View
216
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
penulisan rph
Citation preview
EDU 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TAJUK
KUMPULANEL-BP03 (A121PJJ)
PECAHAN IIILAPORAN KAJIAN TINDAKAN
PEMARKAHAN1 RAKAMAN 12 REFLEKSI 13 RAKAMAN 24 REFLEKSI 25 RPH6 LAPORAN KT7 FORUM
JUMLAH
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFONPUAN ALINA BINTI SARMAN D20112052789 017-7442436
NAMA TUTOR E-LEARNING:DR. NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF
Isi Kandungan
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Penghargaan 3
2. Abstrak 4
3. Fokus Kajian 4
4. Objektif Kajian 5
5. Kumpulan Sasaran 5
6. Tindakan 5-6
7. Dapatan Kajian 7
8. Penilaian dan Refleksi 8
9. Cadangan dan Kajian Seterusnya 8
10. Bibliografi 9
11. Lampiran 10-11
2
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
PENGHARGAAN
SEKILAS BICARA
Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian
Tindakan pada kali ini.
Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kota Dalam, Guru-guru Penolong Kanan serta rakan seperjuangan yang telah memberikan
dorongan dan kerjasama dalam menjayakan dan melengkapkan kajian tindakan ini.
Dengan sokongan dan idea serta kerjasama mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas
kerja kajian tindakan ini, demi untuk meningkatkan penguasaan aspek tatabahasa di kalangan
murid-murid tahap satu.
Wassalam.
Alina Binti Sarman
(Guru Bahasa Malaysia)
S.K. Kota Dalam
3
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
1. Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan penggunaan
huruf besar. Pemilihan kumpulan sasaran kajian ini saya lakukan melalui pemerhatian yang
telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Saya dapati masih
terdapat murid yang melakukan kesilapan dalam penggunaan huruf besar sama ada dalam
membina ayat atau pada permulaan menulis ayat.
Saya telah menerangkan semula konsep Kata Nama Khas dan Kata Nama Am kepada
murid-murid di dalam kelas. Walau pun topik ini telah dipelajari pada semester pertama, namun
saya mengulang semula supaya murid-murid dapat meningat kembali pelajaran tersebut. Saya
juga menyoal secara lisan contoh-contoh kata nama khas sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menggunakan teknik warna bagi menulis huruf besar
agar murid lebih dapat mengingat.
2. Fokus Kajian
Refleksi Awal P&P Lalu
Saya mengajar di kelas 1 Bestari yang terdiri daripada 25 orang murid. Murid-murid kelas ini
merupakan murid-murid yang tidak mempunyai banyak masalah dalam pembelajaran. Semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati masih
terdapat murid yang melakukan kesilapan dalam membina dan menulis ayat mudah
berdasarkan gambar yang diberi. Kesilapan dalam membina dan menulis ayat yang mereka
4
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
lakukan ialah penggunaan huruf besar dalam ayat dan juga permulaan ayat. Situasi ini tidak
boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis.
Saya rasa kecewa kerana masih terdapat murid yang melakukan kesalahan yang sama walau
pun telah diberi penerangan dan diajar sebelum ini. Saya dapati murid-murid masih keliru
tentang konsep penggunaan tatabahasa Kata Nama Khas dan Kata Nama Am dalam
penulisan. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik berwarna dalam pengajaran dan latih tubi
untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan ini, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan
penguasaan penggunaan huruf besar di kalangan murid-murid.
Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan
strategi yang sesuai. Ini
3. Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar di dalam kalangan
murid Tahun Satu.
Meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar pada permulaan
ayat.
Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar.
4. Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam yang terletak kira-kira 5 kilometer dari
pekan Air Hitam, Batu Pahat, Johor. Kajian ini melibatkan 25 orang murid Tahun Satu Bestari
yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.
Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan 19
perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf
besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi
5
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah
tersebut.
5.0 Tindakan
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam peringkat tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian ke atas proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan di dalam kelas. Semasa proses
pengajaran pembelajaran berlangsung saya telah dapat mengesan dan mengenal pasti bahawa
terdapat beberapa orang murid yang menghadapi masalah dalam membina dan menulis ayat
yang mudah. Sewaktu menulis ayat di dalam lembaran kerja yang diberikan, saya mendapati
murid-murid ini melakukan kesalahan dari segi penggunaan huruf besar sama ada pada
permulaan ayat dan penggunaan kata nama khas yang salah. Walau pun pengajaran pada
semester akhir tetapi murid-murid masih belum dapat menguasai lagi penggunaan huruf besar
dalam pembinaan ayat. Saya melihat hasil kerja pada buku latihan Bahasa Malaysia yang lain
dan juga mata pelajaran lain turut mendapati terdapat kesalahan yang sama.
5.2 Pelaksanaan Tindakan
5.2.1 Semasa Sesi Pengajaran Kelas
Saya menerangkan konsep penggunaan Kata Nama Khas dan Kata Nama Am kepada murid-
murid. Walau pun sebelum ini telah belajar aspek tatabahasa yang sama namun saya perlu
mengulang semula topik tersebut. Saya meminta murid-murid untuk mengkategorikan Kata
Nama Khas dan Kata Nama Am berdasarkan petikan yang telah diberikan.
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid, saya juga menerangkan konsep kata nama
khas mengikut kategori masing-masing. Saya juga memberikan contoh-contoh yang berkaitan.
Selain itu, saya telah meminta murid-murid mengulang semula secara lisan kata nama khas
mengikut kategorinya.
5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
6
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
Saya telah menggunakan teknik warna dalam latih tubi yang saya berikan kepada murid-murid.
Dalam setiap penulisan murid-murid perlu menggunakan pensel warna dalam setiap huruf
besar. Penggunaan pensel warna di harap dapat meningkatkan daya ingatan mereka. Item
latihan untuk murid-murid adalah seperti berikut:-
1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.
Murid membaca petikan yang diberi oleh guru dan mengenal pasti dan menyebut
kata nama khas.
2. Menyalin semula ayat dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang betul
menggunakan pensel warna.
Murid menggunakan warna biru bagi permulaan ayat dan warna hijau bagi kata
nama khas yang terdapat dalam ayat.
3. Membina ayat mudah berdasarkan gambar dan menggunakan pensel warna bagi
menggunakan huruf besar.
Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi masalah
yang dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh kajian. Teknik bimbingan
ini dapat mendekatkan diri saya dengan responden dan memudahkan proses peneguhan dan
penambahbaikan dilakukan. Aktiviti yang dijalankan adalah :
6.0 Dapatan Kajian
Setelah semua aktiviti mengikut item latihan dijalankan, terdapat peningkatan di dalam
penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar di kalangan murid-murid tersebut. Saya telah
menjalankan ujian pra dan ujian sebenar ke atas murid-murid yang terlibat. Perbandingan
markah bagi ujian pra dan ujian pos mengikut item latihan murid adalah seperti berikut:
BIL NAMA UJIAN PRA
ITEM1 ITEM2 ITEM3
UJIAN SEBENAR
ITEM1 ITEM2 ITEM3
1 Muhd Hazwan Bin Anuar 70% 65% 50% 80% 80% 85%
7
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
2 Muhd Aiman Bin Sudani 45% 50% 45% 60% 70% 80%
3 Muhd Fareizan Bin Hairul 50% 60% 45% 70% 80% 80%
4 NurSyamimi Binti Ahmad 55% 50% 40% 70% 75% 80%
5 Nurshahindah Binti Zulkifli 45% 50% 40% 75% 80% 85%
6 NurShabilla Binti Zulkepli 50% 60% 40% 80% 85% 90%
Bagi murid-murid yang telah dikenalpasti menghadapi masalah penggunaan huruf besar telah
melaksanakan ujian mengikut item latihan dan peratus markah mereka keseleuruhannya telah
meningkat pada ujian sebenar.
7.0 Penilaian dan Refleksi
Berdasarkan ujian pra dan ujian sebenar yang telah saya laksanakan di dalam kelas
pengajaran pembelajaran saya dapati bahawa murid-murid tersebut telah meningkat
penguasaan mereka dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas
semasa membina ayat mudah.
Peningkatan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar telah banyak membantu
meningkatkan peratus pencapaian ujian bulanan dan peperiksaan. Malah turut juga membantu
meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.
8.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Oleh kerana aktiviti yang telah saya jalankan berjaya meningkatkan penguasaan murid-murid
dalam penggunaan huruf besar, maka saya berhasrat ingin meneruskan kajian terhadap
penggunaan tanda baca. Ini kerana berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru-
guru yang lain masih ramai murid-murid yang melakukan kesalahan tanda baca dengan tidak
meletakkan tanda noktah pada akhir ayat.
Saya berharap kajian ini akan dapat saya laksanakan dan mendapat kerjasama terutamanya
dari guru-guru bahasa yang lain.
8
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
Bibliografi
Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim:
Penerbit UPSI
Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2,
Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Creswell, J.W. ((2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Menthods
Approaches (2nd Ed), Thousand Oaks: sage
Siti Sarah Binti Abdul Malik, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf. (2010). Buku
Teks Tahun Satu. Dewan Bahasa Pustaka.
Siti Sarah Binti Abdul Malik, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf. (2010). Buku
Aktiviti Jilid Satu Tahun Satu. Dewan Bahasa Pustaka.
9
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
LAMPIRAN
Nama : _________________________ Kelas : _______________
Latihan Item 1
Membaca petikan dan mengenalpasti Kata Nama Khas.
Nama saya Izzati. Umur saya lapan tahun. Saya tinggal di Taman Indera. Saya mempunyai kakak dan seorang abang. Nama bapa saya ialah Encik Abdul Rahman. Bapa saya bekerja sebagai doktor gigi. Nama ibu saya ialah Puan Sabariah. Ibu saya tidak bekerja.
Hobi saya pada masa lapang ialah membaca buku cerita. Saya bercita-cita menjadi seorang pensyarah. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Nama sahabat baik saya ialah Amira. Kami belajar di kelas yang sama. Amira tinggal di Taman Cempaka.
Nama : _________________________ Kelas : ________________
Latihan Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. saya dan keluarga melancong ke pulau langkawi.
________________________________________________________ .
2. salmi dan azura pergi ke sekolah menaiki basikal.
________________________________________________________ .
10
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
3. kucing saya bernama si comel.
________________________________________________________ .
4. abang ahmad memandu kereta proton saga.
________________________________________________________ .
5. ibu saya mengajar di sekolah kebangsaan bukit pantai.
________________________________________________________ .
Nama : ______________________________ Kelas : ________________
Latihan Item 3
Membina ayat berdasarkan gambar.
1.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
3.
11
PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN 2 D20112052789
________________________________________________________________
____________________________________________________________________
12
Recommended