View
2.770
Download
129
Category
Preview:
DESCRIPTION
bola baling
Citation preview
2.2 Kemahiran Asas Bola Baling.
Dalam permainan bola baling, teknik kemahiran amat penting. Untuk
mendapatkan peningkatan tahap kemahiran, pemain harus melalui teknik pengelolaan
latihan yang teratur. Kebolehan deria dan pergerakan motor seeorang pemain juga
sangat penting dalam peningkatan pretasi dirinya. Tambahan lagi, disiplin diri dan sikap
semula jadi akan menyesuaikan diri pemain untuk menjalani latihan kemahiran dengan
besungguh-sungguh. Secara umumnya, kemahiran asas bola baling dapat di bahagikan
kepada sembilan aktivit yang terdiri daripada berlari, melompat, membuat hantaran dan
tangkapan, menangkap, menggelecek, menghadang, menjaring, mengacah dan
menjaga pintu gol.
1. Berlari
Berlari merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan bola baling.
Kelebihannya adalah dapat melakukan pelbagai gerakan yang spontan seperti larian
pecut, lari sisi, larian ke belakang, dan larian mengejut. Dengan memiliki kemahiran ini,
pemain akan dapat mengawal larian dengan bijak serta mengubah-ubah hala supaya
dapat merancang serangan dan mengelirukan pihak lawan semasa perlawanan.
2. Melompat
Melompat merupakan satu kemahiran mempunyai kelebihan dalam permainan
bola baling. Lompatan yang tinggi dapat menyambut hantaran bola dan menjaringkan
gol. Semasa di udara pemain dapat membuat pelbagai gerakan yang mengelirukan
penjaga gol pihak lawan menjangka balingannya.
3. Hantaran Dan Tangkapan
Setiap pemain haruslah menguasai kemahiran menbuat hantaran dan tangkapan
dengan tangan dan bola. Untuk menguasai kemahiran ini perlu teknik dan latihan yang
berterusan. Kejayaan sesebuah pasukan adalah bergantung kepada kemahiran baik
daripada kemahiran hantaran dan tangkapan pemanin yang bagus. Contoh kemahiran
menghantar adalah seperti :-
14
i. Hantaran atas bahu
ii. Hantaran atas kepala
iii. Hantaran lob
iv. Hantaran paras dada
v. Hantaran sisi
vi. Hantaran lantun sebelah tangan
vii. Hantaran lantun dua belah tangan
Berikut adalah gambar kemahiran hantaran dalam permainan bola baling : -
15
Rajah 4 Hantaran atas bahu
Hantaran atas kepala
Hantaran Paras Dada Hantaran Sisi
Hantaran lob
4. Tangkapan ( Menangkap Bola )
Kemahiran hantaran dan menangkap bola merupakan kombinasi kemahiran
penting dalam pengawalan bola. Prinsip utama adalah mengawal bola, mematikan
kelajuan, memegang dengan cengkaman tangan yang fleksibel. Tangkapan yang yang
kemas juga memerlukan ketajaman mata dan jangkaan kepantasan untuk menangkap
bola. Tangkapan yang tepat juga berkait dengan kebolehan melontar bola dengan tepat
ke sasaran.
16
Rajah 5 Hantaran Lantun Sebelah Tangan
Rajah 6 Kedudukan jari dan tangan
Rajah 8 Menyambut Bola Aras Muka
Hantaran Lantun dua belah Tangan
Rajah 7 Menyambut rendah
5. Menggelecek Mengacah Dan Mengawal Bola
Menggelecek adalah satu kemahiran melantunkan bola di lantai dengan sebelah
tangan sahaja sambil membuat gerangan serangan.Kebolehan jari membuka luas akan
dapat mengawal pergerakan bola menuju ke pihak lawan.Semasa membuat lantunan
bola hendaklah menolak bola ke arah hadapan padang.
17
Rajah 9 Menyambut Bola dengan sebelah tangan
Rajah 10 Menyambut Bola tinggi
Rajah 11 Menggelecek sambil menukar arah
Rajah 13 Menggelecek sambil mengawal bolaRajah 14 Menggelecek sambil mengacah
Rajah 12 Mengacah dua lawan satu
6. Menghadang Dan Mengawal
Menghadang atau mengawal adalah bertjuan untuk menghalang serangan gol
oleh pihak lawan. Ia jugabertujaun untuk melambatkan serangan supaya rakan-rakan
sempat melakukan pertahanan. Dengan menghalang juga akan dapat mematahkan
perancangan serangan pihak lawan. Selain itu, halangan juga boleh memberikan ruang
atau kesempatan pada rakan untuk membuat serangan berterusan dan sentiasa
berusaha merampas bola semula apabila bola dikawal pihak lawan.
18
Rajah 15 jenis-jenis menghadang
7. Teknik Menjaring Gol
Jaringan gol merupakan kemuncak permainan bola baling. Jaringan yang cantik
akan memberikan kepuasan dan menjadi keseronokan pada penonton. Perangkaan
jaringan gol dal permainan ini boleh mencecah ke puluhan gol. Terdapat pelbagai teknik
dalam kemahiran menjaring gol.
19
Rajah 16 jenis-jenis rejaman
8. Kemahiran Penjaga Gol
Dalam permainan bola baling, penjaga gol merupakan barisan terakhir
pertahanan pasukan. Penjaga gol mmerupakan pemain yang penting yang bertugas
menghalang setiap cubaan jaringan pihak lawan dari 9 meter dan dianggap satu
kelebihan jika dapat menyelamatkan percubaan jarak dekat 6 meter. Penjaga gol
haruslah mempunyai kelebihan dari segi kecergasan mental, fizikal serta keseimbangan
emosi yang tinggi agar dapat mengawal permainan sepanjang masa perlawanan.
Rajah 17 kemahiran menjaga gol
20
Recommended