View
234
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
internship
Citation preview
LAPORAN PROJEK INOVASI
PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
1.0 TAJUK INOVASI :...............................................................................................................1
2.0 PENGENALAN...................................................................................................................1
3.0 OBJEKTIF...........................................................................................................................2
4.0 RASIONAL.........................................................................................................................2
5.0 SASARAN..........................................................................................................................2
6.0 PERNYATAAN MASALAH...................................................................................................3
7.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK.............................................................................................6
8.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK..................................................................................7
9.0 KOS PROJEK......................................................................................................................9
10.0 TINJAUAN DAN KAJIAN...................................................................................................10
11.0 CARA MENGUMPUL DATA..............................................................................................12
11.1 Huraian Kaedah Pengumpulan Data...........................................................................13
12.0 ANALISIS DATA...............................................................................................................16
12.1 Analisis data ujian pra dan ujian pasca.......................................................................16
13.0 PELAKSANAAN PROJEK INOVASI.....................................................................................19
13.1 Plan Pelaksanaan Projek.............................................................................................19
13.2 Langkah Pengunaan "Kaedah TTS" (Tiang Tetingkap Sifir).........................................20
LAMPIRAN:..................................................................................................................................24
ii
MUKA SURAT
LAPORAN PROJEK INOVASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
1.0 TAJUK INOVASI :
Operasi Bahagi Menggunakan "Kaedah TTS" (Tiang Tetingkap Sifir)
2.0 PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam
sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi
dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 4
Bestari di SK Mohd Shah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran oparasi
bahagi yang dianggap sukar dan membosankan.
1
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Membentuk minat belajar matematik menggunakan kaedah yang baru .
2. Meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam operasi bahagi.
3. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan
kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.
4.0 RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba
boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
5.0 SASARAN
Murid Tahun 4, di SK Paya Jakas, terutamanya yang menghadapi masalah
dalam menguasai kemahiran operasi bahagi dalam bentuk lazim.
2
6.0 PERNYATAAN MASALAH
Operasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid
berbanding tiga operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut
beliau dalam penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development
of Inversion on Multiplication/ Division Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab
dan bahagi adalah lebih lambat jika dibandingkan dengan tambah dan tolak (Robinson,
2006). Selain itu juga, bahagi merupakan operasi yang lebih kompleks jika dibandingkan
dengan operasi tambah tolak dan darab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rich dan
Schmidt dalam buku Review of Elementary Mathematics pada tahun 1997 iaitu
pendaraban boleh didefinasikan sebagai penambahan berulang, dan operasi bahagi boleh
ditakrifkan sebagai penolakan secara berulang (Parkes A., 2008). Selain itu, operasi
bahagi ini juga menjadi masalah kepada murid kerana operasi ini tidak mempunyai
algoritma iaitu bentuk lazim seperti operasi y
ang lain. Hal ini juga turut dinyatakan oleh (John Back, 2007), algoritma pembahagian
tidak sama seperti algoritma penambahan, penolakan dan pendaraban di mana operasi
bagi algoritma ini diselesaikan dari kanan ke kiri, manakala algoritma pembahagian
diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan. Hal ini menunjukkan
operasi bahagi kelihatan sangat-sangat berbeza berbanding operasi lain. Oleh yang
demikian, murid kurang mempraktikkan operasi ini dan menyebabkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi ini menjadi lemah.
Sememangnya tidak dapat dinafikan soalan yang melibatkan operasi bahagi
nombor 5-digit dengan 1-digit dan 2-digit menimbulkan masalah yang agak serius dalam
3
kalangan murid-murid saya. Saya telah mengenalpasti beberapa kecuaian dan kesilapan
yang dilakukan oleh mereka semasa menjalankan Ujian Diagnostik. Antara kecuaian
atau kesilapan yang dilakukan adalah seperti di bawah :
Rajah 1 : Contoh Jawapan Murid
Kesukaran yang sering dihadapi oleh murid apabila nombor yang dibahagi
adalah besar iaitu nombor lima digit seperti soalan dalam Rajah 1. Saya dapati
kebanyakan murid tidak menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul dan hal ini
menyebabkan pembahagian digit seterusnya adalah salah, seterusnya jawapan yang
diperolehi juga adalah salah.
Kesukaran ini berlaku kerana kurangnya penguasaan sifir dan tidak mengikut
langkah-langkah yang betul dalam pengiraan bentuk lazim bagi operasi bahagi tersebut.
Murid telah melakukan kesilapan dengan menurunkan 2 setelah digit 5 dibahagi 2,
sepatutnya murid menurunkan 4 dibawah digit 5. Apabila langkah permulaan dengan
menurunkan nombor yang salah, maka langkah-langkah seterusnya juga adalah salah.
Sikap sambil lewa dalam kalangan murid saya dan penguasaan sifir yang lemah antara
4
punca kegagalan mereka dalam menjawab soalan-soalan melibatkan operasi bahagi yang
saya berikan dalam ujian diagnostik dan latihan harian.
Rajah 2 : Contoh jawapan murid
Dalam Rajah 2 pula, murid saya telah melakukan kesilapan dalam menulis hasil
bahagi. Murid saya menulis 5 sebagai hasil bahagi digit 5 dengan 5, di mana sepatutnya
murid menulis 1 sebagai hasil bahagi dan ditulis atas garisan, atas digit 5. Kesilapan
pertama yang dilakukan menyebabkan langkah-langkah pengiraan seterusnya juga
adalah salah dan akhirnya jawapan yang diberikan juga salah. Pengetahuan dan
pemahaman mengenai prosedur menjalankan operasi bahagi bentuk lazim juga menjadi
isu permasalahan dalam kalangan murid-murid Tahun 4.
5
7.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK
Berdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan operasi bahagi murid
Tahun 4 Bestari, saya telah menetapkan skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan
perhatian terhadap meningkatkan penguasaan dalam operasi bahagi nombor sehingga
lima digit dengan satu digit. Kemahiran menyoal yang saya laksanakan semasa
pengajaran adalah dalam kawalan saya bagi melaksanakan projek inovasi ini. Dalam
menentukan skop projek yang sesuai, saya telah menjadikan soalan-soalan di bawah
sebagai panduan dan penanda aras :
i. Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidikan dan
inovasi?
Ya. Masalah operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit
wujud dalam amalan penyelidikan. Hanya bergantung kepada guru untuk
mengambil berat akan masalah ini atau pun hanya mengabaikannya.
ii. Bolehkah penyelidik atau guru melakukan sesuatu terhadap situasi atau masalah
tersebut bagi penambahbaikannya?
Boleh. Saya menggunakan Kaedah ‘TDS’ di mana ia paling sesuai dan mudah
difahami oleh murid-murid saya dalam melakukan pengiraan operasi bahagi, di
samping dapat mengelakkan kesilapan menurunkan nombor yang dibahagi dan
menulis hasil bahagi.
6
iii. Adakah penyelidik atau guru terlalu bergantung kepada orang lain apabila
hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap situasi atau masalah tersebut?
Tidak. Kaedah ‘TTS’ adalah sangat fleksibel digunakan dalam bilik darjah tanpa
perlu membawa murid ke luar bilik darjah. Kaedah ini juga tidak memerlukan
alatan bantu mengajar yang canggih sebaliknya hanya menggunakan bahan bantu
mengajar yang asas seperti pensel, kerta dan petak sifir. Oleh itu saya tidak perlu
bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak sekolah atau pun ibu bapa
untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah ini boleh dijalankan pada bila-bila masa
sahaja.
8.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan peperiksaan
Matematik Tahun 4 tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa item berkaitan topik operasi
bahagi merupakan item wajib dan perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka
mempelajari topik-topik lain seperti wang dan sukatan. Kelemahan murid-murid dalam
topik bahagi boleh menyebabkan pembelajaran mereka dalam topik-topik lain seperti
pecahan, perpuluhan, wang dan sukatan menjadi sukar, kerana dalam setiap topik
berkenaan ada pengiraan melibatkan operasi bahagi. Jika murid dapat menguasai
kemahiran asas bahagi, kemungkinan besar mereka akan berpeluang memperolehi
sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau peperiksaan matematik yang dijalankan.
7
Kesilapan utama yang dihadapi oleh murid Tahun 4 dalam operasi bahagi
melibatkan nombor lima digit dengan satu digit ialah menurunkan nombor yang
dibahagi dengan betul. Didapati hampir semua murid menurunkan nombor yang salah
setelah pembahagian digit pertama dibuat ketika melakukan operasi bahagi 5 digit
dengan 1 digit. Apabila ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak dapat
melakukan operasi bahagi dalam bentuk lazim mengikut prosedur yang betul, mereka
menjawab bahawa mereka tidak dapat memahami bagaimana prosedur tersebut
dilakukan. Hasil semakan lembaran kerja yang diberikan juga menunjukkan murid-
murid tidak mengetahui nombor apakah yang sepatutnya diletakkan di tempat hasil
bahagi walaupun sifir yang mereka bina adalah betul.
Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah
merasakan bahawa satu kaedah diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat
melakukan operasi bahagi dengan betul agar dapat membantu meningkatkan prestasi
mereka dalam akademik khususnya dalam matapelajaran matematik agar tidak
ketinggalan berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik, sikap negatif murid-
murid akan berubah dan pencapaian mereka dalam matapelajaran matematik dapat
diperbaiki. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi
dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Kaedah ini adalah berinspirasikan
daripada kaedah Suur yang dihasilkan oleh Muhammad Zahiri dan ditambah baik
menggunakan petak sifir khas.
8
9.0 KOS PROJEK
Jadual 1 menunjukkan kos perbelanjaan untuk melaksanakan projek ini.
Jadual 1 : Kos Projek
BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
1 Kertas A4 1 X RM 9 = RM 9.00 RM 9.00
2 Printer Cartridge 4 X RM 5 = RM 20.00 RM 20.00
3 Potostat Bahan Dan Laporan Projek
RM 20.00 RM 20.00
4 Kertas Warna 30 X 0.10 = RM 3.00 RM 3.00
5 Mounting Board 2 x RM4.00 = RM8.00 RM 8.00
JUMLAH RM 60.00
9
10.0 TINJAUAN DAN KAJIAN
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan
guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam
pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah
diterangkan konsep disebaliknya. Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal
operasi bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang
betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama murid.
Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang terasing, apabila dikumpulkan
bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini iaitu dua dua , tiga
tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku membuat murid
mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran yang
formal tentang aspek-aspek bahagi.
Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan
operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari
tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran
membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta
diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan.
Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan menyelesaikan masalah bahagi.
Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Menurut
Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak; antara punca
10
masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi
bahagi adalah sikap murid itu sendiri.
Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal
sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi
adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada
asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk
bertanya.
Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di
dalam kelas. Ia juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang
akan datang. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid yang
gagal dalam peperiksaan. Melalui projek inovasi ini juga diharapkan guru-guru
Matematik dapat berkongsi pendapat bagi membantu murid-murid yang lemah. Kaedah
ini juga diharapkan dapat membantu murid Tahun 4 Bestari melakukan pengiraan
dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan murid. Ia juga akan memudahkan
guru mengesan kesilapan murid menyelesaikan operasi bahagi 5 digit dengan satu digit
atau dua digit.
11
11.0 CARA MENGUMPUL DATA
Saya menggunakan empat cara untuk membuat penilaian ke atas projek inovasi
ini.. Jadual 2 dibawah ditunjukkan kaitan soalan kajian dengan cara pengumpulan data
untuk penilaian projek.
Jadual 2: Soalan Kajian , Pengumpulan Data Dan Analisis
SOALAN KAJIANCARA
MENGUMPUL DATA
ANALISIS
1. Adakah penggunaan kaedah "TTS" dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran operasi bahagi dengan nombor 5 digit dengan nombor 1-digit?
-Ujian Pra
-Ujian pasca
-Analisis Dokumen :
i) Lembaran kerja
Peratus
Peratus
Peratus
Adakah penggunaan kaedah "TTS" dapat menarik minat murid Tahun 4 untuk melakukan operasi pembahagian nombor hingga 5-digit dengan 1-digit?
-Analisis Dokumen :
i) Lembaran kerja
ii) Soal selidik
Peratus
12
11.1 Huraian Kaedah Pengumpulan Data
i) Ujian Pra Dan Ujian pasca
Di dalam projek ini, saya menggunakan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian
pasca. Kedua-dua ujian ini akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi
penggunaan kaedah "TTS" dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor lima digit
dengan satu digit. Ujian Pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran kaedah
"TTS" diperkenalkan manakala ujian pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini
diaplikasikan kepada kumpulan sasaran. Soalan ujian pra dan soalan ujian pasca adalah
sama (Lampiran B dan Lampiran C), hanya diubahsuai dari segi kedudukan soalan
sahaja. Soalan ujian yang diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan yang
dibina hanya terhad kepada topik bahagi melibatkan nombor hingga lima digit dengan
satu digit sahaja untuk memudahkan saya membuat penilaian yang lebih terperinci.
Tempoh masa selama 15 minit diberikan untuk menjawab soalan-soalan tersebut
dan terdiri daripada 10 soalan subjektif yang perlu dijawab secara individu. Markah
bagi setiap soalan ialah 1 markah dan jika jawapan diberikan adalah salah atau hanya
dibiarkan kosong, maka tiada markah akan diberikan. Setiap jawapan murid akan dinilai
dan diberi markah. Markah murid seterusnya dianalisis menggunakan min peratusan
markah. Analisis data juga akan dilakukan dengan membandingkan skor markah murid
dalam ujian pra dan ujian pasca. Skor maksimum markah bagi setiap ujian ialah 100
peratus.
13
ii) Soal Selidik
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi
sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana
ia mengukur tahap minat seseorang murid dalam pelajaran matematik. Selain itu borang
soal selidik juga digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap dan
tanggapan murid terhadap pelajaran Matematik. Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen
kajian projek inovasi yang terdiri daripada soal selidik adalah selaras dengan objektif
kajian projek di mana ia mengukur tahap minat dan sikap murid-murid terhadap
pelajaran Matematik khususnya dalam topik bahagi. Saya akan mengedarkan sebanyak
24 unit borang soal selidik kepada murid yang terdiri daripada 24 orang murid Tahun
Empat. Sebelum murid mengisi borang soal selidik tersebut, penerangan akan diberikan
terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang soal selidik, dan cara-
cara mengisi borang soal selidik. Murid diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan-
soalan yang diberikan.
Borang soal selidik (Jadual 3) yang diberikan kepada murid adalah
menggunakan jenis respon binari iaitu setuju atau tidak setuju. Borang soal selidik yang
digunakan untuK mendapatkan data dalam menjalankan kajian tindakan ini mempunyai
5 item. Borang soal selidik ini merangkumi aspek minat, sikap dan keupayaan
menggunakan kaedah "TTS". Saya akan menganalisis data hasil soal selidik dengan
menggunakan statistik mudah iaitu peratus.
14
Bil Pernyataan Ya Tidak
1 Saya faham dengan jelas cara guru mengajar menggunakan kaedah "TTS" untuk operasi bahagi nombor hingga 5 digit dengan 1 digit.
2 Saya boleh melukis tapak pengiraan dan mengisi nombor-nombor berdasarkan soalan diberi.
3 Saya boleh menyelesaikan soalan operasi bahagi menggunakan kaedah "TTS" yang diajar oleh guru.
4 Saya akan menggunakan kaedah "TTS" bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi di masa akan datang.
5 Saya sangat meminati kaedah "TTS" bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi.
Jadual 3: Borang Soal Selidik
15
12.0 ANALISIS DATA
12.1 Analisis data ujian pra dan ujian pasca.
Saya menyediakan 10 soalan untuk ujian pra dan 10 soalan untuk ujian pra bagi
membuat perbandingan sebelum dan selepas penggunaan Kaedah "TTS". Rajah
dibawah menunjukkan perbandingan min markah ujian pra dan ujian pasca.
Rajah : Perbandingan min markah ujian pra dan ujian pasca
Rajah 3: Perbandingan min peratusan markah ujian pra dan ujian pasca
Berdasarkan rajah di atas, didapati berlakunya peningkatan penguasaan
kemahiran membahagi dikalangan murid selepas kaedah TTS digunakan. Berdasarkan
Rajah , min markah sebelum kaedah TTS dijalankan ialah 25% manakala selepas
menggunakan kaedah TDS min markah meningkat kepada 80%. Peningkatan berlaku
16
Min Markah0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
Ujian PraUjian Pasca
sebanyak 55%. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah TTS ini berkesan dalam
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi bahagi sebarang nombor
hingga 5 digit dengan nombor 1 digit di kalangan murid Tahun 4.
12.2 Analisis data soal selidik
Bagi data soal selidik pula, saya menganalisisnya melalui penggunaan respon
binari iaitu ya atau tidak. Berdasarkan borang soal selidik didapati hampir 100% murid
suka dan tahu menggunkan Kaedah TTS ini. Keputusan soal selidik telah saya
rumuskan menggunakan graf dalam rajah di bawah. Berdasarkan rajah dibawah jelas
menunjukkan tindak balas murid adalah lebih positif terhadap Kaedah "TTS" dalam
pengajaran dan pembelajaran topik operasi bahagi nombor hingga lima digit dengan
satu digit. Hal ini dibuktikan apabila 23 daripada 24 murid memilih untuk menjawab
berbanding seorang murid yang memilih jawapan tidak.
Rajah 4: Graf Skor Soalselidik
17
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 50
5
10
15
20
25
30
GRAF SKOR SOALSELIDIK
YaTidak
JUMLAH SKOR
BIL M
URID
Berdasarkan rajah 4, jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah TDS ini telah
berjaya menarik minat murid dan meningkatkan penguasaan mereka dalam operasi
dengan nombor satu digit ini.
Secara keseluruhannya saya berasa amat bersyukur kerana program inovasi Kaedah TDS
ini berjaya dilaksanakan walaupun wujudnya pelbagai kekangan terutama dari segi
pengurusan masa. Adalah tidak mdah untuk melaksanakan dan menjayakan program
inovasi ini kerana ia melibatkan 24 orang murid yang belum menguasai sifir dan bentuk
lazim. Selepas pelaksanaan kaedah ini di dalam P&P, selama hampir 4 minggu ini
didapat tahap penguasaan murid-murid telah meningkat berbanding sebelum ini. Hal
ini dibuktikan melalui ujian pra dan ujian pasca dimana min peratusan markah telah
meningkat daripada 25% kepada 80%. Adalah diharap agar keberkesanan program ini
dapat dibuktikan melalui peperiksaan pertengahan tahun kelak.
18
13.0 PELAKSANAAN PROJEK INOVASI
13.1 Plan Pelaksanaan Projek
Bagi memastikan projek inovasi ini berjalan dengan lancar, saya telah membina
jadual pelaksanaan tugasan seperti di bawah :
Bil PerkaraMac
2015
April
2015
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data.
2 Menulis kertas cadangan projek inovasi
3 Merancang Tindakan
4 Melaksanakan Tindakan & Membuat
Rakaman:
Rancangan Pengajaran Harian
Ujian Pra
PdP
Ujian pasca
5 Mengumpul maklumat :
Ujian Pra & Ujian pasca
Pemerhatian
Soal selidik
6 Menganalisis maklumat /data
7 Membuat Refleksi dan Laporan Projek Inovasi
8 Dokumentasi
Jadual 4 : Carta gantt pelaksanaan projek inovasi
19
13.2 Langkah Pengunaan "Kaedah TTS" (Tiang Tetingkap Sifir)
Langkah 1 :
Sebelum memperkenalkan Kaedah Pembahagian "TTS", saya akan melatih
murid menggunakan petak sifir yang disediakan terlebih dahulu. (Rujuk Rajah
Rajah 5: Petak Sifir
*Nota:
Nombor yang berwarna hijau diatas manakala yang berwarna kuning dibawah.
(berpandukan petak sifir)
20
Langkah 2 :
Seterusnya saya akan melatih semua murid untuk memahirkan diri membuat tapak
pengiraan iaitu dengan melukis rumah bentuk lazim dan membuat tiang diantara angka
pertama dan kedua.
Setelah murid-murid telah mahir dalam membina tapak pengiraan, langkah selanjutnya
adalah mengisi tapak pengiraan berdasarkan soalan diberi. Murid-murid akan dibimbing
dalam melengkapkan tapak pengiraan mengikut aturan seperti berikut :
i. Nombor pembahagi ditulis dalam bentuk lazim dan tiang dilukis diantara setiap
nombor.
ii. Bahagikan setiap nombor dalam setiap tiang. Gunakan petak sifir untuk cari hasil
bahagi.
21
4 8 1 24 8
1- 40
4 8 1 24
iii. Baki setiap lajur akan dibawa masuk ke lajur seterusnya.
iv. Ulang langkah hingga semua digit telah dibahagikan
Langkah 3 :
Bagi melengkapkan kemahiran pembahagian menggunakan kaedah "TTS" ini,
responden diminta menyalin semula dalam bentuk ayat matematik berserta jawapan
yang diperolehi.
Contoh jawapan : 48 128 ÷ 4 = 12032
22
14.0 PENUTUP
Program inovasi yang dijalankan di bawah unit praktikum ini secara langsung
dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan guru.Pemuafakatan antara guru-
guru juga jelas kelihatan apabila program ini disambutbaik oleh pihak sekolah yang
sememangnya menggalakkan inovasi di kalangan warga sekolah bagi membantu
meningkatkan pencapaian sekolah dari segi pelbagai aspek sama ada akedemik,
kokurikulum mahupun perkhidmatan. Justeru, perkara ini jelaslah menunjukkan bahawa
kesemua bidang dan unit yang terdapat di sekolah boleh menggembleng tenaga bersama-
sama kearah melahirkan warga guru yang kreatif dan berinovatif. Menjadi harapan juga
agar semua pihak dapat turut menyumbangkan idea bag imenjalankan program-program
inovasi dalam kalangan guru serta staf di SK Paya Jakas, Segamat ini.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, Disah dan diluluskan oleh,
………………………………….. …………………………………….
( NOR IDZMA BINTI MOHAMAD)
23
LAMPIRAN:
REKOD MARKAH MURID DALAM UJIAN PRA DAN PASCA
BIL NAMAMURID UJIAN PRA UJIAN PASCA +/-
1 ANDRIAN 0% 60% 60%2 MOHAMAD NURFARIS BIN ROSLI 0% 90% 50%3 MUHAMAD NUR FITRI BIN ZAMRI 0% 60% 60%4 MUHAMAT ZUBIR SHAH BIN ZAHID 30% 90% 60%5 MUHAMMAD AIDIL PUTRA BIN NAZRI 0% 60% 60%6 MUHAMMAD AIMAN BIN JAMSARI 0% 60% 60%7 MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN SAMSOL 30% 80% 50%8 MUHAMMAD FAIZZUAN 20% 70% 50%9 MUHAMMAD FAQKRULLAH AQHIL BIN ABDULLAH 50% 100% 50%
10 MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZIN 50% 100% 50%11 MUHAMMAD HAFIZ BIN JONO 30% 80% 50%12 RUSDANIAL ASHRAFF BIN RUSLI 10% 70% 60%13 SHAROL YUZI BIN SUSTRISNO 30% 90% 60%14 SURESHKUMAR A/L A K KUMAR 0% 60% 60%15 ALEYA MAISARA BINTI SYAHRIZED 20% 70% 50%16 ELIA JOHANIS MAISURAH BINTI NASRUDDIN 50% 100% 50%17 HIBATUL EMERIA BINTI HUSIN 30% 80% 50%18 IYLIAA INSYIRAH BINTI KAMAR 50% 100% 50%19 NOR AINA NAJIHA BINTI ZAHAID 10% 60% 50%20 NUR AKMALINA BINTI ASMUN 50% 100% 50%21 NUR FARHANEY BINTI MD FARID 40% 100% 60%22 NUR HABIBAHTUN AQMAR BINTI RAHMAN 40% 90% 50%23 NUR UMAIRAH BINTI ABDUL KADIR 10% 60% 50%24 NURFARAHIN NABILLAH BINTI ABD RASHID 50% 100% 50%
JUMLAH MARKAH MURID 600% 1930%MIN MARKAH MURID 25% 80%
24
Recommended