Kata Adjektif,Kata Tugas Dan Akronim

Preview:

Citation preview

KATA ADJEKTIF,KATA TUGAS DAN AKRONIM

DIPERSEMBAHKAN OLEH:

RUSLINA

IFFA

HIDAYAH

AZURA

ADAWIYAH

KATA ADJEKTIF

Jenis Kata Adjektif

Pembentukan kata Adjektif

Kata adjektif dalam bentuk perbandingan

JENIS KATA ADJEKTIF

Sifatan

Warna

Ukuran

Bentuk

waktu

Jarak

Cara

Perasan

Pancaindera

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif Tunggal

Kata Adjektif Terbitan

Kata Adjektif Ganda

Kata Adjektif Majmuk

KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGAN

Darjah Biasa

Darjah Bandingan

Darjah Penghabisan

KATA TUGAS

Kelompok Dasar Kata Tugas

Kata Praklausa

Kata Pascakata

Kata Prafrasa

KELOMPOK DASAR KATA TUGAS

Kata penyambun

g ayat

Kata hubung

gabungan

Kata hubung

pancangan

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung pancangan keterangan

KATA PRAKLAUSA

Kata seru

Kata tanya

Kata perintah

Kata p’benar

Kata pangkal

ayat

KATA PRAFRASAKata bantu

Kata penguat

Kata penegas

Kata nafi

Kata pemeri

Kata sendi nama

Kata arah

Kata bilangan

KATA PASCAKATAKata

penekahKata

Pembenda

KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif.Kata ini menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama.Kata adjektif boleh diikuti atau didahului dengan kata bantu seperti :

Paling. Amat Sungguh Sekali sangat

Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama dan kata kerja dengan cirinya boleh didahului dan diikuti oleh kata penguat.

Contoh: Amat sakit Sakit sungguh

Contoh-contoh ayat : Adik saya tinggi juga . Hujan pagi ini amat lebat sekali.

Penggolongan kata adjektif bolehdilihat berdasarkan jadual:

JENIS CONTOH

Sifat atau keadaan Rajin,malas,lesu,berani

Warna Merah,biru,kuning,hijau

Cara Perlahan,lambat,laju

Jarak Dekat,hampir,jauh

Waktu Silam,lewat,suntuk,segera

Bentuk Bujur,bulat,bundar

Ukuran Kurus,pendek,nipis

Perasaan Sayang,benci,suka,marah,

Pancaindera : Bau Rasa Sentuh Pandang dengar

Harum,wangi,busuk,tengik Masin,manis,tawar Lembut,licin,keras Kacak,cantik,hodoh Merdu,nyaring,kuat

Baik Curiga Cerdik Pandai

KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN

Terdiri daripada perkataan yang

memberikan sifatan atau keadaan sebagai

unsur keterangan nama.

CONTOHNYA:

Budak baik selalu dipuji. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan agak

gopoh.

CONTOH AYAT

KATA ADJEKTIF WARNA

Kata adjektif jenis ini terdiri

daripada perkataan yang

membawa pengertian warna

sebagai unsur keterangan.

Biru Hijau Perang

Baju merah itu kepunyaanku. Daun-daun hijua tiada lagi pada pokok itu.

CONTOH

CONTOH AYAT

Panjang Pendek

Jambatan panjang itu baru didirikan. Bilik kecil mudah diurus

KATA ADJEKTIF UKURAN

Jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai

bentuk keterangan.

contoh:

Contoh ayat:

Bulat Lonjong

Bola ragbi berbentuk lonjong.

Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lengkuk.

KATA ADJEKTIF BENTUK

Jenis perkataan yang membawa pengertian rupa

bentuk sebagai unsur keterangan.

Contoh

Contoh ayat:

Baharu Lama

Jalan lama untuk ke kampung itu telah di baiki.

Kanak-kanak suka makan makanan segera.

KATA ADJEKTIF WAKTU

Perkataan yang membawa pengertian konsep masa

sebagai unsur keterangan.

Contoh

Contoh ayat

Jauh Dekat

Rumah yang dituju itu sungguh jauh

Rumahnya paling hampir dengan sekolah.

Kata Adjektif jarakPerkataan yang

membawa pengertian konsep ruang antara

dua bentuk atau keadaan antara dua

kata nama,

Contoh

Contoh ayat

Cepat Lincah

Tindak balas orang itu sungguh cepat.

Pengaliran air sungai itu sungguh deras.

Kata Adjektif Cara

Jenis perkataan yang membawa pengertian

keadaan kelakuan seperti ragam.

Contoh

Contoh Ayat

Rindu Benci

Dia amat rindu akan emaknya.

Saya sangat benci dengan kelakuan buruknya.

Kata adjektif Perasaan

Terdiri daripada perkataan yang membawa konsep

perasaan sebagai penerang kata kata nama dan diikuti

oleh kata sendi nama.

Contoh

Contoh Ayat

CONTOH: Sedap Manis Contoh ayat: 1) Minuman itu sungguh manis . 2) Pisang muda kelat rasanya.

Kata Adjektif Pancaindera

Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertiaan konsep

rasa,pandang,dengar,bau,sentuh,atau gabungan kelima-lima indera,sebbagai

penerang kata nama

1)DERIA RASA

Cantik Tampan

Contoh ayat: 1) Pemandangan di pinggir laut itu ssungguh cantik 2) Bayi yang comel itu memenangi hadiah utama.

Bising Merdu

Contoh ayat: 1)Penyanyi itu mempunyai suara yang merdu.2)Bunyi biolanyaa sungguh mersik.

DERIA PANDANG

DERIA DENGAR

Harum Busuk

Contoh ayat: 1)Bedak sejuk itu harum baunya. 2)Minyak tengik itu jangan diguna.

Halus Licin

Contoh ayat: 1)Kain halus itu hasil tenungan tangan . 2)Jangan suka memakia kain lembap.

DERIA BAU

DERIA SENTUH

Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk,iaitu:

Bentuk Contoh

Kata adjektif tunggal Segar ,luas ,tajam,malu merah

Kata adjektif terbitan Keluasan ,kehandalan,seluas

Kata adjektif majmuk merah, hati,rabun ayam,panjang tangan

Kata adjektif ganda Besar-besar,jauh-jauh,setinggi-tinggi

KATA ADJEKTIF TUNGGAL Terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal Terhasil daripada bentuk kata dasar.

Contoh: Sumbangan saya kepada negara masih kecil

amat.

Warna kuning digemari oleh kakaknya.

KATA ADJEKTIF TERBITAN Terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan.

Awalan kata adjektif

I. Awalan ter- :Menjelaskan keadaan paling.

II. Awalan se- :Membawa pengertian sama.

Contoh awalan ter- :

Dalam kumpulan kami,dialah yang termuda.

Contoh awalan se- :

Kelulusannya tidak setinggi adiknya.

APITAN KATA ADJEKTIF Ke-……..-an. :Gabungan apitan ke-……..-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan.

Contoh ayat: Cara hidupnya sungguh kebaratan.

SISIPAN KATA ADJEKTIF

Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif,kata nama, atau kata kerja dengan sisipan.4 jenis sisipan ialah –em-,-el-,-er-, dan –in-.

1)SISIPAN –em- :

Contoh ayat :Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.

2)SISIPAN –el-.

Contoh ayat : Kulit gelembung itu mulai menanah.

3)SISIPAN –er-

Contoh ayat :Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung duit itu jatuh.

4)SISIPAN -in-

Contoh ayat: Sastera Melayu moden adalah kesinambungan daripada sastera Malayu lama.

KATA ADJEKTIF GANDA Menggandakan kata adjektif tunggal untuk mmeberi makna

keadaan sifat secara menyeluruh. Contoh ayat : 1. Rumah di bandar itu besar-besar belaka.

PENGGANDAAN SEPARA KATA ADJKETIF Menggandakan kata adjektif tanpa menggandakan

imbuhannya.

Penggandaan separa berawalan. Contoh ayat : i. Sepandai-pandai penipu itu akhirnya tertipu juga.

Penggandaan separa akhiran Contoh ayat :i. Harimau jadi-jadian itu menakutkan penduduk kampung.

Penggandaan berentak kata adjektif. Pengulangan kata dasar berasaskan rentak bunyi

tertentu dalam kata dasar. Contoh ayat : i. Dia dijumpai kusut-masai setelah sesat di dalam

hutan.

KATA ADJEKTIF MAJMUK. Merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang

membawa makna tertentu. Contoh ayat : ii. Pakaian pengantin itu berwarna kuning langsat. KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGAN DARJAH BIASA :

Contoh ayat : i. Malam ini bulan terang.

DARJAH BANDINGAN 1. Bandingan yang sama : Menggunakan awalan se-. Contoh ayat : Gadis itu secantik puteri raja. (Secantik boleh jadi sama cantik) \ 2. Bandingan yang berbeza :menggunakan kata

penguat lebih atau kurang. Contoh ayat : Murid itu kurang pandai daripada murid

lain.

DARJAH PENGHABISAN Darjah penghabisan dapat dilakukan dengan cara

berikut : 3. Se- + kata adjektif + gandaan +kata nama Contoh : Sepandai-pandai tupai

2) ter- + kata adjketif Contoh :Terpandai

3)Paling + kata adjektif Contoh : paling pandai 4)Kata adjektif + sekali Contoh : baik sekali

5)ter + amat/sangat +kata adjektif Contoh : teramat baik

6)amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali Contoh:amat pandai sekali.

Kata tugas

Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa adjektif.

Kata tugak mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa, dan ayat.

Berdasarkan kreteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata-kata tugas dapat dikelompokkan kepada:

(a) kata penyambung ayat;

(b) kata praklausa;

(c) kata prafrasa; dan

(d) kata pascakata

Kata penyambung ayat/kata hubung

Kata penyambung ayat ialah kata hubung

Kata hubung ini terbahagi kepada :

(a) kata hubung gabungan (kata hubung setara); dan

(b) kata hubung pancangan (kata hubung tak setara)

Kata hubung gabungan

1. Kata hubung gabungan menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya

2. Antara kata yang tergolong sebagai kata hubung gabungan termasuklah atau, dan, lalu, malahan, manakala, serta, tetapi, dan sambil.

3. Yang berikut ini ialah contoh penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat:

Dia membaca sambil mendengar muzik

Hani penyabar tetapi adiknya gelojoh

Anisah gemar akan buah ciku dan jambu

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama (klausa induk)

Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

(a) kata hubung pancangan relatif;

(b) kata hubung pancangan komplemen; dan

(c) kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif digunakan untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Kata relatif yang digunakan ialah yang

Contoh ayat Lelaki yang meminang anak gadis Tuk penghulu sudah

berumur

Kata hubung pancangan komplemen atau ringkasnya kata komplemen digunakan untuk menghubungkan sata klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang digunakan ialah bahawa dan untuk

Contoh ayat:

(a) Jurulatih kami menyatakan bahawa kami perlu berlatih dengan gigh.

(b) Kerajaan perlu meningkatkan sektor pertanian untuk mengawal inflasi

Kata hubung pancangan keterangan atau ringkasnya kata hubung keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.

Kata hubung keterangan terdiri darupada kategori yang berikut:

Kata hubung keterangan

Contohnya

Keterangan sebab kerana, lantaran, oleh sebab

Keterangan syarat sekiranya, kalau, jikalau, andai kata, jika

Keterangan akibat hingga, sehingga

Keterangan waktu sementara, ketika, setelah, tatkala, semasa, sewaktu, apabila, sebelum, selepas

Keterangan pertentangan walaupun, sungguhpun, kendatipun, meskipun, biarpun, sekalipun

Keterangan tujuan agar, supaya, untuk

Keterangan cara dengan

Keterangan bandingan seolah-olah, seperti

Kata praklausa

Kata praklausa ialah kata yang hadir di hadapan klausa

Antara kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata seru Dugunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan ayat seruan.

Antara perasaan yang dimaksudkan itu termasuklah hairan’takjub, sedih terkejut, marah, dan gembira.

Antara kata seru yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah aduh, aduhai, ah, amboi, celaka, cis, eh, ehem, oh, syabas, wah, dan wahai.

Contoh ayat:

Aduh, bisanya tikamanmu, Tuah!

Cis, pantang datuk nenek aku dinista begitu!

Wah, cantinya kereta ini!

Kata tanya

Digunakan untuk menanyakan sesuatu, contoh kata tanya ialah mengapa, berapa, bila, dan bagaimana.

Dalam ayat, kata tanya hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kata tersebut perlu disertai partikel –kah.

kata tanya boleh wujud dalam bentuk kata ganti nama seperti apa, siapa, dan mana.

Contoh penggunaan kata tanya:

Apakah nama pusat pentadbiran Malaysia yang baharu?

Bagaimanakah kesihatan bapa kamu sekarang?

Yang menang dalam pertandingan itu siapa?

Kata perintah

Digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan sesuatu tindak balas.

Contoh ayat perintah termasuklah jangan, usahm sila, jemput, minta, tolong dan harap.

Contoh penggunaan ayat perintah:

Harap murid-murid tidak melalui kawasan ini.

Jemput duduk, Tuan Haji.

Tolong undurkan kereta awak.

Usah dikenang perkara yang lalu

Kata pembenar

Digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan.

Kata pembenar yang wujud dalam bahasa Melayu ialah ya, benar, dan betul.

Contoh penggunaan kata pembenar:

Benar, air meliputi 70% daripada permukaan bumi

Betul, Tun Dr. Muhathir penasihat Petronas dan Proton.

Ya, Itali telah pun mengundurkan tenteranya dari Iraq.

Kata pangkal ayat

Hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

Kerap digunakan dalam bahasa klasik dan jarang-jarang digunakan dalam bahasa moden.

Antara kata pangkal ayat yang terdpat dalam bahasa Melayu termasuklah adapun, alkisah, arakian, hatta, kalakian, maka, sebermula, sekali peristiwa, dan syahadan.

Contoh penggunan dalam ayat.

Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas.

Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadapan Demang Lebar

Daun.

Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang.

Kata prafrasa

Hadir di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.

Kata prafrasa bolej dijeniskan kepada kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan.

Kata bantu

Bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna-makna tambahan daripada segi aspek waktu atau ragam.

Kata BantuKata bantu aspek

Kata bantu ragam

Kata bantu aspek

Menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.

Antara kata bantu aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah akan, belum, masih, pernah, sedang, sudah, dan telah

Contoh penggunaan kata bantu aspek:

Adik-adik Nora sedang melukis

Mereka sudah tiba di rumah

Sukarelawan Malaysia masih berada di Kashmir

Saya akan menyambung pelajaran di Mesir

Bayi itu belum bernama

Kata bantu ragam

Menerangkan ragam peraaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti boleh, dapat, harus, hendak, mahu, dan mesti

Contoh penggunaan kata bantu ragam

Kita mesti mengebumikan jenazah itu dengan segera.

Saya hendak membantu mereka

Aiman mahu pergi setelah diajak berkali-kali

Kita mesti minum selepas makan

“ Kamu boleh masuk jika ada tiket,” kata penjaga pintu.

Jamilah dapat menjawab semua pertanyaan menemu duga.

AKRONIM

Istilah (sumber Kamus Dewan edisi keempat) Kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf

pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA).

Konsep akronim

Dalam hal akronim dan singkatan ini, terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, termasuk pelajar-pelajar untuk membezakan konsep akronim dengan singkatan. Kedua-dua akronim dengan singkatan kata mempunyai fungsi dan cara pembentukannya yang tersendiri

Akronim ialah bentuk kata tunggal yang terjadi atau terbentuk daripada huruf-huruf pertama atau suku kata, ataupun bahagian-bahagian daripada perkataan-perkataan lain. Gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata ditulis serta dilafazkan sebagai satu kata yang wajar.

Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan. Hal ini menunjukkan cara pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang lain.

Contoh-contoh akronim

ASEAN Association of South East Asian Nations (Persatuan Negara-

negara Asia Tenggara).

CPU Central Processing Unit

DVD Digital Versatile Disc, Digital Video Disc.

PM Post Meridiem (after noon), Perdana Menteri (Prime

Minister).

Mg

- [kimia] Magnesium (Magnesium).

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

HIV Human Immunodeficiency Virus.

lwn. lawan

i.e. istilah ekonomi (economic term).

SIRIM Standards and Industrial Research Institute of Malaysia

(Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).

8MP

- Eighth Malaysian Plan.

KATA PENGUATKata yang mendahului kata adjektif untuk menguatkan maksud Tiga jenis kata penguat

Penguat hadapan

Penguat belakang

Penguat bebas

Kata penguat hadapan-perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.-contohnya,terlalu, paling, dan agak.-contohpenggunaannya dalam ayat:

Terlalu sukar untuk mendaki gunung itu. Masakan ibunya paling sedap. Buku yang dibawanya itu agak tebal.

Kata penguat belakang -perkataan yang letaknya di belakang kata

adjektif. -contohnya, sekali, benar, dan nian. -contoh penggunaan dalam ayat:

Kelakuan budak-budak itu baik sekali.Lambat benar bas itu tiba.Indah nian pemandangan di pulau peranginan ini.Cantik benar rumah di atas bukit itu.Indah nian puteri bunian.

Kata penguat bebas -perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas,iaitu

sama ada di hadapan atu di belakang kata adjektif. -contohnya, amat, sangat, dan sungguh. -contoh penggunaan dalam ayat:

a)Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. b)Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. a)Sungai itu sangat dalam. b)Sungai itu dalam sangat. a)Pemandangan di perbatasan sungguh indah. b)Pemandangan di perbatasan indah sungguh.

KATA PENEGAS

Berfungsi memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Dua jenis kata penegas: a)yang menegaskan hanya frasa predikat atau

bahagian-bahagiannya. -contoh: -kah, -lah, dan –tah -contoh penggunaan dalam ayat: i)Siapakah yang merasmikan bangunan itu? ii)Apatah daya kita. iii)Dialah bakal isteri saya.

b)menegaskan kedua-dua bahagian ayat,iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.

-contoh: juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang

-contoh penggunaan dalam ayat:

Kami juga ingin ke pekan. Encik Abu pun datang,tentu sekali pekerja-pekerjanya

akan datang jua. Budak-budak memang suka permainan itu. Tetamu kehormat itu belum tiba lagi. Hujan hanya akan turun pada musim dingin.

KATA NAFIPerkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.Dua bentuk kata nafi:bukan dan tidak.Kata bukan menjadi unsur nafi kepada frasa nama dan frasa sendi nama.Contohnya:

i)Makanan itu bukan untuk Ratna tetapi untuk adiknya.

ii)Projek itu bukan usaha saya. iii)Surat itu bukan untuk kakak.

Kata tidak menjadi unsur nafi kepada frasa kerja dan frasa adjektif.Contohnya:

i)Ayah tidak bekerja kerana demam. ii)Rumah kami tidak besar sangat.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa membawa maksud pertentangan maklumat.Contohnya:

i)Dia bukan berceramah tetapi berleter. ii)Murid itu bukan sahaja bijak, tetapi rajin juga.

KATA PEMERI Menjadi unsur pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Kata pemeri dalam bahasa Melayu:ialah dan adalah. Cara Pemerihalan

Secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri

ialah

Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri

adalah

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan menunjukkan persamaan atau ekuatif.Contoh penggunaan dalam ayat:

☺Tokoh Maal Hijrah 1426 ialah Tuan Haji Uthman El-Muhammady.

Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif

dan frasa sendi nama.Contoh penggunaan dalam ayat:

☻Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya adalah palsu.

Kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi,kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif.

Contoh penggunaan dalam ayat: -Malaysia ialah bukan pengeluar emas.(tidak

gramatis) Malaysia bukan pengeluar emas.(gramatis)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

KATA SENDI NAMAPerkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.Tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.Terdapat juga kata sendi nama yang menganggotai golongan kata yang lain,iaitu:

-akan(juga berfungsi sebagai kata bantu) -dalam(juga berfungsi sebagai kata nama arah

dan kata adjektif) -sampai(juga berfungsi sebagai kata kerja) -antara(juga berfungsi sebagai kata nama arah)

JENIS-JENIS KATA SENDI NAMA

1. Kata sendi nama “di”: Digunakan khusus di hadapan kata nama

atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

- Contoh: Pertunjukan itu diadakan di Kota Bharu.

Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.

- Contoh: Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.

- (bukan : Raja Iskandar memerintah di zaman itu.)

2. Kata sendi nama “ke”: Digunakan di hadapan kata nama yang

menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Contoh : Mereka akan ke Kuantan esok. Digunakan juga di hadapan kata nama yang

menunjukkan waktu atau masa. Contoh : Mesyuarat itu berlangsung dari

pukul 9.00 hingga ke pukul 11.00 pagi. Tidak boleh digunakan di hadapan kata

nama yang merujuk manusia atau binatang.

Tolong berikan barang ini kepada Ali. (bukan : Tolong berikan barang ini ke Ali.)

3. Kata sendi nama “ dari” : Menunjukkan tempat atau arah.- Contoh : Orang tua itu merantau dari

Kedah hingga ke Johor. Menunjukkan waktu atau masa. Contoh : Kerajaan itu terkenal sejak dari

kurun ke-18.

4. Kata sendi nama “ daripada “ : Menyatakan punca bagi manusia, haiwan,

benda, dan unsur mujarad. Contohnya : Daripada siapakah gerangan surat

ini? Menyatakan maksud sumber atau asal

kejadian sesuatu benda. Contohnya : Ukiran itu diperbuat daripada

logam. Menunjukkkan perbezaan atau

perbandingan - Contohnya : Edisi kedua buku itu lebih

lengkap daripada edisi pertama.

5. Kata sendi nama “ kepada “ : Menyatakan sasaran yang merujuk

manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya : Ali mengirim surat kepada

abang. Menyatakan pecahan. Contohnya : Peserta bengkel dipecahkan

kepada dua kumpulan. Menyatakan perubahan keadaan. Suhu badannya meningkat kepada 39`c.

6. Kata nama sendi “ pada “ : Menunjukkan keterangan waktu apabila

mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa.

Contohnya : Seminar itu bermula pada hari ini. Apabila didahului perkataan “ada”, mesti

diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.

Contohnya : Wang itu ada pada ibu. Sebagai perkataan yang terletak di hadapan

kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

Contohnya : Tuliskan nama pada kertas ini.

7. Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” : Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu.- Contohnya : Kereta itu untuk/bagi

kegunaan pejabat sahaja. Menyatakan maksud bahagian yang

ditentukan atau diperuntukkan.Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh ditukar ganti dengan bagi.

Contohnya : Ayah membeli kereta untuk ibu.

8. Kata sendi nama “demi” : Bertugas membawa makna tujuan dan

digunakan di hadapan kata nama.- Contohnya : Rakyat Malaysia mesti

bersatu padu demi kestabilan negara. Digunakan juga sebagai unsur penegas. Contohnya : Demi Allah, aku tidak akan

mengulangi perbuatan itu. Digunakan dalam ungkapan untuk

melahirkan makna urutan satu. Contohnya : Buku itu disusun di atas

meja satu demi satu.

9. Kata sendi nama “tentang” : Digunakan sebagai unsur yang membawa

maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu. Contohnya : Mereka berbincang tentang

masalah negara.

10. Kata sendi nama “seperti”, “bagai”, “umpama”, “ laksana” :

Mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai kata di hadapan kata nama yang membawa maksud perbandingan.

Contohnya : Pemuda itu berlagak seperti/bagai/umpama/laksana/ orang kaya.

11. Kata sendi nama “dengan” : Membawa maksud bersama-sama atau beserta. Contohnya : Ayah pergi ke pekan dengan ubi. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya : Dia memulakan setiap pekerjaan

dengan bacaan doa. Membawa maksud memakai atau

menggunakan, iaitu sebagai alat. Contohnya : Ani melukis potret itu dengan cat

air. Menyatakan keadaan perbandingan yang

serupa atau sama.- Contohnya : Warna bajunya sama biru dengan

warna bajuku.

12. Kata sendi nama “sejak”, “semenjak” : Bertugas membawa maksud penanda

waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama.

Contohnya : Hasnah sentiasa sugul sejak/semenjak kematian suaminya.

13. Kata sendi nama “terhadap” : Digunakan sebagai unsur yang membawa

maksud rujukan yang melibatkan manusia atau haiwan.

- Contohnya : Jangan bersikap biadap terhadap orang tua.

14. Kata sendi nama “akan” : Digunakan di hadapan kata nama yang

merujuk manusia, dan pengunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

- Contohnya : Wanita itu amat rindu akan anaknya.

15. Kata sendi nama “oleh” : Menunjukkan hubungan pembuat dalam

ayat pasif. Contohnya : Buku Pelita Bahasa Melayu

terkarang oleh Za’ba. Menunjukkan hubungan yang membawa

maksud sebab. Contohnya : Pemain badminton itu kalah

oleh (sebab) kekurangan latihan.

16. Kata sendi nama “hingga” dan “sampai” :

Untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat.

Contohnya : Pegawai itu berjaga hingga/sampai pagi.

17. Kata sendi nama “dalam” dan “antara” : Berfungsi sebagai kata sendi nama yang

membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak

Contohnya : Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.

- Contohnya : Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.