View
40
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
uum
Citation preview
UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
CADANGAN PROPOSAL
SSZK2003
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
DISEDIAKAN UNTUK
[En. Najib Ahmad Marzuki]
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NOORJAMILAH TAHIRAH AHMAD
NO. MATRIK 211053
PUSAT UUM SINTOK
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
PROPOSAL PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
CADANGAN KAJIAN:
”KAJIAN PERMASALAHAN SOSIAL; REMAJA TUKAR JANTINA
(TRANSGENDER)”
1.0 PENGENALAN
1.1 Pernyataan Masalah
Bertolak daripada masalah remaja bertukar jantina yang melanda remaja kita dewasa
ini, maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan satu kajian tentang apa yang dikatakan
sebagai tukar jantina, bagaimana ia boleh berlaku dan menangani masalah remaja yang
mengalami masalah tukar jantina. Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan
dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan remaja tukar jantina dan akibatnya terhadap
remaja itu sendiri. Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud
satu fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identiti mereka. Mereka ini adalah
lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan masyarakat umum dengan istilah
‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi
mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita (Wan Halim Othman: 1987).
Dalam Islam, Allah SWT menjadikan watak seorang lelaki dengan mempunyai tingkahlaku
yang keras manakala perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Lelaki dan perempuan
mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Secara umumnya, mereka diciptakan
sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Lelaki
diciptakan sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita sebagai tulang belakang dan pembantu
kepada kaum lelaki .Ia dinyatakan dalam firman Allah SWT:
1
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki
telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-
perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang
kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka,
dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih
degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika
mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan
mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar” (Surah al-Nisa: 34).
Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas
untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan disekat,
golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak asasi mereka yang tidak boleh
dicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk ke Malaysia dengan dapat disekat proses
perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena golongan lelaki lembut ini menular
sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat
biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim:
2004). Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses
pengenalan diri mengenai jantina. Seseorang itu akan berasa dirinya berbeza dengan
kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan
individu daripada jantina sebaliknya.
2
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
Seseorang itu akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya secara tersembunyi, sekali gus
berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap
jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan
menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.
1.2 Persoalan Kajian
1. Apakah yang dikatakan konsep tukar jantina?
2. Bagaimanakah latarbelakang remaja yang mengalaminya?
3. Apakah faktor-faktor penyebab remaja tukar jantina?
4. Apakah pandangan undang-undang terhadap permasalahan ini?
5. Apakah strategi yang perlu dilakukan untuk menangani permasalahan ini?
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama Mufti Negeri Perlis mendapati Pondan (juga
dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan
lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa
mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam
tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual". DISFORIA Gender atau kecelaruan
gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara
perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Transeksualisme paling ketara
mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu
tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.Kecelaruan gender ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan individu yang berjantina lelaki tetapi ingin
menjadi seorang perempuan.Golongan digelar sebagai pondan dan beberapa istilah
lain.Manakala golongan individu yang berjantina perempuan ingin menjadi seorang lelaki
dan golongan ini digelar sebagai pengkid. NORAZIZAH MOHD AWAL (2005)
3
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
Merumuskan transeksual ialah lelaki atau Merumuskan transeksual ialah lelaki atau
perempuan yang berkeinginan memakai perempuan yang berkeinginan memakai pakaian
silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian
perempuan atau sebaliknya dan dari pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari segi
keinginan seksnya berkeinginan kepada segi keinginan seksnya berkeinginan kepada jantina
yang berlawanan dengan jantinanya jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri. Hal
ini bermula dari awal usia remaja. Kini secara ekstremisnya membawa kepada 'sexual
surgical transformation'.
Objektif kajian ini ialah:
i. Menjelaskan konsep tukar jantina dalam Islam.
ii. Menjelaskan pandangan undang-undang Malaysia mengenai isu ini.
iii. Mengenal pasti latar belakang remaja yang mengalami masalah kecelaruan gender.
iv. Menghuraikan faktor-faktor penyebab kecelaruan gender ini.
v. Menganalisis tingkah laku yang dilakukan remaja.
vi. Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling.
2.0 METODOLOGI KAJIAN
2.1 Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan rekabentuk kajian berbentuk deskriptif. Kajian
berbentuk deskriptif ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set soal
selidik. Deskriptif merujuk kepada kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu
kumpulan sampel (Mohd. Najib, 1999). Menurut Mohd. Majid (1993), soal selidik lebih
praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah kerana ia tidak dipengaruhi
4
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab
setiap item yang dikemukakan.
3.0 SAMPEL KAJIAN DAN LOKASI KAJIAN
Lokasi penyelidikan ialah di Kolej Kediaman Sungai Kechoh, Universiti Malaysia Perlis
(UniMap), Perlis, Malaysia. Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini
berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive
sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang
mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikin,
penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya remaja transgender
yang dikenal pasti melalui soal selidik inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.
3.1 Pengumpulan Data
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual
tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis
temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak
berstruktur. Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu
temu bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual
secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual dibina
oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil remaja yang berkecenderungan
gender change, faktor-faktor penyebab dan peranan masyarakat yang membawa kepada
keadaan tersebut. Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas
berkaitan pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah pertukaran
jantina meliputi faktor penyebab, dan peranan kerajaan dalam menangani permasalahan ini.
Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi mengenal pasti
5
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
latar belakang remaja yang mengalami kecelaruan gender, menganalisis faktor-faktor
penyebab berlakunya tukar jantina, dan cara mengatasinya. Soal selidik Inventori Beck yang
diubahsuai bagi menyesuaikan keadaan permasalahan.
3.2 Penganalisisan Data
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for
Sosial Science (SPSS).
3.3 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMap) yang
mengalami yang mengalami sindrom kecelaruan jantina.
4.0 TINJAUAN LITERATUR
4.1 Pendekatan Soal Selidik
Reka bentuk tinjauan adalah mengikut format standard atau piawai. Dua bentuk kaedah
tinjauan ialah tinjauan keratan rentas (cross sectional survei) dan reka bentuk longitudinal
(longitudinal survey). Penyelidik memilih kaedah tinjauan melibatkan penggunaan soal
selidik yang biasanya dipos, dikendalikan sendiri oleh penyelidikan secara temu bual
bersemuka atau melalui telefon.
4.2 Pendekatan Kaunseling
Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien
yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien
bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah yang dihadapi ialah
penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain, penentuan masa hadapan
sebagainya. Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan
oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi
kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau
6
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi.
Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat latihan dari segi
teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor Islam dirujuk
kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu
boleh memainkan peranannya dengan sempurna. Kecekapan seorang kaunselor harus
merujuk kepada ”Association For Spititual , Ethical and Relidions Value in Counseling
(1995). Antara lain menjelaskan kaunselor yang menggunakan dimensi agama dan sipiritual
perlu mempunyai beberapa kebolehan seperti:
i. Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan spiritual.
ii. Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan amalan dalam
konteks budaya.
iii. Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama dan spiritual
yang dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan dalam sistem
kepercayaan tertentu.
iv. Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama dan ekspresi
spiritual dalam komunikasi klien.
v. Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman berdasarkan pegangan agama
dan ekspresi spiritual klien.
vi. Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling yang
memberikan kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.
Berdasarkan sensitiviti kajian ini, penyelidik merasakan pendekatan secara kedua-dua ini
adalah yang terbaik digunakan untuk kajian ini.
7
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
5.0 PERBINCANGAN
Menurut Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling, Universiti Malaysia, beliau menyatakan mungkin terdapat kekeliruan dalam
penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di dalam bidang perubatan terdapat
segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom
lelaki di dalam diri mereka. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan jantina secara fizikal di
mana mereka mempunyai rupa bentuk wanita, tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki.
Dengan berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu wanita,
golongan ini suka berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya dengan pasangan.
Walaupun memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi kecenderungannya lebih kepada
sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik dalam diri. Selain itu, Lambakan hiburan dan
budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah satu cabang utama
lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan diri sendiri
individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, akan menggalakkan budaya
pengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja. Malah dalam salah satu drama Indonesia
yang ditayangkan di Malaysia, menggambarkan watak perempuan, Oliva menjadi lelaki
bernama Ruben menjadi tontonan seisi keluarga tanpa bantahan dan tentangan masyarakat.
Penyuburan budaya kemungkaran ini, hanya akan merosakkan akidah kerana mengubah
kejadian fitrah diri manusia. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk
keperibadian anak-anak. Dalam pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi
dengan segala kehendak asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja.
Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa
cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak- anak tersebut diberi
layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga
terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang
8
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
cenderung dilakukan oleh anak- anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai
dengan ciri-ciri lelaki, maka sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang
salah ini akan menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual
yang berbeza. Kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi
rendah. Tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti. Masyarakat
hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis sahaja. Sebenarnya
perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat hanya akan menyisihkan sesiapa
sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini akan menyebabkan mereka yang aneh tidak
memiliki pilihan lain kecuali berkomunikasi sesama mereka. Akhirnya apa yang menjadi
aneh kepada masyarakat menjadi gejala sosial yang tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita
sebagai masyarakat berperanan sebagai agen perubahan untuk membetulkan seseorang yang
berperilaku aneh.
9
SSZK2003 – PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 211053
6.0 RUJUKAN
1. http://www.informasi.my/masalah-kecelaruan-jantina/
2. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menukar-jantina-mak-nyah
3. http://www.jksnpp.gov.my/JKSNPP1/index.php? option=com_content&task=view&id=129&Itemid=76&lang=en
4. http://www.safraproject.org/sgi-genderidentity.htm
5. Mohd Yusman Awang, Muhd. Izhar Abu Samah dan Zamri Rambli. 2004. Laporan
khas hidup sebagai mak nyah. MASSA, Februari: 25-38.
6. Mohd. Tajudin Ninggal. (2003). “Transeksualisme & Hubungannya dengan
Kecelaruan Gender dari Perspektif Psikologi.” Kertas Kerja dibentang dalam Seminar
Transeksualiti. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
7. Neumann, K., Welzel, C., & Berghaus, A. (2002). “Cricothyroidopexy in Male-to-
Female-Transessexuals – Modification of Thyroplasty Type IV.”
http://www.symposion.com/ijt/ijtvo06no01 03.htm.(6.9.2003)
8. Mohd Salleh Lebar. (1999). “Asas Psikologi Perkembangan.” Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors
10
Recommended