View
85
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman tauhid di kalangan pelajar dalam penyelewengan akhlak dan displin. Pelajar bukan sahaja perlu mengetahui maksud tauhid semata-mata, tetapi aspek yang terpenting adalah faham akan objektifnya dan beramal dengan tauhid itu sendiri lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ibadah supaya yang terbit daripadanya adalah amalan sahsiah muslim.
Citation preview
KEFAHAMAN TAUHID DI KALANGAN PELAJAR DALAM PERMASALAHAN AKHLAK DAN
DISPLIN: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
Lukman Hakimi Bin Ahmad & Nor Azma Binti Manan
Pensyarah Jabatan Pengajian Am
Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran
Kolej Komuniti Temerloh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman tauhid di kalangan pelajar
dalam penyelewengan akhlak dan displin. Ia dijalankan terhadap 70 orang responden yang
terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Temerloh yang sedang mengikuti sijil sepenuh masa
dan sijil modular kebangsaan (SMK). Objektifnya adalah untuk melihat sejauhmanakah
tahap kefahaman pelajar tentang konsep tauhid Islam lantas mengaplikasikannya ke dalam
kehidupan yang berdisplin dan berakhlak. Kajian ini menggunakan kaedah survey iaitu
soalan kaji selidik berbentuk tertutup yang mengandungi 36 soalan bagi menjawab objektif
kajian. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif
digunakan bagi menghuraikan peratus, kekerapan, min, dan sisihan piawai berdasarkan
beberapa faktor yang digunakan dalam kajian ini. Manakala analisis secara kualitatif pula
digunakan untuk menganalisis dan menghurai dapatan data kuantitatif. Pada
keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawasanya masih lagi terdapat pelajar
yang kurang faham tentang persoalan tauhid. Sebanyak 49.3% mewakili 34 responden yang
tidak faham tentang tuntutan tauhid di dalam Islam. Jumlah ini menunjukkan terdapat
banyak aspek-aspek kelemahan di dalam diri remaja masakini. Sementara itu, bagi mereka
yang faham dan tahu tentang tauhid Islam juga masih lagi terjerumus di dalam tsunami
akhlak dan displin. Ini mungkin sekali berlaku kerana salah satu faktor lemahnya iman di
kalangan mereka dalam mengekang keinginan nafsu. Lantaran itu, soalan yang berkaitan
praktikal amalan sahsiah muslim di dalam kehidupan mereka menunjukkan purata nilai
minnya kebanyakkan berada pada tahap yang tidak baik iaitu 2.500 hingga 3.000. Di kajian
ini juga, penulis mencadangkan beberapa langkah yang dirasakan sesuai bagi menangani
masalah ini. Cadangan-cadangan ini ditujukan kepada para pensyarah, institusi pengajian,
pelajar, keluarga pelajar dan juga media massa. Kesimpulan daripada kajian ini, penulis
merasakan bahawa pelajar bukan sahaja perlu mengetahui maksud tauhid semata-mata,
tetapi aspek yang terpenting adalah faham akan objektifnya dan beramal dengan tauhid itu
sendiri lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ibadah supaya yang terbit daripadanya adalah
amalan sahsiah muslim.
PENGENALAN
Islam diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW dan merupakan satu-
satunya agama yang diredhai oleh Allah
SWT sebagaimana firmanNya di dalam Al-
quran Al-karim :
Maksudnya : ‘ Sesungguhnya agama disisi
Allah adalah Islam”.
Baginda menyeru dan
membentangkan akidah Islam kepada
manusia. Pokok akidah yang utama iaitu
Rukun Iman pertama yang menuntut
kepercayan kepada Allah SWT adalah
merupakan asas kepada ilmu Tauhid.
Tauhid kepada Allah SWT sebenarnya
terbahagi kepada tiga iaitu tauhid
Rubbubiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan juga
Tauhid Asma’ Wal-siffat.
Tauhid Rubbubiyyah adalah
pengakuan bahawa Allah SWT sahajalah
yang mencipta, memiliki, menghidup,
mematikan, memberi manfaat, memberi
mudarat, memperkenankan doa hamba-
hambaNya, berkuasa penuh terhadap
mereka, mengurniakan mereka, menahan
nikmat kepada mereka, dan kepunyaan
Allah urusan segala makhluk. Termasuk
dalam bahagian tauhid ini adalah beriman
kepada qudrat Allah SWT yakni yakin
bahawa tiap-tiap sesuatu yang berlaku
tidak terkeluar daripada qudrat dan
iradah Allah SWT.
Tauhid Uluhiyyah pula adalah
beriktikad bahawa Allah SWT adalah
Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan
selainNya dan Dia mestilah diesakan
dalam ibadat. Tauhid ini berasaskan
ikhlas kepada Allah SWT pada zahir dan
batin dalam erti kata lain kegiatan ibadah
tidak dikerjakan untuk yang lain selain
Allah SWT. Kerana itu orang yang
beriman kepada Allah SWT, ia hanya
beribadah kepada Allah SWT, bukan
kepada yang lain. Ia mengikhlaskan cinta,
takut, harapan, doa, tawakkal, taat, patuh
tunduk, segala jenis dan bentuk ibadah
hanya kepada Allah SWT.
Manakala Tauhid Asma’ Wal-siffat
pula adalah beriktikad bahawa Allah SWT
besifat dengan sifat-sifat kesempurnaan,
suci bersih daripada segala sifat
kekurangan dan sifat-sifat Allah SWT
tidak menyerupai sifat-sifat makhluk,
dengan erti kata lain kita isbatkan bagi
Allah nama-nama dan sifat-sifat yang
Allah SWT sendiri menetapkannya di
dalam Al-quran bagi zatNya dan
mengisbatkannya oleh Rasullulllah SAW
di dalam hadis tanpa mengubah makna-
makna dan lafaz-lafaznya.
Disamping persoalan akidah dan
mengajak manusia seluruhnya
mengtauhidkan Allah SWT Yang Esa,
Rasullullah SAW juga menekankan
tentang akhlak. Maka kegiatan Rasullullah
SAW banyak sekali menekankan tentang
usaha-usaha pembentukan peribadi
muslim iaitu membuang sifat-sifat tercela
(mazmumah) lantas menggantikannya
dengan sifat-sifat yang terpuji dan mulia
(mahmudah). Seseorang muslim yang
beriman dengan sebenar-benar iman
akan dapat meningkatkan nilai diri di
mata masyarakat. Begitu juga dengan
umat yang mengikuti ajaran Islam secara
sempurna dan lengkap. Rasululullah SAW
mendidik manusia supaya berakhlak dan
berdisplin kerana ia membawa kemulian
umat.
ISU-ISU AKHLAK DAN DISPLIN
Pelajar merupakan harapan
bangsa untuk memacu negara ke arah
yang lebih gemilang lantas dihormati di
seluruh pelusuk dunia. Pada peringkat
tumbesaran manusia, peringkat
pelajarlah yang paling mencabar. Ini
kerana di usia inilah mereka lebih
cenderung kepada sifat ingin tahu dan
mencuba sesuatu yang baru.
Masalah akhlak dan displin ini
amatlah membimbangkan hari demi hari.
Utusan Malaysia, 28 april 2009, seorang
pelajar yang berusia 17 tahun direman
polis selama dua hari kerana
mencetuskan pergaduhan selepas
menonton perlawanan akhir Piala FA di
Bukit Jalil melibatkan perlawanan antara
pasukan Negeri Kedah dengan Negeri
Kelantan. Pergaduhan ini timbul ekoran
daripada perang mulut yang berlaku di
antara kedua-dua pihak. Harian Metro, 19
Mei 2010, seorang pelajar berusia 15
tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan
teman lelakinya, Muhammad Safiuddin
Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka
Baru mengaku bersalah secara bersama-
sama menyembunyikan kelahiran
seorang bayi lelaki dan
mengebumikannya di tepi sebatang
sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu
Berendam.
Che Ngah Ismail ,Timbalan
Pengarah 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) negeri, berkata sebanyak 422 kes
melibatkan pelajar sekolah yang terbabit
dalam pelbagai gejala sosial terutamanya
jenayah.Pelajar hari ini lebih terdedah
kepada persekitaran yang begitu
mencabar dan memberi kesan ke atas
perkembangan fizikal, emosi, psikologi
dan sosio-budaya. Justeru pelbagai isu
gejala sosial banyak sekali membabitkan
mereka termasuk penyalahgunaan dadah,
kes bunuh, samun, rogol, buli dan hamil
tanpa nikah.
Sementara itu, penglibatan
golongan pelajar berusia antara 15 hingga
20 tahun dalam kegiatan jenayah dilihat
semakin membimbangkan apabila indeks
jenayah pembabitan mereka kini
mengalami peningkatan yang drastik.
Berdasarkan kajian Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (YPJM), pelajar yang
terlibat dalam jenayah pada usia itu
meningkat sebanyak 1,947 kes atau 38
peratus sepanjang tahun lalu berbanding
1,409 kes yang dicatatkan sepanjang
2009. Lebih membimbangkan, jenayah
melibatkan golongan pelajar juga
meningkat separuh pada tahun 2010 iaitu
43 peratus (3,218 kes) berbanding 2,242
kes pada tahun sebelumnya.
Merujuk kepada titah ucapan Raja
Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang
menyebut perangkaan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan
2,500 anak luar nikah direkodkan setiap
bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Dalam ucapan baginda turut menyebut,
anak luar nikah berketurunan Melayu
meningkat daripada 16,100 pada tahun
2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008
dan 17,303 pada 2009.
Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Senator Datuk Dr
Mashitah Ibrahim, berkata secara
puratanya, seorang bayi luar nikah
dilahirkan pada setiap 17 minit di negara
ini. Beliau turut berkata, “Malah sejak
2000 hingga Julai 2008, statistik daripada
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
menunjukkan bilangan bayi yang tidak
dicatatkan nama bapa dalam sijil
kelahiran adalah seramai 257,000 dan
angka berkenaan amat membimbangkan,
sekali gus memerlukan perhatian serius
daripada semua pihak,”.
Kenyataan oleh Ismail Awang
dalam artikelnya “ Gejala Sosial Perlu
Ditangani Secara Konsisten”, menyebut
dari tahun 1983 terdapat 81,000 anak
haram dan jumlah ini meningkat kepada
211,000 pada tahun 1993.
Kita melihat krisis atau kemelut
moral dan displin masyarakat berpunca
daripada pegangan akidah yang rendah
dalam mengtauhidkan Allah SWT.
Manusia keseluruhannya dituntut supaya
memperhambakan diri kepada Allah SWT
dalam segenap segi kehidupan. Manusia
yang patuh kepada Allah SWT sebenarnya
mereka yang beriman kepada Allah SWT.
Jika akidah adalah akar kepada
kepercayaan, semestinya pokoknya pula
adalah keimanan yang terbit daripada
Rukun Iman. Beriman kepada Allah SWT
merupakan Rukun Iman yang pertama.
Rukun yang pertama inilah yang
merupakan asas kepada tauhid Islam.
Cara atau kaedah perlaksanaan
tauhid ini berdasarkan kepada dua
prinsip asas penting yang membentuk
definisi tauhid iaitu pertama dengan
mengesakan Allah SWT dalam erti
kalimah Lailahaillallah (tiada tuhan yang
wajib disembah selain Allah SWT).
Manakala yang kedua pula adalah ibadat
yang dikerjakan mestilah dalam ertikata
mengesakan Allah SWT walau apa jua
jenis ibadat dalam erti kata lain ‘amar
makruf nahi mungkar’ iaitu membuat
perkara yang disuruh dan meninggalkan
apa yang dilarang Allah SWT.
Oleh itu, kita seharusnya sedar akan
kepentingan ilmu tauhid dikalangan
pelajar muda-mudi masakini kerana ianya
mengajak supaya bertuhan Allah SWT
Yang Esa dan bukan nafsu semata-mata.
Pelajar yang mempunyai asas akidah yang
kukuh disamping kefahaman tauhid yang
tinggi pasti akan dapat mendidik diri
mereka ke arah kehidupan yang lebih
berdisplin dan berakhlak sebagaimana
yang dituntut oleh Islam. Mereka yang
berjaya mendidik jiwa dan hati mereka
dengan roh Islam pasti akan menjadi
modal insan yang kompeten dalam
membangunkan negara menuju ke status
negara maju selaras dengan acuan Islam.
Pelajar yang beriman akan sentiasa ikhlas
melakukan sesuatu kerana Allah SWT.
Pelajar yang seperti ini akan membentuk
watak yang telus dan tulus dalam
melakukan apa sahaja dalam hidupnya.
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencari jawapan untuk
permasalahan ini, objektif kajian perlulah
bertepatan dengan kehendak sebenar
kajian. Oleh itu, objektif utama kajian ini
ialah untuk menilai sejauh manakah
tahap kefahaman tauhid di kalangan
pelajar. Objektif yang kedua pula adalah
mengkaji kaitan antara kefahaman tauhid
pelajar dengan masalah akhlak dan
displin mereka. Manakala objektif yang
terakhir adalah untuk melihat sejauh
mana pelajar mempraktikkan kehidupan
beragama di dalam kehidupan seharian
mereka.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah
survey (soal selidik) yang berbentuk
tertutup (close ended). Soalan ini
ditujukan kepada pelajar-pelajar Kolej
Komuniti Temerloh supaya mereka
memberi jawapan secara jujur terhadap
soalan yang dikemukakan dari pelbagai
aspek yang berkaitan dengan soalan-
soalan kajian. Data yang diperolehi
dianalisis secara kekerapan, peratus, min
dan juga sisihan piawai dengan
menggunakan Statistical Package for the
Sosial Sciences Versi 16 (SPSS)
Populasi kajian
Pelajar Kolej Komuniti Temerloh
yang sedang mengikuti kursus sepenuh
masa (Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil
Penyenggaraan Bangunan, Sijil Teknologi
Maklumat) dan pelajar Sijil Modular
Kebangssan (SMK) meliputi bidang IT,
fesyen dan penyenggaraan bangunan.
Lokasi Kajian
Kolej Komuniti Temerloh, Kememterian
Pengajian Tinggi Malaysia
Sampel kajian
50 peratus daripada pelajar Kolej
Komuniti Temerloh yang sedang
mengikuti kursus sepenuh masa (Sijil
Fesyen dan Pakaian, Sijil Penyenggaraan
Bangunan, Sijil Teknologi Maklumat) dan
pelajar Sijil Modular Kebangssan (SMK)
meliputi bidang IT, fesyen dan
penyenggaraan bangunan di Kolej
Kumuniti Termerloh
Alat Kajian (instrument)
Soalan soal selidik berbentuk tertutup
(close ended) yang mengandungi 36 item
soalan bagi mendapat maklumat yang
berkaitan bagi menjawab soalan-soalan
kajian. Soalan-soalan soal selidik
mencakupi aspek-aspek :
1. Sejauhmanakah tahap kefahaman
pelajar terhadap konsep tauhid di
dalam Islam
2. Apakah kaitan anatara kefahaman
tauhid pelajar dengan perbuatan
mereka seharian.
3. Adakah pelajar mempraktikkan
kehidupan beragama di dalam
kehidupan.
Kaedah penganalisan data
Secara keseluruhan, data kajian ini
dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.
Kaedah analisis kuantitatif digunakan
bagi menghuraikan peratus, kekerapan,
min, dan sisihan piawai berdasarkan
beberapa faktor yang digunakan dalam
kajian ini. Manakala analisis secara
kualitatif pula digunakan ntuk
menganalisis dan menghurai dapatan
data kuantitatif.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dianalisis
mengikut kehendak dan persoalan kajian.
Setiap data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Sosial Sciences Versi 16
(SPSS). Kekerapan, peratus, min dan
sisishan piawai diambil untuk tujuan
analisis ini.
Nota : Skala Likert
1 = sangat setuju
2 = setuju
3 = tidak setuju
4 = sangat tidak setuju
Nota : Nilai min
0.00 hingga 2.00 = Amat Baik
2.00 hingga 2.50 = Baik
2.50 hingga 3.00 = Tidak Baik
3.00 hingga 4.00 = Amat Tidak
Baik
Menilai Sejauh Manakah Tahap Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar
BIL. PERKARA 1 2 3 4 MIN S.PIAWAI
1. Saya faham maksud Tauhid
Uluhiyyah, Rubbubiyyah dan Asma’
wa Siffat .
4.3%
(3)
46.4%
(32)
30.4%
(21)
18.8%
(13)
2.64 0.84
2. Saya beriman kepada Allah SWT
dalam segenap perkara
30.3%
(20)
39.4%
(26)
24.2%
(16)
6.1%
(4)
2.06 0.89
3. Saya tahu bahawa Allah SWT Maha
Melihat, Mendengar dan Mengetahui
apa yang saya buat.
84.1%
(58)
11.6%
(8)
4.3%
(3)
0%
(0)
1.20 0.50
4. Dalam melakukan sesuatu perkara,
matlamat saya adalah untuk
mendapat keredhaan Allah SWT.
57.1%
(40)
31.4%
(22)
8.6%
(6)
2.9%
(2)
1.57 0.77
5. Saya tahu Allah SWT juga bersifat
murka jika saya melanggar
perintahNya
68.6%
(48)
21.4%
(15)
8.6%
(6)
1.4%
(1)
1.43 0.71
6. Saya tahu bahawa tujuan manusia
diciptakan adalah sebagai hamba dan
khalifah dan saya berpegang
dengannya.
61.4%
(43)
30.0%
(21)
8.6%
(6)
0%
(0)
1.47 0.65
Jadual 1
Mengkaji Kaitan Antara Kefahaman Tauhid Pelajar Dengan Masalah Akhlak Dan Displin
BIL. PERKARA 1 2 3 4 MIN S.PIAWAI
1. Saya sentiasa melakukan
sesuatu dengan neraca iman
2.9%
(2)
44.1%
(30)
42.6%
(29)
10.3%
(7)
2.60 0.72
2. Saya menjauhi diri daripada
melakukan perkara yang tidak
berakhlak dan berdisplin
kerana saya tahu Allah SWT
Maha Melihat, Mendengar dan
Mengetahui
24.3%
(17)
41.4%
(29)
25.7%
(18)
8.6%
(6)
2.19 0.91
3. Saya sentiasa melakukan
sesuatu pekerjaan dengan niat
ibadah
17.1%
(12)
58.6%
(41)
20.0%
(14)
4.3%
(3)
2.11 0.73
4. Saya sentiasa meletakkan
kepentingan agama di depan
daripada keinginan nafsu
dalam melakukan kerja
seharian.
18.6%
(13)
48.6%
(34)
31.4%
(22)
1.4%
(1)
2.16 0.73
5. Saya tahu bahawa akhlak yang
baik adalah hasil daripada
keimanan kepada Allah SWT
53.6%
(37)
42.0%
(29)
4.3%
(3)
0%
(0)
1.51 0.58
6. Saya tahu Allah SWT
mengkehendaki hambaNYa
menurut perintah dan
meninggalkan laranganNya dan
saya mentaatinya dalan
kehidupan seharian
27.1%
(19)
45.7%
(32)
27.1%
(19)
0%
(0)
2.06 0.74
7. Saya menjaga hubungan saya
dengan Allah SWT, oleh itu,
saya sentiasa mentaatinya
13.0%
(9)
44.9%
(31)
39.1%
(27)
2.9%
(2)
2.32 0.74
8. Saya tidak melakukan perkara
yang bertentangan dengan
agama kerana saya tahu ianya
berdosa
25.7%
(18)
42.9%
(30)
27.1%
(19)
4.3%
(3)
2.10 0.84
9. Saya sentiasa memikirkan mati,
oleh itu saya takut untuk
melakukan dosa
24.3%
(17)
40.0%
(28)
30.0%
(21)
5.7%
(4)
2.17 0.87
Jadual 2
Melihat sejauh mana pelajar mempraktikkan kehidupan beragama di dalam
kehidupam seharian mereka
BIL. PERKARA 1 2 3 4 MIN S.PIAWAI
1. Saya tidak melibatkan diri
dengan gejala mat rempit dan
melepak
27.1%
(19)
27.1%
(19)
31.4%
(22)
12.9%
(9)
2.43 0.80
2. Saya tidak pernah
meninggalkan solat fardhu
1.4%
(1)
18.8%
(13)
60.9%
(42)
18.8%
(13)
2.97 0.66
3. Saya sentiasa membaca Al-
quran
1.4%
(1)
23.2%
(13)
56.5%
(39)
18.8%
(13)
2.93 0.69
4. Saya tidak pernah datang lewat
ke kelas kecuali dengan alasan
yang munasabah
28.6%
(20)
35.7%
(25)
27.1%
(19)
8.6%
(6)
2.16 0.94
5. Saya tidak pernah menipu 1.4%
(1)
14.5%
(10)
53.6%
(37)
29.0%
(20)
3.71 0.57
6. Saya sentiasa mengeluarkan
perkataan yang baik kepada
kawan saya dan tidak
menggelarkannya dengan
panggilan yang tidak
disukainya
5.7%
(4)
28.6%
(20)
51.4%
(36)
14.3%
(10)
2.74 0.77
7. Saya sentiasa menjaga aurat
saya samada di dalam atau di
luar kolej
24.3%
(17)
35.7%
(25)
31.4%
(22)
8.6%
(6)
2.24 0.92
8. Saya mematuhi peraturan
displin kolej
21.7%
(15)
42.0%
(29)
27.5%
(19)
8.7%
(6)
2.23 0.89
9. Saya tidak pernah bergaduh 11.6%
(8)
26.1%
(18)
36.2%
(25)
26.1%
(18)
2.77 0.97
10. Saya tidak pernah menonton
filem lucah dan hiburan yang
bertentangan dengan agama
15.7%
(11)
24.3%
(17)
44.3%
(31)
15.7%
(11)
2.60 0.94
11. Saya sentiasa batas-batas dan
adab-adab dalam pergaulan
11.4%
(8)
35.7%
(25)
42.9%
(30)
10.0%
(7)
2.51 0.83
Jadual 3
PERBINCANGAN
Jadual 1 : Menilai Sejauh Manakah Tahap
Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar
Jadual 1 menunjukkan tahap
kefahaman pelajar terhadap konsep
tauhid di dalam Islam. Sebanyak 50.7 %
mewakili 35 responden bersetuju bahawa
mereka mengetahui maksud tauhid di
dalam Islam berbanding 49.3% mewakili
34 respondan yang tidak mengetahui
maksud tauhid dan ia berada pada tahap
yang tidak baik iaitu dengan nilai minnya
2.64. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa sebanyak 69.7% mewakili 46
responden yang beriman kepada Allah
SWT dalam segenap perkara berbanding
30.3% mewakili 20 respondan yang
mengaku tidak beriman kepada Allah
SWT dalam kehidupan mereka. Manakala
ia berada pada tahap yang baik iaitu nilai
minnya adalah 2.06. Selain itu, dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa
sebanyak 91.4% mewakili 54 respondan
yang tahu bahwa tujuan manusia
diciptakan adalah sebagai hamba dan
khalifah di muka bumi berbanding hanya
8.6% mewakili 6 respondan sahaja yang
tidak bersetuju dengannya.
Walaubagaimanapun ia berada pada
tahap yang amat baik berdasarkan
kepada nilai minnya adalah 1.47.
Jadual 2 : Mengkaji Kaitan Antara
Kefahaman Tauhid Pelajar Dengan
Masalah Akhlak Dan Displin
Jadual 2 menunjukkan 47%
mewakili 32 respondan yang sentiasa
melakukan sesuatu dengan neraca iman.
Ia amatlah mengecewakan kerana mereka
yang tidak bersetuju mewakili 53% iaitu
seramai 38 orang respondan manakala
nilai minnya berada pada tahap yang
tidak baik iaitu 2.60. Sementara itu, jika
kita perhatikan sebanyak 65.7% mewakili
46 respondan yang beriman dengan sifat-
sifat Allah SWT seperti Maha Melihat,
Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
dengan nilai min yang baik iaitu 2.19,
75.7% (53) bersetuju melakukan sesuatu
dengan niat ibadah, 67.2% (47) pula
bersetuju meletakkan iman di depan,
72.8% (51) mengikut perintah dan
meninggalkan larangan Allah SWT, 57.9%
(40) bersetuju menjada hubungan dengan
Allah SWT, 68.6% (48) yang bersetuju
faham tentang konsep dosa dan sebanyak
64.3% (45) respondan yang bersetuju
sentiasa mengingati mati. Kesemuanya
berada pada tahap yang baik kerana nilai
minnya adalah di antara 2.00 hingga 2.50.
Selain itu, data kajian juga menunjukkan
bahwa sebanyak 95.6% (66) bersetuju
bahawa akhlak yang baik adalah hasil
daripada keimanan kepada Allah SWT
yang mana nilai minnya berrada pada
tahap yang amat baik iaitu 1.51.
Jadual 3 : Melihat sejauh mana pelajar
mempraktikkan kehidupan beragama di
dalam kehidupam seharian mereka
Jadual 3 menunjukkan bahawa
54.2% (38) bersetuju tidak melibatkan
diri dengan gejala merempit dan
melepak,64.3% (45) yang bersetuju tidak
pernah datang lewat kecuali dengan
alasan yang munasabah, 60% (42) juga
bersetuju sentiasa menjaga aurat dan
63.7% (44) yang bersetuju sentiasa patuh
dengan peraturan kolej. Sementara itu,
minnya berada pada tahap yang baik iaitu
2.00 hingga 2.50. Selain itu, dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa 79.7%
(55) tidak bersetuju bahawa mereka tidak
pernah meninggalkan solat, 75.3% (52)
juga tidak bersetuju sentiasa membaca al-
Quran, 65.7% (46) tidak bersetuju tidak
pernah mengeluarkan kata-kata kesat,
62.3% (43) juga tidak bersetuju bahawa
mereka tidak pernah bergaduh, 60% (44)
yang pernah melihat filem lucah dan
melalaikan dan sebanyak 52.9% (37)
yang tidak menjaga batas-batas pergaulan
anatara bukan muhrim. Sementara itu,
nilai minnya pula berada pada tahap yang
tidak baik iaitu 2.50 hingga 3.00.
Manakala itu, sebanyak 82.6% (57) yang
mengaku pernah menipu. Ini
menunjukkan fenomena yang
membimbangkan kerana nilai minnya
berada pada tahap yang amat tidak baik
iaitu 3.71.
RUMUSAN
Berdasarkan kepada hasil data dan
dapatan dapat disimpulkan bahawa para
pelajar kurang faham tentang konsep
tauhid di dalam Islam. Ini boleh dilihat
kepada skor nilai min yang
kebanyakannya mununjukkan puratanya
2.00 hingga 2.50 yang melambangkan
tahap yang baik. Rata-rata pelajar
bersetuju tentangnya. Islam
mengkehendaki umatnya faham
sepenuhnya tanpa sedikitpun penafian
yang mana ia seharusnya berada pada
tahap yang amat baik. Itu adalah
kewajipan seorang muslim terhadap Allah
SWT.
Sebenarnya mereka masih lagi
tidak beriman secara total kepada Allah
SWT. Hati mereka hanya mengaku
bahawa Allah SWT adalah tuhan sekalian
alam dan memiliki sifat-safat
kesempurnaan tetapi mereka tidak
berupaya menterjemahkannya melalui
amal perbuatan iaitu dengan kata lain
melalui ibadat. Pengukuran tentang
pengabdian mereka kepada Allah SWT
masih lagi berada di tahap yang rendah.
Walaupun mereka sedar akan
tanggungjawab dan tugas seorang hamba
kepada Penciptanya tetapi tingkah laku
dan perbuatan mereka masih lagi jauh
ketinggalan jika hendak dibandingkan
dengan amal ibadat sebenar seorang
hamba yang sejati.
Mereka faham tentang Tauhid
Rubbubiyyah yang mengaku dengan hati
tentang keesaan, pemilikan dan
kekuasaan Allah SWT, mereka juga dilihat
beriman dengan nama-nama dan sifat-
sifat bagi Allah SWT, tetapi mereka gagal
berkelakuan seperti yang dituntut oleh
Tauhid Uluhiyyah yang wajib mengesakan
Allah SWT melalui ibadat dengan
meninggalkan serta melupakannya secara
rakus dan menyimpang. Akhlak dan
displin mereka tidak melambangkan
perbuatan sebenar seorang muslim yang
beriman, patuh serta tunduk kepada Allah
SWT.
Jika kita teliti dengan lebih
mendalam, sebenarnya ukuran yang
didapati daripada hasil kajian bukanlah
kehendak Islam terhadap penganutnya
yang mana ia berada di tahap yang baik
bahkan Islam mengkehendaki umatnya
berada pada tahap yang amat baik. Islam
menyeru umatnya beriman kepada Allah
SWT secara total tanpa ada pemisah
antaranya. Kefahaman inilah yang
sepatutnya dihayati oleh pelajar-pelajar
kita dalam menempuh zaman yang penuh
dengan kemaksiatan dan kejahilan ini.
Kebanyakkan pelajar kita
mengamalkan kehidupan yang terpesong
dan lari daripada landasan sebenar Islam.
Data menunjukkan bahawa masih lagi
terdapat pelajar-pelajar yang terlibat
dengan perkara-perkara yang tidak
berakhlak dan tidak berdisplin seperti
melepak, melibatkan diri dengan gejala
mat rempit, meninggalkan solat fardhu,
tidak membaca Al-Quran, ponteng kuliah
tanpa alasan yang munasabah, suka
menipu, memanggil rakan-rakan dengan
gelaran yang tidak disukai, tidak menutup
aurat, tidak mematuhi peraturan displin
kolej, suka bergaduh, menonton filem
lucah serta hiburan yang tidak
bermanfaat dan tidak menjaga adab dan
batas-batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
Untuk itu, penekanan konsep
tauhid yang menitikberatkan soal ibadah
perlu ditanam ke dalam kotak pemikiran
pelajar. Mereka perlu diasuh dan diajar
tentang ketaatan dan kepatuhan kepada
Allah SWT. Paling penting, mereka perlu
mengubah tingkah laku yang menjurus
kepada ibadah menyembah Allah SWT.
Dalam konteks ibadah, sesungguhnya
segala tingkah laku yang dilakukan hanya
untuk Allah SWT dan sudah semestinya ia
adalah perkara dan perbuatan yang
bermoral, berakhlak dan berdiplin.
CADANGAN
Penulis ingin mengemukakan
beberapa cadangan untuk membantu
meyelesaikan masalah akhlak dan displin
dikalangan pelajar. Berikut adalah
merupakan antara cadangan-
cadangannya :
1. Ceramah motivasi yang berkaitan
dengan akhlak dan displin
2. Pihak kolej berperanan untuk
mewujudkan biah solehah
(persekitaran yang baik) bagi
membantu mendidik akhlak dan
displin pelajar seperti
mengasingkan tempat duduk
antara lelaki dan perempuan dan
sebagainya.
3. Mengadakan aktiviti keagamaan
secara menyeluruh dan bersepadu
4. Subjek Pendidikan Islam juga
perlu dimasukkan topik-topik
Tauhid Islam sebagai langkah
untuk memantapkan kefahaman
pelajar.
5. Pelajar perlu menanamkan sifat
bertanggungjawab ke atas diri
mereka.
6. Pelajar perlu melibatkan dengan
aktiviti yang dijalankan oleh
pensyarah mahupun kolej seperti
program keagamaan dan juga
khidmat komuniti.
7. Pelajar juga haruslah
mengamalkan hidup beragama
dalam kehidupan dan menjauhi
perkara-perkara yang tidak
berakhlak dan berdisplin. Ibadah
fardhu kepada Allah SWT haruslah
dijaga disamping
memperbanyakkan amalan sunat.
8. Pendekatan keimanan perlu
diterapkan kembali ke dalam diri
pelajar. Rukun Iman dan Rukun
Islam perlu diberi nafas baru
supaya ia terpahat kukuh ke dalam
diri pelajar.
9. Pelajar juga harus diberi
pendekatan tauhid supaya mereka
sentiasa beriman kepada Allah
SWT. Pengabdian diri secara total
bukan sahaja melibatkan kepada
kepercayaan tetapi juga ibadah
yang dilakukan hanya kepada
Allah SWT.
10. Peneguhan ilmu akidah dan tauhid
dari kecil terhadap anak-anak.
Anak-anak yang mendapat tunjuk
ajar dan perhatian daripada
ibubapa boleh menapis unsur-
unsur yang tidak sihat di luar serta
dapat menjauhinya.
11. Pengaruh media cetak dan media
elektronik hendaklah ditapis dan
dikawal dengan ketat. Pihat
berwajib hendaklah memainkan
peranan dalam menapis bahan-
bahan media massa ini supaya
tidak menghidangkan perkara-
perkara yang bertentangan dengan
Islam.
PENUTUP
Dalam kontek pembangunan
masyarakat ke arah kecemerlangan dalam
setiap aspek sebagaimana menjadi hasrat
agama, negara dan bangsa adalah
dirasakan bahawa akhlak dan displin
dikalangan pelajar merupakan suatu
aspek yang penting. Justeru itu akhlak
dan displin perlu diperkukuhkan dan
dipertingkatkan melalui penerapan
tentang kefahaman tauhid secara
menyeluruh meliputi Tuahid Uluhiyyah,
Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma’
Wa Siffat dikalangan mereka bagi
memastikan cita-cita dan aspirasi yang
dituju tercapai. Kemerosotan aklahk dan
displin mereka bererti penyelewengan
daripada misi yang ditugaskan kepada
mereka. Langkah-langkah pencegahan
perlu diambil supaya punca masalah
akhlak dan displin dapat dikenalpasti bagi
membolehkan tindakan yang berkesan
untuk diatasi, dirancang dan seterusnya
dilaksanakan. Oleh itu, saya berharap
segala maklumat yang dipaparkan di
dalam kajian ini keseluruhannya
diharapkan dapat membangkitkan
kesedaran dan kepekaan semua pihak,
bahawa membentuk pelajar yang
berakhlak dan berdisplin memerlukan
sokongan dan bantuan daripada semua
supaya kita dapat menghasilkan modal
insan yang bukan sahaja cemerlang
pemikirannya tetapi juga tinggi akhlak
serta displinnya.
RUJUKAN
Abdul Hamid Al-Gahazali (2004).
Perkara-perkara Asas Dalam Agenda
Kebangkitan Ummah : Kajian
Berdasarkan Gagasan Iman Al-Banna.
Solehan Ayub (terj.). Selangor :
Penerbitan Teras Bakti
Abdul Kadir Ibrahim, & Nor Azizah Shamli
(2005). Modul Kolej Komuniti :
Pendidikan Islam. Selangor : Bahagian
Pembangunan Dan Kurikulum, Jabatan
Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti.
Abdul Rahman Abdullah (2002). Sejarah
& Tamadun Islam. Selangor : Pustaka Ilmi
Fadzil Mohd. Noor (1986). Risalah
Tauhid. Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar
Fathi Yakan (2004). Strategi Hidup Secara
Islam Mengajak Umat Ke Jalan Allah.
Megat Ahmad Supian (terj.). Selangor :
Crescent News Sdn Bhd.
Hassan Al-Banna (2002). Allah Dalam
Aqidah Islam. Muhammad Baihaqi (terj.).
Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.
Harun Din (1992). Tasawur Islam. Shah
Alam : Pustaka Hizbi
Ibrahim Muhammad (2001). Keindahan
Akidah Islam. Kuala Lumpur : Pustaka
Hizbi
Ismail Ali (1996). Aqidah dan Perjuangan.
Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa
Jalaludin Zool (1995). Zaman Remaja :
Meniti Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan
Publication
Hart, M. H (2003). Tokoh Yang Paling
Berpengaruh Dalam Sejarah. Selangor :
Golden Book Centre Sdn. Bhd.
Mohamed Asin Dolah (1993). Konversi
Agama, Pengertian Dan Bentuknya Dalam
Usuludin Dan Falfasah. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia
Sayed Sabiq (2005). Akidah Islam
(Menurut Al-Quran dan Hadis). Kuala
Lumpur: Pustaka Salam
Muhammad Khadari Rofie (2003).
Pendidikan Islam. Pahang : PTC
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Naim Yasin, (2001).
Iman:Rukun, Hakikat & Pembatalan.
Abdul Rahman Abdullah (terj.). Kedah:
Pustaka Darussalam Sdn Bhd.
Yusof Al-Qardawi (1987). Pengertian
Tauhid. Abdul Majid Abdullah (terj.).
Kuala Lumpur : Pustaka Salam
Zakaria Stopa (2001). Akidah & Akhlak
Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur
: Utusan Publication.
Recommended