View
18
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017)Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
Kebudayaan Berakar
Kepelbagaian Berbunga 9 789671 255377
ISBN 978-967-12553-7-7
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017)Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
Kebudayaan Berakar
Kepelbagaian Berbunga
Kebudayaan Berakar, Kepelbagaian Berbunga:Kertas Cadangan Kebudayaan (2017)Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
通过文化扎根,拓宽多元之美:吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂《文化建议书》2017
Pihak Bertanggungjawab: Pasukan Merangka Kertas Cadangan Kebudayaan, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
Penyelaras / Penulis: Tang Ah ChaiAhli: Cheng Su Chean, Lee Shok Jing, Lee Ban Chen, Khor Teik
Huat, Thock Ker Pong, Wong Kock Hoo, Ser Wue Hiong, Lee Kim Sin, Phoon Wing Keong, Chong Fah Hing, Chiam Yan Tuan, Isabella Pek, Wong Oi Min, Soon Choon Mee, Thong Meng Wei, Ng Sui Thye
Penerbit: Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan SelangorNo.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-2274 6645Faks: +603-2272 4089Emel: info@klscah.org.myLaman web: http://klscah.org.my/
Tarikh: Julai 2017
Percetakan: Percetakan Advanco Sdn. Bhd.23, Jalan Segambut Selatan, Segambut, 51200 Kuala Lumpur,Malaysia.
Tel: +603-6258 9211Faks: +603-6257 0761
ISBN: 978-967-12553-7-7
Hak cipta dilindungi © dilarang mencetak kembali.
Kandungan
1. Pendahuluan 1
1.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1.2 Asal-Usul Kertas Cadangan Kebudayaan
2. Huraian Konsep Kebudayaan 2
2.1 Mengesyorkan Budaya Kewarganegaraan
2.2 Menekankan Nilai Kepelbagaian Kebudayaan
2.3 Membina Sistem Atau Mekanisme Penilaian
2.4 Bermula Dari Komuniti, Manfaatkan Kuasa Lembut Budaya
3. Merangka Pelan Induk Pembangunan Pelbagai Budaya 5
3.1 Dasar Kekal Sama, Autoritarian Agama Semakin Ketara
3.2 Merangka Dasar Pelbagai Budaya
4. Strategi dan Cadangan Untuk Pembangunan Kebudayaan
Kebangsaan
7
4.1 Halatuju Pembangunan Kebudayaan
4.2 Menyebarluas Budaya, Seni dan Khazanah Kebudayaan
Negara
4.3 Layanan Adil Terhadap Pendidikan Pelbagai Aliran
4.4 Pendidikan Sejarah Yang Objektif Dan Sejajar Dengan Fakta
4.5 Mempertahankan Sistem Sekular, Menyuburkan Interaksi dan
Toleransi Agama
5. Kerajaan Dan Pembangunan Kebudayaan 16
5.1 Dasar Kebudayaan Kerajaan dan Pengagihan Sumber
5.2 Bantuan Kerajaan Untuk Mengasah Bakat Pentadbiran
Kebudayaan
iv
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
5.3 Insentif Kerajaan Agar Korporat Digalakkan Untuk Menaja
Aktiviti Kebudayaan
5.4 Menubuhkan Jawatankuasa Seni (Art Council)
5.5 Mencadangkan Agar Kerajaan Kaji Semula Sistem Sedia Ada
6. Korporat Sebagai Pendorong Aktiviti Seni-Budaya 21
6.1 Tanggungjawab Sosial Korporat
6.2 Harapan agar Tajaan Aktiviti Kebudayaan oleh Korporat
Menjadi Amalan Lumrah
6.3 Korporat Menyuburkan Interaksi Seni-Budaya
6.4 Menggalakkan Korporat Untuk Menubuhkan atau Mengambil
Institusi Seni Di Bawah Jagaannya
7. Peranan Kebudayaan Pertubuhan Masyarakat 22
7.1 Keazaman dan Kecekalan Pertubuhan Masyarakat
7.2 Memperkasa Kerjasama Antara Institusi Akademik dengan
Pertubuhan Masyarakat
7.3 Menubuhkan Jawatankuasa Persembahan Seni-Budaya
Masyarakat
7.4 Memperkasa Integrasi Sumber Masyarakat
7.5 Penubuhan Muzium Masyarakat dan Aktiviti Komuniti Secara
Berterusan
7.6 Memperkasa Interaksi Kebudayaan Antara Etnik
7.7 Bantuan Dana Untuk Institusi Akademik Masyarakat: Pusat
Kajian Cina Malaysia
8. Kesimpulan 27
Nota 29
Lampiran
1. Memorandum Bersama: Dikemukakan Oleh Pertubuhan-
Pertubuhan Cina Yang Utama Di Malaysia, 1983
31
2. Menjawab Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan
Kebangsaan:
Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni
Persembahan, 2016
72
1. PENDAHULUAN
1.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pada tahun 1983, 15 Pertubuhan Cina Malaysia (Nota 1) telah menganjurkan
“Kongres Kebudayaan Cina” di Pulau Pinang, mencapai ketetapan untuk
mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan.
Memorandum ini telah diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan pada ketika itu, menyatakan dengan jelas bahawa pertubuhan
Cina tidak bersetuju dengan tiga prinsip yang terkandung dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, iaitu:-
A. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berteraskan kebudayaan
rakyat asal rantau ini;
B. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan;
C. Islam sebagai unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan menggariskan
empat prinsip asas untuk pembangunan kebudayaa kebangsaan, iaitu:-
a. Unsur-unsur unggul kebudayaan setiap kaum di negara ini haruslah
menjadi asas kepada pemupukan kebudayaan kebangsaan;
Kertas Cadangan
Kebudayaan (2017),
Dewan Perhimpunan China
Kuala Lumpur dan Selangor
1
2
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
b. Amalan sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang (rule of
law) dan patriotisme harus menjadi pedoman dalam pemupukan nilai
kebudayaan yang boleh dikongsi bersama;
c. Nilai-nilai kebudayaan yang dikongsi bersama haruslah mencerminkan
bentuk kepelbagaian kaum; dan
d. Proses pemupukan kebudayaan kebangsaan haruslah sejajar dengan
prinsip kesamarataan semua kaum dan dicapai melalui rundingan secara
demokratik.
1.2 Asal-Usul Kertas Cadangan Kebudayaan
Pada tahun 2016, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
(singkatan KLSCAH) mengambil alih giliran untuk menganjurkan Pesta
Kebudayaan Cina Malaysia ke-33. Dari segi pemupukan kebudayaan,
KLSCAH berharap agar sejarah diimbas dan dikaji semula, sebelum kita
mengorak langkah ke arah masa depan untuk mengatasi pengalaman silam.
Justeru itu, tiga aktiviti dan program telah dijadikan keutamaan:-
A. Seminar Akademik bertemakan “Melakar Semula Imaginasi Kebudayaan”
diadakan;
B. Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan telah diadakan oleh
Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan KLSCAH, untuk mengkaji
masalah dan peluang yang dihadapi bidang seni persembahan; dan
C. Pasukan Khas telah ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji semula
Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan oleh
pertubuhan Cina pada tahun 1983, merangka Kertas Cadangan
Kebudayaan dan mengemukakan tuntutan dan cadangan tersebut
kepada pihak kerajaan, korporat dan pertubuhan sosial.
2. HURAIAN KONSEP KEBUDAYAAN
2.1 Mengesyorkan Budaya Kewarganegaraan (Cultural Citizenship)
(1) Kami beranggapan bahawa tuntutan hak asasi manusia, penyertaan
politik dan kesamarataan ekonomi semata-mata tidak memadai pada
zaman alaf ke-21 ini. Tuntutan rakyat harus dipertingkatkan ke tahap
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
3
baru, iaitu budaya kewarganegaraan (Cultural Citizenship), menekankan
hak seni-budaya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Ia meliputi amalan hidup harian di peringkat dasarnya, sehinggalah
perlindungan kesenian, kebebasan akademik, kebebasan bersuara,
penerbitan serta penyiaran, dan lain-lain pada peringkat tinggi. Kesemua
penyertaan dalam lingkungan kebudayaan adalah pelaksanaan budaya
kewarganegaraan.
Kerajaan harus memperuntukkan sumber seni-budaya yang memadai
untuk menjamin hak budaya warga Malaysia. Sementara itu, seluruh
rakyat Malaysia juga menggalas tanggungjawab bersama untuk
menyokong, memelihara dan memperkembangkan aktiviti, sumber,
khazanah dan pembangunan seni-budaya. Sesungguhnya, ruang
independen untuk pembangunan budaya ditentukan oleh masyarakat
sivil dan wawasan kerajaan terhadap pembangunan sosial yang positif.
(2) Warga sivil seharusnya memiliki saluran untuk mempertahankan hak
budaya. Penggiat seni-budaya, karyawan, orang awam, pertubuhan
seni-budaya, komuniti minoriti dan lain-lain seharusnya memiliki saluran
perundangan untuk mempertahankan hak mereka, apabila hak budaya
mereka dicabuli.
(3) Memohon agar kerajaan memeterai Kovenan Antarabangsa mengenai
Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (International Covenant on
Economic, Social and Cultural Rights, ICESCR), berganding bahu
bersama negara-negara di serata dunia untuk menjamin pelaksanaan
kandungan kovenan tersebut di masyarakat antarabangsa. Lebih-
lebih lagi, hak kebudayaan harus dilaksanakan secara khusus dalam
kehidupan di kalangan rakyat Malaysia.
2.2 Menekankan Nilai Kepelbagaian Kebudayaan
Pada zaman globalisasi, unsur dan keistimewaan budaya tempatan di
seluruh pelosok dunia adalah warisan kebudayaan manusia sejagat. Kami
berpandangan bahawa negara kita perlu menekankan nilai kepelbagaian
kebudayaan, mengiktiraf dan menghormati perbezaan serta kemajmukan
budaya di negara kita, lantas menjamin hak setara dan autonomi setiap etnik
4
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
untuk memperkembangkan bahasa, budaya dan kesinambungan tradisi
sejarahnya.
Keistimewaan budaya etnik masing-masing menyumbang secara positif ke
arah kewujudan bersama dan pembangunan kepelbagaian kebudayaan.
Nilai sejagat yang menyatukan pelbagai etnik diperkayakan, dan inilah makna
sejati kepelbagaian atau kemajmukan.
Justeru itu, kami memohon agar perspektif kebudayaan diambil kira kerajaan
ketika menggubal dasar kebudayaan dan langkah-langkahnya. Dasar
kebudayaan negara kita harus berteraskan matlamat untuk melindungi,
menyuburkan dan mempertingkatkan pengiktirafan terhadap kepelbagaian
kebudayaan, di samping memelihara warisan kepelbagaian kebudayaan.
Suasana saling menghormati, menghayati, berinteraksi dan mempelajari
harus digalakkan. Penindasan atau peminggiran ke atas mana-mana budaya
dalam apa bentuk sekalipun menjadi satu kerosakan yang menjejaskan
negara kita.
2.3 Membina Sistem Atau Mekanisme Penilaian
Keterbukaan dan perubahan dalam dasar kebudayaan dan institusi
pentadbiran harus dilaksanakan. Kerajaan perlu mengetengahkan pelan
induk dasar kebudayaan yang jelas memperuntukkan hak kebudayaan
asasi kepada rakyat. Justeru itu, kami menyarankan pembinaan sistem atau
mekanisme berikut, termasuk:-
(1) Mekanisme keterlibatan rakyat dalam dasar kebudayaan: Untuk
memastikan dialog dan perbahasan terbuka di kalangan warga sivil
mengambil tempat sebelum sesuatu dasar digubal;
(2) Sistem pemantauan dan penilaian kebudayaan: Untuk mengelakkan
penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau amalan berat sebelah oleh
birokrat dalam sistem pentadbiran kebudayaan negara; dan
(3) Sistem penilaian terhadap kesan kebudayaan secara keseluruhannya:
Memastikan semua undang-undang dan dasar yang penting dinilai
kesannya secara sistematik.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
5
2.4 Bermula Dari Komuniti, Manfaatkan Kuasa Lembut Budaya
Kami menyarankan agar penyelenggaraan khazanah kebudayaan tempatan
diusahakan bersama pembinaan komuniti dan pemesatan serantau. Tradisi
kebudayaan, ruang persekitaran dan industri tempatan harus dimanfaatkan
sebaik-baiknya untuk memperkembangkan keistimewaan tempatan. Sumber
budaya tempatan harus diseimbangi, dirapatkan jurang antara desa dengan
bandar, malah kepelbagaian budaya tempatan harus diterjemahkan untuk
diintegrasi sesama rantau jiran, agar dibentuk jaringan sosial budaya hidup
tempatan.
Pada masa yang sama, hak budaya komuniti minoriti harus dijamin. Peluang
penyertaan dalam aktiviti kebudayaan dan pentas persembahan seni-budaya
ditambah, agar hak budaya setara di kalangan etnik terlaksana, lantas
memperkasa kuasa lembut (soft power) budaya.
3. MERANGKA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PELBAGAI BUDAYA
3.1 Dasar Kekal Sama, Autoritarian Agama Semakin Ketara
Sekali lagi kami tegaskan, bahawa cubaan untuk memaksakan budaya,
agama atau nilai satu-satu etnik ke atas etnik yang lain, atau sebarang
cubaan untuk mendominasi etnik yang lain, adalah langkah tidak wajar,
berpandangan sempit dan tidak sejajar dengan realiti negara kita yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum dan budaya – sama ada ia dilakukan
melalui saluran perundangan mahupun kuasa eksekutif, atau dengan
kelebihan populasi majoriti, mahupun campur tangan politik. Sebarang
usaha pemupukan kebudayaan yang memperlihatkan unsur diskriminasi,
berpusatkan etnik tunggal, dan campur tangan dengan cara yang anti-
demokrasi bukan sahaja gagal mengolah restu, meraih penghormatan atau
penglibatan, sebaliknya mencetuskan syak-wasangka buruk, penolakan dan
kebencian yang menjejaskan perpaduan rakyat, malah tidak menyumbang ke
arah pembangunan kepelbagaian kebudayaan.
34 tahun telah berlalu sejak Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan
Kebangsaan dikemukakan 15 pertubuhan Cina pada tahun 1983. Ketika
6
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
menilai perkembangan perkara ketujuh dalam Memorandum tersebut, iaitu
“Tuntutan dan Cadangan Kami”, kami mendapati bahawa dasar kebudayaan
kerajaan secara keseluruhannya semakin memperlihatkan kecenderungan ke
arah autoritarian agama yang ketara.
Sungguhpun Dasar Kebudayaan Kebangsaan tidak ditegaskan atau
ditonjolkan pada tahun-tahun kebelakangan, dasarnya masih berpandukan
tiga prinsip yang membentuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan, terutamanya
prinsip ketiga yang menyatakan “Islam sebagai unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan”. Ia meresap ke setiap peringkat
kehidupan harian, dan hampir menyerupai kuasa hegemoni budaya.
3.2 Merangka Dasar Pelbagai Budaya
Kami mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula dan meminda Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (National Culture Policy) pada tahun 1971,
digantikan dengan Dasar Pelbagai Budaya (Multi-culture Policy). Tempoh lima
tahun dijadikan satu penggal, dan pembangunan kebudayaan dalam jangka
ini dirangka dengan penglibatan pihak berkuasa bersama penggiat seni-
budaya pelbagai etnik melalui seminar. Antara perkara yang dibincangkan
termasuklah pengagihan sumber kebudayaan, pemupukan bakat, cara
insentif, penggunaan ruang dan sebagainya, agar semua rakyat khususnya
penggiat seni-budaya lebih fasih dengan operasi dalam Kementerian
Kebudayaan dan saluran penyertaan rakyat.
Dengan ini, pendekatan sehala dari atas ke bawah (top-down) dirombak,
digantikan dengan penyertaan bersama daripada pihak berkuasa,
masyarakat sivil dan pihak korporat untuk menggerakkan kebudayaan. Kami
mencadangkan agar dialog, seminar, pembentangan diadakan secara berkala
setiap tahun untuk memperkukuh hubungan kerjasama pelbagai pihak dan
memudahkan pengaliran maklumat.
Konsep dan pelaksanaan Dasar Pelbagai Budaya tidak terbatas kepada
kerajaan persekutuan, tetapi juga sesuai untuk kerajaan negeri dan kerajaan
tempatan.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
7
4. STRATEGI DAN CADANGAN UNTUK PEMBANGUNAN
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4.1 Halatuju Pembangunan Kebudayaan
4.1.1 Visi Global, Misi Lokal
Pada zaman globalisasi, interaksi dunia antarabangsa semakin
kerap. Dalam hal kebudayaan, dari satu segi nilai sejagat dan kayu
ukurnya boleh ditetapkan dengan piawaian penilaian tertentu,
namun dari satu segi pula ia memberi laluan kepada kewujudan
fenomena penyeragaman, sehingga corak persembahan dan
produk komersial kebudayaan semakin mirip di serata dunia.
Justeru itu, pada zaman di mana tahap globalisasi semakin tinggi,
keistimewaan budaya tempatan menjadi lebih bernilai untuk
mempamerkan kegemilangan tamadun dan keunikan rantau di
seluruh pelosok dunia.
Lantaran daripada itu, kita sebagai anak watan Malaysia perlu
memiliki visi global, dilengkapi dengan misi lokal, iaitu daya
bertindak di tempatan. Dari Warisan Dunia (World Heritage)
hinggalah Warisan Kebangsaan (National heritage) Malaysia, kita
perlu berfi kir secara makro dan profesional, tidak terkongkong
dengan fahaman perkauman yang sempit ketika berdepan
dengan isu pemeliharaan warisan sejarah dan kebudayaan.
4.1.2 Menjunjung Kepelbagaian Kebudayaan, Memperkaya
Budaya Malaysia
Sama ada budaya Tionghua (Cina), India, mahupun Melayu,
orang asal dan lain-lain, kesemuanya menjadi unsur penting
dalam pembentukan kebudayaan Malaysia. Kami tidak bersetuju
dengan pendekatan untuk menyisih atau meninggalkan budaya
tradisional sesuatu etnik, malah menolak pendominasian sesuatu
budaya tunggal ke atas budaya lain, atau menyekat perkembangan
budaya lain. Kami menjunjung kepelbagaian kebudayaan, agar
kegemilangan bersinar lantaran interaksi antara budaya.
8
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
4.1.3 Peranan Kebudayaan Antara Kerajaan, Korporat,
Pertubuhan Sosial dengan Penggiat Seni-Budaya
Dari segi pembangunan kebudayaan, kami berpandangan
bahawa kerajaan, korporat, pertubuhan sosial, penggiat seni-
budaya memainkan peranan tertentu. Seandainya tenaga dan
kuasa ini digembleng secara berkesan, sudah tentu ia menyuntik
momentum ke arah pembangunan seni-budaya, sama ada dari
segi halatuju pembangunan kebudayaan, pengagihan sumber,
latihan mahupun persembahan aktiviti seni-budaya.
4.1.4 Jangan Abaikan Kreativiti Budaya Dan Anak Muda
Selain mewarisi, budaya juga memerlukan kreativiti untuk membuka
imaginasi dan menerokai kemungkinan pelaksanaannya. Ia
termasuk keterangkuman untuk menerima perbezaan, dan
membina pengiktirafan terhadap kepelbagaian kebudayaan. Ia
juga menyuntik momentum kepada individu dan kolektif untuk
membina dunia dalam diri dan luarnya. Untuk memangkin dinamik
negara dan masyarakat, kerajaan dan pertubuhan masyarakat
seharusnya memperuntukkan lebih sumber dan ruang, sebagai
sokongan yang khusus kepada anak muda untuk bereksperimen
dalam bidang kebudayaan.
4.1.5 Warisi Dan Perkembangkan Budaya Tionghua (Cina)
Bak pepatah, “Budaya akar bangsa”, “Budaya jiwa bangsa”. Untuk
kaum Cina, budaya dan adat Tionghua adalah akar bangsa, ciri-
ciri penting yang harus diwarisi dan diperkembangkan. Agama,
kepercayaan, dan keunikan adat resam komuniti Cina di seluruh
pelosok negara adalah Warisan Tak Ketara (Intangible Heritage)
(Nota 2) yang amat penting di Malaysia.
Pesta Kebudayaan Cina Malaysia yang diusahakan Gabungan
Pertubuhan Cina Malaysia, dianjurkan secara bergilir oleh dewan
perhimpunan Cina setiap negeri sejak tahun 1984, telah memasuki
tahun ke-34. Pesta Kebudayaan Cina diadakan berturut-turut
setiap tahun sejak KLSCAH menjadi tuan rumah yang sulung
pada tahun 1984. Pesta Kebudayaan yang memainkan peranan
untuk menyebarluas kebudayaan, mempergiat budaya tempatan
ini haruslah diteruskan.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
9
4.2 Menyebarluas Budaya, Seni dan Khazanah Kebudayaan Negara
4.2.1 Insentif Warisan Kebangsaan, Industri Seni-Budaya:
Pelaksanaan Yang Lebih Telus dan Sistematik
Kerajaan kita telah meluluskan Akta Warisan Kebangsaan (National
Heritage Act) pada tahun 2005, menubuhkan Jabatan Warisan
Negara pada tahun 2006 di bawah Kementerian Kebudayaan.
Warisan kebudayaan mula diberi perhatian. Jabatan Warisan
Negara telah mengisytiharkan 50 Warisan Kebangsaan (senarai
pertama) pada Julai 2007, sempena ulangtahun kemerdekaan
yang ke-50. Perkembangan ini amat memberangsangkan.
Di Malaysia, warisan kebudayaan yang bernilai dan memberi
makna kepada masyarakat antarabangsa termasuklah Taman
Negara Mulu di Sarawak, yang diisytiharkan Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) pada tahun 2000 sebagai Tapak Warisan
Dunia (World natural heritage), dan Taman Negara Kinabalu
di Sabah. Makyong diisytiharkan sebagai Warisan Tak Ketara
(Intangible cultural heritage) dunia pada tahun 2005. Melaka dan
George Town di Pulau Pinang juga diisytihar UNESCO sebagai
Tapak Warisan Dunia (World Heritage List) pada tahun 2008,
sebelum Lembah Lenggong di Perak masuk dalam senarai
pada tahun 2012. Dengan kata lain, lebih ramai masyarakat
antarabangsa mengenali kepelbagaian kebudayaan Malaysia
melalui pengiktirafan khazanah tersebut sebagai Tapak Warisan
Dunia.
Kami berpandangan bahawa proses penyelidikan dan penilaian
yang berkenaan dengan warisan kebangsaan harus dijalankan
dengan lebih telus. Malah, pendidikan untuk memelihara tapak
warisan harus diperluaskan dengan pendekatan yang lebih
lincah untuk menarik penyertaan masyarakat yang lebih ramai.
Langkah sedemikian semestinya menambah pengetahuan rakyat
tentang tapak warisan bersejarah, lantas keberkesanannya juga
dipertingkatkan dalam usaha memelihara warisan kebudayaan
kebangsaan.
10
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
Insentif dan bantuan dana untuk industri seni-budaya oleh
kerajaan (khususnya Kementerian Kebudayaan) harus dipromosi
dan dikempen dengan pelbagai bahasa, agar penggiat seni-
budaya terdedah kepada maklumat tersebut. Dengan itu, mereka
boleh memohon insentif atau bantuan dana yang diperuntukkan
kerajaan.
4.2.2 Menggalakkan Masyarakat Cina Untuk Berprihatin
terhadap Warisan Kebudayaan dan Daftar Warisan
Tiga peristiwa yang memberi impak kepada masyarakat Cina
dalam bab konsep khazanah kebudayaan dan kesedarannya.
Pertama, peristiwa Bukit China di Melaka (1983-1984); Kedua,
peristiwa robohan Kuil Kuno Johor (1991); dan Ketiga, isu
perpindahan tanah perkuburan di antara Jalan Dewan Bahasa
dengan Jalan Loke Yew. Ketiga-tiga peristiwa ini mencetuskan
perbincangan hangat di kalangan masyarakat Cina, pada masa
yang sama mencungkil kesedaran terhadap tapak warisan
bersejarah. Masyarakat Cina mula mengambil berat, malah juga
mengambil bahagian dalam aktiviti untuk mempromosi warisan
kebudayaan.
Misalnya, Jogathon Warisan yang dianjurkan Pemuda KLSCAH
telah memasuki penggal (aktiviti tahunan) ke-17; upacara sambutan
Pesta Chong Yang di Bukit China, Melaka (SanShanJiuJiu) juga
amat terkenal. Kami menganggap bahawa masyarakat Cina
harus lebih berprihatin terhadap isu warisan kebudayaan, pada
masa yang sama mengambil inisiatif untuk mendaftarkan butiran
warisan yang memenuhi syarat sebagai warisan kebangsaan,
agar ia dijadikan khazanah negara bersama. (Nota 3)
4.2.3 Mempromosi Pendidikan Tentang Tapak Bersejarah Dan
Warisan Kebudayaan
Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan (National
Heritage Act, 2005) pada tahun 2005, menubuhkan Jabatan
Warisan Negara (JWN) pada tahun seterusnya, disusuli dengan
pengisytiharan senarai pertama Warisan Kebangsaan pada
tahun 2007, malah beberapa butiran warisan di negara kita telah
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
11
tersenarai sebagai Warisan Dunia (World Heritage List). Namun
demikian, kejadian merosakkan tapak bersejarah dan warisan
kebudayaan sering berlaku. Tapak bersejarah dan warisan
kebudayaan selalu dikorbankan atas nama pembangunan, sama
ada perancangan bandar yang dijalankan kerajaan mahupun
projek pembangunan yang dijalankan kumpulan swasta.
Oleh yang demkian, kami berpandangan bahawa lebih kursus
latihan yang berkenaan harus dikendalikan, sama ada oleh
pihak berkuasa mahupun masyarakat. Media milik kerajaan
mahupun swasta harus berkempen untuk meningkatkan
kesedaran kumpulan berkepentingan terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan tapak warisan bersejarah.
4.2.4 Mempromosi Seni Awam, Memperkasa Nilai Budaya
Kami mencadangkan kerajaan untuk mempromosi seni awam,
termasuk mensyaratkan pemaju perumahan mahupun zon
perniagaan agar memperuntukkan bajet pada kadar tertentu
untuk kegunaan seni awam. Langkah ini bertujuan untuk mengisi
ruang kota dan desa dengan nilai budaya, agar ia menjadi
tempat kediaman dan aktiviti yang lebih selesa. Kerajaan juga
boleh mempertimbangkan langkah yang diambil di sesetengah
bandar dan negara maju, iaitu menggalakkan industri
kebudayaan, menyediakan zon seni-budaya atau kampung seni,
memperbanyak aktiviti seni-budaya, lantas suasana dan kualiti
persekitaran kehidupan dipertingkatkan secara keseluruhannya.
4.3 Layanan Adil Terhadap Pendidikan Pelbagai Aliran
4.3.1 Sekolah Pelbagai Aliran Memupuk Bakat Untuk Negara
Semua aliran sekolah seharusnya menerima layanan yang wajar
dan adil daripada kerajaan, kerana kesemuanya memainkan
peranan untuk memupuk bakat demi negara. Namun, matlamat
ini belum tercapai sepenuhnya. Menurut statistik Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013—2025, sekolah
antarabangsa di negara kita bertambah hampir sekali ganda dari
57 buah pada tahun 2010 kepada 113 buah pada tahun 2015.
12
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
Malangnya, nasib sekolah rendah Cina dan sekolah menengah
persendirian Cina agak berbeza. Hatta rayuan untuk menambah
sebuah sekolah rendah Cina mahupun sekolah menengah
persendirian Cina tidak direstui, sungguhpun berpenat-lelah satu
masyarakat Cina mengerah tenaganya. Sudah 60 tahun negara
kita mencapai kemerdekaan. Masanya telah tiba untuk sekolah
pelbagai aliran di negara ini diberi layanan yang adil dan saksama.
4.3.2 Keunggulan Pendidikan Bahasa Ibunda
Sejak awal lagi, ahli akademik antarabangsa dan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan bahawa
penerimaan pendidikan bahasa ibunda adalah hak asasi
manusia. Deklarasi UNESCO tentang Kepelbagaian Kebudayaan
Dunia yang diluluskan pada tahun 2001, menghurai dengan
jelas, “Perkara kelima, Hak Kebudayaan—Syarat positif untuk
kepelbagaian kebudayaan”:-
“Hak kebudayaan adalah sebahagian daripada hak asasi
manusia. Mereka adalah konsisten, tidak boleh dipisahkan dan
saling bergantungan. Pembangunan kepelbagaian yang kaya
dengan kreativiti menuntut agar hak kebudayaan dilaksanakan,
sebagaimana yang ditetapkan Perkara 27 dalam Deklarasi Hak
Asasi Manusia Sedunia, dan Perkara 13 dan 15 dalam Kovenan
Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.
Oleh itu, setiap manusia harus boleh memilih bahasa, terutamanya
bahasa ibundanya untuk menyampaikan pemikirannya, berkarya
dan menerbitkan karya dirinya; Setiap manusia berhak untuk
menerima pendidikan dan latihan berkualiti, yang menghormati
ciri-ciri budayanya; Setiap manusia seharusnya boleh memilih
cara hidup kebudayaannya, mengambil bahagian dalam aktiviti
kebudayaan, dengan syarat menghormati hak asasi dan
kebebasan orang lain.”
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
13
4.4 Pendidikan Sejarah Yang Objektif Dan Sejajar Dengan Fakta
4.4.1 Tujuan pendidikan sejarah meliputi banyak aspek, antaranya
mencungkil minat pelajar terhadap sejarah perkembangan
manusia. Melalui pembelajaran sejarah, seseorang pelajar
boleh menguasai sejarah, akur kepada fakta sejarah, memupuk
semangat sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang (rule
of law), dan pandangan dunia yang tepat. Di samping itu, kita
boleh memahami proses kemerdekaan dan pembinaan negara
melalui pembelajaran sejarah, lantas memupuk semangat
patriotisme. Namun, pendidikan sejarah sering disalahguna oleh
politikus yang taksub kuasa untuk tujuan politiknya.
4.4.2 Seandainya dinilai buku teks sejarah sedia ada yang digunakan
sekolah rendah, menengah dan universiti, jelas ia cenderung
kepada naratif etnik dan tamadun yang tunggal, dan tersasar dari
fakta sejarah dan realiti. Pengajaran sejarah yang berat sebelah
ini menyampaikan pengetahuan dan mesej yang tidak sempurna
kepada generasi baru. Ia memberi kesan negatif yang tidak
memanfaatkan masa depan negara.
4.4.3 Kami berpandangan bahawa kerajaan (khususnya Kementerian
Pendidikan) harus menubuhkan satu jawatankuasa yang
merangkumi pakar dan ahli akademik daripada pelbagai kaum
untuk merangka sukatan pelajaran sejarah institusi pendidikan
rendah, menengah dan tinggi. Kandungan buku teks harus
disemak dengan rapi. Misalnya, buku teks sejarah harus
menerima dan menghormati hakikat bahawa negara kita terdiri
daripada masyarakat berbilang, lantas ketika peradaban manusia
dinaratifkan, ia harus merangkumi perkembangan tamadun
utama di dunia, dan tidak berat sebelah kepada satu-satu
tamadun yang tunggal.
14
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
4.5 Mempertahankan Sistem Sekular, Menyuburkan Interaksi dan
Toleransi Agama
4.5.1 Dasar Yang Semakin Memperlihatkan Unsur Agama vs
Sistem Sekular
Untuk beberapa tahun kebelakangan, unsur agama Islam
semakin terserlah, dan masyarakat kita semakin cenderung ke
arah Islamisasi. Dari aspek pemakanan, alat penggunaan, sosial
hidup, hubungan gender, hinggalah undang-undang, penetapan
yang berunsurkan agama kian kelihatan. Kami menghormati
penganutan dan penyebaran setiap agama. Sebagai sebuah
masyarakat yang berbilang etnik, kita tidak hidup berasingan
dalam amalan kehidupan harian, sebaliknya kita hidup bersama
sebagai satu komuniti. Justeru itu, penetapan agama sering
memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada
penganut agama yang lain. Kami berpendapat bahawa sistem
sekular negara ini harus dipertahankan, dari segi politik, agar
semua agama menerima layanan yang adil dan saksama. Ia
juga untuk mengelakkan kemunculan sentimen menolak atau
mengecualikan etnik yang lain.
4.5.2 Mencerahkan Kawasan Kelabu Dalam Perundangan
Perselisihan dan pertikaian agama antara muslim dengan non-
muslim sering kedengaran untuk tahun-tahun kebelakangan.
Dalam kes tertentu, sama ada persetujuan kedua-dua pihak ibu
bapa diperlukan ketika menukar agama anak, hak penjagaan
kanak-kanak, hak harta warisan, pengurusan jenazah dan
sebagainya, sering berlaku kekusutan dan akhirnya diheret ke
mahkamah. Namun demikian, pertikaian ini tidak diselesaikan
begitu sahaja, kerana wujudnya kawasan kelabu dalam
perundangan.
4.5.3 Oleh yang demikian, kami berpandangan bahawa kerajaan
seharusnya menyatakan dengan jelas tafsiran dan pertikaian
dalam undang-undang yang melibatkan pertukaran agama,
perkahwinan antara muslim dengan non-muslim, pengebumian,
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
15
penjagaan kanak-kanak dan isu-isu yang sensitif. Pendekatan
yang profesional dan rasional diperlukan untuk mentafsir dan
menjelaskan kandungan berkenaan. Diharapkan pertikaian
sedemikian boleh dikurangkan pada masa depan.
4.5.4 Menghormati Kebebasan Beragama; Berlapang Dada
Untuk Saling Bertoleransi
(1) Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama,
penjawat awam dari setiap unit kerajaan, sama ada
kerajaan persekutuan, negeri mahupun tempatan, tidak
kira muslim atau non-muslim, seharusnya menerima latihan
profesional yang berkualiti, supaya menguasai pengetahuan
tentang perlembagaan persekutuan, konsep kepelbagaian
kebudayaan, toleransi dan sebagainya, untuk membolehkan
mereka bersikap adil, terbuka dan berlapang dada ketika
mengendalikan urusan pelbagai agama.
(2) Semua peringkat kerajaan harus bersikap terbuka dan
berlapang dada terhadap pembinaan atau pengubahsuaian
rumah ibadat setiap agama. Sekatan tidak wajar yang
dikenakan ke atas ketinggian, saiz, bentuk luaran, penamaan
rumah ibadat dan sebagainya, harus dihentikan. Kerajaan
tempatan harus mengambil kira keperluan semua agama
ketika perancangan bandar dijalankan.
4.5.5 Menyuburkan Interaksi Dan Dialog Antara Agama
Untuk menambah kefahaman dan komunikasi antara agama,
dialog dan interaksi antara agama adalah perlu untuk
mengurangkan syak-wasangka dan prejudis. Ia seharusnya
menjadi amalan lumrah dalam masyarakat kita. Kerajaan dan
pertubuhan masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih
proaktif dalam hal ini. Interaksi melangkaui batas kaum juga boleh
menyelesaikan perselisihan yang cuba dihasut oleh politikus yang
taksub dengan kuasa, menggunakan nama agama dan kaum.
16
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
5. KERAJAAN DAN PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN
5.1 Dasar Kebudayaan Kerajaan dan Pengagihan Sumber
Kerajaan sebagai institusi pentadbiran, menguasai sumber seperti
kewangan, kebendaan, tenaga manusia, ruang dan sebagainya. Kerajaan
juga menggubal dasar, menyediakan pelbagai mekanisme kebudayaan,
mendominasi pengagihan sumber. Justeru itu, kerajaan amat berpengaruh
dan berfungsi untuk menggerakkan pembangunan seni-budaya. Dengan
kata lain, kementerian termasuk Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
boleh membantu pertubuhan dan penggiat seni-budaya dengan sokongan
dana, insentif, latihan dan memberi kemudahan dari segi ruangan.
Untuk menggunakan sumber dengan wajar dan berkesan, penjawat
awam dari semua peringkat kerajaan harus menerima latihan, agar mereka
memiliki perspektif kepelbagaian kebudayaan, menghayati dan menghargai
semua bentuk seni-budaya daripada semua kumpulan etnik. Kerajaan
seharusnya memberi tumpuan dalam peranannya untuk memberi bantuan,
menggerakkan, memberi insentif, menyokong aktiviti dan penggiat seni-
budaya.
5.2 Bantuan Kerajaan Untuk Mengasah Bakat Pentadbiran
Kebudayaan
Pelbagai unsur diperlukan dalam usaha memantapkan dan mempromosi
aktiviti seni-budaya. Manusia antara unsur yang penting, terbahagi secara
ringkas kepada penggiat seni-budaya, bakat pentabiran seni-budaya,
audiens dan peserta. Dengan kata lain, dalam aspek seni persembahan,
selain seniman yang mempersembahkan pertunjukan, aktiviti seni juga
memerlukan bakat pentadbiran yang fasih dengan bidang ini, dan menguasai
kepakaran berkenaan. Audiens juga tidak kurang pentingnya. Kerajaan
boleh mempromosi pendidikan seni-budaya melalui institusi pendidikan dan
kebudayaan, membantu untuk memupuk bakat pentadbiran dalam bidang
seni-budaya.
Kami mencadangkan kerajaan untuk merangkumkan kursus seni-budaya ke
dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, menengah dan universiti. Langkah
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
17
menyemai benih bakat ini adalah pelaburan jangka panjang dalam bidang
seni-budaya. Di samping itu, bakat pentadbiran seni-budaya boleh diasah
melalui institusi pendidikan tinggi seperti Akademi Seni Budaya Dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA).
5.3 Insentif Kerajaan Agar Korporat Digalakkan Untuk Menaja
Aktiviti Kebudayaan
Untuk menggalakkan lebih korporat supaya menubuhkan tabung budaya
bagi menaja aktiviti kebudayaan dan seni persembahan, kerajaan harus
menetapkan sistem insentif, misalnya korporat yang memberi sumbangan
dana untuk aktiviti kebudayaan menikmati insentif percukaian atau dermanya
dikecualikan cukai, supaya lebih ramai tokoh korporat, usahawan kecil dan
sederhana sudi menaja aktiviti kebudayaan untuk jangka panjang. Ia akan
mempergiatkan aktiviti kebudayaan dan seterusnya mempertingkatkan nilai
budaya dan jiwa masyarakat kita.
5.4 Menubuhkan Jawatankuasa Seni (Art Council)
Kami menyeru penubuhan Jawatankuasa Seni (Art Council) oleh kerajaan
untuk mengintegrasi sumber dari pelbagai kementerian dalam hal dasar seni
persembahan, pendidikan seni persembahan dan industri seni persembahan.
Halatuju pembangunan seni persembahan Malaysia dirangka untuk jangka
panjang, bagi mengelakkan keadaan di mana dasar berubah apabila pemimpin
bertukar. Platform ini juga boleh digunakan kerajaan untuk mengumpul
pandangan masyarakat, lantas memperkembangkan pembangunan seni
persembahan negara kita.
5.5 Mencadangkan Agar Kerajaan Kaji Semula Sistem Sedia Ada
5.5.1 Memperluas Skop “Sastera Kebangsaan”, Menggalakkan
Penilaian Masyarakat
(1) Sastera Kebangsaan sekarang diukur kelayakannya dengan
penggunaan bahasa kebangsaan. Penulisan dengan
bahasa selain bahasa kebangsaan tidak diterima sebagai
sastera kebangsaan. Sastera Melayu telah memiliki status
18
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
sastera kebangsaan. Justeru itu, kami mencadangkan agar
kerajaan mengkaji semula defi nisi dan sistem kebudayaan
kebangsaan serta sastera kebangsaan, memperluas
sempadan bahasa “sastera kebangsaan” dengan
memansuhkan sekatan bahasa, agar sastera Melayu,
India, Inggeris, Cina di Malaysia dipandang sebagai sastera
kebangsaan, untuk menampilkan sastera kebangsaan dalam
pelbagai bahasa yang memperlihatkan nilai kepelbagaian
dan keterangkumannya.
(2) Menggalakkan penilaian dan perbincangan masyarakat,
agar komuniti budaya tempatan (misalnya persatuan penulis,
persatuan terjemahan dan berkarya, persatuan kajian sastera
di merata-rata tempat, bengkel sastera dll) mengadakan
perbincangan untuk mengutip pandangan masyarakat,
menuntut agar kabinet mengkaji semula masalah budaya
dan sastera.
(3) Dalam sesebuah masyarakat berbilang, halangan komunikasi
dan bahasa boleh diatasi dengan penterjemahan. Jikalau
sesebuah masyarakat menghormati perbezaan, memandang
berat bagaimana perbezaan boleh diatasi, maka semakin
pesatlah industri terjemahannya. Kerajaan, korporat dan
pertubuhan masyarakat seharusnya menaja dan memberi
bantuan dana untuk penerbitan karya bahasa Melayu, Cina,
India yang diterjemah, untuk menyuburkan interaksi antara
budaya, bahasa dan etnik.
5.5.2 Terjemahan dan Penggunaan Pelbagai Bahasa di Tempat
Awam
(1) Persekitaran bahasa yang mesra umpama “ruang tanpa
halangan”, agar komuniti yang berbeza dapat akses kepada
maklumat, pengetahuan dan budaya secara samarata.
Dalam sektor awam, misalnya jabatan kerajaan, hospital,
papan tanda dan sebagainya, harus dilabelkan dengan
multi-bahasa. Dalam sektor perkhidmatan awam, harus
disediakan petugas yang menguasai pelbagai bahasa untuk
menawarkan perkhidmatan kepada orang awam.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
19
(2) Sektor swasta juga perlu memainkan peranan yang proaktif
dalam hal multi-bahasa, misalnya label, papan tanda di
pusat membeli-belah harus dipamerkan dengan multi-
bahasa untuk kemudahan khalayak ramai.
(3) Untuk memupuk bakat terjemahan, universiti awam mahupun
swasta seharusnya menyediakan fakulti terjemahan.
5.5.3 Mengkaji Semula Sistem Perfi leman
(1) Kami mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula
kekurangan Skim Wajib Tayang, bagi mengelakkan keadaan
di mana fi lem tempatan terjejas tempoh tayangannya
lantaran persaingan yang tidak adil. Pada masa yang
sama, pengklasifi kasian fi lem yang terlalu ketat dan kasar
harus dikaji semula. Kami mencadangkan agar rakyat
biasa, pertubuhan profesional yang berkenaan diundang
untuk memberi pandangan. Kekangan kebebasan berkarya
lantaran penapisan politik harus dielakkan kerana ia
membunuh peluang audiens untuk akses kepada karya
yang pelbagai.
(2) Mengkaji semula dasar subsidi: Finas seharusnya
mengumumkan bajet tahunan dan senarai penerima
subsidinya untuk semakan orang awam. Penerbitan fi lem
independen dan dokumentari harus digalakkan, bantuan
dana dalam bentuk insentif harus diberi untuk menampung
kos penerbitan, mengurangkan beban kos pembikinan fi lem
tempatan dan meningkatkan pendapatan.
5.5.4 Menggubal Akta Anti-Monopoli, Mempertahankan
Persaingan Bebas Media
(1) Untuk mengelakkan pemilikan media yang semakin terpusat,
sehingga menyebabkan monopoli berita dan maklumat,
lantas mengehadkan kepelbagaian suara, kami menyeru
agar kerajaan menggubal “Akta Perdagangan Adil” dan
“Akta Anti-Monopoli” untuk mengawal selia dan menjamin
persaingan terbuka dan adil dalam pasaran. Melalui kawal
20
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
selia undang-undang ke atas struktur dan pasaran, ia
mampu mencegah pasaran daripada hilang fungsinya
lantaran monopoli. Suasana persaingan bebas pelbagai
media harus dipertahankan, hak orang ramai untuk memilih
harus dihormati, dan pengamal media akan memajukan
dirinya dalam proses persaingan ini.
(2) Penambahbaikan persekitaran media yang menyaksikan
persaingan bergantung kepada kerajaan, pemilik dan
pertubuhan masyarakat yang menggariskan peraturan.
Kedua-dua dasar dan insentif diperlukan. Kami
mencadangkan penubuhan Majlis Media (Media Council),
menerbitkan bahan cetakan mahupun laman internet untuk
menyiarkan surat pembaca, atau pandangan orang awam
yang memantau media. Di sini terbentuk ruang awam
yang terbuka untuk perbincangan masyarakat, lantas
menjadi satu mekanisme pemantauan media. Selain itu, ia
boleh diusahakan melalui pendidikan, mensyaratkan agar
institusi pendidikan memperkenalkan pendidikan media,
meningkatkan kesedaran audiens ketika menggunakan
media agar kepentingan awam terjamin.
(3) Memberi bantuan dana kepada pertubuhan masyarakat
atau individu untuk menampung kos penerbitan secara
kecil-kecilan, menggerakkan pembangunan media alternatif.
Sememangnya media non-profi t atau profi t-rendah wujud di
Malaysia, memainkan peranan penting sepanjang proses
pendemokrasian. Media ini berkembang mekar apabila
masyarakat semakin terbuka. Meskipun media alternatif
ini gagal menggantikan media sedia ada, malah tidak
berpengaruh sebagaimana media arus perdana, namun
ia menjadi petanda yang penting dalam lanskap media
tempatan. Nilai media ini bukan sekadar keistimewaannya
yang tersendiri, tetapi peranannya untuk mendukung nilai di
luar arus perdana. Ia menjadi petanda yang penting untuk
mengukur sejauh mana negara kita melangkah ke arah
masyarakat berbilang yang matang.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
21
6. KORPORAT SEBAGAI PENDORONG AKTIVITI SENI-BUDAYA
6.1 Tanggungjawab Sosial Korporat
Korporat pada zaman sekarang perlu memikul tanggungjawab sosial
(Corporate Social Responsibilities, CSR) sementara menghambat keuntungan.
Sumbangan kepada masyarakat ini bertujuan untuk membina masa depan
yang lebih baik. Konsep ini semakin diterima dan disahut dunia korporat.
Hakikatnya, korporat memainkan peranan yang penting untuk menggerakkan
pembangunan kebudayaan negara atau sesuatu komuniti. Sebagaimana
yang sedia maklum, dana diperlukan untuk pelaksanaan, sama ada kajian
budaya mahupun aktiviti seni persembahan dan sebagainya. Jelas, dana
menjadi antara kunci pembangunan kebudayaan. Di negara maju, tajaan
atau mengambil projek budaya di bawah jagaan korporat adalah amalan
yang lumrah. Dengan kata lain, korporat menjadi pendorong pembangunan
kebudayaan melalui suntikan dana. Kami menyeru agar korporat di Malaysia
menjadikannya sebagai amalan yang diteladani, dan menaja aktiviti
kebudayaan di Malaysia.
6.2 Harapan agar Tajaan Aktiviti Kebudayaan oleh Korporat Menjadi
Amalan Lumrah
Di negara kita, terdapat korporat besar, usahawan kecil dan sederhana
yang mula memperuntukkan nisbah tertentu daripada keuntungan
tahunan korporatnya untuk menaja pembangunan kebudayaan dan seni
persembahan dalam negara (Nota 4). Sokongan dana sebegini sedikit
sebanyak meringankan tekanan kos dan logistik yang dihadapi penggiat seni
untuk sekian lama. Penajaan aktiviti seni-budaya harus diiktiraf dan dipuji.
Kami berharap agar amalan ini semakin lumrah di negara kita.
6.3 Korporat Menyuburkan Interaksi Seni-Budaya
Interaksi menjadi satu mekanisme dan saluran yang penting untuk
mempertingkatkan taraf seni-budaya. Di negara maju, jemputan seniman
atau pertubuhan seni yang unggul dari luar negeri untuk persembahan dan
berinteraksi telah menjadi satu amalan tetap. Begitu juga, menghantar seniman
22
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
mahupun pertubuhan seni-budaya tanahair yang unggul ke luar negeri untuk
persembahan juga satu cara interaksi dan langkah memantapkan diplomasi
antara negara. Korporat memainkan peranan dalam penajaan kos, sama ada
mengundang seniman asing ke negara kita, mahupun menghantar kumpulan
seni-budaya tanahair ke luar negeri.
6.4 Menggalakkan Korporat Untuk Menubuhkan atau Mengambil
Institusi Seni Di Bawah Jagaannya
Di luar negeri, sesetengah korporat menubuhkan galeri seni tersendiri,
muzium, menaja pertubuhan seni tertentu untuk jangka panjang, atau
menubuhkan tabung seni-budaya, sebagai langkah untuk melibatkan diri
dalam usaha membangunkan seni-budaya. Di Malaysia, kami menyeru agar
dunia korporat mengambil galeri seni, muzium khazanah, memorial dan lain-
lain di bawah jagaannya, agar institusi ini memiliki status kewangan yang lebih
stabil. Dengan ini, institusi seni berkemampuan menjalankan kerja simpanan
dan pameran yang berkualiti untuk jangka panjang, seterusnya meningkatkan
taraf kebudayaan masyarakat.
7. PERANAN KEBUDAYAAN PERTUBUHAN MASYARAKAT
7.1 Keazaman dan Kecekalan Pertubuhan Masyarakat
7.1.1 Jikalau diimbas “Kongres Kebudayaan Cina” yang dianjurkan
di Pulau Pinang pada tahun 1983, hasil yang khusus adalah
mengemukakan Memorandum Tentang Kebudayaan
Kebangsaan, disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa
Kebudayaan Pertubuhan Cina, dengan programnya seperti Pesta
Kebudayaan Cina pada tahun 1984, penubuhan Pusat Kajian
Cina pada tahun 1985 dan sebagainya. Kedua-dua program
ini melambangkan dua tahap pembangunan kebudayaan yang
berbeza daripada pertubuhan masyarakat.
7.1.2 Pesta Kebudayaan Cina telah memasuki penggal ke-34 pada
tahun 2017 sejak dimulakan pada tahun 1984. Aktiviti peringkat
kebangsaan ini telah memperlihatkan ciri-ciri berikut:-
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
23
(1) Dewan Perhimpunan Cina setiap negeri mengambil giliran
sebagai penganjur sejak aktiviti ini dimulakan, tanpa berhenti.
Ia memperlihatkan kesungguhan dan kecekalan masyarakat
Cina untuk menggerakkan aktiviti kebudayaan;
(2) Diiktiraf kerajaan dan masyarakat. Sumbangan dana dari
pihak kerajaan dan masyarakat agak stabil, dan peserta
yang hadir untuk menyertai aktiviti pesta ini menampakkan
pola yang semakin bertambah dari tahun ke tahun;
(3) Menggerakkan aktiviti kebudayaan negeri dan daerah,
menarik keterlibatan komuniti tempatan dan ia telah menjadi
pesta raya tahunan.
7.1.3 Kejayaan dan kesinambungan Pesta Kebudayaan Cina telah
memperlihatkan daya mobilisasi masyarakat untuk mengerah
tenaga manusia, kebendaan dan kewangan; juga semangat dan
kesungguhan masyarakat untuk memelihara dan menyebarluas
kebudayaan, mewarisi tradisi menyumbang apa yang mampu,
sama ada tenaga mahupun kewangan. Pesta Kebudayaan Cina
harus dipertingkatkan dan dimajukan dari asas yang sedia ada
sekarang.
7.2 Memperkasa Kerjasama Antara Institusi Akademik dengan
Pertubuhan Masyarakat
Kami berpandangan bahawa sepanjang proses pembangunan kebudayaan,
pertubuhan masyarakat, bersama institusi pendidikan tinggi dan institusi
akademik boleh saling melengkapi dengan pengintegrasian sumber.
Kelebihan masing-masing boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk
merealisasikan imaginasi kebudayaan. Kelebihan institusi pendidikan tinggi
terletak pada pasukan akademik dan bakatnya yang boleh terlibat dalam
kajian dan penyelidikan, sementara kelebihan pertubuhan masyarakat adalah
tenaga kewangan dan sumber jaringan sosialnya. Seandainya kedua-dua
ini digabungkan, idea bakal bercambah menjadi tindakan, lantas imaginasi
kebudayaan akan membuahkan hasilnya. (Nota5)
24
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
7.3 Menubuhkan Jawatankuasa Seni
7.3.1 Kami mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Seni (Art Council)
sebagai persada interaksi antara penggiat seni-budaya, dan
juga jambatan antara penggiat seni dengan pihak berkuasa dan
media. Jawatankuasa ini juga boleh berperanan sebagai tingkap
untuk komunikasi antara etnik, menjuruskan interaksi antara
penggiat seni Cina, Melayu, India dan kaum asal untuk memacu
pembangunan seni-budaya persembahan dalam negara.
7.3.2 Dalam sejarah perkembangan seni persembahan, peraduan
pernah diadakan dan pentas disediakan (Pesta Teater,
Pertandingan Nanyian, Pertandingan Adat Masyarakat dsb),
tidak kurang juga antaranya berkualiti tinggi. Namun ia dihentikan
lantaran kekurangan sumber. Kerja susulan pula dihentikan
kerana pengalaman itu tidak diwarisi.
Jawatankuasa ini boleh memainkan peranan yang penting
untuk mengintegrasi sumber dari pelbagai pihak, merancang
pertandingan atau menyediakan pentas untuk persembahan
bersiri dari peringkat antarabangsa, kebangsaan, hinggalah
tempatan.
7.3.3 Intipati seni persembahan adalah kreativiti kebudayaan. Penggiat
seni persembahan masyarakat Cina seharusnya menerokai dan
menonjolkan unsur budaya Cina tempatan, menambah unsur
tempatan dalam karya seni, dan mengurangkan tiruan ciri-
ciri yang bukan tempatan. Hanya dengan ini pertubuhan seni
persembahan kita akan memahat nama di antarabangsa. Penggiat
seni persembahan harus berusaha untuk mempertingkatkan taraf
seni dan pertunjukan, dan mengorak langkah ke arah persada
antarabangsa.
7.4 Memperkasa Integrasi Sumber Masyarakat
7.4.1 Seni-budaya masyarakat Cina sering dipandang enteng pihak
berkuasa. Ia berkembang di luar sistem, dan pertubuhan
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
25
masyarakat seperti pertubuhan Cina, telah menjadi pangkalan
untuk perkembangan seni persembahan. Hubungan kedua-
duanya rapat. Penggiat seni menganggap pertubuhan Cina
sebagai incubatornya, dan ia berkembang dan menyumbang
dalam kekangan sumber.
7.4.2 Dialek yang berbeza mempunyai keistimewaan yang berlainan.
Pertubuhan yang berlainan harus menerokai semula kebudayaan
berkenaan (misalnya lagu tradisional). Dialek adalah warisan
kebudayaan. Kita harus menggalakkan penggunaannya agar ia
diwarisi dan tidak terpupus.
7.5 Penubuhan Muzium Masyarakat dan Aktiviti Komuniti Secara
Berterusan
7.5.1 Sejak 20 tahun kebelakangan, galeri, muzium peringatan
tokoh, muzium kisah silam dan lain-lain (Nota 6) telah muncul
sebagai pusat sejarah budaya. Ia ditubuhkan dengan inisiatif
masyarakat Cina, satu trend yang memberangsangkan kerana
memperlihatkan inisiatif dan dinamik sesebuah masyarakat.
Pertubuhan masyarakat mengintegrasi sumber dan menjadikan
galeri muzium sebagai satu platform. Melalui simpanan
maklumat, pameran dan program yang berkaitan, ia berfungsi
untuk menyebar luas sejarah, informasi, dan menjunjung nilai jiwa
seseorang tokoh.
7.5.2 Sesetengah muzium yang lebih lengkap pula mengadakan
seminar, lawatan sambil belajar, interaksi antara muzium, latihan
pemandu pelancongan, warisan dan pertukaran pengalaman,
agar pesertanya mampu bergerak sejajar dengan peredaran
zaman, menguasai konsep dan daya mengurus, agar muzium
dan memorial ini berfungsi untuk tujuan pendidikan masyarakat.
7.5.3 Selain itu, seni komuniti juga semakin popular di desa-kota.
Cara yang biasa diamalkan adalah mengerah tenaga orang
tempatan, dan seniman dalam mahupun luar negara diundang
untuk singgah di situ. Nilai estetika, pengetahuan ekologi dan
26
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
pendidikan kemanusiaan digabungkan, dan disebarkan benih
kebudayaan seluas-luasnya. Festival Pulau Pangkor, Festival Seni
Antarabangsa Pulau Ketam, Festival Seni Antarabangsa Sasaran
dan lain-lain, telah menyuntik nafas baru kepada kampung
nelayan. Pesta Seni Komuniti Kajang, Pesta Seni Komuniti
“Jom, terokai Port Weld!” juga antara contoh yang baik. Kami
berpandangan bahawa aktiviti seni komuniti sedemikian harus
diperkembangkan ke seluruh pelosok negara.
7.6 Memperkasa Interaksi Kebudayaan Antara Etnik
7.6.1 Sejak Memorandum Tentang Kebudayaan Kebangsaan
dikemukakan pada tahun 1983, sungguhpun interaksi
kebudayaan antara etnik bertambah, sama ada di peringkat
kerajaan mahupun masyarakat, namun ia belum menjadi satu
amalan yang lumrah dan fenomena umum secara keseluruhannya.
Dengan kata lain, banyak lagi yang perlu diusahakan dalam bab
interaksi melangkaui batas kaum.
7.6.2 Kami berpandangan bahawa, pemahaman yang cetek dan
penyertaan yang kurang terhadap kebudayaan etnik lain boleh
menebalkan prejudis dan stereotaip kita terhadap etnik lain, dan ia
tidak baik untuk perpaduan kaum. Justeru itu, kami menyeru agar
pihak berkuasa, pertubuhan masyarakat, sekolah dan institusi
lain mewujudkan lebih platform untuk interaksi melangkaui batas
kaum, termasuk menjemput penggiat seni tempatan untuk
menyertai persembahan dalam upacara menyambut kedatangan
tetamu asing, pertunjukan budaya, pameran korporat dan
sebagainya. Jadikanlah interaksi antara kaum ini sebagai amalan
lumrah di negara kita, merobohkan tembok perkauman dengan
seni, untuk kita meraikan matlamat hidup berbilang, makmur
bersama.
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
27
7.7 Bantuan Dana Untuk Institusi Akademik Masyarakat: Pusat
Kajian Cina Malaysia
Pusat Kajian Cina Malaysia (Centre For Malaysian Chinese Study) adalah
institusi penyelidikan yang lebih tinggi tahapnya, ditubuhkan oleh masyarakat.
Perjuangan ini diteruskan untuk lebih 30 tahun dalam keadaan sumber
kewangan yang tidak stabil. Pengumpulan maklumat, penganjuran ceramah
dan seminar, penerbitan kertas kerja akademik telah membuahkan hasil yang
lumayan. Ia terkenal di peringkat antarabangsa, menjadi tempat kunjungan
ahli akademik negara asing untuk pencarian maklumat, interaksi dan bertukar
pandangan.
Sememangnya, sama ada Pesta Kebudayaan Cina mahupun Pusat Kajian
Cina Malaysia, kesinambungannya memerlukan bantuan dan sokongan
jangka panjang daripada pihak berkuasa dan masyarakat untuk penuaian
hasil yang lebih lumayan pada masa depan.
8. KESIMPULAN
8.1 Kertas Cadangan Kebudayaan (2017) ini dirangka sempena Pesta
Kebudayaan Cina ke-33. Pengamatan dan cadangan yang diketengahkan
dalam dokumen ini adalah hasil tinjauan terhadap dasar kebudayaan
dan pembangunan kebudayaan sepanjang 30 tahun kebelakangan, dan
ia bertitik tolak dari asas Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan
Kebangsaan yang dikemukakan pada tahun 1983.
8.2 Dari segi konsep, Kertas Cadangan Kebudayaan ini menyarankan hak
kebudayaan rakyat, dan menegaskan nilai kepelbagaian kebudayaan.
Sama ada penjawat awam, ahli korporat, pakar akademik mahupun
rakyat jelata, harus menerima hakikat bahawa masyarakat kita terdiri
daripada berbilang kaum dan budaya. Mana-mana dasar atau langkah
untuk mendominasi dan memaksakan satu budaya atau agama tunggal
ke atas satu budaya yang lain adalah tidak wajar. Begitu juga, setiap
etnik dan budaya harus menerima layanan yang adil sama ada dari segi
perundungan, pengagihan sumber, peluang seni-budaya dan lain-lain.
28
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
8.3 Sungguhpun Dasar Kebudayaan Kebangsaan diketengahkan pada tahun
1971, namun pelaksanaannya agak longgar sejak tahun kebelakangan.
Bagaimanapun, dengan mengambil kira pola perkembangan sekarang
dan masa depan, Kertas Cadangan Kebudayaan mencadangkan
kerajaan untuk mengkaji semula dan meminda Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, menggantikannya dengan Pelan Induk Pembangunan
Pelbagai Budaya. Tempoh lima tahun dijadikan satu penggal, dan
ditetapkan keutamaan pembangunan kebudayaan, pengagihan sumber
kebudayaan, pemupukan bakat, cara insentif, penggunaan ruang dan
sebagainya untuk menggerakkan perkembangan kebudayaan Malaysia.
8.4 Dari segi strategi memacu pembangunan kebudayaa kebangsaan,
Kertas Cadangan Kebudayaan menganggap pihak yang berkenaan
dan penggiat seni-budaya harus memiliki visi global dan mampu
melaksanakan misi lokal (daya tindak di peringkat tempatan). Tidak
kira warisan dunia mahupun warisan kebangsaan, atau penggiat seni-
budaya persembahan, visi global ini membantu untuk melonjakkan taraf
karya seni. Dan daya tindak adalah proses pelaksanaan yang mampu
membuahkan hasil.
8.5 Dari segi pendidikan, Kertas Cadangan Kebudayaan menekankan
keunggulan pendidikan bahasa ibunda, menyeru agar kerajaan bersikap
adil kepada semua aliran sekolah. Selain itu, pendidikan sejarah harus
berlandaskan fakta. Buku teks sejarah sekolah rendah, menengah dan
universiti harus memupuk nilai sains, demokrasi, pemerintahan hukum
(rule of law), semangat patriotisme dan pandangn dunia yang betul di
kalangan pelajar, dengan pengajaran yang sejajar dengan fakta. Kertas
Cadangan Kebudayaan menyarankan agar sistem sekular dipertahankan,
dengan interaksi antara agama dan toleransi agama harus disuburkan.
Dari segi perundangan, kerajaan harus mencerahkan kawasan kelabu
untuk mengelakkan salah faham dan pertikaian antara etnik dan agama.
8.6 Kertas Cadangan Kebudayaan mengiktiraf peranan kerajaan, korporat,
pertubuhan masyarakat dan penggiat seni dalam usaha mempromosi
kebudayaan, dan menyarankan agar semua pihak menjalin hubungan
kerjasama yang lebih erat, untuk memantapkan kuasa lembut (soft
power) budaya. Pihak berkuasa, korporat, pertubuhan masyarakat
Kertas Cadangan Kebudayaan (2017), KLSCAH
29
dan penggiat seni-budaya memainkan peranan masing-masing. Untuk
kerja penyelarasan yang lebih berkesan, Kertas Cadangan Kebudayaan
mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Seni (Art Council) sebagai
satu platform berinteraksi.
NOTA
(1) 15 Pertubuhan Cina yang yang menganjurkan “Kongres Kebudayaan
Cina” dan menyerahkan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan
Kebangsaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada
ketika itu terdiri daripada lapan dewan perhimpunan Cina dari negeri dan
lima dewan perniagaan, serta Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga
Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan
Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), dengan senarainya berikut:-
Dewan Perhimpunan Cina Selangor (kini Dewan Perhimpunan China Kuala
Lumpur dan Selangor), Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Persatuan
Cina Perak, Persekutuan Dewan Perniagaan Tionghua Negeri Johor,
Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu, Dewan Perhimpunan Tiong
Hwa Kelantan, Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan, Pergabungan
Persatuan-Persatuan Cina Sarawak, Persekutuan Persatuan-persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-
Guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Dewan-Dewan Perniagaan Cina
Pahang, Dewan Perniagaan Cina Melaka, Dewan Perniagaan Tiong Hua
Kedah, Dewan Perniagaan Cina Negeri Perlis dan Gabungan Dewan-Dewan
Perniagaan Tiong Hua Sabah.
(2) Perarakan Chingay Kuil Kuno Johor, Upacara WangKang (Yong Chuan Tian
Temple di Melaka), sambutan Bulan Tujuh di merata negara, sambutan
perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dan lain-lain lagi, kesemuanya
sambutan masyarakat yang penuh dengan ciri-ciri keistimewaan. Justeru
itu, kemahiran seni seperti tarian naga, tarian singa, Gendang Dua Puluh
Empat Perayaan (Gendang Cina) dan sebagainya, berkembang pesat di
dalam negara, malah persembahannya telah memasyhurkan nama Malaysia
di luar negeri. Tarian Singa Atas Tiang, Gendang Dua Puluh Empat Perayaan
(Gendang Cina), Perarakan Chingay Kuil Kuno Johor, Upacara WangKang
dan lain-lain telah diisytiharkan Jabatan Warisan Negara sebagai Objek
Warisan Tidak Ketara (Intangible National Heritage).
30
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
(3) Butiran warisan kaum Cina yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan
termasuklah Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (2007),
Tarian Singa Atas Tiang (2007), Encik Tan Hooi Song (2009, Kategori Orang
Hidup), Gendang Dua Puluh Empat Perayaan atau Gendang Cina (2009,
Objek Warisan Tidak Ketara), Chingay (2012, Objek Warisan Tidak Ketara),
Upacara WangKang (2017, Objek Warisan Tidak Ketara) dan sebagainya.
(4) Contoh penajaan pembangunan kebudayaan oleh korporat termasuklah
Orkestra Simfoni Kebangsaan, KLPac, Dpac dan lain-lain, yang ditaja
korporat besar untuk jangka panjang. Selain itu, Khind, Eu Yan Sang,
Nirvana, Xiao En Cultural Foundation, Elken Global Malaysia dan lain-lain
juga menaja pusat seni masyarakat dan pelbagai aktiviti seni persembahan.
Amalan ini harus diberi pujian.
(5) Contoh kerjasama antara institusi akademik dengan pertubuhan masyarakat
termasuklah projek kerjasama mengumpul maklumat sejarah Teochew
di Johor antara Kolej Universiti Selatan dengan Teochew Eight Districts
Association; Kerjasama antara The Selangor and Kuala Lumpur Teo Chew
Association dengan Pusat Kajian Cina Malaysia dalam projek kajian orang
Teo Chew Kuala Lumpur-Selangor antara tahun 2012-2015; Kerjasama
antara Universiti Malaya dengan Selangor and Kuala Lumpur Hokkien
Associaton untuk projek mendaftar batu nisan di tanah perkuburan Hokkien
Kuala Lumpur. Sesungguhnya, kerjasama antara institusi tinggi dengan
pertubuhan masyarakat tidak semestinya terbatas kepada projek kajian dan
penyelidikan, tetapi juga perkara lain yang boleh diterokai.
(6) Muzium atau galeri yang ditubuhkan dan terbuka kepada orang awam untuk
tempoh 20 tahun kebelakangan ini termasuklah Muzium Warisan Tiong-Hua
Johor Bahru (2009), Galeri Warisan Kwong Siew Johor Bahru (2010), Muzium
Kaligrafi Sim Mow Yu di Melaka (2011), Galeri Warisan Hokkien di Hokkien
Huay Kuan Johor Bahru (2011), Serdang Folk Museum (2012), Tan Kah Kee
Foundation (2013), Chan Lok Hung Commemorative Hall (2014), Memorial
Lim Lian Geok (2014), Kluang Museum. Galeri yang dirasmikan pada tahun
2016 termasuklah Malacca Humanities Hall, Muzium Kebudayaan Hopo,
Koridor Sejarah Persatuan Hokkien Klang, Historical Museum of Traditional
Chinese Medicine in Malaysia dan lain-lain.
LAMPIRAN 1
MEMORANDUM BERSAMADikemukakan Oleh Pertubuhan-Pertubuhan
Cina Yang Utama Di Malaysia, 1983
I. PENDAHULUAN
1.1. Demi menyahut rayuan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kami
yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Cina berikut, menyampaikan
Memorandum ini sebagai pandangan asas masyarakat Cina tentang
masalah kebudayaan kebangsaan. Penyampaian kami dibuat secara
prinsip sahaja untuk pertimbangan Kerajaan dalam kajian semua dasar-
dasar yang berkenaan.
1.2 Malaysia merupakan negara berbilang kaum, bahasa, agama dan
kebudayaan. Untuk mencapai perpaduan kebangsaan, yang penting
sekali ialah mengakui ciri-ciri asas masyarakat kita, iaitu masyarakat
majmuk. Akan tetapi, pelaksanaan dasar-dasar kebangsaan sekarang
tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan terlalu berbau perkauman
dan cenderung ke arah asimilasi paksaan. Dasar-dasar b e r k e n a a n
digubal hanya dari perspektif dan pendirian satu kaum. Pertentangan
antara dasar-dasar Melayu-sentrik dengan ciri majmuk masyarakat kita
merupakan teras masalah kita.
1.3 Kami berpendapat, asas perbincangan tentang masalah kebudayaan
kebangsaan terletak pada semangat dan lunas-lunas yang termaktub
31
32
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
dalam Deklarasi Hak-Hak Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, persamaan hak dan
kedudukan untuk semua kaum dan perundingan demokratik. Hanya
dengan lunas-lunas tersebut, barulah hak-hak asasi semua kaum untuk
mewarisi dan mengembangkan kebudayaan masing-masing dapat
terjamin dan tidak dicabuli, dan setiap kaum dapat saling menghormati
tradisi kebudayaan satu sama lain dengan sesungguhnya. Kerana dasar-
dasar kebangsaan sekarang tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan,
serta tiga prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan tidak digubal atas lunas-lunas tersebut, pelanjutan dasar-
dasar itu bukan sahaja tidak akan mencapai matlamat perpaduan
kebangsaan, malahan akan memburukkan lagi kecenderungan atau
trend polarisasi kaum yang kurang sihat itu.
II. ASAS OBJEKTIF DAN KEPERIBADIAN KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
2.1 Pada umumnya, kebudayaan ditakrif sebagai jumlah kekayaan jasmanu
dan kekayaan rohani yang dicipta dalam perkembangan sejarah
manusia. Secara ringkas, ia boleh dikenali sebagai cara hidup manusia.
Oleh itu, hubungan sesuatu kaum dengan kebudayaan adalh seperti
darah dengan daging yang tidak dapat dipisahkan.
2.2 Oleh sebab kebudayaan itu cara hidup manusia, maka kebudayaan
kebangsaan adalah cara hidup seluruh rakyat Malaysia. Negara kita
merupakan negara berbilang kaum dan kebudayaan, dan cara hidup
seluruh rakyat kita seharusnya merupakan cara hidup semua kaum. Oleh
itu, asas objektif kebudayaan kebangsaan kita bukan kebudayaan satu
kaum, tetapi harus terdiri dari kebudayaan semua kaum, seperti yang
dinyatakan oleh Rukunegara bahawa: “Bangsa dan Negara Malaysia
sesungguhnya mempunyai kekayaan dan perbezaan kebudayaan yang
khusus dalam kedua-dua bidang tradisi dan kebiasaan. Kami bercita-
cita hendak mencipta satu masyarakat di mana keadaan berlainan
kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan
Bangsa dan Negara Malaysia.” Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan
33
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
harus menurut hukum semulajadi (Natural Law) perkembangan
kebudayaan, agar kebudayaan berbagai kaum di negara kita dapat
bersaling tindak atau berinteraksi, yang intisari dipelihara dan yang
hampas ditinggalkan. Usaha tersebut harus dilengkapi lagi dengan
serapan unsur-unsur positif kebudayaan asing untuk mencipta nilai-
nilai kebudayaan bersama. Dalam process pembinaan kebudayaan
kebangsaan ini, pihak berkuasa tidak harus terlalu banyak campurtangan,
lebih-lebih lagi “perbentukan” itu tidak boleh menurut kemahuan subjektif
sesuatu kaum sahaja.
2.3 Kebudayaan Melayu, kebudayaan Cina dan kebudayaan India di
negara kita, melalui proses evolusi jangka panjang dalam persekitaran
objektif negara kita, telahpun berbeza daripada kebudayaan Indonesia,
kebudayaan Cina dan kebudayaan India, baik dari segi isi maupun
bentuknya. Ketiga-tiga kebudayaan tersebut bukan sahaja mewarisi
kekayaan kebudayaan asalnya, tetapi juga telah menjadi bahagian
atau komponen kebudayaan kebangsaan, yang tidak dapat dipisahkan
melalui interaksi, saling memperkaya dan serap-menyerap. Dengan
kata-kata lain, kesemuanya telahpun bercorak tempatan.
2.4 Menurut pandangan kami, kebudayaan kebangsaan sekarang harus
memilki tiga ciri asas berikut:-
(i) bentuk kebudayaan yang beraneka ragam;
(ii) nilai-nilai bersama; dan
(iii) bercorak tempatan.
Bentuk kebudayaan yang beraneka ragam adalah cerminan wajar
amalan agama, cara hidup dan tradisi kebudayaan yang berlainan
dalam masyarakat majmuk kita. Bentuk kebudayaan yang beraneka
ragam memperkaya dan menjadikan kebudayaan kebangsaan kita
berwarna-warni, dan ini meruoakan kelebihan kebudayaan kita dan
bukan kekurangannya. Nilai-nilai bersama harus berpandukan sains,
demokrasi, pemerintahan undang-undang dan patriotisme. Nilai-
nilai bersama dan corak tempatan utama sekali merujuk kepada isi
kebudayaan. Dan isi kebudayaanlah yang harus dipandang berat
34
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
dalam pembinaan kebudayaan kebangsaan. Corak Melayu memang
merupakan corak tempatan. Tetapi corak tempatan tidak seharusnya
corak Melayu, corak-corak Cina, India, Kadazan, Dayak dan kelompok-
kelompok etnik Malaysia yang lain juga ber corak tempatan.
III. MATLAMAT PEMBINAAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
3.1 Tujuan utama pembinaan kebudayaan kebangsaan dan sistem nilai
ialah untuk memobilisasikan unsur-unsur positif kebudayaan semua
kaum di negara kita untuk menentang pengaruh golongan pelampau/
perkauman di dalam negara, serta aspek-aspek kebudayaan yang
meleset (decadent) dan negatif, di samping mengembangkan kekayaan
sumber dan tenaga manusia demi mendorong maju pengeluaran dan
pembangunan negara.
3.2 Memandangkan realiti masyarakat kita yang berbilang kaum, pemupukan
perpaduan rakyat seluruh negara melalui nilai-nilai kebudayaan bersama
juga merupakan satu lagi matlamat penting. Walau bagaimanapun,
matlamat ini hanya dapat dicapai atas dasar persamaan hak dan
kedudukan untuk semua kaum dan prinsip demokrasi.
IV. TENTANGAN KAMI TERHADAP DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN SEKARANG
4.1 Kami menentang dasar-dasar sekarang tentang bahasa, pelajaran
dan kebudayaan kebangsaan, serta tiga prinsip yang digunalan oleh
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk “membentuk”
kebudayaan kebangsaan, iaitu:-
(i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan
kebudayaan asli rakyat rantau ini;
(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan;
(iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan itu.
35
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
Tentangan kami berasaskan alasan-alasan berikut:-
4.1.1 Dasar-dasar yang akan membawa akibat serius dan mendalam,
yang dirumuskan oleh sarjana-sarjana yang terdiri dari satu kaum
di bawah anjuran Kerajaan adalah tidak selaras dengan prinsip
perundingan demokratik dalam proses pembinaan kebudayaan
kebangsaan.
4.1.2 Di samping menekankan kepentingan Islam dan kebudayaan
Melayu, dasar-dasar itu tidak membenarkan kebudayaan dan
agama lain memainkan peranan yang bermakna. Ini adalah
bertentangan dengan prinsip layanan adil dan perkembangan
bebas bagi kebudayaan semua kaum.
4.1.3 Dasar-dasar itu menunjukkan falsafah kebudayaan yang sempit
yang hanya tertumpu kepada kaum Melayu dan tidak bersikap
liberal yang menggalakkan interaksi dan serap-menyerap antara
kebudayaan Melayu dan kebudayaan-kebudayaan bukan-
Melayu, serta kebudayaan-kebudayaan asing.
4.1.4 Dasar-dasar itu mengabaikan isi positif kebudayaan terutamanya
sistem nilai bersama yang menjadi garis panduan bagi pembinaan
kebudayaan.
4.1.5 Dasar-dasar itu bertentangan dengan pendirian Rukunegara,
iaitu menghormati perkembangan bebas dan penerimaan nilai-
nilai kebudayaan semua kaum serta menganggap kepelbagaian
kebudayaan negara kita sebagai suatu suber kekuatan negara.
4.1.6 Dasar-dasar itu menunjukkan kecenderungan untuk menggunakan
kuasa pentadbiran demi memaksakan asimilasi -- suatu amalan
yang tidak dapat diterima oleh bukan-Melayu.
4.2 Sesetengah orang membahagikan kebudayaan kaum-kaum di negara
ini sebagai kebudayaan tempatan atau bumiputra (khasnya dirujuk
kepada kebudayaan Melayu) dan kebudayaan pendatang atau bukan-
Melayu. Tujuan membezakan Melayu sebagai Bumiputra dan bukan-
36
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
Melayu sebagai orang asing adalah untuk menafi kan persamaan hak dan
kedudukan kebudayaan bukan-Melayu. Bagaimanapun, kemerdekaan
Malaysia telah dicapai oleh semua kaum bahu membahu dan rakyatnya
menjadi warganegara yang berkedudukan sama rata. Oleh itu adalah
tidak wajar rakyat Malaysia dibezakan sebagai “bumiputra” dan
“pendatang”. Perbezaan yang direka itu menjadi punca diskriminasi ras,
menjejaskan perpaduan negara dan mengakibatkan polarisasi ras yang
tidak diingini.
4.3 Cauvinis Melayu berpendapat bahawa perpaduan rakyat semua
kaum hanya dapat dicapai melalui satu bahasa dan satu kebudayaan
manakala bahasa dan kebudayaan yang aneka ragam dianggap akan
mengakibatkan perpecahan rakyat pelbagai kaum. Teori ini nyata
sekali adalah tidak tepat. Sama ada sesuatu bangsa atau negara itu
bersatupadu atau tidak, faktor-faktor penentu yang lebih penting ialah
ekonomi, sosial dan politik. Dengan kata-kata lain, penindasan ekonomi,
ketidakadilan sosial dan pertentangan politik boleh memecah-belahkan
serta menibulkan konfl ik di kalangan sesuatu bangsa atau negara yang
sebahasa dan sekebudayaan. Sebaliknya, sistem ekonomi dan sosial
yang adil dan anutan politik yang sama akan memyatupadukan bangsa
dan negara yang berbilang bahasa dan kebudayaan. Oleh itu, kesimpulan
boleh dicapai bahawa satu bahasa dan satu kebudayaan bukanlah
faktor yang menentukan perpaduan bangsar dan negara; sebaliknya,
jika dasar asimilasi “satu bahasa, satu kebudayaan” diamalkan secara
paksa di negara berbilang kaum, sudah barang tentu akan menimbulkan
perselisihan kaum dan seterusnya mengancam asas perpaduan negara.
4.4 Penganut Melayu-sentrik (malay-centrists) menekankan latar belakang
Kesultanan Melaka dan oleh itu menentang prinsip persamaan
hak kebudayaan semua kaum. Mereka berpendapat Kesultanan
Melaka merupakan suatu eintiti politi Melayu yang mempunyai sistem
pentadbiran, ekonomi dan kebudayaan yang tersendiri dan Malaysia
sekarang dilahirkan dari latar belakang tersebut. Oleh itu, mereka
menganggap kebudayaan Melayu lebih layak dijadikan asas utama
kebudayaan kebangsaan. Kami tidak menafi kan kewujudan Kesultanan
Melaka dan pelanjutan Sistem Kesultanan Melayu, akan tetapi tiada
37
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
siapa pun yang dapat menafi kan hakikat kewujudan sah kaum-kaum
lain dan sumbangan mereka dalam pembinaan negara. Malaysia adalah
ditubuhkan menurut Perlembagaan Persekutuan 1957, dari segi sistem
politik, negara kita bukan lagi sebuah kerajaan feudal, tetapi negara
monarki berperlembagaan; dari segi sistem pentadbiran, perundangan
dan ekonomi, pada asasnya, ia merupakan pelanjutan sistem Inggeris
dan bukan sistem Melayu; dan dari segi kebudayaan, sistem kebudayaan
majmuk telahpun lama menggantikan sistem kebudayaan Melayu
yang tunggal. Dalam Malaysia sekarang, bukan sahaja sistem politik,
pentadbiran, perundangan, ekonomi dan kebudayaan jauh berbeza
daripada sistem Kesultanan Melaka, tetapi keluasan wilayah (termasuk
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) dan komposisi penduduk
mengikut etnik juga telah banyak berubah. Oleh itu, keperibadian
Kesultanan Melaka adalah tidak sesuai digunakan untuk melambangkan
keperibadian negara kita sekarang. Keperibadian Malaysia setelah
merdeka adalah lebih sesuai digunakan untuk melambangkan
keperibadian negara kita. Aspek masalah kebudayaan kebangsaan yang
lebih kontroversial ialah bagaimana masalah hubungan kebudayaan
berbagai kaum sekarang dapat diselesaikan. Kita memang harus
merenung masalah kita dari perspektif sejarah. Namun jika realiti abad
ke-16 dianggap lebih penting daripada realiti abad ke-20, anggapan ini
sudah barang tentu tidak munasabah.
4.5 Andainya latar belakang sejarah abad ke-15 dan ke-16 diizinkan untuk
menafi kan prinsip persamaan hak dan kedudukan bagi kebudayaan
semua kaum, maka akibat buruk berikut adalah tidak dapat dielakkan:-
(a) Jika prinsip persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum di
bidang kebudayaan dinafi kan, penafi an yang sama akan berlaku
juga di bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial;
(b) Cauvinisme kebudayaan akan muncul bersamaan layanan tidak
adil terhadap kebudayaan kaum-kaum yang berlainan; dan
(c) Kecenderungan asimilasi secara paksa dan dasar perkauman
Kerajaan akan diperkuatkan lagi.
38
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
V. PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMBINAAN KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
5.1 Unsur-unsur unggul kebudayaan semua kaum di negara kita merupakan
asas kebudayaan kebangsaan
Pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah diasaskan kepada
unsur-unsur unggul dari kebudayaan-kebudayaan semua kaum. Kita
harus bersikap liberal untuk menerima dan mengintefrasikan intisari
kebudayaan-kebudayaan semua kaum di negara kita tanpa menolak
sebarang kaum tempatan atau kebudayaan asing secara membuta tuli
akan mengakibatkan kebudayaan kebangsaan kehilangan dayanya dan
menjadi kaku.
5.2 Garis-garis panduan pembinaan nilai-nilai kebudayaan bersama ialah
sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang dan patriotisme
Pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah memberi tekanan
kepada isi dan bukan bentuk. Perbuatan memberi tekanan yang
melampau kepada bentuk kebudayaan sesuatu kaum bukan sahaja
akan menyebabkan ketidak-puasan kaum-kaum yang lain, tetapi juga
tidak akan membawa sebarang makna positif kepada pembinaan
kebudayaan kebangsaan. Oleh itu, pembinaan kebudayaan kebangsaan
haruslah dititik-beratkan kepada pemupukan nilai-nilai kebudayaan
bersama melalui penanaman kesedaran kewarganegaraan, patriotisme,
sains, demokrasi dan pemerintahan undang-undang.
5.3 Nilai-nilai kebudayaan bersama haruslah diekpresi melalui bentuk
pelbagai kaum
Isi nilai-nilai kebudayaan bersama haruslah diekspresi melalui
bentuk-bentuk unik atau istimewa setiap kaum tanpa menafi kan
kemungkinan bentuk ekspresi secara kombinasi. Sebarang langkah
untuk menggunakan kedudukan dominan politik sesuatu kaum untuk
membatas dan merintangi perkembangan bahasa dan kebudayaan
kaum yang lain adalah tidak demokratik dan akan menjejaskan
perpaduan negara,
39
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
5.4 Proses pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah selaras dengan
prinsip kesamarataan semua kaum melalui perundingan demokratik
Dari segi hubungan kaum, semangat demokrasi tulen haruslah
membawa maksud persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum,
saling menghormat dan toleransi. Oleh itu, dalam proses pembinaan
kebudayaan kebangsaan, kumpulan-kumpulan kebudayaan utama
harus mencapai persefahaman melalui perundingan demokratik sebagai
rakan yang berkedudukan sama rata. Ia tidak harus merupakan paksaan
kemahuan sesuatu kaum ke atas kaum-kaum yang lain melalui kuasa
penggubalan undang-undang atau pentadbiran. Ini adalah kerana
hubungan setiap kaum dengan kebudayaan adalah hubungan darah
daging. Oleh itu penyambungan kebudayaan setiap kaum haruslah
dihormati, dan sebarang percubaan sebaliknya akan menjejaskan
perpaduan rakyat.
VI. KESIMPULAN
6.1 Asas perbincangan kebudayaan kebangsaan haruslah berdasarkan
Deklarasi Hak-Hak Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, persamaan hak dan
kedudukan bagi semua kaum dan prinsip perundingan secara
demokratik.
6.2 Asas objektif kebudayaan kebangsaan kita ialah kebudayaan-kebudayaan
semua kaum negara kita. Pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah
minitik-beratkan interaksi spontan antara kebudayaan-kebudayaan
semua kaum, intisarinya diterima dan hampasnya ditinggalkan serta
tidak menolak unsur-unsur positif kebudayaan asing. Di samping itu kerja
perumusan nilai-nilai kebudayaan bersama juga harus dititik-beratkan.
Dalam proses pembinaan kebudayaan kebangsaan, campur tangan
pihak berkuasa yang tidak diingini hendaklah dikurangkan, sebaliknya
hukum semulajadi bagi perkembangan kebudayaan haruslah dipandang
berat.
6.3 Tiga ciri asas kebudayaan kebangsaan ialah bentuk kebudayaan yang
aneka ragam, nilai-nilai kebudayaan bersama, serta corak tempatan.
40
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
6.4 Matlamat-matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan ialah memupuk
fi kiran tepat dan nilai bersama, demi memperkukuhkan perpaduan
rakyat dan mendorong maju pengeluaran serta pembangunan negara.
6.5 Dasar-dasar kebangsaan sekarang tentang pelajaran dan kebudayaan,
termasuk tiga prinsip “pembentukan” kebudayaan kebangsaan
yang dirumuskan oleh Kementerian Kebudayaan , Belia dan Sukan,
berfahaman Melayu-sentrik yang tebal, serta bercenderung untuk
mengasimilasikan kaum-kaum lain secara paksa. Oleh itu, mengingkari
prinsip dan semangat persamaan hak dan kedudukan bagi semua kaum,
perundingan demokratik, Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.
Dasar-dasar itu akan menggagalkan matlamat perpaduan negara.
6.6 Penganut Melayu-sentrik (Malay-centrists) menafi kan prinsip persamaan
hak dan kedudukan kebudayaan bagi semua kaum, oleh itu, dasar
perkauman dan kecenderungan asimilasi paksaan Kerajaan diperkuat
lagi.
6.7 Empat prinsip utama pembinaan kebudayaan kebangsaan:-
(a) Unsur-unsur unggul kebudayaan semua kaum di negara kita
merupakan asas kebudayaan kebangsaan;
(b) Garis-garis panduan pembinaan nilai-nilai kebudayaan bersama
ialah sains, demokrasi, pemerintahan undang undang dan
patriotisme;
(c) Nilai-nilai kebudayaan bersama haruslah diekspresi melalui
bentuk pelbagai kaum; dan
(d) Proses pembinaan kebudayaan kebangsaan haruslah selaras
dengan prinsip kesamarataan semua kaum melalui perundingan
demokratik.
VII. PERMINTAAN DAN SARANAN
7.1 Kerajaan harus menghormati hak-hak Perlembagaan semua kaum untuk
memelihara dan mengembangkan bahasa, pelajaran dan kebudayaan
masing-masing serta membantunya secara konkrit:-
41
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
7.1.1 Kerajaan harus memansuhkan segala undang-undang yang
tidak menguntungkan kewujudan dan perkembangan bahasa
dan pelajaran semua kaum, supaya hak Perlembagaan untuk
mempelajari, mengguna dan memajukan bahasa dan pelajaran
setiap kaum dapat terjamin.
7.1.2 Kerajaan harus membantu perkembangan S.R.J.K.(C), Sekolah
Menengah Persendirian Cina, Kelas Bahasa Ibunda (POL)
di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah
Kebangsaan dan Jabatan Pengajian Tionghua di Universiti
Malaya. Di samping itu, lebih Jabatan Pengajian Tionghua harus
didirikan di pusat-pusat pelajaran tinggi yang lain, dan penubuhan
universiti-universiti swasta juga harus diizinkan.
7.1.3 Kerajaan harus melayani aktiviti-aktiviti semua badan kebudayaan
secara adil, baik dari segi bantuan kewangan maupun segala
bantuan yang lain, tanpa mengira keturunan ahli-ahli badan yang
berkenaan.
7.1.4 Kerajaan yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti
penerbitan, pertunjukan, pameran, perarakan, bengkel, pesta
kebudayaan, pertandingan, anugerah sastera atau kesenian
dan rombongan kebudayaan melawat ke luar negeri hendaklah
memberi peluang yang sama kepada seniman, sasterawan dan
kebudayaan dari semua kaum untuk mengambil bahagian atau
mendapat hadiah, demi menunjukkan penghormatan kepada
ciri-ciri dan nilai-nilai kebudayaan yang aneka ragam itu.
7.1.5 Dalam memperkenalkan kebudayaan kebangsaan, sebaran am
negara tidak wajar terlalu memberatkan kebudayaan Melayu dan
mengabaikan kebudayaan kaum-kaum lain.
7.1.6 Dalam rancangan T.V. Malaysia “Hari ini Dalam Sejarah” peristiwa-
peristiwa serta tokoh-tokoh sejarah bukan-Melayu juga harus
diberi tempat yang wajar, demi mencerminkan realiti sejarah
negara kita yang berbilang kaum.
42
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
7.1.7 Dalam bentuk imej kebangsaan, ciri-ciri masyarakat majmuk kita
harus dicerminkan.
7.1.8 Pada penamaan bangunan, taman kediaman, tempat dan
jalanraya, ciri masyarakat majmuk kita juga harus dicerminkan.
7.2 Kerajaan harus mengambil daya utama untuk mendorong maju interaksi
kebudayaan berbagai kaum, agar nilai-nilai kebudayaan bersama dapat
dibentuk. Secara konkrit:-
7.2.1 Kerajaan harus menganjurkan berbagai aktiviti interaksi
kebudayaan, termasuk pameran, pertunjukan, perbincangan dan
lain-lain.
7.2.2 Kerajaan harus memberi galakan dan bantuan agar karya-karya
sastera yang bermutu dari semua kaum dan bahasa di negara
kita disaling terjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain.
7.2.3 Dalam buku-buku teks dan sebaran am haruslah diperkenalkan
secara luas adat istiadat, cara hidup dan kebudayaan semua
kaum, untuk memperdalam saling pengertian antara satu kaum
dengan yang lain.
7.2.4 Di pusat-pusat pelajaran tinggi di negara kita, kajian dan
perbincangan tentang kebudayaan berbagai kaum harus
dipergiat lagi, agar masalah interaksi dan integrasi dapat dikaji
secara mendalam dan nilai-nilai kebudayaan bersama dapat
dirumuskan.
7.2.5 Kerajaan harus menubuhkan Balai Barang Peradaban dan
Bilik Rujukan Bahan-Bahan Bersejarah semua kaum untuk
mengumpulkan buku-buku, dokumen-dokumen dan barang-
barang peradaban yang bersejarah dari semua kaum.
7.2.6 Kerajaan melalui Muzium Negara dan Arkib Negara haruslah
mengumpulkan dokumen-dokumen dan benda-benda yang
bersejarah dan mempamerkannya di tempat-tempat pameran di
seluruh negara.
43
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
7.2.7 Perpustakaan Negara, perpustakaan negeri dan perpustakaan
tempatan haruslah mengumpulka buku-buku berbagai bahasa
dengan secukupnya.
7.2.8 Balai Senilukis Negara harus secara luas mengumpulkan hasil-
hasil karya seni yang bermutu dati seniman semua kaum untuk
dipamerkan.
7.2.9 Kerajaan negeri harus secara adil memelihara tempat dan
bangunan bersejarah dari semua kaum.
7.3 Kerajaan harus menggalakkan berbagai aktiviti kebudayaan dan seni
yang sihat, serta melarang yang meleset (decadent) dan yang lucah agar
fi kiran rakyat terutamanya generasi muda tidak diracuni.
7.4 Dalam semua upacara rasmi yang dianjurkan Kerajaan atau badan-
badan berkanun, adat istiadat, agama dan tradisi kebudayaan semua
kaum hendaklah dihormati.
7.5 Perhimpunan atau konvensyen kebudayaan yang dianjurkan oleh
Kerajaan, haruslah diundang wakil-wakil dari badan-badan kebudayaan
dan agama berbagai kaum untuk mengambil tempat dan memberi
pandangan masing-masing. Rumusan rumusan yang dicapai dalam
perhimpunan atau konvensyen adalah untuk dijadikan bahan rujukan
sahaja bagi Kerajaan atau kalangan rakyat. Kerajaan tidak harus cuba
menggunakan rumusan-rumusan itu untuk memaksa kaum-kaum
tertentu menerima atau meninggalkan sebarang bentuk atau nilai
kebudayaan.
7.6 Kami meminta Kerajaan supaya melantik wakil-wakil dari pertubuhan-
pertubuhan utama kebudayaan dan pendidikan Cina serta sarjana-
sarjana Cina untuk mengambil bahagian dalam Majlis Penasihat
Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan, serta badan-badan kebudayaan berkanun yang lain.
44
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
KHOO SIONG CHI, JSM
Presiden,
Dewan Perhimpunan China Selangor
DATUK KOH PEN TING
Presiden,
Dewan Perhimpunan China Pulau Pinang
DATUK TAN KIM SING
Naid Presiden,
Persatuan China Perak
YEE KIM KAM, J.P.
Presiden,
Gabungan Persatuan-Persatuan China Negeri Johor
YAP FOCK ON
Presiden,
Dewan Perhimpunan Tionhua Trengganu
DATUK LOH FOOK HENG
Naib Presiden,
Dewan Perhipunan Tionghua Kelantan
TAN SAY ENG
Presiden,
Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan
DATUK WEE BOON PIN
Presiden,
Pergabungan Persatuan-persatuan China Bersekutu Sarawak
LIM FONG SENG
Pengerusi,
Persekutuan Persatuan-persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia
45
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
SIM MOW YU, J.P.
Pengerusi,
Gabungan Persatuan-persatuan Guru-guru
Sekolah China Malaysia
CHOO CHIEH HWA, P.J.K
Presiden,
Persatuan Dewan-Dewan Perniagaan China Pahang
DATUK YEO TIOW TIONG,
Naib Presiden,
Dewan Perniagaan China Melaka
DATUK LEE SENG CHENG
Presiden,
Dewan Perniagaan Tionghua Kedah
KHOR MOOI, P.J.K
Presiden,
Dewan Perniagaan China Negeri Perlis
LIAW THIEN THSU, ASDK
Setiausaha Agung,
Gabungan Dewan-dewan Perniagaan Tionghua Sabah
46
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
Lampiran I
BAHASA DAN PELAJARAN
I. PENDAHULUAN
1.1 Bahasa, pelajaran dan kebudayaan mempunyai perhubungan yang
amat rapat di antara satu sama lain. Dasar kebudayaan kebangsaan kita
sekarang padahal berasaskan dasar bahasa dan pelajaran kebangsaan,
dan merupankan peluasan dan pelanjutan dasar-dasar itu. Oleh
demikian, pemahaman sifat sebenar dasar kebudayaan kebangsaan
hanya boleh dicapai dengan memahami proses pembentukan dasar
kebangsaan tentang bahasa dan pelajaran.
1.2 Selepas 1969, polarisasi ras telah menjadi satu fenomena yang serius
dalam masyarakat kita. Selain daripada punca politik, ekonomi dan sosial,
ketidak-puasan orang-orang bukan-Melayu terhadap dasar kebangsaan
tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan yang diamalkan sekarang
juga merupakan salah satu faktor polarisasi ras. Demi perpaduan
negara, Kerajaan berwajib untuk mengkaji semula dasar kebangsaan
tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan secara menyeluruh supaya
hasrat-hasrat dan permintaan-perintaan setiap kaum di negara ini dapat
dipenuhi.
1.3 Di samping mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
Fasal 152 Perlembagaan kita juga menjamin hak kebebasan untuk
mempelajari, mengguna dan memajukan bahasa-bahasa semua
kaum mencerminkan perjanjian yang telah dicapai oleh rakyat semua
kaum sebelum merdeka lagi. Sekiranya hak Perlembagaan mengenai
kebebasan untuk mempelajari, mengguna dan memajukan bahasa
semua kaum telah dicabuli, ini bermakna perjanjian pra-merdeka itu telah
47
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
dimungkiri oelh sebelah pihak. Ini tentu akan menjejaskan salah satu
asas yang penting bagi perpaduan rakyat berbagai kaum di Malaysia.
1.4 “Bahasa jiwa bangsa” adalah peribahasa yang bukan sahaja benar
kepada kaum Melayu tetapi juga benar kepada kaum Cina dan lain-
lain. Di samping itu, pengajaran/pembelajaran dengan bahasa ibunda
adalah cara yang paling langsung dan berkesan sekali seperti yang telah
dibuktikan dan diakui oleh pakar-pakar pendidik seluruh dunia. Oleh itu,
kami ingin menegaskan lagi tentang pentingnya Bahasa Cina dalam
pelajaran dan kebudayaan rakyat keturunan Cina di Malaysia. Kami
yakin bahawa kewujudan bahasa berbagai kaum di samping bahasa
kebangsaan, kewujudan beberapa aliran sekolah yang menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pelajaran
negara, dan penerimaan secara setara kebudayaan semua kaum
sebagai asas kebudayaan kebangsaan negara bukan sahaja praktikal
bahkan selaras dengan masyarakat majmuk kita. Penerimaan dasar-
dasar tersebut akan bermanfaat bagi perpaduan rakyat kita.
1.5 Tujuan Kerajaan melancarkan dasar “Pandang ke Timur” adalah untuk
mempelajari sikap ketekunan dan bertatatertib dalam kerja seperti yang
terdapat di negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea Selatan. Pada
hakikatnya, ketekunan dan bertatatertib justru merupakan sifat terpuji
di kalangan sebilangan besar pelajar sekolah Cina. Sifat-sifat terpuji
itu bukan sahaja telah membolehkan mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang-bidang pelajaran, professional, perusahaan
dan perniagaan, tetapi juga membolehkan mereka memberi sumbangan-
sumbangan yang penting dalam pembangunan negara dengan
peranannya sebagai buruh-buruh kasar. Dalam konteks tersebut, dan
berasaskan semangat ‘Pandang Ke Timur’, Kerajaan haruslah mengakui
nilai dan peranan pelajaran Cina dalam negara kita serta memberi
sokongan sepenuhnya untuk perkembangannya.
1.6 Sebagaimana kebudayaan Islam adalah ‘akar’ bagi orang Melayu,
kebudayaan Tionghua adalah ‘akar’ bagi orang Cina di negara ini.
Sekiranya kaum Cina di Malaysia dipisahkan dari ‘akar’nya, ia akan
kehilangan sumber penyubur dari pati kebudayaannya dan akan
mengakibatkan satu krisis identiti kebudayaan. Kerajaan Singapura di
48
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
bawah pimpinan Perdana Menteri Lee Kuan Yew kini sedang diganggu
oleh krisis identiti kebudayaan yang dialami oleh generasi muda
yang didewasakan di bawah pengaruh sistem nilai Barat. Kempen
menyebarkan ajaran Konfucius memperlihatkan suatu percubaan untuk
mengatasi krisis itu. Di Malaysia, kebudayaan Islam, kebudayaan Cina
dan kebudayaan India semuanya adalah kebudayaan dunia yang agung
dan haruslah dihargai. Untuk memastikan rakyat dari semua kaum dapat
disuburi oleh kebudayaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan krisis identiti kebudayaan, Kerajaan harus mengamalkan
dasar-dasar yang lebih liberal tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan.
1.7 Dalam negara seperti Malaysia, hanya melalui penghargaan kepada
akar kebudayaan setiap kaum dengan amalan prinsip demokrasi dan
sama rata, serta manghormati Perlembagaan kita dan hak-hak asasi
manusialah, pendangan-pandangan yang berlainan terhadap bahasa
kebangsaan, pelajaran dan isu-isu kebudayaan dapat diselesaikan
dengan cara yang adil dan logik. Asas perpaduan nasional barulah dapat
dikukuhkan.
II. DASAR KEBANGSAAN TENTANG BAHASA
2.1 Dalam zaman penjajahan Bristish, Bahasa Inggeris adalah bahasa
pemerintah dan golongan istimewa; ia juga merupakan bahasa rasmi yang
digunakan dalam pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Oleh itu,
ia merupakan bahasa yang disanjung tinggi sedangkan bahasa-bahasa
lain hanya digunakan oleh orang-orang biasa. Kedudukan bahasa-
bahasa lain bukan sahaja rendah tarafnya, bahkan perkembangan yang
sewajarnya juga tersekat. Misalnya, pelajaran Bahasa Melayu hanya
sampai ke peringkat sekolah rendah sahaja.
2.2 Sebelum Kemerdekaan, kerajaan kolonial terpaksa menerima Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akibat perjuangan anti-kolonial
oleh rakyat semua kaum. Bagaimanapun, kerajaan kolonial menjadikan
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasi pada masa
yang sama dengan tujuan menggagalkan Bahasa Kebangsaan dan
49
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
mengekalkan kedudukan Bahasa Inggeris dalam penggunaan rasminya.
Ia juga merupakan satu cara untuk terus menafi kan peranan wajar
yang patut dimainkan oleh Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dasar dua
bahasa rasmi ini merupakan gergaji dua mata yang juga bertujuan untuk
memecahkan perpaduaan rakyat berbilang kaum.
2.3 Dalam perjuangan untuk Kemerdekaan, rakyat Malaysia yang keturunan
Cina dan India menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
dan bahasa bersama selepas mendapat jaminan bahawa bahasa
ibunda mereka dapat dipelajari, digunakan dan dimajukan secara bebas.
Selain dari itu, mereka juga meminta supaya Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil diiktirafkan sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai suatu lambang kesamarataan.
2.4 Usaha yang tidak berputus-putus dan hasrat yang meruap-ruap dari
kaum Cina dan India dalam permintaan supaya Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil diiktirafkan sebagai bahasa rasmi di samping Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris diperlihatkan melalui “ Tiga Permintaan
Utama Terhadap Bahasa dan Pelajaran oleh Rakyat Keturunan Cina”
(Memorandum Tentang Pelajaran Cina Di Persekutuan Malaya) dalam
tahun 1954, “Empat Permintaan Perlembagaan Penting oleh Rakyat
Keturunan Cina” (Memorandum Sulit kepada Komisi Perlembagaan
Reid oleh Gabungan Persatuan Cina Seluruh Malaya) dalam tahun 1956,
dan “Deklarasi Bersama oleh Gabungan Persatuan Guru-guru Cina dan
Persatuan Guru-guru India” juga dalam tahun 1956.
2.5 Perdebatan tentang pengiktirafan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
sebagai bahasa rasmi ini berterusan hingga Rang Undang-Undang Akta
Bahasa Kebangsaan diluluskan oleh Parlimen dalam 1967. Di bawah
Akta ini, Bahasa Inggeris kehilangan kedudukannya sebagai bahasa
rasmi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal. Rakyat
dari keturunan Cina dan india berasa amat hampa dan tidak berpuashati.
2.6 Dalam pilihanraya umum 1969, perdebatan tentang bahasa rasmi
menjadi lebih hangat lagi. Selepas peristiwa 13 Mei dan pindaan-pindaan
ke atas “Akta Hasutan 1948”, isu bahasa rasmi telahpun dianggap
sebagai salah satu isu sensitif.
50
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
2.7 Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Kerajaan Negeri dan pihak
berkuasa tempatan telah meluluskan banyak undang-undang
kecil yang bertujuan menyekat penggunaan Bahasa Cina atau saiz
perkataan Cina di atas papan iklan, papantanda syarikat perniagaan,
pintu gerbang perayan, bas sekolah dan sebagainya. Malah telahpun
berlaku peristiwa menurunkan papantanda syarikat perniagaan Cina
yang sangat dipantang dan dianggap peristiwa serius itu. Penggubalan
dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan seperti ini bukan
sahaja mencabuli Perlembagaan Persekutuan bahkan juga merupakan
penghinaan terhadap kaum keturunan Cina.
III. DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN
3.1 Dasar pelajaran kita adalah pelanjutan dasar pelajaran penjajah
British. Pada keseluruhan abad ke-19, kerajaan penjajahan British
tidak mengambil berat tentang pelajaran tempatan kita. Mereka hanya
menitikberatkan pemeliharaan undang-undang dan ketenteraman serta
eksploitasi sumber bijih timah dan getah negara kita. Hingga abad ke-
20, empat aliran pelajaran kita iaitu sekolah-sekolah yang berpengantar
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil barulah
mulai dikembangkan. Walau bagaimanapun, perkembangan sekolah
aliran Bahasa Inggeris mendapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan
penjajahan manakala kepentingan sekolah-skolah aliran lain dirugikan.
3.2 Dalam zaman pemerintahan Jepun, sistem pelajaran negara kita
mengalami kehancuran dan malapetaka yang tidak pernah berlaku.
Bagaimanapun, sekolah-sekolah Cina ditimpa pemusnahan yang paling
teruk, malah ramai guru dan pelajar dibunuh. Selepas Perang Dunia Kedua,
penjajah British kembali untuk membina semula sebilangan sekolah yang
telah musnah sebagai usaha permulaan untuk mengembangkan suatu
sistem pelajaran yang menguntungkan pemerintahan penjajahan.
3.3 Selepas peperangan, sekolah Cina yang mengalami zaman gelap
sepanjang lebih tiga tahun itu telah dikembangkan semula di bawah
usaha yang berterusan oleh kaum Cina di Malaysia. Pada tahun 1954,
Universiti Nanyang sebagai sebuah institusi yang tertinggi dalam pelajaran
51
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
Cina bagi Malaya dan Singapura telahpun ditubuhkan. Penubuhannya
menandakan perkembangan sistem sekolah Cina di negara kita telah
mencapai satu struktur yang lengkap dari persekolahan rendah hingga
ke taraf universiti.
3.4 Oleh kerana pelajaran Cina di negara kita mepunyai tradisi anti-
kolonialisme yang kuat, ia tidak dapat diizinkan oleh kerajaan kolonial
British. Akta Pelajaran 1952 menerima cadangan-cadangan Laporan
Barnes dan mengumumkan bahasa pengantar di sekolah Cina dan
Tamil digantikan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan
tidak mengendahkan sama sekali Laporan Fern-Wu yang ditaja oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menitikberatkan kepentingan
pelajaran Cina dan mencadangkannya supaya bantuan diberikan
bagi perkembangannya. Akhirnya, Akta Pelajaran 1952 tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan dengan berkesan disebabkan tentangan
hebat dan kesulitan kewangan.
3.5 Laporan Razak 1956 adalah lebih liberal, ia menitik-beratkan bahawa:-
“Suatu sistem pelajaran kebangsaan yang munasabah yang dapat
diterima oleh orang-orang yang bermastautin di dalam Persekutuan
Tanah Melayu ini secara menyeluruh, dan dapat memuaskan hasrat
mereka serta menggalakkan kemajuan mereka dalam bidang
kebudayaan, masyarakat, ekonomi, politik dengan mengambil kira
hendak menjadikan Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan negara ini,
dalam pada itu pula mengekal dan memelihara kemajuan bahasa dan
kebudayaan bangsa-bangsa yang tinggal di negeri ini”
Sikap liberal seperti itu disambut baik oleh kaum Cina Malaysia.
Malangnya, pada masa yang sama, dikemukakan pula bahawa “tujuan
muktamad dasar pelajaran dalam negara ini haruslah untuk membawa
bersama-sama kanak-kanak semua kaum di bawah satu sisitem
pelajaran kebangsaan di mana bahasa kebangsaan merupakan bahasa
pengantar yang utama.” Dengan ini tertanamlah fi us bagi prnghapusan
sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar pada akhirnya.
52
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
3.6 Akta Pelajaran 1961 menerima cadangan-cadangan Laporan Rahman
Talib, dan mara dengan pesat ke arah ‘tujuan muktamad’. Setakat
ini, haluan dasar pelajaran negara kita menjadi jelas sekali. Bagi
sekolah menengah, Laporan itu mencadangkan: “Demi perpaduan
nasional, tujuannya mestilah untuk menghapuskan sekolah menengah
berperkauman dari sistem sekolah-sekolah bantuan kebangsaan dan
memastikan murid-murid dari semua kaum haruslah belajar di sekolah
menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.” Dalam keadaan
itu, sekolah menengah Cina terpaksa ditukarkan menjadi sekolah jenis
kebangsaan ataupun dilucutkan bantuan wang dan dijadikan sebagai
sekolah persendirian. Bagi sekolah rendah, Fasal 21(2) Akta Pelajaran
1961 telah memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan
sekolah jenis kebangsaan ke sekolah jenis kebangsaan pada suatu
masa yang dianggap sesuai. Peruntukan fasal tersebut telah ditentang
dengan sekeras-kerasnya oleh masyarakat Cina.
3.7 Semasa pilihanraya umum 1969, permintaan-permintaan kaum Cina
dan India tentang kedudukan bahasa dan pelajaran dijadikan bahan
kempen bagi parti-parti pembangkang yang kebanyakan ahlinya
terdiri daripada orang Cina. Oleh sebab itu, parti-parti pembangkang
berkenaan mendapat kejayaan cemerlang manakala calon-calon Cina
dan India dari parti pemerintah kalah dengan teruknya. Keputusan ini
mencerminkan ketidak-puasan kaum Cina terhadap dasar bahasa dan
pelajaran. Permintaan-permintaan utama mereka meliputi penerimaan
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi di samping Bahasa
Melayu, pengekalan sistem pelajaran empat aliran yang berlainan dan
penubuhan Universiti Merdeka.
3.8 Tahun 1969 merupakan suatu titik-tolak yang penting dalam dasar
pelajaran Malaysia, sebab sejak ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) telahpun
dirumuskan dan dasar pelajaran haruslah dijadikan landasan untuk
mencapai tujuan-tujuan DEB. Dalam 1971, Laporan Majid Ismail
diumumkan. Ia mencadangkan pengambilan pelajar-pelajar bagi
universiti-universiti tempatan haruslah mengikut kadar atau nisbah
penduduk setiap kaum dan bukan keputusan akademik pelajar-pelajar
itu. Ini menandakan permulaan sistem kuota. Pada hakikatnya, bilangan
pelajar Melayu di universiti-universiti dan kolej-kolej adalah lebih ramai
53
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
daripada jumlah penduduk orang Melayu (53.7% dalam 1970, 71.3%
dalam 1975, 73.3% dalam 1980; sumber: Rancangan Malaysia Ketiga
dan Rancangan Malaysia Keempat). Keadaan ini mencetuskan perasaan
ketidakpuasan yang meluas di kalangan pelajar-pelajar bukan-Melayu
dan ibu bapa mereka. Akta Universiti-Universiti dan Kolej-Kolej Universiti
(AUKU) diluluskan dalam 1971. Keputusan mahkamah dalam kes
Universiti Merdeka Berhad berlawan Kerajaan, dengan jelas menunjukkan
bahawa penubuhan universiti swasta dengan bahasa bukan Melayu
sebagai bahasa pengantar adalah mustahil di bawah AUKU. Maka,
hingga 1982, selain daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
dan Tamil, “Tujuan Muktamad” yang dinyatakan dalam Laporan Razak
telah dicapai.
IV. KEDUDUKAN PELAJARAN CINA MASAKINI
4.1 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)
4.1.1 Dalam tahun-tahun 70an, murid-murid di SRJKC telah penuh
sesaj. Mengikut Laporan Pelajaran Kabinet 1979, seramai
78% (409,980) murid keturunan Cina belajar di SRJKC dalam
1971. Pada 1978, peratusan tersebut betambah hingga 87.8%
(486,710). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa Cina
di Malaysia memilih pelajaran yang menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahsa pengantar untuk anak-anak mereka.
4.1.2 Di antara tahun 1971-78, jumlah peruntukan wang Kerajaan
kepada semua jenis sekolah rendah ialah $263 juta. Walaupun
nisbah murid-murid di SRJKC dan murid-murid yang memasuki
sekolah rendah kebangsaan adalah 3:4. akan tetapi SRJKC
hangya menerima peruntukan sejumlah $18 juta sahaja, ataupun
7% daripada jumlah peruntukan. Peruntukan yang berat sebelah
ini jelas menunjukkan diskriminasi yang serius terhadap SRJKC.
4.1.3 Dengan penambahan jumlah penduduk dan penumbuhan
kawasan-kawasan perumahan baru, terdapatlah banyak
kawasan yang ditumpu dengan bilangan penduduk keturunan
54
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
Cina yang tinggi. Namun demikian, Kerajaan tidak membina
SRJKC yang baru untuk menampung anak-anak keturunan Cina
ini, dan mengakibatkan kesesakkan murid-murid di SRJKC.
Di antara sekolah-sekolah tersebut ada yang terlalu sesak dan
tidak mampu menampung murid-murid baru lagi. Perlaksanaan
sistem KBSR 3M memburukkan lagi keadaan kesesakan
kerana mengikut sistem baru, setiap bilik darjah dianggarkan
menampung lebih kurang 30 orang murid. Purata murid-murid di
setiap bilik darjah 3M SRJKC sekarang adalah seramai 50 orang.
4.1.4 Dalam bidang latihan guru, Kementerian Pelajaran tidak
mempunyai rancangan jangka panjang untuk melatih guru-guru
SRJKC bagi keperluannya. Oleh sebab itu, masalah kekurangan
guru-guru yang berkelayakan dan penambahan bilangan guru-
guru sementara semakin memburukan keadaan. Selain daripada
itu, penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
dan cadangan agar ‘tamadun Islam’ diwajibkan bagi guru-guru
pelatih SRJKC adalah langkah-langkah yang tidak munasabah.
4.1.5 Masyarakat Cina merasa tidak senang dengan perlaksanaan
sistem KBSR 3M. Mereka meragui perlaksanaannya mungkin
akan mengakibatkan pertukaran ciri-ciri asas SRJKC dan
mengemukakan 4 permintaan bersama seperti berikut:-
(a) Semua sumber pengajaran dan rujukan bagi SRJKC, kecuali
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, hendaklah disusun
dalam Bahasa Cina seperti amalan dulu;
(b) Bahasa Cina haruslah digunakan sebagai bahasa pengantar
dalam semua pengajaran, pembelajaran serta peperiksaan
seperti amalan dulu kecuali Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris;
(c) Mata pelajaran Kemanusiaan dan Persekitaran, Pendidikan
Moral serta Muzik dan sebagainya bagi SRJKC haruslah
mencerminkan ciri-ciri kebudayaan Cina;
(d) Masa peruntukan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
ditambahkan.
55
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
4.2 Sekolah Menengah Persendirian Cina
4.2.1 Sejak pelaksanaan Akta Pelajaran 1961, sekolah menengah
Cina yang enggan ditukar menjadi sekolah menengah jenis
kebangsaan telah dilucutkan bantuan wang mereka terima dan
dikenali sebagai sekolah-sekolah persendirian. Sejak itu, sekolah
menengah persendirian Cina telah mengalami berbagai cabaran
dan kesulitan selama lebih 20 tahun di bawah sokongan penuh
dari masyarakat Cina. Mereka bukan sahaja berdikari dan tidak
berganjak, tetapi telah berkembang dan menjadi lebih matang
lagi. Kini terdapat 60 buah sekolah menengah persendirian Cina
di seluruh negara. Jumlah pelajar telah bertambah dari seramai
15,890 orang pada tahun 1970, ke 25,047 orang pada tahun
1975 hingga 44,600 orang pada tahun 1982. Tidak syak lagi,
sekolah menengah persendirian Cina telah melatih banyak
bakat dan tenaga yang berguna bagi negara ini dan memberi
sumbangannya kepada pelajaran negara kita.
4.2.2 Adalah dianggarkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia terpaksa
membelanjakan di antara $200 hingga $300 setahun untuk
membiayai setiap pelajar di sekolah menengah persendirian Cina.
Dengan perkataan lain, masyarakat Cina terpaksa menanggung
lebih daripada $10 juta setiap tahun untuk membantu 60 buah
sekolah menengah persendirian Cina itu. Usaha terus-menerus
di bidang pelajaran telah menunjukkan keazaman kaum Cina di
Malaysia untuk mengekalkan dan mengembangkan pelajaran
ibunda mereka.
4.2.3 Kerajaan bukan sahaja gagal untuk membantu perkembangan
sekolah menengah persendirian Cina, sebaliknya selalu
menghalangnya. Misalnya, Kerajaan telah menolak permohonan
untuk menubuhkan sekolah-sekolah baru ataupun cawangan/
sekolah kedua bagi sekolah menengah persendirian Cina yang
sedia ada, permit tetap sekolah digantikan dengan permit
sementara yang perlu dibarui setiap tahun, serta melengah dan
menyukarkan kelulusan permohonan permit mengajar.
56
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
4.3 Jabatan Pengajian Tionghua di Universiti Malaya
4.3.1 Jabatan Pengajian Tionghua di Universiti Malaya telah ditubuhkan
pada 1963 bagi tujuan untuk mengajar dan mengembangkan
bahasa dan kebudayaan Cina. Kursus-kursusnya terbahagi
kepada Sekdi Klasik dan Seksi Moden. Seksi klasik telah
dianjurkan bagi mereka yang telah lulus dalam mata pelajaran
Bahasa Cina Sijil Tinggi Pelajaran atau mencapai kepujian
dalam Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Seksi Klasik
mengutamakan kajian secara mendalam kesusasteraan klasik
dan Bahasa Cina. Seksi Moden telah dianjurkan bagi mereka
yang hanya mempunyai pengetahuan asas atau mereka yang
langsung tidak mengerti Bahasa Cina tetapi ingin mempelajarinya
untuk kegunaan harian dan mengkaji kesusasteraan Cina moden.
Seksi moden dan beberapa mata pelajaran dalam Seksi Klasik
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
4.3.2 Sejak tahun 1977, jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran
Seksi Klasik atau mengkursuskan dua mata pelajaran termasuk
Seksi Klasik menunjukkan trend bertambah (10 orang pada tahun
77/78, 9 orang pada tahun 79/80, 20 orang pada tahun 80/81, 42
orang pada tahun 81/82). Penambahan pada tahun 80/81 dan tahun
81/82 lebih ketara. Namun demikian, keadaan dan perkembangan
Jabatan tersebut pada keseluruhannya masih kurang memuaskan,
terutamanya tentang sumber pelajar, bidang mata pelajaran yang
ditawarkan, serta peruntukan biasiswa-biasiswa dan cuti separuh
gaji bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran.
4.4 Kelas-kelas Bahasa Ibunda Pelajar atau POL
Walaupun Akta Pelajaran menetapkan bahawa Kelas Bahasa Ibunda
atau POL boleh diadakan di mana-mana sekolah rendah kebangsaan
ataupun sekolah menengah kebangsaan atas permintaan 15 orang
ibu bapa, namun Kerajaan masih mengabaikan masalah sumber guru,
buu-buku teks, bahan-bahan pelajaran dan masa peruntukan bagi
pelajarannya. Oleh itu, keadaan Kelas-kelas POL sangat menyedihkan
dan tidak berkesan sama sekali.
57
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
V. KESIMPULAN
5.1 Selepas Merdeka, sistem pelajaran Cina yang lengkap dari sekolah hingga
Universiti telah diubah menjadi satu sistem yang hanya mempunyai
sekolah rendah yang didiskriminasikan dan sekolah persendirian
yang tidak dibenarkan berkembang. Tambahan pula, Fasal 21(2) Akta
Pelajaran 1961 boleh menghapuskan perkembangan pelajaran Cina
yang sedia ada pada bila-bila masa sahaja. Dilema ini merupakan salah
satu punca ketidak-puasan kaum Cina di Malaysia.
5.2 Dasar kebangsaan tentang bahasa dan pelajaran sekarang berbau
perkauman yang tebal dan cenderung ke arah asimilasi. Ciri-ciri ini
mencemaskan dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Cina Malaysia.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan kita memberikan hak kepada
semua kaum untuk mempelajari, mengguna dan memajukannya bahasa
masing-masing dengan bebas, tetapi Kerajaan sebaliknya mengehadkan
penggunaan secara bebas bahasa-bahasa yang berkenaan melalui
undang-undang, peraturan dan pentadbiran. Contoh-contohnya
termasuk peraturan sekatan tentang penggunaan bahasa dalam iklan.
Bahasa pengantar dala latihan guru-guru SRJKC dan universiti-university.
5.3 Sekiranya Kerajaan tidak dapat secara tepat memahami setakat mana
ketidak-puasan kaum Cina di Malaysia terhadap dasar bahasa serta
pelajaran dan terus menggunakan kuasa undang-undang dan pentadbiran
untuk mengenakan dasar kebudayaan kebangsaan yang tidak dapat
diterima oleh kaum Cina, ini akan bertentangan dengan hasrat kaum Cina
dan juga bertentangan dengan kepentingan perpaduan negara.
5.4 Kerajaan haruslah mengaji semula secara menyeluruh dasar kebangsaan
tentang bahasa, pelajaran dan kebudayaan untuk menunjukkan sikap
liberalnya serta penghormatan kepada realiti negara kita yang berbilang
kaum.
58
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
VI. PERMINTAAN DAN SARANAN
6.1 Kerajaan haruslah membatalkan Fasal 21(2) Akta Pelajaran 1961 untuk
menjamin kewujudan pelajaran Cina tidak terancam, dan berpegang
kepada jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir bin Mohamad
bahawa pelaksanaan sistem KBSR 3M tidak akan mengakibatkan
perubahan ciri-ciri SRJKC. Dalam pada itu, Kerajaan harus juga
menjamin layanan yang sama diberikan kepada sekolah-sekolah rendah
semua aliran, termasuk peruntukan wang, pembinaan sekolah, latihan
guru-guru, bekalan alat-alat dan bahan-ahan pengajaran/pembelajaran
dan sebagainya.
6.2 Kerajaan haruslah menghargai sumbangan yang diberikan oleh sekolah
menengah persendirian Cina kepada pelajaran kebangsaan dan nilai-nilai
kewujudannya,serta membantu perkembangannya melalui peruntukan
wang, latihan guru-guru, pembinaan sekolah, bekalan alat-alat dan
bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan sebagainya, membenarkan
penubuhan cawangan atau sekolah kedua bagi sekolah menengah
persendirian Cina yang sedia ada atau penubuhan sekolah-sekolah baru
dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah
Cina persendirian untuk memasuki universiti-universiti tempatan.
6.3 Kerajaan harus mengizinkan penubuhan universiti-universiti swasta untuk
mengatasi kekurangan tempat di universiti-universiti tempatan dan juga
untuk melatih lebih lagi tenaga professional untuk pembangunan negara.
6.4 Kerajaan haruslah memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan
sekolah menengah Cina persendirian untuk memasuki Jabatan
Pengajiaan Tionghua di Universiti Malaya dengan kelayakan setaraf
untuk meluaskan sumber pelajar. Di samping itu, Kerajaan haruslah
bersikap adil terhadap perkembangan Jabatan itu pada amnya, dan
khasnya tentang pemberian biasiswa-biasiswa, peruntukan cuti separuh
gaji kepada guru-guru yang melanjutkan pelajarannya, dan peluang
pekerjaan untuk siswazah-siswazah, demi menunjukkan keikhlasan
Kerajaan hendak memajukan bahasa dan kebudayaan Cina di negara
kita.
59
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
6.5 Kerajaan haruslah menjadikan bahasa ibunda sebagai satu mata
pelajaran yang diwajibkan, dan memastikan pengajarannya dimasukkan
ke dalam jadual masa yang biasa dan membekalkan buku-buku teks
piawai, bahan pengajaran yang mencukupi serta guru-guru yang
berkelayakkan.
6.6 Selain daripada penggunaan rasmi, Kerajaan haruslah menghormati
hak-hak Perlembagaan rakyat semua kaum untuk mempelajari,
mengguna dan memajukannya secara bebas bahasa masing-masing
dalam semua bidang kegiatan. Kerajaan haruslah mengelakkan
pengyalahgunaan kuasa undang-undang dan pentadbiran untuk
menyekat penggunaannya.
6.7 Kemasukan ke semua universiti tempatan tidak boleh diasaskan kepada
kuota, tetapi diasaskan kepada pencapaian pelajar dan latar belakang
ekonominya. Pengambilan dan kenaikan pangkat guru-guru dan
pentadbir-pentadbir mestilah diasaskan kepada kelayakan akademik,
kekananan (seniority) serta pencapaian, dan bukanlah keturunan kaum.
60
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
LAMPIRAN II
KESUSASTERAAN
I. KESUSASTERAAN CINA MALAYSIA
1.1 Sejak kelahirannya dalam tahun 1919, kesusasteraan Cina Malaysia
senantiasa mementingkan ciri-ciri realiti tempatan. Pada awal tahun-
tahun 30an, kesusasteraan itu seterusnya mewujudkan asas teoritis
bagi penulisan yang berkonsepkan Malaya. Dalam tahun-tahun 50an
pula, selaras dengan perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan,
kalangan yang giat dalam bidang kesusasteraan Cina Malaysia telah
menyemai semangat cintakan negara (patriotisme) dan menyebarkan
konsep sastera yang menggalakkan patriotisme rakyat, sebagai
sumbangan mereka ke arah mencapai matlamat sebuah negara Malaya
yang merdeka, aman dan demokratik.
1.2 Apabila Malaya mencapai kemerdekaan dan kemudian bertukar menjadi
Malaysia, penulis-penulis Cina Malaysia bukan sahaja meneruskan tradisi
yang baik mereka dengan menulis sebagai patriot untuk menggerakkan
rakyat ke arah kebaikan dan kemajuan, tetapi juga telag bermula memupuk
interaksi kesusasteraan Melayu dan Cina. Untuk memenuhi keperluan
era baru yang bersejarah, mereka telah menumpukan perhatian kepada
usaha memupuk persefahaman harmoni dan perpaduan di kalangan
rakyat yang berbilang kaum, di samping usaha menyatukan tenaga dan
merumuskan nilai-nilai bersama untuk membangunkan negara.
1.3 Oleh kerana kesusasteraan Cina Malaysia sejak dahulu lagi dihasilkan
untuk memberi khidmat kepada rakyat negara ini dan ditulis mengikut
konteks tempatan, adalah tidak syak lagi bahawa ia merupakan
61
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
sebahagian daripada kesusasteraan kebangsaan dan kesusasteraan
Malaysia. Menurut apa ukuran sekalipun. Sebarang percubaan untuk
menafi kan statusnya sebagai sebahagian daripada kesusasteraan
kebangsaan bermakna menafi kan kesedaran kenegaraan orang Cina
dan status mereka sebagai rakyat di negara ini.
II. PANDANGAN KAMI MENGENAI KONSEP “KESUSASTERAAN
KEBANGSAAN”
2.1 Bagi rakyat negara ini, “negara” bermakna “Malaysia”. Kedua istilah
ini membawa konsep yang sama. Ini adalah pengetahuan am.
Walau bagaimanapun, menurut defi nisi beberapa kalangan terhadap
“kesusasteraan kebangsaan”, “negara” dan “Malaysia” berbeza. Kata
mereka, segala karya kesusasteraan yang tidak dihasilkan dalam Bahasa
Malaysia bukanlah kesusasteraan kebangsaan, tetapi kesusasteraan
Malaysia. Dalam hubungan ini, “negara” dan “Malaysia” telah menjadi
konsep yang bersetentangan. Jelas sekali, dari segi logik, perbezaan
(konsep) ini melucukan dan dari segi politik, ia menafi kan status
warganegara Malaysia yang menulis dalam bahasa yang bukan-Bahasa
Malaysia.
2.2 Sasterawan Tagore tidak pernah menggunakan Bahasa Kebangsaannya
(Hindi) untuk menulis karyanya. Hampir semua karya sastera beliau
ditulis dalam bahasa ibundanya, iaitu Bahasa Bengali. Walaupun begitu,
tidak ada seorang pun yang menafi kan bahawa karya-karya sasteranya
adalah sebahaggian daripada khazanah negara India. Malah, lagu ciptaan
beliau, JANAGANAMANA telah dipilih untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Karya agung bapa Filipina, Dr. Jose Rizal, yang berjudul “NOLI ME
TANGERE” juga tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan negaranya.
Buku itu dikarang dalam bahasa Sepanyol tetapi ia telah menjadi bahan
bacaan yang wajib bagi semua pelajar universiti di Filipina. Daripada
dua contoh tersebut dapat dilihat sempit dari segi bahasa penulisan
di negara yang berbilang kaum dan berbilang bahasa ini, bermakna
negara dengan sendirinya menafi kan dan menolak sebahagian daripada
khazanah kesusasteraan kebangsaan.
62
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
2.3 Mentafsir “kesusasteraan kebangsaan” dari segi bahasa sahaja akan
menimbulkan keburukan-keburukan lain. Salah satu daripadanya ialah
semua karya yang dituliskan dalam bahasa yang ditetapkan, tanpa
mengira baik buruk kandungannya - termasuk yang bersifat negatif,
lucah - akan diterima sebagai “kesusasteraan kebangsaan”. Akibat
seperti ini sudah tentu tidak dapat diterima oleh mana-mana ahli politik,
pencinta seni dan rakyat yang berfi kiran waras.
2.4 Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut di atas, kami
berpendapat, sekiranya penggunaan konsep “kesusasteraan
kebangsaan” tidak dapat dielakkan, maka konnotasi atau maksudnya
haruslah berbunyi:-
Mana-mana karya penulisan, tidak kira ditulis dalam bahasa ibunda
mana-mana kaum di negara ini atau dalam Bahasa Inggeris, asalkan
ia ditulis oleh warganegara Malaysia yang patriotik, mencerminkan cara
hidup, fi kiran dan emosi rakyat negara ini dan menggerakkan mereka
ke arah pembinaan negara, karya penulisan tersebut haruslah dianggap
sebagai kesusasteraan kebangsaan.
III. PANDANGAN KAMI TERHADAP DASAR SEKARANG DALAM
BIDANG KESUSASTERAAN
3.1 Dasar yang dilaksanakan sekarang dalam bidang kesusasteraan
diasaskan kepada rumusan-rumusan yang diluluskan oleh Kongres
Kebudayaan Nasional tahun 1971 yang tidak disertai oleh wakil- wakil
pertubuhan kebudayaan utama masing-masing kaum. Dasar tersebut
mengandungi unsur fahaman Melayu-sentrik yang kuat. Dasar itu hannya
menerima kesusasteraan Melayu sebagai kesusasteraan kebangsaan
dan telah memberikan galakan serta bantuan kewangan yang besar
kepada kesusasteraan itu. Sebaliknya, hasil kesusasteraan yang
berbahasa lain dibiarkan mencari survival sendiri. Dasar itu sesungguhnya
sudah menafi kan kesamarataan status karya-karya sastera bahasa lain
dan sangat bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kesamarataan
kaum. Ini juga membantutkan perkembangan kesusasteraan masing-
masing kaum, sehingga merugikan kesusasteraan kebangsaan.
63
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
IV. PERMINTAAN-PERMINTAAN KAMI
4.1 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang bertanggungjawab
membantu membiayai kegiatan kesusasteraan hendaklah memberi
layanan yang sama rata kepada kesusasteraan mana-mana bahasa di
negara ini.
4.2 Anugerah Sastera Negara hendaklah diperluaskan untuk meliputi karya-
karya kesasteraan yang ditulis dalam bahasa-bahasa lain dan tidak harus
dibataskan kepada mereka yang menulis dalam Bahasa Melayu sahaja.
Sekiranya penilaian sukar dibuat ke atas karya-karya yang menggunakan
berbagai bahasa, maka disyorkan supaya anugerah diberikan mengikut
bahagian seperti bahagian Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan lain-
lain. Jawatankuasa Anugerah Sastera Negara haruslah mempunyai
keanggotaan yang berbilang kaum yang terdiri daripada tokoh-tokoh
sastera supaya mereka dapat menyampaikan maklumat tepat mengenai
kegiatan dan arah kesusasteraan berbagai kaum kepada Kerajaan.
4.3 Rombongan negara ke mana-mana persidangan atau kongres sastera di
dalam dan di luar negeri hendaklah terdiri daripada tokoh-tokoh bidang
berkenaan yang berbilang kaum, untuk mencerminkan ciri berbilang
kaum dan berbilang kebudayaan di Malaysia.
4.4 Selain karya-karya sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka harus
juga menerbitkan karya-karya bahasa lain. Pada masa yang sama,
Dewan itu hendaklah mengupah pakar-pakar bahasa menterjemahkan
karya-karya yang bermutu kesusasteraan berbagai kaum ke dalam
bahasa-bahasa lain, untuk memupuk interaksi dan persefahaman di
antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain dan antara kaum di
negara ini.
64
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
LAMPIRAN III
SENI
I. CIRI DAN ARAH PERKEMBANGAN SENI MALAYSIA
1.1 Karya-karya seni ber bagai kaum di negara ini sebenarnya saling
mempengaruhi dan membantu memperkaya kebudayaan negara
kita meskipun asal usul dan proses perkembangannya serta waktu
kemasukannya berbeza di antara satu dengan lain. Karya-karya seni
yang dimaksudkan meliputi seni persembahan seperti drama, tarian;
seni pendengaran (muzik dan lagu-lagu) dan seni visual (lukisan, seni
tulisan, ukiran, rekabentuk dll). Oleh itu, perkembangan seni negara
ini haruslah menuju ke arah memupuk interaksi seni antara berbagai
kaum atas dasar hormat-menghormati, tanpa menolak kemungkinan
mendapatkan unsur-unsur positif dari seni asing.
1.2 Karya-karya seni yang dihasilkan oleh berbagai kaum mengandungi
banyak ciri sama yang saling berkaitan meskipun bentuk ekspresi
mereka berbeza kerana ciri istimewa sesuatu kaum itu. Persamaan
tersebut wujud kerana kaum-kaum di negara ini tinggal bersama-sama
dalam satu alam sekitar atau realiti dan karya seni pula adalah ekspresi
serta cerminan hidup, pemikiran dan emosi hidup kita. Pendeknya,
persamaan yang timbul dari semangat cintakan negara di kalangan
seniman inilah yang menggambarkan hidup dan pemikiran rakyat,
menggalakkan rakyat menuju ke arah kemajuan dan kebaikan secara
positif dan berusaha membina sebuah negara yang lebih sempurna.
Persamaan seperti inilah yang membezakan seni Melayu daripada seni
Indonesia, seni Cina Malaysia dari seni Cina di China dan seni India
Malaysia daripada seni di India. Sebarang langkah untuk mengetepikan
65
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
atau menafi kan persamaan ini akan menyebabkan seni kaum-kaum
tertentu disingkirkan dari lingkungan seni negara.
1.3 Bentuk atau ciri khusus ekspresi seni sesuatu kaum bukanlah penghalang
bagi perkembangan seni. Sebaliknya, sejarah seni dunia telah dengan
jelas membuktikan bahawa langkah menggalakkan penggunaan
bentuk ekspresi khusus bagi sesuatu kaum untuk mencipta seni,
memupuk interaksi kebudayaan dan seni berbagai kaum serta saling
menerima ciri-ciri terbaik seni kaum lain adalah salah satu pendorong
untuk memperkaya dan mengembangkan kebudayaan kebangsaan.
Sebarang percubaan yang membuta tuli untuk menghapuskan ciri
khusus sesuatu kaum yang terdapat dalam seni dan menafi kan nilai ciri
khusus itu, serta menekankan dasar yang hanya mengembangkan satu
kebudayaan sahaja adalah merugikan perkembangan seni yang sihat
dan menjejaskan perpaduan kebangsaan.
1.4 Penciptaan seni adalah satu kegiatan otak yang sangat kompleks.
Seseorang seniman itu memerlukan usaha yang gigih untuk mengkaji
karya-karya seni negara-negara dan kaum-kaum lain secara mendalam
sekiranya ia ahu mempertingkatkan daya ekspresinya dan menambah
daya penarik karyanya, sesuai dengan kandungan yang ingin
ditonjolkannya. Oleh itu, adalah tidak wajar penciptaan seni itu diganggu
oleh kuasa pentadbiran atau dijadikan seni “rojak” dengan mengerat-
ngeratkan dengan sewenangan seni sesuatu kaum itu dan dicampur-
arukkan dengan seni kaum lain.
1.5 Selain karya-karya yang mencerminkan realiti tempatan, kaum-kaum
di negara ini juga mewarisi seni tradisional, seperti tarian tradisional
India, tarian singa dan kuntau (silat) bagi orang Cina. Seni jenis ini harus
dibenarkan berkembang secara bebas malah dbenarkan berkembang di
kalangan kaum lain asalkan ia (seni) mempunyai nilai yang baik.
66
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
II. PANDANGAN KAMI MENGENAI DASAR YANG DILAKSANAKAN
SEKARANG
2.1 Dasar-dasar Kerajaan sekarang dalam bidang muzik dan tarian telah
digubal berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Kebudayaan Nasional
1971. Kongres tersebut langsung tidak disertai oleh wakil-wakil kaum
Cina, India, Kadazan, Dayak dan kaum-kaum lain. Perjalanan seluruh
kongres itu dari permulaan sehingga tamat adalah tidak selaras dengan
prinsip dan semangat kesamarataan ras, saling menghormat dan
rundingan demokratk.
2.2 Di satu pihak, Kerajaan mengambil sikap yang agak terbuka dan liberal
terhadap pembelajaran dan penyebaran seni Barat. Di pihak lain pula,
Kerajaan mengabaikan sni tradisional rakyat bukan-Melayu di negara ini.
Bukan sahaja Kerajaan menaruh prasangka terhadap seni bukan-Melayu
ini dan tidak membantu memperkembangkannya, malah Kerajaan
kadang-kala mengenakan sekatan-sekatan yang tidak munasabah.
Tindakan seperti ini, selain membantutkan perkembangan sihat seni
berbagai etnik, juga menjejaskan perpaduan kebangsaan.
III. PERMINTAAN-PERMINTAAN KAMI
3.1 Kerajaan harus bersikap terbuka dan adil dalam usahanya membantu
mengembangkan dan memupuk interaksi seni berbagai kaum,
khususnya:-
3.1.1Kerajaan harus menyediakan semua jenis kemudahan, bahan
dan peluang bagi persembahan, pameran dan penciptaan seni
semua kaum yang mempunyai kandungan yang sihat;
3.1.2 Sebaran am rasmi hendaklah sentiasa memperkenalkan seni
semua kaum menerusi pesta kebudayaan yang tetap dan menaja
persembahan dari pertubuhan-pertubuhan semua kaum;
3.1.3 Menubuhkan pusat penyelidikan dan bahan seni semua
kaum di samping mengupah pakar-pakar dati berbahai kaum
67
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
mengumpulkan, menyusun, menyelidiki ciptaan seni dan
menerbitkan hasil pengyelidikan mereka dalam berbagai bahasa;
3.1.4 Mengadakan kursus-kursus seni (bagi setiap kaum) di universiti-
universiti tempatan untuk dipelajari dan diselidiki oleh pelajar
setiap kaum, dan menyediakan biasiswa bagi mereka yang
berkebolehan (dalam bidang seni itu) melanjutkan pelajaran ke
luar negeri.
3.2 Kerajaan juga harus mengadakan insentif untuk menggalakkan
pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan dan syarikat-syarikat swasta
menaja kegiatan-kegiatan seni.
3.3 Seni dari semua kaum harus diberi peluang memainkan peranannya
dalam semua upacara rasmi supaya ciri berbilang kebudayaan
negara ini dapat dicerminkan. Kami juga mencadangkan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan menubuhkan kumpulan tarian setiap
kaum untuk mewakili negara dalam upacara-upacara rasmi.
3.4 Kerajaan harus menggalakkan perkembangan karya-karya seni yang
mempunyai kandungan yang sihat, untuk mengelakkan pengaruh
buruk dari kebudayaan yang meleset dan dengan tegas membasmi
kebudayaan dan seni yang lucha dan meleset supaya fi kiran belia tidak
diracuni.
3.5 Kerajaan tidak harus membataskan bentuk-bentuk ekspresi seni dari
kacamata satu agama atau satu kebudayaan. Selain faktor-faktor
praktis, rekabentuk dan bentuk pembinaan (bangunan dan lain-lain)
harus juga mencerminkan ciri khusus berbilang kebudayaan negara
ini, dan menghormati ciri-ciri agama, kebudayaan atau nilai moral yang
berlainan.
3.6 Kerajaan harus melonggarkan syarat pemberian permit persembahan,
termasuk bagi persembahan tarian singa di tempat awam dan
persendirian. Selain itu, sekatan terhadap persembahan-persembahan
kumpulan dan perseorangan seni asing yang terkemuka juga harus
diberi kelonggaran.
68
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
LAMPIRAN IV
Agama (Dikemukankan oleh YBAM)
Persatuan Belia-Belia Buddhist Malaysia (YBAM) berpendapat bahawa
Dasar Kebudayaan Kebangsaan harus mencerminkan sifat berbilang kaum
dan berbilang agama Malaysia. Dari segi agama, YBAM mengemukankan
cadangan-cadangan berikut untuk pertimbangan Kementerian-Kementerian
yang berkenaan.
I. KEMENTERIAN PELAJARAN
1. Dalam sukatan pelajaran sekolah dan maktab, perkataan “agama”
atau “ugama” haruslah jangan hanya dikhaskan kepada agama Islam.
Ia haruslah menurut pengertian dalam kamus dan bermaksud segala
agama.
2. Dalam melaksanakan pendidikan moral dalam sekolah, ajaran moral
pelbagai agama yang diamalkan di Malaysia, terutamanya nilai-nilai
moral bersama, harus diajarkan kepada semua pelajar di sekolah.
3. Tamadaun dan kebudayaan agama lain haruslah diajarkan bersama
dengan Tamadun Islam di pusat pengajian tinggi.
4. Pertubuhan pelbagai kepercayaan haruslah digalak ditubuhkan secara
bebas di sekolah-sekolah menengah.
69
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
II. KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN (KKBS)
5. KKBS memberi tekanan kepada latihan dakwah bagi belia Islam
Malaysia. Program latihan agama lain juga harus diberikan kepada belia
agama yang lain.
6. KKBS haruslah memberi bantuan kewangan kepada segala badan belia
agama.
7. Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan haruslah dimasukkan juga unsur-
unsur agama lain yang diamalkan di Malaysia.
III. KEMENTERIAN PENERANGAN
8. RTM harus memberi lebih banyak masa bagi program agama lain di
Malaysia di samping Islam.
9. Ceramah agama lain yang diberikan harus disiarkan dalam siaran daerah
dan kebangsaan seperti Islam (Dakwah). Ini akan mewujudkan saling-
mengerti dan hormat-menghormat antara rakyat yang berbeza agama.
IV. KEMENTERIAN HAL-EHWAL DALAM NEGERI
10. Sekatan-sekatan yang dikenakan kepada pengembang-pengembang
agama dari luar ke Malaysia haruslah dilonggarkan, selaras dengan
kebebasan beragama dan perkembangan semua agama seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan.
V. JABATAN PERDANA MENTERI
11. Undang-undang Moral yang dicadangkan mungkin akan menjejaskan
hak asasi kehidupan individu dalam masyarakat demokratik moden.
Pendidikan moral tidak wajar dijalankan melalui perlaksanaan undang-
70
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
undang, Kerajaan patutlah memberi bantuan kepada pelbagai badan
agama dalam negara ini untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti yang
merupakan latihan dan bimbingan-moral kepada pengikut-pengikutnya.
Dengan cara ini, sikap moral yang positif dapat ditanam dan dibentuk
dengan lebih berkesan.
12. Undang-undang yang digubal untuk mengawal kelakuan moral
sebahagian rakyat tidak semestinya dapat diterima oleh bahagian
rakyat yang lain. Sebaliknya, ia mungkin menimbulkan kekacauan fi kiran
atau kesan yang buruk. Dalam keadaan begini, adalah lebih baik jika
diteruskan sahaja keadaan sekarang.
71
Lampiran 1: Memorandum Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina
RESOLUSI-RESOLUSI KONGRES KEBUDAYAAN ANJURAN
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN CINA YANG UTAMA DI MALAYSIA
1) Kongres ini menyeru kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan supaya memandang berat serta memberi pertimbangan saksama
terhadap Memorandum yang di luluskan dengan sebulat suara oleh
Kongres, yang mengandungi pandangan dan pendirian asas, serta
permintaan dan saranan masyarakat keturunan Cina tentang masalah
kebudayaan kebangsaan, untuk menunjukkan penghormatan kepada
kebudayaan dan kaum Cina yang merupakan salah satu kumpulan
kebudayaan yang utama di negara kita.
2) Kongres ini menyeru kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya memberi
perhatian penuh terhadap ketidak-puasan yang meluas, terutamanya
di kalangan masyarakat bukan-Melayu, yang tertimbul akibat daripada
pelaksanaan dasar-dasar bahasa, pelajaran dan kebudayaan
kebangsaan yang berfahaman Melyau-sentrik serta bercenderung
asimilasi, dan kesan-kesan buruknya terhadap perpaduan kebangsaan
dan ketentetaman social. Kerajaan haruslah berusaha untuk menyekat
polarisasi ras yang semakin buruk itu, untuk menjamin keharmonian dan
perpaduan rakyat pelbagai kaum demi kepentingan perpaduan negara.
3) Kongres ini menyeru kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya
melaksanakan dasar-dasar bahasa, pelajaran dan kebudayaan
kebangsaan yang liberal, progresif, demokratik dan sama rata kepada
semua kaum, demi endorong perpaduan tulen di antara kaum dan
perkembangan menyeluruh bagi negara kita.
4) Kongres ini menyeru masyarakat keturunan Cina, termasuk pertubuhan-
pertubuhan Cina dan partu-parti politi yang kebanyakan ahlinya terdiri
daripada kaum Cina, supaya bersatupadu dan bekerjasama untuk
memperjuangkan kepentingan bersama kaum Cina dalam bidang-
bidang bahasa, pelajaran dan kebudayaan.
LAMPIRAN 2
Menjawab Memorandum Bersama Tentang
Kebudayaan Kebangsaan:
Kertas Cadangan Mesyuarat
Meja Bulat Penggiat Seni
Persembahan
PERTAMA: LATAR BELAKANG MESYUARAT INI DIADAKAN
Sejak Dasar Kebudayaan Kebangsaan (National Culture Policy) dijunjung
sebagai prinsip tertinggi dalam kebudayaan dan pentadbiran Malaysia
pada tahun 1971, pihak kerajaan tetap menjadikan etnosentrisme Melayu
dan budaya Islam sebagai asas kepada dasar kebudayaan, pendidikan dan
bahasa rasmi negara sepanjang tempoh 45 tahun ini. Langkah sedemikian
jauh ketinggalan dari multi-culturalism yang didukung di seluruh dunia pada
zaman moden ini.
Dengan latar-belakang sedemikian, dewan perhimpunan Cina di setiap
negeri, bersama Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru
Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan pertubuhan-pertubuhan Cina lain telah
mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan
kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 30 Mac 1983.
33 tahun telah berlalu. Pembangunan masyarakat kita pada hari ini secara
keseluruhannya jelas berbeza daripada apa yang berlaku pada zaman tahun
1980-an. Kementerian yang berkenaan pun telah dirombak. Ledakan teknologi
maklumat telah mengenyahkan sempadan tradisional. Kebangkitan negara
72
73
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
China juga telah mengubah lanskap politik Asia Tenggara dan antarabangsa.
Konteks sosial sama ada dalam mahupun luar negara telah berubah. Justeru
itu, masyarakat Cina Malaysia harus mengambil kesempatan ini untuk
mengkaji semula Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan.
Sempena Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-33 pada tahun 2016,
Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan Dewan Perhimpunan China Kuala
Lumpur dan Selangor (singkatan KLSCAH) telah memanggil satu mesyuarat
untuk mengkaji semula masalah dan dilema yang dihadapi penggiat seni
persembahan sepanjang puluhan tahun kebelakangan. Penggiat seni yang
berusaha untuk mempromosi seni persembahan ini berasal dari pelbagai
bidang, misalnya teater, tarian, alat muzik, nyanyian, loghat tempatan, sukan
rakyat dan lain-lain. Mereka telah berkumpul untuk menghalusi dilema
dan peluang yang sedia ada, malah mencari halatuju yang sejajar dengan
perkembangan zaman.
Seminar Kebudayaan adalah acara terakhir Pesta Kebudayaan Cina Malaysia
pada tahun 2016. Ia merangkumi tiga peringkat, iaitu Mesyuarat Meja Bulat
Penggiat Seni Persembahan (12 November), Seminar Akademik Antarabangsa
(3-4 Disember) dan “Merangka Kertas Cadangan Kebudayaan”. Mesyuarat
ini mengumpulkan pandangan penggiat seni yang selama ini mencurahkan
usaha untuk mempromosi seni persembahan komuniti Cina, merangkumi
tinjauan dan penilaian terhadap situasi sekarang, cabaran dan masa depan
yang dihadapi, disusuli dengan langkah-langkah penyelesaian dan cadangan
pembangunan masa depan.
Digabungkan dengan wacana baru dalam Seminar Akademik Antarabangsa,
satu Kertas Cadangan Kebudayaan dirangka, untuk rujukan kerajaan ketika
mengendalikan pengagihan sumber, menggubal dasar kebudayaan, latihan
pendidikan dan sebagainya, agar kumpulan dan individu penggiat kebudayaan
dibantu untuk mengatasi kebuntuan, memperkembangkan potensi yang ada
dan memantapkan pembangunan pelbagai budaya di Malaysia.
74
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
KEDUA: MAKNA MEMORANDUM BERSAMA TENTANG KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983
adalah satu dokumen pemisah zaman, mengkaji secara terperinci dasar
kebudayaan kebangsaan yang berlandaskan mono-kulturalisme. Antaranya,
dokumen ini menekankan hakikat bahawa Malaysia sebagai sebuah
masyarakat berbilang budaya, malah mengetengahkan pandangan terhadap
empat unsur utama, iaitu pendidikan, kesasteraan, kesenian dan agama,
selain dasar-dasar negara.
Perbincangan Mesyuarat Meja Bulat ini tidak merangkumi kesemua
kandungan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan,
tetapi hanya tertumpu kepada bahagian seni persembahan. Memorandum
Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan mengkategorikan kesenian
kepada tiga bahagian utama, iaitu seni persembahan, seni pendengaran dan
seni visual, mendefi nisikan ciri-ciri keistimewaan seni Malaysia dan melakar
halatuju pembangunan. Teks asalnya dipetik seperti berikut:-
I. Seni pelbagai etnik di negara kita, sama ada seni persembahan (teater,
tarian dsb), seni pendengaran (muzik, nyanyian) atau seni visual (lukisan,
kaligrafi , ukiran, rekaan dsb), sungguhpun memiliki asal-usul yang
berbeza, melalui perkembangan sejarah masing-masing, namun saling
melengkapi untuk memperkayakan kebudayaan tempatan. Justeru
itu, halatuju pembangunan kesenian negara kita seharusnya digaris
berlandaskan interaksi seni-budaya pelbagai etnik atas dasar saling
menghormati, pada masa yang sama tidak menolak penerapan unsur
seni dari luar negeri.
II. Karya seni pelbagai etnik Malaysia sungguhpun memperlihatkan
perbezaan dari segi penyampaian yang menampakkan ciri-ciri etnik
masing-masing, hakikatnya ia terikat dengan jalinan kesamaan
dalamannya. Seni adalah penjelmaan hidup realiti, sentimen dan
pemikiran. Etnik berbilang yang hidup bersama dalam realiti semestinya
menjelmakan kesamaan dalam karyanya. Ringkasnya, kesamaan
ini berlandaskan semangat patriotisme, memperlihatkan hidup dan
75
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
pemikiran rakyat, menyuntik semangat agar rakyat menuju kebaikan,
dan bertekad untuk membina sesebuah negara yang lebih baik.
Kesamaan inilah yang membezakan antara karya seni Melayu dengan
kesenian Indonesia, antara karya seni Cina Malaysia dengan kesenian
China, antara karya seni India Malaysia dengan kesenian India.
Seandainya kesamaan ini diabaikan atau dinafi kan, maka seni etnik
tertentu akan dikecualikan dari lingkungan kebudayaan kebangsaan.
III. Ciri-ciri keistimewaan etnik bukanlah kongkongan perkembangan
kesenian. Sebaliknya, sejarah kesenian dunia memperlihatkan bahawa,
karya yang menyerlahkan keistimewaan etnik, interaksi antara budaya
etnik yang berbeza, saling menerapkan keistimewaan masing-masing
untuk dijadikan sebahagian dalam diri, merupakan salah satu daya untuk
memperkaya dan memperkembangkan kebudayaan sesebuah negara.
Sebarang langkah untuk menghapuskan ciri-ciri keistimewaan etnik,
atau dasar yang memaksakan dominasi etnik tunggal ke atas etnik yang
lain, bukan sahaja tidak memanfaatkan pembangunan kesenian, tetapi
juga menjejaskan perpaduan rakyat.
IV. Karya seni adalah satu perburuhan otak berkelas tinggi yang rumit. Ia
menuntut dedikasi karyawan yang berterusan, kajian yang terperinci,
untuk mengimbangi persoalan sejauh mana unsur karya negara asing
dan etnik lain diterap untuk mempertingkatkan daya penyampaian
dan tarikan karya sendiri. Ia juga ditentukan kandungan mesej yang
ingin disampaikan oleh seseorang seniman. Justeru itu, sebarang
campur tangan dari pihak pentadbiran ke atas penghasilan karya seni,
atau mencampur-adukkan kesenian untuk menghasilkan karya ala-
rojak, dengan hanya mementingkan bentuk luaran tanpa penghayatan
kandungan kesenian etnik tertentu, adalah langkah yang tidak sesuai.
V. Selain karya yang mencerminkan realiti tempatan, etnik-etnik di Malaysia
juga mewarisi kesenian tradisional dari nenek moyang, seperti tarian India
tradisional, tarian singa dan Wushu oleh etnik Cina. Selagi kesenian ini
memiliki nilai estetika dan menyuntik semangat yang memberangsangkan,
maka ia harus diberi kebebasan untuk berkembang, malah dipromosi di
kalangan etnik yang lain.
76
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
DUA pandangan terhadap pentadbiran negara:
I. Dasar yang dilaksanakan sekarang dalam bidang seni seperti muzik,
tarian dan sebagainya, digubal berasaskan kesimpulan yang agak
cetek dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan Tahun 1971. Kongres
ini berlangsung tanpa penyertaan Cina, India, Kadazan, Iban mahupun
pertubuhan atau perwakilan yang signifi kan. Proses ini langsung tidak
memperlihatkan prinsip dan semangat saling menghormati, atau
permuafakatan yang setara antara etnik.
II. Pihak pentadbiran mengambil pendekatan yang agak terbuka terhadap
penyebaran dan pembelajaran kesenian Barat, tetapi pada masa yang
sama, mengabaikan kesenian tradisional bukan Melayu yang diwarisi
pelbagai etnik. Kesenian etnik bukan Melayu dipandang serong, bukan
sahaja tidak dipromosi, malah dihalang perkembangannya dengan
sekatan yang tidak wajar. Langkah sedemikian telah menghalang
pembangunan normal kesenian pelbagai etnik, juga menjejaskan
perpaduan rakyat.
Berasaskan defi nisi dan pandangan di atas, ENAM cadangan diketengahkan:
I. Kerajaan harus mengambil sikap yang terbuka dan adil untuk
memantapkan pembangunan dan interaksi kesenian pelbagai etnik.
Secara konkritnya:-
a. Kerajaan harus menyediakan kemudahan dan informasi yang
diperlukan, serta peluang untuk pengkaryaan, pameran dan seni
persembahan yang sihat daripada pelbagai etnik.
b. Media penyiaran awam harus memperkenalkan seni pelbagai
etnik di negara kita dari masa ke masa, di samping mengadakan
Pesta Kebudayaan Nasional setiap tahun, menaja acara kesenian
untuk dipersembahkan oleh kumpulan penggiat seni dari pelbagai
etnik.
c. Menubuhkan Pusat Informasi dan Penyelidikan Kesenian Pelbagai
Etnik, membiayai pakar dari pelbagai etnik untuk mengumpul
77
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
maklumat, mengemaskini, menyelidik, dan hasil penyelidikan
harus disebarkan melalui bahan cetakan pelbagai bahasa.
d. Menyediakan kursus atau penyelidikan kesenian pelbagai etnik
di kampus institusi tinggi dalam negara, terbuka untuk pengajian
penuntut semua etnik. Biasiswa disediakan kepada penggiat seni
dari pelbagai etnik yang berbakat untuk melanjutkan pengajian di
luar negeri.
II. Kerajaan harus merangka langkah-langkah penyelesaian yang konkrit
untuk menggalakkan penajaan aktiviti kesenian rakyat oleh pertubuhan
sosial dan institusi swasta.
III. Aktiviti rasmi yang dianjurkan harus mengandungi acara kesenian dari
pelbagai etnik untuk mencerminkan ciri-ciri keistimewaan negara kita
yang berbilang budaya. Dicadangkan agar Kementerian Belia dan
Sukan menubuhkan satu pasukan seni tradisional yang terdiri daripada
pelbagai etnik untuk mewakili Malaysia, dengan persembahannya di
upacara rasmi kerajaan.
IV. Pihak berkenaan harus menggalakkan karya seni dengan kandungan
yang positif, untuk menangkis kesan buruk dari budaya yang melalaikan.
Budaya lucah dan picisan harus dibanteras supaya jiwa generasi muda
tidak dicemari.
V. Kerajaan tidak boleh menyekat corak persembahan seni hanya
berlandaskan nilai agama mahupun budaya yang tunggal. Dari segi
rekaan dan rupa-bentuk bangunan, ia harus memperlihatkan ciri-ciri
keistimewaan kepelbagaian budaya, selain faktor praktikalnya. Batas
moral agama dan budaya yang lain juga harus dihormati.
VI. Kerajaan harus melonggarkan peraturan persembahan, termasuklah
tarian singa sama ada di tempat awam mahupun swasta, dan juga
sekatan yang dikenakan terhadap kumpulan seni atau artis asing yang
unggul ketika mengadakan persembahan di negara kita.
78
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
KETIGA: SITUASI SEKARANG
Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan adalah maklum
balas pertubuhan Cina seperti dewan perhimpunan Cina setiap negeri,
Dong Jiao Zong dan lain-lain kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
dikemukakan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ia adalah satu
dokumen yang digunakan oleh wakil pertubuhan Cina untuk berinteraksi
dengan pihak kerajaan pada zaman 1980-an.
Mesyuarat Meja Bulat ini melanjutkan semangat Memorandum Bersama
Tentang Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983. Ia bukan sahaja dialog
antara rakyat dengan kerajaan, malah meneliti masalah yang dihadapi penggiat
seni persembahan dalam konteks budaya masyarakat keseluruhannya, di
samping menerokai peluang-peluang di sebaliknya.
Secara keseluruhannya, ia boleh terbahagi kepada tinjauan dan tuntutan
terhadap dasar dan pentadbiran negara, pembangunan sosial dan sumber
(termasuk pertubuhan Cina dan kumpulan seni persembahan). Masalahnya
dikategorikan seperti yang berikut:-
I. Dasar Negara dan Pentadbiran
a. Sejak Dasar Kebudayaan Kebangsaan digariskan sebagai prinsip
tertinggi oleh pihak pentadbiran pada tahun 1971, pembentukan budaya
arus perdana telah berteraskan budaya Melayu dan budaya Islam
sebagai unsur penting, malah menuju ke arah matlamat untuk menyerap
bukan Melayu ke dalam sistem kebudayaan Melayu. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan melambangkan pendekatan mono-kulturalisme pada abad
yang lalu. Ia telah dihuraikan dalam Memorandum Bersama Tentang
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1983, tetapi nampaknya ia masih
belum diperbaiki sehingga hari ini. Isu seperti hubungan etnik, konfl ik
agama, hubungan kaum dan sebagainya semakin meruncing.
b. Sistem pentadbiran awam tidak mempunyai satu perancangan yang
menyeluruh. Justeru itu, unit pentadbirannya sering bertukar lantaran
pertukaran dasar yang kerap sehingga menjejaskan kesinambungannya.
Penggiat seni yang kerap berurusan dengan jabatan berkenaan
79
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
menghadapi kesukaran untuk mengetahui selok-belok operasi
pentadbiran tersebut, juga saluran untuk mendapatkan sumber.1
c. Sumber pentadbiran yang berlainan peringkat gagal diselaraskan.
Wujudnya perbezaan pandangan antara kerajaan pusat dengan kerajaan
tempatan dalam dasar kebudayaan. Ini menyebabkan penggiat seni
sukar menyesuaikan diri dalam usaha memohon sumber dari kerajaan.
d. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan tidak memandang
berat matapelajaran atau kursus yang berkaitan dengan seni. Rakyat
memandang serong kepada seni persembahan, dan ia memberi kesan
negatif kepada pembangunan seni untuk jangka panjang.
e. Peruntukan kerajaan dan pengagihan sumber yang berat sebelah dalam
pemeliharaan dan penyebaran budaya untuk etnik yang berlainan telah
mengakibatkan fenomena pembaziran dan ketidakadilan.
f. Kurangnya dialog antara kerajaan dengan rakyat, begitu juga dengan
penguasaan informasi. Maka situasi sebenar seni persembahan di
kalangan rakyat gagal dikuasai.
II. Pembangunan dan Sumber Masyarakat
a. Pemahaman yang cetek terhadap seni persembahan telah menzahirkan
imaginasi dan harapan yang salah terhadap kumpulan atau individu
penggiat seni. Sering kali penggiat seni merasai kepakaran dirinya tidak
1 Mengambil contoh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang melatih,
membimbing, menyebarkan, menggalakkan dan mempromosi usaha seni-budaya, ia
ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1950-an; ditukar ke
Kementerian Penerangan pada tahun 1964; dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan pada tahun 1972; dialih ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada
tahun 1987; diletak di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada
tahun 1992 dan kemudian Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pada tahun
2005, ia dinaik taraf kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dalam tempoh
kira-kira 10 tahun sehingga 2013, JKKN bernaung di empat unit yang berbeza, iaitu
ditukar untuk menjadi salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan
Kesenian dan Warisan pada tahun 2008; bernaung di bawah Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada tahun 2009; dan seterusnya menjadi satu
agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada tahun 2013.
80
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
dilayan dengan penghormatan yang memadai, misalnya upah yang
rendah, tempat persembahan yang tidak sesuai, kemudahan pentas
yang tidak lengkap dan sebagainya. Situasi sebegini akan menjejaskan
perkembangan seni persembahan untuk jangka panjang.2
b. Suku etnik dialek yang berlainan memiliki budaya tradisional yang unik.
Ia boleh dilihat sebagai modal kebudayaan. Namun, budaya tradisional
ini tidak disebarkan dan diwarisi secara sistematik, sehingga berlakunya
situasi ketandusan pelapis.3
c. Penyelarasan pengagihan sumber dan dialog yang melangkaui suku etnik
dialek jarang berlaku. Pertubuhan suku etnik dialek hanya menggerakkan
aktiviti budaya masing-masing, dan jarang-jarang mempromosi aktiviti
budaya dengan perspektif masyarakat Cina secara keseluruhannya.
d. Kurangnya usaha yang sistematik untuk penyebaran dan warisan
dari segi pendidikan budaya tradisional seperti dialek, pemakanan,
penyembahan dan lain-lain. Pertubuhan Cina tidak mencurahkan
sumber secara efi sien, malah generasi muda pula tidak fasih dengan
budaya tradisional, dan tidak beridentitikan dirinya dengan suku etnik
dialeknya.
e. Indentiti kebudayaan Cina Malaysia tidak jelas. Berdepan dengan
gelombang globalisasi, ia terperangkap untuk bersaing dengan China,
Taiwan dan Hong Kong, di samping gagal menyerlahkan intipati ciri-ciri
keistimewaan kebudayaan tempatannya di Malaysia.
f. Kurangnya saluran untuk kumpulan atau individu penggiat seni
persembahan menyuarakan pandangan mereka. Untuk sekian lama
mereka bergerak secara “solo”, menghabiskan kebanyakan sumber dan
tenaga mereka untuk merebut peluang persembahan dan sokongan
dana, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun masyarakat.
2 Merujuk kepada tulisan Chock Yau Yen di Sin Chew Daily, http://www.sinchew.com.my/
node/2374873 Usaha mempromosi loghat seperti bahasa dialek dihentikan, mengakibatkan terpupusnya
opera dialek tradisional.
81
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
KEEMPAT: LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
I. Dasar Negara dan Pentadbiran
a. Kerajaan mesti memandang berat dialog bersama rakyat:
Pada tahun 1971, kerajaan menerima pendekatan mono-kulturalisme
yang dianjurkan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha
untuk mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1983 memperlihatkan bahawa komuniti Cina
di Malaysia tidak pernah berputus asa untuk berdialog dengan kerajaan.
Namun, kerajaan tidak memberi maklum balas kepada cadangan
mahupun tuntutan yang diketengahkan terhadap dasar kebudayaan.
Sebagai penggiat seni persembahan dalam masyarakat, kami tetap
berprihatin untuk membincangkan dasar berkenaan. Kumpulan
mahupun individu penggiat seni komuniti Cina akan terus mempromosi
seni-budaya persembahan. Usaha ini akan berkembang dengan formula
rakyat mendahului kerajaannya. Pada masa yang sama, kami sentiasa
bersedia untuk berdialog dengan kerajaan.
b. Menyeru agar kerajaan memandang berat nilai industri seni-
budaya: Untuk sekian lama, dasar kebudayaan kurang menampakkan
kesinambungan. Fenomena ini memperlihatkan pengertian yang
terbatas kerajaan terhadap nilai industri budaya. Kami menyeru agar
kerajaan merangka satu sistem pentadbiran jangka panjang, untuk
mengelakkan fenomena dasar berubah apabila pemimpin bertukar. Ia
akan menyebabkan penggiat seni gagal mengikut jejak langkah kerajaan
yang sentiasa bertukar arah, dan seterusnya menambat langkah
pembangunan industri kebudayaan negara kita.
c. Membina sistem pendidikan yang lengkap: Mengkaji semula kursus
pendidikan seni dalam sistem pendidikan, menerima hakikat bahawa
negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang budaya. Pendidikan
seni persembahan pelbagai budaya harus dipromosi. Batas perkauman
perlu diruntuhkan dengan seni-budaya, agar kita mencapai matlamat
hidup berbilang, makmur bersama.
82
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
d. Pengagihan sumber negara secara adil: Pengagihan sumber yang
tidak adil adalah hakikat di Malaysia yang berlaku untuk sekian lama.
Mukadimah Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan
menyatakan, “Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Untuk
mencapai perpaduan rakyat, kita mesti terlebih dahulu mengakui dan
menerima hakikat kemajmukan masyarakat kita.” Sekali lagi kami
menyeru di sini, agar kementerian berkenaan mengkaji semula dasar
yang memperlihatkan pendominasian komuniti tertentu, agar semua
rakyat Malaysia dilayan dengan adil dan saksama.
e. Menubuhkan Jawatankuasa Seni-Budaya Persembahan rasmi:
Sumber dari pihak kerajaan harus digariskan piawaian. Jawatankuasa
Seni (Art Council) yang rasmi perlu ditubuhkan, untuk menyelaraskan
pengagihan sumber antara kementerian, dalam hal dasar seni
persembahan, pendidikan seni persembahan, industri seni persembahan
dan sebagainya. Jawatankuasa ini harus mendominasi pembangunan
jangka panjang seni persembahan Malaysia.
f. Menambah saluran dialog bersama rakyat: Pembangunan seni
persembahan rakyat sering diketepikan di luar sistem, dan menelusuri
formula pembangunan dari bawah ke atas. Saluran dialog antara kerajaan
dengan rakyat boleh dipiawaikan melalui Jawatakuasa Seni yang rasmi,
dan pembangunan seni-budaya persembahan boleh dimajukan dengan
mengambil pandangan dari masyarakat.
II. Pembangunan dan Sumber Masyarakat
a. Memantapkan penyelarasan pengagihan sumber dalam
masyarakat: Untuk sekian lama seni-budaya persembahan komuniti
Cina terpaksa berkembang di luar sistem kerana diketepikan oleh
kerajaan. Pertubuhan Cina yang memiliki sumber telah menjadi tiang
yang menyokong pembangunan seni persembahan. Kedua-duanya
berhubungan rapat. Penggiat seni menganggap pertubuhan Cina sebagai
incubatornya, dan ia berkembang serta menyumbang dalam kekangan
sumber. Memandangkan pihak kerajaan masih belum mengubah
dasarnya, penggiat seni persembahan terpaksa berdiri atas kaki sendiri,
83
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
atau terus bergantung kepada sumber masyarakat seperti pertubuhan
Cina. Interaksi dan penyelarasan agihan sumber adalah amat penting.
b. Kenali profesional seni persembahan: Seandainya pendidikan seni
persembahan tidak dilengkapi, ia bakal memberi kesan negatif terhadap
penafsiran nilai profesional industri ini. Pada hakikatnya, seni persembahan
merangkumi berkarya, latihan, persembahan dan sebagainya, juga
mencakupi bidang seperti pementasan, pakaian (costume), pencahayaan,
bunyi dan sebagainya. Setiap rantaian ini memerlukan curahan
kepakaran dan modal pembikinan. Namun pemahaman cetek orang
awam terhadap seni persembahan telah mengakibatkan penggiat seni
terpaksa menurunkan taraf persembahannya, demi kelangsungan seni
persembahan, dan mengekalkan hubungan dengan pertubuhan Cina.
Keadaan sedemikian telah menjejaskan pembangunan bidang seni ini.
c. Menerokai dan mempromosi keistimewaan kebudayaan suku etnik
dialek: Suku etnik dialek yang berbeza mempunyai keistimewaan yang
tersendiri. Pertubuhan suku etnik dialek seharusnya menerokai semula
budaya berkenaan dan berusaha untuk mempromosinya, misalnya opera
tradisional yang telah memperkayakan kebudayaan Tionghua.
d. Menerima nilai budaya dialek, mempromosi pendidikan bahasa
dialek: Bahasa adalah pembawa budaya. Masyarakat Cina di Malaysia
terdiri daripada puluhan komuniti dialek di bahagian selatan China.
Kempen penggunaan bahasa Cina di sekolah Cina pada tahun 1980-
an telah menggugat warisan dialek, sehingga kebudayaan yang dibawa
melalui dialek terhakis dengan ketara. Pertubuhan Cina dari suku etnik
dialek yang berlainan seharusnya mengambil inisiatif untuk mengumpul
maklumat loghat dan dialek, menyelamatkan budaya bahasa dialek
yang semakin terpupus. Selain itu, kerjasama harus dijalin bersama
sekolah untuk mempromosi bahasa dialek, demi mewarisi kebudayaan
tradisional komuniti Cina.
e. Menerokai saluran dialog antara pertubuhan Cina: Kini, interaksi
antara suku etnik dialek, nama keluarga dalam komuniti Cina amat
kerap. Sungguhpun berbeza sifat pertubuhan (dari segi hubungan
darah, geografi dsb), namun pertubuhan ini tidak harus membataskan
84
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
dirinya, sebaliknya harus melangkaui batas dan menjalinkan hubungan
kerjasama, menyelaraskan pengagihan sumber kebudayaan, bersama
membangunkan kebudayaan tradisional masyarakat Cina.
III. Muhasabah Penggiat Seni Persembahan
1. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan
rakyat (bukan kerajaan)
a. Pertubuhan profesional untuk mengendalikan pengagihan
sumber masyarakat: Kami mencadangkan penubuhan
Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat, yang
menggabungkan budaya tradisional dari pelbagai suku etnik
dialek, dan juga dijadikan sebagai platform interaksi untuk
kumpulan penggiat seni persembahan. Dari segi fungsi, ia amat
mirip dengan Jawatankuasa Seni (Art Council), termasuk sebagai
pengkalan data, penubuhan tabung seni persembahan dan
sebagainya, namun ia adalah pertubuhan yang diinisiatif oleh
rakyat. Selain penyelarasan agihan sumber, ia juga berperanan
sebagai jambatan untuk interaksi antara penggiat seni
persembahan dengan pihak kerajaan dan media.
b. Sebagai tingkap untuk interaksi antara kaum oleh
penggiat seni persembahan: Jawatankuasa Kerja Seni-
Budaya Persembahan Rakyat juga merupakan tingkap untuk
interaksi antara kaum, mendorong agar kumpulan penggiat seni
persembahan komuniti Cina berinteraksi dengan komuniti Melayu,
India dan Kaum Asli, untuk menggerakkan perkembangan seni-
budaya persembahan dalam negara.
c. Merancang pertandingan dan pementasan persembahan
untuk jangka panjang secara makro: Seandainya diteliti sejarah
perkembangan seni-budaya persembahan, akan didapati banyak
pertandingan dan pementasan persembahan (teater, nyanyian,
sukan rakyat dsb) yang berkualiti ditamatkan kerana kekurangan
sumber untuk jangka panjang, atau usaha susulan yang tidak
85
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
diwarisi. Berlatar-belakangkan kekurangan sumber kerajaan untuk
jangka panjang, Jawatankuasa Kerja Seni Persembahan Rakyat
ini memainkan peranan yang besar, iaitu menyelaras pengagihan
sumber dari masyarakat, dan merancang untuk mengadakan
pertandingan atau pementasan berperingkat tempatan,
kebangsaan, antarabangsa dari perspektif yang lebih makro.
d. Menggerakkan kerja pendidikan seni: Mempromosi pendidikan
seni secara sistematik melalui pertubuhan, memupuk pemahaman
dan penghayatan orang ramai terhadap seni persembahan.
e. Menyuburkan interaksi secara horizontal antara kumpulan
seni persembahan: Untuk penggiat seni persembahan,
penubuhan Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan
Rakyat agak mendesak, kerana untuk tempoh beberapa
dekad yang lalu, penggiat seni-budaya persembahan bergerak
secara “solo”, dan jarang berinteraksi secara horizontal.
Mereka memerlukan satu pertubuhan yang boleh menyuburkan
interaksi sesama diri, menyelaraskan pengagihan sumber untuk
mengurangkan pembaziran yang tidak perlu.
2. Peningkatan Profesional
a. Mempertingkatkan taraf karya: Untuk sekian lama kerajaan
mengabaikan pembangunan seni persembahan rakyat, namun ia
tidak bermakna penggiat seni persembahan komuniti terus melepas
tangan, sebaliknya penggiat seni ini harus mempertingkatkan taraf
karya dan persembahan, melakar gambaran yang lebih besar,
malah melangkah ke persada antarabangsa.
b. Menerokai lebih sumber: Merombak situasi di mana pertubuhan
Cina mendominasi sumber. Penggiat seni persembahan harus
menyasarkan sumber selain pertubuhan Cina, termasuk korporat,
NGO dan lain-lain, menerokai hubungan kerjasama melangkaui
sektor yang lebih majmuk, memperjuangkan sumber dan ruang
perkembangan yang lebih besar.
86
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
c. Mengiktiraf unsur dan nilai tempatan di negara kita: Intipati
seni persembahan adalah budaya dan mindanya yang kreatif.
Penggiat seni persembahan harus meneroka dan menyebarkan
unsur budaya Cina tempatan, memperbanyakkan karya yang
sarat denga unsur tempatan, mengurangkan peniruan karya yang
tidak memperlihatkan ciri-ciri keistimewaan negara kita, agar
kumpulan penggiat seni persembahan kita boleh memahat nama
di antarabangsa.
d. Membentuk imej profesional seni persembahan: Penggiat
seni persembahan harus yakin dengan karya sendiri. Penggiat
seni persembahan seharusnya mempertahankan profesional
sendiri, menghentikan kompromi yang merendahkan martabat
diri (misalnya memberi tiket percuma), untuk mengubah persepsi
orang ramai bahawa seni persembahan adalah murah dan tidak
profesional.
KELIMA: KESIMPULAN
Kertas cadangan ini telah mengumpulkan pandangan berharga daripada 37
orang penggiat seni persembahan yang berasal dari ENAM sektor utama,
iaitu muzik, alat muzik, tarian, teater, loghat dan sukan rakyat. Ia mewarisi
semangat multi-budaya yang terkandung dalam Memorandum Bersama
Tentang Kebudayaan Kebangsaan, membincangkan secara terperinci dalam
isu mempromosi pendidikan seni persembahan, interaksi antara sektor,
peningkatan profesional dan kreativiti budaya tempatan dan sebagainya.
Dari segi politik dan pentadbiran negara, peserta bersetuju bahawa isu
kebudayaan dan pendidikan yang diberi perhatian untuk sekian lama oleh
komuniti Cina tidak dipandang berat pihak kerajaan. Pelbagai cadangan yang
diketengahkan dalam Memorandum Tentang Kebudayaan Kebangsaan masih
belum diterapkan sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan.
Walau bagaimanapun, kami tetap tidak berputus asa, sebaliknya bertekad
untuk berdialog dengan kerajaan. Memandangkan kerajaan gagal memahami
tekad komuniti Cina dalam dasar kebudayaan, jadi komuniti Cina harus
87
Lampiran 2: Kertas Cadangan Mesyuarat Meja Bulat Penggiat Seni Persembahan
mengambil inisiatif untuk memahami, malah mengambil berat isu dan dasar
berkenaan. Bahkan komuniti Cina sentiasa bersedia untuk berinteraksi
dengan pihak berkenaan pada bila-bila masa. Inilah sikap komuniti Cina yang
tidak berubah untuk tempoh berdekad-dekad.
Selain itu, dengan pertubuhan seperti ASEAN, peluang interaksi antara
negara semakin bertambah. Pada masa yang sama, ia membawa lebih
persaingan. Misi yang terdesak sekarang adalah menerokai, memelihara dan
menyebarkan pendidikan tentang unsur kebudayaan Cina Malaysia. Untuk
ini, peserta yang mewakili pelbagai sektor sebulat suara mencadangkan satu
platform interaksi, sebagai pertubuhan yang berfungsi untuk menyelaraskan
pengagihan sumber, mempromosi pendidikan, interaksi melangkaui batas
kaum, mempertingkatkan profesional. Ia diberi nama sementara sebagai
Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat.
Jawatankuasa Kerja Seni-Budaya Persembahan Rakyat yang disebut dalam
kertas cadangan ini adalah satu pertubuhan yang beroperasi secara bebas
dan profesional. Ia berfungsi untuk menyelaras pendidikan seni-budaya
persembahan, mengkaji perundangan dan sistem pentadbiran kebudayaan,
mengumpul sejarah dan maklumat situasi masa kini kumpulan seni-budaya
persembahan komuniti Cina, menerokai unsur-unsur kebudayaan komuniti
Cina di Malaysia yang istimewa, menyelaras sumber pengagihan antara
pertubuhan yang berbeza, merangka satu halatuju pembangunan seni-
budaya persembahan komuniti Cina, mempertingkatkan profesional pelbagai
sektor persembahan.
Dikemaskini Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan KLSCAH
28 November 2016
88
Kebudayaan Berakar,
Kepelbagaian Berbunga
JAWATANKUASA MESYUARAT MEJA BULAT PENGGIAT SENI
PERSEMBAHAN
Perancang: Lee Shok Jing
Penyelaras dan Penulis: Thong Meng Wei, Ng Sui Thye
Penolong Setiausaha: Soo Khai En
Pencatat: Ang Bee Lian (Kumpulan Muzik), Soo Khai En (Kumpulan
Instrumen), Vincy How (Kumpulan Tarian), Heng Hui Yi
(Kumpulan Drama), Tan Wan Cheng (Kumpulan Loghat),
Wong Khai Chee (Kumpulan Rakyat)
Wakil Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor:
Datuk Ong Seng Khek (Presiden), Cheng Su Chean (Naib Presiden), Lee Shok
Jing (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan), Thong Meng Wei,
Ng Sui Thye, Chang Siang Min (Ahli Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan)
Hadirin:
Muzik
Ngim Tai Woei
Wong Chee Wei
Liu Ban Hong
Yong Wen Hwang
Ang Mei Foong
Chow Kam Leong
Tan Kai Jong
Yii Kah Hoe
Instrumen
Yeo Kwi Seng
Chen Kham Chien
Chin Cheong Hen
Lim Chin Chai
Tan Keng Sing
Tarian
Anthony Meh
Chong Woan Leng
Lim Tai Sun*
Drama
Goh You Ping
Leong Chi Sin
Alan Chooi
Tan Eng Heng
Liang Ka En
Wong Oi Min
Ho Shih Phin *
Loghat
Chong Keat Aun
Yong Wee Hong
Lew Bon Hoi
Tan Ai Boay
Toh Teong Chuan
Sukan Rakyat
Chin Hoong Iap
Albert Fong
Ng Sui Thye*
Tay Keng Sin
Chan Chee Ee
Tan Tzu Sheng
Woo Chee Heong
Siow Ho Phiew*
Wong Kim Swee*
* Tetamu yang tidak dapat menghadiri Mesyuarat Meja Bulat akan menyediakan
cadangan bertulis.
Recommended