27
KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) 1. Tajuk kajian 2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap. 3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian 5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian 6. Kumpulan Sasaran 7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan 8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan 9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

1. Tajuk kajian

2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.

3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6. Kumpulan Sasaran

7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Page 2: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA

PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH

“PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ”

Oleh:

Suhaili Binti Rahmat

SK Taman Perling,

Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,

81200 Johor Bahru, Johor

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Page 3: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik.

Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi

kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting

mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya

mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid

nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru

tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya

memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh

itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya

meleset apabila saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak

dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih

keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham.

Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang

pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam

ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak

dapat mengaplikasikan langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa

sekali kerana telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali

kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.

Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara

yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan

pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang

diberikan dan tidak mahu hafal sifir.

Page 4: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat

dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul

atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan

berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit

adalah kerana :

(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.

(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.

(c)

Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas

menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan

kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan

guru.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa

langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan

markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan

dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah “Pistol dan Hammer on

Page 5: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

the stairs”. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk

mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i) Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2

digit bagi murid tahap 2.

(ii) Objektif khusus

Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan

bentuk ”Pistol dan Hammer”.

Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.

Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

4. KUMPULAN SASARAN

Page 6: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri

daripada :

3 orang pelajar India

1 orang pelajar Cina

6 orang pelajar Melayu

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti

berikut:

(i) Pemeriksaan buku sifir.

(ii) Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

(i) Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara

soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir

lebih daripada 30.

Page 7: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Contoh soalan yang diberikan ialah:

a. 2321 X 12 d. 5241 X 65

b. 1245 X 24 e. 3282 X 97

c. 1437 X 38

Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :

Peratus markah murid dalam soalan sifir

Markah Bil murid Peratus

Lulus (3-5 markah ) 20 67%

Gagal (0-2 markah ) 10 33%

(ii) Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2

markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan

ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.

Analisis daripada ujian Pra.

Bil soalan betul Bil muird

5 -

4 -

3 -

2 -

1 6 ( 60%)

0 4 (40%)

Page 8: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:

(a) penguasaan sifir yang kurang cekap.

(b) Mendarab angka ”puluh” dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2 dahulu)

(c) Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua

Contohnya : 365

Kesilapan ditemui

X 24

1460

730

2190

(d) Pengumpulan semula nombor yang salah.

Page 9: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

5.3 Tindakan yang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya

untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ”pistol dan hammer on the

stairs” untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid

perlu lakukan iaitu:

(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.

(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor

dan menyesesaikannya)

5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer

Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas

transparent yang berlainan warna.

Langkah 1

Setiap murid akan menggunakan 4 kertas “transparent” yang berlainan warna.

Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.

Murid melakar “pistol” dan “hammer” menggunakan 2 kertas “transparent” yang berlainan

warna.

Kemudian gunting.

Page 10: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Langkah 2

Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Langkah 3

Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan “stairs” dan “answer box”.

Lubangkan bahagian tengah kotak.

Page 11: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan

menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan

memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2

digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1

Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences)

untuk diselesaikan oleh murid.

contoh:

3 4 2 x 1 2 = ?

Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.

Cara dan pengisian nombor :

Page 12: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Letakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak

“pistol” .

Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2

Seterusnya, letakkan bentuk “hammer” pada kertas yang sama, bertindan dengan “pistol” .

Mula mengisi nombor.

Selesaikan jawapan.

Nota:

Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor

pertama telah diisi oleh bentuk “ pistol”.

Page 13: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Langkah 3

Setelah jawapan “pistol” dan “hammer” dapat diselesaikan, murid akan menggunakan

bentuk “stairs” untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.

contoh : jawapan “pistol” = 684

jawapan “hammer” = 342

Page 14: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Langkah 4

Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).

Cari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “hammer”.

Isikan di dalam kotak jawapan.

6.        Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,

Page 15: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

pisau lipat ,

pembaris ,

magik pen / pensil

kertas A 4

transparent yang berlainan warna

7. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh

Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu

2 Menulis proposal kajian 2 minggu

3 Merancang tindakan – individu/kumpulan 1 minggu

4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 1 minggu

Page 16: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 2 minggu

6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 1 minggu

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 2 minggu

8 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 minggu

9 Refleksi kajian 1 minggu

10 Menulis laporan kajian 2 minggu

11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

Disediakan oleh,

Jurulatih Utama

Kajian Tindakan Negeri Johor

Posted by SAMSUDIN MOHD ARIPIN at 19:08

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

1 comment:

1.

Haniza Abdul Rahim 24 November 2012 20:00

Tk kerana dapat panduan cara-c

Page 17: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

contoh proposal kajian tindakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAHUN 2

TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengenalpasti Kehendak / Arahan Soalan Sains Dalam Bahasa Inggeris dengan Teknik “5 WAD U READ”

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.NAMA PENYELIDIK : 1. Siti Monazairin binti Jelani2. Hayati binti Osman3. Siti Zaharah binti Haji Nawawi

1. TAJUK

Meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “ 5 WAD U READ “.

2. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJIMasalah utama yang dapat di kesan adalah :

a) Murid-murid tidak membaca soalan dengan teliti.b) Murid-murid tidak memahami kehendak soalan.c) Murid-murid tidak mengetahui makna perkataan / istilah Sains dalam Bahasa Inggeris.d) Guru kurang menggunakan kreativiti untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris.e) Latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, penyelidik telah terpanggil untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Penyelidik sedar akan kelemahan murid-murid untuk memahami matapelajaran Sains dalam Bahasa Melayu, inikan pula dalam Bahasa Inggeris. Setelah mencuba beberapa cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memperkenalkan satu teknik yang dinamakan “5 WAD U READ“.

3. REFLEKSI MASALAH

Berdasarkan analisis kajian yang telah dibuat, di Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, didapati 50% murid tidak dapat menguasai mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Data ini diperolehi daripada ujian akhir tahun murid Tahun 1, 2004. Adalah didapati fenomena ini berpunca daripada kurangnya penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Di samping mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang

Page 18: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

baru diperkenalkan pada awal tahun 2003. Kebanyakkan pelajar ini bukannya tidak dapat menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak memahami kehendak soalan / arahan.

Penyelidik mengambil inisiatif menggunakan teknik “5 WAD U READ” untuk membantu pelajar menguasai istilah-istilah Sains dalam Bahasa Inggeris di samping memahami konsep-konsep Sains. Setakat ini masih belum ada lagi pengkaji yang menjalankan kajian tentang masalah mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di negara kita. Namun demikian, terdapat beberapa orang pengkaji yang telah membuat kajian yang ada hubungan dengannya dengan tajuk yang dikaji oleh penyelidik.

ULASAN KARYABerdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dr. Naimah Ishak (2002), beliau menyatakan penguasaan Bahasa Inggeris murid di sekolah rendah luar bandar amat rendah. Kadar pencapaian yang rendah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah luar bandar mencerminkan perlaksanaan mata pelajaran ini yang kurang berkesan.

Terdapat juga kajian tentang cara meningkatkan keberkesanan guru-guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Menurut pengkaji Fuad bin Hashim (2000), kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif memberi murid lebih keyakinan pada diri sendiri dan proses pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada murid dan bukannya guru.

Menurut Aguirre, Haggerty & Linder (1990), Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian, dan ujikaji yang sistematik. Beberapa kajian terkini mengenai bagaimana kanak-kanak belajar Sains selalunya dikaitkan dengan ‘constructivist view’.

Menurut Wan Monalyza (1990), pengajaran guru yang menggunakan alat bantu mengajar

yang kemas, teratur, dan bersesuaian dengan topik tertentu menarik minat pelajar terhadap Sains. Ini bermakna kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.

FOKUS KAJIAN

Penyelidik mendapati, murid-murid ini boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik sekiranya mereka memahami kehendak soalan / arahan di samping memahami makna perkataan-perkataan / istilah sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka amat terhad. Di antara kehendak / arahan soalan Sains yang biasa dibuat adalah seperti :

a) Fill in the blanks b) Match c) Circled) Colour

Page 19: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

e) Groupf) Put a tick ( ) or a cross ( )g) Choose

4. OBJEKTIF

4.1 Objektif Am:Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “5 WAD U READ”

4.2 Objektif Khusus:Di akhir kajian, murid-murid dapat:-4.2.1 Menjawab soalan-soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menepati kehendak soalan.4.2.2 Menjawab 9 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul.

5. KUMPULAN SASARAN

15 orang murid Tahun 2 Syuhada yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

6.1 Tinjauan masalahBerdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja yang diberi dianggap sebagai Ujian Pra 1( Lampiran 1). Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang masalah ini, saya telah menyediakan beberapa soalan Ujian Pra 2 ( Lampiran 2 ) berkaitan topik “ANIMALS” dan “PLANTS” kepada 15 orang murid terlibat.

6.2 Teknik “ 5 WAD U READ “Semasa mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, penyelidik telah menggunakan teknik “5 WAD U READ”. Teknik “5 WAD U READ” iaitu rangkaian perkataan ;

a) “5 WAD” “5 – bermaksud lima” , “W – bermaksud words”, “A – bermaksud a” dan “D – bermaksud day”. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Lima perkataan dalam satu hari”.

b) “U READ” pula adalah rangkaian perkataan ; “U – bermaksud You Understand”, “R – bermaksud Read and Remember”, “E – bermaksud Exercises”, “A – bermaksud Answer”, “D – bermaksud Do It and Done”.

Page 20: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Kamu faham, baca dan ingat, buat latihan, jawab dan laksanakannya - selesai”.

Langkah-langkah yang penyelidik jalankan dengan menggunakan teknik ini ialah:-

6.2.1 Memperkenalkan 5 perkataan Inggeris yang berkaitan dengan topik yang diajar setiap hari.6.2.2 Murid mencatatkan / menampalkan perkataan-perkataan ini ke dalam ‘’Buku Istilah Sains’’.6.2.3 Murid memahami topik yang diajar dan kehendak soalan.6.2.4 Murid membaca dan mengingati apa yang ajar.6.2.5 Murid membuat latihan.6.2.6 Murid cuba menjawab soalan-soalan dengan betul.6.2.7 Murid menyemak jawapan

Di samping pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas, penyelidik juga membawa murid-murid ke Makmal Komputer. Di sini mereka akan menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( CD ROM SCIENCE YEAR 2 ) dan cuba menjawab soalan-soalan dengan berbantukan komputer.

Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkenaan teknik “5 WAD U READ”, contoh perkataan-perkataan / istilah-istilah Sains yang berkaitan dengan topik “ANIMALS” dan “PLANTS” akan diberikan ( Lampiran 3 ) dan juga lembaran kerja berkaitan.

6.3 Menjalankan ujian posSatu ujian pos akan diberikan untuk membuktikan keberkesanan teknik “5 WAD U READ” tersebut.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS1. Kertas A4 1 rim RM 10.00 RM 10.002. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00 RM 50.003. Fotostat bahan dan laporan kajian RM 20.004. Disket 1 kotak RM 10.00 RM 10.005. Buku catatan guru 1 buah RM 2.00 RM 2.006. Komputer 44 buah dibekalkan dibekalkan7. Perisian Sains Year 2 45 keping dibekalkan dibekalkan8. LCD 4 buah dibekalkan dibekalkanJUMLAH RM 92.00

Page 21: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN CATATAN1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 Mac 2010 Masalah ini dapat dikesan setelah murid menjalani ujian bulan Februari.2 Menulis proposal 30 Mac 2010 3 Merancang tindakan 2 April 2010 4 Melaksanakan tindakan 5 April 2010 5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 7 April 2010 6 Ujian pos untuk mengesan pencapaian murid 10 April 2010 7 Refleksi kajian 30 Mei 2010 Refleksi dibuat setelah murid selesai menjalani PKSR 1.8 Menulis laporan kajian 17 Jun 2010

9. PEMERHATIAN9.1 Pemerhatian• Semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan melihat bagaimana respon murid setiap kali soalan-soalan / arahan digunakan.• Guru juga dapat melihat sikap pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada memberi perhatian atau bermain.• Guru dapat mengesan kelemahan murid dengan cepat dan memberikan bantuan.9.2 Latihan dalam kelas• Latihan diberi setiap kali selepas sesi penerangan tentang topik yang diajar. Contoh-contoh latihan ada dalam lampiran.

9.3 Ujian bulanan• Ujian bulanan biasanya dijalankan setiap bulan dan soalan-soalan adalah mengikut topik-topik yang telah diajar.9.4 Temubual dengan guru lain• Temubual ini dijalankan bagi mengenalpasti punca masalah pelajar. Guru-guru yang ditemubual adalah guru pemulihan, guru Bahasa Inggeris, guru kelas dan guru mata pelajaran lain.Contoh soalan: 1. Adakah murid telah menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran yang telah diajar?2. Apakah perubahan yang dapat dilihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan?3. Apakah kelemahan pelajar yang telah dapat dikesan?

10. REFLEKSI11. PELAPORAN12. TINDAKAN SUSULAN/ CADANG KAJIAN AKAN DATANG13. RUJUKAN Dicatat oleh razak di 4:01 PG

Page 22: Keperluan Dalam Kertas Cadangan

Reaksi: