27

kaedah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FEQAH

Citation preview

Page 1: kaedah
Page 2: kaedah

(المشقة تجلب التيسير)

Page 3: kaedah

PENGERTIAN KAEDAH (المشقة تجلب التيسير) Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil kira keringanan dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah:

ان ك�ل م�أمور يش�ق العب�د فعل�ه س�قط األم�ر ب�ه وك�ل منهي ش�ق عليهم اجتنابه سقط النهي عنه

Maksudnya: “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia

membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur

suruhan terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan

hamba menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.

Page 4: kaedah

DALIL KAEDAH Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil tersebut daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:Al-Quran

Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. (Surah al-Baqarah: 185( 

Maksudnya: “Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah al-Hajj: 78) Al-SunnahBukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah: 

إنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرينMaksudnya: “Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang memudahkan dan tidak diutus sebagai orang-orang yang menyulitkan”.  

يسروا وال نعسرواMaksudnya: “Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan”.(Jalaluddin Al-Suyuthi 1999: 165)

Page 5: kaedah

KEDUDUKAN KAEDAH INI

•Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang diperakui ketinggian,

kedudukan dan keagungannya di dalam fiqh Islam sebagaimana yang

diriwayatkan secara mutawatir daripada imam. Perkara ini juga telah

disepakati oleh kitab-kitab kaedah fiqh. Ia adalah terdiri daripada

kaedah-kaedah asasi dan dasar-dasar utama kepada binaan fiqh

Islam.

•Al-Imam al- Shatibiyy berkata, “Sesungguhnya dalil yang

menunjukkan bahawa segala kesempitan adalah diangkat dan

dibuang daripada ummat ini mencapai taraf putus (qafiyy)”.

•Al-Suyuthi dan Imam Nujaym berkata, kesemua kelonggaran

(rukhsah) dan keringanan syarak adalah keluar atau lahir daripada

kaedah ini. Perlu dinyatakan juga bahawa kesukaran yang membawa

peringanan ini adalah disyaratkan ia tidak bertentangan dengan nas.

Jika ia bertentangan dengan nas maka kesukaran itu tidak diambil

kira tetapi naslah yang menjadi tempat pergantunggan hukum.

(Anwar Fakhri 1999: 87)

Page 6: kaedah

PENJELASAN BERKAITAN MASYAQQAH (المشقة)

•Apa yang dimaksudkan dengan al-masyaqqah ialah kesukaran dan

kesusahan. Meletakkan bebanan menjadi kesukaran terhadap

hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan

terhadap mukallaf. Walaupaun pada zahirnya dalam syariat Islam

dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang mana ia

juga berbentuk masyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan

mencari rezeki dengan sepenuh tenaga.

•Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau

kesusahan kerana menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi

bebanan kepada manusia, bahkan ia pula merupakan satu

keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat

kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk

itu kesusahan atau masyaqqah tersebut tidak boleh menjadi sebab

untuk mewujudkan kemudahan atau rukhsah.

Page 7: kaedah

TUJUAN MASYAQQAH

Tujuan masyaqqah ialah apa yang terkeluar daripada garis

kesukaran biasa. Antaranya ialah kesukaran dan kesusahan yang

menyebabkan membawa kemudaratan samada pada diri dan harta

benda atau kesukaran yang mengambil waktu yang panjang. Pada

dasarnya, untuk pelaksanaan kaedah ini mempunyai tujuan tertentu

dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:

Page 8: kaedah

 

1) Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa.

Contohnya tanggungjawab yang dibebankan itu menyusahkan. Di mana

ia boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, harta dan

sebagainya. Oleh itu, kesusahan dan kesukaran sebegitu dikira terkeluar

daripada adat kebiasaan dan perlu kepada keringanan. Contohnya,

orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana dengan berpuasa

tentu membawa kemudaratan kepada badan dan jiwanya.

 

2) Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan

sebagai sebab untuk mendapat keringanan atau rukhsah.

Iaitu kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan kepada diri

dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca panas,

tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhasah.

(Abd. Latif Muda 2000: 144)

Page 9: kaedah

SEBAB-SEBAB RUKHSAH

Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa faktor dan sebab

kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap pelaksanaan

hukum syarak. Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam melakukan

ibadat dan lainnya ada tujuh perkara:

1) Musafir yang diharuskanالسفر المشروع) .( Orang bermusafir

boleh mengambil

rukhsah, antaranya ialah:

a) Qasar sembahyang.

b) Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.

c) Berbuka puasa.

d) Jama’ atau himpunkan antara dua sembahyang.

Page 10: kaedah

2) Sakit (المرض). Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi

sebab hukum rukhsah serta banyak sekali bentuknya, contohnya ialah:

a) Orang yang mengidap penyakit tertentu dibolehkan bertayammum.

Iaitu sekiranya dengan menggunakan air memudaratkan. Atas nasihat

dan pengesahan doktor pakar.

b) Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardu sambil duduk atau

berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan

kemampuan.

c) Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati

penyakit yang dialami oleh pesakit.

d) Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan

sembahyang jumaat.

e) Tidak makruh hukumnya meminta tolong orang lain menggosokkan

anggota wuduk dan mencurahkan air.

f) Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.

(Abd. Latif Muda 2000: 145)

Page 11: kaedah

3) Terpaksa atau dipaksa (االكرد) . Antara lain juga orang yang

diugut atau dipaksa dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak

mampu melawan dan tidak mampu membantah, contohnya:

a) Mengancam nyawa dan hartanya

b) Mereka yang dalam keadaan terpaksa seperti kelaparan yang

terancam nyawanya diharuskan memakan benda haram.(binatang

yang mati atau disembelih dengan tidak mengikut hukum syarak)

c) Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian,

tetapi hatinya mesti tetap beriman. (Abd. Latif Muda 2000: 146)

Page 12: kaedah

4) Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu

secara terlupa diberi keringanan dan kemaafan terhadap apa yang

dilakukannya. Contohnya, seseorang yang makan secara tidak

sengaja ketiak berpuasa tidak batal puasanya.

Sebagaimana hadis yang bermaksud:

 “Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di ama ia makan atau

minum hendaklah ia menyempurnakan puasanya itu. Kerana

sesungguhnya Allah member ia makan dan minum”.

 

Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari

sudut syarak serta dimaafkan berdasarkan hadis daripada Ibn

Umar:

“Diangkat (tidak dikira bersalah) dari kalangan umatku kerana

tersalah, lupa dan terpaksa”.

Page 13: kaedah

5) Kejahilan(الجهل).

Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu

keuzuran yang membawa keringanan.

Contohnya, harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah

seorang suami atau isteri sedangkan aib itu dsembunyikan salah

seorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak

mengetahui kedudukan yang sebenarnya.( Mohamad Soleh Ahmad

603)

Page 14: kaedah

6) Kesukaran serta ‘Umum al-Balwa(العسر وعموم البلوى) . Iaitu

perkara kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan. Ia juga

membawa maksud kerana terdesak dalam kesulitan atau bermaksud

perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya:

a) Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan

seseorang pada hari hujan dimaafkan.

b) Istinjak dengan menggunakan batu.

c) Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang

yang tidak mempunyai darah mengalir seperti belalang.

d) Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.

e) Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan

sangat terdesak.

f) Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika

sembahyang dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di medan

perang.

g) Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul

atau penyakit cacar. (Abd. Latif Muda 2000: 148)

Page 15: kaedah

7) Kekurangan(النقص) . Ia menjadi salah satu sebab keringanan

dan kemudahan kerana merupakan satu masyaqqah. Sabda

Rasulullah s.a.w :

 “Diangkat kalam dari tiga orang iaitu kanak-kanak sehingga ia

baligh, orang gila hinggalah ia siuman dan yang tidur sehingga ia

sedar”.

Antara contohnya:

a) Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.

b) Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang jumaat.

c) Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.

d) Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera

e) Taklif syarak atau bertanggungjawab terhadap kaum wanita lebih

ringan berbanding kaum lelaki.

f) Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap

hamba berbanding orang merdeka. (Abd. Latif Muda 2000: 149)

Page 16: kaedah

Jenis-jenis KeringananMenurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd as-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym, rukhsah ada tujuh jenis iaitu (Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad: 604):

Keringanan dengan menggugurkan .(تخفيف إسقاط) (1kewajipan. Contohnya ialah:a- Tidak wajib gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.b- Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.  .Keringanan dengan mengurangkan bebanan .(تخفيف تنقيص) (2Contohnya ialah:a- Memendekkan atau qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat.  .Keringanan dengan gantian atau penukaran .(تخفيف إبدال) (3Contohya ialah:a- Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum. b-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.

Page 17: kaedah

:Keringanan dengan mendahulukan, contohnya .(تخفيف تقديم) (4

a-Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.

b- Sembahyang jama’ taqdim.

Keringanan dengan mengakhirkan, contohnya .(تخفيف تأخير) (5

ialah:

a- Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.

b- Sembahyang jama’ ta’khir.

 

Keringanan mendapat rukhsah kerana .(تخفيف ترخيص)(6

terdesak dan terpaksa, contohnya:

a- Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.

b- Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.

 

.Keringanan mengubah atau menukar .(تخفيف تغيير)(7

a- Seperti menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan

sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.

Page 18: kaedah

BAHAGIAN RUKHSAH

Terdapat lima jenis dan bahagian hukum yang berkaitan dengan

rukhsah iaitu:

1)Rukhsah yang wajib dilakukan:

a- Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan, jika

tidak akan menyebabkan kematian.

b- Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.

 

2)Rukhsah yang sunat dilakukan:

a- Melihat kepada bakal pengantin atau tunang.

b- Qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan merasa penat

dalam perjalanan.

 

3)Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan dan boleh

ditinggalkan:

a- melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.

Page 19: kaedah

4) Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan:a- Membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa kesukaran dan tiada kemudaratan. 5)Rukhsah yang makruh dilakukan:

a- Qasar sembahyang bagi mereka yang musafir kadar jaraknya

kurang daripada tiga marhalah.

Page 20: kaedah

HUKUM FURU’

Di antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

1)Diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit.

2)Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran jika tiada makanan

yang lain.

3)Diharuskan jama’ dan qasar sembahyang bagi yang bermusafir dan

harus tidak berpuasa.

4)harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.

5)Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh

iddah apabila terdesak untuk bekerja dan mencari sara hidup.

6) Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang

terdesak dan tertekan untuk melunaskan hutang hingga ia

kelapangan.

Page 21: kaedah

KAEDAH PECAHAN

Daripada kaedah asas tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah

pecahan lain antaranya (Abd. Latif Muda 2000: 153):

1)Kaedah: إذا ضاق األمر إتسع

Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.

a- Huraian kaedah:

Ia berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafi’i. Ia juga selaras

dengan apa yang dijelaskan oleh al-Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam,

dimana syariat Islam itu dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu

sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan luas.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka

sahaja dalam masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.

ii. Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan bekas

yang diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk sekiranya

tidak ada bekas lain.

Page 22: kaedah

2) Kaedah: إذا إتسع األمر ضاق

Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum

menjadi sempit.

a- Huraian kaedah:

Ia bermaksud apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah,

hukum perlaksanaannya menjadi sempit.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat

diharuskan. Namun tidak boleh melakukan gerakan yang besar

dan berulang kali jika tidak terdesak atau sebarang keperluan.

ii. Seseorang sembahyang dalam keadaan lapang, seharusnya

melakukan sembahyang di awal waktu serta menepati rukun dan

syarat dengan sempurna.

 

Page 23: kaedah

3) Kaedah: ما جزا لعذر بطل بزواله

Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab

hilang uzur tersebut.

a- Huraian kaedah:

Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu

akan kembali kepada hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air

sebelum mendirikan sembahyang.

ii. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu

sembahyang.

Page 24: kaedah

4) Kaedah: الحكم يتبع المصلحة الراجحة

Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.

a- Huraian kaedah:

Banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat,

jihad dan lain-lain. Kadangkala ia membawa kerugian tetapi

hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Haramnya minum arak dan berjudi.

ii. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia menyebabkan

kematian dan kerosakan tetapi akhirnya Islam telah tersebar ke

seluruh dunia

Page 25: kaedah

5) Kaedah: الضرورات تبيح المحظورات Maksudnya: kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.

a- Huraian kaedah:Merupakan kaedah dan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:i. Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan merawat.ii. Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa membunuhnya.

c- Pengecualian daripada kaedah:Hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan di mana tidak diharuskan sama sekali melakukannya biarpun terpaksa atau dipaksa:i. Kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad ataupun mengufuri Allah biarpun diugut dan akan dibunuh. Ia hanya boleh menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap beriman kepada Allah.ii. Berzina. Jika seseorang dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya.

Page 26: kaedah

PENUTUP  Sebagai rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah–kaedah yang dianjurkan dalam syariat Islam.

Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan memberi kelonggaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah. Seperti mana yang telah Allah jelaskan dalam surah al-Insyirah yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Ayat tersebut menjelaskan bahawa walau apapun kesukaran yang dialami atau bagaimana ia dihadapi, Allah akan menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambanya yang beriman.

Page 27: kaedah

RUJUKAN

•Al-Quran Al-Karim.

•Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan

Kaedah-kaedah Fiqh, Pustaka Salam Sdn.Bhd, 2000.

•Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah Kaidah-Kaidah

Hukum Islam, M.Ag, terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.

•Anwar Fakhri bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya

dengan Permasalahan Fiqh Semasa, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.

•Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah,

Pustaka Haji Abdul Majid.

•Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Kaedah-Kaedah

Hukum Islam Mazhab Shafi’I, terbitan Darul Iman, 1999.