiran pula merangkumi kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
membuat keputusan, inferens, ramalan dan jangkaan mengenai ciri-ciri populasi
berdasarkan data yang diperoleh dari sampel (Yoon Fah & Chwee Hoon, 2008). Statistik
35
jenis ini akan mencari peratusan, varians, sisihan piawai, korelasi, koefisien regresi dan
seumpamanya. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik perihalan untuk
bahagian A dan Bahagian C yang mencari skor dan peratusan dari data yang diperolehi.
Statistik takbiran digunakan untuk menilai data dari bahagian B dengan menggunakan
kaedah korelasi Spearman’s Rho bagi mencari perhungan antara;
1) sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT serta, 2) pengetahuan pelajar dan tahap
penggunaan ICT.
Korelasi Spearman’s Rho merupakan alternatif bukan parametrik bagi koefisen
korelasi Pearson. Korelasi Spearman’s Rho akan menganalisis data yang mempunyai
skala pengukuran jenis ordinal dan boleh dipangkatkan dari nilai yang terkecil ke nilai
terbesar. Sebagai contoh, darjah persetujuan responden meneganai sesuatu pernyataan
(1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju, 5 = Sangat
Setuju). Nilai diambil dari parameter sampel bagi koefisien korelasi yang biasanya di
wakili dengan simbol r. Berpandukan skala Rowntree (1981), tafsiran indeks kekuatan
korelasi ‘r’ adalah seperti berikut:
Jadual 3.9 : Skala Rowntree Untuk Tafsiran Nilai Pekali Korelasi ‘r’
Nilai pekali korelasi ‘r’ Kekuatan hubungan
0.9 hingga 1.00 Sangat tinggi, sangat kuat
0.7 hingga 0.89 Tinggi, kuat
0.4 hingga 0.69 Sederhana
0.2 hingga 0.39 Lemah, rendah
0.0 hingga 0.19 Sangat lemah
Seterusnya penialaian dibuat untuk mencari:
1) Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT.
a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan
tahap penggunan ICT
36
b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan
tahap penggunan ICT
2) Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT.
a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar
dan tahap penggunan ICT.
b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar dan
tahap penggunan ICT.
3.10 Penutup
Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Beberapa aspek penting seperti rekabentuk kajian, lokasi, sampel kajian dan
instrumen kajian turut dibincangkan. Daripada kaedah yang dipilih ini, pengkaji berharap
agar hasil dapatan dapat menentukan tahap kepenggunaan ICT dalam pendidikan di
kalangan anak-anak Orang Asli.
BAB 4
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Penganalisisan data melibatkan aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung
dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Mohd Majid, 1994). Data-data yang
diperoleh dari soal selidik merupakan data ataupun bahan mentah dan dianalisis bagi
mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Bab ini membincangkan dapatan
kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS Version 16.0.
4.2 Analisis data Bahagian A
Bahagian A merupakan maklumat berkaitan demografi responden yang akan
mengenalpasti jantina responden.
Jadual 4.2: Analisa Jantina Responden
Frekuensi Peratus Peratus kumulatif
Valid P 41 51.2 51.2
L 39 48.8 100.0
80 100.0
38
48.8%
51.2%
Perempuan
Lelaki
Rajah 4.0: Carta pai peratusan jantina responden
Jadual dan rajah diatas menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut
jantina. Seramai 80 0rang responden yang terlibat (n = 80). 41 responden (n = 41) adalah
terdiri daripada murid perempuan dan 39 responden (n = 39) adalah terdiri daripada
murid lelaki. Ini membawa kepada peratusan sebanyak 51.2 % responden perempuan dan
selebihnya, 48.8% responden lelaki.
Jadual 4.2.1: Ujian-t antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
Ujian-t dilakukan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min bagi dua kumpulan sampel iaitu antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dengan tahap penggunaan ICT pelajar. Daripada analisis yang dibuat, terdapat
perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan ICT bagi kumpulan pelajar lelaki
dan kumpulan pelajar perempuan.Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, pelajar lelaki
39
mempunyai tahap penggunaan ICT yang yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar
perempuan.
4.3 Analisis data Bahagian B
Bahagian B merupakan analisis yang menguji perkaitan antara dua hipotesis yang
dikaji iaitu:
1) Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT.
a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan
tahap penggunan ICT
b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan
tahap penggunan ICT
2) Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT.
a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar
dan tahap penggunan ICT.
b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar dan
tahap penggunan ICT.
4.3.1 Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT
Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan hubungan antara sikap sebenar
responden dan tahap penggunaan ICT. Keputusan analisis adalah dalam jadual yang
tertera di bawah.
40
Jadual 4.3.1: Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT
Minat guna komputer
Minat guna
Internet
Seronok guna
komputer
Seronok guna Internet
Tahap Penggunaan *0.304 *0.410 *0.249 *0.331
Dapatkan bantuan dari
guru
Kesedaran akan kepentingan
komputer MIN
SIKAP
Tahap Penggunaan *0.365 *0.491 *0.358
* mewakili koefisien korelasi Spearman’s Rho, (r).
Berdasarkan jadual 4.1.1 di atas, terdapat hubungan yang signifikan antara min
sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT iaitu r = 0.358. Korelasi koeffisien diantara
tahap penggunaan ICT dan subskor sikap pelajar dibuat pada tahap signifikan , a=0.05
atau tahap keyakinan 95% lantas menghasilkan r = 0.304 (tahap penggunaan dan minat
menggunakan komputer), r = 0.410 (tahap penggunaan dan minat menggunakan
Internet), r = 0.249 (tahap penggunaan dan perasaan seronok menggunakan komputer),
r = 0.331 (tahap penggunaan dan perasaan seronok menggunakan Internet), r = 0.365
(tahap penggunaan dan keinginan mendapatkan bantuan dari guru) dan r = 0.491 (tahap
penggunaan dan kesedaran akan kepentingan komputer).
Mengikut nilai pekali kolerasi ’r’ yang dinyatakan oleh Downtree (1981), pada
skala 0.358 hubungan antara pembolehubah ini adalah pada tahap lemah ataupun rendah.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan signifikan linear
positif yang lemah antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT dikalangan pelajar.
41
4.3.2 Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT.
Jadual 4.3.2: Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT
Komputer mudah
dikendalikan
Mahir guna Microsoft
Word
Pernah bermain
permainan komputer
Internet membolehkan saya mencari
maklumat Tahap
Penggunaan *0.344 *0.376 *0.389 *0.282
Tahu mencari maklumat dari
Internet
MIN PENGETAHUAN
Tahap
Penggunaan *0.275 *0.333
* mewakili koefisien korelasi Spearman’s Rho, (r).
Berdasarkan jadual 4.3.2 di atas, terdapat hubungan yang signifikan antara min
pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT iaitu r = 0.333. Korelasi koeffisien
diantara tahap penggunaan ICT dan subskor sikap pelajar dibuat pada tahap signifikan ,
a=0.05 atau tahap keyakinan 95% lantas menghasilkan r = 0.344 (tahap penggunaan dan
merasa mudah menggunakan komputer), r = 0.376 (tahap penggunaan dan kemahiran
menggunakan Microsoft Word), r = 0.389 (tahap penggunaan dan pernah bermain
permainan komputer), r = 0.282 (tahap penggunaan dan tahu maklumat terdapat di
Internet) dan r = 0.275 (tahap penggunaan dan tahu mencari maklumat di Internet)
Mengikut nilai pekali kolerasi ’r’ yang dinyatakan oleh Downtree (1981), pada
skala 0.333 hubungan antara pembolehubah ini adalah pada tahap lemah ataupun rendah.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan signifikan linear
positif yang lemah antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT dikalangan
pelajar.
42
4.4 Analisis data Bahagian C: Keberkesanan Penggunaan ICT dalam
Pembelajaran
Bahagian C merupakan analisis daripada dapatan mengenai penilaian terhadap
keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran di kalangan responden. Peratusan
bagi setiap item akan dianalisis
Jadual 4.4: Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran
No. Item Ya Tidak 1. Adakah penggunaan komputer membuatkan
pembelajaran anda lebih menarik?
72.5%
(n = 58)
27.5%
(n = 22)
2. Adalah menyeronokkan melihat komputer
menjalankan fungsinya (contohnya animasi, bunyi dan
warna)
75%
(n = 60)
26%
(n = 20)
3. Adakah kemudahan komputer dan Internet yang
disediakan di sekolah membantu anda dalam
pembelajaran?
73.8%
(n = 59)
26.2%
(n = 21)
4. Pernahkah anda menggunakan CDRI pembelajaran
ketika di sekolah?
65%
(n = 52)
35%
(n = 28)
5. Adakah penggunaan CDRI pembelajaran membantu
anda meningkatkan kefahaman anda dalam sesuatu
subjek (contohnya matematik, sains dan sebagainya)
65%
(n = 52)
35%
(n = 28)
6. Adakah latihan amali di makmal komputer sudah
memadai untuk melengkapkan diri anda dengan
kemahiran menggunakan komputer?
55%
(n = 44)
45%
(n = 36)
7. Adakah anda memerlukan latihan tambahan supaya
anda lebih mahir menggunakan komputer? 81.2%
(n = 65)
18.8%
(n = 15)
8. Adakah persekitaran tempat pembelajaran menarik
minat anda menggunakan komputer? 82.5%
(n = 66)
17.5%
(n = 14)
43
Jadual di atas menunjukkan analisis statistik atau penilaian terhadap keberkesanan
penggunaan ICT dalam pembelajaran. Daripada jadual di atas, 72.5% responden
bersetuju bahawa penggunaan komputer membuatkan pembelajaran mereka lebih
menarik. Ini disokong dengan pernyataan bahawa mereka berasa seronok melihat
komputer menjalankan fungsinya (contohnya animasi, bunyi dan warna).
59 daripada 80 orang responden atau 73.8% daripada mereka juga bersetuju
bahawa kemudahan komputer dan Internet yang disediakan di sekolah membantu mereka
di dalam pembelajaran dimana 65% daripada mereka pernah menggunakan CDRI
pembelajaran semasa di sekolah. Statistik menunjukkan penggunaan CDRI membantu
meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu subjek (contohnya matematik, sains dan
sebagainya).
Sebanyak 45% responden tidak bersetuju bahawa latihan amali di makmal
komputer sudah memadai untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang
diperlukan menggunakan komputer. Ini diperkukuhkan lagi dengan 81.2% responden
bersetuju bahawa latihan tambahan diperlukan bagi meningkatkan kemahiran mereka
dalam penggunaan komputer. Akhir sekali, 66 daripada 80 orang responden bersetuju
dengan pernyataan bahawa persekitaran tempat pembelajaran mampu menarik minat
mereka untuk menggunakan komputer.
4.5 Pemerhatian
Pemerhatian yang dijalankan sepanjang lawatan ke sekolah-sekolah Orang Asli
mendapati kesemua 8 buah sekolah rendah mempunyai kemudahan makmal komputer di
mana setiap satunya mempunyai kemudahan akses Internet dengan pengwujudan
rangkaian SchoolNet. Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membangunkan projek
44
ICT di sekolah-sekolah Orang Asli ini bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan di
antara murid-murid sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luar
bandar seperti mana yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP).
Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM, projek SchoolNet
merupakan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh
negara. Prasarana SchoolNet ini menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang
melangkaui bilik darjah biasa. Tujuannya adalah untuk menyediakan infrastruktur
komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di
Malaysia, mewujudkan susana pendidikan interaktif selain menyediakan infrastruktur
komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di
Malaysia.
Dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis
teknologi digunakan iaitu Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi
memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk
kawasan Bandar, wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui
gelombang udara untuk kawasan terpencil dan Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT)
iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi
untuk kawasan luar Bandar.
Sekolah pertama yang dilawati adalah Sekolah Kebangsaan Kg. Layau, Kota
Tinggi, Johor. Kesemua murid sekolah ini terdiri dari kalangan anak-anak Orang Asli
dimana jumlah murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang bersekolah disini tidak lebih dari
70 orang. Tinjauan pengkaji ke makmal komputer mendapati sekolah dilengkapi 10 buah
komputer dan 1 mesin pencetak di mana kesemuanya berfungsi dengan baik.
Seterusnya pengkaji ke Sekolah Sayong Pinang, juga terletak di daerah Kota
Tinggi. Sekolah ini dilengkapi dengan 7 buah komputer tetapi pengkaji mendapati hanya
45
4 buah komputer sahaja yang berfungsi. Pengkaji seterusnya ke Sekolah Seri Sedohok di
daerah Kluang. Di sekolah ini, sebanyak 9 buah komputer ditempatkan di dalam kelas
murid tahun 6, dimana setiap seorang murid berpeluang menggunakan setiap komputer
yang disediakan. Di Kluang, pengkaji juga ke menjalankan kajian di Sekolah Pangkalan
Tereh. Sekolah ini turut mempunyai makmal komputer yang lengkap bersama LCD
Projektor.
Kajian diteruskan ke daerah Mersing iaitu di Sekolah Kebangsaan Labong, Endau
dan Sekolah Kebangsaan Tanah Abang. Kedua-dua sekolah ini mempunyai makmal
komputer. Sungguhpun begitu tidak semua komputer yang disediakan dapat berfungsi
dengan baik. Akhir sekali, pengkaji ke daerah Segamat. Dua lagi sekolah terlibat iaitu
Sekolah Kebangsaan Kg. Kudong, Bekok dan Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil.
Disini pengkaji juga mendapati walaupun terdapat makmal komputer di sekolah, tetapi
tidak semuanya juga dapat berfungsi dengan baik.
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang lawatan pengkaji ke sekolah-sekolah yang
terlibat.
Rajah 4.5.1:Kajian ke SK. Kg Layau, Rajah 4.5.2: Pengkaji di SK Labong, Kota Tinggi. Endau , Mersing.
46
Rajah 4.5.3: Komputer di dalam kelas di Rajah 4.5.4: Bilik komputer SK. Segamat SK Seri Sedohok, Kluang. Kecil, Segamat.
Rajah 4.5.5: Responden di SK Sayong Rajah 4.5.6: Responden di SK Kg. Pinang, Kota Tinggi. Kudong, Bekok, Segamat. Rajah 4.5.7: Pemancar SchoolNet di Rajah 4.5.8: Pemancar Schoolnet di SK Tanah Abang, Mersing. SK Labong, Endau, Mersing.
47
4.6 Temuramah
Temuramah dijalankan ke atas dua orang guru ICT. Masing-masing mengajar di
Sekolah Kebangsaan Labong, Endau, Mersing dan Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok,
Kluang. Hasil temuramah bersama Cikgu Kamu dari Sekolah Kebangsaan Labong,
Endau mendapati murid-murid disitu amat berminat untuk menggunakan komputer yang
disediakan di sekolah sehinggakan ada yang berebut-rebut ingin menggunakannya.
Kemudahan akses Internet juga disediakan dengan adanya rangkaian Schoolnet yang
disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, komputer yang sedia
ada ini terhad penggunaannya kerana daripada 12 buah komputer yang disediakan, 6
buah daripadanya rosak dan tidak boleh digunakan. Menurut Cikgu Kamu lagi, servis
untuk membaiki komputer ini diserahkan kepada kontraktor yang akan berubah-ubah
mengikut jangka masa tender yang diberikan. Ini menyukarkan pihak sekolah kerana
mereka terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menanti kehadiran
kontraktor baru.
Hasil temuramah bersama Cikgu Zulkifli Harun, dari Sekolah Kebangsaan Seri
Sedohok, Kluang mendapati, pihak sekolah benar-benar memberi galakan kepada murid-
muridnya untuk mengintegrasikan penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana 9 buah komputer ditempatkan di dalam kelas murid tahun 6 di
sekolah itu. Menurut Cikgu Zul lagi, pihak sekolah amat menyokong hasrat murni
kerajaan yang antara lain ingin merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan
pelajar luar bandar atau pedalaman. Menjadi tanggungjawab guru-guru dalam membantu
dan merealisasikan hasrat ini lebih-lebih lagi memperkenalkan penggunaan teknologi
kepada anak-anak Orang Asli.
Beliau menambah, sebanyak lebih kurang 50 keping CDRI atau CD Interaktif
Pembelajaran diberikan pihak KPM kepada sekolah ini. Penggunaan CDRI terutama
dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris mampu menarik minat murid-murid
terhadap subjek ini. Guru juga memberi pendedahan akan penggunaan Internet yang
48
disediakan dengan menggalakkan murid-murid melawati laman Skor-A iaitu laman web
yang menyediakan nota dan latih tubi untuk persiapan mereka menghadapi UPSR. Apa
yang menariknya, hasil temu bual bersama Cikgu zul juga mendapati, kemudahan
komputer di sekolah ini juga dikongsi bersama komuniti di sekitarnya. Penduduk dari
kampung berdekatan boleh menggunakan kemudahan komputer dan akses Internet yang
terdapat di sekolah. Penggunaannya dibuka selepas waktu sekolah iaitu jam 2.00 petang
dan berakhir jam 8.00 malam. Pengawal keselamatan di sekolah lah yang
bertanggungjawab dalam memastikan segalanya dalam keadaan selamat dan teratur.
4.7 Penutup
Dari analisis data yang dipaparkan, pengkaji berharap segala persoalan kajian
telah terjawab dan dapat memenuhi objektif kajian. Seterusnya kesimpulan dan rumusan
dari hasil dapatan akan dibincangkan dalam bab 5. Penyelidik juga akan mengemukakan
beberapa cadangan hasil daripada keputusan yang diperolehi ini.
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini memuatkan perkara-perkara seperti rumusan, perbincangan dan cadangan
berdasarkan hasil dapatan kajian. Rumusan akan bertumpu kepada kesimpulan yang
dapat dibuat oleh pengkaji secara menyeluruh. Seterusnya segala perbincangan tentang
hasil dapatan kajian turut dikupas dan dikaitkan bersama sorotan penulisan terdahulu.
Akhir sekali, beberapa cadangan untuk tindakan selanjutnya akan dibuat untuk makluman
pengkaji-pengkaji akan datang, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak JHEOA
dan kepada pihak-pihak yang berminat dalam kajian ini.
5.2 Rumusan Kajian
Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap dan
pengetahuan pelajar dengan tahap penggunaan ICT responden selain mengenalpasti
keberkesanan penggunakan ICT dalam pembelajaran murid-murid di Sekolah Rendah
Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ICT di kalangan murid-
murid Orang Asli masih lagi di tahap yang rendah jika dilihat dari aspek sikap dan
pengetahuan mereka. Pertamanya, pengkaji membuat perbandingan tentang tahap
50
penggunaan ICT di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dari ujian t-test yang
dilakukan, pengkaji mendapati tahap penggunaan ICT di kalangan murid lelaki adalah
lebih tinggi berbanding murid perempuan. Hal yang sama turut dinyatakan dalam kajian
terdahulu yang dijalankan oleh Dlodlo (2009), beliau mendapati di kawasan pedalaman
Afrika, budaya penggunaan teknologi didominasi oleh golongan pelajar lelaki. Ini kerana,
mereka mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT berbanding pelajar
perempuan di awal tahap pendidikan. Hasil kajian mendapati, antara faktor yang
menyumbang kepada hal ini adalah sikap dan pengetahuan pelajar terhadap ICT itu
sendiri. Segelintir pelajar masih tidak berminat, malah mereka tidak merasa seronok
untuk menggunakan kemudahan komputer dan Internet yang disediakan. Selain
kurangnya kesedaran akan kepentingan penggunaan teknologi ini kepada mereka, pelajar
juga tidak mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan bantuan dari guru-guru.
Jika dilihat dari aspek pengetahuan mengenai ICT, masih ramai pelajar yang jauh
ketinggalan dan menyimpulkan bahawa komputer adalah alat yang sukar untuk
dikendalikan. Tambahan lagi kemahiran asas komputer seperti kemahiran menggunakan
perisian seperti Microsoft Word masih lagi lemah dikalangan pelajar. Apatah lagi
pengetahuan mereka mengenai Internet yang menjadi gerbang untuk mencari maklumat
turut berada pada aras yang lemah.
Majoriti reponden bersetuju bahawa pembelajaran menggunakan komputer
menyeronokkan kerana dengan adanya elemen multimedia seperti persembahan animasi,
bunyi dan warna. Mereka juga bersetuju bahawa kemudahan komputer dan Internet yang
disediakan di sekolah membantu mereka di dalam pembelajaran dimana 65% daripada
mereka pernah menggunakan CDRI pembelajaran semasa di sekolah. Statistik
menunjukkan penggunaan CDRI membantu meningkatkan kefahaman mereka dalam
sesuatu subjek (contohnya matematik, sains dan sebagainya).
51
5.1 Perbincangan
Perbincangan secara terperinci berkenaan hasil dapatan yang diperolehi akan
dibincangkan dalam bab ini.
5.1.1 Hubungan antara sikap responden dengan tahap kepenggunaan ICT dalam
pembelajaran
Murid-murid Orang Asli menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan
ICT dalam pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, ianya masih pada tahap yang
lemah atau rendah. Ini kerana kurangnya rasa minat terhadap penggunaan komputer dan
Internet di sekolah malah mereka kurang merasa seronok untuk menggunakannya. Sikap
yang ditunjukkan oleh murid mempengaruhi tahap penggunaan ICT. Pada awal peringkat
pendidikan, murid-murid Orang Asli sudah terdedah dengan penggunaan ICT yang
disediakan di sekolah-sekolah mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan mereka sedar
akan kepentingan ICT. Namun begitu, mereka tidak mengambil inisiatif sendiri untuk
mendapatkan bantuan dari guru-guru juka terdapat sebarang masalah menggunakan
teknologi ini.
5.1.2 Hubungan antara pengetahuan responden dengan tahap kepenggunaan ICT
dalam pembelajaran
Terdapat hubungan signifikan yang lemah antara pengetahuan murid dan tahap
penggunaan ICT. Masih ramai lagi murid yang beranggapan komputer sukar untuk
dikendalikan selain tidak mahir menggunakan Microsoft Word dan ada yang tidak pernah
bermain permainan komputer. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan pelajar yang tidak
tahu untuk mencari maklumat menggunakan Internet. Para guru seharusnya mengambil
tindakan bagi menangani masalah ini. Murid-murid harus diberi pendedahan akan fungsi
Internet sebagai gerbang mencari maklumat selain menyediakan modul yang efektif
52
khususnya dalam pendidikan ICT. Sekurang-kurangnya mereka tahu menggunakan
aplikasi asas seperti menggunakan Microsoft Word.
Hal yang sama turut dipersetujui oleh Volman (2005) yang mengkaji penggunaan
komputer di sekolah rendah di kalangan etnik minoriti di Amerika menunjukkan,
golongan ini jarang menggunakan komputer untuk mencari maklumat bagi persediaan
pembelajaran di dalam kelas. Mereka juga jarang menggunakan Internet semasa di
sekolah. Penggunaan komputer pula lebih kepada untuk memantapkan kemahiran literasi
menggunakan komputer.
5.1.3 Keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran di kalangan murid-
murid Orang Asli
Penggunaan ICT memberi impak atau kesan yang positif ke pembelajaran murid-
murid. Hasil dapatan ini disokong dalam satu kajian yang telah dijalankan di sebuah
sekolah di Korea yang mengkaji hubungan antara tahap penggunaan ICT dan dorongan
untuk belajar. Menurut Im (2006), keputusan kajian memperlihatkan bahawa terdapat
hubungan yang positif antara tahap penggunaan ICT dan dorongan belajar. Mereka yang
menghabiskan masa yang lama menggunakan komputer mempunyai dorongan untuk
belajar yang tinggi berbanding pelajar lain. Komputer juga dapat menarik minat belajar
dan meningkatkan pencapaian akademik akan mendapat skor yang tinggi semasa
penilaian pembelajaran mereka.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa pengunaan CDRI dalam sebjek-subjek
tertentu terutamanya Sains dan Matematik membantu pemahaman mereka. Ini dikuatkan
lagi dengan dapatan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini yang mengkaji hubungan
penggunaan ICT dalam subjek tertentu pembelajaran (Selinger, 2001). Subjek-sebjek
yang diberi perhatian termasuklah pendidikan ICT, English, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati terdapatnys hubungan yang signifikan antara penggunaan ICT dan pencapaian
53
subjek-subjek tersebut di dalam kelas. Selinger (2001) juga bersetuju bahawa tahap
penggunaan ICT yang tinggi juga turut menyumbang kepada pencapaian positif pelajar
dalam matapelajaran sains.
5.1.4 Pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur ICT di sekolah
Hasil daripada pemerhatian, kesemua sekolah mempunyai kemudahan komputer
dan akses Internet yang lengkap. Namun begitu, aspek penyelengaraan dan sokongan
teknikal bagi memastikan peralatan dapat berfungsi dengan baik tidak dititikberatkan.
Pihak sekoalah harus menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menanti kehadiran
kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara dan memastikan semua unit komputer
di sekolah dapat berfungsi dengan baik.
5.2 Cadangan
Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap penggunaan ICT di
kalangan murid Orang Asli. Antaranya, pengkaji berharap agar kerajaan mewujudkan
lebih banyak pusat-pusat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di kawasan
pedalaman dan luar bandar bagi membolehkan rakyat di kawasan terbabit mengakses ICT
selain mendapatkan maklumat terkini dan semasa. Kita tidak memerlukan pendidikan
jarak jauh (distance learning) sepertimana yang dicadangkan semasa Persidangan
Informasi Sejagat (World Summit Information Society) kerana kita mempunyai guru-guru
dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman
ini. Apa yang penting adalah penyediaan infrastruktur ICT yang lengkap dan
perkhidmatan baikpulih (maintainance) yang berterusan.
54
Bagi tujuan kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan agar kajian yang akan
dijalankan adalah secara pemerhatian dengan kehadiran peserta (participant observation).
Dengan cara ini, pengkaji akan lebih memahami situasi sebenar dan keadaan sekeliling
responden dengan lebih mendalam lagi. Pengkaji mungkin dapat mengenalpasti beberapa
lagi faktor yang mungkin akan menyumbang kepada kelemahan tahap penggunaan ICT
dalam pembelajaran anak-anak Orang Asli.
5.3 Kesimpulan
Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah
pihak kerajaan, para guru dan masyarakat umumnya perlu bekerjasama dalam
meningkatkan pengetahuan dan membentuk sikap positif anak-anak Orang Asli dalam
mempertingkatkan kesedaran mereka akan kepentingan penggunaan ICT. Ini kerana
berdasarkan dari dua aspek utama yang dikaji, sikap dan pengetahuan mereka masih
berada pada tahap yang lemah. Kemudahan infrastruktur yang lengkap sahaja tidak
mencukupi kerana tanpa penyelenggaraan dan bantuan teknikal yang berterusan, hasrat
kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar sukar
untuk dicapai.
55
RUJUKAN
Babbie, E. (1973). Survey Research Methods. Belmont, California: Wadsworth
Publishing Company.
Basir Zaharom (2008, Disember 22). Pendidikan Orang Asli. Berita Harian. Retrieved
Sept 8, 2009 from http://www.scribd.com/doc/14269900/masalah-keciciran-
pelajaran-kaum-orang-asli.
Belawati, T. (2003). Meta Survey on the Use of Technologies in Education: Malaysia.
dalam G. Farrel & C. Wachholz (Eds.), Meta-Survey on the use of technologies in
Education in Asia and the Pacific (hal. 107-110). Bangkok: Unesco Asia and
Pacific Regional Bureau for Education.
Blurton, C. (1998). New Directions of ICT-Use in Education. Retrieved Sept 10, 2009
from http://www.unesco.org/education/educprog/lwf/dl/edict.pdf
Dlodlo, N. (2009). Access to ICT education for girls and women in rural South Africa: A
case study. Technology in Society, 31 (2009) 168-175. Retrieved February 10,
2010, from Science Direct database.
Donaldson, G. (2007). Improving Scottish education. The use of ICT in teaching and
learning. Scotland: HMIE. Retrieved March 14,2010 from
www.hmie.gov.uk/documents/publication/iseictilat.pdf
Eccles, J. S. (1994). Understanding Women Educational and Occupational Choices.
Psychology of women quarterly, 18, 585-609. Retrieved March 6, 2010, from
Science Direct database.
Freebody, P., Reimann, P., & Tiu, A. (2008). Allignment of perceptions about the uses of
ICT to Australian & New Zealand school. Sydney: University of Sydney.
Australia.
56
Gay, L.R., Mills, G.E., & Airasian, P. (2009). Educational Research: Competencies for
Analysis and Applications. USA: Pearson Education International.
JHEOA (2003). Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Orang Asli. Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.
JHEOA (2010). Perangkaan Pelajar Orang Asli Negeri Johor Tahun 2010. Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.
Hakansson, A.K & Deer K (2006).Indigeneous People and ICT: Millenium Development
Goal 8 and the Information Society. Canada. Retrieved January 22, 2010 from
http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/gaid/unpan033376.pdf
Indigenous Tutorial Assistance Scheme (2008). Indigenous Education: Achievement
Through Choice, Opportunity and Partnership. Australian Government
Department of Education, Employment and Workplace Relations. Retrieved
January 4, 2010 from http://www.dest.gov.au/NR/ factsheet.pdf
Jin-Ho Im (2006). Analysis of the Effectiveness of ICT Use in Education: Focusing on
affective domains. Retrieved March 14, 2010, http://english.keris.or.kr/
ICSFiles/afieldfile/2006/06/08/rnd.pdf
Joy II, E. H., & Garcia, F. E.(2000). Measuring learning effectiveness: A new look at no-
significant-difference findings. Journal of Asynchronous Learning Networks 4(1)
Khairul Hisyam Kamarudin dan Ibrahim Ngah. (2008). Pembangunan Mapan Orang
Asli. Skudai: Penerbit UTM.
Laurillard, D. M. (1994). How Can Learning Technologies Improve Learning?. Law
Technology Journal 3(1), 46–49.
Margaret, C., Chris Abbott., Mary, W., Barry, B., Tony, B., and Valerie, R. (2003). ICT
and attainment . A review of the research literature produced by Becta for the
Department for Education and Skills. Nottinghamshire, UK: Queen’s Printer.
Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
57
Mohd Najib Abd. Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia
Naidu, S & Jasen, C (2006). Meta survey on the use of technologies in education:
Australia (hal.149-156). Retrieved from
http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/ict/Metasurvey/australia.pdf
Nicholas, C. (2000). The Orang Asli and The Contest for Resources: Indigenous Politic,
Development and Identity in Peninsular Malaysia. Denmark: International Work
Group for Indigenous Affairs.
Nicholas, C. (2006). The State of Orang Asli Education and Its Roots Problems.
Retrieved Sept 19, 2009, from
http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/images/articles/OA%20Educati
on.pdf
Pelgrum, W.J., and Anderson, R.E.(1999). ICT and the Emerging Paradigm for Life
Long Learning: A worldwide Educational Assessment of Infrastructure, Goals and
Practices, Amsterdam: International Association for the Evaluation of Educational
Achievement.
Rowntree, D. (1981). Statistics Without Tears: A Primer for non-Mathematicians.
London: Penguin Publishing
Salbiah Binti Ismail. (n.d). ICT and School Linkages. Educational Technology Division:
Ministry of Education, Malaysia. Retrieved on Sept 12, 2009 from
http://www.moe.gov.my/43seameocc/download/Malaysia ICT and School
Linkages.pdf
Selinger, M. (2001). Learning information and communications technology skills and the
subject context of the learning. Journal of Information Technology for Teacher
Education 10(1/2),143–156.
Sulaiman Ngah Razali, (1997). Pedagogi- Teori dan Praktik. Selangor: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
58
Tinio, V.L (2002). ICT in Education. New York: United Nations Development
Programme: Bureau for Development Policy. Retrieved Sept 15, 2009 from
http://www.eprimers.org
Valacich, J.S., Nicholson, J., & Nicholson, D. (2008). Examining the Effects of
Technology Attributes on Learning: A Contingency Prospective. Journal of
Information Technology Education, Vol.7. Retrieved Sept 3, 2009, from
http://informingscience.org/jite/documents/Vol7/JITEv7p185-
204Nicholson364.pdf
Vekiri, I. (2010). Boys’ and Girls’ ICT beliefs: Do teacher matter?. Computer and
education 56(3), 101-109. Retrieved March 10, 2010, from Science Direct
database.
Volman, M., & Van Eck, E. (2001). Gender Equity and Information Technology in
Education: The 2nd Decade. Review of Educational Research, 71(4), 613-634.
Retrieved March 10, 2010, from Science Direct database.
Volman, M., Van, Eck E., Heemskerk, I., & Kuiper, E. (2005). New technologies, new
differences. Gender and Ethnic differences in pupils’ use of ICT in primary and
secondary education. Computers & Education, 45 (2005), 35-55. Retrieved March
6, 2010, from Science Direct database.
Yoon Fah, L & Chwee Hoon, K (2008). Pengenalan Kepada Analisis Statistic Dalam
Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Venton Publishing.
Yuen, H.K., Law, N., & Wong, K.C.(2003). ICT implementation and school leadership:
case studies of ICT integration in teaching and learning. Journal of Educational
Administration, 41(2), 158-170. Retrieved August 30, 2009 from emerald insight
database.
Borang Soal Selidik
59
LAMPIRAN A
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Penggunaan dan Keberkesanan ICT
Dalam Pembelajaran Di Kalangan Anak-anak Orang Asli
LATAR BELAKANG
Soal selidik yang dijalankan ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai
tahap penggunaan dan keberkesanan ICT di kalangan anak-anak Orang Asli di
Sekolah Rendah Kebangsaan Orang Asli di negeri Johor. Menyedari akan betapa
pentingnya ICT dalam pembangunan pendidikan negara, maka kajian ini diharap
dapat menjelaskan kedudukan anak-anak Orang Asli tentang tahap kepenggunaan
mereka menyesuaikan diri dengan kemudahan ICT yang telah diperuntukkan di
sekolah-sekolah.
Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sulit dan hasil kajian ini
hanya digunakan untuk laporan pengkaji sahaja.
Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak ANDA dapat membantu saya
mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kemahiran ICT. Terima
Kasih.
Borang Soal Selidik
60
A. MAKLUMAT DEMOGRAFI
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi
responden.
Arahan: Sila Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan
1. Jantina
( ) Lelaki ( ) Perempuan
B. PENILAIAN TERHADAP TAHAP PENGUASAAN ICT RESPONDEN
Bahagian ini merupakan set soalan Skala Likert yang bertujuan untuk melihat
tahap penguasaan ICT responden.
Arahan: Pilih jawapan yang terbaik dan BULATKAN satu nombor bagi tiap-
tiap soalan yang dinyatakan.
No. Pernyataan
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti Setuju Sangat
Setuju
1. Saya berminat untuk menggunakan komputer. 1 2 3 4 5
2 Saya berminat untuk menggunakan Internet
1 2 3 4 5
3. Saya merasa seronok menggunakan komputer. 1 2 3 4 5
Borang Soal Selidik
61
No.
Pernyataan Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti Setuju Sangat
Setuju
4. Saya merasa seronok
menggunakan Internet. 1 2 3 4 5
5. Saya mendapatkan
bantuan daripada guru
untuk menggunakan
komputer di sekolah.
1
2
3
4
5
6. Penggunaan komputer
penting bagi saya. 1 2 3 4 5
7. Komputer ialah alat yang
mudah dikendalikan. 1 2 3 4 5
8. Saya mahir menggunakan
perisian Microsoft Word. 1 2 3 4 5
9. Saya pernah bermain
permainan komputer. 1 2 3 4 5
10.
Internet membolehkan
saya mencari maklumat
yang saya kehendaki. 1 2 3 4 5
11.
Saya tahu mencari
maklumat dari Internet. 1 2 3 4 5
Borang Soal Selidik
62
C. PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN ICT DALAM
PEMBELAJARAN
Bahagian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan ICT dalam pembelajaran
di sekolah.
Arahan: Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan
1. Adakah penggunaan komputer membuatkan pembelajaran anda lebih
menarik?
( ) Ya ( ) Tidak
2. Adalah menyeronokkan melihat komputer menjalankan fungsinya
(contohnya animasi, bunyi dan warna)
( ) Ya ( ) Tidak
3. Adakah kemudahan komputer dan Internet yang disediakan di sekolah
membantu anda dalam pembelajaran?
( ) Ya ( ) Tidak
4. Pernahkah anda menggunakan CD-ROM pembelajaran ketika di
sekolah?
( ) Ya ( ) Tidak
5. Adakah penggunaan CD-ROM pembelajaran membantu anda
meningkatkan kefahaman anda dalam sesuatu subjek (contohnya
matematik, sains dan sebagainya)
( ) Ya ( ) Tidak
6. Adakah latihan amali di makmal komputer sudah memadai untuk
melengkapkan diri anda dengan kemahiran menggunakan komputer?
( ) Ya ( ) Tidak
Borang Soal Selidik
63
7. Adakah anda memerlukan latihan tambahan supaya anda lebih mahir
menggunakan komputer?
( ) Ya ( ) Tidak
8. Adakah persekitaran tempat pembelajaran menarik minat anda
menggunakan komputer?
( ) Ya ( ) Tidak
- soalan tamat -
“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji
selidik ini. Kerjasama anda amat saya hargai. Sekian”
64
LAMPIRAN B Temuramah 1 Temuramah yang dijalankan bersama Cikgu Kamu iaitu guru dari Sekolah Kebangsaan
Labong, Endau Mersing.
Pengkaji: Selamat pagi, cikgu. Apa khabar?
Cikgu Kamu: Selamat pagi. Saya khabar baik.
Pengkaji: Sebelum itu, saya perkenalkan dahulu diri saya. Nama saya Nurul
Farhana, pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia. Saya datang kesini
kerana ingin membuat kajian tentang penggunaan ICT. Boleh perkenalkan
serba sedikit tentang diri cikgu?
Cikgu Kamu: Nama saya Kamu Warid. Saya telah berkhidmat di sekolah ini sebagai
Guru sejak tahun 1990, bermakna sudah 20 tahun saya di sini. Saya
dilantik menjadi guru ICT pada tiga tahun lepas.
Pengkaji: Bagaimana cikgu melihat tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar
sekolah ini?
Cikgu Kamu: Pelajar di sini amat seronok untuk menggunakan komputer. Tetapi
malangnya, daripada 12 komputer yang disediakan 6 daripadanya rosak
dan tidak dapat digunakan. Jadi pelajar disini akan merebut-rebut untuk
menggunakannya.
Pengkaji: Apakah tidak terdapat pihak yang bertanggungjawab untuk
menyelenggara komputer-komputer yang rosak?
Cikgu Kamu: Ada. Tetapi kontrak kontraktor yang dahulu sudah 3 bulan habis. Jadi
kebiasaannya kami akan menunggu dalam masa yang lama untuk
kehadiran kontraktor baru.
Pengkaji: Kebiasaannya, apakah tujuan mereka menggunakan komputer?
Cikgu Kamu: Kebiasaannya pelajar disini menggunakan komputer jika diberi CD
pembelajaran dari guru-guru mereka. Khususnya subjek Sains, Inggeris
dan Matematik.
65
Pengkaji: Adakah terdapat capaian Internet di sekolah?
Cikgu Kamu: Ada. Capaian Internet diperolehi dari rangkaian SchoolNet yang
disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengkaji: Bagaimana pula dengan kelajuan akses Internet yang disediakan.
Cikgu Kamu: Kelajuan yang dinyatakan oleh pihak KPM adalah 1Mbps tetapi kelajuan
yang diterima kami tidak selaju itu. Mungkin atas faktor demografi.
Maklumlah kawasan kami ini terletak jauh di pedalaman. Namun kami
masih berpuas hati dan kami masih boleh mengakses internet walaupun
agak lambat.
Pengkaji: Jadi, terima kasih cikgu. Itu sahaja soalan saya. Semoga berjumpa lagi
Cikgu Kamu: Ya, sama-sama.
66
Temuramah 2
Temuramah yang dijalankan bersama Cikgu Zulkifli Harun, dari Sekolah Kebangsaan
Seri Sedohok, Kluang.
Pengkaji: Assalamualaikum cikgu. Maaf saya mengambil sedikit masa cikgu.
Cikgu Zul: Waalaikumussalam. Tidak mengapa, murid-murid juga sedang berehat.
Pengkaji: Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Nurul Farhana
Jumaat, pelajar sarjana dari UTM. Saya sedang menjalankan kajian bagi
melihat infrastruktur ICT dan penggunaan ICT di kalangan murid-murid
sekolah ini. Boleh cikgu perkenalkan serba sedikit tentang diri cikgu?
Ckgu Zul: Baiklah, saya cikgu Zulkifli Bin Harun. Saya merupakan guru ICT dan
baru berkhidmat selama dua tahun di sekolah ini.
Pengkaji: Saya ingin bertanaya beberapa soalan mengenai infrastruktur ICT di
sekolah ini. Adakah terdapat makmal komputer di sekolah ini? Berapa unit
komputer disediakan dan adakah kesemuanya berfungsi dengan baik?
Cikgu Zul: Komputer di sekolah ini diletakkan di kelas tahun 6. ini adalah sebagai
salah satu inisiatif dari pihak sekolah yang menggalakkan penggunaan
komputer sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kesemuanya ada 9 unit komputer dan semua dapat berfungsi dengan baik.
Selain itu pihak sekolah juga berkongsi kemudahan ICT di sekolah
bersama penduduk setempat. Ini bermakna penduduk dari kampung
terdekat boleh menggunakan kemudahan ini di luar waktu sekolah iaitu
dari jam 2 petang hingga 8 malam.
Pengkaji: Bagaimana pula dengan kemudahan akses Internet? Adakah terdapat
sebarang masalah mengenainya?
Cikgu Zul: Kemudahan Internet diperolehi dari capaian pemancar SchoolNet.
Walaupun kelajuan Internet sedikit lambat namun masih memuaskan.
67
Pengkaji: Seperti yang saya sedia maklum, murid-murid ada menggunakan
komputer sewaktu sesi pembelajaran. Bagaimana dengan penggunaan CD
Interaktif sewaktu sesi P&P?
Cikgu Zul: Sekolah telah menerima lebih kurang 50 keping CDRI untuk subjek-
subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Penggunaan CDRI
ini lebih bertumpu untuk kegunaan murid Tahun 6. Selain itu dengan
kemudahan akses Internet yang disediakan, murid-murid juga digalakkan
untuk mengakses Skor-A iaitu latihan dan praktis 5 subjek teras untuk
persediaan mereka menghadapi UPSR.
Pengkaji: Baiklah, terima kasih Cikgu Zul. Itu sahaja soalan dari saya. Terima kasih
atas masa yang diluangkan.
Cikgu Zul: Sama-sama.
Recommended