View
238
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTI
Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih itu untuk
merancang pengajaran dan latihan yang berkesan dalam ansur maju bagi acara lari
berganti-ganti.
7.1 FASA-FASA ATAU ANSUR MAJU
a) Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton
i. Genggaman
Gunakan jari-jari untuk mengenggam
Genggam di hujung, tengah atau pangkal baton
Rapatkan jari kecuali ibu jari membentuk “V” menghala ke bawah
Letak baton di antara bentuk “V”
ii. Gaya permulaan larian
Lompat ketinting bagi menentukan kaki yang kuat terutamanya bagi lonjakan.
Duduk dekam samada tanpa blok atau dengan blok dengan keadaan yang
betul dan selesa untuk perlepasan.
Hayunkan tangan semasa berlari
Ketinggian lutut semasa berlari turut mempengaruhi larian
b) Fasa memberi dan menerima baton
Dalam acara lari berganti-ganti ini faktor penting untuk memastikan kemenangan dan
kejayaan sesebuah pasukan itu adalah daripada kelancaran teknik penghantaran
baton. Oleh yang demikian, terdapat teknik yang sering digunakan semasa hantaran
baton supaya lebih berkesan.
i. Teknik pandang
Teknik ini khas digunakan dalam acara 4x400m di mana penerima baton akan
memandang ke arah penghantar baton sehingga penerima menerima baton.
ii. Teknik tanpa pandang
Teknik yang digunakan dalam acara 4x100m dan 4x200m iaitu penerima
menunggu di tempat yang sesuai dalam zon pertukaran sementara menunggu
pelari menghantar baton. Sebaik sahaja pelari sampai ke tempat yang
ditandakan, penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlati.
Penerima menghulurkan tangan ke belakang secara lurus dengan tapak tangan
dibuka menghala ke atas dalam bentuk “V” setelah mendapat isyarat daripada
pelari.
Langkah Ansur Maju
Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berbaris antara mereka yang
berjarak hantaran antara satu sama lain dan mereka berlari setempat. Pelari
hendaklan mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan tangan. Bila
diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan meneruskan hayunan.
Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan seterusnya baton dihantar dari
belakang ke hadapan iaitu dari pelari pertama ke yang kedua, yang kedua ke
yang ketiga dan yang ketiga ke yang keempat.
Apabila selesai pelari keempat menerima baton, semua pelari menukar arah dan
latihan diulangkan. Dimana pelari pertama berada di belakang sekali. Pelari
pertama membawa baton di tangan kanan, pelari kedua menerima dengan
tangan kiri manakala pelari ketiga menerima dengan tangan kanan. Seterusnya
pelari keempat akan terima dengan tangan kiri. Setelah menerima baton, pelari
keempat akan menjatuhkan baton di depannya dan meneruskan larian anak.
Apabila pelari pertama sampai di tempat baton dijatuhkan, dia akan mengambil
semula dan meneruskan aktiviti.
Dua pelari : pelari pertama dan kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari
pertama memegang baton dan memberi isyarat di mana pelari kedua bertindak
mengeluarkan tangan ke belakang dan menerima baton. Selepas baton dihantar,
pelari pertama akan berlari di hadapan pelari kedua sehingga dia mendapat
isyarat dari pelari kedua untuk menerima baton. Proses ini berterusan dan
selepasa beberapa kali latihan, pelari akan menukar tangan yang membei baton.
Contoh kanan ke kiri atau kiri ke kanan.
Hantaran terus : bilangan pelari terdiri daripada nombor yang genap dengan
menggunakan trek 400m dan penanda bendera pada tiap-tiap 50m. Jumlah
stesen adalah lapan.
c) Fasa larian dalam zon pertukaran baton
Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di dalam zon pertukaran baton yang
telah ditetapkan. Jarak zon pertukaran bagi acara 4x100m ialah 20 meter. Semua atlet
bagi acara ini perlu didedahkan tentang zon ini supaya tiada masalah ketika pertukaran
baton yang menyebabkan batal. Sebagai seorang penghantar baton, isyarat perlu
dibunyikan supaya penerima sedar akan penghantar dan menerima dalam hanya zon
baton. Baton perlu diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran
dalam tangan penerima. Bagi penerima pula, larian perlu dilakukan daripada garisan
awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Penerima mesti menerima
baton dengan segera dan berada di luar pertengahan lorong jika menerima dengan
tangan kanan yang bertujuan untuk member kawasan lari bagi pelari yang menerima
baton.Terdiri daripada 3 fasa iaitu:
i) Fasa pecutan
Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter
Dalam acara lari pecutan, pecutan berlaku awal dalam larian .
Sebenarnya 95 peratus daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18
meter.
Apabila seseorang atlit mencapai kelajuan maksimm, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
seseorang atlit tidak mungkin bolh berlar pada kelakuan maksimum lebih dari
jarak 14-18 meter , maka atlit perlu mengekalkan kelajuan
ii) Fasa larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa
‘centrifugal’pelari juga perlu merendahkan badan ke arah dalam untuk
memastikan larian selekoh adalah berkesan untuk mengimbangkan
kuasa ‘centrifugal’.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.
Langkah Ansur Maju
Berlari anak dalam kawasan atau garisan yang disediakan. Garisan atau
kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari
atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke
kawasan akhir penanda. Aktiviti dilakukan berulang-ulang.
Lakukan secara berpasangan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi
sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan berlari
anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton.
Lakukan aktiviti ini berulang-ulang dan menggunakan satu zon yang dipilih di
dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas
dalam zon pertukaran.
Akrtiviti berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam 1 kumpulan. Aktiviti ini
dilakukan seperti cara berpasangan tetapi menggunakan padang yang sebenar.
Peserta mengambil tempat seperti yang telah ditetapkan. Buat permulaan,
peserta membuat larian anak. Setelah beberapa kali, lakukan seperti keadaan
sebenar bagi membiasakan atlet membuat pertukaran baton dengan kemas
dalam zon pertukaran.
d) Fasa penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya.
Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan
bahagian torso ke hadapan.
Langkah Ansur Maju
Latihan kepada peserta dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian
dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat, peserta
mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini
dilakukan berulang-ulang.
Recommended