View
321
Download
21
Category
Preview:
Citation preview
KES PERAS UGUT DI SEKOLAH
Disediakan Oleh :
Junaidah Binti RamliMohammad Azrie Bin AminullahMohammad Isa Bin Hadjarat
Pensyarah : En Donatus Justin
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan
pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan
remaja. Kejadian jenayah tersebut telah
menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan
pelajar dan remaja. persoalannya, apakah
punca-punca yang menyebabkan berleluasanya
kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja
dan apakah masalah ini dapat diatasi?
Pendahuluan
DEFINISI
PERBANDINGAN
CARA MENGATASI
PUNCA BERLAKU
PERAS UGUT
Definisi Peras Ugut
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat, peras ugut membawa maksud :
Perbuatan atau kegiatan meminta wang, barang kemas dll dgn mengugut atau mengancam utk melakukan sesuatu yg membahayakan, memalukan dsb diri mangsa
PUNCA BERLAKU KES PERAS UGUT
Didikan yang kurang sempurna daripada ibu
bapa dan keluarga.
Kedaifan kehidupan keluarga
Sikap negatif pelajar sendiri
Penguaatkuasaan peraturan sekolah yang
longgar
Penubuhan kumpulan-kumpulan ganster di
sekolah
Pengaruh rakan sebaya.
Media massa
Didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga.
Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti peras ugut dan lain-lain
Pengaruh rakan sebaya
Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan peras ugut dan sebagainya.
Media massa
Tidak dinafikan kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti peras ugut, rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah
Penubuhan kumpulan-kumpulan ganster di sekolah
Edisi Pahang: Mengejutkan, Kumpulan Samseng Sekolah “Geng Kapak” Kini Menjelma Di Pekan !!Posted on April 9, 2010 by pemudasarawakPEKAN, 8 April [7.10 am] - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Mahmud Mat dekat sini yang sering menjadi mangsa buli dan peras ugut rakan-rakan sekelasnya telah dibelasah dengan kerusi dan ditumbuk apabila dia akhirnya membuat laporan kepada pengetua kerana tidak tahan lagi dibuli. Mangsa, Norizan Janal Abidi yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Jalan Tanjung Selangor itu mendakwa telah menjadi mangsa empat pelajar lelaki dari kelasnya. Kumpulan itu mengelar diri mereka “Geng Kapak”. Kumpulan samseng sekolah itu telah bertindak menyerang dan memukul mangsa di dalam kelas pada lebih kurang pukul 1 petang Selasa lalu, disaksikan oleh seluruh kelas berkenaan sebaik sahaja pengetua masuk ke kelas itu dan bertanyakan kumpulan pelajar lelaki berkenaan. Pada masa itu mereka tidak berada di dalam kelas berkenaan. Ketua Polis Pekan Superintenden Yahya Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes tersebut kini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas orang lain. Ibu bapa mangsa telah mengadakan pertemuan dengan pengetua sekolah berkenaan semalam. Mangsa yang ditemui di kediamannya di sini memberitahu dia telah menjadi mangsa buli hampir setiap hari sejak Februari lalu. “Biasanya mereka memeras ugut dengan meminta wang sekurang-kurangnya 50 sen atau satu ringgit. Malah mereka bertindak dengan membuat pemeriksaan badan ke atas saya bagi mencari wang dalam saku saya,” katanya.
Kedaifan kehidupan keluarga
- Kehidupan serba kekurangan mendesak untuk melakukan
peras ugut.- Faktor ekonomi keluarga.- Latar belakang keluarga yang
sedemikian.
Sikap negatif pelajar sendiri- Berbelanja lebih daripada
kemampuan- Dendam terhadap guru
( peras ugut terhadap guru )
- Salah guna kemahiran ( seni pertahanan tekwando)
- Tidak suka berterus terang dengan guru.
Penguaatkuasaan peraturan sekolah yang longgar.
- Tidak memandang serius terhadap kes
peras ugut.- Guru tidak menyiasat
apabila menerima aduan.- Guru tidak mengambil
tindakan yang adil untuk kedua-dua belah pihak dengan memberi nasihat dan bimbingan.
CARA MENGATASI
CARA MENGATASI
Institusi Kekeluargaan
Sistem Pendidikan
Masyarakat
Kenegaraan
INSTITUSI KEKELUARGAAN
Peranan Ibu bapaa. Ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang
lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.
b. Ibu bapa sentiasa memantau pergaulan anak mereka. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.
c. Komunikasi ibu bapa dan anak dari aspek psikologi, fisiologi dan keselamatan
SISTEM PENDIDIKAN
Peranan sekolaha.Pihak sekolah juga perlu memantapkan
lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan. pelajar seperti peras ugut, ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius
b.Semua guru adalah guru disiplin. Walaupun disekolah telah menetapkan beberapa orang guru untuk mengurus peraturan dan disiplin sekolah, namun kita jangan lupa semua guru perlu bertanggungjawab mengawal dan mengatasi kes salah laku di sekolah supaya tidak berleluasa.
c.Guru sebagai role modeld.Peranan PRS dan kaunseling.
( memberikan motivasi )
MASYARAKAT
Peranan PIBGa.Sebagai orang tengah antara
guru dan ibu bapab.Mengadakan seminar dan
motivasi untuk para pelajar di sekolah.
c.Pemantau dan penilai terhadap perjalanan di sekolah
d.Membela nasib guru.e.Membantu dalam aktiviti
sekolah seperti gotong-royong
KENEGARAAN
Perana Kementerian Pelajaran
1.Sistem Kurikulum sekolah sekular
( menekankan aspek keagamaan)2.Sistem penyiaran
media massa dan elektronik (pantau dan edit )
3.Merancang program yang berfaedah.
( dalam Kurikulum)
PERBANDINGAN PERAS UGUTDAHULU DAN SEKARANG
Aspek Dahulu Sekarang
1. Tempat Tersembunyi (tertutup)
Terbuka
2. Masa Semasa waktu persekolahan
Tidak mengira waktu
3. Tujuan Dapatkan keperluan sekolah
Wang, barang berharga
4. Cara -Secara lisan sahaja-Perseorangan
-Terhadap murid sahaja.
-Secara lisan berserta tindakan-BerkumpulanTerhadap guru juga
5. Akibat6. Kesan
IndividuPerasaan ( sakit hati)
Melibat keluargaKecederaan, pembunuhan, tekanan imosi.
7. Cara mengatasi
Pihak sekolah Sekolah, PIBG, polis
Eow Boon Hin, Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat, Puteri Nilofar Ahmed Kamil, (2008), Moral Educaation, Selangor :Pearson Malaysia SDN BHD.Fakuiti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi (1998, Prosiding Seminar Kebangsaan, Isu-Isu Pendidikan Negara , Selangor Darul Ehsan :Fakulti Pendidikan.Hamedah Wok Awang, Normah The(2009) Sekolah Sebagai Pembangunan Modal Insan, Kuala Lumpur: PTS Professinal.Iynette K. Chandler Dan Carol M. Dahlquist, (2002), Fungtional Asessment, Columbus, Ohoi :Merrill Prentice HallLawrence M. Hinman (2000) Contemporary Moral Issues Diversity And Consensus, United States Of America :Prentice Hall.Mok Soong Sang (2009) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Selangor:Penerbitan Multimedia SDN. BHD.SPI Bil.1/1972 : Peraturan- Peraturan SekolahSPI Bil.16/1998 : Menangani Kegiatan Gangster Di Sekolah.SPI Bil.6/2001 : Peringatan Mengenai Pengaruh Negative H Dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah.SPI Bil.8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin SekolahSPI Bil.9/2000 : Panduan Keselamatan Diri PelajarSPI Bil.9/2001 : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negative
RUJUKAN
SEKIAN
Recommended