View
22
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
simple jurnal for IPG practical's friends as reference
Citation preview
JURNAL
Bilangan Jurnal : Ke- 1
Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 – 31 Januari 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SJK(C) …
Ini merupakan minggu pertama untuk saya mengajar di SJK(C) … dan ini juga
merupakan praktikum kali pertama yang memerlukan saya meninggalkan
kediaman di Ipoh dan tinggal di persekitaran yang baru ini. Walaupun ini
merupakan kali ketiga saya menjalankan praktikum namun saya masih berasa
gementar.
Dalam praktikum kali ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar
dua kelas, iaitu kelas 3H untuk subjek Bahasa Cina dan kelas 5H untuk subjek
Sains. Berbanding dengan sekolah-sekolah yang telah saya jalankan kedua-dua
praktikum yang lalu, tahap murid untuk sekolah ini jauh berbeza dengan tahap
murid-murid di sekolah yang lalu. Hal ini kerana murid-murid di sekolah ini banyak
terdapat murid bumiputera dan murid India jadi tahap penerapan mereka agak
lambat terutamanya dalam subjek Bahasa Cina, jadi ini merupakan satu cabaran
yang agak besar kepada saya.
Dalam minggu ini, hanya terdapat tiga hari persekolah disebabkan oleh cuti
Tahun Baru Cina, oleh yang demikian, saya hanya terdapat sekali peluang untuk
memasuki kelas 3H untuk mengajar Bahasa Cina manakala tidak mempunyai
peluang untuk memasuki kelas Sains.
Selepas mengajar di dalam kelas, saya telah mendapati bahawa kebanyakan
murid-murid yang selalu memberi respond semasa saya mengajar di dalam kelas
ialah murid Cina manakala yang lain hanya mendiamkan diri sahaja, ini
berkemungkinan disebabkan kali pertama saya memasuki kelas, oleh itu masing-
masing masih belum mengenali antara satu sama lain. Setelah saya berbincang
dengan guru kelas saya, barulah saya mengetahui bahawa terdapat sesetengah
yang tidak dapat menjawab adalah disebabkan masih belum faham isi pengajaran
yang telah saya jalankan. Oleh yang demikian , selepas berbincang dengan guru,
saya merancang pada sesi pengajaran yang seterusnya saya akan cuba untuk
menyelitkan sedikit Bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman mereka
terdapat kehendak saya terutamanya semasa mengajar erti perkataan.
Selepas sesi pengajaran dalam minggu ini, saya telah menyedari bahawa
jumlah kali kami menjalankan praktikum tidak bermaksud kami telah mengetahui
keprofesionalan sebagai seorang guru dengan mendalam kerana setiap kali, kami
menjalankan praktikum di sekolah yang berbeza, yang mempunyai persekitaran
pengajaran yang berbeza, jenis murid yang berbeza dan sebagainya. Justerus
saya perlu banyak belajar lagi supaya saya betul-betul dapat menyiapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran mengajar yang diperlukan serta betul pada
penamatan kursus saya sebagai seorang pelatih.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................
Nama :.............................................. Nama :..............................................
Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................
Recommended