View
670
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 1
2.0 Kaedah Amali 1
3.0 Grafik Kepentingan Teknik Latihan Amali 3
4.0 Reka Bentuk Modul Pengajaran Pendidikan Islam 5
5.0 Rancangan Pengajaran Slot Pendidikan Islam 12
6.0 Laporan Perancangan Kerja 18
6.1 Sebelum, semasa dan selepas menjalankan pengajaran 18
Lampiran
Rujukan
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
1.0 Pengenalan
Kerohanian atau rohani dalam maksud terhad , merujuk kepada perkara-perkara
yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa
maksud semangat instrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu
rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi
kendiri dan penaklulan strategik.
Rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama, individu yang
tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.
Mendidik kanak-kanak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rohani
merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan guru yang telah diamanahkan. Ini adalah
berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ wahai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka” (Surah at Tahrim ayat 6)
2.0 Kaedah Amali
Kaedah amali merupakan salah satu kaedah pengajaran yang berkesan dalam
pembelajaran. Kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan
pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan
dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses
pengajaran adalah diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
pelajar sepanjang pengajaran menggunakan kaedah ini.
Melalui kaedah ini, guru akan membacakan, menerangkan, atau melakukan
perbuatan mengenai pengajaran, manakala murid akan menumpukan sebaik mungkin
apa yang ditunjukkan, kemudian meniru atau melakukan semula perbuatan pengajaran
seperti mana yang diajar oleh guru tersebut.
Pendekatan demonstrasi dan kaeadah amali adalah antara kaedah yang paling
banyak digunakan oleh Rasullullah S.A.W. dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Sebagai contoh Rasullullah S.A.W mengajar tentang berwuduk dan solat. Dalam
mengajar wuduk sebuah hadis menyatakan :
Maksudnya : Daripada
Humrann Maula Uthman bin Affan, sesungguhnya melihat Uthman bin Affan meminta
air euduk, lalu dia menuangkan ke atas tangannya daripada bekas air, maka
membasuh kedua-dua tangannya sebanyak 3 kali. Kemudian memulakan sebelah
kanan dalam berwuduk kemudian berkumur dan memasukkan air ke dalam lubang
hidung seterusnya menghembuskannya ,kemudian membasuh mukanya sebanyak tiga
kali dan membasuh tangannya sehingga ke siku sebanyak tiga kali, kemudian menyapu
kepalanya dan membasuh kedua-dua kakinya sebanyak tiga kali, kemudian beliau
berkata aku melihat Rasulullah S.A.W. berwuduk seperti aku lalu Baginda S.A.W.
bersabda: “Siapa yang berwuduk seperti aku berwuduk, kemudian solat dua rakaat
tanpa ada hadas padanya, maka Allah mengampunkan baginya dosa yang lalu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari 1994:55 /1)
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
3.0 KEPENTINGAN TEKNIK LATIHAN AMALI UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
Kaedah amali memberikan
pelajar-pelajar peluang
untuk berinteraksi secara
terus dengan isi dan situasi
pembelajaran.
KEPENTINGAN TEKNIK
LATIHAN AMALI UNTUK
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
PRASEKOLAH.
Kaedah latihan amali juga mampu menarik serta
mengekalkan minat pelajar dalam sesi pembelajaran
kerana mereka berasa seronok dan terhibur dapat
bersama –sama melibatkan diri dalam aktiviti praktikal
Pelajar-pelajar akan
memperoleh pengalaman
langsung dalam
memperoleh kemahiran,
pengetahuan, kesimpulan
dan celik akal dalam unit-
unit pembelajaran tersebut.
Kaedah ini juga membantu
pelajar mengukuhkan ingatan
mereka pada pengajaran
yang disampaikan kerana
mereka sendiri sudah
melihat, mengikuti segala
proses, peristiwa yang
dialami
Kaedah latihan amali ini
juga menggalakkan
pembelajaran secara
aktif kerana pelajar
bersama-sama guru
membuat aktiviti yang
sama.
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
Kaedah ini membolehkan
pelajar mencontohi sesuatu
dengan lebih mudah dan
tepat
KEPENTINGAN TEKNIK
LATIHAN AMALI UNTUK
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KANAK-
KANAK PRASEKOLAH.
Mewujudkan kesungguhan dalam diri
pelajar kerana dalam membuat sesi latihan
amali pelajar-pelajar akan cuba
bersungguh-sungguh mengikuti demontrasi
yang ditunjukkan oleh guru serta mereka
akan cuba membuat yang terbaik di
kalangan rakan-rakan.
Pelajar-pelajar mudah mengingati
dan menghafal perkara yang
dipelajari kerana kaedah amali
membuatkan pelajar lebih dekat dan
mereka mempelajari sendiri
peristiwa sewaktu sesi pembelajaran
Kaedah ini adalah kaedah yang
digunakan oleh Rasulullah
S.A.W ketika Jibrail mengajar
Baginda berwuduk dan
bersolat.
Setelah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah
amali ,murid dapat
memindahkan pengalaman
yang dipelajari dalam situasi
sebenar.
Kaedah ini turut meningkatkan
kemahiran memerhati dan
kemahiran mendengar murid-
murid
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
4.0 REKA BENTUK MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Analisis Tajuk : Ibadah : Berwuduk
Analisis Standard Pembelajaran : (PI 2.3.1)Mengenal anggota wuduk
(PI 2.3.2)Menunjukkan had anggota wuduk
(PI 2.3.3)Melakukan wuduk dengan betul dengan
bimbingan.
(PI 2.3.4) Melakukan wuduk dengan tertib dengan
bimbingan (mengikut urutan)
Analisis sasaran : Murid-murid prasekolah , aplikasi gaya
pembelajaran VARK, telah biasa dalam amalan
harian membersihkan diri daripada kotoran fizikal
seperti mandi serta mencuci tangan dan kaki
menggunakan media air.
Analisis objektif : Membolehkan murid-murid melakukan wuduk
dengan tertib.
Analisis tugasan : Murid melakukan demonstrasi berwuduk secara
amali.
Analisis masalah pembelajaran : Tempoh peruntukan masa yang terbatas untuk
membolehkan semua murid terlibat dengan
demonstrasi secara individu.
Analisis media pengajaran : Diperlukan menyediakan klip vedio cara-cara
berwuduk atau boleh dimuat turun daripada youtube.
Analisis pertimbangan : Kaedah demonstrasi, pendekatan pengajaran
pedagogikal dan berpusatkan murid dan model 5E konstruktivisme
teori pembelajaran
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Analisis tempoh masa : 1 waktu x 30 minit = 30 minit
pengajaran
Analisis persekitaran : Di kelas prasekolah
Analisis Tugasan
/ Konsep Pembelajaran : 1. Guru menunjukkan cara berwuduk mengikut
langkah satu persatu.
2. Murid mengambil wuduk dimulai dengan
membasuh tangan, berkumur, memasukkan air ke
dalam hidung ,meratakan air ke seluruh muka,
membasuh tangan ke siku, membasuh kepala,
membasuh telinga dan akhir sekali membasuh
kaki.
3. Setiap basuhan sebanyak 3 kali.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Reka bentuk Modul Pengajaran
Langkah
(Model
Konstruktivisme
5E)
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Pendahuluan Doa belajar
Bernasyid
Murid berdoa secara kelas.
Bernasyid beramai-ramai “ Mari
Berwuduk”
Mari berwuduk (2x)
Guna air suci
Sentuh muka (2x)
Basuh rata-rata.
Hulur tangan (2x)
Mula tangan kanan
Tunjuk kepala (2x)
Sapu 1 2 3
Telinga kanan,telinga kiri
Sapu hati-hati
Basuh kaki (2x)
Sampai buku lali.
(Irama : bangun pagi)
Se Induksi
(Langkah
Penglibatan)
Guru bersoal
jawab dengan
murid.
Siapa pernah melihat
orang berwuduk ?
Di mana ?
Kenapa orang berwuduk
?
Berwuduk menggunakan
apa?
Mengaitkan
topik dengan
pengetahuan
sedia ada
murid
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Langkah
Penerokaan
Gambar pegun
menunjukkan
sekuen
melakukan
wuduk.
Murid berkumpul dalam
kumpulan pembelajaran
koperatif 3 orang setelah
menerima arahan guru.
Murid menyusun gambar-
gambar berwuduk yang
diberikan mengikut susunan
yang betul. (Aktiviti kumpulan)
Pembelajaran
koperatif
Langkah
Penjelasan
1.Guru
menayangkan
video cara
mengambil
wuduk dengan
betul mengikut
urutan sambil
menerangkan
tingkah laku
yang terlibat.
2. Guru
mengajar murid
membaca niat
mengambil
wuduk.
Cara Berwuduk-Tapak Tangan
Menunjukkan cara-cara
menyucikan tapak tangan.
Cara Berwuduk- Muka
Menunjukkan cara meratakan
air ke muka dengan betul.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Cara Berwuduk-Basuh Tangan
Menunjukkan meratakan air
pada tangan hingga ke siku.
Cara Berwuduk-Telinga
Menunjukkan cara meratakan
air pada telinga.
Cara Berwuduk-Kepala
Menunjukkan cara berwuduk
menyapukan air sedikit ke
kepala.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Cara Berwuduk-kaki
Menunjukkan cara berwuduk
membasuh kaki hingga buku
lali.
Langkah
Penghuraian
Jenis-jenis air
yang boleh
digunakan
untuk
berwuduk.
Guru mengemukakan
permasalah berkaitan
berwuduk seperti keadaan
ketiadaan air dan meminta
murid memberikan pandangan
mereka.Guru membimbing
murid ketika membuat
penjelasan.
Kemahiran
Berfikir
(Banding beza)
Langkah
Penilaian
Sesi Amali
Guru dan murid bergerak ke
tempat sumber air .
Guru modelkan seorang
murid untuk berwuduk.
Murid lain memberi
perhatian dan melihat
tingkah laku model
lakukan.
Guru minta murid teliti
dalam meratakan air
wuduk tersebut ke
tempat-tempat
tersembunyi seperti di
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
celah jari, telinga.
Apabila selesai, guru
memberi peneguhan
kepada murid tersebut
kerana berjaya
mengambil wuduk
dengan sempurna.
Guru akan memanggil
seorang demi seorang
untuk mengambil wuduk.
Guru akan
memerhatikan serta
menegur kesalahan
murid tersebut supaya
mengikut langah-
langkah yang betul.
Diulangi kepada semua
murid.
Penutup Guru merumuskan pengajaran
pada hari ini.
Guru menyuruh murid
memnceritakan urutan
mengambil wuduk dengan
betul.
Guru menegaskan kepada
murid supaya sentiasa
berkeadaan dalam berwuduk
dan dapat menunaikan solat
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
dengan sempurna.
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (PENDIDIKAN ISLAM )
Pengajaran dan Pembelajaran Slot
BUTIRAN AM:
Kelas : Prasekolah Cermat SK Padang Ampang
Tarikh : 15 Mac 2013
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 9.00 pagi
Bil. Murid : 15 orang
Umur : 7 orang (5tahun) & 8 orang (6tahun)
Modul : Modul Teras
Tema : Kebersihan Diri
Subtema : Ibadah
Tunjang Utama : Kerohanian Sikap dan Nilai (Pendidikan Islam)
Standard Kandungan : (PI 2.3) Melakukan wuduk
Standard Pembelajaran : (PI 2.3.1) Mengenal anggota wuduk
(PI 2.3.2) Menunjukkan had anggota wuduk
(PI 2.3.3) Melakukan wuduk dengan betul dengan bimbingan.
(PI 2.3.4) Melakukan wuduk dengan tertib dengan bimbingan(mengikut urutan)
Kesepaduan Tunjang : Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan dan
Estetika.Ketrampilan ,Bahasa Malaysia
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat melakukan wuduk
dengan tertib dengan bimbingan (Amali)
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah biasa dalam amalan harian
membersihkan diri daripada kotoran fizikal seperti mandi
serta mencuci tangan dan kaki menggunakan air
Penerapan nilai (PN) : Bekerjasama, bertolak ansur, sabar dan berkeyakinan
Kemahiran Berfikir (KB) : Membuat urutan dan menyusun mengikut keutamaan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Gambar , komputer dan air
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Masa /
Langkah
Isi Pelajaran Aktiviti BBM / Catatan
Set Induksi
( 2 min)
Berdoa
Bernasyid
Bersoaljawab
Murid memulakan
pembelajaran
dengan bacaan doa.
Guru dan murid
bernasyid “ Mari
berwudhuk”
Siapa pernah melihat
orang berwuduk ?
Di mana ?
Kenapa orang
berwuduk ?
Berwuduk
menggunakan apa?
Langkah 1
(3 min) Permainan
(Menyusun
gambar
berwudhuk
dengan betul
mengikut tertib)
Murid berkumpul
dalam kumpulan
pembelajaran
koperatif 5 orang
setelah menerima
arahan guru.
Murid menyusun
gambar-gambar
berwuduk yang
diberikan mengikut
susunan yang betul.
Gambar
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
(Aktiviti kumpulan).
Guru mengumumkan
kumpulan yang
berjaya menyusun
gambar dengan
betul.
Langkah 2
(5 min)
Menonton
Tayangan
Guru menayangkan
youtube cara
mengambil wuduk
dengan betul
mengikut urutan
sambil menerangkan
tingkah laku yang
terlibat
Langkah 3
(18 min)
Aktiviti amali
Guru dan murid bergerak ke
tempat sumber air .
Guru modelkan
seorang murid untuk
berwuduk. Murid
lain memberi
perhatian dan
melihat tingkah laku
model lakukan.
Guru minta murid
teliti dalam
meratakan air wuduk
tersebut ke tempat-
tempat tersembunyi
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
seperti di celah jari,
telinga.
Apabila selesai, guru
memberi peneguhan
kepada murid
tersebut kerana
berjaya mengambil
wuduk dengan
sempurna.
Guru akan
memanggil seorang
demi seorang untuk
mengambil wuduk.
Guru akan
memerhatikan serta
menegur kesalahan
murid tersebut
supaya mengikut
langah-langkah yang
betul. Diulangi kepada
semua murid.
Penutup
(2 min)
Rumusan . Guru merumuskan
pengajaran pada hari
ini.
Guru menyuruh
murid
memnceritakan
urutan mengambil
wuduk dengan betul.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Guru menegaskan
kepada murid
supaya sentiasa
berkeadaan dalam
berwuduk dan dapat
menunaikan solat
dengan sempurna.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
6.0 Laporan Perancangan Kerja
6.1 Sebelum , semasa dan selepas menjalankan Pengajaran
Sebelum menjalankan pengajaran slot dan pembelajaran Pendidikan Islam
(berwudhuk) saya meneliti Standard Pembelajaran yang sesuai dipilih mengikut tahap
murid-murid . Setelah itu, kaedah pengajaran yang menyeronokkan dipilih agar objektif
pada hari tersebut dapat dicapai. Tidak ketinggalan penggunaan bahan bantu mengajar
yang berwarna-warni, cantik ,menarik dan mesra pengguna juga diambilkira. Saya juga
banyak merujuk kepada Ustazah Rosmawati yang juga merupakan ustazah bagi kelas
prasekolah bagi mendapatkan pandangan, tunjuk ajar serta bimbingan dalam
menjalankan kaedah amali bagi aktiviti ini.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid-murid memberi
tumpuan yang sangat baik. Saya tidak menghadapi banyak masalah kerana murid-
murid sangat memberi kerjasama kepada guru. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa orang murid yang sentiasa cuba menarik perhatian guru setiap kali guru
memberi perhatian rakan-rakan yang lain.
Masalah yang saya hadapi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ialah
semasa pertandingan menyusun gambar.Ini kerana gambar yang diedarkan agak kecil ,
berbanding bilangan murid satu kumpulan seramai 5 orang. Saya sepatutnya
menyediakan kad gambar yang lebih besar disamping mengecilkan jumlah bilangan
murid dalam satu kumpulan.
Oleh kerana kelas tidak mempunyai LCD , saya hanya memberi peluang kepada
murid-murid menonton melalui komputer. Pada pandangan saya ,agak terhad murid-
murid menonton dengan jelas.
Semasa sesi amali berwudhuk ,murid-murid yang telah selesai menjalani sesi
amali ,mereka diminta masuk semula ke kelas namun saya terlupa menyediakan
aktiviti bertulis menyebabkan murid-murid bermain di dalam kelas.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Walaubagaimanapun saya berpuashati dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini kerana objektif yang ditetapkan pada hari tersebut tercapai.
6.4 Rumusan
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi
mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti
harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai
urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.
Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk pengajaran ibadah
dalam Pendidikan Islam ialah :
KAEDAH AMALI
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat
secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah
dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang
guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar
merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar
dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja
teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik
penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-
contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat
melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
RUJUKAN
Ab.Halim Tamuri et al.2004. Keberkesanan P&P Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ahmad Mohd Salleh.2003. Pendidikan Islam Dinamika Guru.Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd.
Ahmad Tafsir.1996.Metodologi Pengajaran Agama Islam. Bandung : Penerbitan PT Remaja Rosdakarya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Pendidkan Islam:Perlaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan: Kementerian Pelajaran Malaysia
Ghazali Darusalam.2001. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.
Hassan Langgulung.1991. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamarul Azmi et al.2007.Pendidikan Islam ; Kaedah Pengajaran dan pembelajaran.Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
RAKAMAN SLOT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM (AMALI BERWUDHUK)
30MINIT
MOVIE MAKER
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA 3108)
HAMIZA BINTI ABDUL HAMID PPG / PRA 4S 710527085570
ALAT BANTU MENGAJAR
PERMAINAN MENYUSUN GAMBAR
Recommended