View
26
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
FEQAH
Citation preview
(المشقة تجلب التيسير)
PENGERTIAN KAEDAH (المشقة تجلب التيسير) Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil kira keringanan dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah:
ان ك�ل م�أمور يش�ق العب�د فعل�ه س�قط األم�ر ب�ه وك�ل منهي ش�ق عليهم اجتنابه سقط النهي عنه
Maksudnya: “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia
membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur
suruhan terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan
hamba menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.
DALIL KAEDAH Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil tersebut daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:Al-Quran
Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. (Surah al-Baqarah: 185(
Maksudnya: “Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah al-Hajj: 78) Al-SunnahBukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah:
إنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرينMaksudnya: “Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang memudahkan dan tidak diutus sebagai orang-orang yang menyulitkan”.
يسروا وال نعسرواMaksudnya: “Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan”.(Jalaluddin Al-Suyuthi 1999: 165)
KEDUDUKAN KAEDAH INI
•Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang diperakui ketinggian,
kedudukan dan keagungannya di dalam fiqh Islam sebagaimana yang
diriwayatkan secara mutawatir daripada imam. Perkara ini juga telah
disepakati oleh kitab-kitab kaedah fiqh. Ia adalah terdiri daripada
kaedah-kaedah asasi dan dasar-dasar utama kepada binaan fiqh
Islam.
•Al-Imam al- Shatibiyy berkata, “Sesungguhnya dalil yang
menunjukkan bahawa segala kesempitan adalah diangkat dan
dibuang daripada ummat ini mencapai taraf putus (qafiyy)”.
•Al-Suyuthi dan Imam Nujaym berkata, kesemua kelonggaran
(rukhsah) dan keringanan syarak adalah keluar atau lahir daripada
kaedah ini. Perlu dinyatakan juga bahawa kesukaran yang membawa
peringanan ini adalah disyaratkan ia tidak bertentangan dengan nas.
Jika ia bertentangan dengan nas maka kesukaran itu tidak diambil
kira tetapi naslah yang menjadi tempat pergantunggan hukum.
(Anwar Fakhri 1999: 87)
PENJELASAN BERKAITAN MASYAQQAH (المشقة)
•Apa yang dimaksudkan dengan al-masyaqqah ialah kesukaran dan
kesusahan. Meletakkan bebanan menjadi kesukaran terhadap
hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan
terhadap mukallaf. Walaupaun pada zahirnya dalam syariat Islam
dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang mana ia
juga berbentuk masyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan
mencari rezeki dengan sepenuh tenaga.
•Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau
kesusahan kerana menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi
bebanan kepada manusia, bahkan ia pula merupakan satu
keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat
kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk
itu kesusahan atau masyaqqah tersebut tidak boleh menjadi sebab
untuk mewujudkan kemudahan atau rukhsah.
TUJUAN MASYAQQAH
Tujuan masyaqqah ialah apa yang terkeluar daripada garis
kesukaran biasa. Antaranya ialah kesukaran dan kesusahan yang
menyebabkan membawa kemudaratan samada pada diri dan harta
benda atau kesukaran yang mengambil waktu yang panjang. Pada
dasarnya, untuk pelaksanaan kaedah ini mempunyai tujuan tertentu
dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:
1) Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa.
Contohnya tanggungjawab yang dibebankan itu menyusahkan. Di mana
ia boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, harta dan
sebagainya. Oleh itu, kesusahan dan kesukaran sebegitu dikira terkeluar
daripada adat kebiasaan dan perlu kepada keringanan. Contohnya,
orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana dengan berpuasa
tentu membawa kemudaratan kepada badan dan jiwanya.
2) Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan
sebagai sebab untuk mendapat keringanan atau rukhsah.
Iaitu kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan kepada diri
dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca panas,
tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhasah.
(Abd. Latif Muda 2000: 144)
SEBAB-SEBAB RUKHSAH
Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa faktor dan sebab
kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap pelaksanaan
hukum syarak. Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam melakukan
ibadat dan lainnya ada tujuh perkara:
1) Musafir yang diharuskanالسفر المشروع) .( Orang bermusafir
boleh mengambil
rukhsah, antaranya ialah:
a) Qasar sembahyang.
b) Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.
c) Berbuka puasa.
d) Jama’ atau himpunkan antara dua sembahyang.
2) Sakit (المرض). Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi
sebab hukum rukhsah serta banyak sekali bentuknya, contohnya ialah:
a) Orang yang mengidap penyakit tertentu dibolehkan bertayammum.
Iaitu sekiranya dengan menggunakan air memudaratkan. Atas nasihat
dan pengesahan doktor pakar.
b) Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardu sambil duduk atau
berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan
kemampuan.
c) Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati
penyakit yang dialami oleh pesakit.
d) Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan
sembahyang jumaat.
e) Tidak makruh hukumnya meminta tolong orang lain menggosokkan
anggota wuduk dan mencurahkan air.
f) Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.
(Abd. Latif Muda 2000: 145)
3) Terpaksa atau dipaksa (االكرد) . Antara lain juga orang yang
diugut atau dipaksa dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak
mampu melawan dan tidak mampu membantah, contohnya:
a) Mengancam nyawa dan hartanya
b) Mereka yang dalam keadaan terpaksa seperti kelaparan yang
terancam nyawanya diharuskan memakan benda haram.(binatang
yang mati atau disembelih dengan tidak mengikut hukum syarak)
c) Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian,
tetapi hatinya mesti tetap beriman. (Abd. Latif Muda 2000: 146)
4) Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu
secara terlupa diberi keringanan dan kemaafan terhadap apa yang
dilakukannya. Contohnya, seseorang yang makan secara tidak
sengaja ketiak berpuasa tidak batal puasanya.
Sebagaimana hadis yang bermaksud:
“Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di ama ia makan atau
minum hendaklah ia menyempurnakan puasanya itu. Kerana
sesungguhnya Allah member ia makan dan minum”.
Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari
sudut syarak serta dimaafkan berdasarkan hadis daripada Ibn
Umar:
“Diangkat (tidak dikira bersalah) dari kalangan umatku kerana
tersalah, lupa dan terpaksa”.
5) Kejahilan(الجهل).
Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu
keuzuran yang membawa keringanan.
Contohnya, harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah
seorang suami atau isteri sedangkan aib itu dsembunyikan salah
seorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak
mengetahui kedudukan yang sebenarnya.( Mohamad Soleh Ahmad
603)
6) Kesukaran serta ‘Umum al-Balwa(العسر وعموم البلوى) . Iaitu
perkara kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan. Ia juga
membawa maksud kerana terdesak dalam kesulitan atau bermaksud
perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya:
a) Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan
seseorang pada hari hujan dimaafkan.
b) Istinjak dengan menggunakan batu.
c) Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang
yang tidak mempunyai darah mengalir seperti belalang.
d) Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.
e) Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan
sangat terdesak.
f) Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika
sembahyang dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di medan
perang.
g) Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul
atau penyakit cacar. (Abd. Latif Muda 2000: 148)
7) Kekurangan(النقص) . Ia menjadi salah satu sebab keringanan
dan kemudahan kerana merupakan satu masyaqqah. Sabda
Rasulullah s.a.w :
“Diangkat kalam dari tiga orang iaitu kanak-kanak sehingga ia
baligh, orang gila hinggalah ia siuman dan yang tidur sehingga ia
sedar”.
Antara contohnya:
a) Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.
b) Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang jumaat.
c) Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.
d) Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera
e) Taklif syarak atau bertanggungjawab terhadap kaum wanita lebih
ringan berbanding kaum lelaki.
f) Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap
hamba berbanding orang merdeka. (Abd. Latif Muda 2000: 149)
Jenis-jenis KeringananMenurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd as-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym, rukhsah ada tujuh jenis iaitu (Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad: 604):
Keringanan dengan menggugurkan .(تخفيف إسقاط) (1kewajipan. Contohnya ialah:a- Tidak wajib gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.b- Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran. .Keringanan dengan mengurangkan bebanan .(تخفيف تنقيص) (2Contohnya ialah:a- Memendekkan atau qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat. .Keringanan dengan gantian atau penukaran .(تخفيف إبدال) (3Contohya ialah:a- Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum. b-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.
:Keringanan dengan mendahulukan, contohnya .(تخفيف تقديم) (4
a-Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
b- Sembahyang jama’ taqdim.
Keringanan dengan mengakhirkan, contohnya .(تخفيف تأخير) (5
ialah:
a- Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.
b- Sembahyang jama’ ta’khir.
Keringanan mendapat rukhsah kerana .(تخفيف ترخيص)(6
terdesak dan terpaksa, contohnya:
a- Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
b- Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.
.Keringanan mengubah atau menukar .(تخفيف تغيير)(7
a- Seperti menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan
sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.
BAHAGIAN RUKHSAH
Terdapat lima jenis dan bahagian hukum yang berkaitan dengan
rukhsah iaitu:
1)Rukhsah yang wajib dilakukan:
a- Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan, jika
tidak akan menyebabkan kematian.
b- Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.
2)Rukhsah yang sunat dilakukan:
a- Melihat kepada bakal pengantin atau tunang.
b- Qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan merasa penat
dalam perjalanan.
3)Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan dan boleh
ditinggalkan:
a- melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.
4) Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan:a- Membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa kesukaran dan tiada kemudaratan. 5)Rukhsah yang makruh dilakukan:
a- Qasar sembahyang bagi mereka yang musafir kadar jaraknya
kurang daripada tiga marhalah.
HUKUM FURU’
Di antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:
1)Diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit.
2)Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran jika tiada makanan
yang lain.
3)Diharuskan jama’ dan qasar sembahyang bagi yang bermusafir dan
harus tidak berpuasa.
4)harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.
5)Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh
iddah apabila terdesak untuk bekerja dan mencari sara hidup.
6) Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang
terdesak dan tertekan untuk melunaskan hutang hingga ia
kelapangan.
KAEDAH PECAHAN
Daripada kaedah asas tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah
pecahan lain antaranya (Abd. Latif Muda 2000: 153):
1)Kaedah: إذا ضاق األمر إتسع
Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.
a- Huraian kaedah:
Ia berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafi’i. Ia juga selaras
dengan apa yang dijelaskan oleh al-Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam,
dimana syariat Islam itu dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu
sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan luas.
b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka
sahaja dalam masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.
ii. Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan bekas
yang diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk sekiranya
tidak ada bekas lain.
2) Kaedah: إذا إتسع األمر ضاق
Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum
menjadi sempit.
a- Huraian kaedah:
Ia bermaksud apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah,
hukum perlaksanaannya menjadi sempit.
b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat
diharuskan. Namun tidak boleh melakukan gerakan yang besar
dan berulang kali jika tidak terdesak atau sebarang keperluan.
ii. Seseorang sembahyang dalam keadaan lapang, seharusnya
melakukan sembahyang di awal waktu serta menepati rukun dan
syarat dengan sempurna.
3) Kaedah: ما جزا لعذر بطل بزواله
Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab
hilang uzur tersebut.
a- Huraian kaedah:
Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu
akan kembali kepada hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut.
b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air
sebelum mendirikan sembahyang.
ii. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu
sembahyang.
4) Kaedah: الحكم يتبع المصلحة الراجحة
Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.
a- Huraian kaedah:
Banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat,
jihad dan lain-lain. Kadangkala ia membawa kerugian tetapi
hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih.
b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Haramnya minum arak dan berjudi.
ii. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia menyebabkan
kematian dan kerosakan tetapi akhirnya Islam telah tersebar ke
seluruh dunia
5) Kaedah: الضرورات تبيح المحظورات Maksudnya: kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.
a- Huraian kaedah:Merupakan kaedah dan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa.
b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:i. Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan merawat.ii. Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa membunuhnya.
c- Pengecualian daripada kaedah:Hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan di mana tidak diharuskan sama sekali melakukannya biarpun terpaksa atau dipaksa:i. Kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad ataupun mengufuri Allah biarpun diugut dan akan dibunuh. Ia hanya boleh menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap beriman kepada Allah.ii. Berzina. Jika seseorang dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya.
PENUTUP Sebagai rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah–kaedah yang dianjurkan dalam syariat Islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan memberi kelonggaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah. Seperti mana yang telah Allah jelaskan dalam surah al-Insyirah yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Ayat tersebut menjelaskan bahawa walau apapun kesukaran yang dialami atau bagaimana ia dihadapi, Allah akan menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambanya yang beriman.
RUJUKAN
•Al-Quran Al-Karim.
•Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan
Kaedah-kaedah Fiqh, Pustaka Salam Sdn.Bhd, 2000.
•Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah Kaidah-Kaidah
Hukum Islam, M.Ag, terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.
•Anwar Fakhri bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya
dengan Permasalahan Fiqh Semasa, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.
•Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah,
Pustaka Haji Abdul Majid.
•Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Kaedah-Kaedah
Hukum Islam Mazhab Shafi’I, terbitan Darul Iman, 1999.
Recommended