View
93
Download
15
Category
Preview:
DESCRIPTION
Juranal Refleksi Minggu 3
Citation preview
E02 Penulisan dan Jurnal Mingguan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
Bilangan Jurnal : 3/4
Minggu Praktikum : 3
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 29 Feb 2016 – 4 Mac 2016
Tajuk Jurnal : Murid tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlangsung.
1. Masalah
Masalah yang saya temui pada minggu ini adalah terdapat murid yang tidak
menumpukan perhatian semasa PdP diadakan terutamanya murid yang duduk di
belakang. Mereka selalunya sembang dan bermain. Terdapat juga mereka yang
suka berjalan ke sana sini dan membuat kerja lain.
2. Analisis masalah
Selepas membuat refleksi pengajaran, saya menyedari bahawa masalah ini
berlaku disebabkan oleh mereka kurang berminat atau bosan dengan
penerangan saya. Saya juga mendapati bahawa kebanyakan masa saya tidak
berjalan ke belakang kerana laluan yang agak sempit. Saya hanya memberi
penerangan di bahagian depan kelas. Hal ini mungkin menyebabkan mereka
yang duduk di belakang mungkin tidak mendengar secara jelas serta berasa diri
mereka diabaikan. Oleh itu, mereka sengaja membuat nakal untuk menarik
perhatian guru.
3. Cadangan
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, guru seharusnya mengenali dan
mengingat nama murid. Guru boleh terus memanggil murid yang tidak memberi
perhatian tersebut untuk mengulang semula apa yang disampaikan oleh guru
atau rakan. Hal sedemikian seolah-olahnya memberi amaran kepada murid
tersebut. Guru juga perlu sentiasa berjalan ke bahagian belakang dan bahagian
tepi kelas untuk memastikan murid-murid tidak membuat kerja lain atau
bersembang. Guru juga boleh menayangkan video yang berkaitan dengan topik
bagi menarik minat murid supaya bersedian untuk belajar.
4. Tempoh Penyelesaian
Sepanjang tempoh praktikum.
5. Tindakan Susulan
Saya akan berusaha untuk mengingat nama murid dan dengan ini saya bole
memanggil mereka untuk menjawab soalan atau mengulang semula apa yang
disampaikan. Saya akan menggunakan video atau gambar-gambar menarik yang
berkaitan dengan topik pembelajara supaya murid tidak berasa bosan.
6. Catatan
Perancangan pengajaran yang menarik dapat memupuk minat murid untuk
belajar. Guru tidak patut memarahi atau memberi denda kepada murid yang tidak
menumpukan perhatian kerana hal ini berlaku mungkin disebabkan rancangan
sesi pengajaran guru yang tidak menarik dan tidak dapat merangsang minat
mereka. Kepelbagaian bahan bantu mengajar dan cara penyampaian guru dapat
mengurangkan masalag murid yang tidak menumpukan perhatian dalam PdP.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan: Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Recommended